kecederaan dan asas rawatan dalam sukan (nota)

39
KECEDERAAN DAN ASAS RAWATAN DALAM SUKAN Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh badan sering berlaku. Seperti kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi, “Malang Tidak Berbau”. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan. Apabila berlakunya kecederaan, beberapa langkah dapat dilakukan untuk memberi bantuan atau pertolongan mangsa yang tercedera. Kadangkala, pertolongan cemas yang diberikan itu akan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius. Sistem otot rangka manusia merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan otot. Fungsi utama sistem ini ialah menampung tubuh badan manusia serta membolehkan manusia bergerak. Di samping itu, sistem otot rangka juga melindungi organ-organ penting seperti jantung, paru-paru, otak, ginjal dan hepar. Kecederaan pada sistem otot rangka lazimnya berlaku dalam keadaan berikut: kemalangan jalan raya, kecederaan semasa bersukan,

Upload: dennisalap

Post on 15-Dec-2015

203 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kecederaan sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

KECEDERAAN DAN ASAS RAWATAN DALAM SUKAN

Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh

badan   sering berlaku. Seperti kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi,

“Malang Tidak Berbau”. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja

termasuklah ketika bersukan. Apabila berlakunya kecederaan, beberapa

langkah dapat dilakukan untuk memberi  bantuan atau pertolongan mangsa yang

tercedera. Kadangkala, pertolongan cemas yang diberikan itu akan mencegah

kecederaan daripada menjadi lebih serius. Sistem otot rangka manusia

merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan otot. Fungsi utama sistem ini

ialah menampung tubuh badan  manusia serta membolehkan manusia bergerak.

Di samping itu, sistem otot rangka juga melindungi organ-organ penting seperti

jantung, paru-paru, otak, ginjal dan hepar.  Kecederaan pada sistem otot rangka

lazimnya berlaku dalam keadaan berikut:  kemalangan jalan raya, kecederaan

semasa bersukan, kemalangan  sewaktu  bekerja (kemalangan perusahaan atau

cara kerja) dan kemalangan domestik.

 

Kecederaaan

Sebagai contoh, seorang mangsa kemalangan jalan raya mungkin

mengalami kecederaan pelbagai ke atas sistem otot rangkanya. Sekiranya

kecederaan melibatkan tulang tengkorak atau tulang vertebrata yang melindungi

sistem saraf, mangsa kemalangan berkemungkinan menjadi lumpuh  atau

menemui ajal di tempat  kemalangan. Biasanya korda spina tercedera dalam

Page 2: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

sesuatu perlanggaran kereta-motor di jalan raya; bergantung kepada darjah

kecederaan, mangsa mungkin mengalami kehilangan fungsi saraf secara

sementara ataupun kekal. Kecederaan yang melibatkan patah tulang femur

boleh mengakibatkan perdarahan yang banyak sehingga berlakunya renjatan.

Sekiranya kecederaan melibatkan luka pada bahagian yang tercedera, ini

memberi kesempatan untuk kemasukan serta  pembiakan kuman bakteria yang

akhirnya membawa kepada masalah sepsis yang teruk. Dan sekiranya bantuan

perubatan atau pertolongan cemas tidak diperolehi dengan segera, keadaan

mangsa mungkin menjadi lebih parah.

 

Bagi mereka yang berminat untuk bersukan, pastikan keselamatan diri

dengan memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi

kemampuan diri sendiri. Sebelum memulakan sesuatu permainan sukan adalah

dinasihatkan supaya membuat beberapa latihan regangan (stretching) untuk

mengelakkan dari kecederaan sukan yang serius. Latihan penyejukan (cooling

down) juga mustahak untuk membekalkan semula oksigen yang telah digunakan

dan untuk mengelak anggota badan  dari kecederaan apabila selesai menjalani

sesuatu latihan fizikal, beriadah atau bersukan.

Page 3: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Jenis kecederaan

Terdapat beberapa kecederaan antaranya

i. kecederaan tulang,

ii. sendi,

iii. ligamen,

iv. otot-otot

v. abdomen.

Beberapa istilah yang lazim digunakan dalam perbincangan membabitkan

kecederaan dalam sistem otot rangka tubuh manusia, termasuklah apabila

berlaku kecederaan semasa bersukan.  

