“saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “saya akui bahawa karya ini...

25
ii “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”. Tandatangan : …………………………………… Nama Penyelia: AHMAD MARZUKI BIN MOHAMED Tarikh : __ APRIL 2008

Upload: hathu

Post on 17-Aug-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

ii

“Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia: AHMAD MARZUKI BIN MOHAMED

Tarikh : __ APRIL 2008

Page 2: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

iii

PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)

BERASASKAN WEB : PENGURUSAN JENAZAH

ROSLAN BIN TANGAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 3: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

iv

“Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan

nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : ROSLAN BIN TANGAH

Tarikh : 20 APRIL 2008

Page 4: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

v

DEDIKASI

Sekalung Sekalung Sekalung Sekalung budibudibudibudi……………………

Buat Ust Wan Hassan & Ust Buat Ust Wan Hassan & Ust Buat Ust Wan Hassan & Ust Buat Ust Wan Hassan & Ust Ahmad Marzuki ,Ahmad Marzuki ,Ahmad Marzuki ,Ahmad Marzuki ,

Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana

muda ini.muda ini.muda ini.muda ini.

Teristimewa....Teristimewa....Teristimewa....Teristimewa....

Ayahanda dan bonda...Ayahanda dan bonda...Ayahanda dan bonda...Ayahanda dan bonda...

Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,

Akan ku balas segala pengorbanan ini.Akan ku balas segala pengorbanan ini.Akan ku balas segala pengorbanan ini.Akan ku balas segala pengorbanan ini.

Dan terindah...Dan terindah...Dan terindah...Dan terindah...

Buat sahaba yaBuat sahaba yaBuat sahaba yaBuat sahaba yang diingati,ng diingati,ng diingati,ng diingati,

Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,

Sahabat selamanya.Sahabat selamanya.Sahabat selamanya.Sahabat selamanya.

Page 5: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

vi

PENGHARGAAN

لرحيمابسم اهللا الرمحن

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurnia-Nya, mampu laporan dan projek laman web untuk Projek Sarjana Muda

ini disiapkan. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad

s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berjasa

Ustaz Wan Hassan dan Usztaz Ahmad Marzuki selaku penyelia dan pembimbing

kerana sanggup meluangkan masa keemasan dan memberi tunjuk ajar sepanjang

proses projek ini dibangunkan. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek ini amatlah dihargai dan disanjungi. Semoga Allah S.W.T.

melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta kawan-

kawan yang tidak jemu memberi sokongan dan idea dalam menjayakan projek ini.

Juga, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, berkongsi idea dan

kerjasama dalam menyalurkan pelbagai bentuk maklumat. Semoga segala apa yang

dilakukan diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah

dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala

budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya.

Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Page 6: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

vii

ABSTRAK

Pembangunan laman web dalam bidang pendidikan telah menjadi kaedah

pembelajaran pada masa kini. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam

multimedia, maka wujudlah konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

berasaskan laman web. Walaupun terdapat pelbagai sumber lain, laman web

merupakan medan yang terkini namun untuk mendapatkan maklumat melalui

internet mengenai pengurusan jenazah dalam perihal tindakan awal kematian,

memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah

adalah terhad. Sehubungan dengan itu, Pembangunan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) Berasaskan Web: Pengurusan Jenazah akan menambahkan lagi

metod untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan maklumat. Laman web ini

dibangunkan dengan menggabungkan beberapa perisian lain seperti MS-Frontpage

2003, Adobe Dreamweaver CS3, Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3, Swisk

Max dan Sony Sound Forge 8. Laman web ini telah dimuat naik ke hosting yang

disediakan oleh pembangun. Projek pembangunan laman web ini boleh diakses dari

internet di mana jua terdapat talian internet. Justeru, pembangun telah menyediakan

video di atas talian bagi memudahkan pengendali jenazah mengetahui cara yang

betul dalam menguruskan jenazah. Semoga dengan laman web yang dibangunkan

ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan di

negara kita dan membantu umat Islam menunaikan tuntutan fardhu kifayah.

Page 7: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

viii

ABSTRACT

Website development in the educational field has become the latest teaching and

learning method. The quick development in multimedia has resulted the concept of

web based computer assisted learning. Although there are other sources, websites are

considered the latest tool to access information however information such as

management of corpses using the internet, and also planning ahead before the

demise, cleaning, “mengkapan”, pray for and to bury the corpse is limited. With that,

Web Based Computer Assisted Learning (PBK): Corpse Management will add more

methods to access information and provide information. This website was developed

with a combination of software’s such as Frontpage 2003, Adobe Dreamweaver CS3,

Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3, Swisk Max dan Sony Sound Forge 8. This

website was also uploaded onto the developer’s very own hosting. This project can

be accessed from any place which has internet access. Therefore, the developer has

provided an online video to ease the understanding of the corpse manager to be able

to know the correct method in managing the corpse. I hope that the development of

this website will be a meaningful contribution to the educational field in our country

and will help our fellow Muslims to fulfil the fardhu kifayah.

