analisis modul makanan ubah suai genetik...

12
406 Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF) 1 Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim & Sharif Bin Mohd Tahir Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pada masa kini perkembangan teknologi sains makanan berkembang dengan pesat selari dengan teknologi-teknologi yang lain. Oleh itu, pelbagai jenis makanan moden dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi makanan bagi menghasilkan makanan GMF. Diakui makanan GMF mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan dan nyawa manusia serta mampu menjimatkan kos dan dapat mengurangkan masa. Namun, timbul isu dalam kalangan umat Islam berkaitan dengan makanan GMF ini yang terhasil dari percampuran gen-gen haiwan dan tumbuhan sama ada ia halal di sisi Islam atau sebaliknya. Justeru itu, satu analisis telah dilakukan dengan menghimpunkan garis panduan dalam bentuk modul berkaitan makanan halal dengan tujuan untuk menghasilkan satu modul makanan ubah suai genetik (GMF) menurut perspektif Islam. Beberapa modul halal daripada beberapa negara dianalisis dan dikaji bagi menghasilkan modul GMF yang menepati syarak dengan mengambil modul makanan halal sebagai asas dan dibentuk beberapa polisi yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam modul makanan GMF ini. Dalam menjayakan kajian ini kaedah pengumpulan data telah dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan metode perpustakaan, deskriptif, komparatif, dan analisis kandungan terhadap sumber-sumber fiqh dan sains. Menerusi kajian yang dilakukan, produk makanan GMF boleh dimakan sekiranya menepati prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Kajian ini signifikan bagi mengatasi kesamaran dalam penggunaan produk makanan GMF. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu pihak berwajib seperti Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), The Religious Council Negara Brunei Darussalam (TRCNBD) dan agensi-agensi Islam yang lain dalam menentukan hukum bagi produk-produk makanan ubah suai genetik (GMF). Pengenalan Pengubahsuaian genetik telah berlaku sejak berkurun-kurun lalu. Manusia telah membuat pengubahsuaian genetik tumbuhan-tumbuhan dan juga haiwan-haiwan bagi menghasilkan suatu produk GMO atau GMF yang memenuhi ciri-ciri yang diinginkan oleh manusia yang tidak akan berlaku secara semulajadi. Manusia menggunakan teknik pembiakan terpilih terhadap tumbuh-tumbuhan klasik dan haiwan-haiwan bagi memenuhi kehendak manusia. Persenyawaan tumbuhan dilakukan dengan menggabungkan gen-gen antara dua tumbuhan atau lebih bagi menghasilkan tumbuhan baru yang pelbagai. Perkara yang sama turut berlaku terhadap haiwan-haiwan yang 1 Artikel ini merupakan hasil kajian penyelidikan FRGS FRGS/2/2013/SSI03/UKM/03/2

Upload: lamdung

Post on 27-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

406

Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)1

Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim & Sharif Bin Mohd Tahir

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pada masa kini perkembangan teknologi sains makanan berkembang dengan pesat

selari dengan teknologi-teknologi yang lain. Oleh itu, pelbagai jenis makanan moden

dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi makanan bagi

menghasilkan makanan GMF. Diakui makanan GMF mempunyai kesan yang baik

terhadap kesihatan dan nyawa manusia serta mampu menjimatkan kos dan dapat

mengurangkan masa. Namun, timbul isu dalam kalangan umat Islam berkaitan dengan

makanan GMF ini yang terhasil dari percampuran gen-gen haiwan dan tumbuhan sama

ada ia halal di sisi Islam atau sebaliknya. Justeru itu, satu analisis telah dilakukan

dengan menghimpunkan garis panduan dalam bentuk modul berkaitan makanan halal

dengan tujuan untuk menghasilkan satu modul makanan ubah suai genetik (GMF)

menurut perspektif Islam. Beberapa modul halal daripada beberapa negara dianalisis

dan dikaji bagi menghasilkan modul GMF yang menepati syarak dengan mengambil

modul makanan halal sebagai asas dan dibentuk beberapa polisi yang sesuai untuk

dimasukkan ke dalam modul makanan GMF ini. Dalam menjayakan kajian ini kaedah

pengumpulan data telah dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif dengan

menggunakan metode perpustakaan, deskriptif, komparatif, dan analisis kandungan

terhadap sumber-sumber fiqh dan sains. Menerusi kajian yang dilakukan, produk

makanan GMF boleh dimakan sekiranya menepati prinsip-prinsip yang telah

ditetapkan. Kajian ini signifikan bagi mengatasi kesamaran dalam penggunaan produk

makanan GMF. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu pihak berwajib seperti

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Ugama Islam

Singapura (MUIS), The Religious Council Negara Brunei Darussalam (TRCNBD) dan

agensi-agensi Islam yang lain dalam menentukan hukum bagi produk-produk makanan

ubah suai genetik (GMF).

