kecederaan dalam sukan

10
PRINSIP-PRINSIP LATIHAN SEPAKTAKRAW. Di dalam permainan sepak takraw ataupun apa jua jenis permainan sukan terdapat pelbagai prinsip-prinsip latihan yang telah diberikan oleh para jurulatih- jurulatih untuk memajukan tahap pencapaian seseorang individu dalam sukan sukan atau permainan tertentu. Antara Prinsip –pronsip latihan yang dinyatakan seperti latihan tambah bebanan( Overloads ), Ansur Maju ( Progression ) ,Pengkhususan ( Specificity ) ,Kekerapan ( Frequency ) , Intensiti ( Intensity ), Jangka Masa ( Duration ) ,Latihan Keterlaluan/Melampau ( Overtraining ) ,Rehat dan Pemulihan ( Recovery ) .Individualisme ,Variasi ,Kebolehbalikan ( Reversibility ) .Penilaian dan Pengukuhan. 1. Overload principle atau prinsip tambah beban Merupakan satu prinsip latihan yang amat penting dalam apa jua jenis sukan permainan . Ini termasuklah permainan sepak takraw.latihan bebanan bermakna seseorang individu harus melakukan latihan pada tahap yang lebih tinggi daripada tahap sedia ada untuk menghasilkan kesan latihan yang baik dalam diri.Selain itu,kita juga dapat mengadaptasi sesuatu permainan dengan cepat tanpa sebarang masalah., 101

Upload: rasyizan-b-rejab

Post on 22-Dec-2015

120 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: Kecederaan Dalam Sukan

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN SEPAKTAKRAW.

Di dalam permainan sepak takraw ataupun apa jua jenis permainan sukan

terdapat pelbagai prinsip-prinsip latihan yang telah diberikan oleh para

jurulatih- jurulatih untuk memajukan tahap pencapaian seseorang individu

dalam sukan sukan atau permainan tertentu. Antara Prinsip –pronsip

latihan yang dinyatakan seperti latihan tambah bebanan( Overloads ),

Ansur Maju ( Progression ) ,Pengkhususan ( Specificity ) ,Kekerapan (

Frequency ) , Intensiti ( Intensity ), Jangka Masa ( Duration ) ,Latihan

Keterlaluan/Melampau ( Overtraining ) ,Rehat dan Pemulihan

( Recovery ) .Individualisme ,Variasi ,Kebolehbalikan (

Reversibility ) .Penilaian dan Pengukuhan.

1. Overload principle atau prinsip tambah beban

Merupakan satu prinsip latihan yang amat penting dalam apa jua jenis sukan

permainan . Ini termasuklah permainan sepak takraw.latihan bebanan

bermakna seseorang individu harus melakukan latihan pada tahap yang lebih

tinggi daripada tahap sedia ada untuk menghasilkan kesan latihan yang baik

dalam diri.Selain itu,kita juga dapat mengadaptasi sesuatu permainan dengan

cepat tanpa sebarang masalah.,

2. Ansur maju

Juga merupakan salah satu daripada 12 prinsip latihan yang telah di

nyatakan.Di mana,ansur maju merupakan latihan yang di berikan untuk

melihat tahap pencapaian atlit dari masa ke semasa.Selain itu,kita juga dapat

melihat tahap kemahiran atlit kita dari awal hingga akhir.Contohnya,pada

awalnya sesi latihan atlit tidak begitu mahir berkenaan dengan teknik

menanduk yang betul.Lantaran itu ,kita sebagai jurulatih haruslah

memberikan latihan yang berbentuk ansur maju untuk membolehkan atlit

menanduk dengan betul.Secara khususnya ,ansur maju ini boleh dilakukan

samada meningkatkan intensity atau tempat sesi latihan yang di jalankan.

101

Page 2: Kecederaan Dalam Sukan

3. Pengkhususan

Juga merupakan antara lain prinsip prinsip latihan yang boleh kita berikan

kepada atlit kita.Pengkhususan dalam menjalani latihan khusus akan

membawa kepada perubahan anatomical dan fisiological yang berkaitan

dengan sukan takraw.Di mana atlit kita akan dengan segera dapat

mengadaptasi sukan takraw dengan segera kerana wujudnya pengkhususan

dalam latihan.

