kejuruteraan genetik 3

9
Kejuruteraan Genetik Apakah kejuruteraan genetik?? Kejuruteraan genetik adalah menggabungkan 2 DNA yang berlainan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik sifat fizikalnya dan lebih resistan terhadap serangan serangga dan penyakit. kejuruteraan genetik tidaklah merangkumi penggabungan DNA untuk tujuan menghasilkan baka baru yang lebih baik daripada induknya. tetapi kejuruteraan genetik juga merupakan teknologi yang dapat menghasilkan bayi tabung uji melalui persenyawaan tabung uji. Manfaat kejuruteraan genetik tidak dapat dinafikan sememangnya teknologi kejuruteraan genetik ini telah banyak membantu wanita yang mempunyai masalah untuk hamil berpeluang mempunyai anak daripada bakanya sendiri. pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah. hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk penghidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksida untuk mendiagnosis masalah metabolisme kolesterol.

Upload: japirin-amit

Post on 19-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Page 1: Kejuruteraan   Genetik 3

Kejuruteraan Genetik

Apakah kejuruteraan genetik??

•     Kejuruteraan genetik adalah menggabungkan 2 DNA yang berlainan untuk menghasilkan

sesuatu yang lebih baik sifat fizikalnya dan lebih resistan terhadap serangan serangga dan

penyakit.

•     kejuruteraan genetik tidaklah merangkumi penggabungan DNA untuk tujuan menghasilkan

baka baru yang lebih baik daripada induknya.

•     tetapi kejuruteraan genetik juga merupakan teknologi yang dapat menghasilkan bayi tabung uji

melalui persenyawaan tabung uji.

Manfaat kejuruteraan genetik

•     tidak dapat dinafikan sememangnya teknologi kejuruteraan genetik ini telah banyak membantu

wanita yang mempunyai masalah untuk hamil berpeluang mempunyai anak daripada bakanya

sendiri.

•     pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon,

sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah.

•     hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku

darah untuk penghidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksida untuk mendiagnosis

masalah metabolisme kolesterol.

•     terdapat peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin

A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.

•     kaedah kejuruteraan genetik juga membantu melambatkan atau menurunkan kadar proses

pengoksidaan di samping melambatkan kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini

bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik

akan tahan lebih lama ketika di pasaran dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan

yang terhasil melalui proses tanaman secara organik.

·      Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa

tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan genetik telah

menunjukkan tahap ke rintangan yang tinggi dan luar biasa terhadap racun pemusnah tumbuhan

seperti racun Herbisid, Pestisid dan lain-lain lagi.

Page 2: Kejuruteraan   Genetik 3

•     meningkatkan pengeluaran hasil tinggi, Jelaslah kejuruteraan genetik dapat mengurangkan

kadar kekurangan makanan.

•     juga dapat mengurangkan isu jenayah dan sivil. Hal demikian kerana seseorang akan berfikir

panjang sebelum melakukan kejahatan kerana pihak berkuasa pasti dapat mengesan penjenayah

melalui tinggalan genetik dengan adanya teknologi kejuruteraan genetik.

•     Penyelidik di Universiti Michigan turut mendapati tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian

genetik mampu melawan virus. 

Kemudaratan pengaplikasian kejuruteraan genetik.

•     Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27 April 2002, kajian telah dilakukan kepada ayam

dengan memberinya makan jagung yang telah diubahsuai iaitu T-25 dan jagung yang dihasilkan

secara konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam mati apabila diberi makan jagung

T-25. Keputusan ini telah pun diperoleh pada tahun 1996 tetapi telah diabaikan sehingga

tanaman tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk dipasarkan pada tahun tersebut. Jagung ini

dihasilkan untuk diberi makan kepada lembu yang diternak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVVCSMhX

© Utusan Melayu (M) Bhd 

·      Ke rintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam

sesetengah tanaman yang telah diubahsuai.

·      pengaplikasian kaedah ini akan menghasilkan tumbuhan yang mempunyai tahap ke rintangan

yang tinggi. Jika berlaku hubungan silang dengan tumbuhan yang liar, hal ini menyebabkan akan

tumbuh spesies tumbuhan liar yang memerlukan penciptaan racun yang lebih kuat untuk

menghapuskannya.

·      Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar.

