kebesaran hikmat zakat fitrah sepanjang ramadan

2
Kebesaran hikmat zakat fitrah sepanjang Ramadan SEPANJANG bulan Ramadan, antara perkara yang diberi ganjaran pahala yang besar ialah bersedekah dan mengeluarkan zakat. Zakat fitrah bukan saja diberi ganjaran, malah wajib kepada umat Islam sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam. Sesungguhnya zakat fitrah sangat besar hikmatnya di samping kita diminta mematuhi perintah Allah, antaranya: 1. Membantu orang (saudara Islam) yang susah agar ia juga dapat menunaikan kewajipannya terhadap Allah dan terhadap masyarakat. 2. Zakat dapat membersihkan diri daripada sifat bakhil di samping dapat mengelakkan diri daripada sifat tercela, iaitu sifat tamak haloba. 3. Zakat fitrah mendorong seseorang bersifat pemurah dan berhati mulia. 4. Zakat fitrah juga boleh membersihkan hati, penghapusan dosa dan mengangkat darjat seseorang, sebagaimana firman Allah bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengan engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah amat mendengar lagi amat mengetahui.” – Surah al-Tawbah, ayat 103. Sebagai ucapan syukur dan terima kasih atas nikmat Allah, umat Islam yang kaya dianjurkan sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaan Allah. Zakat fitrah mendekatkan kasih sayang dan cinta-mencintai antara si miskin dan si kaya. Orang miskin dan tidak berkemampuan juga boleh menggunakan zakat fitrah yang

Upload: fahmi2010

Post on 05-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Kebesaran hikmat zakat fitrah sepanjang Ramadan

Kebesaran hikmat zakat fitrah sepanjang Ramadan

SEPANJANG bulan Ramadan, antara perkara yang diberi ganjaran pahala yang besar ialah bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Zakat fitrah bukan saja diberi ganjaran, malah wajib kepada umat Islam sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam.

Sesungguhnya zakat fitrah sangat besar hikmatnya di samping kita diminta mematuhi perintah Allah, antaranya:

1.Membantu orang (saudara Islam) yang susah agar ia juga dapat menunaikan kewajipannya terhadap Allah dan terhadap masyarakat.

2.Zakat dapat membersihkan diri daripada sifat bakhil di samping dapat mengelakkan diri daripada sifat tercela, iaitu sifat tamak haloba.

3.Zakat fitrah mendorong seseorang bersifat pemurah dan berhati mulia.

4.Zakat fitrah juga boleh membersihkan hati, penghapusan dosa dan mengangkat darjat seseorang, sebagaimana firman Allah bermaksud:

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengan engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah amat mendengar lagi amat mengetahui. Surah al-Tawbah, ayat 103.

Sebagai ucapan syukur dan terima kasih atas nikmat Allah, umat Islam yang kaya dianjurkan sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaan Allah.

Zakat fitrah mendekatkan kasih sayang dan cinta-mencintai antara si miskin dan si kaya. Orang miskin dan tidak berkemampuan juga boleh menggunakan zakat fitrah yang diterima sebagai perbelanjaan untuk membeli keperluan hari raya. Dengan jalan ini, mereka juga akan turut merasai nikmat berhari raya.

Demikianlah Islam agama yang mementingkan hubungan sesama manusia. Tidak akan timbul perasaan iri hati antara orang yang berada dengan orang yang tidak berkemampuan.

Hubungan silaturahim akan tersimpul kukuh sesama umat Islam. Justeru, umat Islam akan bertambah kuat dan padu. Semuanya dapat dihasilkan dengan wujudnya perasaan kasih sayang, simpati dan bertimbang rasa sesama umat.