kedudukan sahabat sebagai generasi hadis yang pertama

10
8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 1/10 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama Muhammad Hanief Awang Yahaya Petikan dari www.darulkautsar.net Sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan generasi yang paling mulia kerana mereka menerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. di samping terdidik dalam suasana wahyu. Melalui mereka sunnah Rasulullah s.a.w. terpelihara dan dapat sampai kepada generasi kemudian. Allah s.w.t. telah memilih satu generasi yang paling mulia untuk mendampingi dan menemani RasulNya. Demi memastikan Islam tetap tersebar ke seluruh alam, mereka sangup mengorbankan jiwa dan harta mereka.  Dalam menentukan siapakah sahabah, para ulama telah memberi beberapa definisi. Al-Imam al-Bukhari menyatakan: Sesiapa dari kalangan orang-orang Islam yang mendampingi Rasulullah s.a.w. atau melihat baginda maka dia adalah sahabat. (Sahih al-Bukhari hal 697) Hafiz Ibn Hajar mendefinisikan sahabat sebagai sesiapa yang menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beriman dengan baginda dan meninggal dunia sebagai Islam. Berdasarkan kepada definisi ini, walaupun seseorang yang bertemu Rasulullah dalam keadaan masih kafir kemudian memeluk Islam tetapi tidak sempat bertemu baginda, tidak dikira seorang sahabat.  Baligh tidak menjadi syarat kemestian dalam menentukan seseorang sahabat atau tidak. Sekiranya syarat baligh dikenakan pasti sebilangan besar sahabat tidak boleh dianggap sahabat kerana mereka hanya baligh setelah kewafatan baginda. Antara mereka ialah Abdullah bin al-Zubair, al-Hasan dan al-Husain. Menurut Ibn Kathir, beberapa imam seperti al-Bukhari, Abu Zur`ah, Ibn Abd al-Barr, Ibn Mandah, Ibn al-Athir dan Abu Musa al-Madini menegaskan semata-mata bertemu Rasulullah s.a.w. sudah memadai dalam menentukan seseorang itu sebagai sahabat. (Dirasat fi al-Jarh wa al-Ta`dil, hal 171)  Kedudukan sahabat yang utama  

Upload: darulkautsar

Post on 10-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 1/10

Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Petikan dari www.darulkautsar.net

Sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan generasi yang paling mulia kerana merekamenerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. di samping terdidikdalam suasana wahyu. Melalui mereka sunnah Rasulullah s.a.w. terpelihara dandapat sampai kepada generasi kemudian. Allah s.w.t. telah memilih satu generasiyang paling mulia untuk mendampingi dan menemani RasulNya. Demi memastikanIslam tetap tersebar ke seluruh alam, mereka sangup mengorbankan jiwa dan hartamereka. Dalam menentukan siapakah sahabah, para ulama telah memberi beberapa definisi.Al-Imam al-Bukhari menyatakan: Sesiapa dari kalangan orang-orang Islam yangmendampingi Rasulullah s.a.w. atau melihat baginda maka dia adalah sahabat.(Sahih al-Bukhari hal 697) Hafiz Ibn Hajar mendefinisikan sahabat sebagai sesiapayang menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beriman dengan baginda danmeninggal dunia sebagai Islam. Berdasarkan kepada definisi ini, walaupun seseorangyang bertemu Rasulullah dalam keadaan masih kafir kemudian memeluk Islam tetapitidak sempat bertemu baginda, tidak dikira seorang sahabat.

 Baligh tidak menjadi syarat kemestian dalam menentukan seseorang sahabat atautidak. Sekiranya syarat baligh dikenakan pasti sebilangan besar sahabat tidak bolehdianggap sahabat kerana mereka hanya baligh setelah kewafatan baginda. Antaramereka ialah Abdullah bin al-Zubair, al-Hasan dan al-Husain.

Menurut Ibn Kathir, beberapa imam seperti al-Bukhari, Abu Zur`ah, Ibn Abd al-Barr,Ibn Mandah, Ibn al-Athir dan Abu Musa al-Madini menegaskan semata-mata bertemuRasulullah s.a.w. sudah memadai dalam menentukan seseorang itu sebagai sahabat.

