rehablitasi dan kecederaan sukan(bjaring)

50
1.0 PENGENALAN Bola jaring adalah satu bentuk sukan yang tidak ada sentuhan fizikal dengan pihak lawan. Kecederaan fizikal dalam permainan ini jarang berlaku. Dalam permainan bola jaring mata diperolehi apabila pemain berjaya memasukkan bola ke dalam jaring dari permukaan lantai secara vertikal. Pemain dilarang berlari dengan membawa bola dan selepas menghantar kepada rakan, pemain dibenarkan bergerak dalam kawasan permainan. Satu pasukan bola jaring mempunyai tujuh pemain di mana setiap pemain mempunyai peranan masing-masing dan bermain di kawasan yang ditetapkan. Pemain dikehendaki bergerak dengan pantas untuk mendapatkan bola atau pun menghalang pihak lawan. Pemain

Upload: armin-mumin

Post on 26-Jul-2015

312 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

1.0 PENGENALAN

Bola jaring adalah satu bentuk sukan yang tidak ada sentuhan fizikal dengan

pihak lawan. Kecederaan fizikal dalam permainan ini jarang berlaku. Dalam permainan

bola jaring mata diperolehi apabila pemain berjaya memasukkan bola ke dalam jaring

dari permukaan lantai secara vertikal.

Pemain dilarang berlari dengan membawa bola dan selepas menghantar kepada

rakan, pemain dibenarkan bergerak dalam kawasan permainan.

Satu pasukan bola jaring mempunyai tujuh pemain di mana setiap pemain

mempunyai peranan masing-masing dan bermain di kawasan yang ditetapkan. Pemain

dikehendaki bergerak dengan pantas untuk mendapatkan bola atau pun menghalang pihak

lawan. Pemain perlu mempunyai kemahiran seperti menukar arah, berhenti serta merta,

menghantar dengan pantas dan menangkap bola.

Page 2: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Dalam permainan bola jaring kedudukan pemain adalah seperti berikut:

1. Goal Shooter (GS)

2. Goal Attack (GA)

3. Wing Attack (WA)

4. Centre ( C )

5. Wing Defence (WD)

6. Goal Defence (GD)

7. Goal Keeper (GK)

Kecederaan dalam permainan bola jaring berlaku apabila seseorang pemain itu

a. terjatuh

b. bersentuhan dengan pemain pihak lawan

c. melompat dan mendarat

d. bersentuhan dengan bola

e. pergerakan pantas atau mengubah arah.

Terjatuh di atas permukaan yang keras apabila hilang imbangan badan boleh

menyebabkan geselan atau luka pada anggota badan yang terlibat. Pusingan yang

dilakukan secara pantas, lompatan, mendarat dan berhenti secara serta merta boleh

mengakibatkan kecederaan di buku lali dan lutut. Kecederaan ini boleh berlaku secara

tiba-tiba atau berulang-ulang.

Page 3: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Manakala tangkapan bola yang tidak tepat boleh melukakan jari jemari pemain

dan apabila bersentuhan dengan pihak lawan boleh mengakibatkan calar, luka atau

lebam.

1.1 SEJARAH BOLA JARING

A. Di dunia

Menurut sejarah permulaannya, bola jaring merupakan suatu variasi bola

Keranjang yang merupakan permainan yang mula menunjukkan kemahsyuran di

Amerika Syarikat. Pada tahun 1891, seorang berbangsa Amerika iaiitu Dr. James telah

mencipta bola keranjang di Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat iaitu

sejenis permainan yang menggunakan bola dan bakul.

Empat tahun kemudian, seorang lagi berbangsa Amerika, iaitu Dr. Toles telah

memperkenalkan permainan ini di England, semasa beliau mengadakan lawatan ke

sebuah kolej pendidikan di London. Beliau pada mulanya mengajar bola keranjang

kepada pelajarnya. Entah bagaimana daripada variasi yang mereka tunjukkan

menyebabkan Dr. Toles mahu mengekalkan variasi baru itu.

Dengan sedikit penyesuaian beberapa lama kemudian, akhirnya beliau bersetuju

dengan corak permainan bola keranjang yang baru dimainkan itu. Dalam permainan itu

mereka menggunakan dua biji bakul sampah yang dipasangkan pada penghujung

gelanggang dan digantung pada hujung dinding gimnnasium sebagai gol. Setiap kali bola

Page 4: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

berjaya dimasukkan ke dalam bakul itu, pengadil akan memanjat dinding untuk

mendapatkan kembali bola.