Pengenalan

Pengubahsuaian genetik telah berlaku sejak berkurun-kurun lalu. Manusia telah

membuat pengubahsuaian genetik tumbuhan-tumbuhan dan juga haiwan-haiwan bagi

menghasilkan suatu produk GMO atau GMF yang memenuhi ciri-ciri yang diinginkan

oleh manusia yang tidak akan berlaku secara semulajadi. Manusia menggunakan teknik

pembiakan terpilih terhadap tumbuh-tumbuhan klasik dan haiwan-haiwan bagi

memenuhi kehendak manusia. Persenyawaan tumbuhan dilakukan dengan

menggabungkan gen-gen antara dua tumbuhan atau lebih bagi menghasilkan tumbuhan

baru yang pelbagai. Perkara yang sama turut berlaku terhadap haiwan-haiwan yang

1 Artikel ini merupakan hasil kajian penyelidikan FRGS FRGS/2/2013/SSI03/UKM/03/2

Page 2: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

407

dipilih untuk dijadikan kacukan antara haiwan berlainan jenis atau baka bagi

menghasilkan baka yang lebih baik dan berkualiti. Namun, terdapat perbezaan antara

cara tradisional dan cara moden dalam teknik pembiakan terpilih ini. Teknik moden

yang digunakan pada masa kini membolehkan penghantaran gen-gen yang dipilih

dengan lebih tepat dan mudah dikawal berbanding cara tradisional. Kebolehan manusia

tidak terhenti di situ, malah semakin berkembang selari dengan peredaran zaman. Pada

masa kini pelbagai makanan ubah suai genetik (GMF) telah dihasilkan oleh pengeluar-

pengeluar makanan dari seluruh dunia. Namun, produk yang dikeluarkan tersebut masih

belum mempunyai garis panduan yang boleh digunakan oleh umat Islam bagi

membolehkan umat Islam untuk memakan makanan tersebut. Justeru, bagi merungkai

permasalahan tersebut, satu analisis modul makanan halal dilakukan bagi menghasilkan

satu modul makanan ubah suai genetik (GMF) bagi membantu umat Islam dalam isu

produk makanan ubah suai genetik (GMF) ini.

Definisi Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)

Makanan ubah suai genetik (GMF) merupakan makanan yang dihasilkan daripada

organisma yang telah berlaku manipulasi yang menyebabkan kepada perubahan secara

spesifik terhadap struktur dan ciri-ciri gen secara langsung. Asid Deoksiribonukleik

(DNA) dimanipulasi melalui proses penggabungan dan pengasingan antara DNA satu

organisma dengan DNA satu organisma yang lain. Proses ini akan menghasilkan satu

organisma yang baru yang tidak akan wujud secara semula jadi. Makanan ubah suai

genetik merupakan makanan yang dihasilkan daripada organisma ubah suai genetik

dengan mengubah gen tumbuhan atau haiwan untuk tujuan tertentu. Makanan ubah suai

genetik lebih jimat dari sudut ekonomi, dan mempunyai daya tahan racun perosak,

serangga, mempunyai jangka hayat yang lama, serta lebih berkhasiat berbanding

tumbuhan atau haiwan yang asal. Teknik ubah suai genetik ini telah ada sejak zaman

dahulu namun menggunakan teknik yang berbeza. Beberapa contoh teknik bioteknologi

konvensional yang telah ada sekian lamanya adalah penggunaan mikro-organisma

dalam proses pembuatan roti, wain atau menggunakan rennin untuk membuat keju

(Wan Jasimah Wan Mohammed Radzi 2002).

Sementara itu, bioteknologi moden atau lebih dikenali sebagai biologi molekul

melibatkan teknik terkini yang canggih yang membolehkan saintis unuk mencapai

sasaran yang sama tetapi dengan lebih cepat dan tepat. Walaupun terdapat pelbagai

definisi bioteknologi moden tetapi kebanyakan peraturan di peringkat antarabangsa dan

di negara maju bersetuju bahawa bioteknologi moden berbeza daripada teknik klasik

seperti teknik pembiak baka dan mutagenesis. Bioteknologi moden melibatkan

pengubahsuaian secara selektif dan sengaja DNA sesuatu organisma dengan campur

tangan manusia sama ada melibatkan penyelitan, pengubahsuaian atau pengeluaran

gen-gen tertentu menggunakan teknik biologi molekul atau DNA rekombinan. Dalam

kes percampuran protoplasma atau sel, hanya teknik yang dapat mengatasi halangan

pembiakan fisionlogi semula jadi diambil kira (Anon. 2006).