Page 8: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

ix

BAHAGIAN SATU

BAB 1

BAB 1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 5

1.4 Kepentingan Projek 6

1.5 Skop Projek 7

1.6 Definisi Istilah 7

1.6.1 Membangunkan Laman Web 7

1.6.2 Pembelajaran Berbantukan 8

Komputer (PPBK)

1.6.3 Multimedia 8

1.6.4 Interaktif 8

1.6.5 Teks 8

1.6.6 Grafik 9

1.6.7 Audio 9

1.6.8 Video 10

1.6.9 Animasi 10

1.6.10 Internet 10

1.6.11 World Wide Web (WWW) atau Web 11

Page 9: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

x

1.6.12 Laman Web 11

1.6.13 HTML (Hypertext Markup Language) 11

BAHAGIAN DUA

BAB 2

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 12

2.0 Pengenalan 12

2.1 Sejarah PBK 13

2.2 Perkembangan PBK di Malaysia 13

2.3 Keberkesanan PBK Dalam Pendidikan 17

2.4 Kajian-Kajian Lepas 18

2.4.1 Perisian : Modul Pengurusan Jenazah

(Lelaki) Berpandukan Modul Kursus

Pengurusan Jenazah Masjid Sultan Ismail

UTM 19

2.4.2 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) : Penilaian Asas Fardhu Ain Bab

Bersuci (Wuduk) dan Solat 19

2.4.3 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) Pendidikan Islam Tingkatan Tiga, Di

Bawah Tajuk Solat Ketika Sakit, Berdasarkan

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) 20

Page 10: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xi

2.4.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

: Perkara-Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 20

2.4.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Akidah Tingkatan Satu 20

2.4.6 Pembangunan Perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) : Wuduk

Dan Tayamum Berdasarkan Sukatan Pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) 21

