keburukan di balik kebanggaan

3
Kelemahan Di Balik Kebanggaan Kita sering berbangga dengan kejayaan yang dikecapi sama ada daripada diri kita, kaum kerabat kita mahupun Negara kita yang tercinta. Setiap daripada kita tidak mustahil akan melakukan sesuatu yang boleh memberikan kepentingan dan makna yang tertentu kepada mana mana pihak. Semua yang dilahirkan oleh ibu yang mengandung sebenarnya mempunyai potensi yang besar dalam mencapai sesuatu kejayaan. Tajuk yang direncanakan ini memberikan kita kaitan yang rapat antara hubungan manusia dan alam sekelilingnya. ‘Kelemahan Di Balik Kebanggaan’ sebenarnya satu topik yang hangat untuk di bongkarkan, tetapi sebenarnya anda mengetahuinya. Sidang pembaca, saya lebih teruja untuk menyoal anda dengan soalan yang mudah. Apakah sebenarnya yang menjadi kebanggaan anda sebagai warganegara Malaysia ? Apakah pusat pelancongannya? Apakah kerana mata wangnya tinggi? Apakah kerana ia selamat daripada bencana alam? Ya! Sebenarnya ituah yang berada dihadapan kita. Kita sebenarnya dikaburi oleh pelbagai pihak terutamanya melalui media massa. Sekiranya anda seorang yang benar bersedia, maka anda perlu hadapi satu per satu bukti di mana terdapat kelemahan di sebalik kelemahan. Persoalannya, kelemahan siapakah yang akan terbongkar? Kelemahan semua orang akan terbongkar di hujung jari. Kelemahan pertama kita sebagai rakyat Malaysia ialah tidak bijak dalam menggunakan hak kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai hak hal yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia. Setiap hak yang telah di rekodkan perlu dilaksanakan demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Situasi 1; anda berada di kedai makan, anda membeli telur sepuluh biji, bayarannya RM8.00. Apakah tindakan anda? Ini satu kelemahan rakyat Malaysia kerana mereka akan megikut sahaja kehendak peniaga tanpa memeikirkan kebajikan mereka. Tetapi, mereka tentu akan meluahkan rasa tidak kepuashatian mereka kepada anak dan isteri mereka. Apakh kita perlu lakukan? Kita perlu mengadukan hal ini ke Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jelas ? Kelemahan yang kedua ialah kelemahan dalam menjaga adab. Dalam sejarah kebangkitan melayu, kita sebenrnya tahu bahawa

Upload: hilmi-qimie

Post on 23-Jun-2015

163 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keburukan di balik kebanggaan

Kelemahan Di Balik Kebanggaan

Kita sering berbangga dengan kejayaan yang dikecapi sama ada daripada diri kita, kaum kerabat kita mahupun Negara kita yang tercinta. Setiap daripada kita tidak mustahil akan melakukan sesuatu yang boleh memberikan kepentingan dan makna yang tertentu kepada mana mana pihak. Semua yang dilahirkan oleh ibu yang mengandung sebenarnya mempunyai potensi yang besar dalam mencapai sesuatu kejayaan. Tajuk yang direncanakan ini memberikan kita kaitan yang rapat antara hubungan manusia dan alam sekelilingnya. ‘Kelemahan Di Balik Kebanggaan’ sebenarnya satu topik yang hangat untuk di bongkarkan, tetapi sebenarnya anda mengetahuinya.

Sidang pembaca, saya lebih teruja untuk menyoal anda dengan soalan yang mudah. Apakah sebenarnya yang menjadi kebanggaan anda sebagai warganegara Malaysia ? Apakah pusat pelancongannya? Apakah kerana mata wangnya tinggi? Apakah kerana ia selamat daripada bencana alam? Ya! Sebenarnya ituah yang berada dihadapan kita. Kita sebenarnya dikaburi oleh pelbagai pihak terutamanya melalui media massa. Sekiranya anda seorang yang benar bersedia, maka anda perlu hadapi satu per satu bukti di mana terdapat kelemahan di sebalik kelemahan. Persoalannya, kelemahan siapakah yang akan terbongkar? Kelemahan semua orang akan terbongkar di hujung jari.