Kemuncak kepada kemunculan permainan ini di Britain ialah pada tahun 1900

hingga 1901, apabila sebuah persatuan di situ ialah Persatuan Ling yang mula

menampakkan akan kemahsyurannya telah merangka beberapa peraturan atau undang-

undang khusus untuk wanita, dan menamakan netball atau bola jaring. Pertukaran nama

pada permainan ini berlaku kerana penggunaan gelanggang menggantikan bakul.

Perkembangan pesat bagi permmainan ini semakin menyerlah selepas perang

dunia pertama. Negara-negara Komanwel yang terletak di merata dunia adalah negara-

negara yang turut menerima permainan ini atas usaha orang Inggeris yang

kebanyakannya merupakan askar atau pegawai yang bertugas di negara-negara tersebut.

Ketika itu terdapat beberapa siri peraturan dan undang-undang yang berlainan

bagi bola jaring. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengadakan perlawanan

antarabangsa, kerana setiap negara mahu menggunakan peraturan yang mereka pegang

ketika itu. Pada tahun 1957, satu persidangan khas bagi membincangkan serta

menyelaraskan peraturan permainan telah diadakan di London. Akhirnya semua

peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh beberapa negara seperti Amerika

Syarikat, England, New Zealand dan Australia diselaraskan atas persetujuan bersama.

Page 5: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Sri lanka yang menjadi tuan rumah

kepada satu persidangan antara bangsa, wakil-wakil negara komanwel telah memutuskan

untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk permainan bola jaring dunia. Pada

tahun itu lahirlah Persekutuan Antara bangsa Persatuan-persatuan Bola Jaring (The

International Federation Of Netball). Jadi dua perkara penting bersabit dengan permainan

ini berjaya diselesaikan. Penubuhan persatuan dunia dan penyelaras peraturan dan

undang-undang permainan.

Dengan demikian, mudahlah untuk mengadakan perlawanan pada peringkat

antara bangsa. Kejohanan antara bangsa pertama anjuran persatuan dunia ini telah

diadakan di Eastbourne, England pada tahun 1963.

B. Di Malaysia

Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di

bawah naungan Almarhum Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang sehingga tahun

1990 bila Persatuan Bola jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan

menjadikannya Ahli Gabungan negeri yang terakhir ditubuhkan. PBJM mempunyai 16

ahli gabungan yang terdiri daripada 13 ahli gabungan dari negeri-negeri dan 3 ahli

gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan Lembaga

Letrik Negara. Pada tahun 1990, Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional

Berhad. Kini PBJM mempunyai 17 ahli gabungan iaitu terdiri daripada semua 14 buah

negeri di seluruh Malaysia dan 3 ahli gabungan bukan negeri.

Page 6: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun

1980 dan dengan Persekutuan Persatuan Bola jaring Antara bangsa (IFNA) bermula dari

tahun 1982. Apabila Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun

1985, Malaysia menjadi salah satu ahli pengasas.

Salah satu aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan kejohanan bola jaring di

peringkat kebangsaan. Dua kejohanan tahunan yang diadakan ialah Kejohanan Bola

Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola jaring Bawah 21 Tahun. Kejohanan di peringkat

Kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain berbakat dan berpotensi untuk

diberikan latihan seterusnya terutama dapat dipilih mewakili negara bagi menyertai

pertandingan di peringkat antara bangsa.

PBJM mula melibatkan diri di peringkat antara bangsa pada tahun 1983 apabila

diterima menyertai Kejohanan Bola jaring Se dunia ke 6 di Singapura. Malaysia turut

menyertai Kejohanan Bola Jaring Se dunia ke 7 di Glasgow pada tahun 1987, pada tahun

1991 menyertai Kejohanan Bola Jaring Se dunia Ke 8 di Sydney, Australia dan

Kejohanan Bola Jaring Se dunia Ke 9 di Birmingham, United Kingdom. Walaupun dalam

ke semua penyertaan tersebut pasukan Malaysia tidak menyerlah namun ianya dapat

sedikit sebanyak memberi kesan ke arah peningkatan permainan bola jaring di Malaysia.

Malaysia pernah mengelolakan kejohanan di peringkat antara bangsa apabila

Kejohanan Bola jaring Asia yang pertama diadakan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1990, pasukan Malaysia telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Jaring

Page 7: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Asia Ke 2 di New Delhi, India dan Kejohanan Bola Jaring Asia Ke 3 di Hong Kong

dalam tahun 1993. Pada tahun 1994 , Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang pertama

telah diadakan di Hong Kong dan Malaysia turut serta.