2.4.7 Bimbingan Menyempurnakan Jenazah 21

2.4.8 Persoalan Kematian Dan Pengurusan Jenazah 22

2.4.9 Panduan Lengkap Mengurus Jenazah 22

2.4.10 Panduan Mengurus Jenazah 22

2.5 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 23

2.5.1 Aspek Pedagogi 23

2.5.2 Aspek Psikologi 25

2.5.3 Aspek Teknologi 28

2.6 Fungsi Media Dalam Pengajaran Dan 28

Pembelajaran

2.6.1 Menerangkan sesuatu konsep 29

2.6.2 Merangsang minat pelajar 29

2.6.3 Mempelbagai aktiviti pengajaran dan 30

Pembelajaran

2.6.4 Menjimatkan masa untuk pengajaran 30

2.6.5 Melibatkan pelajar secara aktif 30

2.6.6 Menyediakan pengalaman sebenar 30

2.6.7 Mempertajamkan deria pelajar 31

Page 11: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xii

2.7 Pendekatan yang digunakan dalam Pembelajaran

Berbantukan Komputer 31

2.8 Teori Pembelajaran 33

2.8.1 Teori Tingkahlaku 34

2.8.2 Teori Kognitif 35

2.8.3 Teori Behaviorisme 36

2.8.4 Teori Konstruktivisme 37

2.9 Aplikasi Teori Dalam Reka Bentuk Perisian PBK 38

2.10 Pembelajaran Bestari 39

2.11 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem Dalam

Pembangunan Laman Web PBK 40

2.12 Model Hanaffin & Peck 42

2.12.1 Analisa Keperluan 43

2.12.2 Fasa Reka Bentuk 43

2.12.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 43

2.13 Elemen Multimedia 44

2.13.1 Teks 44

2.13.2 Grafik 45

2.13.3 Video 45

2.13.4 Audio 46

2.13.5 Animasi 46

2.14 Kelebihan Multimedia Dalam Pembelajaran 46

2.14.1 Penglibatan pelajar secara aktif 46

2.14.2 Merangsangkan Pembelajaran 47

2.14.3 Kawalan Pembelajaran 47

Page 12: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xiii

2.14.4 Kebolehulangan 47

2.14.5 Interaktif 48

2.14.6 Mudah alih 48

2.15 Keberkesanan Multimedia dalam Pendidikan 48

2.16 Pembinaan Laman Web Multimedia Pendidikan 49

2.16.1 Analisa 49

2.16.2 Rekabentuk 51

2.16.3 Pembangunan 52

2.16.4 Pelaksanaan 52

2.16.5 Penilaian 52

BAHAGIAN TIGA

BAB 3

BAB 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN LAMAN WEB PBK 53

3.0 Pendahuluan 51

3.1 Pengenalan 54

3.2 Model Reka Bentuk Laman Web 54

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 55

3.2.1.1 Mengenalpasti Kumpulan 55

Sasaran

3.2.1.2 Mengenalpasti Ciri-ciri 56

Pengguna

Page 13: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xiv

3.2.1.3 Menentukan Objektif 56

Pembangunan Laman Web

3.2.1.4 Menentukan Perkakasan 57

Komputer Yang Akan

Digunakan

3.2.1.5 Menentukan Perisian Bahasa 57

Pengarangan Yang Akan

Digunakan

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 58

3.2.2.1 Menyatakan Objektif 59

Pembelajaran

3.2.2.2 Menentukan Isi Kandungan 59

3.2.2.3 Reka Bentuk muka web 60

3.2.2.4 Paparan Antara Muka 60

3.2.2.5 Carta Alir Bentuk Laman Web 60

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 63

3.2.3.1 Kaedah Pengajaran 64

3.2.3.2 Kaedah Penyampaian 64

3.2.4 Fasa Penilaian Dan Pengulangan 65

3.3 Perancangan Pengujian 66

Page 14: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xv

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4

BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 68

4.1 Pengenalan 68

4.2 Muat Naik Laman Web 68

4.3 Reka Bentuk Antara Muka Laman Web 69

4.4 Reka Bentuk Visual Laman Web 74

4.5 Strategi Pembelajaran Web 76

4.5.1 Capaian Video Streaming 76

4.5.2 Pembinaan Pengetahuan Secara Kolaboratif 77

4.6 Penilaian Pakar 78

4.7 Penutup 78

BAHAGIAN LIMA

BAB 5

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 80

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan 80

5.2.1 Faktor Kekurangan Kepakaran 81

Page 15: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xvi

5.2.2 Faktor Masa 81

5.3 Kelebihan 82

5.4 Kelemahan 83

5.5 Rumusan 84

5.6 Cadangan Lanjutan 85

BIBLIOGRAFI 87

Page 16: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xvii

SENARAI SINGKATAN

CD - Compact Disk

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

MPV Mata Pelajaran Vokasional

CAL Computer Assisted Learning

CAI Computer Aided Instruction

CBI Computer Basic Instrustion

CBL Computer Basic Learning

USM Universiti Sains Malaysia

BTP Bahagian Teknologi Pendidikan

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

BBM Bahan Bantu Mengajar

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 17: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xviii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Alat-Alat Pengajaran Yang Menunjukan Kaedah, Teknik Dan 25

Aktiviti Pengajaran

2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence Theory) 27

3.1 Skala Pemeringkatan Likert 66

4.1 Penerangan Pautan Utama Yang Digunakan Dalam Setiap 70

Paparan Laman Web Yang Dibangunkan

Page 18: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Reka Bentuk Hanaffin & Peek 42

3.1 Carta Alir Peringkat Kandungan 61

3.2 Carta Alir Peringkat Kandungan (Menu Utama) 63

4.1 Reka Bentuk Antara Muka Laman Web 69

4.2 Paparan Montaj Pengenalan Laman Web 70

4.3 Reka Bentuk Antara Muka Laman Web 71

4.4 Reka Bentuk Halaman Panduan Awal 71

4.5 Reka Bentuk Halaman Mandi Mayat 72

4.6 Reka Bentuk Halaman Kafan Jenazah 73

4.7 Reka Bentuk Solat Jenazah 73

4.8 Reka Bentuk Halam Mengkebumikan Jenazah 74

4.9 Halaman Menu Video 75

4.10 Halaman Video Praktikal Pengendalian Jenazah 76

4.11 Paparan Halaman Video Streaming 77

4.12 Paparan Forum 78

Page 19: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

xx

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

Lampiran A Penilaian Pakar 93

Page 20: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

21

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Perkembangan arus perdana yang pesat juga turut sama mengheret

perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi maklumat di

Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan adanya teknologi terkini

kehidupan manusia juga turut berubah dari pelbagai sudut. Secara langsung umum

mengetahui bahawa teknologi yang ada sebenarnya dicipta untuk memberikan

kemakmuran kepada manusia dan memudahkan kehidupan harian manusia.

