makanan ubahsuai genetik m

12
Februari 2003 || 1 || Bil: 2/2003 M akanan yang telah diubahsuai genetik ialah makanan yang melalui proses pengubahsuaian terhadap sifat genetik mikro-organisme, tumbuh-tumbuhan atau haiwan dengan memasukkan gen yang telah diubahsuai atau gen daripada jenis atau spesis yang lain. Organisme yang diubahsuai genetik ini mungkin terdiri daripada mikro-organisme yang telah dicipta untuk digunakan sebagai bio-racun makhluk perosak atau biji benih yang diubahsuai secara genetik bagi menghasilkan tanam-tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan lebih baik. Makanan ubahsuai genetik ini merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat multinasional yang berasaskan pertanian. Melalui kaedah penyelidikan, maka syarikat-syarikat ini telah berjaya menghasilkan benih tumbuh-tumbuhan yang dikatakan lebih baik penghasilannya berbanding tumbuh-tumbuhan yang berasal daripada benih semula jadi. Sebagai usaha memasarkan tanaman- tanaman di pasaran antarabangsa, syarikat- syarikat ini telah mendakwa bahawa produk ubahsuai genetik yang dihasilkan adalah baik berdasarkan alasan-alasan seperti berikut: n Membantu mengurangkan masalah kebuluran n Makanan ubahsuai genetik tidak ada bezanya dengan tanaman semula jadi. n Dapat memperbaiki kualiti pemakanan yang dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius. n Teknologi ubahsuai genetik membolehkan saintis tanaman membentuk sifat-sifat tanaman yang tahan daripada kemarau n Kos makanan ubahsuai genetik lebih rendah, ia menjadikan penanam lebih mendapat keuntungan dan memberi manfaat kepada alam sekitar. Biarpun begitu, alasan yang diberikan oleh syarikat multinasional pengeluar benih ubahsuai genetik telah ditolak oleh para pejuang keselamatan makanan. Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa makanan ubahsuai genetik ini mengakibatkan beberapa kesan terutama dari segi jangka panjang. Beberapa perkara tentang GMO n Kurangnya maklumat: Tidak terdapat kajian jangka panjang dan secara bersendirian tentang keselamatan makanan atau tanaman GMO. n Penggunaan teknologi tidak tepat: GMO boleh berpindah dari satu organisme ke organisme yang lain. Gen tersebut dipotong secara tepat dari DNA sesuatu organisme, tetapi jurutera genetik tidak mempunyai pengetahuan di mana gen itu akan dimasukkan dalam DNA organisme penerima. Begitu juga mereka tidak sedar akan kemungkinan tindakbalas yang berlaku. n Kesan sampingan: Gen yang baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak disengajakan. n Kegagalan penyebaran tanaman: Jurutera genetik lebih mementingkan keuntungan Makanan Ubahsuai Genetik Ke muka 108 ISSN: 1675-5626 www.kpdnhq.gov.my Teknologi ubahsuai genetik menyebabkan buah-buahan kelihatan segar - walaupun sebenarnya kurang berkhasiat.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan Ubahsuai Genetik M

Februari 2003 || 1 ||

Bil: 2/2003

Makanan yang telah diubahsuai genetik ialahmakanan yang melalui prosespengubahsuaian terhadap sifat genetik

mikro-organisme, tumbuh-tumbuhan atau haiwandengan memasukkan gen yang telah diubahsuaiatau gen daripada jenis atau spesis yang lain.Organisme yang diubahsuai genetik ini mungkinterdiri daripada mikro-organisme yang telah diciptauntuk digunakan sebagai bio-racun makhlukperosak atau biji benih yang diubahsuai secaragenetik bagi menghasilkan tanam-tanaman yangkebal penyakit dan membesar dengan lebih baik.

Makanan ubahsuai genetik ini merupakanproduk yang dihasilkan oleh syarikat multinasionalyang berasaskan pertanian. Melalui kaedahpenyelidikan, maka syarikat-syarikat ini telah berjayamenghasilkan benih tumbuh-tumbuhan yangdikatakan lebih baik penghasilannya berbandingtumbuh-tumbuhan yang berasal daripada benihsemula jadi.

Sebagai usaha memasarkan tanaman-tanaman di pasaran antarabangsa, syarikat-syarikat ini telah mendakwa bahawa produkubahsuai genetik yang dihasilkan adalah baikberdasarkan alasan-alasan seperti berikut:n Membantu mengurangkan masalah kebulurann Makanan ubahsuai genetik tidak ada bezanya

dengan tanaman semula jadi.n Dapat memperbaiki kualiti pemakanan yang

dapat mengelakkan daripada seranganpenyakit yang serius.

n Teknologi ubahsuai genetik membolehkansaintis tanaman membentuk sifat-sifattanaman yang tahan daripada kemarau

n Kos makanan ubahsuai genetik lebih rendah,

ia menjadikan penanam lebih mendapatkeuntungan dan memberi manfaat kepadaalam sekitar.Biarpun begitu, alasan yang diberikan oleh

syarikat multinasional pengeluar benih ubahsuaigenetik telah ditolak oleh para pejuang keselamatanmakanan. Hasil daripada kajian yang dilakukanmendapati bahawa makanan ubahsuai genetik inimengakibatkan beberapa kesan terutama dari segijangka panjang.

Beberapa perkara tentang GMO

n Kurangnya maklumat: Tidak terdapat kajianjangka panjang dan secara bersendiriantentang keselamatan makanan atau tanamanGMO.

n Penggunaan teknologi tidak tepat: GMO bolehberpindah dari satu organisme ke organismeyang lain. Gen tersebut dipotong secara tepatdari DNA sesuatu organisme, tetapi juruteragenetik tidak mempunyai pengetahuan di managen itu akan dimasukkan dalam DNAorganisme penerima. Begitu juga mereka tidaksedar akan kemungkinan tindakbalas yangberlaku.

n Kesan sampingan: Gen yang baru ini mungkinmempunyai kesan yang tidak disengajakan.

n Kegagalan penyebaran tanaman: Juruteragenetik lebih mementingkan keuntungan

MakananUbahsuaiGenetik

Ke muka 108

ISSN: 1675-5626www.kpdnhq.gov.my

Teknologi ubahsuai genetik menyebabkan buah-buahankelihatan segar - walaupun sebenarnya kurangberkhasiat.