(Dirasat fi al-Jarh wa al-Ta`dil, hal 171) 

Kedudukan sahabat yang utama

 

Page 2: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 2/10

Rasulullah s.a.w. menerangkan di dalam hadis-hadis tentang keutamaan sahabat-sahabat baginda.

،مهنولي يذا مث ،نرق سا رخ) :ق مل لع ا ىلص با ع ،ع ا ض ا دبع ع

 ثم اذي يلونهم.

 Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik manusia ialahkurunku, kemudian yang mengikuti mereka dan kemudian yang mengikuti mereka. أ ولف ،حصأ اوبت :مل لع ا ىلص با ق :ق ع ا ض دا د أ ع

.ن مدأ د غل ،ب دأ نأ مكدأ

 Daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah anda

memaki sahabat-sahabatku, jika seseorang dari kalangan kamu membelanjakan

emas sebesar bukit Uhud pasti tidak akan menyamai sebanyak satu cupak mereka

malah separuh cupak mereka.

 

Tingkatan generasi sahabat

 Pengelasan generasi sahabat yang paling diakui ialah yang dibuat oleh al-Hakim.Beliau telah mengelaskan generasi sahabat kepada 12 tingkatan.

 1) Sahabat yang awal memeluk Islam di Mekah seperti Khulafa Rasyidin.2) Sahabat yang memeluk Islam sebelum berlaku pemesyuaratan penduduk-penduduk Mekah di Dar al-Nadwah.3) Sahabat yang berhijrah ke Habsyah.4) Sahabat yang terlibat dengan perjanjian Aqabah yang pertama.5) Sahabat yang terlibat dengan perjanjian Aqabah yang kedua dankebanyakan mereka adalah golongan Ansar.6) Muhajirin awal yang menemui Rasulullah s.a.w. di Quba sebelum baginda

tiba di Madinah.7) Ahli Badar.8) Sahabat yang berhijrah selepas peperangan Badar dan sebelum perjanjianHudaibiyah.9) Sahabat yang terlibat dengan baiah Ridwan di Hudaibiyah.

Page 3: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 3/10

10) Sahabat yang berhijrah antara peristiwa Hudaibiyah dan sebelumpembukaan Mekah.11) Sahabat yang memeluk Islam ketika pembukaan Mekah.12) Kanak-kanak yang sempat melihat Rasulullah s.a.w.i pembukaan Mekah,

Haji Wida` dan lain-lain. Ahli Sunnah juga sepakat mengatakan para sahabat kesemuanya adalah adilberdasarkan kepada ta`dil Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. sendiri. Satu penilaianyang tidak dapat ditandingi dan dipertikaikan oleh sesiapapun.

Kepentingan mengenali sahabat

 Menjadi kewajipan kepada pelajar-pelajar hadis untuk membezakan antara sahabatdan tabi`in kerana ia mengelakkannya dari tersilap dalam menentukan kedudukanhadis. Pelajar yang dapat mengenali sahabat tidak akan melakukan kesilapan dalammenentukan hadis mawsul dan hadis mursal. Dalam hal ini, al-Hakim menyebutkan:Sesiapa yang memahami dengan mendalam tentang sahabat adalah seorang hafizyang sempurna hafalan kerana saya pernah melihat sekumpulan dari kalangan guru-guru kita meriwayatkan hadis mursal daripada tabi`i daripada Rasulullah s.a.w.dengan menyangkanya seorang sahabat. Adakalanya mereka meriwayatkan hadismusnad (hadis yang bersambung sanadnya) daripada sahabat yang disangkakan

sebagai seorang tabi`i. (`Ulum al-Hadith, Asiluha wa Mu`asiruha, 99) 

Bagaimana sahabat dapat ditentukan

 Seseorang perawi itu dapat ditentukan sebagai sahabat dengan melihat kepadasalah satu tanda-tanda berikut. 