Salah satu teknik yang telah banyak digunakan ialah pengklonan yang merujuk kepada

proses penggandaan DNA, sel atau organisma yang serupa secara genetik. Pengklonan

haiwan merujuk kepada penggandaan haiwan yang serupa dari segi genetik melalui

kaedah Pemindahan Nukleus Sel Somatik (Bruce A. 2005). Organisma hidup yang

diubah suai secara genetik (GMO) adalah merupakan organisma yang genetiknya telah

diubahsuai melalui kaedah bioteknologi moden. Ia berlaku melalui pembiakan atau

Page 3: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

408

rekombinan semula jadi atau kedua-duanya yang tidak berlaku secara semula jadi

(Anon. 2006).

Konsep Umum Modul Makanan Halal

Makanan halal merujuk kepada makanan yang dibenarkan kepada umat Islam. Sebagai

seorang yang beragama Islam, adalah amat penting untuk mengikut garis panduan yang

telah ditetapkan oleh agama Islam. Kehalalan sesuatu makanan itu ditentukan oleh dua

faktor iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalam merupakan kandungan atau sumber

makanan tersebut, manakala faktor luaran merujuk kepada cara sesuatu produk

makanan itu diproses, dihasilkan, disimpan, dan dihantar. Oleh itu, institusi-institusi

Islam di negara yang menitikberatkan agama Islam seperti Malaysia, Brunei, Indonesia

dan Singapore telah menghasilkan garis panduan makanan halal bagi umat Islam di

negara masing-masing bagi memudahkan warga Islam di negara masing-masing

mampu untuk membezakan sama ada sesuatu produk makanan itu halal atau sebaliknya.

Berikut merupakan garis panduan dalam bentuk modul yang telah ditetapkan oleh

beberapa negara asia agar produk makanan tersebut menepati prinsip-prinsip makanan

halal dalam Islam:

Sumber Makanan

Umat Islam telah diarahkan oleh Allah SWT agar menggunakan sumber-sumber yang

baik dan bersih dalam semua urusan kehidupan mereka termasuklah dalam urusan

makan dan minum mereka (al-Zuhayli 1998). Sumber utama makanan adalah dari

haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan kimia dan mikro-organisma dan diantaranya ada

yang halal dan haram. Oleh itu, perlu diberi penelitian yang khusus berkaitan dengan

sumber makanan yang diambil bertujuan untuk dijadikan sebagai makanan ubah suai

genetik (GMF) yang bertepatan dengan hukum syarak.

Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

a. Haiwan darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali yang berikut:

i) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii) Khinzir dan ajing serta keturunannya.

iii) Haiwan yang mempunyai gigi taring atau cakar yang digunakan untuk memburu

seperti harimau, beruang, gajah, kucing, monyet dan seabagainya (al-San’ani t.th.).

iv) Burung yang mempunyai taring atau burung pemangsa (al-Kashnawi t.th.).

v) Serangga seperti tikus, kala jengking, ular, burung gagak, dan haiwan yang

seumpamanya.

vi) Haiwan yang dilarang untuk dibunuh dalam Islam seperti semut, lebah dan

sebagainya.

Page 4: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

409

b. Haiwan akuatik

Haiwan akuatik yang hidup di air dan tidak mampu untuk hidup di darat, seperti ikan.

Semua haiwan air halal dimakan kecuali yang beracun, bertoksin, atau membahayakan

kepada kesihatan (al-Shafi’i t.th.).

c. Haiwan dua alam

Para ulama berbeza pendapat dalam meletakkan hukum berkaitan haiwan dua alam.

Antaranya adalah:

i) Menurut mazhab Hanafi (Ibn Hammam 2003) dan Shafi’i (Ibn Hajar al-Haythami

t.th.) haiwan dua alam adalah haram dimakan kerana sifatnya yang kotor serta jijik.

Selain itu, ia juga merupakan haiwan pemangsa dan beracun seperti katak, ular, buaya

dan biawak.

ii) Mazhab Maliki pula berpendapat semua haiwan dua alam seperti katak, buaya, penyu

dan kura-kura adalah makruh dimakan kerana tiada nas atau dalil yang

mengharamkannya secara qot’ie (Ibn Rushd 1996).

iii) Mazhab Hanbali menentukan hukum haiwan dua alam dengan melihat aspek

kehidupan yang paling dominan bagi haiwan dua alam tersebut. Jika ia lebih dominan

di daratan, maka ia halal dimakan sekiranya disembelih dengan cara yang betul. Namun,

sekiranya ia lebih dominan di dalam air, maka ia halal dimakan selagi tidak bernajis dan

tidak memudaratkan kepada manusia (Ibn Qudamah t.th.).

