borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik kbsr berdasarkan...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MASALAH KEBOLEHAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK KBSR DI ZON GELANG PATAH, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya : MOHD ISA BIN MOHD TAHIR ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hak milik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. ** Sila tandakan ( ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap: Nama Penyelia: 241 BATU 14 LEKIR, P.M. DR. HJ MAT JIZAT 32020 SITIAWAN, BIN ABDOL PERAK Tarikh : Tarikh : CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

Upload: buidat

Post on 01-Aug-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : MASALAH KEBOLEHAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK KBSR DI ZON GELANG PATAH, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : MOHD ISA BIN MOHD TAHIR ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hak milik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.

5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

6. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap: Nama Penyelia: 241 BATU 14 LEKIR, P.M. DR. HJ MAT JIZAT 32020 SITIAWAN, BIN ABDOL PERAK Tarikh : Tarikh : CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ................................................................................

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr Hj Mat Jizat Bin Abdol

Tarikh : 29 April 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

ii

MASALAH KEBOLEHAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

KBSR DI ZON GELANG PATAH, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

MOHD ISA BIN MOHD TAHIR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .......... ............................................................................

Nama Penulis : Mohd Isa Bin Mohd Tahir

Tarikh : 29 April 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

iv

To my dearest family and especially to my late father, Allahyarham Mohd Tahir Bin Napiah…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, akhirnya penulis berjaya menyiapkan kajian dan laporan

penyelidikan ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada penyelia projek, P.M. Dr Hj Mat Jizat bin Abdol atas bimbingan,

dorongan dan nasihat yang beliau berikan sepanjang tempoh penyelidikan ini

dilaksanakan. Minta halalkan segala ilmu yang diberi, dan maafkan atas segala sikap dan

tingkah laku penulis.

Penulis ingin melahirkan penghargaan terutamanya buat pihak sekolah yang

terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Sekolah Kebangsaan Taman

Universiti 3. Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 dan Sekolah Kebangsaan Tiram

Duku atas kerjasama yang diberikan.

Penulis juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada setiap individu yang

membantu terutamanya keluarga, rakan-rakan SPT dan ikhwah-ikhwah yang sentiasa

mendoakan kejayaan penulis. Moga Allah dapat membalas sumbangan anda semua.

Akhir kata, diharapkan kajian ini mampu memberikan sedikit sebanyak senario

pendidikan sekolah rendah di negara kita. Sekian, moga kehidupan kita semua mendapat

keredaan Allah. Terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kebolehan murid

dalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan

bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan murid yang akan dikaji

dari aspek kemahiran asas matematik seperti operasi penambahan, penolakan,

pembahagian dan pendaraban. Selain itu, kajian ini juga mahu melihat sejauh mana minat

murid terhadap matematik itu sendiri. Sebanyak tiga buah sekolah rendah telah dipilih

untuk kajian mengikut gred sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (1),

Johor Baru untuk gred A, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (3), Johor Baru untuk

gred B dan Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah, Johor Baru untuk gred C.

Sebanyak 91 responden telah dipilih secara rawak dari ketiga-tiga sekolah tersebut.

Sampel dipilih dari kalangan murid darjah empat. Instrumen kajian yang digunakan ialah

soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kebolehpercayaan soal selidik telah

diuji dengan menggunakan ‘Croncbach Alpha’ iaitu 0.6125. Laporan dilakukan

menggunakan analisis secara deskriptif bagi setiap komponen yang terkandung dalam

soal selidik. Data-data dikumpulkan melalui soal selidik dan telah diproses dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 13.0 (SPSS 13.0).