Pembangunan dan perkembangan permainan bola jaring bertambah meluas dan

meningkat apabila permainan ini dimasukkan sebagai salah satu acara bagi Sukan

Komanwel 1998. Selaku tuan rumah bagi temasya sukan yang berprestij ini, PBJM telah

dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pasukan serta mengelolakan pertandingan.

Ini merupakan satu penghormatan dan cabaran kepada Malaysia khasnya PBJM yang

telah menyambut ulangtahunnya yang ke 20 pada tahun 1998.

PBJM telah mengadakan pelbagai program yang diharapkan dapat

memperkembangkan dan mempertingkatkan permainan bola jaring di Malaysia. Tidak

ketinggalan juga sumbangan yang dihasilkan akan dapat mengeratkan silaturrahim,

perpaduan dan keharmonian di kalangan wanita Malaysia serta meningkatkan jumlah

penyertaan dan penglibatan lebih ramai wanita di bidang sukan khasnya bola jaring.

Page 8: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

2.0 LOKASI KECEDERAAN LAZIM DALAM SUKAN BOLA JARING

a. Bruised heels f. Stress fracture of the tibiab. Sprained ankles g. Knee injury damage to the meniscus and

torn ligamentsc. Ruptured achilles tendon h. Patellar tendinitis (jumper’s knee)d. Achilles tendonitis i. Stubbed fingerse. Periostitis of the tibia (shinsplints) j. Fractures to the arm and wrist

i

d

c

j

g

h

f

e

b

a

Page 9: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

STATISTIK KECEDERAAN

Jadual 1

LOKASI 12 – 13 THN% N = 137

14 – 15 THN% N = 67

16 – 17 THN% N = 105

JUMLAH%N = 132

Bahagian Mata 2.2 3.0 0.9 1.9

Kepala dan Muka 2.2 - 0.9 1.2

Konkusi 0.7 - 2.7 1.2

Bahu 2.2 3.0 2.7 2.6

Tangan 6.6 8.9 8.3 7.7

Belakang 13.1 19.4 11.1 13.8

Pinggang & Punggung 3.7 1.5 - 1.5

Lutut 28.5 25.3 23.1 26.0

Bawah Kaki 8.8 15.0 11.1 10.9

Pergelangan Kaki 21.1 19.4 27.7 23.1

Kaki 0.7 - - 0.3

Sumber : C.J. Dennis, et. Al. (1996), Epidemology of Sport Injuries

Page 10: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Jadual 2

BAHAGIAN ATAS TUBUH JUMLAH PERATUS KECEDERAAN

Bahu 11 (16%)

Siku 2 (5%)

Pergelangan tangan dan tangan 10 (28%)

Phalanges 13 (36%)

Jumlah 36 (17%)

Torso 6 (3%)

BAHAGIAN BAWAH TUBUH

Peha 40 (29%)

Lutut 51 (37%)

Kaki 6 (4%)

Pergelangan Kaki 37 (27%)

Tapak kaki 5 (4%)

Jumlah 139 (67%)

KEPALA DAN MUKA

Muka 20 (77%)

Kepala 6 (23%)

Jumlah 26 (13%)

Sumber : C.J. Dennis, et. Al. (1996), Epidemology of Sport Injuries

Page 11: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

3.0 JENIS-JENIS KECEDERAAN LAZIM YANG SERING BERLAKU DALAM SUKAN BOLA JARING

Bil Lokasi Jenis Kecederaan

1. Jari tangan i. Stubbed fingers

2. Siku i. Fractures to arm and wrist

3. Lutut i. Knee injury damage to the meniscus and torn

ligaments

ii. Patellar Tendinitis

4. Betis i. Stress fracture of the tibia

ii. Periotitis of the tibia (shin Splints)

iii. Achilles Tendonitis

iv. Ruptured Achilles tendon

5. Pergelangan Kaki i. Bruised Heels

ii. Sprained Ankle

Page 12: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI BAHAGIAN LUTUT DAN BETIS

4.1 LUTUT

4.1.1 Pandangan hadapan

Page 13: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.1.2 Pandangan sisi

4.1.3 Tulang

Page 14: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.1.4 Otot

4.1.5 Ligamen

Page 15: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.1.6 Tendon

Page 16: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.1.7 Articular Cartilage

Page 17: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.1.8 Meniscus

Page 18: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4.1.9 Gambaran lutut semasa ekstensi dan fleksi

