kecederaan sukan

Upload: luffy-chan-miz

Post on 05-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

FEB 2012-2016

SEMESTER 8

PJM 3172KECEDERAAN DALAM SUKAN(KECEDERAAN KULIT)

NAMA: HASNIZIA BINTI ABDUL HAMID

NO. KAD PENGENALAN: 810902-02-5886

NO. MATRIKS: 2012211360029

PENSYARAH: EN. KALISWARAN A/L NARAYANASAMY

TARIKH SERAHAN: 22hb Ogos 2012

KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 Pengenalan ..................................................................2-32.0 Jenis-Jenis Kecederaan Sukan ...................................3-53.0 Kecederaan Kulit...........................................................6-144.0 Penutup ......................................................................145.0 Rujukan .............................................................................15

iiii. 1.0 PengenalanSukan merupakan aktiviti fizikal yang mendedahkan atlit kepada risiko kecederaan. Sukan dapat didefinisikan sebagai segala jenis aktiviti gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Menurut kamus pelajar edisi kedua, cedera dapat ditarifkan sebagai luka ataupun patah tulang dan sebagainya pada badan kerana kemalangan. Justeru itu, kecederaan dalam sukan dapat dirumuskan sebagai kecederaan yang dialami semasa bersukan.Walaupun majoriti kecederaan sukan adalah tidak serius, kecederaan yang dialami mempunyai kesan dari aspek kewangan kepada atlit. Aspek kewangan merangkumi kos perubatan, rawatan dan rehabilitation. Tambahan pula, kecederaan dapat menyebabkan individu menarik diri daripada melibatkan diri dalam aktiviti sukan pada masa akan datang. Sebanyak 8% kanak-kanak pada setiap tahun menarik diri daripada mengikuti aktiviti sukan kerana faktor kecederaan. Justeru itu, amatlah penting bagi mengetahui jenis kecederaan, kaedah rawatan dan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko kepada kecederaan bagi menjamin penglibatan individu dalam aktiviti sukan.Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.Punca-punca kecederaan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah, ketegangan dan kecederaan otot, kecederaan lutut, kebengkakan otot, kecederaan pada tendon Achilles, kesakitan pada tulang tibia, patah tulang, sendi yang beralih.Langkah- langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika menjalankan aktiviti sukanatau fizikal

2.0 Jenis-jenis kecederaan sukan .

Jenis-jenis kecederaan boleh berlaku secara langsung ataupun tidak langsung. .Kecederaan langsung ialah kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan , hentakan ,pukulan pada otot atau tulang.Manakala kecederaan tidak langsung pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri cth: tidak memanaskan badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai . Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kecederaan Luar dan Kecederaan Dalaman.

2.1 Kecederaan LuaranKecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :a) Luka : kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.

b) Melepuh : Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.

c) Melecet : Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera

2.2 Kecederaan Dalamana. Terseliuh : berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,teregang atau terpulas disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.

b. Otot terkoyak : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara drastik,ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban yang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.c. Otot kejang : Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara.Kekejangan berlaku disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan.

d. Dislokasi : Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak.

e. Fraktur : Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbuka.

f. Kontusi : Berlaku kecederaan pada salur darah atau salurandarah halus terputus disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman.

g. Konkusi : Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kerosakan otak yang serius.

2.3 Jenis-Jenis Tisu2.3.1 Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah2.3.2 Tisu keras : tulang

2.4 Kecederaan Tisu KerasKecederaan patah atau tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Punca berlakunya kecederaan tulang patah ialah apabila berlakunya stress atau tekanan yag tinggi ke atas tulang. Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebh kurang 6 minggu untuk sembuh. Sementara, tulang-tulang kecil memerlukan masa 3-4 minggu.2.5 Kecederaan Tisu LembutKecederaan tisu lembut pula melibatkan kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kalenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh.

i. Kecederaan Tisu Lembut 2.5.1 LigamenLigamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning.

2.5.2 SeliuhKecederaan pada serat-serat ligamen. Terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Sering berlaku pada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa terseliuh atau patah telah berlaku.

2.5.3 TendonIa terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot.

Tendon TerputusSering terlibat ialah tendon Archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keeluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Agak sukar digerakkan sekiranya ini berlaku.

Otota) Kekejangan Urat dan Kekejangan OtotIa terjadi semasa seseorang mengalami latihan atau semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur. Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan melakukan aktiviti fizikal (sukan). Boleh terjadi apabila faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.

b) Otot KoyakOtot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau keseluruhan otot. Kerana tujuan untuk prestasi yang maksimum, otot-otot bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak dan atlet reban (jatuh).

ii. Kecederaan Tisu Keras2.5.4 Patah TulangPatah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan di situ ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah.Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patahdeformedatau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit (pedih) dan krepitus disebabkan pengeselan hujung tulang yang terlibat. Kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian.

