“saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “saya akui bahawa karya ini...

21

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya
Page 2: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Kemahiran hidup).”

Tandantangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya. Dr Yahya Bin Buntat

Tarikh : 18 APRIL 2011

Page 3: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELATIH-PELATIH UNTUK MENGIKUTI

KURSUS PROGRAM LATIHAN BELIA DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR

BAHRU.

KHAIRUL ANNUAR BIN SAMSUSAH

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti pendidikan

Universiti teknologi malaysia

APRIL 2011

Page 4: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

Ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : KHAIRUL ANNUAR BIN SAMSUSAH

Tarikh : 18 APRIL 2011

Page 5: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

DEDIKASI

Allah S.W.T

Di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini tepat pada masanya.

Ditujukan Khas Buat

Prof. Madya. Dr. Yahya bin Buntat

Diatas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kritikan membina

Dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

Buat Ayah dan Ibu

En. Samsusah Bin Saat & Puan Sinah Binti Jasmo

Di atas iringan doa dan sokongan yang tidak putus-putus untuk

Saya meneruskan perjuangan ini

Teman Seperjuangan

Di atas bantuan dan sokongan moral kalian semua ini.

Semoga kenangan kita bersama akan kekal selamanya

Page 6: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah diucapkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurniNya

dapat juga saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sepenuhnya pada masa yang telah

ditetapkan.

Penyelidik ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu Prof. Madya. Dr Yahya Bin Buntat yang telah memberikan komitmen

yang sepenuhnya dalam membimbing dan memberikan kritikan yang membina serta

tunjuk ajar yang sangat berguna disepanjang tempoh saya meyiapkan penyelidikan ini.

Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia dan pihak pengurusan Akademi Binaan Malaysia Johor

Bahru kerana tanpa kerjasama daripada mereka tidka mungkin penyelidikan ini dapat

dijalankan dengan lancar.

Rakaman terima kasih juga kepada ibu bapa, keluarga terdekat, rakan-rakan

seperjuangan serta setiap individu yang terlibat secara langsung mahupn tidak langsung

dalam membantu saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Teguran-teguran yang bernas

dan membina amat membantu saya dalam memperbaiki dan menyempurnakan Projek

Sarjana Muda ini.

Wassalam.

Khairul Annuar Bin Samsusah

Page 7: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih

mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru. Kajian

ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi

soalan-soalan demografi mengenai latar belakang responden dan bahagian B pula mengandungi

34 item berkaitan dengan faktor minat, faktor motivasi, faktor keluarga, dan faktor kursus yang

ditawarkan. Nilai indeks kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.88. Data-data dikumpul dan

dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for

windows”. Analisis statistik deskritif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data dengan

menggunakan min, kekerapan, dan peratusan. Secara keseluruhannya, Kajian ini mendapati

semua faktor yang dikaji mempengaruhi pelatih-pelatih untuk mengikuti kursus latihan

kemahiran di Akademi Binaan Malaysia Johor bahru.

Page 8: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

ABSTRACT

The purpose of this research is to obtain the factors that influence students attend

Program Kemahiran Belia courses at Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru. The

research using a questionnaire that is divided into two parts. Part A contains

demographic questions about respondents' backgrounds, and section B consists

of 34 items relating to interest, motivation factors, family factors, and factors of the courses

offered in the context of this research. The reliability index of this instrument is α = 0.88. Data

were collected and analyzed using “Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for

windows”. Descriptive statistical analysis was used to analyze data using mean, frequency, and

the percentage. Generally, result from the study showed that all factors influenced the trainees to

attend training courses at the Akademi Binaan Malaysia in Johor Bahru.

Page 9: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SINGKATAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Skop dan Batasan Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Faktor 8