4.2 BETIS

4.2.1 Otot

Page 19: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

5.0 JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAM PERMAINAN BOLA JARING:

5.1 LUTUT

a. Bahagian Patella

1. Maltracking

2. Plica Syndrome

3. Chondromalacia

4. Subluxation

5. Arthritis

6. Dislocation

b. Bahagian Rawan Lutut

1. Torn Meniscus

2. Cartilage Meniscus

3. Bucket Handle

4. Meniscal Cyts

c. Bahagian Ligamen

1. Sprained Collateral

2. Torn Collateral

3. Torn Cruciate

Page 20: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

d. Kecederaan Yang Berulang-ulang

1. Osgood Schlatters

2. Ilio – Tibial Friction Band Syndrome

3. Patellar Tendinitis

e. Arthritis

1. Medial Compartment Arthritis

2. Lateral Compartment

3. Patellofemoral Arthritis

4. Baker’s Cyst

5.2 Betis

1. Calf Strain

2. Shin Splints

3. Achilles Tendinitis

4. Stress Fracture

5. Total Rupture The Achilles Tendon

6. Tibialis Anterior Tendon Sheath Inflamation

Page 21: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

6.0 DUA KECEDERAAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN

BOLA JARING:

6.1 LUTUT

6.1.1 Chondromalacia

a. Mekanisma Kecederaan

Tisu yang rosak dalam kecederaan lutut ini dikatakan terletak di belakang patella.

Kecederaan lutut ini dianggap sebagai Chondromalacia Patellae. Iaitu sejenis keadaan

yang biasa ditemui oleh pakar bedah ortopedik. Dalam keadaan ini, cartilage di

permukaan bawah tempurung lutut mengalami kemerosotan.

Kemerosotan cartilage lama – kelamaan boleh membawa kepada arthiritis.

Sindrom penyakit Chondramalacia Patellae melibatkan struktur di sekeliling patella,

terutamanya perlekatan berligamen dihujung bawah patella. Kecederaan ini juga dikenali

sebagai sindrom sakit patella – femoral. Kajian telah menunjukkan bahawa kecederaan

ini adalah kecederaan paling lazim antara semua jenis kecederaan pemain bola jaring

Page 22: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

apabila melakukan lompatan untuk menerima dan melakukan halangan ke atas bola

semasa di udara. Keadaan ini berlaku akibat daripada situasi yang berulang-ulang kali.

b. Punca Kecederaan

Sindrom sakit Chondromalacia Patellae ialah kecederaan yang terutamanya

disebabkan oleh pendaratan pada tumit pergelangan kaki yang berlebihan. Pendaratan

yang berlebihan ini menyebabkan suatu daya putaran terbentuk di lutut. Daya ini mearik

patella keluar dari jajarannya yang betul dan menyebabkan pertambahan stress di ligamen

yang menetapkan kedudukan patella. Lama – kelamaan, pergerakan tidak normal ini,

yang kerap berulang boleh menyebabkan tulang yang melekatkan ligamen itu

menghasilkan gerak balas stress yang menimbulkan rasa sakit.

c. Simptom/Tanda

1. Merasa sakit apabila menaiki tangga dan turun naik bukit.

2. Bengkak pada bahagian lutut.

d. Rawatan

Rawatan pertolongan cemas bagi kecederaan lutut ialah dengan meletakkan ais di

kawasan yang sakit selama kira-kira 20 minit dua kali sehari. Walaupun ada cadangan

supaya suntikan kortison diberikan di sendi lutut, namun langkah ini hendaklah dielakkan

sama sekali kerana kortison itu tidak akan sampai ke kawasan kecederaan yang terletak di

sekeliling tempurung lutut dan bukannya di sendi lutut itu sendiri. Terdapat juga bukti

bahawa suntikan ini mungkin menyebabkan berlakunya arthiritis apabila tua nanti.

Page 23: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Walau bagaimanapun, rawatan yang paling berkesan bagi kecederaan lutut ialah

dengan membetulkan faktor biomekanik yang menyebabkannya, iaitu pendaratan

pergelangan kaki yang berlebihan. Jika punca biomekanik ini tidak dibetulkan, patella

akan terus-menerus tertarik keluar daripada jajaran dalam setiap langkah larian dan ini

akan menggagalkan semua usaha perubatan yang cuba merawat tempat yang sakit di

tempurung lutut.

Langkah pembetulan ini boleh dilakukan dengan cara berlari menggunakan kasut

yang menghadkan pendaratan pergelangan kaki dan jika langkah ini gagal mengubati

kecederaan tersebut, gunakanlah ortotik pembetulan yang ditempah khas. Kecederaan ini

tidak akan dapat dipulihkan jika ortotik pembetulan tidak dibuat dengan betul. Podiatri

sukan adalah sesuatu bidang yang agak baru dan orang yang benar-benar berkelayakan

untuk membuat ortotik pembetulan sukar dicari. Walau bagaimanapun, kini terdapat

sebilangan ahli podiatri sukan di setiap pusat utama di Afrika Selatan.