Antaranya:-

1. Fraktur iaitu tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan

oleh dua keadaan iaitu:

i. hentakan langsung (direct force) - apabila tulang patah

atau retak di bahagian yang  menerima hentakan seperti

sepakan atau pukuan kuat

ii. hentakan tidak langsung (indirect force) - 

a. apabila tulang patah atau retak beberapa jarak dari

bahagian  yang menerima hentakan (contohnya: fraktur

tulang kolar akibat jatuh tertiarap dengan kedua-dua

tangan menopang badan)

Page 4: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

b. apabila berlakunya kontraksi otot-otot secara  mengejut

boleh mengakibatkan fraktur (contohnya, fraktur tulang

tempurung lutut (knee cap) akibat kontraksi otot kuadriseps

femoris secara mengejut).

2. Kecederaan Otot (strain) - otot telah diregang secara

berlebihan.  Keadaan ini berlaku pada individu-individu yang

menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga

berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang

bermain/bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat

‘warming up’ terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya

kekejangan otot.

3. Terseliuh (sprain) - kecederaan berlaku pada sendi akibat

rentapan yang kuat dan mengejut sehingga mengoyakkan 

ligamen dan tisu yang berhubungkait dengan sendi berkenaan. 

Keadaan ini boleh berlaku sekiranya individu berkenaan

membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu

berlari atau sewaktu mengejar bola.

4. Dislokasi (dislocation) -  berlaku apabila hujung tulang sendi

terkeluar dari kedudukan normal.  Sekiranya tulang sendi

terkeluar sebahagian sahaja, keadaan ini disebut sebagai

dislokasi separa (partial dislocation atau subluxation).  Sendi-

Page 5: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

sendi yang lazim terlibat ialah bahu, siku, ibu jari, jari tangan

dan rahang bawah.

5. Lutut terkunci (locked knee) - keadaan di mana tulang rawan

sendi lutut  terkoyak atau terkeluar dari kedudukan normalnya. 

Kecederaan ini berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:- 

sepakan kencang yang tidak mengena sasaran (bola sepak),

jatuh tangga dan berpusing secara mengejut ketika berdiri di

atas satu kaki.

Simpton-simpton kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot

Sekiranya salah satu atau lebih simpton dan tanda seperti mana di

bawah  berlaku, maka sewajarnyalah kita  mengesyaki kecederaan tulang, sendi,

ligamen dan otot:

1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi, ligamen atau otot.

2. Mangsa mendengar bunyi atau merasa ‘tulang patah’.

3. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang tercedera.

4. Merasa kebas, parestesia atau anestesia, atau hilang denyutan

nadi pada anggota yang tercedera.

5. Bunyi  atau geselan hujung tulang yang tidak normal

6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi,

ligamen atau otot.

Page 6: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang

tidak normal.

Penilaian Terhadap Kecederaan.

Apabila berlaku kecederaan, prosedur berikut boleh kita gunakan : TOTAPS.

T (Talk) - Bercakap dengan atlit yang cedera.

Bertanya – bagaimana ia belaku?

Di mana sakitnya?

Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?

O (Observe) - Memerhati keadaan orang yang cedera.

Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan

lain-lain tanda

T (Touch) - Menyentuh tempat ang cedera.

A (Active Move) - Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa

memberi

bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan rasa

sakit yang amat sangat menggambarkan keperluan

rawatan perubatan.

P (Passive Move) - Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas,

Page 7: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika

masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan

rawatan.

S (Stand) - Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan

seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan,

berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti jika

cedera masih tidak dikenal pasti.

Rawatan Kecederaan Ringan.

Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut.

R (Rest) - Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak

dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.

I (Ice) - Menggunakan ais ada bahagian yang cedera.

Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap 3 jam

atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.

Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama

untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di

tempat yang cedera. Penggunaan ais boleh diteruskan

sehingga 72 jam.

C (Compression) - Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera

Page 8: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

dengan dua cara :

Cara tidak langsung dengan membalut

bahagian cedera menggunakan bandej atau

pita pelekat kain.

Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan.

E (Elevation) - Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari

paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkat kaki

atlit ke atas bangku sambil baring

Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai

perubatan.

Rawatan fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas kecederaan.

Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara bebas.

Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya

rawatan-rawatan lain tidak berjaya.

Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka

1. Terseliuh

Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan

tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki.

Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang

cedera, menjadi biru kehitaman.

Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.

Page 9: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Rawatan - a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk

mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.

b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan

segera.

c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi

dalam keadaan paling selesa. Jika pergelangan tangan,

siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah bahagian

tercedera dengan anduh besar.

d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan

balutnya dengan pembalut krep mengikut angka lapan.