1.8.2 Mempengaruhi 8

1.8.3 Pelatih 8

1.8.4 Latihan 8

Page 10: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

1.8.5 Program Kemahiran Belia 8

1.8.6 Minat 9

1.8.7 Motivasi 9

1.8.8 Keluarga 10

1.8.9 Kursus 10

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Latihan Kemahiran 12

2.3 Objektif Latihan Kemahiran 12

2.4 Akademi Binaan Malaysia 13

2.4.1 Sejarah dan Latar Belakang ABM 14

2.4.2 Objektif ABM 15

2.4.3 Program Kemahiran Belia 16

2.5 Faktor Minat 17

2.6 Faktor Motivasi 18

2.7 Faktor Keluarga 20

2.8 Faktor Kursus 22

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 25

Page 11: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 26

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Prosedur Kajian 31

3.8 Analisis Data 30

3.9 Penutup 33

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data Bahagian A 35

4.2.1 Jantina 35

4.2.2 Pencapaian Akademik 36

4.2.3 Pekerjaan Penjaga 36

4.2.4 Pengalaman Kerja 37

4.2.5 Kediaman 38

4.3 Analisis Data Bahagian B 38

4.3.1 Faktor Minat 39

4.3.2 Faktor Motivasi 42

4.3.3 Faktor Keluarga 44

4.4.4 Faktor Kursus 46

4.4 Penutup 48

Page 12: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan 50

5.2.1 Rumusan latar belakang pelatih-pelatih

Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru 50

5.2.2 Minat 50

5.2.3 Motivasi 50

5.2.4 Keluarga 51

5.2.5 Kursus 52

5.3 Perbincangan 53

5.3.1 Pengaruh Faktor Minat Terhadap Pelatih

Untuk Mengikuti Kursus Program Kemahiran

Belia Di Akademi Binaan Malaysia 53

5.3.2 Pengaruh Faktor Motivasi Terhadap Pelatih

Untuk Mengikuti Kursus Program Kemahiran

Belia Di Akademi Binaan Malaysia. 54

5.3.3 Pengaruh Faktor Keluarga Terhadap Pelatih

Untuk Mengikuti Kursus Program Kemahiran

Belia Di Akademi Binaan Malaysia 55

5.3.4 Pengaruh Faktor kursus yang ditawarkan terhadap

Pelatih pelatih untuk mengikuti kursus Program

Kemahiran Belia di di Akademi Binaan Malaysia. 56

5.4 Cadangan 58

5.5 Saranan Untuk Kajian Lanjutan 60

5.6 Penutup 60

Page 13: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

RUJUKAN 62

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) 66

B Borang Soal Selidik 68

Page 14: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

1.1 Statistik pelatih Program Kemahiran Belia Akademi

Binaan Malaysia Wilayah Selatan Johor Bahru dari

tahun 2004 – 2010 4

2.1 Pusat-Pusat ABM dan Tahun Penubuhannya 15

3.1 Skala Likert dan Nilai Skor 28

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 29

3.3 Skala Nilai Min 32

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Akademik 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Penjaga 36

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Kerja 37

4.5 Taburan Responden Mengikut Kediaman 38

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor

Minat Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus

Program Kemahiran Belia Di ABM 39

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor

Motivasi Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus

Program Kemahiran Belia Di ABM 42

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor

Keluarga Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus

Program Kemahiran Belia Di ABM 44

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kursus

Dalam Mempengaruhi Pelatih Mengikuti Kursus Program

Kemahiran Belia Di ABM 46

Page 15: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

SENARAI SINGKATAN

f - Frekuensi

% - Peratus

ABM - Akademi Binaan Malaysia

CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

PTV - Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

S - Setuju

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for Sosial Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 16: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam menuju era globalisasi, Malaysia adalah antara negara yang mementingkan ilmu

pengetahuan dan juga tenaga kerja mahir. Ini dapat dilihat melalui ucapan YAB Dato’ Seri Dr

Mahathir Mohamad;

‘Sumber paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya

cipta, dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih

berharga dari sumber alam. Tanpa ragu-ragu lagi pada tahun 1990an dan seterusnya Malaysia

mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat

penting ini’ – Wawasan 2020

Kewujudan sistem latihan kemahiran yang berkesan amat penting untuk menyokong dan

menjayakan agenda pembangunan negara. Rancangan Malaysia Kelapan dan Rangka

Rancangan Jangka Panjang Ketiga banyak menekankan tentang kepentingan pembangunan

sumber manusia dan sistem latihan kemahiran yang mantap. Globalisasi dan kemajuan teknologi

Page 17: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

yang pesat akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir yang berkualiti iaitu

mereka yang berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang

tinggi di samping pengetahuan menggunakan komunikasi teknologi maklumat.

Antara perkara yang menjadi teras utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai

negara yang membangun sepenuhnya ialah dengan memberi penekanan kepada pembangunan

sumber manusia. Sumber tenaga yang utama adalah bergantung kepada tenaga belia yang

mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berpendidikan dan bersedia untuk dilatih. Belia-belia

perlu dilengkapkan dengan kemahiran asas yang diperlukan oleh industri samada dari kalangan

profesional yang lahir dari univesiti tempatan dan luar negara, hinggalah kepada tenaga kerja

mahir dan separa mahir yang dilatih oleh pusat-pusat latihan teknikal ataupun sekurang-

kurangnya kemahiran asas yang diperolehi di peringkat sekolah menengah.

Oleh itu, fokus pembangunan tenaga manusia ialah untuk meningkatkan seramai

mungkin sumber tenaga kerja melalui pendidikan dan latihan. Sektor pembinaan sememangnya

memerlukan pertambahan bilangan pekerja-pekerja yang mempunyai latihan teknikal. Dalam

strategi pembangunan keseluruhan, pihak kerajaan telah mengatur langkah-langkah yang perlu

bagi menambahkan bilangan jurutera.