ii. Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuhan ataupun hasil produk tumbuhan adalah halal kecuali tumbuhan

yang beracun, berktoksik atau memberikan kemudaratan kepada manusia (al-Qur’an

Abasa 80: 27-32).

iii. Cendawan dan Mikro-organisma

Semua jenis cendawan dan mikro-organisma (bakteria, alga dan kulat) dan setiap

produk yang dihasilkan daripadanya adalah halal kecuali jenis yang beracun, bertoksik,

atau membahayakan kepada kesihatan manusia.

iv. Mineral Semula Jadi dan Bahan Kimia

Semua jenis mineral semula jadi dan bahan kimia adalah halal kecuali yang beracun,

berktoksik dan membahayakan kesihatan manusia.

v. Minuman

Semua jenis air dan minuman adalah halal kecuali yang beracun, berktoksik dan

membahayakan kesihatan manusia.

vi. Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)

Makanan dan minuman yang mengandungi produk GMF adalah halal sekiranya

sumbernya adalah daripada sumber haiwan yang halal dan ia akan menjadi haram

sekiranya sumber produk GMF tersebut adalah daripada sumber yang haram (al-

Zuhayli 1998).

Page 5: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

410

vii. Penambah Rasa Makanan

Adalah penting untuk memastikan bahawa penambah rasa makanan adalah daripada

sumber yang dibenarkan dan diproses mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh

syarak tanpa melibatkan sebarang unsur-unsur alcohol (Saadan 2014).

Terdiri Dari Sumber Makanan Yang Halal

‘Halal’ merupakan perkataan arab yang bermaksud dibenarkan atau memenuhi syarak.

Menurut Majlis Agama Islam Singapura (MUIS), makanan halal merujuk kepada

makanan yang dibenarkan kepada umat Islam (Anon. 2005). JAKIM menetapkan

makanan orang Islam atau makanan yang ditanggung halal merupakan makanan yang

bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda

daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk

memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Selain itu, ia mestilah

tidak mengandungi benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

Seterusnya, tidak disedia, diproses atau dihasilkan menggunakan alat-alat yang tidak

bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

Menurut Majlis Agama Islam Brunei, makanan ataupun sumber-sumbernya tidak

mengandungi bahagian tubuh badan manusia atau sumber-sumber yang tidak mematuhi

syarak (Anon. 2007). Selain itu, makanan itu mestilah selamat dan tidak memudaratkan

kerana memelihara nyawa dan kehidupan adalah merupakan sebahagian daripada

tuntutan Islam. Atas tuntutan tersebut, Allah SWT telah menegaskan dalam al-Quran:

Maksudnya:

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah

membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.

(al-Israa’ 17:33)

Berdasarkan kepada ayat di atas, al-Qurtubi (1967) menegaskan sesiapa sahaja yang

mengabaikan keselamatan diri sama ada yang berbentuk nyawa atau kesihatan adalah

berdosa kerana dia telah meninggalkan perkara yang dituntut dalam Islam (Sayyid Qutb

t.th.).

Kepentingan Sijil Halal

Sijil halal merupakan salah satu pengiktirafan yang penting bagi sesuatu produk yang

hendak dipasarkan kepada umat Islam. Sijil ini dikeluarkan oleh badan yang diiktiraf

oleh kerajaan. Di malaysia, JAKIM merupakan badan yang bertanggungjawab dalam

mengeluarkan sijil halal di Malaysia. Manakala, Brunei Darussalam meletakkan

Page 6: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

411

tanggungjawab tersebut kepada Majlis Agama Islam Negara Brunei Darussalam (Anon.

2007). Dengan adanya sijil halal tersebut menunjukkan bahawa sesuatu produk itu telah

diiktiraf oleh institusi agama yang bertanggungjawab setelah dilakukan kaji selidik dan

pemeriksaan yang teliti dari semua aspek.

Penggunaan Logo Halal

Di Malaysia, penggunaan penunjuk ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau sebarang

perbahasan yang boleh membawa erti bahawa orang Islam boleh memakan dan

menggunakannya akan menujukkan hasil keluaran premis pemprosesan, penyediaan

dan penjualan adalah halal bagi orang Islam (Anon 2011). Menurut KPDNKK (2014),

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 hanya

memperuntukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam

bagi Negeri-Negeri (MAIN) masing-masing dilantik menjadi pihak berkuasa

berwibawa untuk memperaku bahawa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang

berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah

Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Manakala di Singapura, logo halal dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura

(MUIS) di bawak seksyen 88A di bawah Akta Undang-undang Islam (Cap 3). Setiap

produk, perkhidmatan atau aktiviti yang mempunyai logo halal maka ia telah memenuhi

syarat undang-undang syarak yang membolehkan umat Islam di Singapura untuk

menggunakannya (Anon. 2005).