Data dianalisis secara frekuensi dan hasil dipersembahkan dalam bentuk peratusan untuk

setiap komponen soalan dalam soal selidik. Antara hasil kajian yang utama ialah

sebanyak 94.50% responden mempunyai minat dalam mata pelajaran matematik. Hanya

26.37% responden yang mampu menghafal dan mengingati sifir dengan baik. Selain itu,

49.73% murid dikenal bermasalah pada bahagian konsep asas bahagi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the pupils’ interest and capability in

learning of KBSR mathematics based on mastery of English language and multiplication

tables. This study also examines pupils’ weakness on basic skills of mathematics like

addition, subtraction, division and multiplication. Three primary schools, Sekolah

Kebangsaan Taman Universiti (1), Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (3) and

Sekolah Kebangsaan Tiram Duku were chosen for this study according to schools

grading. Samples comprises of 91 respondents were chosen randomly from the three

schools. Data was collected using questionnaires and was analyzed using the Statistical

Package for Social Science Version 13.0 (SPSS 13.0). Reliability of significant of the

instrument was r=0.6125. The findings showed 94.50% of respondents have interest in

mathematics, 26.37% of respondents can memorize multiplication tables efficiently and

49.73% having problems in division.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

ix

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Masalah 7

1.8.2 Kebolehan 8

1.8.3 Kelemahan 8

1.8.4 Pembelajaran 8

1.9 Kesimpulan 9

II LITERATUR KAJIAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kebolehan Dalam Penguasaan Sifir Dan Penggunaan