Page 2: Makanan Ubahsuai Genetik M

|| 2 || Februari 2003

Ketika restoran makanan segera mulai masuk ke Malaysia dahulu, kita sebenarnya secara tidaklangsung telah didedahkan dengan pola pemakanan cara barat, yang menjadi pelopor kepada

makanan ini. Biarpun ketika itu masyarakat belum bercakap tentang globalisasi, dunia tanpa sempadandan sebagainya, kita sebenarnya mulai disogokkan dengan elemen-elemen ini. Masyarakat mulai kenaldengan ayam goreng, kentang goreng, burger, pizza dan sebagainya. Secara perlahan-lahan, budayaini menular dalam masyarakat dan menjadi sebati dalam kehidupan.

Lama sebelum itu, jenama-jenama barat seperti Coca Cola, Johnson & Johnson dan sebagainyatelah lama bertapak di negara kita. Ini termasuklah jenama rokok seperti Malboro, Benson & Hedges,Dunhill dan sebagainya yang menjadi sebahagian daripada kehidupan penghisap rokok. Kita telah biasadengan barangan-barangan tersebut, sehingga kita sendiri tidak mengambil kisah sama ada ia adalahbarangan luar atau barangan buatan tempatan. Malahan kita sendiri pun tidak dapat mencari alternatifbagi barangan tersebut yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Mungkin langsung tidak ada.

Beberapa usaha telah dilakukan oleh pengeluar tempatan bagi menyaingi barangan luar negara ini.Ada yang dapat terus hidup dan ada yang mati tanpa meninggalkan “batu nisan”. Yang hidup punmengalami pasang surut dunia perniagaan. Umpamanya syarikat pengeluar barang keperluan harian,Zaiton Industri yang mengeluar barangan seperti sabun, ubat gigi, bedak dan banyak lagi. Walaupuntelah lama menjalankan perniagaan, tetapi masih terpaksa merangkak-rangkak menghadapi syarikatgergasi luar negara yang mempunyai jaringan pengedaran yang luas. Pernah satu ketika baranganZaiton tidak terdapat di pasaran kerana masalah pengedaran. Banyak lagi syarikat tempatan yangmengalami masalah seumpama ini.

Kewujudan pasar raya besar seperti Makro, Carrefour, Giant, Tesco dan sebagainya menambahkanlagi persaingan bagi syarikat-syarikat tempatan ini. Pasar raya besar ini yang kebanyakannya telahmenggunakan jenamanya sendiri dengan pilihan barangan yang banyak pada harga yang lebih rendahsudah tentu menimbulkan “kesakitan” kepada syarikat pengeluar tempatan ini. Tidak semua pasar rayaini yang menggunakan pembekal tempatan kerana harga yang ditawarkan agak tinggi. Mereka lebihberminat untuk mendapatkan bekalan dari luar negara yang dapat menawarkan harga yang lebih murahagar dapat memikat pengguna. Pasaran dari Thailand, China dan negara-negara lain yang mempunyaikos pengeluaran yang rendah menjadi perhatian. Bagaimana keadaan pengeluar tempatan nanti. Secaraperlahan-lahan akan “mati” kerana tidak mampu bersaing.

Inilah salah satu kesan globalisasi. Hanya pengeluar yang dapat meningkatkan pengeluaran denganmeminimumkan kos pengeluaran sahaja akan dapat terus bertahan.

Belilah barangan buatan Malaysia.

Penasihat:Y. Bhg. Datuk Dr Sulaiman B. Mahbob

Ketua Setiausaha Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Ketua Sidang PengarangHaji Wan Mansor bin Wan Omar

Timbalan Ketua Sidang PengarangMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangNormah bte Sheikh Abdullah

Anyi NgauHasliana Kamarudin

Che Aizawati bte Che SallehArpannah Appala Naidu

Sharon Shalita a/p Nobbel Moses

Dicetak oleh Syarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanusahasama di antara Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Silahantarkan sumbangan kepada:

Editor,Buletin Pengguna,No 1D-1, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.Emel: [email protected] Web KPDN & HEP : www.kpdnhq.gov.myLaman Web FOMCA : www.fomca.org.my

S I D A N G R E D A K S I

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna ini tidak semestinyamencerminkan pendirian dan dasar Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA. Ia merupakanpendapat penulis sendiri.

M I N D A E D I T O R

Page 3: Makanan Ubahsuai Genetik M

Februari 2003 || 3 ||

Akta Sewa Beli 1967

Jualan secara sewa beli bermaksud bahawaseseorang menyewa barang-barang denganhak pilihan membeli. Pengguna dibenarkan

membayar secara ansuran untuk sesuatu tempohyang tertentu. Dalam urus niaga ini, penggunabertindak sebagai penyewa dan syarikat yangmemberikan pinjaman sebagai pemunya. Setelahpengguna selesai menjelaskan bayaran, makabarangan tersebut menjadi hak milik penggunatersebut.

Akta Sewa Beli ini diwujudkan bertujuan untukmengawal selia bentuk dan kandungan perjanjianserta menggariskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli. Aktaini juga menentukan bahawa pemunya (orang yangmenjual barangan) tidak mengenakan bayarankhidmat faedah lebih daripada 10% setahun ke ataspinjaman yang diberikan bagi sewa beli.

Perjanjian Sewa Beli

Dalam urusniaga ini, pemunya dan penyewahendaklah membuat perjanjian sewa beli secarabertulis. Antara butir-butir perjanjian tersebut ialah:n Nama barangann Harga tunai barangann Tarikh kuat kuasa sewa belin Wang cengkeram (tidak kurang daripada 10

peratus daripada harga tunai) jika jumlahnya tidakditentukan.

n Insurans, jika adan Kadar faedah yang dikenakan (tidak melebihi 10

peratus setahun ke atas jumlah pinjaman)n Jumlah dan bilangan ansuran serta tarikh bayarann Nama dan alamat syarikat atau wakil atau agen

yang berhak menerima bayaran ansurann Tandatangan pekedai dan penyewa.

Perjanjian ini hendaklah diberikan kepadapenyewa dalam tempoh 14 hari selepas ia dibuat.