Menjaga Kebersihan

Islam adalah agama yang amat menitipberatkan kebersihan. Justeru, kebersihan

merupakan salah satu aspek penting dalam ciri-ciri makanan bagi orang Islam dan ia

meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuklah diri, pakaian, makanan dan sebagainya.

Tujuannya ialah untuk menjamin agar makanan yang dihasilkan adalah suci dan tidak

membahayakan kepada kehidupan manusia. Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada

mereka segala benda yang buruk (kotor).

(al-Nahl 16:114)

Allah mengarahkan umat Islam agar menggunakan sumber yang baik dan bersih dalam

semua urusan kehidupan mereka termasuklah dalam urusan makan dan minum mereka

(al-Qurtubi 1998). Ayat ini secara tidak langsung mengharamkan semua jenis makanan,

minuman, barangan kegunaan harian yang bersifat kotor, jijik dan najis. Ibn Abbas

Page 7: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

412

(1998) menyifatkan daging khinzir, darah yang mengalir, bangkai, arak dan semua

perkara yang diharamkan dalam Islam sebagai al-khaba’ith. al-Razi (t.th)

mendefinisikan al-khaba’ith sebagai semua perkara yang kotor dan jijik oleh tabiat

manusia sama ada makanan, minuman, hiasan dan sebagainya.

Setiap makanan mestilah disediakan, diproses, dibungkus, dihantar dan disimpan dalam

keadaan yang bersih dan terjaga serta menepati piawaian Codex (Anon. 2005). Selain

itu, aspek lain yang harus diambil kira juga adalah kebersihan diri individu yang terlibat

dalam proses penghasilan makanan, pakaian yang dipakai, peralatan yang digunakan

dalam proses tersebut, serta premis operasi sama ada tempat penyembelihan haiwan

atau tempat memproses dan menghasilkan makanan. Beberapa langkah dapat diambil

dari Garis Panduan Makanan Halal Brunei Darsussalam (2007) bagi tujuan kebersihan

adalah seperti berikut:

a) Mengawal pencemaran udara, tanah, air, baja tumbuhan, racun serangga, atau

segala yang membahayakan nyawa manusia;

b) Mengurus sisa-sisa atau sampah secara efektif; dan

c) Menyimpan bahan-bahan yang berbahaya dalam keadaan selamat.

3. Konsep Umum Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)

Umat Islam telah dibekalkan dengan garis panduan terhadap makanan yang tergolong

dalam kategori sumber makanan utama. Namun, dalam membentuk pemahaman yang

jelas berkaitan isu ini, keaslian sumber dan pengetahuan sains amatlah diperlukan dalam

menyelesaikan perkara ini. Kedua-dua komponen adalah penting dalam mengeluarkan

fatwa dan perkara ini menitikberatkan kerjasama antara pemikir Islam dan saintis serta

pakar makanan. Isu ini bukanlah suatu isu yang mudah untuk dijawab dengan hanya

bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah semata-mata bahkan ia memerlukan

kepada ijma’, qiyas dan juga ijtihad dari pada ulama’ (Izhar Ariff 2012). Selain itu,

konsep maslahah juga harus diambil kira sebelum mengeluarkan sesuatu hukum agar

selari dengan hukum syarak.

Modul makanan ubah suai genetik (GMF) mempunyai beberapa prinsip asas yang sama

dengan modul makanan halal dan terdapat beberapa perkara yang ditambah bagi

menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh negara-negara atau agama Islam bagi

membolehkan produk GMF dipasarkan kepada umat Islam. Berikut merupakan

beberapa polisi yang perlu ditambah bagi melahirkan satu garis panduan dalam bentuk

modul berhubung dengan produk GMF agar ia selari dengan hukum syarak:

Sumber Makanan GMF Yang Halal

Umat Islam telah diarahkan oleh Allah SWT agar menggunakan sumber-sumber yang

baik dan bersih dalam semua urusan kehidupan mereka termasuklah dalam urusan

makan dan minum mereka (al-Zuhayli 1998). Sumber utama makanan adalah dari

haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan kimia dan mikro-organisma dan diantaranya ada

yang halal dan haram. Oleh itu, perlu diberi penelitian yang khusus berkaitan dengan

Page 8: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

413

sumber makanan yang diambil bertujuan untuk dijadikan sebagai makanan ubah suai

genetik (GMF) yang bertepatan dengan hukum syarak.