1) Dengan riwayat yang mencapai taraf  tawatur  iaitu ramai yang mengakuitentang seseorang adalah sahabat dan menukilkannya generasi demigenerasi sehingga mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Contohnyaseperti persahabatan Khulafa al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang telahdijanjikan syurga. Ini seperti pernyataan al-Qur’an tentang persahabatan Abu

Page 4: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 4/10

Bakar di dalam surah al-Tawbah: 40. Ahli tafsir sepakat mengatakan yangdimaksudkan dengan sahib itu ialah Abu Bakar. 2) Dengan riwayat yang mencapai taraf masyhur iaitu persaksian yang rendah

sedikit daripada tawatur  iaitu nama sahabat itu disebutkan di dalam hadisyang mashur seperti Dhimam bin Tha`labah, `Ukasyah bin Mihsan, Salmahbin al-Akwa` dan lain-lain. 3) Apabila seorang sahabat menyatakan bahawa seseorang itu adalahsahabat seperti Hamamah bin Abi Hamamah al-Dusi yang meninggal duniakerana sakit perut di Isfahan pada zaman Umar bin al-Khattab. Abu Musa al-`Asy`ari tampil memberi saksi bahawa beliau pernah mendengar daripadaRAsulullah s.a.w.

 4) Pengakuan sahabat sendiri bahawa dia adalah sahabat. Bagaimanapundisyaratkan orang yang mendakwa sebagai sahabat itu mestilah seorangyang terkenal dengan dengan keadilan dan dakwaannya itu mestilah berlakusebelum berlalu seratus tahun dari kewafatan Rasulullah s.a.w. Jika dakwaandibuat selepas seratus tahun kewafatan baginda, dakwaan itu tidak diterimaseperti yang didakwa oleh Abi Dunya al-Asyajj, Maklabah bin Malkan danWaratan al-Hindi. Ulama hadis sepakat mengatakan mereka berbohong.5) Pernyataan sebahagian tabi`in yang thiqah bahawa perawi itu adalah

sahabat. Ini berdasarkan kepada pendapat yang menerima tazkiyah(persaksian baik) dari seorang individu dan inilah pendapat yang rajih. (lihat Tadrib al-Rawi, 424, `Ulum al-Hadith, Asiluha wa Mu`asiruha, 100-101)

 

Keadilan sahabat

 Menjadi ijmak di kalangan ulama bahawa kesemua sahabat adalah adil. Keadilan

bermaksud perawi adalah seorang muslim, baligh, waras, bersih daripada sebab-sebab kefasiqan dan perkara-perkara yang menjejaskan harga diri. Definisi inimenunjukkan adil itu lawan kepada fasiq. Iaitu jika seseorang itu fasiq makakeadilannya tidak ada lagi. Keadilan sahabat membawa makna mereka tetap lurusdalam berpegang dengan agama, menjunjung perintah Allah, menjauhi laranganNyadan tidak sengaja berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. Keadilan sahabat tidaklahbermaksud mereka itu terpelihara daripada melakukan maksiat, lupa dan tersilap. Dr

Page 5: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 5/10

Mahmud Tahhan menjelaskan keadilan sahabat itu bermaksud menjauhkan diri darisengaja berdusta dan menyeleweng dalam periwayatan dengan melakukan dosayang menyebabkan periwayatan mereka tidak diterima. Kesan dan natijah keadilanmereka ialah semua riwayat mereka diterima tanpa perlu bersusah payah mengkaji

tentang keadilan mereka. Berkenaan sahabat yang terlibat dalam fitnahpertelingkahan sesama mereka, itu dikira sebagai ijtihad yang mendapat ganjaranpahala sebagai baik sangka kepada mereka. Merekalah yang memikul amanahsyariat dan mereka sebaik-baik kurun. (lihat Taysir Mustalah al-Hadith, hal. 199) 

Sahabat yang paling utama

 Secara mutlak, sahabat yang paling utama ialah Abu Bakar dan kemudian Umar.Kenyataan ini berdasarkan kepada ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah. Dinukilkan jugadari Imam al-Syafie tentang ijmak para sahabat dan Tabi`in. Bagaimanapun Syiahtidak bersetuju dalam hal ini kerana mereka berpendapat Ali adalah sahabat yangpaling mulia dan menjadi aqidah mereka semua sahabat telah murtad selepaskewafatan Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa orang sahaja. Oleh itu tiada yang lainyang tinggal melainkan Ali dengan itu mereka mengatakan Ali yang lebih mulia. Sahabat yang paling akhir meninggal dunia ialah Abu Tufail `Amir bin Wathilah al-

Laythi. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 100H. tetapi ada pendapatmengatakan lebih dari itu. Sementara yang paling akhir meninggal dunia sebelumbeliau ialah Anas bin Malik yang meninggal dunia pada tahun 93H di Basrah. 