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih untuk

mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru kepada

kurangnya tenaga kerja tempatan dalam industri binaan.

1.2 Latar belakang Masalah

Hasil daripada kerancakan pertumbuhan industri binaan tempatan, sektor binaan

memerlukan tenaga kerja yang ramai. Di samping mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran

dan terlatih, ia juga hendaklah berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti dalam tempoh masa

dan kos yang dikehendaki di dalam proses penyiapan projek tersebut (CIDB, 2004).

Page 18: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

“Sasaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada tahun ini

adalah untuk melaksanakan program latihan melibatkan 20,461 belia di negeri ini. Daripada

jumlah sasaran itu, 9,847 pelatih telah mengikuti pelbagai program latihan bagi tempoh Januari

hingga Mei 2010,” (Datuk Ahmad Zahri Jamil, 2010).

Kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing di negara ini akan dapat dikurangkan

apabila 70 peratus daripada 1.2 juta pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang mengikuti

beberapa program di seluruh negara sudah memasuki pasaran kerja. Dalam memastikan negara

mempunyai pekerja yang berkemahiran, CIDB telah mengambil peranan pro-aktif untuk melatih

pekerja khasnya untuk sector pembinaan. Sebanyak 6 buah kampus Akademi Binaan Malaysia

(ABM) telah disediakan untuk tujuan melatih pekerja binaan dan belia-belia lepasan sekolah.

Latihan-Iatihan yang dijalankan di ABM telah disusun untuk menepati standard kemahiran

industri yang diiktiraf. Tenaga pengajarnya juga merupakan mereka yang mempunyai kelulusan

serta berkemahiran tinggi. Pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar ini juga sentiasa diberi

keutamaan agar mereka dapat meningkatkan profesionalisme mereka secara berterusan.

Institut Akademi Binaan Malaysia membuat pengambilan pelatih sebanyak dua kali

setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun. Syarat permohonan untuk mengikuti kursus yang

ditawarkan adalah berbeza dan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipohon. Terdapat 49

jenis bidang kemahiran yang ditawarkan di 6 lokasi ABM di seluruh negara dengan tempohnya 1

bulan hingga 24 bulan mengikut bidang. Walau bagaimanapun, syarat umum bagi Program

Kemahiran Belia adalah seperti berikut:

1. Berumur 16 tahun hingga 35 tahun

2. Warganegara Malaysia; dan

3. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil

Page 19: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

Sehingga akhir September 2010, seramai 11 605 pelatih bagi Program Latihan Belia

mengikuti latihan kemahiran dengan mengambil kursus Sijil Kemahiran Kecekapan di Akedemi

Binaan Malaysia di Johor Bahru. Jumlah tersebut menunjukkan penurunan kemasukan pelatih

dari tahun 2004 seramai 2589 pelatih kepada 1330 pelatih pada tahun 2007 dan meningkat

semula pada tahun 2009 seramai 2106 pelatih.

Jadual 1.1: Statistik pelatih Program Kemahiran Belia Akademi Binaan Malaysia Wilayah

Selatan Johor Bahru dari tahun 2004 - 2010

TAHUN/PROGRAM PROGRAM

LATIHAN

BELIA

PROGRAM

LATIHAN

PERSONEL

BINAAN

AKREDITASI

TAHUN 2004

TAHUN 2005

TAHUN 2006

TAHUN 2007

TAHUN 2008

TAHUN 2009

TAHUN 2010(SEPT)

2569

1519

1487

1330

1680

2106

914

632

717

660

537

1688

3155

2906

2401

3400

4150

2018

1148

JUMLAH 11605 16295 12117

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk

mengikuti kursus Program Latihan Belia di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru. Antara

faktor yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah seperti faktor minat, motivasi, keluarga serta kursus

yang ditawarkan di institut ini.

Page 20: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah menjurus kepada beberapa perkara

berikut:-

i) Mengenalpasti sama ada faktor minat mempengaruhi keinginan pelajar untuk mengikuti

kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.

ii) Mengenalpasti sama ada faktor motivasi mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus

Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.

iii) Mengenalpasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus

Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.

iv) Mengenalpasti sama ada faktor kursus yang terdapat di ABM mempengaruhi pelajar

untuk mengikuti Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.

Page 21: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ...€¦ · “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan Ringkasan yang tiap-tiap satunya

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, pengkaji membina beberapa soalan kajian yang ingin

dikaji untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih-pelatih khususnya golongan

belia mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia.Persoalan kajian

adalah seperti berikut:-

i) Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program

Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia?

ii) Apakah faktor motivasi mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program

Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia?

iii) Apakah faktor keluarga mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program

Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia?

iv) Apakah faktor kursus yang terdapat di pusat latihan kemahiran tersebut

mempengaruhi pelajar untuk mengikuti kursus Program Kemahiran Belia di Akademi

Binaan Malaysia?