kebudayaan kebangsaan

8
4.0 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 4.1 Latar Belakang Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Orang Mleayu, Cina dan India adalah tiga kaum yang terbesar dan setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka tersendiri. Keadaan ini menjadikan Malaysia bermasyarakat majmuk. Apa yang lebih menarik, Malaysia bukan sahaja negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk, malahan boleh dikatakan majmuk dalam majmuk. Apa yang dimaksudkan ialah setiap kaum di Malaysia terdiri daripada perlbagai suku kaum. Umpamanya, dalam masyarakat Melayu sendiri terdapat orang Melayu Jawa, Minangkabau, Kerinci, Bugis dan sebagainya. Demikian juga dengan kaum Cina seperti suku kaum Hokkien, Hailam, Kantonis dan lain-lain. Kaum India pula terdiri daripada Tamil, Malayalam, Benggali dan lain-lain. Perpaduan antara kaum amat penting dalam sebuah masyarakat yang majmuk apatah lagi yang bersifat majmuk dalam majmuk. Ini perlu demi menjamin keamanan dan keharmonian antara kaum itu

Upload: fatin-nadia-fadzil

Post on 30-Sep-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kebudayaan

TRANSCRIPT

4.0KEBUDAYAAN KEBANGSAAN4.1Latar BelakangKebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Orang Mleayu, Cina dan India adalah tiga kaum yang terbesar dan setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka tersendiri. Keadaan ini menjadikan Malaysia bermasyarakat majmuk. Apa yang lebih menarik, Malaysia bukan sahaja negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk, malahan boleh dikatakan majmuk dalam majmuk. Apa yang dimaksudkan ialah setiap kaum di Malaysia terdiri daripada perlbagai suku kaum. Umpamanya, dalam masyarakat Melayu sendiri terdapat orang Melayu Jawa, Minangkabau, Kerinci, Bugis dan sebagainya. Demikian juga dengan kaum Cina seperti suku kaum Hokkien, Hailam, Kantonis dan lain-lain. Kaum India pula terdiri daripada Tamil, Malayalam, Benggali dan lain-lain.Perpaduan antara kaum amat penting dalam sebuah masyarakat yang majmuk apatah lagi yang bersifat majmuk dalam majmuk. Ini perlu demi menjamin keamanan dan keharmonian antara kaum itu sendiri. Berdasarkan faktor inilah tercetusnya gagasan untuk mewujudkan satu kebudayaan kebangsaan yang merangkumi perlbagai budaya di Malaysia. Kebudayaan ini diharapkan akan membawa identiti bangsa Malaysia dengan mengenepikan penonjolan menurut kaum.Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat positif. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

4.2Objektif4.2.1Mengukuhkan dan Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan ManusiaKebudayaan Kebangsaan merupakan hasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berupaya membangunkan rakyat melalui penguasaan ilmu, kecekapan dan moral yang tinggi. Penigkatan kualiti kehidupan manusia dan keseimbangan kerohanian hendaklah selaras dengan tuntutan Islam. Ini bermakna, Islam bukanlah agama yang anti-pembangunan malah tidak pernah menentang pembangunan. Islam tidak rela melihat umatnya miskin dan jahil dalam hal material, intelektual, spiritual dan moral.Tapak dan asas yang sedemikian telah mewujudkan satu kesinambungan. Dasar-dasar negara yang lain telah pun dibentuk dan telah menjadi sebahagian daripada Dasar Ekonomi Baru (1970 1990). Malaysia yang sedang menuju kea rah negara perindustrian, mahukan masyarakat Bumiputera lahir sebagai masyarakat perdagangan dan perindustrian yang mantap menjelang tahun 2020, khususnya masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak.Pembangunan menghala kepada perubahan corak kehidupan bandar supaya lebih menguntungkan. Transformasi pembangunan luar bandar terjadi dengan menyusun kembali struktur desa supaya sesuai dengan pertanian dan industri moden. Sumber alam dan khazanah kekayaan bumi yang tidak ternilai akan digunakan secara produktif untuk meningkatkan kemajuan ekonomi.

4.2.2Melahirkan Peribadi dan Identiti MalaysiaPeristiwa hitam 13 Mei 1969 mengajar kita supaya lebih berwaspada. Latar belakang rakyat Malaysia yang berbagai-bagai kaum belum terjalin kukuh dalam satu kesatuan sikap dan cara hidup. Kesatuan inilah yang akan meletak kepentingan negara pada tempat yang paling atas daripada sifat-sifat atau kepentingan kaum masing-masing.Perubahan corak masyarakat terlalu banyak ditentukan oleh arah politik perkauman yang dibuktikan dengan tertubuhnya badan-badan dan gerakan politik kaum. Konflik kaum ternyata tidak dapat dibendung dan ditambah pula dengan hasutan politik di kalangan rakyat.Objektif untuk melahirkan dan memelihara peribadi dan identity Malaysia boleh dilakukan dengan mengubah corak politik perkauman kepada politik berbilang kaum. Masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera harus menyedari hakikat ini. Pendidikan awal akan mereda dan menumpulkan perasaan perkauman. Generasi baharu akan terlibat dalam pelbagai sektor. Sekiranya semua kaum mempunyai pemikiran yang sama, maka apa-apa pun perubahan dan kemajuan tetap menurut acuan Malaysia.Acuan yang sama akan melahirkan satu bentuk masyarakat dengan pemikiran yang sama. Persamaan dari segi pemikiran, cara hidup dan tindakan akan melahirkan satu peribadi dan identiti kebangsaan yang unggul.

4.2.3Meningkatkan Perpaduan Bangsa dan Negara Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang mendalam. Konsep ini bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit.Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi prasyarat kepada kemajuan. Ini disebabkan sebarang kerjasama untuk kemajuan tidak akan terjalin tanpa rakyat yang tidak mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Bagi memenuhi keperluan ini, kesetiaan kepada negara, perpaduan negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.Proses Kebudayaan Kebangsaan sebenarnya menuntut kita melihat kepada persamaan-persamaan dan bukannya perbezaan antara kita. Masyarakat berbilang kaum perlu mengurangkan penonjolan unsur-unsur yang membezakan mereka. Mereka tidak perlu terlalu membesar-besarkan identiti kaum hingga menenggelamkan keperibadian bangsa lain dan negara.Perpaduan akan lahir apabila sebahagian daripada nilai-nilai bersama dikongsi. Nilai-nilai kebangsaan kita sudah cukup banyak menerima masuk nilai-nilai rakyat lain. Sikap membari dan menerima patut diamalkan bersama. Sebagai satu bangsa Malaysia, kesetiaan kepada negara hanyalah kepada Malaysia.

4.3Isu Perpaduan NasionalPerpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah :

4.3.1Agama dan Kebudayaan Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

4.3.2Dasar Penjajah BritishPenjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

4.3.3Sistem Pendidikan, Persekolahan dan Bahasa yang Berlainan Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

4.3.4Amalan Ekonomi yang Berlainan Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

4.3.4Perbezaan Politik Mengikut Bangsa, Kaum dan Etnik Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

4.3.5Pendudukan Jepun Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.