Pelbagai aspek juga turut berubah dengan perkembangan arus teknologi pada

masa kini. Pelbagai sistem turut berubah termasuk perbankan, sistem perkhidmatan

pelanggan, aduan perkhidmatan dan lain-lain lagi begitu juga bidang pendidikan.

Banyak perkembangan yang berkaitan dengan teknologi pendidikan antaranya banyak

sekolah yang telah menerima kemudahan komputer yang bukan hanya bagi tujuan

pentadbiran malah untuk kegunaan pelajar secara amnya.

Bagi komputer multimedia yang lebih dikenali dengan CD-ROM, telah

membolehkan kita mencapai maklumat dalam berbagai bentuk media seperti teks,

Page 21: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

22

grafik bunyi, animasi dan video hanya melalui sebuah alat. Seperkara lagi yang

menjadikan multimedia sungguh berkesan penggunaannya dalam pembelajaran ialah

pertautannya dengan hypermedia yang bermaksud jalinan semua rangkaian maklumat

multimedia bagi memudahkan para pelajar menjana apa jua maklumat yang

diingininya yang berkaitan dengan pembelajaran tanpa bantuan dari guru (student

centre). Hypermedia dapat membantu pembelajaran dengan lebih berkesan dengan

mewujudkan situasi sebenar di mana pelajar dapat melihat di skrin teori dan praktikal

dalam satu masa, seolah-olah mereka berada di dalam situasi tersebut ketika proses

PBK berjalan.

Melalui Internet pula, pembelajaran dapat dijalankan secara langsung dengan

begitu selesa tanpa mengira masa, tempat dan juga tanpa membayar kos yang tinggi

melalui aktiviti seperti e-mel ataupun World Wide Web (WWW) yang membolehkan

pelajar mencapai maklumat dan menjana bahan pembelajaran asli seperti surat

khabar, majalah, artikel, ulasan buku atau filem dalam masa yang sungguh singkat..

Baharuddin Aris (1995), mengatakan bahawa penggunaan teknologi

pendidikan dapat menyampaikan pengertian atau informasi dengancara yang lebih

konkrit atau lebih nyata daripada yang dapat disampaikan oleh ungkapan kata-kata

yang diucap, dicetak mahupun ditulis. Oleh yang demikain, teknologi pendidikan

akan membuat suatu pengertian atau informasi itu menjadi lebih bermakna. Seseorang

itu akan lebih mudah atau lebih cepat belajar dengan melihat video, relia atau model.

Ini akan dapat menghindarkan keraguan atau salah pengertian secara lebih efektif.

Justeru, ada sesetengah sekolah mengamalkan pendidikan berbantukan

komputer (PBK). Pelbagai sumber yang digunakan dalam PBK ini antaranya ialah

sumber ilmu dari CD, laman web tertentu dan lain-lain lagi. Yang mana pada masa

akan datang mungkin buku teks digantikan dengan CD, kerja rumah dibuat, di simpan

di dalam pen drive ataupun disket dan boleh diakses dari talian internet.

Page 22: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

23

Dengan kaedah pengajaran berbantukan komputer ini, diharapkan kaedah akan

lebih menarik minat pelajar dalam mempelajari matapelajaran tersebut kerana pelajar

akan dapat melihat gambaran sebenar keadaan bagi sesuatu pekara. PBK yang bersifat

mengajar ini diyakini dapat meningkatkan tahap pemikiran dan merangsangkan minda

pelajar terhadap matapelajaran yang dipelajarinya. Gabungan unsur teks, grafik,

audio, video dan animasi disepadukan di dalam perisian yang bertujuan

merangsangkan minda dan menarik minat pelajar. Secara tidak langsung, pengajaran

berbantukan komputer dapat menambahkan lagi rakyat negara kita yang celik IT

1.1 Latar Belakang Masalah

Apabila dilihat secara dekat pada falsafah pendidikan negara, dapat dilihat

bahawa perhatian kepada pendidikan yang berterusan iaitu ‘Pendidikan di Malaysia

adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan’. Justeru, untuk merealisasikan impian ini maka beberapa

usaha haruslah dilakukan.

Untuk merealisasikannya beberapa usaha haruslah dijalankan antaranya ialah

dengan menggunakan teknologi dalam bidang pendidikan. Teknologi ini tidak

semestinya tertumpu pada bidang pentadbiran malahan teknologi yang digunakan

adalah untuk menyampaikan isi pelajaran adalah kepada pelajar. Penekanan dalam

mengaplikasi teknologi pendidikan semakin berubah dari semasa ke semasa. Apabila

dilihat pada zaman dahulu, pengajaran dan pembelajaran hanya menggunakan kapur

dan papan hitam. Pada masa tersebut pengajaran dan pembelajaran adalah

berpusatkan pada guru. Gaya pembelajaran yang begini menyebabkan pelajar merasa

bosan dan hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat mengikuti isi pelajaran yang

disampaikan.