4. Kekerapan latihan

Merupakan salah satu prinsip latihan dalam sukan sepak takraw.Di dalam

sukan sepak takraw amat penting kekerapan dalam menjalani latihan keran

kita dapat menyediakan tahap kemahiran fizikal dan ‘skill’ atlit dengan

sempurna.Kita sebagai jurulatih seharusnya memberikan latihan kepada atlit

dengan jumlah yang begitu banayak atau kerap.Ianya bertujuan untuk

mendapatkan kesan latihan yang di kehendaki oleh kita sebagai seorang

jurulatih.Contohnya dalam masa seminggu kita memberikan sebanyak tiga

kali latihan atau dalam masa seminggu sebanyak empat kali dan harinya

mestilah berselang seli untuk mengelakkan atlit keletihan dan bosan atau

jemu

5. Intensiti latihan

Merupakan antara lain prinsip latihan yang boleh di lakukan dalam sukan

sepak takraw.Intensisti latihan merujuk kepada beban kerja yang diperlukan

oleh seseorang individu bagi menghasilkan kesan latihan yang baik dan

sempurna.Intensiti latihan perlu di tambah setiap tahun agar tahap

pencapaian atlit bertambah baik. Jika tidak di tambah ,maka kebuntuan

dalam lakuan berlaku. Matveev 1965 mencadangkan agar setiap tahun

isipadu atau intensity latihan perlu di tambah sebanyak 20-40% bergantung

kepada jenis sukan yang di ceburi.Biasanya pengurangan isipadu adalah

bukan kemampuan atlit tetapi kesuntukan masa. Walauapapun kaedah yang

102

Page 3: Kecederaan Dalam Sukan

di gunakan oleh jurulatih dan atlit seharusnya menambah isipadu dalam

latihan tahunan untuk mencapai kejayaan dalam sukan sepak takraw.

6. Jangka masa dalam latihan

.Jangka masa merujuk kepada tempoh masa latihan dalam satu sesi

latihan.Berapa lama kita memberikan latihan kepada atlit kita untuk melihat

tahap pencapaian mereka. Semakin lama semakin mendatangkan kesan

yang baik. Contohnya tempoh masa selama 1 minit boleh di gunakan untuk

latihan daya tahan otot.

7. Latihan keterlaluan atau melampau,(Overtraining).

Over training merujuk kepada latihan yang di lakukan lebih daripada yang

sepatutnya yang akan membawa beberapa kesan buruk seperti prestasi

menurun,kecederaan ,keletihan ,masalah insomia,kadar nadi yang tidak

menentu.para jurulatih tidak seharusnya memberikan latihan yang keterlaluan

terhadap para atlit keran ianya boleh menjejaskan prestasi atlit.

8. Prinsip latihan rehat dan pemulihan pula

Tubuh badan kita sebagai manusia perlukan rehat yang secukupnya setelah

menjalankan sesuatu aktiviti atau latihan.fenomena ini sama sepertimana

dalam permainan sepak takraw.Atlit kita hendakalah diberikan rehat yang

secukupnya agar mendapat semula tenaga-tenaga yang di gunakan dalam

latihan.

9. Prinsip individualisme

Merujuk kepada tahap kecergasan ,kemahiran dan keupayaan seseorang

individu dalam sukan sukan tertentu.manusia di ciptakan oleh tuhan dengan

kelebihan masing –masing. Tahap pemikiran kita semua adalah berbeza-

beza. Sehubungan itu,dalam sukan sepak takraw atlit kita juga mempunyai

yahap pencapaian yang berbeza-beza. Contohnya dari aspek ‘Skill’. Terdapat

segelintir yang masih kurang berjaya dalam membuat servis Kuda dengan

103

Page 4: Kecederaan Dalam Sukan

baik. Oleh yang demikian, setiap rangsangan yang di berikan kepada individu

akan menyebabakan adaptasi yang berbeza. Kekuatan dan kelemahan

individu ini harus di ambil kira untuk di masukkan dalam perancangan

program latihan.

10.Prinsip variasi dalam latihan.

Peningkatan isipadu dalam latihan mempamerkan latihan tertentu di ulang

beberapa kali .Ianya mungkin akan menimbulkan kebosanan yang monotous

terhadap atlit kita. Oleh itu,untuk menghilangkan rasa kebosanan , jurulatih

perlu mevariasikan latihan. Sebagai contoh bagi pemain takraw yang hebat,

perlukan kekuatan kaki untuk membuat umpanan, service, badik, petik dan

mematikan bola. Oleh itu,jurulatih bolehlah mempelbagaikan latihan dengan

membuat latihan ‘half squat’, leg press, jumping squat dan sebagainya.

Jurulatih juga perlu mevariasikan latihan dalam sesi mikro.

11.Dalam prinsip latihan Kebolehbalikan.

Ianya menerangkan terhadap kesan latihan yang akan kembali ke tahap asal

sekiranya latihan di hentikan atau beban kerja yang di berikan tidak

mencukupi. Kesan latihan akan menurun atau kembali ke tahap asal pada

bila bila masa sekiranya latihan terhenti selama 72 jam. Oleh itu,jurulatih dan

atlit seharusnya mengabil berat terhadap tahap kecergasan kerana ianya

akan mempengaruhi tahap kecergasan.