Pengampu arkus yang boleh dibeli di farmasi dan kedai kasut sukan boleh

membantu pemain bola jaring yang mengalami pendaratan yang tidak normal tetapi tidak

mencukupi untuk atlit yang mengalami pendaratan yang berlebihan. Atlit yang tercedera

dan tidak berkesempatan bertemu ahli podiatri dinasihatkan mencuba pengampu arkus

yang boleh dibeli di kedai terlebih dahulu seperti pengampu arkus panjang spenco.

Kaedah rawatan yang lain termasuklah latihan regangan pada otot betis dan

membetulkan sebarang ketidakseimbangan, kefleksibelan, dan kekuatan otot yang

Page 24: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

mungkin terdapat antara otot hamstring dan otot kuadriseps. Atlit yang mengalami

kecederaan ini dan tidak dapat dipulihkan dalam masa kira-kira sebulan, mestilah sedar

bahawa kemungkinan kerana kasut dan ortotik pembetulan yang mereka gunakan tidak

dapat mengawal pendaratan pergelangan kaki secukupnya. Mereka perlu mendapatkan

rawatan pembetulan selanjutnya.

e. Langkah-langkah Pencegahan

1. Menggunakan alat Open Patella Knee Support.

2. Melakukan regangan pada bahagian lutut sebelum melakukan aktiviti sukan.

3. Menggunakan kasut yang sesuai.

f. Alat Perlindungan

1. Gel Band Patella Strap

Page 25: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

2. Genutrain

3. Premium Palumbo

Page 26: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

6.1.2 Cartilage Meniscus

a. Mekanisma Kecederaan

Meniscus merupakan ‘pengalas’ rawan di mana ia membantu bertindak sebagai

penyerap kejutan di dalam bahagian lutut dan juga membantu pergerakan sendi lutut

dengan licin. Meniscus akan koyak apabila berlakunya putaran atau twisting lutut dalam

aktiviti sukan. Ianya lazim terjadi kepada atlit yang sudah berumur kerana tisu-tisu yang

terdapat pada lutut menjadi lemah.

Page 27: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

b. Punca Kecederaan

Terdapat beberapa punca yang dapat dikenalpasti apabila seseorang itu

mengalami kecederaan ini. Ianya disebabkan hentakan terus pada bahagian lutut,

pemanjangan cartilage yang berkaitan pada lutut yang cedera, dan memusing atau

kontraksi otot yang kuat atau mendadak.

Peningkatan risiko kecederaan ini ialah sukan atau permainan lasak yang

bersentuhan terutamanya bola sepak, ragbi dan bola jaring serta obesiti mengakibatkan

kurangnya nutrition dan pernah mempunyai kecederaan lutut sebelumnya.

c. Simptom/Tanda

Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Sakit pada bahagian yang tercedera terutamanya pada tempat pertemuan

tulang femur dengan tibia semasa atau selepas senaman.

2. Bengkak lutut.

3. Tidak keupayaan meluruskan kaki.

4. Ketidakstabilan dilutut.

5. Menghalang pergerakan dengan betul.

6. Keradangan.

d. Rawatan

1. Aplikasikan kaedah RICE pada bahagian lutut.

2. Rehat daripada latihan yang berat.

3. Menggunakan alatan ‘heat retainer’ atau support.

Page 28: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4. Berbincang dan mendapat nasihat daripada pakar untuk :

a. ultrasound dan menggunakan support bandage atau plaster cast.

b. Melakukan pembedahan yang sepatutnya.

e. Langkah-langkah Pencegahan

1. Melakukan senaman yang mencukupi sebelum melakukan aktiiviti yang lebih

lasak.

2. Menggunakan kasut yang sesuai supaya tidak menyebabkan berlaku

kecederaan.

3. Menggunakan sokongan atau support pada bahagian lutut supaya ia tidak

mudah tercedera.

f. Alat Perlindungan

1. Genutrain (sebagai support)

Page 29: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

2. Bio Skins Patella Stabilizer

3. Kasut yang sesuai.

6.2 BETIS

6.2.1 Shin Splints

a. Mekanisma Kecederaan

Ketegangan atau kekoyakan otot pada bahagian hadapan betis.