Metode sahabat dalam periwayatan hadis

 Kesungguhan sahabat dalam meriwayatkan hadis ini dapat disaksikan denagnmelihat kepada ketekunan mereka dalam mendengar hadis daripada Rasulullahs.a.w. Mereka benar-benar menginsafi bahawa ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. jugamerupakan panduan hidup seperti al-Qur’an. Kita dapati mereka sentiasa mengintaipeluang untuk sama-sama menyertai majlis-majlis baginda. Dalam masa yang samaal-Qur’an memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang berpaling dariRasulullah s.a.w. sahabat seperti Abu Hurairah dan ahli suffah sentiasa mendampingi

Page 6: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 6/10

baginda sehingga makan dan minum mereka bersama baginda. Imam al-Bukharimenukilkan dalam Sahihnya:

       ا م   ه   ل  ش    ي ك       ن  ا    ن او   خ  إ    إ  وا          ا م    ه   ل  ش    ي ك     ري  ج ه     ا      ن او   خ  إ إ   ر     ح     ي  ط       ش ب   م    ل       ع ل ا ى ل  ص   ا  و      ز    ي ل ك  ة  ر  ر ي  أ    م  إ  ه  او     ف أ

   ظو  ح       ي  ح      ي ر     ح  ي

  Abu Hurairah menceritakan bahawa saudara-saudara kami dari kalangan Muhajirin

sibuk dengan jual beli di pasar sementara saudara-saudara Ansar pula sibuk bekerja

mengusahakan harta mereka. Sesungguhnya Abu Hurairah sentiasa mendampingi

Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh perutnya, dia menyertai majlis yang tidak disertai

mereka dan menghafal apa yang tidak dihafal oleh mereka. (Sahih al-Bukhari, Kitabal-`Ilm: Bab Hifz al-`Ilm, no: 117)

Para sahabat juga sentiasa memastikan hadis Rasulullah s.a.w. dengan bertanyasiapa dari kalangan mereka menyertai majlis baginda. Jabir bin Samurah berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang tonggak dari Quraishtidak akan digugat oleh permusuhan orang yang memusuhi mereka. Kata Jabirkemudian saya berpaling tiba-tiba saya dapati Umar al-Khattab dan bapa saya lalumereka mengakui hadis itu sebagaimana yang saya dengar. (al-Muhadith al-Fasil,494) Setelah mereka mendengar dan memastikan hadis, mereka akan menghafalnya danmenyampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Hal ini diberi penekanan yangtegas oleh Rasulullah s.a.w. bersabda: 

لع ق دحلف ئ ع ف ع يدحا ولب اوقأ ىإ وجر آر ملع

  م أق فلبوأ أ د جهم.

 

Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur’an, nanti kamu akan kembali kepada

kaum-kaum yang akan menyampaikan hadis daripadaku, oleh itu sesiapa yang

memahami sesuatu hendaklah dia menyampaikannya, sesiapa yang dusta di atas

aku maka hendaklah dia menyediakan rumah atau tempat tinggalnya di dalam

neraka jahannam. ( riwayat al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Kabir)

Page 7: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 7/10

 Oleh kerana itu kita dapati mereka sangat sedikit meriwayatkan hadis dan merasasangat berat kerana walaupun telah menghafalnya kerana takut tersilap yang bolehmembawa kepada berdusta sedangkan ada hadis menyatakan:

 ." دحي أ ذك ءر ىك" :مل لع ا ىلص ا و ق :ق ؛ةرير أ ع

 