Bahasa Inggeris

10

2.3 Kelemahan Murid Dari Aspek Kemahiran Asas 12

2.3 Minat 14

2.4 Kesimpulan 15

III METODOLOGI KAJIAN 16

3.1 Pengenalan 16

3.2 Reka bentuk Kajian 17

3.3 Tempat Kajian 17

3.4 Prosedur Kajian 18

3.5 Populasi Dan Pensampelan Kajian 18

3.6 Instrumen Kajian 22

3.7 Penganalisisan Data 23

3.7.1 Kajian Rintis 23

3.7.3 Cara Penganalisisan Data 24

3.8 Penutup 25

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

x

IV ANALISIS MASALAH KEBOLEHAN MURID 26

4.1 Pengenalan 26

4.2 Bahagian 1 27

4.3 Bahagian 2 29

4.4 Bahagian 3 40

4.6 Penutup 61

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

KAJIAN

62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Latar Belakang 62

5.3 Rumusan Dan Perbincangan Masalah Kebolehan Murid 63

5.3.1 Penguasaan Sifir 63

5.3.2 Penggunaan Bahasa Inggeris 64

5.4 Rumusan Dan Perbincangan Masalah Kelemahan Murid 65

5.4.1 Kemahiran Asas Penambahan 66

5.4.2 Kemahiran Asas Penolakan 72

5.4.3 Kemahiran Asas Pendaraban 79

5.4.4 Kemahiran Asas Pembahagian 85

5.5 Perbincangan Minat Murid 92

5.6 Cadangan 93

5.7 Cadangan Lanjutan 93

5.8 Penutup 94

RUJUKAN 95

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

xi

LAMPIRAN

99

Borang Soal Selidik 101

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari

Kementerian Pelajaran Malaysia

108

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Jabatan

Pelajaran Negeri Johor

110

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Pejabat

Pelajaran Daerah Johor Bahru

111

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

112

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

xii

SENARAI JADUAL

No

Jadual

Tajuk Muka Surat

3.1 Populasi kajian 19

3.2 Pemilihan sampel daripada populasi 20

3.3 Perbandingan sampel dan populasi 21

4.1 Taburan responden mengikut jantina dan kedudukan sebagai

bumiputera atau bukan bumiputera

27

4.2 Taburan keputusan peperiksaan akhir tahun mata pelajaran

matematik darjah tiga

28

4.3 Taburan tahap minat murid dalam mata pelajaran matematik 29

4.4 Taburan tahap kesukaan dalam menghafal sifir matematik 30

4.5 Taburan kebolehan membaca sifir matematik dengan baik 31

4.6 Taburan kebolehan menghafal dan mengingati sifir

matematik dengan baik

33

4.7 Taburan sifir yang dirasakan mudah untuk menghafal 34

4.8 Taburan sifir yang dirasakan susah untuk menghafal 35

4.9 Taburan sikap suka dalam mempelajari matematik dalam

bahasa Inggeris

35

4.10 Taburan tahap kefahaman mempelajari matematik dalam

bahasa Inggeris di dalam kelas

37

4.11 Taburan kekerapan bertutur dalam bahasa Inggeris semasa

belajar matematik di dalam kelas

38

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

xiii

4.12 Taburan jawapan murid bagi soalan 1 40

4.13 Taburan jawapan murid bagi soalan 2 41

4.14 Taburan jawapan murid bagi soalan 3 42

4.15 Taburan jawapan murid bagi soalan 4 44

4.16 Taburan jawapan murid bagi soalan 5 45

4.17 Taburan jawapan murid bagi soalan 6 46

4.18 Taburan jawapan murid bagi soalan 7 48

4.19 Taburan jawapan murid bagi soalan 8 49

4.20 Taburan jawapan murid bagi soalan 9 50

4.21 Taburan jawapan murid bagi soalan 10 52

4.22 Taburan jawapan murid bagi soalan 11 53

4.23 Taburan jawapan murid bagi soalan 12 54

4.24 Taburan jawapan murid bagi soalan 13 56

4.25 Taburan jawapan murid bagi soalan 14 57

4.26 Taburan jawapan murid bagi soalan 15 58

4.27 Taburan jawapan murid bagi soalan 16 60

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

3M Kemahiran asas membaca, menulis, mengira

KMSR Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

EPRD Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Jabatan

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

SKM Sekolah Kurang Murid

SPSS 13.0 Statistical Package for Social Science Version 13.0

SK TU 1 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1

SK TU 3 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3

SK Tiram Duku Sekolah Kebangsaan Tiram Duku

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ilmu merupakan anugerah dari Allah yang tidak ternilai buat kita umat manusia. Ilmu

membezakan darjat antara seseorang, dan masyarakat yang menguasai ilmu akan sentiasa

di hadapan. Namun begitu, perlu kita ingat bahawa untuk belajar dan mendapatkan ilmu

yang berkat, kita haruslah memulakan dengan niat yang betul dan murni. Kita boleh

merujuk kepada petikan hadis pertama dalam Hadis 40 susunan Imam Nawawi yang

terjemahannya bermaksud, “Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap

orang apa yang ia niatkan”. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 32 yang

terjemahannya iaitu, “Mereka menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami

ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah

Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Lantaran itu, perlulah kita untuk

meluruskan niat di samping berasa rendah diri dalam menuntut ilmu agar cara kita

mendapatkan ilmu tersebut dikira sebagai ibadah dan ilmu yang kita dapat itu

bermanfaat, insyaAllah.

Jika kita menyorot sejarah pendidikan negara, satu laporan Jawatankuasa Kabinet

mengenai pendidikan telah dikeluarkan pada tahun 1979. Jawatankuasa tersebut yang

ditubuhkan sebelumnya pada tahun 1974 bertujuan untuk mengkaji semula perlaksanaan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

2

dan keberkesanan sistem pendidikan sebelum ini. Laporan jawatankuasa itu berperanan

merangka sistem pendidikan yang akan mewujudkan generasi berdisiplin, patriotik dan

beridentiti Malaysia. Antara hasil yang paling penting daripada laporan jawatankuasa

tersebut ialah Kurikulum Baru Sekolah rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM). KBSR adalah berteraskan kepada asas 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira di samping pemupukan nilai-nilai etika dan estetika. Manakala

KBSM pula bercorak umum dan liberal di mana murid-murid mengikuti pelajaran dalam

komponen bahasa, sains sosial, sains dan vokasional.