Page 30: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

b. Punca Kecederaan

Ini disebabkan oleh hentakan yang kuat, bermain di padang yang tidak rata dan

gagal menyerap hentakan akibat larian yang banyak.

c. Simptom/Tanda

a. Berlakunya kesakitan di sepanjang shin.

b. Sakit ketika melakukan aktiviti lompatan dan larian.

c. Merasa sakit apabila membengkokkan kaki.

d.Terdapat tanda kemerahan dan benjolan pada bahagian hadapan betis.

e. Rawatan

a. Rehat terlebih dahulu sehingga hilang kesakitan.

b. Guna kaedah cryotherapy iaitu ais pek selama 15 minit.

c. Melakukan aktiviti berbasikal dan berenang untuk mengembalikan kecergasan.

d. Gunakan kaedah heat therapy atau memakai alat ‘heat trainer’.

e. Gunakan Kaedah taping pada bahagian depan shin.

f. Melakukan sport massage pada bahagian belakang shin.

g. Berjumpa dengan pakar perubatan sukan.

f. Langkah-langkah Pencegahan

1. Melakukan regangan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

2. Memakai kasut yang mempunyai alas atau pelapik yang lembut.

3. Menggunakan Shin Splint Compression Wrap.

Page 31: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

g. Alat Perlindungan

1. Bio Skins.

2. Shin Splint Compression Wrap.

Page 32: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

3. Neoprene Calf Sleeve.

6.2.2 Total Rupture The Achilles Tendon

Page 33: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

a. Mekanisma Kecederaan

Archilles tendon adalah tendon yang terdapat di belakang betis kaki hingga ke

belakang kaki. Rupture the archilles tendon terjadi akibat daripada kecederaan lampau

seperti keradangan atau lemah tendon. Menolak kuat bahagian jari kaki ke atas dan

membengkokkan kaki secara tiba-tiba menyebabkan kecederaan pada archilles tendon

yang mengakibatkan tendon putus.

b. Punca

1. Kecederaan rupture the archilles tendon berlaku apabila pemain mendarat

dengan hujung jari secara tiba-tiba.

2. Pemain terjatuh dan kakinya membengkok secara tiba-tiba.

3. Tersepak kaki rakan di bahagian bawah kaki.

c. Simptom/Tanda

1. Kesakitan yang melampau

2. Bengkak pada bahagian yang tercedera.

3. Tidak dapat berjalan dengan betul atau berdiri di atas hujung kaki.

4. Merasa seperti ada ruang dalam tendon.

5. Mendapat keputusan yang positif jika menjalani Ujian Thompsons.

d. Rawatan

1. Amalkan kaedah RICE.

2. Mendapatkan rawatan atau pertolongan profesional dengan serta –merta.

Page 34: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

3. Apabila berlaku kecederaan 1 hingga 8 minggu kaki akan dibalut dengan

‘plaster cast’. Tidak boleh melakukan regangan atau senaman.

4. Selepas 8 minggu aktiviti yang perlu dilakukan ialah:

a. Range Of Motion

b. Meninggikan bahagian tapak kasut.

c. Sport Massage

d. Gunakan ais selama 20 minit selepas sesi latihan.

e. Langkah-langkah Pencegahan

1. Melakukan aktiviti regangan yang mencukupi sebelum melibatkan diri dalam

aktiviti sukan.

2. Elakkan daripada mendarat dengan bahagian hujung kaki dan

membengkokkan kaki secara berlebihan.

3. Menggunakan kasut dan support yang sesuai.

f. Alat Perlindungan

1. Menggunakan alat sokongan atau support seperti:

a. Achillotrain Achilles Tendonitis

Page 35: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

b. Achilles Heel Pad

7.0 CADANGAN MODALITI TERAPI

7.1 Chondromalacia Patellae

7.1.1 Cryotherapy

Aktiviti : Ice pack

Objektif : 1. Mengurangkan kesakitan patello-femoral

2. Menghindarkan bengkak

3. Mengurangkan pengaliran darah

7.2 Cartilage Meniscus Injury

7.2.1 Mobility exercise

Aktiviti : Knee flexion / extension

Page 36: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Objektif : 1. Mengekal dan memperbaiki pergerakan sendi lutut

secepat mungkin.