Jenis barang-barang tersenarai

Di bawah Akta Sewa Beli, disenaraikan beberapabarangan yang diletakkan di bawah kawalan aktatersebut, iaitu:n Kenderaan bermotorn Kenderaan orang-orang cacatn Motosikal

UNDANG - UNDANG

n Kereta termasuk teksi dan kereta sewan Kenderaan barang-barang (berat maksimum

muatan tidak melebihi 2,538 kg)n Basn Radio, televisyen, pita perakam dan alat-alat

gabungannyan Peti sejuk dan peti dingin beku dan alat-alat

gabungannyan Mesin jahit untuk kegunaan rumahn Mesin basuhn Alat pencuci hampagasn Penyaman udara untuk kegunaan rumahn Ketuhar elektrik atau gas / dapur elektrik atau

gasn Perakam videon Mesin taipn Piano dan organn Mesin fotostat/penyalinn Alat-alat Hi-Fi

Hak-hak Pemunya (Pekedai)

Pemunya mempunyai hak-hak terhadap urusniaga yang dijalankan, seperti berikut:n Pemunya boleh mengambil semula barangan

sekiranya:v Penyewa gagal menjelaskan bayaran

ansuran penuh sebanyak dua kaliberturut-turut atau gagal menjelaskanansuran terakhir

v Pemunya telah memberi notis untukmengambil semula milik mengikut Jadualke-4 kepada penyewa.

v Pemunya telah memberi satu notisperingatan 14 hari selepas memberikannotis Jadual Ke-4 kepada penyewa.

v Pemunya memberikan satu lagi notisperingatan 21 hari selepas notis JadualKe-4 diberikan kepada penyewa.

n Pemunya diwajibkan memberikan notis Jadualke-5 kepada penyewa dalam tempoh 14 hariselepas mengambil semula barangan bagimemberi peluang kepada penyewa untukmenyempurnakan perjanjian.

n Pemunya wajib membuat pengakuan terhadap

Page 4: Makanan Ubahsuai Genetik M

|| 4 || Februari 2003

7Dari muka 3

pengambilan barangan itu dengan memberikanpenyewa, dokumen yang menyatakanbarangan tersebut telah diambil, perihalbarangan dan tarikh, masa serta alamat tempatbarangan itu diambil.

n Pemunya berhak menjual barangan yangdiambil semula selepas tamat tempoh 14 hariJadual Ke-5 diberikan kepada pelanggan.

Hak-hak penyewa

Apabila seseorang membeli sesuatu barangansecara sewa beli, dia mempunyai hak-hak ke atasurus niaga tersebut, iaitu:n Menerima notis Jadual Ke-2 sebelum

menandatangani perjanjian sewa beli.n Menerima satu salinan surat perjanjian surat

perjanjian dalam tempoh 14 hari selepasmenandatangani perjanjian

n Mendapatkan penyata jumlah yang perludibayar pada setiap tiga bulan sekali denganpermintaan bertulis kepada pemunya.

n Menyempurnakan perjanjian itu sebelum habistempoh perjanjian dengan memberikan notiskepada pemunya dan menyelesaikan bakiyang perlu dibayar.

n Menamatkan perjanjian dengan memulangkanbarangan kepada pemunya dan membayarsebarang ganti rugi yang pemunya berhakmendapatkannya.

n Penyewa berhak untuk meminta pekedaimengembalikan barangannya semula apabila:v Selesai menjelaskan jumlah tunggakan

dengan faedah tidak melebihi lapanperatus setahun dan segala perbelanjaanyang telah ditanggung oleh pemunya(perbelanjaan pengambilan semula,penyimpanan, penjagaan dan pembaikan)

v Setelah menyempurnakan perjanjiandengan membayar baki pinjaman danperbelanjaan pengambilan semula,penyimpanan, penjagaan dan pembaikan.

n Penyewa berhak memperkenalkan bakalpembeli yang bersetuju membayar hargasewa beli itu yang dituntut oleh pekedai.

Pelanggaran Akta Sewa Beli

Di bawah Akta Sewa Beli, pelanggaran yangdilakukan akan dikenakan hukuman seperti berikut:n Kesalahan pelanggaran terhadap Akta akan

dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 ataupenjara tidak melebihi enam bulan ataukedua-duanya sekali.

n Barang siapa yang menjual barang-barangyang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpakebenaran pekedai sebagai pemunya, bolehdihukum tidak melebihi RM1,000.00 ataupenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

UNDANG - UNDANG

Pengguna harus berhati-hati ketika membelimenggunakan kaedahbayaran mudah kerana iatidak dilindungi di bawahAkta Sewa Beli

Panduan kepada pengguna

n Baca surat perjanjian sewa beli dengan teliti,termasuk catatan kecil kerana penggunamungkin terperangkap oleh catatan keciltersebut.

n Jangan sekali-kali menandatangani borangperjanjian yang kosong

n Pastikan harga tunai yang tercatat pada suratperjanjian adalah sama dengan harga yangsepatutnya dibayar jika dibeli secara tunai.

n Pastikan bahawa anda mampu membayarsemua bayaran ansuran yang dikenakansebelum menandatangani perjanjian bagimengelakkan timbul masalah pengambilansemula barangan.

n Anda hendaklah memaklumkan kepadapekedai sebarang pertukaran alamat.Sekiranya menghadapi sebarang masalah

berhubung dengan jualan sewa beli, sila hubungi:n Pekedai berkenaan, secara bersemuka atau

menelefon.n Pejabat Penguatkuasa yang berhampiran

ataun Persatuan Pengguna yang berhampiran

Page 5: Makanan Ubahsuai Genetik M

Februari 2003 || 5 ||

KesanRumah Hijau

Kesan rumah hijau adalah tanda amaranterhadap bahagian bawah atmosfera danpermukaan planet oleh satu proses yang

kompleks yang melibatkan cahaya matahari, gasdan bahan-bahan kecil yang terdapat di atmosfera.

Di muka bumi, kesan rumah hijau bermula lamasebelum kewujudan manusia lagi. Kegiatan manusiapada masa ini telah menambahkan lagi kesannya.Jumlah bahang yang terperangkap oleh gas yangterdapat di atmosfera yang dikenali sebagai gasrumah hijau, telah berkembang dengan pesatnyasejak pertengahan tahun 1800-an, apabila industrimoden mulai berkembang. Pada akhir 1800-an, suhupermukaan bumi juga telah meningkat. Dinamakankesan rumah hijau ini kerana keadaan atmosferakelihatan seperti bumbung kaca dan tembok rumahhijau, yang memerangkap bahang matahari.

Keadaan permukaan bumi menunjukkan kira-kira 15 peratus tenaga solar akan kembali ke udara.Sementara bakinya akan memanaskan tanah danlautan. Tanah dan lautan yang telah dipanaskan iniakan membalikkan semula bahangnya ke udara,terutamanya dalam bentuk pancaran infra merahdan wap air. Infra merah hampir sama sepertigelombang yang kecil tetapi tidak boleh dilihat olehmata kasar manusia.