Bawa mangsa ke hospital.

Terkehel

Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan

kedudukannya berubah.

Tanda - Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.

Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.

Rawatan - a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.

b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam

kedudukan paling selesa.

c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

Page 10: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Urat Daging Terkoyak

Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh

pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat

atau bermain.

Tanda - Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian

cedera.

Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.

Rawatan - a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang

paling selesa.

b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak

dan kesakitan dalam tempoh 24 jam.

c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga.

d. Bawa mangsa ke hospital.

Kejang Otot

Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit

kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat

perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang.

Biasanya berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau

betis Calves).

Tanda - Kejang otot.

Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.

Page 11: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Rawatan - a. Rehatkan pelajar / atlit.

b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian

otot (tangan, kaki atau peha) dan regang secara perlahan.

c. Beri minuman air sejuk.

Pedih Perut

Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi

yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan

terasa sakit atau pedih pada abdomennya.

Rawatan - a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.

b. Beri minuman air panas.

c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.

Pencegahan Kecederaan.

Pencegahan harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru,

jurulatih, atlit atau pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor

berikut:

Page 12: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Memanaskan Badan Dan Aktiviti Pemulihan

Memanaskan badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang

akan digunakan selepas sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu

bersedia secara mental dan fizikal untuk aktiviti yang diceburinya.

Sesi pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal,

tubuh badan perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan

darah di otot-otot tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan

kejang otot dalam kes-kes tertentu

Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan

Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap

stamina yang tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini

disebabkan otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan

stamina membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih.

Keletihan merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.

Pencegahan Melalui Kemahiran

Kemahiran bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek

mental yang membolehkan atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan

mengenal simptom yang akan menyebabkan kecederaan.

Page 13: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Pencegahan Melalui Persekitaran

1. Tempat bermain

Pencahayaan, keadaan dan bahan padang/gelanggang, kawasan bebas

padang/gelanggang.

2. Pakaian dan peralatan

Alat pelindung badan seperti ‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup

muka untuk bola lisut, penahan gigi untuk tinju.

Kasut – mengikut acara sukan dan memenuhi kriteria keseimbangan,

kelembutan, berat dan tapak.

Pakaian – bahan, keselesaan dan kesesuaian dengan cuaca.

Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur Terkawal

Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan:

Kawalan diri oleh pelajar/atlit.

Kawalan oleh pengadil.

Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.

Prinsip asas pertolongan cemas

1. Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan-keadaan yang

boleh mengancam nyawa seperti gangguan saluran pernafasan

Page 14: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

(air-ways obstruction), gangguan bernafas (breathing difficulties)

dan gangguan sirkulasi (circulatory difficulties)

2. Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa dan bahagian yang

tercedera

3. Menghalang pergerakan bahagian yang tercedera dengan

menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat

4. Mencegah kontaminasi luka  pada bahagian yang tercedera

5. Mencegah keadaan bengkak menjadi lebih serius

6. Merawat renjatan sekiranya berlaku

Page 15: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Penutup

Sebarang tindakan  pertolongan cemas untuk merawat pesakit mestilah

berasaskan kepada prinsip-prinsip tertentu, jika sekiranya melakukan sesuatu

tindakan yang melampau kemampuan kemahiran seseorang penolong cemas,

sungguhpun bertujuan murni, boleh menjejaskan rawatan doktor. Kecederaan

seperti patah tulang atau pendarahan jika tidak diberi pertolongan cemas akan

menjadi lebih teruk. Patah tulang belakang boleh mencederakan korda spina

(saraf dalam tulang belakang) dan mengakibatkan kelumpuhan. Pendarahan jika

berterusan akan  mengakibatkan kehilangan darah yang banyak. Begitu juga

sebarang luka yang dibalut dengan sempurna boleh dicegah daripada serangan

kuman, lukanya senang diberi rawatan selanjutnya  dan  akan  lekas sembuh.

Apabila tulang yang patah dibalut  dan dibelat, maka rasa kesakitan pun

berkurangan. Tindakan yang tenang dan cekap itu dengan sendirinya memberi

harapan kepada pesakit. Kata-kata nasihat juga boleh mententeramkan jiwa

yang resah. Kepada ahli-ahli sukan, sebelum melakukan latihan sukan, mereka

perlulah mempastikan kesihatan dan kemampuan diri sendiri terlebih dahulu.

