keberkesanan penggunaan prezi terhadap · pdf file1. penggunaan prezi ... mengendalikan kelas...

10
658 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP PENGUASAAN BEBERAPA KONSEP PENTING DALAM PdP BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mohd Zaki Mohamed, Jamaludin Badusah, Melor Md. Yunus Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah penggunaan Prezi dalam meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 Bestari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid dari Kelas 5 Bestari, di mana 3 orang murid tersebut memperolehi markah yang rendah dalam ujian Bahasa Melayu yang lepas. Data dikumpulkan melalui 3 instrumen iaitu, i) melalui ujian pra dan ujian pasca, ii) borang soal selidik dan, iii) soalan temubual yang dilakukan ke atas 3 orang murid. Hasil analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan gred dalam ujian pos berbanding ujian pra. Melalui instrumen borang soal selidik pula mendapati bahawa murid-murid amat berminat terhadap proses PdP menggunakan kaedah persembahan Prezi. Instrumen temubual pula menunjukkan terdapatnya perubahan positif dari segi pandangan dan minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah persembahan Prezi amat berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai beberapa konsep penting dalam Bahasa Melayu. Kata Kunci: Prezi, penguasaan konsep Bahasa Melayu, murid Tahun 5. ABSTRACT Action research was conducted to evaluate the effectiveness of use of Prezi in Year 5 students improve their mastery concept in Malay Language subjects. Respondents in this study consisted of three students from Year 5 where 3 pupils had failed in Malay Language subjects. Data collected through 3 instruments which are the pre and posttest, questionnaires and 10 interviews conducted over 3 pupils from two different categories of weak and moderate. Result of this analysis found that there was an increase in the grade of the posttest than pretest. Through the questionnaire instrument was found that the students are so interested in teaching using Prezi presentations. Instruments interviews showed that there were positive changes to their views and their interest in the subject of Malay Language. The results showed that the method is effective Prezi presentations to enhance understanding of the students in learning Malay Language. Keywords: Prezi, mastery concepts in Malay Language, Year 5 students.

Upload: dangnhan

Post on 07-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

658

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI

TERHADAP PENGUASAAN BEBERAPA KONSEP

PENTING DALAM PdP BAHASA MELAYU

TAHUN 5

Mohd Zaki Mohamed, Jamaludin Badusah, Melor Md. Yunus

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah penggunaan

Prezi dalam meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 Bestari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Responden dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid dari Kelas 5 Bestari, di mana 3 orang murid

tersebut memperolehi markah yang rendah dalam ujian Bahasa Melayu yang lepas. Data dikumpulkan

melalui 3 instrumen iaitu, i) melalui ujian pra dan ujian pasca, ii) borang soal selidik dan, iii) soalan

temubual yang dilakukan ke atas 3 orang murid. Hasil analisis data mendapati bahawa terdapat

peningkatan gred dalam ujian pos berbanding ujian pra. Melalui instrumen borang soal selidik pula

mendapati bahawa murid-murid amat berminat terhadap proses PdP menggunakan kaedah persembahan

Prezi. Instrumen temubual pula menunjukkan terdapatnya perubahan positif dari segi pandangan dan

minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah

persembahan Prezi amat berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai beberapa

konsep penting dalam Bahasa Melayu.

Kata Kunci: Prezi, penguasaan konsep Bahasa Melayu, murid Tahun 5.

ABSTRACT

Action research was conducted to evaluate the effectiveness of use of Prezi in Year 5 students improve

their mastery concept in Malay Language subjects. Respondents in this study consisted of three students

from Year 5 where 3 pupils had failed in Malay Language subjects. Data collected through 3 instruments

which are the pre and posttest, questionnaires and 10 interviews conducted over 3 pupils from two

different categories of weak and moderate. Result of this analysis found that there was an increase in the

grade of the posttest than pretest. Through the questionnaire instrument was found that the students are so

interested in teaching using Prezi presentations. Instruments interviews showed that there were positive

changes to their views and their interest in the subject of Malay Language. The results showed that the

method is effective Prezi presentations to enhance understanding of the students in learning Malay

Language.