Bagi makanan GMF yang dihasilkan dengan sumber yang berasaskan tumbuhan ubah

suai genetik (GMO) tidak akan timbul sebarang masalah sekiranya ia adalah cukup

syarat seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Begitu juga buat makanan GMF yang

dihasilkan dengan sumber berasaskan haiwan halal yang cukup syarat iaitu disembelih

mengikut hukum syarak bagi haiwan darat dan bagi haiwan air iaitu haiwan yang tidak

membahayakan serta memberi mudarat kepada kesihatan dan nyawa manusia (Anon

2005, 2007, 2011).

Pada Disember 2001, Kerajaan Arab Saudi telah menghentikan pengimportan produk

makanan yang mengandungi bahan yang berasaskan haiwan ubah suai genetik. Menurut

hukum syarak. Seperti yang ditetapkan oleh Arab Saudi, daging dan produk daging

mestilah datang dalam keadaan haiwan hidup bagi menepati syarat halal untuk

disembelih. Selain itu, hukum syarak telah menetapkan penggunaan daging khinzir atau

bahan penambah rasa makanan yang berasaskan khinzir termasuklah lemaknya adalah

haram di sisi syarak (Hussein Mousa 2012).

Memenuhi Prinsip Darurat

Darurat merupakan satu keadaan yang sangat mendesak sehingga memaksa sesiapa

sahaja untuk melakukan perkara-perkara yang diharamkan bagi meneyelamatkan

agama, jiwa, akal, keturunan dan harta (al-Suyuti t.th). Berhubung dengan isu ini, para

fuqaha telah bersepakat menghalalkan sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan

tersebut melakukan perkara-perkara haram bagi memelihara maqasid syariah (al-Ramli

1987, Ibn Qudamah 1979).

Namun begitu, pendekatan darurat sentiasa digunakan bagi menghalalkan sesuatu yang

haram. Perkara yang sama turut berlaku dalam penentuan hukum makanan ubah suai

genetik (GMF). Ini kerana terdapat pelbagai andaian bahawa GMF amat diperlukan

sehingga mencapai tahap darurat. Sehubungan itu, bagi mengelak perkara-perkara

haram dihalalkan dengan sewenang-wenangnya, maka penggunaan prinsip darurat ini

mestilah menepati syarat-syarat darurat seperti yang telah ditetapkan oleh Islam

(Muhammad Adham 2001).

Mempunyai Sijil Keselamatan Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)

Tujuan utama pengenalan makanan ubah suai genetik (GMF) adalah untuk menjaga

tanaman. Sebagaimana yang dilihat dalam perbincangan sebelumnya berkaitan produk

GMF, ia mampu meningkatkan daya tahan dari racun serangga dan juga serangga itu

sendiri. Justeru, produk GMF yang bebas dari racun serangga dan gangguan serangga

mampu untuk menghasilkan produk GMF yang selamat untuk manusia. Di samping itu,

ia juga mesti selari dengan hukum syarak agar umat Islam turut dapat menggunakannya.

Dalam konteks Malaysia yang kian pesat bertambah makanan ubah suai genetik (GMF)

dihasilkan sebagai suatu langkah bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat

disamping meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan. Oleh itu, makanan atau bahan

Page 9: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

414

makanan yang berasaskan bioteknologi mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan

di bawah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Malaysia.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan

keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perlaksanaan ini

mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan

1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan

Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke

Kesatuan Eropah) 2009. Jabatan ini akan bersidang dalam Mesyuarat Penyelaras

Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2014).

Sebarang produk bioteknologi yang dieksport ke Arab Saudi mestilah produk yang

telah diluluskan oleh negara asal pengeluar bahawa ia selamat digunakan oleh manusia

dan haiwan. Setiap produk GMF yang dieksport tersebut mesti disertakan dengan sijil

keselamatan yang diiktiraf oleh agensi kerajaan yang menyatakan bahawa kandungan

produk GMF itu adalah terdiri daripada sumber-sumber yang dibenarkan digunakan

oleh manusia dan haiwan (Hussein Mousa 2012). Selain itu, Kerajaan Arab Saudi hanya

bersetuju untuk menerima sijil keselamatan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan

seperti USDA atau FDA bagi produk yang diimport dari Amerika Syarikat. Sekiranya

produk dari negara maka sijil keselamatan tersebut mestilah dikeluarkan oleh agensi

kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan keselamatan makanan. Kementeriannya

menolak sebarang sijil yang dikeluarkan oleh syarikat pengeksport atau organisasi

persendirian bagi mengelakkan berlakunya salah laku dalam aspek penilaian ciri-ciri

keselamatan makanan yang dieksport (Hussein Mousa 2012).

Meletakkan Label Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)

Setiap makanan ubah suai genetik mestilah mempunyai label yang khusus menyatakan

bahawa ia adalah produk yang dihasilkan melalui teknik kejuruteraan bioteknologi.