Apabila pancaran dari tanah dan lautan initerkena pada bahan-bahan tertentu di atmosfera,seperti gas rumah hijau dan serpihan-serpihan,bahan-bahan ini akan menyerap pancaran tersebut.Hasilnya, gas dan serpihan-serpihan tersebut jugaakan panas. Ia hanya akan sejuk apabilamenghantarkan keluar pancaran infra merahnyasendiri. Sebahagian daripadanya akan ke ruangangkasa dan sebahagian lagi kembali ke permukaanbumi, yang kemudiannya akan turut menambahkanlagi darjah kepanasan di pemukaan udara. Tanpakesan semula jadi rumah hijau, purata suhupermukaan bumi adalah kira-kira 59 darjah Fahr-enheit atau 33 darjah celsium lebih sejuk berbandingsekarang.

Gas rumah hijau yang utama terdiri daripadaatom-atom karbon, hidrogen dan oksigen. Gas-gasini pula adalah wap air, karbon dioksida, methan danozon. Serpihan rumah hijau termasuk titisan awan,jelaga dan debu.

Sejak awal hingga pertengahan tahun 1800-an,jumlah karbon dioksida dalam atmosfera telahmeningkat kira-kira 25 peratus dan konsentrasi

ALAM SEKITAR

methan telah bertambah kira-kira 150 peratus.Kebanyakan peningkatan disebabkan oleh aktivitimanusia - terutamanya pembakaran minyak fosil(arang, minyak dan gas asli) dan pembersihantanah. Minyak fosil mengandungi karbon danpembakarannya menghasilkan karbon dioksida.Pokok-pokok dan tanaman-tanaman lain menyerapgas melalui proses fotosintesis. Tanah yangdibersihkan dan hutan yang telah ditebang jugatelah menyebabkan kadar karbon dioksidameningkat.

Kadar purata suhu permukaan bumi telahmeningkat kira-kira 0.5 hingga 1.5 darjah Fahren-heit (0.3 hingga 0.8 darjah celsius) hingga akhirtahun 1800-an. Ahli sains masih belummengesahkan bahawa peningkatan kadar karbondioksida di atmosfera telah meningkatkan suhupermukaan bumi. Sekiranya dalam keadaantertentu, kaitannya memang wujud, maka keputusanselepas itu mungkin lebih teruk. Ramai saintismenganggarkan bahawa pada tahun 2050, jumlahkarbon dioksida di atmosfera dua kali gandaberbanding paras di kawasan pra industri. Jikapeningkatan ini turut ditambah oleh kesan rumahhijau, suhu permukaan bumi akan bertambah,antara 3 hingga 8 darjah Fahrenheit (1.5 hingga4.5 darjah celsium) pada tahun 2100.

Peningkatan suhu permukaan bumi, yangdikenali sebagai kepanasan sejagat, boleh merubahsistem ekologi beberapa bahagian bumi. Sebagaicontoh, kepanasan sejagat turut mempengaruhipola penurunan hujan, mencairkan ketulan aissehingga meningkatkan paras laut, menyebabkanribut tropika yang teruk, mengakibatkan perpindahantanaman dan jumlah haiwan. Ia turut menyebabkanperubahan arus ombak dan peredaran angin,sehingga ada kawasan yang lebih sejuk berbandingpada masa kini. Satu lagi kesan daripada kepanasansejagat di kawasan utara akan menyebabkan lebihbanyak salji yang turut cair dan menyebabkan lebihbanyak lembaran ais.

Asap yang dikeluarkan daripada kilang adalah satupenyumbang kepada gas rumah hijau.

Page 6: Makanan Ubahsuai Genetik M

|| 6 || Februari 2003

P E R D A G A N G A N

Nilai-nilai budaya ketimuran yang diterapkanoleh masyarakat Asia sejak sekian lama kiniterhakis sejajar dengan pengaruh-pengaruh

buruk yang dihasilkan oleh politik korporat, budayayang dikomersialkan oleh pihak-pihak tertentu dankesan pengaruh media massa.

Kini, masyarakat kita terdedah kepada pelbagaiunsur yang mengkhayalkan yang terpampang dikaca televisyen yang menyebabkan elemen-elemen ketimuran semakin merosot dari segi nilaikebudayaan akibat daripada tekanan media yangketerlaluan. Limpahan yang berterusan inimencetuskan satu perubahan sosio-budaya keatas aspek nilai kepenggunaan. Lebih-lebih lagiapabila pengguna didedahkan secara berterusanoleh pihak media dengan pelbagai barangan atauperkhidmatan. Seterusnya pengguna mungkinterdorong untuk menggabungkan elemen budayadalam menentukan corak pemilihan sesuatubarangan atau perkhidmatan.

Konsumerisme merupakan satu mitos yangseseorang pengguna percaya bahawa merekaakan mencapai satu tahap kepuasan dengan kuasamembeli yang ada pada mereka. Transformasi initercetus daripada penerapan nilai-nilai budaya yangdipegang selama ini kepada budaya baru yangmenjurus kepada kepuasan yang dicapai hasildaripada pembelian dan pemilikan sesuatukomoditi. Maka, elemen-elemen penghayatanterhadap norma-norma kemasyarakatan,kesusasteraan dan pegangan agama semakin

Kepenggunaan DalamEra Kapitalisme

Ke muka 78

terhakis disebabkan eksploitasi oleh pihak mediayang keterlaluan dan tidak bertanggungjawab.

Walaupun konsumerisme membolehkanseseorang itu mendapatkan sesuatu baranganatau pemilikan sebenar, namun ia mempunyaibeberapa kepincangan dari segi pemupukan nilai-nilai budaya. Konsumerisme memberikan kesankepuasan jangka pendek yang bersifat “keegoan”kepada individu yang mampu untuk memilikisesuatu komoditi tertentu dan memberikan kesansebaliknya kepada pihak yang tidakberkemampuan. Pendek kata, dari sudut penggunapada hari ini, konsumerisme adalah semata-matabersifat mengejar sesuatu yang belum dapatdicapai dan ini dilakukan secara langsung denganmembelakangkan elemen-elemen budaya sejagatyang dimiliki oleh sesuatu kelompok masyarakattertentu.

