kecederaan sukan untuk modul.doc

12
KECEDERAAN SUKAN Pengetahuan tentang keselamatan dalam sukan dan pencegahan adalah sebahagian daripada asp ek pen ting dalam pen didikan fizik al. Meng elakkan kece dera an adalah ber manf aat lebih daripada mengubatinya. Prevention is better than cure” Kec ede raan sukan : Seb aran g luka atau kerosak an pad a tisu lembut dan organ semasa menjalankan aktiviti sukan. Dalam sukan kita akan terdedah kepada pelbagai kecederaan pada tisu lembut dan organ badan. Tisu-tisu lembut terdiri daripada otot, tendon dan ligament. Sistem otot merangkumi tisu penghubung , salur darah, saraf dan tisu-tisu otot. Seseorang yang kurang mendapat latihan akan lebih senang mendapat kecederaan otot, koyak otot atau muscle sprain. Kecederaan Sukan: Berdasarkan tisu yang cedera - Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury); terkehel, luka , terseliuh - Kecederaan tisu keras (hard tissue injury); retak , patah - Kecederaan organ. FAKTOR-FAKTOR KECEDERAAN DALAM SUKAN 1. FAKT OR EKSTRINSIK (LUARAN) - kece dera an ektrinsik (ind irec t inju ry) Disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan, perlanggaran atau hentakan pera lata n. Ia bias anya lebi h seri us berb and ing kece dera an intri nsic kera na mung kin melibatka n patah, seliuh tulang, koyak teruk pada ligament dan tendon atau koyak pada otot. cth. Biasanya berlaku kepada atlit hoki, bolasepak, taekwando dan tinju. *Peralatan *keadaan padang *peraturan *tahap pertandingan *pendedahan *dalam aktiviti berpasangan-aras kebolehan

Upload: narazlanzz

Post on 14-Apr-2018

345 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 1/12

KECEDERAAN SUKAN

Pengetahuan tentang keselamatan dalam sukan dan pencegahan adalah sebahagian daripada

aspek penting dalam pendidikan fizikal. Mengelakkan kecederaan adalah bermanfaat lebih

daripada mengubatinya.

“Prevention is better than cure”

Kecederaan sukan : Sebarang luka atau kerosakan pada tisu lembut dan organ semasa

menjalankan aktiviti sukan.

Dalam sukan kita akan terdedah kepada pelbagai kecederaan pada tisu lembut dan organ

badan. Tisu-tisu lembut terdiri daripada otot, tendon dan ligament. Sistem otot merangkumi tisu

penghubung , salur darah, saraf dan tisu-tisu otot.

Seseorang yang kurang mendapat latihan akan lebih senang mendapat kecederaan otot, koyak

otot atau muscle sprain.

Kecederaan Sukan:

Berdasarkan tisu yang cedera

- Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury); terkehel, luka , terseliuh

- Kecederaan tisu keras (hard tissue injury); retak , patah

- Kecederaan organ.

FAKTOR-FAKTOR KECEDERAAN DALAM SUKAN

1. FAKTOR EKSTRINSIK (LUARAN) - kecederaan ektrinsik (indirect injury)

Disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan, perlanggaran atau hentakan

peralatan. Ia biasanya lebih serius berbanding kecederaan intrinsic kerana mungkin

melibatkan patah, seliuh tulang, koyak teruk pada ligament dan tendon atau koyak pada

otot. cth. Biasanya berlaku kepada atlit hoki, bolasepak, taekwando dan tinju.

*Peralatan

*keadaan padang

*peraturan

*tahap pertandingan

*pendedahan

*dalam aktiviti berpasangan-aras kebolehan

Page 2: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 2/12

2. FAKTOR INTRINSIK (DALAMAN) - kecederaan intrinsik (direct injury)

Disebabkan oleh atlit sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan atau mengalami

kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot tendon dan ligamen. Biasanya kecederaan

kurang teruk berbanding kecederaan ekstrinsik.

*Umur 

*Jantina

*Kematangan otot rangka

*Sejarah kecederaan lepas

*kekuatan / kelenturan

*stress psikologikal

3. Overuse

Disebabkan hasil tekanan atau beban yang berulang-ulang atau pergeseran yang

berterusan. Jika keterlaluan kecederaan akan terkumpul sehingga ia melebihi

mekanisme pemuliharaan tisu tersebut. Pesakit akan sakit dan bengkak dan mudah

mendapat kecederaan. Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak

 jauh, pemain tenis, badminton dan golf. Membuat pilihan kurang tepat terhadap

peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku.

Cth:kecederaan yang belum pulih mengalami kecederaan lagi.

JENIS-JENIS KECEDERAAN

• Sprain ( terkehel )

Otot –otot boleh menjadi tegang atau koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot-otot

secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda berat atau bermain. Tanda-tanda

dan gejalanya ialah bengkak, perubahan warna dibawah kuli atau lebam pada bahagian

cedera, rasa sakit bila bergerak atau mungkin menjadi kaku.