Label tersebut mestilah dalam bahasa yang difahami oleh lapisan masyarakat. Bahasa

inggeris merupakan bahasa pengantara yang mudah difahami masyarakat dunia. Selain

itu, bahasa negara yang mengeksport dan mengimport produk tersebut boleh juga

dinyatakan bagi memudahkan pembeli untuk memahami label yang dinyatakan itu.

Menurut Kerajaan Arab Saudi, sekiranya sesuatu produk itu mengandungi satu atau

lebih sumber daripada tumbuh-tumbuhan ubah suai genetik (GMO), maklumat tersebut

mestilah dinyatakan dengan jelas kepada pengguna dengan meletakkan label yang

sepatutnya. Satu segi tiga mesti dilukis dalam label tersebut dan dinyatakan ayat

‘Mengandungi Produk Ubah Suai Genetik’. Saudi Food & Drug Authority (SFDA)

tidak akan meluluskan label yang disertakan dengan ayat ‘Produk Ini Mungkin

Mengandungi Bahan Ubah Suai Genetik’. Hal ini kerana sesuatu label itu mestilah

dinyatakan dengan jelas bahawa ia mengandungi bahan ubah suai genetik sekiranya ia

melebihi 0.9 peratus positif ubah suai genetik. Di samping itu, Arab Saudi tidak

membenarkan makanan yang mengandungi bahan ubah suai genetik berasaskan haiwan

diimport ke negaranya. Menurut SFDA, pengusaha produk makanan tempatan juga

Page 10: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

415

mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan berkaitan dengan pelabelan makanan

ubah suai genetik (Anon. 2007).

Kesimpulan

Kesimpulan daripada analisis yang dibuat terhadap modul makanan halal daripada

beberapa negara, penulis mendapati kesemua negara tersebut hanya menetapkan garis

panduan secara umum berkaitan dengan produk makanan halal dan tidak ada garis

panduan yang khusus bagi produk makanan ubah suai genetik (GMF). Justeru, modul

makanan ubah suai genetik (GMF) adalah amat penting bagi umat Islam kerana pada

masa kini perkembangan teknologi penghasilan makanan berkembang dengan pesat

yang membolehkan berlaku percampuran daripada pelbagai sumber sama ada halal dan

haram. Dengan adanya modul ini diharap dapat membantu umat Islam dalam memilih

makanan ubah suai genetik yang benar-benar menepati hukum syarak. Masih banyak

yang perlu ditambah dan dikaji dalam isu berkaitan makanan ubah suai genetik bagi

umat Islam. Justeru, para pemikir Islam dan juga saintis Islam mesti bekerjasama dalam

menghasilkan satu modul yang lebih baik agar keselamatan dan juga kesihatan generasi

umat Islam pada masa akan datang terjamin dari sebarang produk makanan GMF yang

mengandungi sumber haram atau memberi kesan yang negatif kepada kesihatan dan

nyawa manusia.

Rujukan

al-Quran al-Karim.

Bruce A., Gertz R., Oram C., Suk J., Tait J., Warkup C., & Whitelaw B. 2005. Animal

Cloning and Genetic Modification: A Prospective Study, Genesis Faraday.

Scotland: Roslin BioCentre.

Saudi Food & Drug Authority (SFDA). 2007. http://www.sfda.gov.sa/en/food/

awareness/news/Pages/food+news+14-2-2007.aspx [5 April 2015]

DBP. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

FDA. 2001. U.S Food and Drug Administration http://www.fda.gov/food/

guidanceregulation/guidancedocumentsregulatoryinformation/labelingnutrition

/ucm059098.htm [4 April 2015].

Free Trade Agreement Malaysia Information. 2007. CAP Worries FTA Threatens GM

Food Labelling. http://www.ftamalaysia.org/article.php?aid=155 [5 April

2015].

Ibn Hajar al-Haythami, Ahmad Muhammad. t.th. Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj.

Beirut: Dar al-Fikr. Jil. 8.

Page 11: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

416

Ibn Hammam. 2003. Sharh Fath al-Qadir wa Yalih Taklimat Sharh Fath al-Qadir.

Beirut: Dar al-Kutb al-Ilmiyyah. Jil. 8.

al-Kashnawi, Abu Bakr Hasan. t.th. Ashal al-Madarik Shar Irshad al-Salik fi Fiqh Imam

Malik. Misr: Maktabah al-Bab al-Halabi. Jil. 2.

Ibn Kathir, Ismail ibn Umar. 1999. Tafsir al-Qur’an al-Azim. Misr: Dar al-Taybah li al-

Nashr wa al-Tawzi’. Jil. 1.

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn Mukarram. 1990. Lisan al-Arab.