Wang ringgit kini merupakan satu elemenpengganti yang murah kepada kemerosotan nilai-nilai budaya yang mulia. Kuasa ekonomi telah mulamenghakis sifat kekendirian (self-esteem)seseorang individu dan sifat kekendirian yanglemah di dalam diri seseorang individu mempunyaikaitan positif dengan kuasa membeli parapengguna masa kini. Ia dapat dilihat pada masa-masa tertentu di mana pengguna cenderung untukmenunjukkan rasa ego dan sikap terburu-burusemasa membayar di kaunter pembayaran.Pengguna kini mudah lupa akan nilai-nilai pegangandalam diri mereka yang disebabkan oleh kuasaekonomi yang telah mereka capai.

Peranan media massa merupakan elemeninduk yang bertanggungjawab untuk membawakonsumerisme sebagai tunjang dalam erakapitalisme. Pengguna masa kini terdedah denganpelbagai bentuk iklan dalam media massa yanghanya menjual sesuatu imej yang sebenarnyacakap-cakap kosong sahaja. Terdapat juga banyaksyarikat komersial dan korporat yangmengeksploitasi pengguna yang kurang arif denganpenawaran barang tiruan.

Namun, sebahagian besar pengguna padahari ini tidak mengambil berat atas pertimbangandi antara harga dan kualiti sesuatu barangansemasa melakukan pemilihan asalkan barangan

Wang ringgit banyak mempengaruhikehidupan manusia hari ini

CONTOH

Page 7: Makanan Ubahsuai Genetik M

Februari 2003 || 7 ||

7Dari muka 6

tersebut serupa seperti jenama asal. Di sampingitu, dengan perkembangan media massa yangmenawarkan pembelian secara “on-line”,pengguna hari ini lebih terbawa-bawa untukmemilih barangan mengikut jenama dan imej yangdiselitkan di dalam minda pengguna melalui iklan-iklan barangan. Ini menunjukkan bahawakebebasan seseorang pengguna dalam membuatpilihan telah dikurangkan dengan perkembanganpihak media yang licik menggunakan unsur-unsurtarikan melalui iklan.

Polisi korporat yang dipraktiskan oleh syarikat-syarikat perniagaan yang besar kini seringmemberikan tumpuan yang tinggi ke ataspengambilan untung yang berlebihan. Ini dilakukansecara halus ke atas pengguna yang lemah darisegi pendidikan kepenggunaan. Kelemahanmembuat pilihan yang betul serta mudahterpengaruh dengan iklan-iklan yang mengelirukanpengguna, merupakan cara polisi korporatdisalahgunakan oleh syarikat perniagaan. Syarikat-syarikat besar pula ada yang menindas syarikatyang lebih kecil, bertujuan supaya persaingan

perniagaan dimonopoli oleh mereka di sampingmemaksimumkan keuntungan. Etika perniagaankini telah mula membelakangkan sifat-sifatkemanusiaan ditambah pula dengan perananmedia yang tidak bertanggungjawab.

Pengguna perlu menegakkan hak merekasecara kolektif sebagai saluran yang terbaik untukmenyuarakan pendapat mereka. Ini disebabkanpendapat secara individu seringkali tidakdiendahkan oleh pihak kapitalis korporat yangcenderung untuk menindas pengguna secaraperseorangan. Mereka sedar bahawa tindakanperseorangan oleh pengguna tidak mampumendatangkan sebarang impak ke atasperniagaan mereka. Pengguna hanya mula sedarakan kuasa mereka sebagai pengguna melaluitindakan bersama yang dapat mereka tampilkansecara kolektif, sebagai contoh, pemulauanbarangan secara besar-besaran. Ini secaralangsung akan mengawal penindasan yangdilakukan melalui polisi korporat yang tidak beretika.

Diadaptasi oleh Jeeva, BHEPDari: Consumerism and the New Capitalism

oleh R. Cronk

ADUAN P E N G G U N A

Masalah Kereta

Seorang pengurus agensi pembantu rumahtelah membeli kereta Juara yang baru danmengalami kerosakan yang teruk dalam

beberapa minggu sahaja. Kerosakannya ialah enjinkereta akan mati secara mengejut semasamemandu, radiator selalu menjadi panas sehinggaparas maksimum walaupun pada jarak dekat dansering berlaku litar pintas. Beliau telah menghantarkereta ke Pusat Perkhidmatan Proton Edarbeberapa kali.

Di situ, beliau tidak mendapat layanan yangmemuaskan, malah ada masanya beliau dimarahioleh kakitangan yang bertugas kerana menurutbeliau, pengadu perlu menunggu untukmendapatkan keretanya. Beliau membuat aduanmelalui telefon kepada Pejabat Biro AduanPengguna dan menghantar aduan bertulis melaluie-mail dengan maklumat penuh tentang kejadiandan maklumat pegawai yang bertugas di PusatPerkhidmatan tersebut.

Selepas menerima aduan terima, PegawaiBiro Aduan Pengguna telah meneliti aduan dan

Ruangan ini dikelolakan dengan kerjasama BahagianAduan, Persatuan Pengguna Selangor dan WilayahPersekutuan

berhubung dengan kakitangan PusatPerkhidmatan Proton Edar yang bertugas danmenjelaskan tentang aduannya. Beliau memintakakitangan tersebut supaya mengambil tindakanyang wajar untuk menyelesaikan masalah yangdiadukan serta memberitahu bahawa adakakitangan yang memarahi pengadu sehinggadia berasa tersinggung. Pegawai Biro Aduan jugamenegaskan bahawa perbuatan pihak ProtonEdar jelas melanggar AKTA PERLINDUNGANPENGGUNA 1999. Oleh sebab itu, beliaumeminta pihak Proton Edar supayamenyelesaikan perkara ini secepat mungkin yangboleh.

Pengadu mendapat balik keretanya padakeesokan hari dengan menukar spare parts yangbaru dan kereta berada dalam keadaan yang baik(good condition).

Page 8: Makanan Ubahsuai Genetik M

|| 8 || Februari 2003

Biro PengantaraanPerbankan

B iro Pengantaraan Perbankan ini telahditubuhkan pada 28 Jun 1996 di bawah AktaSyarikat sebagai syarikat berhad melalui

jaminan. Ia ditubuhkan oleh bank-bankperdagangan, bank saudagar dan syarikat-syarikatkewangan. Ia bertujuan bagi menyediakanperkhidmatan menyelesaikan sebarang pertikaianyang ditimbul di kalangan pelanggan-pelanggandalam industri perbankan ini.

Pengguna yang membuat aduan melalui BPPtidak dikenakan sebarang bayaran dan tidak perlumelantik wakil bagi mewakili seseorang pengguna.Pada masa ini, BPP mengendalikan kes atautuntutan yang tidak melebihi RM25,000.