Tindakan:

1. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.

2. Tuam dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan.

3. Ampu bahagian yang cedera.

4. Bawa mangsa berjumpa doctor dengan segera .

Page 3: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 3/12

• Strain ( terseliuh)

Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligament dan tisu-tisunya

terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan , kaki atau tangan.

Tanda-tanda dan gejalanya ialah rasa kesakitan pada sendi itu, bengkak , lebam dan

perubahan warna di bawah kulit sendi yang cedera( biru kehitaman)

• Kekejangan otot

Keadaan ini berlaku kerana otot telah diregang secara berlebihan atau apabila

menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan. Kekejangan mudah terjadi lazimnya

sekiranya sesorang melakukan aktiviti tanpa warm-up yang cukup dan juga melakukan

pergerakan yang jarang dilakukan.

Tindakan:

1. Rehatkan mangsa

2. Luruskan bahagian yang cedera

3. Beri minuman yang sejuk

4. Tuamkan dengan ais untuk elak bengkak

• Concussion ( hentakan)

Kecederaan di kepala akibat hentakan akan menyebabkan seseorang tidak sedarkan

diri, pening, muntah, hilang imbangan dan menjadi lupa butiran kemalangan.

Page 4: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 4/12

• Fraktur(patah)

Fraktur terbahagi kepada dua iaitu:

*Fraktur terbuka (open fracture)- lapisan kulit akan terkoyak dan tulang terdedahdi -permukaan kulit.

Page 5: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 5/12

*Fraktur tertutup ( closed fracture)- kulit di sekeliling tulang yang patah tidak luka tetapi

biasanya bahagian tersebut bengkak.

Kecederaan fraktur boleh disebabkan oleh:

i. Hentakan langsung- apabila tulang retak atau patah di bahagian yang

menerima hentakan seperti perlanggaran atau pukulan yang kuat.

ii. Hentakan tidak langsung- apabila tulang retak atau patah beberapa jarak

daripada bahagian yang menerima hentakan .

iii. Spontan – apabila tulang menjadi rapuh disebabkan oleh osteoporosis, ia

mudah retak dan patah secara spontan akibat terjatuh atau kekejangan

otot ( orang tua)

Mangsa kecederaan fraktur boleh dibantu dengan prosedur R.I.C.E

R : REST (merehatkan mangsa atau bahagian yang tercedera)

Hentikan aktiviti supaya cedera tidak bertambah buruk

I : ICE (membuat tuaman dengan menggunakan ais)

Membaluti ais dan tuam pada bahagian yang cedera ( dalam tempoh 48 jam, 2-3

 jam sekali, 15-20 minit setiap kali.C : COMPRESSION ( demahan)

Gunakan kain pembalut atau bandage pada bahagian cedera. Ini mengurangkan

pendarahan dan bengkak.

E : ELEVATION ( meninggikan )

Meninggikan bahagian cedera lebih tinggi daripada kedudukan jantung supaya

darah dapat mengalir baik. Ini untuk mengurangkan bengkak dan edema.

Page 6: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 6/12

Rawatan dengan bahan yang sejuk disebut CRYOTHERAPY

KENAPA BAHAN SEJUK?

Mengurangkan

1. sakit

2. bengkak3. pendarahan

 Air membawa kesan vasoconstriction ( pengecutan ) dimana kapilari mengecut dan

menahan pendarahan.

• Dislokasi

Dislokasi adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya

pun berubah. Tanda-tanda dan gejalanya ialah rasa amat sakit pada sendi, berlakuperubahan kedudukan sendi, bengkak dan lebam.

Tindakan:

1. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkeluar 

2. Eloklah anggota yang cedera dijadikan tidak boleh bergerak dalam kedudukan paling

selesa

Page 7: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 7/12

3. Bawa mangsa berjumpa doctor dengan segera supaya sinar x dapat diambil.

PENCEGAHAN KECEDERAAN

Dalam usaha untuk mencegah kecederaan, panduan berikut perlu diambil kira:

1. Memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan

2. Status kecergasan yang baik

3. Program latihan yang sesuai

4. Persekitaran yang selamat

5. Patuhi peraturan dan undang-undang permainan

6. Pakai alatan dan kemudahan yang selamat dan ikut spesifikasi.

7. Elak dehidrasi atau kurang air 

8. jangan bersenam jika tidak sihat

9. Guna pelindung keselamatan

10. Pakaian sukan yang sesuai , selesa dan selamat

11. Rehat yang mencukupi

SOALAN DAN JAWAPAN

S Apakah akan berlaku pada jantung anda apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

J Jantung mengepam darah yang mengandungi nutrien dan oksigen yang mencukupi ke

otot- otot bagi menghasilkan tenaga dengan kadar yang pantas.