2.5.5 Sendi Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi) Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.

2.6 Kecederaan AkutKecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-tanda kecederaan akut. Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat Kebengkakan Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki) Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal Lemah pada anggota terlibat Fraktur

2.7 Kecederaan KronikKecederaan kronik berlaku selepas anda bermain satu sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama kesakitan semasa bermain kesakitan semasa latihan memanaskan badan kesakitan yang berterusan semasa rehat kebengkakan

3.0 Kecederaan kulitHilang kesinambungan pada kulit dan tisu berdekatan yang menyebabkan pendarahan serta boleh mengalami jangkitan.Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

3.1 Luka Kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ia terkoyak ; sebarang kecederaan, carikan atau koyakan yang tidak normal pada kulit atau permukaan badan.Kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius. Jenis-jenis luka : Luka terguris / terhiris Luka melecet Luka terkoyak Luka tembus Luka lebam Luka calar Terputus anggota

Gambar 1 : Contoh gambar luka

3.1.1 Cara Merawat luka Kecila. Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.b. Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptic.c. Balut dengan kain bersih atau pembalut. Mengawal pendarahand. Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.e. Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.f. Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.g. Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan, Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak dapatkan rawatan lanjut. Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

3.1.2 Benda asing dalam luka kecilLuka tercucuk adalah luka yang disebabkan oleh tusukan sesuatu objek atau benda yang menembusi kulit hingga ke tisu-tisu lembut, tulang dan juga sendi yang berada di bawah kulit . Luka tercucuk lazimnya tidak menyebabkan pendarahan yang teruk. Pada kebiasaanya, sedikit darah sahaja yang terkeluar dari tempat luka. Luka ini kelihatan seperti tertutup dengan sendirinya secara serta merta. Tetapi perlu diingat bahawa luka tercucuk adalah merbahaya kerana objek yang menembusi kulit itu mungkin membawa bakteria. Kuman ini boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

3.1.3 Tanda-tanda dan gejalaTanda yang paling ketara ialah lubang yang terdapat pada kulit dengan tepiannya yang berkedut atau berlipat dan bertukar warna dari keadaan asalnya. Lubang yang terhasil mungkin kelihatan kecil berbanding dengan objek yang menyebabkan luka tersebut. Ini disebabkan oleh pengecutan yang berlaku pada tisu yang tercederaan.

3.1.4 PenyebabLuka tercucuk boleh disebabkan oleh sebarang benda asing yang berupaya menembusi kulit dan juga tisu di bawahnya (seperti serpihan kayu, kaca atau serpihan lain yang tajam) Risiko meningkat dengan:1. Sukan yang melibatkan sentuhan anggota badan seperti gusti, ragbi dan sebagainya.2. Aktiviti sukan olahraga di kawasan permukaan yang kasar dan tidak rata.

3.1.5 Komplikasi yang mungkin berlakua. Pengumpulan cecair dibawah tempat luka yang telah tertutup Jangkitan kuman pada tempat luka.

3.1.6 Penjagaan KesihatanLangkah terbaik yang perlu diambil ialah mendapatkan rawatan dari doktor. Rawatan yang lazimnya diberi ialah pembersihan luka dan mungkin juga pembedahan kecil untuk menentukan tahap kecederaan yang berlaku.Dengan rawatan, luka tercucuk biasanya akan sembuh tanpa sebarang komplikasi.

3.1.7 Rawatan kecemasanJika anda mendapat luka tercucuk, hentikan sebarang pendarahan (jika ada) dengan menekan bahagian luka menggunakan pad kasa yang steril atau kain yang bersih.Jika boleh keluarkan semua benda asing yang terdapat pada luka (serpihan kaca, kayu dan sebagainya). Bersihkan kawasan luka dengan sabun dan air suam.

3.1.8 Penjagaan berterusanLuka tusukan yang teruk dan dalam mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut melalui pembedahan yang dilakukan dalam keadaan bebas kuman (aseptik).Sekiranya terdapat pendarahan, ia boleh dikawal dengan menekan tempat luka menggunakan kain yang bersih Rendamkan bahagian yang luka di dalam air suam untuk mengurangkan sakit dan bengkak Rehatkan bahagian yang luka sehingga sembuh Jika boleh gunakan pembalut kenyal di bahagian luka. Ini dapat mengurangkan pengumpulan cecair di bawah luka dan mengurangkan pendarahan selanjutnya. Dapatkan suntikan penggalak tetanus (booster dose).