Kemudian, memulakan latihan dengan mengadakan sesi ‘warming up’ atau

panaskan badan.  Begitu juga apabila selesai sesuatu latihan, membuat sesi

‘cooling down’ atau menyejukkan badan adalah mustahak bagi mengelak

terjadinya kesakitan atau kecederaan pada anggota badan selepas latihan.

Page 16: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Memakai peralatan sukan yang sesuai dan  selamat serta tidak melebihi

kemampuan sendiri juga adalah penting bagi mengelak berlakunya kecederaan

sukan. Begitu juga kepada orang yang memberikan pertolongan cemas;

memberi  pertolongan hendaklah berfikir dan jangan panik. Justeru itu, langkah-

langkah  pencegahan amatlah wajar difahami serta diamali supaya kecederaan

serius tidak berlaku. Kesan daripada kecederaan boleh mengakibatkan masalah

psikologi  yang sementara atau kekal seperti tekanan perasaan (stress),

gangguan emosi dan mental. Oleh itu berhati-hati, beringat-ingat dan

berwaspadalah selalu untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan dan

berfikir sebelum mengambil satu-satu tindakan pertolongan kepada mangsa

yang  mengalami kecederaan

Page 17: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

KECEDERAAN TISU LEMBUT

Pendahuluan

Kemalangan dan kecederaan kerap berlaku apabila aspek-aspek

keselamatan tidak diutamakan. Kebanyakan kes yang berlaku adalah berpunca

daripada kecuaian, kelalaian, kekurangan keupayaan membuat keputusan yang

sesuai dan keadaan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Setiap orang guru atau jurulatih haruslah mengetahui tahap kesihatan dan

tahap kecergasan para pelajar atau atlit di bawah jagaannya.

Klasifikasi Kecederaan

Semua kecederaan sukan boleh dikategorikan mengikut tempoh masa ia

wujud. Terdapat dua jenis kecederaan berasaskan masa iaitu :

a. Tenat (Acute) - kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba seperti luka dan

lebam.

b. Kronik (Chronic)- kecederaan yang wujud berpanjangan seperti siku tenis

(tennis elbow).

Kecederaan tisu lembut melibatkan bahagian otot, ligamen, tendon dan

rawan. Ia boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon,

tendon, di tempat melekat tendon (origin dan insertion) atau di tulang sendiri.

Page 18: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Jenis Kecederaan Tisu Lembut

Kecederaan tisu lembut dibahagikan kepada dua jenis kecederaan iaitu :

Kecederaan Tisu Lembut Tenat.

1. Luka kulit dalam (punctures).

Berlaku apabila kulit luar berpecah seperti terkena paku kasut (spike) atau

kuku tajam.

2. Lecur/Mengelupas.

Berlaku apabila kulit terkoyak kerana benda tajam seperti cincin atau jam

tangan.

3. Lebam/Kontusi.

Berlaku hasil daripada pukulan langsung. Tisu dan rerambut darah

tercedera menyebabkan kehilangan cecair dan darah. Rasa sakit,

bengkak dan kawasan tercedera berubah warna.

4. Seliuh (sprains).

Berlaku apabila ligamen diregang atau dikoyak. Disebabkan oleh pukulan

terus atau terpulas.

5. Rawan terkoyak.

Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. Biasanya berlaku di

lutut.

6. Tergeliat(strains).

Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregang dengan kuat.

Page 19: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

7. Dislokasi (dislocation).

Berlaku apabila tulang terkeluar dari kedudukan biasa.

Kecederaan Tisu Lembut Kronik

1. Tergeliat kronik otot.

Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan.

Wujud hasil daripada kecederaan berlarutan beberapa minggu atau bulan.

2. Tendinitis.

Berlaku apabila tendon diregang berlebihan atau digunakan berlebihan.

Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendon lutut (patela), tumit

(achilles) apabila melakukan aktiviti melompat atau berlari yang

berlebihan. Kecederaan biceps dan rotator cuff (bahu) pula adalah kerana

individu membuat aktiviti balingan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.

3. Bursitis.

Rongga sendi yang kecil dan penuh cecair yang terletak di antara tulang,

otot, tendon dan tisu-tisu lain. Berlaku apabila bahagian tertentu diasak.

Sering berlaku di siku dan lutut.

Pengelasan Kecederaan / Darjah Kecederaan

1. Sakit sedikit semasa cedera atau dalam tempoh 24 jam selepas

kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan.

Page 20: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

2. Sakit sederhana. Sakit semasa melakukan pergerakan, atlit tidak dapat

meneruskan permainan.