Kelemahan pertama kita sebagai rakyat Malaysia ialah tidak bijak dalam menggunakan hak kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai hak hal yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia. Setiap hak yang telah di rekodkan perlu dilaksanakan demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Situasi 1; anda berada di kedai makan, anda membeli telur sepuluh biji, bayarannya RM8.00. Apakah tindakan anda? Ini satu kelemahan rakyat Malaysia kerana mereka akan megikut sahaja kehendak peniaga tanpa memeikirkan kebajikan mereka. Tetapi, mereka tentu akan meluahkan rasa tidak kepuashatian mereka kepada anak dan isteri mereka. Apakh kita perlu lakukan? Kita perlu mengadukan hal ini ke Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jelas ?

Kelemahan yang kedua ialah kelemahan dalam menjaga adab. Dalam sejarah kebangkitan melayu, kita sebenrnya tahu bahawa bangsa melayu menjadi unik pada zaman dahulu kerana mempunyai adab adabnya. Sikap sopan santun, peramah dan berlembut dalam perbicaraan menjadi satu contoh kepada manusia di seluruh dunia pada zaman dahulu. Malah Bahasa Melayu turut dijadikan lingua franca pada zaman dahulu dek contoh yang baik. Sekarang jika kita lihat, generasi muda lupa akan tanah tempat mereka lahir. Mereka melanggar undang undang darat, laut dan mungkin sekolah. Inikah kebanggaan yang kita lahirkan ? fikirkan…

Page 2: Keburukan di balik kebanggaan

Kelemahan yang ketiga muncul disebalik kebanggaan kita mempunyai satu kawasan peranginan yang terkemuka di Malaysia iaitu Langkawi tanah asal Mahsuri. Mungkin disebabkan sumpahannya, Langkawi masih lagi mundur dalam abad yang membangun ini. Walaupun sumpahan tujuh keturunannya sudah terbalas, namun tidak dinafikan pembangunannya masih perlahan terutamanya dalam ideologi dan pemikiran penduduk setempat. Bukan hendak menafikan kemajuan yang ada, tetapi siapakah yang memulakan kemajuan Langkawi? Adakah anak jati Langkawi? Tidak, namun beliaulah yang memulakan kemajuan di tanah darah putih ini. Tidak perlu di bangga dengan kemajuan Pulau ini sekiranya pemikirannya masih pada tahap yang rendah.

Kelemahan Pulau Langkawi ini sebenarnya ialah pada pemikiran penduduknya sahaja. Mereka tidak dapat berfikir dengan waras. Hal ini demikian kerana ada antara gerai jualan makanan di Pekan Kuah menyajikan makanan yang harganya melebihi kuantiti. Harga bagi dua nasi goreng ikan masin, satu mangkuk sup tulang dan satu mangkuk tomyam berharga RM47.00. Adakah harga yang ditawarkan memuaskan hati anda? Adakah salah kerajaan kerana mengutip cukai bagi setiap makanan? Tidak. Tetapi pemikiran penduduknya yang mundur kerana tidak dapat berfikiran waras dan logik. Inilah penyebab utama dalam masalah yang berlaku dalam pembangunan Pulau kebanggaan kita ini.

Kelemahan yang paling ketara di sini boleh ditujukan kepada pihak kerajaan. Dalam hasil penulisan saya, saya peringatkan bahawa tiada unsur politik yang akan dihujahkan. Kita seringkali mendengar dan melihat pelbagai usaha dilakukan oleh ramai pihak sama ada pertubuhan bukan kerajaan atau pertubuhan kerajaan melakukan kempen kesihatan terutamanya “no smoking”. Tetapi, mengapakah mereka tidak menghentikan proses import rokok dari luar Negara? Hal ini demikian kerana mereka ingin mengutip cukai yang tinggi. Namun, mengapa Negara kita masih pada tahap membangun dan tidak menjadi Negara yang maju? Ini secara langsung menjadi tanda tanya tentang kemampuan pihak kerajaan dalam melaksanakan usahanya untuk menjadikan Negara kita maju dan usahanya untuk menjayakan kempen berhanti merokok.

Bagi pengakhiran terakhir bagi rencana ini, saya memohon agar semua pihak tidak memandang serong hasil penulisan ini. Segala hasil penulisan ini adalah berdasarkan bukti dan fakta yang kukuh serta dipersetujui oleh ramai pihak. Diharap semua pihak dapat mengambil iktibar dan nasihat dalam hasil penulisan ini. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Pengarang : Hilmi Qimie

: [email protected]