S Bagaimanakah anda rasa selepas menyejukkan badan?

Page 8: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 8/12

J Kembali seperti biasa (tiada sesak nafas atau sangat panas)

S Apakah tujuan regangan menyejukkan badan?

J Untuk mengelakkan ketegangan dan kesakitan otot-otot

S Bilakah regangan harus dilakukan?

J Regangan harus dilakukan apabila otot-otot masih panas.

S Apakah rawatan bantu mula yang sesuai untuk kecederaan :

a: terseliuh

b: fraktur 

J Rawatan R.I.C.E

TUGASAN KECEDERAAN SUKAN

1. Tunjukkan bagaimana aplikasi R.I.C.E dilakukan terhadap kecederaan terseliuh.

R REST

(REHAT)

Bertujuan untuk

menghalang daripada

menjadi lebih teruk,

bahagian yang sakit

Page 9: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 9/12

direhatkan di tempat selesa

, digalakkan berbaring.

Bahagian yang cedera

hendaklah tidak digerakkan.

I ICE

(AIS)

 Alihkan bahagian yang

cedera (jika tidak luka)

selama 15-20 minit setiap 2

 jam dalam masa 48 jam

pertama selepas

cedera.pastikan jangan

kenakan ais terus ke

kawasan cedera bagi

mengelakkan ice burn.

C COMPRESS

(TEKANAN)

Kenakan balutan dengan

meliputi kawasan yang

cedera, bahagian atasnya

dan dibawahnya. Ini

bertujuan untuk

mengurangkan bengkak

serta memberikan

sokongan kepada kawasan

yang cedera.

E ELEVATE

(ANGKAT)

 Angkat bahagian cedera

yang lebih tinggi daripada

 jantung seboleh-bolehnyasetiap masa. Ini bertujuan

mengurangkan bengkak

dan kesakitan.

2. Tunjukkan bagaimana kaedah ‘splinting’ diaplikasikan ke atas kecederaan patah kaki.

Page 10: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 10/12

3. Tunjukkan bagaimana langkah-langkah kawalan pendarahan hidung.

1. Suruh mangsa duduk dengan posisi kepalanya tunduk ke hadapan.

2. Naikkan lengan mangsa sama rata dengan bahu dan longgarkan pakaian di

bahagian lehernya.

3. Picit hidung dan menekannya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10

minit. Ludah keluar darah yang berada dalam mulut.Teknik ini akan menghentikan

kebanyakan kes pendarahan hidung yang biasa.

4. Galakkan mangsa bernafas melalui mulut untuk mengurangkan risiko.

4. Terangkan prosedur R.I.C.E bagi fraktur terbuka.

1. Tenangkan mangsa. Sokong dengan teguh anggota yang tercedera dengan

tangan. Jangan tekan pada hujung tulang yang terkeluar dari kulit.

2. Demah atau tuam bahagian yang luka dengan kain pembalut yang bersih. Berisedikit tekanan dengan tapak tangan atau jari supaya dapat menghentikan

pendarahan. Untuk fraktur terbuka demahan hanya menggunakan kain

pembalut, bukan ais.

3. Letakkan balutan cincin pada bahagian luka. Balut luka dengan pembalut yang

bersih dan steril. Jangan balut dengan kuat untuk memastikan pengaliran darah

Page 11: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 11/12

tidak terhalang. Jika tulang tersembul keluar, letakkan kapas di sekeliling tulang

sebelum membuat balutan.

4. Tinggikan anggota yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah ke

tempat tersebut. Jangan gerakkan anggota yang tercedera.

5. Hubungi ambulans atau hantar pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Terangkan prosedur R.I.C.E bagi fraktur tertutup

1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak, tenangkan mangsa. Ampu atau

sokong bahagian anggota yang tercedera dengan tangan kamu pada

kedudukan yang selesa. Tinggikan kedudukan bahagian yang tercedera untuk

mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.

2. Jika kecederaan baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketul-ketul

ais atau dengan tuala yang telah direndam dengan air sejuk. Cara ini akan

mengurangkan bengkak , lebam dan kesakitan.

3. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas. Ikatkan splint pada bahagian

tercedera untuk menyokong tulang yang patah atau retak. Untuk sokongan yang

lebih teguh, ampu bahagian yang tercedera pada bahagian anggota yang tidak

tercedera. Sebagai contoh, bagi bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa

diampu pada badan dengan anduh. Balut kaki yang tercedera bersama-sama

kaki yang tidak tercedera.

4. Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau dibawa ke

hospital.

BAHAN RUJUKAN

1. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

2. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

3. Buku Sumber Sains Sukan Awalan

Majlis Sukan Negeri Terengganu

4. Koleksi Nota Kursus Sains Sukan Tahap 1

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

Page 12: KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc

http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 12/12