Keywords: Prezi, mastery concepts in Malay Language, Year 5 students.

Page 2: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

659

PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang diajar di setiap sekolah, baik peringkat rendah atau

menengah. Penguasaan terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah amat penting kerana Bahasa

Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan bahasa utama yang digunakan dalam sistem pendidikan.

Namun begitu, pada hari ini terdapat sebilangan murid yang dilihat kurang meminati mata pelajaran

Bahasa Melayu. Hal ini ada kaitannya dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru Bahasa

Melayu. Menurut Marzano (2003), yang menyatakan bahawa tindakan guru dalam bilik darjah

mempunyai dua kali ganda impak dalam pencapaian murid. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab

sebagai seorang guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif bagi mengelakkan

murid yang lemah daripada ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

PERMASALAHAN KAJIAN

Pada dasarnya, murid-murid di dalam sesebuah kelas mempunyai kebolehan dan potensi diri yang

berbeza. Murid yang cerdas dapat belajar dan menyelesaikan latihan dengan lebih cepat mengikut tahap

pemahaman mereka. Manakala murid yang lemah pula lambat untuk mempelajari sesuatu tajuk yang

diajar, walaupun tajuk yang senang. Oleh sebab itu, tumpuan kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran efektif yang dapat membantu murid lemah dan menarik minat mereka kepada pelajaran

perlu dilaksanakan dengan segera dalam kelas Bahasa Melayu. Kaedah pembelajaran berbantukan Media

iaitu Prezi dilihat mampu mengatasi masalah guru Bahasa Melayu dalam mengajar murid-murid yang

lemah.

Menurut Jean Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam

usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manakala menurut Kalat (1999), pula yang

berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Kecerdasan

inilah yang mampu ditonjolkan melalui penggunaan Prezi dalam PdP guru-guru Bahasa Melayu.

Tambahan pula, pembelajaran yang menggunakan Prezi juga dapat memberi peluang kepada murid untuk

belajar dan memahami isi kandungan pelajaran yang diajar oleh guru mengikut keupayaan diri mereka

sendiri. Memandangkan penggunaan Prezi merupakan satu perisian yang berkualiti dan penggunaan

media ini juga semakin popular dalam bidang pendidikan sejak akhir-akhir ini, wajarlah kaedah ini

(penggunaan Prezi) diperluaskan serta digunakan oleh guru-guru dalam proses PdP masing-masing.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dijalankan adalah bagi mengenalpasti beberapa perkara. Berikut adalah objektif kajian ini:

1. Penggunaan Prezi boleh menjadi alat pengajaran yang berkesan.

2. Penggunaan Prezi boleh meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap pelajaran Bahasa

Melayu.

3. Penggunaan Prezi boleh membantu murid dalam penguasaan beberapa konsep penting Bahasa

Melayu.

Page 3: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

660

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul. Berikut adalah

persoalan kajian:

1. Adakah penggunaan Prezi dapat meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu?

2. Adakah penggunaan Prezi dapat meningkat dan memupuk minat serta motivasi murid dalam

pembelajaran Bahasa Melayu?

3. Adakah penggunaan Prezi dapat membantu murid dalam penguasaan beberapa konsep penting

Bahasa Melayu?

TINJAUAN PERPUSTAKAAN

Bovee (1997), menyatakan bahawa media adalah sebuah alat yang mempunyai fungsi menyampaikan

pesan. Media pembelajaran adalah sebuah alat yang berfungsi bagi menyampaikan maklumat semasa

proses pembelajaran berlansung. Pembelajaran adalah sebuah proses komunikasi di antara murid, guru,

dan bahan yang diajar. Komunikasi tidak akan berjalan tanpa bantuan alat penyampai maklumat dan

media yang efektif. Media pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang baik harus memenuhi beberapa

criteria dan mampu meningkatkan motivasi murid. Penggunaan media mempunyai tujuan memberikan

motivasi kepada murid. Selain itu, media merangsang murid mengingat apa yang dipelajari dan memberi

rangsangan untuk mereka belajar ilmu baharu. Media yang baik juga akan melahirkan murid yang aktif

dan proaktif.