·      Ahli bio-kimia terkemuka, Erwin Chargoff mengatakan teknologi kejuruteraan genetik

mengemukakan ancaman besar kepada dunia selain kemunculan teknologi nuklear. Tidak seperti

bahan kimia atau nuklear, pencemaran genetik sukar dibersihkan dan kesilapan genetik akan

diperturunkan kepada semua generasi berikutnya. 

Page 3: Kejuruteraan   Genetik 3

·      Sementara saintis British, Dr. Arpad Pusztai pula menemui kesan-kesan memudaratkan ke atas

usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan pada tikus yang diuji dalam mengesan

kesan tanaman GM ke atas pemakanan binatang dan alam sekitar.

·      keputusan penyelidikan universiti Michigan yang menyatakan tumbuhan yang dihasilkan

melalui kejuruteraan genetik adalah mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap virus. Hal

ini menyebabkan virus membentuk virus yang lebih ganas dan memerlukan vaksin yang kuat

untuk mengatasinya.

·      Contoh, di Amerika Syarikat apabila ujian mendapati beras yang dihasilkan menerusi teknologi

kejuruteraan genetik (GE) lebih tercemar dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada

pengguna.

·      Perkara itu didedahkan pakar Biologi dan Ecological Entomologist yang juga Penyelidik

Kanan Bersekutu Institut Dasar Pengguna di Amerika Syarikat, Dr Michael K Hansen. 

·      kejuruteraan genetik turut membawa kerugian terhadap ekonomi negara.

Bukti, industri beras di Amerika kerugian RM4.6 bilion kerana beras yang dihasilkan menerusi

kaedah GE gagal dipasarkan. 

Firman Allah SWT di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud:

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-

angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang

ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya,

dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubah nya."

Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah

adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana

kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan

yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada

manusia.

Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi

yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada

kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan

kehendak diri sendiri. Maka timbullah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk

Page 4: Kejuruteraan   Genetik 3

mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak

yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma

benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan

akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.

Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesies-spesies

binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-

mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudaratkan dan

menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.

•     kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji yang boleh digunakan

kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh

disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu

sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil

upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di

dalam masyarakat.

•     Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak di batas kan, maka

bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat,

seperti anak yang mempunyai dua ibu bapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil

upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang

mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah

lagi.

·      Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika

berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada

menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan,

fitrah semula jadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

Adakah perlu semua ini diabaikan dalam kita mengejar untuk memperbaiki kualiti makanan,

meningkatkan penghasilan makanan dan memperbagaikan penghasilan pertanian dengan

menggunakan teknik pengubahsuaian genetik ??

Page 5: Kejuruteraan   Genetik 3

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVb6s9EH

© Utusan Melayu (M) Bhd 

rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_genetik

Kejuruteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah

secara tidak langsung. Kejuruteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan

pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuruteraan

genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi

tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi

penyelidikan kanser.

DNA dan Kejuruteraan Genetik menerangkan cara DNA berfungsi, kod dibaca dan tindakan sel

untuk membina protein. Buku ini meneroka kejuruteraan genetic dan terapi gen, iaitu bidang

paling kontroversi dalam penyelidikan sel tunjang dan pengklonan. Contoh terkini diberikan,

seperti penggunaan darah daripada tali pusat bayi untuk menyediakan sel tunjang bagi menguji

ubat-ubatan baharu.

Kesimpulannya

•     Setiap ciptaan manusia pasti ada kelemahannya, di sebalik kesan positifnya.

Page 6: Kejuruteraan   Genetik 3

•     Kejuruteraan genetik tidak wajar dipraktikkan kerana mempunyai banyak memberi kesan

negatif kepada hidupan yang ada di muka bumi ini.

•     Islam mengharamkan manusia melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat terhadap

dirinya dan masyarakat sekelilingnya.

•     sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya

dengan Rasulullah S.A.W tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka

Rasulullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita

bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudaratkan kehidupan

adalah dibolehkan.

•     Kejuruteraan genetik jelas memberi impak negatif kepada manusia dan hidupan di muka Bumi.

Sesungguhnya sesuatu yang Allah ciptakan itu adalah sempurna.

•     wajarlah terdapat pihak yang tidak setuju dan menentang pengaplikasian kejuruteraan genetik

untuk melahirkan spesies baru kerana ia boleh memudaratkan manusia dan hidupan di muka

bumi.

Antara hidupan yang telah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik

Jelaslah kejuruteraan genetik telah merubah ciptaan yang maha kuasa tanpa ada manfaatnya……

Malah mengundang bencana dan mengundang kepupusan sesuatu spesies.