Menjurus kepada KBSR, perlaksanaan KBSR ini dilaksanakan dalam dua tahap iaitu

tahap satu meliputi murid darjah satu, dua dan tiga ,manakala tahap dua pula meliputi

murid darjah empat, lima dan enam. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk

mengembangkan aspek sains dan teknologi, dasar pengajaran sains dan matematik dalam

bahasa Inggeris telah pun dilaksanakan. Hingga tahun 2006, fasa pengajaran sains dan

matematik dalam bahasa Inggeris telah pun meliputi murid darjah satu, darjah dua, darjah

tiga dan darjah empat di sekolah rendah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 79 yang terjemahannya iaitu, “Tidak

mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian,

kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah

Allah,” tetapi (dia berkata), “Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu

mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya.”. Ini merupakan perintah yang jelas

agar kita sentiasa mengajarkan ilmu di samping mempelajarinya. Ini diperteguhkan lagi

oleh hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud, “Sebaik-baik kalian

adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. Hadis ini pula meminta kita

belajar ilmu dahulu baru mengajarkan. Kesimpulannya, belajar dan mengajarkan ilmu

adalah sama-sama penting untuk kita semua.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

3

Kita akan melihat beberapa permasalahan matematik peringkat sekolah rendah di

negara kita. Matematik merupakan mata pelajaran teras, baik di sekolah rendah mahupun

di sekolah menengah di Malaysia. Justeru itu, mata pelajaran ini merupakan suatu mata

pelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai semua murid.

KBSR terdiri daripada pelbagai elemen. Salah satu elemen tersebut ialah Kurikulum

Matematik Sekolah Rendah (KMSR). KMSR bertujuan untuk membina pemahaman

murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Tujuan tersebut adalah sejajar

dengan KBSR yang berteraskan kepada asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di

samping pengetahuan terhadap konsep asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab

dan bahagi serta konsep yang lain. Tanpa penguasaan konsep ini, pelajar yang

melanjutkan pelajaran pada peringkat menengah akan takut serta menghadapi masalah

besar berdepan dengan sukatan pelajaran tahap menengah yang pastinya lebih mencabar.

Umum telah pun mengetahui mengenai dasar kerajaan yang melaksanakan

pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Mulai tahun 2003 hanya pelajar

darjah satu, pelajar tingkatan satu dan tingkatan enam rendah sahaja yang terbabit dalam

perlaksanaan kurikulum baru ini. Manakala dalam Berita Harian (25 Julai 2003), ia

menyebut perlaksanaan penuh yang membabitkan pelajar di semua peringkat hanya akan

berkuat kuasa menjelang tahun 2008. Ini bermakna, sehingga tahun 2006, pengajaran

sains dan matematik dalam bahasa Inggeris peringkat sekolah rendah telah pun meliputi

pelajar darjah satu, dua, tiga dan empat.

Sukor Hj Madan (2001), menyatakan bahawa penguasaan ilmu dan kemahiran

matematik haruslah berlandaskan pada kemahiran asas yang kukuh di samping

pemahaman konsep. Ini disebabkan matematik adalah ilmu yang berstruktur dan

berhierarki. Imej mata pelajaran matematik agak tercemar dengan adanya pandangan

umum bahawa matematik adalah susah dan membosankan yang hanya dipelajari

segelintir murid yang pintar dan cerdas.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

4

1.3 Penyataan Masalah

Merujuk kepada hasil kajian ilmiah yang diketuai oleh Sukor Hj Madan (2001),

menyebutkan antara penyumbang utama terhadap kelemahan matematik di peringkat

rendah ialah kelemahan dalam kemahiran asas, salah konsepsi, tidak faham persoalan

yang dinyatakan, lupa dan tidak tahu strategi penyelesaian masalah. Kelemahan

kemahiran paling asas yang ketara ialah kelemahan dalam penguasaan sifir.