Maksud Prezi

Prezi berfungsi hampir sama seperti Power Point, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih dan

menarik berbanding dengan powerpoint. Persembahan melalui Prezi dibina pada sebuah ‘kanvas’ dan

bukannya slaid. Tujuannya adalah bagi memudahkan penyampai untuk memberi tumpuan terhadap

penggabungan teks, imej, dan multimedia dalam persembahan Prezi. Apa yang menarik ialah, item-item

di atas kanvas boleh diheret, disengetkan, dan dizum agar persembahan menjadi menyeronokkan. Di

dalam Prezi juga, satu jalan cerita persembahan boleh dibuat antara elemen-elemen yang berbeza pada

pentas (kanvas) untuk membina animasi. Menurut Tarr (2009), penggunaan Prezi mempunyai faedah-

faedah yang tertentu. Berikut adalah faedah-faedah menggunakan Prezi:

i. Prezi mempunyai faktor ‘wow’ yang telah lama lenyap daripada Power Point.

ii. Susun atur dalam ‘kanvas’ menghalang penyampai daripada menggunakan terlalu banyak

perkataan.

iii. Prezi mudah untuk menggabungkan imej, bunyi, dan video di dalam satu persembahan.

iv. Prezi amat menarik dan mudah untuk digunakan.

METODOLOGI KAJIAN

Lokasi dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungala, Kem Sungala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sekolah ini mempunyai seramai 230 orang murid dan 25 orang guru. Kajian ini dijalankan di kelas 5

Bestari semasa berlansungnya PdP Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan tiga orang sampel (murid) yang

Page 4: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

661

mana terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Ketiga-tiga murid ini

merupakan murid yang lemah dalam menguasai beberapa konsep penting mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif (kaedah campuran).

Salah satu kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji (guru) adalah melalui ujian pos dan

ujian pra. Ujian pra diberikan kepada murid sebelum pengkaji menjalankan PdP menggunakan Prezi.

Manakala ujian pos pula diberikan selepas proses PdP Bahasa Melayu dijalankan dengan menggunakan

Prezi. Markah yang diperoleh daripada kedua-dua ujian tersebut kemudiannya akan dibandingkan.

Pengumpulan data seterusnya dilakukan melalui edaran lembaran kerja kepada murid. Sama juga seperti

ujian pos dan ujian pra, lembaran kerja pertama diberikan kepada murid sebelum guru menjalankan PdP

menggunakan Prezi. Lembaran kerja kedua pula diberikan selepas PdP menggunakan Prezi dijalankan.

Kaedah pengumpulan data seterusnya yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah temu bual.

Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang

penyelidik mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka

berlangsung (face-to-face) dengan peserta kajian. Selain temu bual, pengkaji juga mendapatkan data

melalui borang soal selidik yang diedarkan selepas tamat sesi PdP berlansung. Pengkaji telah mengira

bilangan peserta yang memilih kriteria yang sama dalam borang tersebut. Borang ini membolehkan

pengkaji mengetahui tetang minat, kefahaman, dan kesesuaian murid terhadap penggunaan kaedah Prezi

dalam PdP Bahasa Melayu. Selain itu juga, pengkaji melakukan catatan lapangan yang dibuat melalui

pemerhatian sepanjang penyelidikan tindakan dilakukan. Catatan lapangan ini dibuat terhadap perubahan

tingkah laku bukan lisan murid di dalam kelas sebelum, semasa, dan selepas penggunaan Prezi ketika

guru mengajarkan beberapa konsep penting Bahasa Melayu.

Kaedah Menganalisis Data

Dalam menganalisis kandungan data yang dikumpul, pengkaji meneliti data yang diperoleh dengan

membuat tanda seperti, garisan atau bulatan berwarna merah tentang perkara yang penting yang berkaitan

dengan fokus kajian. Selepas tanda dibuat pada perkara yang penting yang diperlukan, pengkaji merujuk

kembali perkara yang telah ditandakan dan mengkategorikan data dalam kategori yang sesuai sebelum

dianalisis. Selepas itu, pengkaji menganalisis data yang diperolehi secara pola tentang perkara yang

perhatikan daripada kajian tindakan ini dan membuat catatan dalam bentuk jadual. Data yang diperolehi

juga turut dianalisiskan dalam bentuk graf bar bagi membandingkan pola perbezaan antara sebelum dan

selepas penggunaan Prezi dijalankan.