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang

dia dengar. (Riwayat Muslim) Demi untuk menjaga hadis dan menyampaikan dengan sebaik-baiknya merekasentiasa bermuzakarah dan berbincang sesama mereka dan perkara ini diberipenekanan yang penting. Sayyidina Ali berkata: Hendaklah anda saling menziarahi

dan banyak menyebutkan hadis, sesungguhnya jika anda tidak berbuat demikian iaakan hilang. Abdullah bin Mas`ud berkata: Bermuzakarahlah (berbincang) tentanghadis, kerana hadis itu hidup dengan muzakarah. Abu Said al-Khudri berkata:Hendaklah anda bermuzakarah tentang hadis kerana hadis itu sebahagiannya akanmembangkitkan sebahagian yang lain. (Ma`rifah `Ulum al-Hadith, 140-141) Para sahabat sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadis. Mereka hanyamengambil daripada orang yang teliti dan kuat ingatan. Ini disebabkan kesilapanyang sering dilakukan oleh perawi yang tidak kemas. Ibn `Adi menyebutkan di dalam

muqaddimah kitabnya al-Kamil beberapa orang sahabat yang memperkatakankedudukan para perawi antara mereka ialah `Umar, `Ali, Ibn Abbas, Abdullah binSalam, Ubadah bin al-Samit, `Aishah dan Anas. Mereka semua mendustakan setiaporang yang tidak benar dalam ucapannya. Justeru itu para sahabat sangat ketat danbersikap keras terhadap orang yang meriwayatkan hadis kepada mereka. Al-Bara’bin `Azib menceritakan tentang sikap mereka: "Bukan semua hadis kami dengardaripada Rasulullah s.a.w. Sahabat-sahabat kamilah yang menceritakan kepada kamikerana kami sibuk menjaga unta. Para sahabat Rasulullah s.a.w. akan mendapatkanhadis yang tidak sempat mereka didengari dari Rasulullah s.a.w. melalui teman-teman mereka, dan orang yang paling kuat menghafal dari kalangan mereka. Danpara sahabat amat keras dan ketat terhadap orang yang mereka dengari."

Al-Hakim menyebutkan jika Ali terlepas dari mendengar hadis daripada Rasulullahs.a.w., beliau meminta perawi yang menyampaikan hadis kepadanya supayabersumpah. (Ma`rifah `Ulum al-Hadith hal 15). Ini bukanlah bermaksud sahaabt-

Page 8: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 8/10

sahabat menuduh orang lain berdusta bahkan ini adalah ketelitian mereka danpenyiasatan mereka terhadap para perawi. Mereka amat bimbang jika berlakukesilapan ketika hadis-hadis dinukilkan. 

Ada juga di kalangan sahabat yang mencatat dan menulis hadis-hadis. Sesetengah pihak mendakwa hadis tidak pernah ditulis pada awal sejarah Islamtetapi ditulis kemudiannya selepas beberapa abad. Dakwaan ini tidak benar keranaada beberapa orang sahabat telah menulis dan mencatat hadis-hadis pada zamanRasulullah s.a.w. lagi. Abu Hurairah berkata:

،ينم هنع اثدح رثكأ دحأ لسو هلع هل ىلص يبن اصأ م امام إتكأ و ت اك هف ،ورع هل دبع م اك

  Tidak ada sahabat Rasulullah s.a.w. yang lebih banyak meriwayatkan hadis dari sayakecuali Abdullah bin `Amr, kerana beliau mencatat (hadis-hadis) tetapi saya tidak. 

 له   س م هسأ ءىش ك تكأ نك :اق ورع هل    دبع ع له عله وسل أد حظه ،فنتني قر وقا :أت ك شىء   ىلص

سو ه،اضرو غ يف لت ر       لسو هلع هل    ىلص هل   ركذف ،ات ع مفموف ،لسو هلع هل    ىلص هل    سر

ذف تك" :اف هف ىإ هبصا  ح إ هنم جرخ ام د ي." Daripada Abdullah bin `Amr, katanya: Saya sering mencatat setiap yang saya dengar

daripada Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba kaum Quraish melarangku dan berkata: Adakahkamu menulis setiap yang kamu dengari sedangkan Rasulullah s.a.w itu manusia,bercakap dalam keadaan marah dan senang? Lalu saya pun berhenti dari menulis.Saya menyebutkan hal ini kepada baginda lalu baginda mengisyaratkan dengan  jarinya ke mulutnya dan bersabda: "Tuliskanlah! Demi diriku yang berada di TanganNya, tidak keluar darinya kecuali kebenaran". 