Beirut: Dar Sadir. Jil. 12.

Ibn Qudamah, Abd Allah ibn Ahmad. 1979. al-Mughbi fi Fiqh Imam al-Sunnah Ahmad

ibn Hanbal. Beirut: Dar al-Fikr. Jil. 9. Cet. 1.

Ibn al-Qudamah al-Maqdisi al-Hanbali, Abd Allah ibn Ahmad. t.th. al-Kafi fi Fiqh

Imam Ahmad ibn Hanbal. al-Qaherah: Dar Ihya’ al-Kutb al-‘Arabiyyah.

Ibn Rushd, Muhammad Ahmad. 1996. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid.

Misr: Maktabah al-Bab al-Halabi wa Awladih. Jil. 1.

JAKIM. 2011. Portal Rasmi Halal Malaysia. http://www.halal.gov.my/

v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal [8 April 2015].

JAKIM. 2011. Portal Rasmi Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

kebangsaan/hukum-memakan-makanan-terubahsuai-genetik-genetic-modified-

food [8 April 2015].

JAKIM. 1999. Portal Rasmi Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

kebangsaan/bioteknologi-dalam-makanan-minuman [8 April 2015].

JKNKL. 2015. Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dan Putrajaya. http://jknkl.moh.gov.my/web/guest/bahagian-keselamatan-dan-

kualiti [3 April 2015].

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Rang Undang-undang Keselamatan Bio.

2006. Kuala Lumpur: Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan.

KPDNKK. 2014. Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan. http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/pengguna/

penguatkuasaan/tanda-halal [8 April 2015].

Majma’ al-Lughah al-Arabiyyah. 1992. al-Mu’jam al-Wajiz. Jumhuriyyah Misr al-

Arabiyyah: Wizarah al-Tarbiyyah wa al-Ta’lim.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). 2005. General Guidelines for the Handling and

Processing of Halal Food. MUIS-HC-S001. MUIS: Singapura.

Page 12: Analisis Modul Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/33-Mohd-Izhar-Ariff-Mohd... · dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik kejuruteraan bioteknologi

417

Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim. 2012. Penentuan Hukum Makanan Ubah Suai

Genetik (GMF) Berasaskan Haiwan. Tesis PhD, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Qurtubi, Muhammad ibn Ahmad. 1967. al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. al-Qaherah:

Dar al-Kitab al-Arabi.

al-Qurtubi, Muhammad Ahmad. 1998. al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Dimashq: Dar al-

Fikr. Jil. 7.

al-Ramli, Muhammad ibn Abi al-Abbas Ahmad ibn Hamzah ibn Shibab al-Din. 1987.

Nihayat al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj fi al-Fiqh ‘ala Madhhab al-Imam al-

Shafi’i. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

al-Razi, Abd Allah Umar al-Hasan al-Husayn Fakhr al-Din. t.th. al-Tafsir al-Kabir.

Beirut: Dar Ihya’ al-Turath. Jil. 15.

Saadan Man, Zainal Abidin Yahya. 2014. “Halalan toyyiban” Halalkah Makanan

Kita ?. Batu Caves: PTS Islamika SDN. BHD.

al-San’ani. t.th. al-Badai’ al-San’ani fi Tartib al-Syarai’ fi Madhhab al-Hanafi.

Maktabah al-Fawa’id. Jil. 5.

al-Shafi’i, Muhammad Idris. t.th. al-Um. Beirut: Dar al-Fikr. Jil. 2.

al-Suyuti, Abd al-Rahman Abi Bakr. 2001. al-Ashbah wa al-Nazair fi Madhhab al-

Shafie. Beirut: Dar al-Kutb al-Ilmiyyah. Jil. 1.

al-Tabari, Muhammad Jarir. 2000. Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an. Beirut:

Muassasah al-Risalah. Jil. 4.

The Religious Council Negara Brunei Darussalam (TRCNBD). 2007. Halal Food:

Piawai Brunei Darussalam PBD 24: 2007. Edisi Pertama. Majlis Agama Islam:

Brunei Darussalam.

Wan Jasimah Wan Mohammed Radzi. 2002. Makanan Ubah Suaian Genetik:

Perspektif Kesihatan dan Keselamatan Makanan. Kertas Kerja Seminar

Muzakarah Pakar Makanan – Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Wikipedia. 2010. Genetically Modified Food. http://en.wikipedia.org/wiki/

Genetically_modified_food [7 April 2015].

World Health Organization (WHO). 2005. Modern Food Biotechnology, Human Health

and Development: An Evidence-Based Study. Switzerland: WHO Library.

al-Zuhayli, Wahbah. 1998. Tafsir al-Munir. Dimashq: Dar al-Fikr. Jil. 2.