Struktur keahlian BPP

Keahlian BPP ini terbahagi kepada badan-badan korporat yang dilesenkan di bawah AktaInstitusi Perbankan dan Kewangan 1989 yangberoperasi di Malaysia. Biro ini hanya melayanisebarang aduan atau tuntutan yang dibuat terhadapsyarikat yang menjadi ahlinya sahaja.

Struktur BPP ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

n Lembaga Pengarah - yang bertanggungjawabterhadap pengurusan dan pentadbiran BPP.Keahliannya terdiri daripada ahli-ahli yangberdaftar dengan BPP.

n Majlis - yang bertanggungjawab terhadapperlantikan Perantara, memberikan khidmatnasihat dan panduan berhubung dengan

T E B U S R U G I

Ke muka 98

perjalanan BPP. Ahli Majlis BPP terdiridaripada dua orang wakil daripada LembagaPengarah, seorang wakil daripadapertubuhan pengguna, seorang wakildaripada universiti tempatan dan seorangahli yang tidak mewakili mana-manakumpulan di atas yang dirasakan wajarmenganggotai Majlis.

n Perantara - yang akan menjalankanpenyiasatan terhadap aduan atau tuntutanterhadap ahli BPP dan menyelesaikansebarang pertikaian atau membuatkeputusan.

Kes yang dikendalikan

n Pengenaan fi (bayaran), faedah dan penaltiyang keterlaluan

n Iklan-iklan yang mengelirukann Pengeluaran wang tunai melalui Mesin Teler

Automatik tanpa kebenarann Penggunaan kad kredit tanpa kebenarann Amalan yang tidak adil dalam mengambil

tindakan ke atas penjamin

Cara Membuat aduan

Anda boleh membuat aduan kepada BPPsama ada melalui badan-badan atau persatuan-persatuan yang mengendalikan aduanpengguna. Institusi ini akan memberikan nasihatdan membantu membawa kes ini kepada BPP.Anda juga akan diminta membawa kes inikepada BPP oleh institusi perbankan selepasenam bulan daripada tarikh “surat kebuntuan”dikeluarkan oleh institusi perbankan yangmenyatakan kegagalan menyelesaikan masalahanda.

Anda boleh menulis surat biasa denganmenceritakan secara ringkas butir-butir masalahanda dan mengepilkan satu salinan “suratkebuntuan” daripada institusi perbankan andauntuk dihantar kepada BPP. Anda perlu mengisiPengguna bank selalu

menghadapi masalahketika berurusan denganbank.

Page 9: Makanan Ubahsuai Genetik M

Februari 2003 || 9 ||

satu borang standard yang disediakan oleh BPPbagi memberi kebenaran kepada institusiperbankan anda untuk mendedahkan kepada BPPsebarang maklumat mengenai akaun anda sepertiyang dikehendaki oleh Seksyen 99 Akta Bank danInstitusi-institusi Kewangan 1989. Anda tidak perlumenggunakan khidmat peguam untuk membawakes anda ke BPP.

Pengendalian kes

n Dengan kebenaran bertulis yang diberi olehanda, BPP akan cuba mendapatkan maklumatlanjut mengenai aduan anda daripada institusiperbankan anda dan mengkaji dengan teliti kestersebut untuk mencari penyelesaian terbaik.

n BPP akan menyiasat secara objektif kes andaberdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. BPPmungkin akan mengadakan sesi temu bualdengan anda sahaja atau secara bersamadengan institusi perbankan anda, melalui satuproses pengantaraan untuk menyelesaikanpertikaian.

n BPP akan membuat keputusan ataspenilaiannya sendiri dengan mengambil kiraaspek undang-undang dan amalan-amalanperbankan.

n Keputusan BPP wajib dipatuhi oleh institusiperbankan tetapi tidak wajib dipatuhi oleh anda.

n Anda boleh memilih sama ada untuk menerimaatau menolak keputusan BPP. Sekiranya andamenolak, keputusan tersebut adalah dianggapbatal dan anda bebas untuk mengambillangkah lain berhubung dengan pertikaiantersebut, termasuk tindakan undang-undang.

n Sekiranya anda bersetuju menerima keputusanBPP, anda mungkin kehilangan hak untukmeneruskan tindakan undang-undangterhadap institusi perbankan terbabit.

Panduan Membuat Aduan

Untuk membolehkan aduan anda dikendalikandengan cepat dan cekap, di bawah ini adalahsebahagian daripada perkara-perkara yang perludititikberatkan semasa membuat aduan. Andaperlu:

n Menulis dengan terang menggunakan dakwathitam atau biru

n Menceritakan masalah anda dengan jelasdengan memasukkan semua fakta yang

berkaitan menurut susunan yang munasabah.Elakkan butiran yang tidak perlu dan berulang

n Menyatakan nombor rujukan seperti nomborakaun, nombor rujukan pelanggan ataunombor kad

n Melampirkan sebarang dokumen yang adakaitan dengan aduan. Hantarkan salinandokumen sahaja, dokumen asal hendaklahdisimpan

n Menyimpan rekod surat anda

n Memberikan nombor telefon anda supayamudah dihubungi

Sekiranya anda mempunyai aduan tentanginstitusi perbankan yang di luar bidang kuasa BPP,anda boleh meminta bantuan bank negara melaluiborang aduan rasmi Bank Negara yang bolehdidapati di semua institusi perbankan. Sertakanbersama-sama satu salinan “surat kebuntuan”daripada institusi perbankan anda bersama-samadengan borang aduan tersebut.

Biro Pengantaraan PerbankanTingkat 5, MUI PlazaJalan P. Ramlee50250 Kuala LumpurTel : 03-2026 2335/2026 2337Faks : 03-2026 2339Emel : [email protected]

Rujukan: Risalah Biro Pengantaraan Perbankan danLaman Info Perbankan Bank Negara Malaysia.

Page 10: Makanan Ubahsuai Genetik M

|| 10 || Februari 2003

dengan mempatenkan benih tanaman ubahsuai genetik. Apabila seseorang petanimenggunakan benih GMO, semua benihtersebut mempunyai struktur genetik yang telahditentukan. Jika sesuatu jenis kulat atau virusmenyerang tanaman tersebut, ia menyebabkanproses penyebaran tanaman akan gagal.

n Mengancam seluruh sistem makanan:Serangga, burung dan angin boleh membawabenih yang telah diubah suai genetik ini ke ladangyang berhampiran. Apabila serbuk GMOhinggap pada tanaman yang lain, iamenyebabkan serbuk GMO dan serbuktanaman yang asal akan bercampur baur.Semua jenis tanaman, organik dan bukanorganik mudah diserang oleh gen yang baru ini.