3.2 Lebam / Memar3.2.1 Rawatan KecemasanBahagian yang cedera perlu direhatkan. Kemudian gunakan demah sejuk secara kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal ke dalam air, diperah dan diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi. Demah sejuk boleh juga disediakan dengan mengisi ketul-an ais di dalam beg atau ais itu dibungkus dengan kain tebal.Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan denyutan sakit dan bengkak. Sekiranya keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak, ia mungkin me-nandakan terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan nasihat perubatan.

3.3 Melepuh Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain .Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.

Gambar 2: Tangan yang melepuh3.4 MelecetBerlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.

Gambar 3 : Keadaan kulit yang melecet

3.5 Melecur Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit akibat terdedah kepada; haba saperti api, cecair panas atau wap / stim,bahan kimia,arus letrik dari aliran letrik atau panahan petir,sinaran dan geseran.

3.5.1 SimptomSimptom melecur bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan, tahap dan ketenatan. Simptom yang biasa adalah sakit dan kemerahan. Dalam kes yang tenat pembengkakan dan melepuh akan terjadi diikuti kerosakkan tisu pada bahagian yang terlibat.

3.5.2 Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur ?Melecur diklasifikasikan menurut dalamnya lukadan luasnya bahagian kulit yang terlibat.Dalamnya luka dinilai sebagai: Tahap pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas ( epidermis ). Tahap kedua : Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua ( epidermis dan dermis ). Tahap ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas. Tahap empat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.Luasnya luka lecurdikira sebagai peratusan dimana ukuran selebar tapak tangan mangsa dianggarkan sebagai 1%. Semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit. Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.3.5.3 Apakah komplikasi luka lecur ?Lecur tahap pertama akan sembuh tanpa komplikasi. Lecur yang lebuh dalam komplikasi awal adalah kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka, Ini akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock. Sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.Komplikasi jangka panjang adalah pembetukkan parut dan kecacatan kekal serta juga psikologi trauma.

3.5.4 Bagaimana pesakit melecur di rawat ?3.5.4.1 Lakukan Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk. Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat Sapukan ubat penahan sakit / analgesic atau ubat antibiotic. Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan

3.5.4.2 Elakkan; Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi kecederaaan Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doctor

3.5.4.3 Lecur yang teruk Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian kelangkang memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital. Pesakit yang mengalami lecur teruk perlu dirawat di unit lecur khas di hospital. Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit.

3.5.5 PencegahanBagi mengurangkan risiko mendapat lecur dirumah; Jangan meninggalkan memasak diatas dapur yang menyala. Jauhkan pemegang periuk kebelakang tungku dapur. Gunakan sarung tangan khas untuk oven yang menutupi tangan hingga pergelangan tangan. Jangan memasak dengan memakai pakaian yang terlalu longgar sehingga mudah menangkap api semasa memasak. Elakkan merokok di dalam rumah terutama di atas katil. Simpan bahan kimia, pemetik api atau mancis api jauh dari kanak-kanak.

3.5.6 Rawatan Am Terbakar dan Melecur Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. Tenangkan mangsa. Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. Dapatkan rawatan perubatan segera.

3.5.7 Terbakar oleh Asid atau Alkali Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. Dapatkan rawatan perubatan.

4.0 PENUTUPKecederaan kulit merupakan salah satu kecederaan yang selalu oleh dialami oleh seseorang atlet atau orang-orang yang terlibat dengan sukan. Saiz kecederaan itu bergantung kepada bagaimana cara ia berlaku. Ada kecederaan yang boleh dirawat sendiri sahaja dan ada kecederaan yang perlu diujuk kepada yang lebih pakar.

5.0 Rujukan Alter, M.J. (1997) Sport Stretch (2nd ed.) Champaign, IL: Human Kinetics.

Knight, k.l. (1995). Cryotherapy in Sport Injury Management. Champaign, IL :Human Kinetics.Mandelbaum BR, Silvers HJ, Watanabe DS, et al. Effectiveness of a neuromuscular and proprioceptive training program in preventing anterior cruciate ligament injuries in female athletes: 2-year follow-up. Am J Sports Med 2005;33:100310.

Bahr R, Lian O. A two-fold reduction in the incidence of acute ankle sprains in volleyball. Scand J Med Sci Sports 1997;7:1727.Abernethy & bleakly (2007).Strategies to prevent injury in adolescent sport : a systematic review. Br J Sports Med 2007 41: 627-638.

- 15 -