Penilaian terhadap keputusan pencapaian juga sebenarnya mencerminkan apakah

faktor-faktor yang terlibat sama ada faktor membantu jika keputusan pencapaian adalah

baik atau faktor lain jika keputusan pencapaian adalah lemah. Wartawan Utusan

Malaysia, Marzita Abdullah pernah menemu bual Pensyarah Kanan Matematik, Fakulti

Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu Dr Marzita binti Puteh.

Temu bual itu pernah dimuatkan dalam Portal Pendidikan Utusan iaitu

http://myschoolnet.ppk.kpm.my_2002. Dr. Marzita binti Puteh (2002), menyatakan

bahawa kemerosotan pencapaian pelajar dalam matematik mempunyai hubung kait

dengan banyak faktor seperti bahasa, budaya, ibu bapa dan kawan serta tekanan

peperiksaan. Faktor yang ingin diutarakan di sini ialah faktor bahasa iaitu bahasa

Inggeris sejajar dengan dasar kerajaan yang melaksanakan pengajaran sains dan

matematik dalam bahasa Inggeris.

Masalah pelajar-pelajar dalam memahami konsep asas matematik merupakan satu

kenyataan yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nik Aziz

Nik Pa (1989), beliau berkata masalah pembelajaran matematik disebabkan oleh banyak

faktor dan di antaranya ialah kegagalan menguasai fakta asas dan konsep yang

merupakan nadi utama dalam penghayatan matematik. Fakta asas dan konsep yang utama

ialah kemahiran murid dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Masalah yang sering juga timbul dalam pembelajaran matematik peringkat sekolah

rendah adalah masalah minat. Ramai murid yang kurang atau tidak berminat dengan

mata pelajaran matematik. Menurut Adnan Ahamad (1996), kebanyakan pelajar kurang

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

5

berminat dengan matematik kerana banyak melibatkan pengiraan yang rumit. Ini

mendorong mereka melabelkan matematik sebagai mata pelajaran yang sukar seterusnya

membosankan.

Lantaran itu, pengkaji ingin menjalankan kajian untuk mengetahui masalah

kelemahan murid dalam pembelajaran matematik KBSR di tiga buah sekolah rendah di

daerah Johor Bahru mengikut gred sekolah yang telah pun ditetapkan oleh Bahagian

Pembangunan dan Penyelidikan Jabatan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (1), Sekolah

Kebangsaan Taman Universiti (3), Sekolah Kebangsaan Tiram Duku.

1.4 Objektif Kajian

Kajian penyelidik mempunyai tiga objektif seperti yang berikut:-

1.4.1 Mengenal pasti kebolehan murid dalam pembelajaran matematik KBSR.

1.4.2 Mengenal pasti kelemahan murid dalam pembelajaran matematik KBSR.

1.4.3 Mengetahui minat murid terhadap mata pelajaran matematik KBSR.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan

6

1.5 Persoalan Kajian

Melalui penyelidikan ini, penyelidik mahu mengkaji persoalan kajian seperti berikut:-

1.5.1 Apakah kebolehan murid dalam pembelajaran matematik KBSR dari aspek

penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris.

1.5.2 Apakah kelemahan murid dalam pembelajaran matematik KBSR dari aspek

kemahiran asas matematik seperti operasi penambahan, penolakan, pembahagian

dan pendaraban.

1.5.3 Adakah murid-murid berminat atau tidak terhadap pembelajaran matematik

KBSR.

1.6 Kepentingan Kajian

Antara kepentingan-kepentingan daripada kajian ini ialah untuk:-

1.6.1 Meningkatkan kebolehan murid dalam pembelajaran matematik KBSR.

1.6.2 Mengetahui dan mengatasi aspek-aspek kelemahan murid dalam mata pelajaran

matematik KBSR.

1.6.3 Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran matematik KBSR.

1.6.4 Mengetahui serta menghapuskan halangan-halangan yang boleh mempengaruhi

rasa tidak minat murid terhadap mata pelajaran matematik KBSR.