Bahaya kepada kesihatan

n Tiada kajian keselamatan jangka panjang: GMOmengubahkan sifat semula jadi yang kitamakan. Mungkin kandungan GMO inimerupakan bahan yang tidak pernah beradadalam sumber bekalan makanan manusia.Tanpa kajian jangka panjang, tiada siapa yangdapat menentukan sama ada makanan iniselamat atau tidak.

n Mengandungi toksin: GMO boleh menyebabkanperubahan struktur (mutasi) dalam sesuatuorganisme, yang akan mencipta toksin atauracun yang baru dan berkadar yang tinggi dalammakanan.

n Kesan alergi: GMO boleh menghasilkan kesanalergi yang tidak dikenalpasti dan tidak diketahuidalam makanan.

n Kesan sampingan yang boleh membunuh:Sejenis sindrom telah menyebabkan 37 orangmati, 1500 orang lumpuh separuh badan danlebih 5000 orang pula ilat secara sementara.Sindrom ini yang kemudiannya didapatimempunyai kaitan dengan “L-Tryptophan” iaitusejenis tambahan makanan yang dihasilkanoleh bakteria GMO.

n Bakteria yang kebal antibiotik: Jurutera genetikmenggunakan gen yang kebal antibiotik dalamtanaman GMO. Ini bermakna tanaman tersebutmengandungi gen yang kebal kepada antibiotik.Apabila bakteria ini telah mencemari gentersebut ia akan memberikan kesan kepadamanusia.

n Mengurangkan zat makanan: Makanantransgenik ini boleh mengelirukan penggunadengan rupa kesegaran yang palsu. Tomatoyang merah dan kelihatan lazat mungkin telahberusia beberapa minggu dan mempunyai

kandungan zat yang rendah.n Masalah yang tidak dapat dikesan: Tanpa

meletakkan label, agensi kesihatan awam tidakdapat mengambil tindakan untuk mengesansesuatu masalah sehingga ke akar umbi.

Pencemaran alam sekitar

n Meningkatnya penggunaan racun herba: Lebihdaripada 50% tanaman yang dimajukan olehsyarikat telah diubah suai untuk kebal kepadaracun herba.

n Banyak menggunakan racun makhluk perosak:Tanaman juga telah diubah suai untukmengeluarkan racun makhluk perosaknyasendiri. Ini tentu memberikan kepada manusia.

n Merosakkan ekologi: Kesan GMO dalamrangkaian makanan boleh merosakkan ekologihabitat. Organisme baru ini berjaya bersaingdengan tanaman semula jadi, yang secaratanpa disedari telah merubah keadaan alamsekitar, dan mungkin juga merosakkannyasama sekali.

n Pencemaran gen tidak boleh dibersihkan:Apabila GMO telah mencemari tanaman,bakteria dan virus yang dihasilkan itu tidak bolehlagi dibersihkan. Kesan negatifnya juga tidakboleh diubah.

7Dari muka 1

n Doktor bertugas akan memeriksa di bilikPemeriksaan Khas. Jika pesakit didapatimempunyai ciri-ciri yang ditentukan, diadihantar ke wad khas bagi pesakit SARS.

n Pesakit SARS diasingkan di dalam bilik yangkhusus.

n Doktor dan doktor pakar akan memeriksapesakit di dalam wad dan melakukanpenyiasatan yang bersesuaian sepertimembuat x-ray

n Pesakit SARS terus berada di bilik yangdiasingkan sehingga dia dibenarkan keluar, iaituapabila dia tidak lagi demam selama tiga haridan x-ray bahagian dada menunjukkan bacaanyang bersih.

n Pesakit SARS diletakkan di dalam kuarantin dirumah selama 10 hari selepas keluar wad.Mereka perlu mengambil suhu badan tiga kalisehari untuk memeriksa sama ada demamatau tidak, dan perlu memakai penutup mulut.Pesakit perlu membuat pemeriksaan di hospi-tal jika didapati demam. Dia juga perlu ke hos-pital untuk pemeriksaan selepas 10 haridikuarantin.

7Dari muka 12

Page 11: Makanan Ubahsuai Genetik M

Februari 2003 || 11 ||

Pekilang Makanan WajibMohon HACCP

Semua pekilang makanan diwajibkanmemohon Sijil Titik Kawalan Kritikal dan AnalisisBahaya (HACCP) sebagai bukti keselamatan,jaminan dan pemantau kualiti makanan yangdihasilkan. Pengarah Jabatan Kualiti PemakananKementerian Kesihatan, Datuk Dr. Harrison AzizShahabuddin berkata, sijil itu diwajibkan ke ataspengusaha makanan berisiko tinggi terutama dibidang pemprosesan susu, telur, daging, ikan, midan produk-produk yang dihasilkan daripadamakanan.

- Utusan Malaysia 18/2/2003

Akta Kredit PenggunaJaminan Perniagaan

Tidak BeretikaAkta Kredit Pengguna merupakan instrumen

berkesan bagi memberikan jaminan kepadapengguna daripada menjadi mangsa peminjamwang dan amalan-amalan kewangan yang tidakberetika. Akta ini telah dilaksanakan oleh banyaknegara membangun, yang benar-benarmenyentuh tentang masalah pengguna terhadappinjaman kredit. Hal ini disuarakan oleh PresidenFOMCA, Prof Dato’ Mohd Hamdan Hj. Adnan.Beliau juga berpendapat bahawa Akta PeminjamWang yang merupakan akta penting dari segipinjaman wang secara kecil-kecilan seharusnyadiletakkan di bawah Kementerian Kewangan atauKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Penguna, dan bukannya di bawahKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

- NST 4/2/2003

Bank Wajib Kesan PeminjamSebelum Buru Penjamin

Kerajaan bercadang mewajibkan bank daninstitusi kewangan supaya mengesan peminjamterlebih dahulu sebelum “memburu” danmengenakan tindakan undang-undang ke ataspenjamin jika pinjaman yang dibuat adalah untuktanggungan sosial. Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkaraitu terkandung di dalam cadangan pindaan ke atasAkta Kebangkrapan 1067 (Pindaan 1998) yangakan dibentangkan untuk kelulusan Kabinet, Macini.