3. Atlit mendengar bunyi putus ‘pop’, bengkak, sakit sangat, kejang otot,

berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat.

Penilaian Terhadap Kecederaan

Apabila berlaku kecederaan, prosedur berikut boleh kita gunakan : TOTAPS.

T (Talk) - Bercakap dengan atlit yang cedera.

Bertanya – bagaimana ia belaku?

Di mana sakitnya?

Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?

O (Observe) - Memerhati keadaan orang yang cedera.

Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan

lain-lain tanda

T (Touch) - Menyentuh tempat ang cedera.

A (Active Move) - Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa

memberi bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan

rasa sakit yang amat sangat menggambarkan

keperluan rawatan perubatan.

P (Passive Move) - Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas,

Page 21: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika

masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan

rawatan.

S (Stand) - Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan

Seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan,

berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti jika

cedera masih tidak dikenal pasti.

Rawatan Kecederaan Ringan

Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut.

R (Rest) - Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak

dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.

I (Ice) - Menggunakan ais ada bahagian yang cedera.

Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap

3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.

Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam

pertama untuk mengelakkan bengkak kerana

pengumpulan cecair di tempat yang cedera.

Penggunaan ais boleh diteruskan sehingga 72 jam.

C (Compression) - Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera

dengan dua cara :

Page 22: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Cara tidak langsung dengan membalut bahagian cedera

menggunakan bandej atau pita pelekat kain.

Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan.

E (Elevation) - Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari

paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkat kaki atlit ke atas bangku

sambil baring

Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai

perubatan.

Rawatan fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas

kecederaan.

4. Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara

bebas.

5. Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya

rawatan-rawatan lain tidak berjaya.

Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka

Terseliuh.

Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan

tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki.

Page 23: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang

cedera, menjadi biru kehitaman.

Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.

Rawatan - a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengiurangkan

bengkak dan melegakan kesakitan.

b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera.

c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi dalam keadaan paling

selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah

bahagian tercedera dengan anduh besar.

d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balutnya

dengan pembalut krep mengikut angka lapan.

Bawa mangsa ke hospital.

Terkehel.

Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan

kedudukannya berubah.

Tanda - Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.

Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.

Rawatan - a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.

b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam kedudukan

paling selesa.

c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

Urat Daging Terkoyak.

Page 24: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh

pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat

atau bermain.

Tanda - Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian

cedera.

Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.

Rawatan - a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling

selesa.

b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan

dalam tempoh 24 jam.

c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga.

d. Bawa mangsa ke hospital.

Kejang Otot.

Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit

kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat

perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang. Biasanya

berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis

Calves).

Tanda - Kejang otot.

Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.

Rawatan - a. Rehatkan pelajar / atlit.

Page 25: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian otot (tangan,

kaki atau peha) dan regang secara perlahan.

c. Beri minuman air sejuk.

Pedih Perut.

Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi

yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan

terasa sakit atau pedih pada abdomennya.

Rawatan - a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.

b. Beri minuman air panas.

c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.

Pencegahan Kecederaan.

Pencegahan harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru,

jurulatih, atlit atau pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor

berikut:

Memanaskan Badan Dan Aktiviti Pemulihan.

Memanaskan badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang

akan digunakan selepas sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu

bersedia secara mental dan fizikal untuk aktiviti yang diceburinya.

Sesi pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal,

tubuh badan perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan

Page 26: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

darah di otot-otot tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan

kejang otot dalam kes-kes tertentu

Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan.

Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap

stamina yang tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini

disebabkan otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan

stamina membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih.

Keletihan merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.

Pencegahan Melalui Kemahiran.

Kemahiran bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek

mental yang membolehkan atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan

mengenal simptom yang akan menyebabkan kecederaan.

Pencegahan Melalui Persekitaran.

Tempat bermain.

Pencahayaan, keadaan dan bahan padang/gelanggang, kawasan bebas

padang/gelanggang.

Pakaian dan peralatan.

Page 27: Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)

Alat pelindung badan seperti ‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup

muka untuk bola lisut, penahan gigi untuk tinju.

Kasut – mengikut acara sukan dan memenuhi kriteria keseimbangan,

kelembutan, berat dan tapak.

Pakaian – bahan, keselesaan dan kesesuaian dengan cuaca.

Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur Terkawal.

Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan:

Kawalan diri oleh pelajar/atlit.

Kawalan oleh pengadil.

Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.