Berikut ini beberapa sahifah atau catatan yang diusahakan oleh para sahabat: al-Sahifah al-Sadiqah iaitu catatan hadis yang diusahakan oleh `Abdullah bin `Amrbin al-`As. Beliau pernah menceritakan tentang hal dirinya: Saya telah menghafazdaripada Rasulullah s.a.w. seribu mithal". Beliau amat berbangga dengan catatannyaitu. Al-Darimi menyebutkan dalam sunannya bahawa Abdullah bin `Amar berkata: Tidak ada yang menyenangkan diriku di dunia ini melainkan al-Sadiqah dan al-

Wahat .  Al-Wahat  ialah tanah yang diwakafkan oleh bapanya di Taif dan beliau

Page 9: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 9/10

menjaganya. ( Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127). Sahifah ini kemudiannya diwariskanoleh cucu beliau iaitu `Amar bin Syu`aib. Imam Ahmad di dalam al-Musnad padamusnad `Abdullah bin `Amr telah mengeluarkan sebahagian besar hadis dari sahifahini, melalui hadis `Amar bin Syu`aib daripada ayahnya daripada datuknya.

 Sahifah `Ali bin Abi Talib, catatan yang ringkas merangkumi masalah aql iaitu kadardiyat dan hukum-hukum membebaskan tawanan. Al-Bukhari menyebutkan di dalamsahihnya daripada Abu Juhaifah berkata: Saya bertanya kepada Ali: Adakah di sisikamu ada kitab? Beliau menjawab: Tidak ada melainkan kitab Allah atau pemahamanyang diberikan kepada lelaki muslim atau apa-apa yang ada dalam sahifah ini. Sayabertanya lagi: Apa yang ada dalam sahifah ini? Beliau menjawab: Aql, pembebasantawanan dan tidak boleh orang Islam dibunuh kerana orang kafir. (Sahih al-Bukhari,no: 111, hal. 47)

 Sahifah Sa`d bin `Ubadah, al-Tirmizi menyebutkan di dalam sunannya daripada IbnSa`d bin `Ubadah bahawa kami telah mendapati di dalam kitab Sa`d bahawasesungguhnya Rasulullah s.a.w. memutuskan hukum berdasarkan sumpah dan saksi.(Sunan al-Tirmizi, no: 1358) Sahabat-sahabat seperti `Umar dan anaknya `Abdullah menggesa orang-orangsupaya mencatat ilmu dan tentunya ilmu yang paling mulia ilmu hadis. ( Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127)

 Bagi menjamin kualiti hafalan, para sahabat meminimunkan periwayatan hadisdaripada Rasulullah. Jika diriwayat dengan terlalu banyak akan berlaku kesilapandalam menerima atau menyampaikan hadis. 

Para sahabat bertaburan di pelosok negara untuk menyampaikan hadis

 Di kalangan sahabat ada yang menetap di Kufah seperti `Ali dan Ibn Mas`ud, diMadinah seperti `Umar, Ibn `Umar dan Zaid bin Thabit, di Basrah Abu Musa al-`Asy`ari, di Syam Mu`az bin Jabal dan Mu`awiyah bin Abu Sufyan, di Mekah Ibn`Abbas dan di Mesir `Abdullah bin `Amar bin al-`As. Dari Bandar-bandar, inilahtersebar hadis-hadis Rasulullah s.a.w. (Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jld. 1 hal.61)

Page 10: Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

8/8/2019 Kedudukan Sahabat Sebagai Generasi Hadis Yang Pertama

http://slidepdf.com/reader/full/kedudukan-sahabat-sebagai-generasi-hadis-yang-pertama 10/10

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=37