2. Meningkatkan kekuatan pada bahagian yang

tercedera

7.2.2 Cryotherapy

Aktiviti : Cryo Cuff

Objektif : 1. Mengurangkan kesakitan dan inflamasi

2. Mengurangkan pengaliran darah

3. Mempercepatkan proses pemulihan.

7.2.3 Knee support

Aktiviti : Knee Support

Page 37: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Objektif : 1. Melindungi bahagian yang tercedera

2. Menghadkan pergerakan yang aktif

3. Memberi kestabilan kepada lutut.

7.3 Shin splints

7.3.1 Massage

Objektif : 1. Menggalakkan pengaliran darah

2. Mempercepatkan proses pemulihan

3. Mengurangkan potensi kecederaan

7.3.2 Taping

Objektif : 1. Mengelakkan kecederaan berulang

Page 38: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

2. Mencegah berlakunya kecederaan

3. Memberi perlindungan pada bahagian shin

7.4 Total Rupture Achilles Tendon.

7.4.1 Cryotherapy

Aktiviti : Ice pack

Objektif : 1. Mengurangkan kesakitan serta ketegangan tendon dan otot

2. Untuk mengurangkan pengaliran darah dan inflamasi tendon dan otot

7.4.2 Sport masssage

Aktiviti : Massage

Objektif : 1. Melancarkan perjalanan darah

2. Mengurangkan infalamasi pada tendon dan otot

7.4.3 Latihan ROM

Aktiviti : Toes Raise

Page 39: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

Objektif : 1. Meningkatkan kekuatan otot

2. Meningkatkan kelembutan otot.

8.0 AKTIVITI LAB

8.1 Lakaran Ringkas Setiap Stesen

LAB 6

STESEN 1

Aktiviti : 1. Ice Therapy -Ice Pack

2. Mobiliti Exercise -Ekstensi & Fleksi lutut.

LAB 6

STESEN 2

Aktiviti : Mobility Exercises (AAROM→AROM)

1. Flexion/ Extension

2. Knee Flexion3. Heel Slides4. On a Chair

Page 40: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

LAB 6

STESEN 1

AKTIVITI 1 Ice Pack

LOKASI

KECEDERAAN

Lutut

JENIS

KECEDERAAN

Chondromalacia

JENIS MODALITI Ice Therapy ( Fasa Acute )

OBJEKTIF 1. Mengurangkan kesakitan pada bahagian patella

2. Mengurangkan pengaliran darah ke kawasan yang

LAB 6STESEN 4

Aktiviti : Sport Massage - Sliding Massage

LAB 6

STESEN 3

Aktiviti : Taping -Taping

Page 41: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

tercedera.

3. Mengurangkan keradangan

PROSEDUR 1. Meletakkan ice pack pada bahagian sakit.

2. Aplikasikan ais selama 15 – 20 minit. Pada tempat yang

sakit.

SOALAN 1. Nyatakan 3 jenis alat perlindungan yang digunakan pada

lutut.

2. Nyatakan penyebab utama kecederaan Chondromalacia.

JAWAPAN 1

JAWAPAN 2

1. Gel- Band Patella Strap.

2. Genutrain

3. Premium Palambo

- Hentakan terus pada bahagian patella.

LAB 6

STESEN 1

AKTIVITI 2 Ekstensi dan Fleksi

LOKASI

KECEDERAAN

Lutut

JENIS

KECEDERAAN

Chondromalacia

JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )

OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM

2. Meningkatkan kelembutan sendi lutut

PROSEDUR 1. Duduk tegak di atas kerusi.

Page 42: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

2. Masukkan selipar ke kaki samada kaki kiri atau kanan.

3. Lakukan ekstensi dan fleksi lutut secara perlahan-lahan.

4. Ulangi lakuan sebanyak 3 kali.

SOALAN 1. Nyatakan 3 jenis alat perlindungan yang digunakan pada

lutut.

2. Nyatakan penyebab utama kecederaan Chondromalacia.

JAWAPAN 1. Gel- Band Patella Strap.

2. Genutrain

3. Premium Palambo

- Hentakan terus pada bahagian patella

LAB 6

STESEN 2

AKTIVITI 1 Fleksi dan Ektensi

LOKASI

KECEDERAAN

Lutut

JENIS

KECEDERAAN

Cartilage Meniscus Injury

JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )

OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM.

2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.

PROSEDUR 1. Duduk di atas meja.

2. Melakukan fleksi dan ektensi.

Page 43: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

3. Kaki yang tidak cedera boleh mengampu kaki yang

cedera jika perlu.

4. Elakkan daripada ektensi melampau.

SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan

meniscus?

2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk

merawat cartilage meniscus.

JAWAPAN 1. Pembedahan

2. a.Ultrasound

b. CPM

c. Sonotron

LAB 6

STESEN 2

AKTIVITI 2 Knee Flexion

LOKASI

KECEDERAAN

Lutut

JENIS

KECEDERAAN

Cartilage Meniscus Injury

JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )

OBJEKTIF 1 .Meningkatkan ROM.