12.Penilaian dan pengukuhan

Prinsip latihan yang terakhir ialah penilaian dan pengukuhan. Prinsip ini dapat

kita jelaskan sebagai prinsip yang di gunakan untuk mendapatkan

maklumbalas tahap kecergasan atlit .Di mana wujudnya sesi soal jawab,

perbincangan masalah , memberikan pendapat untuk meningkatkan tahap

kemahiran dan kecergasan serta memberikan motivasi kepada atlit dan untuk

diri jurulatih itu sendiri.

104

Page 5: Kecederaan Dalam Sukan

KECEDERAAN DALAM SUKAN

Tubuh manusia sebenarnya bertindak balas terhadap lakuan, senaman,

latihan dan aktiviti-aktiviti sukan dengan cara yang agak komplek. Tindak balas

ini melibatkan kordinasi antara otak dan otot serta beberapa bahagian tubuh

yang lain. Oleh itu sebagai pemain, pegawai dan pengadil perlulah mengetahui

sedikit sebanyak tentang otot, tulang, tendon dan tisu supaya dapat memahami

bagaimana kecederaan berlaku.

A. Kecederaan pada sistem rangka

Pada umumnya kecederaan pada sistem rangka adalah disebabkan oleh

hentakan langsung dan hentakan tidak langsung.

1. Hentakan Langsung

Hentakan terus ketulang yang boleh mengakibatkan tulang retak atau

patah

2. Hentakan Tidak Langsung

Hentakan yang boleh menyebabkan patah atau retak yang agak jauh

daripada tempat yang mengalami hentakan

3. Tanda-tanda

- Terdengar bunyi patah/tulang terasa patah

- Pergerakan sendi yang tidak normal

- Lebam/bengkak pada tulang dan sendi-sendi otot

4. Simpton

- Terasa sakit pada bahagian tulang.

- Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang mungkin cedera

- Terasa kebas

105

Page 6: Kecederaan Dalam Sukan

B. Kecederaan Pada Sistem 0tot

Pada umumnya terdapat dua jenis kecederan otot iaitu koyak otot dan

hematoma otot

1. Koyak otot

Keadaan yang mana gantian otot terpisah antara satu sama lain. Kesan ini

menyebabkan berlakunya pendarahan.

2. Hematoma

Keadaan dimana darah meresap diantara gentian otot ataupun gumpalan-

gumpalan otot.

3. Tanda

- Tidak berupaya mengerakan otot yang tercedera.

- Bentuk atau otot berwarna kebiruan

- Bentuk atau kedudukan otot yang tidak betul

-

4. Simpton

- Terasa sakit pada otot tercedera.

C. Kecederaan Pada Sistem Sendi

Kecederaan pada sistem sendi dibahagikan kepada lima

1. Kecederaan kapsul

Kecederaan pada bahagian luar sendi atau disebabkan kapsul yang terkoyak

apabila berlaku dislokasi

2. Kecederaan ligamen

Kecederaan pada sekumpulan tisu anjal yang menyambungkan sendi-sendi

tulang. Kecederaan berlaku kerana tindakan meregangkan ligamen secara

berlebihan. Tanda kecederaan ialah bengkak selepas beberapa jam, diikuti

tanda lebam.

106

Page 7: Kecederaan Dalam Sukan

3. Kecederaan rawan ( meniscus)

Kecederaan pada bahagian ini sukar dikesan dan adakalanya sukar diubati.

Tanda kecederaan ini ialah lutut terkunci dan bengkak dan simptonnya rasa

sakit apabila tersentuh bahagian yang cedera.

4. Kecederaan pada sistem peredaran darah

Kecederaan berlaku apabila arteri, kapilari, vena yang luka dan terputus.

Tanda –tanda berlaku kecederaan ialah darah keluar, muntah darah, batuk

berdarah, wajah pucat, badan berpeluh, dan pernafasan tidak tentu.

Manakala simptonnya ialah merasa tidak bertenaga dan pandangan kabur.

5. Kecederaan pada sistem pernafasan.

Kecederaan pada dinding dada.Kecederaan ini disebabkan pukulan yang

kuat pada tulang rusuk. Tanda bunyi berdetup semasa terkena pukulan dan

simptonnya rasa sakit semasa bernafas.

Kecederaan pada paru-paru. Kecederaan mungkin berlaku kerana tulang

rusuk menyucuk paru-paru.

6. Kecederaan sistem saraf

Kecederaan ini boleh menyebabkan seseorang itu hilang ingatan atau

tumpuan. Tanda-tandanya apabila pergerakan tubuh badan terhad dan reaksi

serta daya tindak balas semakin berkurangan.

107