Page 23: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

24

Menurut Esah Sulaiman (2003), individu memang berbeza antara satu sama

lain daripada segi kecerdasannya. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek

menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Ada pelajar lebih

suka dan mudah memahami sesuatu jika pembelajaran banyak dibantu dengan

gambar, rajah, benda-benda yang konkrit. Sementara ada yang mudah belajar jika ada

muzik menenangkan fikiran.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan memberikan sumbangan dalam

meningkatkan lagi mutu pendidikan dalam melaksanakan kurikulum bagi mencapai

sesuatu objektif dengan lebih mudah. Dalam suasana teknologi sekarang memang

banyak perubahan persekitaran berlaku. Oleh yang demikian pengunaan teknologi

amat diperlukan bagi menyimbangkan dengan suasana persekitaran.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer adalah penggunaan

komputer yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menyeronokkan. Ia melibatkan interaktiviti antara pelajar dengan komputer dengan

guru berfungsi sebagai fasilitator. (Burke, 1982).

Di mana salah satu bahan yang digunakan ialah dengan menggunakan laman

web. Laman web yang digunakan mengandungi gabungan teks, gambar, bunyi dan

animasi mampu menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik dalam sesuatu

matapelajaran lantas sesuatu objektif matapelajaran tercapai.

Selain daripada itu ada juga faedah kepada golongan pendidik yang

menggunakan pendekatan pengajaran begini iaitu memudahkan serta menjimatkan

masa di mana golongan pendidik tidak perlu menulis di papan hitam. Ianya cuma

perlu memasukkan disket ataupun CD ataupun pen drive. Secara tidak langsung kelas

menjadi lebih terkawal dan lebih menarik dengan bahan yang dipaparkan. Perisian

yang dibina mestilah mampu menarik minat pelajar dan kerkonsepkan pedagogi agar

matlamat atau objekif sesuatu matapelajaran tercapai dengan jayanya

Page 24: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

25

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikaji. Kajian ini bertujuan untuk

membangunkan sebuah laman web Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

berasaskan laman web dalam bidang pengurusan jenazah.

Dengan adanya laman web ini akan memudahkan para pengendali jenazah

Islam mempelajari dan memantapkan pemahaman mereka untuk menguruskan

jenazah mengikut lunas-lunas syariat yang betul memandangkan masih ramai lagi

yang tidak faham dan berani terlibat dalam pengurusan jenazah walaupun mereka

tahu ia merupakan salah satu daripada tuntutan fardhu kifayah bagi setiap orang

Islam.

1.3 Objektif Projek

Objektif utama pembangunan projek berasaskan laman web ini adalah untuk

menghasilkan satu PBK bagi mata pelajaran pendidikan Islam yang berasaskan web

bagi membantu murid dan juga khalayak untuk mendapatkan sumber infomasi dari

dalam talian (online).

1.3.1. Menghasilkan satu PBK yang interaktif bagi memudahkan murid, guru dan

orang awam berinteraksi secara dalam talian.

Page 25: “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang

26

1.3.2. Menghasilkan satu perisian PBK yang menarik supaya murid, guru dan orang

awam berani untuk mendalami bidang pengurusan jenazah.

1.3.3. Membantu memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran yang hendak

disampaikan melalui laman web.

1.3.4. Memberikan alternatif penyebaran bahan pembelajaran dan pengajaran kepada

murid, guru dan orang awam selain ia disebarkan melalui CD-ROM dan buku

rujukan.

1.4 Kepentingan Projek

Adalah menjadi hasrat supaya projek PBK berasaskan web ini mempunyai

kepentingan kepada kesemua pihak sama ada murid, guru dan orang awam untuk:

1.4.1 Mempelbagaikan serta memberikan pilihan kaedah penyampaian dalam

proses pembelajaran.

1.4.2. Membantu murid, guru dan orang awam sebagai sumber inspirasi dan

motivasi bagi menarik minat terhadap bidang pengurusan jenazah.

1.4.3. Memberi peluang kepada murid, guru dan orang awam belajar mengikut

kehendak, keupayaan dan minat mereka sendiri.

1.4.4 Membantu kepada proses pengajaran supaya lebih berkesan.