- Utusan Melayu 19/2/2003

R A M P A I A N B E R I TA

TTPR Menerima KesTribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang

ditubuhkan pada 1 Disember 2003 ekorandaripada penguatkuasaan Akta PemajuanPerumahan 2002, telah menerima sebanyak 80kes sehingga akhir bulan Januari 2003. Kes yangtelah difailkan termasuk juga bagi perjanjian jualbeli yang ditandatangani sebelum 1 Disember2003. Kebanyakan kes yang diterima adalahberkaitan dengan kelewatan penyerahan rumah.

- The Star 14 Feb 2003

Gunakan TandaAmaran Bergambar

Lebih daripada 80 buah pertubuhan bukankerajaan daripada lebih 70 buah negara memintaagar penggunaan tanda amaran bergambardigunakan pada kotak-kotak rokok bagimemberikan peringatan kepada pengguna akanbahaya merokok. Amaran bergambar ini bolehmeningkatkan lagi keberkesanan tanda amaranitu, terutamanya di negara yang kadar buta hurufdi kalangan perokok adalah tinggi. Ia juga bagiperokok yang telah lali dengan amaran secarabertulis sahaja. Ini adalah beberapa perkara yangdicadangkan agar dibincangkan dalam PerjanjianAntarabangsa bagi Kawalan Tembakau yangpertama, yang diadakan di Geneva pada 17Februari hingga 28 Februari 2003.

- The Star 10 February 2003

Malaysia PengeksportMakanan Halal

Kerajaan berusaha untuk menjadikan Malay-sia sebagai pengeksport utama pelbagai makananbersih dan halal berstatus antarabangsa. Industriini mempunyai potensi yang cerah untukberkembang kerana pasarannya yang amat luas.Pada masa ini terdapat 1.8 bilion umat Islam di112 buah negara seluruh dunia, termasuk 400 jutaorang di Asia Tenggara dan Asia Timur. Bagimencapai matlamat ini kerajaan semasaBelanjawan Malaysia 2003 telah memberikanbeberapa galakan kepada industri pengeluaranmakanan. Umpamanya syarikat yang melaburdalam sektor tersebut diberikan pengurangancukai ke atas pelaburannya manakala syarikatyang sedang bergiat pula dikecualikan cukaipendapatan selama 10 tahun.

- Utusan Malaysia 18/2/03

Page 12: Makanan Ubahsuai Genetik M

|| 12 || Februari 2003

Sindrom Penafasan Akut yang Teruk (SARS)

K E S I H A T A N

E-Thrombosis : Penyakit Pengguna Komputer

TALIAN ADUAN PENGGUNA BEBAS TOL : 1-800-886-800

I N F O P E N G G U N A

S eseorang pengguna yang terlalu lamamenghadap komputer, boleh menghadapipenyakit pembekuan darah yang teruk,

khususnya di bahagian betis, yang dikenali sebagai E-Thrombosis. Menurut majalah Jurnal Respiratori Eropah,seorang lelaki yang berumur 32 tahun telah menderitapenyakit bengkak buah betis, yang hanya pulih selepas10 hari. Bagaimanapun, pada minggu berikutnya, beliaumengalami masalah penafasan sehingga hampirpengsan.

Masalah pembekuan darah biasanya terbentukapabila seseorang itu duduk terlalu lama. Ia terbentukpada pembuluh darah, yang kemudiannya pecah danmerebak ke paru-paru. Keadaan ini berpotensi untukmembentuk pembekuan darah pada pembuluh atau

Apakah SARS?SARS atau pernafasan akut yang teruk adalah

penyakit respiratori yang menyerupai radang paru-paru tanpa diketahui puncanya. Ia menyebabkanalvaeoli (ruang udara dalam paru-paru) bengkakdan tidak berfungsi. Akibatnya darah berkurangandi bahagian tersebut dan menghalang perpindahanoksigen.

Virus SARSSejenis virus yang dikenali sebagai

Coronavirus yang mempunyai bahan genetik asidribonukleik. Ia dikaitkan dengan demam selsemadan masalah jangkitan sistem pernafasan.

Cara SARS merebak ke seluruh duniaSeseorang yang dijangkiti oleh virus SARS

pergi ke tempat lain dan merebakkannya kepadaorang lain semasa dalam penerbangan. Penyakitini berpunca dari Guangdong, China dan HongKong. Kebanyakan pelawat negara-negara inidijangkiti oleh virus ini.

Simptom SARSn Demam panas melebihi 38 darjah celsiusn Batuk tanpa kahak, sukar bernafas, sakit

kepala, sakit otot, hilang selera makan, letih,lesu dan cirit-birit.

Kaedah jangkitan Virus SARSn Melalui titisan di udara semasa bersin atau

batuk.

n Merebak secara tidak langsung kerana bolehhidup di luar badan manusia selama tigahingga enam jam.

n Juga tersebar melalui udara, air atau cara-cara yang lain.

Cara menghindari SARSn Elakkan melawat negara yang dijangkiti.n Elakkan berhubung rapat dengan pesakit

SARS.n Jaga kebersihan diri:

l Tutup mulut dengan tisu apabila bersindan tisu itu dibuang secara yang betul.

l Basuh tangan dengan kerap(umpamanya selepas bersin)

l Basuh tangan sebelum menyentuhmata atau mulut.

l Bersihkan bilik air, sinki dan permukaandi rumah yang lain dengan kerap.

Cara Merawat SARSn Tidak terdapat ubat bagi merawat SARS.

Doktor menggunakan ubat antiviral dan ster-oid bagi merawat mangsa SARS.

n Pesakit yang awal dikesan dapatdisembuhkan.

Apa yang perlu dilakukan jika dijangkiti SARSn Pergi ke kaunter khas di Unit Kemalangan

dan Kecemasan di Hospital.

jantung yang berbahaya (DVT). DVT berlaku apabilaaliran darah terhalang dalam pembuluh dan membentukpembekuan. Ia juga berlaku disebabkan oleh pengalirandarah yang bermasalah seperti penyakit jantung,berhadapan dengan serangan berkaitan jantung ataurehat yang panjang.

Bagi mengelakkan daripada diserang penyakit E-thrombosis ini, seseorang itu hendaklah berehat sekejapketika menggunakan komputer dan melakukan sedikitsenaman seperti menggerakkan pergelangan atau jarikaki dan bangun serta menegakkan kaki sekurang-kurangnya selama sejam. Dia juga perlu minum air danelak daripada minum minuman yang beralkohol.

Ke muka 10 8