2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.

PROSEDUR 1. Meniarap di atas mat.

2. Fleksikan lutut.

3. Ulang lakuan sebanyak 10 kali.

Page 44: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

4. Lakukannya 1 hinngga 3 kali dalam sehari.

SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan

meniscus?

2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk

merawat cartilage meniscus.

JAWAPAN 1. Pembedahan

2. a. Ultrasound

b. CPM

c. Sonotron

SOALAN

BERBANGKIT

Apakah perubahan otot akan terlibat apabila berlaku

perubahan ‘position’ badan bagi aktiviti tersebut?

JAWAPAN Ya, akan berlaku perubahan terhadap otot terlibat.

LAB 6

STESEN 2

AKTIVITI 3 Heel Slides

LOKASI

KECEDERAAN

Lutut

JENIS

KECEDERAAN

Cartilage Meniscus Injury

JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )

OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM.

2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.

PROSEDUR 1. Baring secara terlentang dan fleksikan kaki.

2. Fleksikan lutut dan rapatkan ke hip..

3. Ulang lakuan sebanyak 10 hingga 20 kali.

4. Boleh gunakan tuala untuk melakukan aktiviti ini.

Page 45: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan

meniscus?

2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk

merawat cartilage meniscus.

JAWAPAN 1. Pembedahan

2. a. Ultrasound

b. CPM

c. Sonotron

LAB 6

STESEN 2

AKTIVITI 4 On a Chair

LOKASI

KECEDERAAN

Lutut

JENIS

KECEDERAAN

Cartilage Meniscus Injury

JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )

OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM.

2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.

PROSEDUR 1. Letakkan kaki yang cedera di atas kerusi.

2. Tolakkan badan ke hadapan.

3. Tahan sehingga 10 saat.

4. Ulangi lakuan 10 kali.

SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan

meniscus?

Page 46: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk

merawat cartilage meniscus.

JAWAPAN 1. Pembedahan

2. a.Ultrasound

b. CPM

c. Sonotron

LAB 6

STESEN 3

AKTIVITI 1 Taping

LOKASI

KECEDERAAN

Betis

JENIS

KECEDERAAN

Shin Splint

JENIS MODALITI Taping ( Fasa Kronik )

OBJEKTIF 1. Mengelakkan kecederaan daripada berulang

2. Mencegah berlakunya kecederaan.

3. Memberi perlindungan pada bahagian shin.

ALATAN 1. Zincoxide

2. Kain Gause

3. Gunting

PROSEDUR Langkah 1

a. Mulakan balutan dengan kain gause daripada bahagian

pergelangan kaki mengelilingi Archilles Tendon (Tidak

boleh ketat).

Page 47: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

b. Diagnol balutan mengelilingi archilles hingga ke betis.

Langkah 2

a. Balut dengan zincoxide tape sama seperti langkah 1.

Langkah 3

Ulangi balutan hingga melitupi bahagian yang sakit.

SOALAN Apakah modaliti yang sesuai digunakan untuk merawat

kecederaan Shin Splint ini selain kaedah taping?

JAWAPAN 1. Ice Therapy

2. Sport Massage

3. Heat Therapy atau guna heat retainer

LAB 6

STESEN 4

AKTIVITI 1 Sport Massage

LOKASI

KECEDERAAN

Betis

JENIS

KECEDERAAN

Total Repture of Archilles Tendon

JENIS MODALITI Sliding Massage ( Fasa Sub-Acute )

OBJEKTIF 1. Meningkatkan pengaliran darah.

2. Membantu kesembuhan tisu lembut.

3. Mengoptimakan faktor-faktor prestasi posititf

sementara meminimumkan yang negatif.

ALATAN Minyak urut /lotion

PROSEDUR 1. Subjek meniarap di atas tilam.

2. sapu lotion pada bahagian yang cedera.

3. Aplikasikan sliding massage.

Lakukan massage selama 10 minit.

SOALAN Nyatakan kaedah-kaedah massage yang lain dan boleh

Page 48: Rehablitasi Dan Kecederaan Sukan(Bjaring)

diaplikasikan pada bahagian betis.

JAWAPAN 1. Slaping

2. Cuping

3. Kneading

4. Pincement

SOALAN

BERBANGKIT

1. Senaraikan tempoh masa bagi setiap fasa proses kesembuhan.

JAWAPAN a. Acute - 1 hingga 3 hari ( 72 jam ). b. Sub Acute. - 72 jam hingga 6 bulan. c. Kronik - 6 bulan hingga sembuh.