Analisis Dapatan

a) Adakah penggunaan Prezi dapat meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu?

Selain mendapat maklumat daripada guru-guru mata pelajaran yang lain berkaitan dengan prestasi

akedemik bagi murid, pengkaji juga turut membuat tinjauan sendiri. Setelah mengajar tanpa

menggunakan Prezi bagi tajuk “Penjodoh Bilangan” tahun 5, ujian pra telah diberi kepada tiga orang

sampel murid. Pengkaji mendapati bahawa murid banyak melakukan kesalahan walaupun pada soalan

Page 5: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

662

yang senang. Situasi ini menunjukkan bahawa murid lemah dalam menguasai konsep penjodoh bilangan.

Setelah kaedah penggunaan Prezi dilakukan dalam PdP, murid telah menujukkan peningkatan dalam

ujian pos. Peningkatan markah ujian pra dan pos bagi ketiga-tiga orang sampel direkodkan. Graf bar 1

menunjukkan perbezaan markah yang didapati bagi ujian pra dan ujian pos, di mana hasil dapatan

diambil daripada tiga orang sampel kajian ini.

Rajah 1: Graf perbandingan markah ujian pra dan ujian pos

b) Adakah penggunaan Prezi dapat meningkat dan memupuk minat serta motivasi murid dalam

pembelajaran Bahasa Melayu?

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah melakukan catatan nota lapangan semasa

mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang

murid Tahun 5 Bestari sebelum, semasa, dan selepas kaedah penggunaan Prezi telah menunjukkan

bahawa penggunaan Prezi dalam pengajaran berupaya meningkat dan memupuk minat serta motivasi

murid dalam memahami beberapa konsep penting dalam Bahasa Melayu.

Catatan Nota Lapangan Sebelum kajian

Murid-murid telah menunjukkan tingkah laku bukan lisan yang negatif semasa guru sedang mengajar.

Tingkah laku bukan lisan ini adalah seperti, bermuka masam, posisi badan sama dan kaku serta lentok

badan sepanjang masa. Semua ini menunjukkan murid tidak berminat, tidak menumpu perhatian, dan

bosan terhadap pengajaran guru. Rajah 2 menunjukkan pemerhatian pengkaji terhadap murid sebelum

kajian dijalankan.

Page 6: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

663

Rajah 2 : Catatan nota lapangan pengkaji sebelum kajian

Page 7: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

664

Catatan Nota Lapangan Semasa Kajian

Semasa kajian dijalankan, murid-murid mula menunjukkan tingkah laku yang positif. Perubahan tingkah

laku yang berlaku ini dicatatkan dalam nota lapangan seperti dalam Rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Catatan nota lapangan pengkaji semasa kajian

Murid mula menolong guru memasangkan laptop serta LCD. Ini menunjukkan mereka ingin memulakan

proses PdP dengan segera. Murid sudah lama bersedia menggambarkan mereka minat dalam mempelajari

konsep penting Bahasa Melayu. Perasaan gembira murid pula menunjukkan pengajaran beberapa konsep

Bahasa Melayu menggunakan Prezi adalah sesuatu yang menyeronokkan dan tidak membosankan bagi

mereka.

Page 8: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

665

Catatan Nota Lapangan Selepas Kajian

Murid-murid telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara selepas penggunaaan Prezi dalam

proses PdP Bahasa Melayu. Mereka bekerjasama menyiapkan latihan yang diberi dan saling tolong-

menolong. Perbincangan dalam kumpulan dijalankan dalam keadaan yang gembira sesama ahli

kumpulan. Keadaan ini menunjukkan kaedah penggunaan Prezi telah membantu murid dalam memahami

konsep sesuatu tajuk dan menolong mereka menjawab soalan. Murid juga gembira semasa membuat

latihan menunjukkan mereka minat dalam terhadap PdP mata pelajaran Bahasa Melayu. Perubahan ini

dapat dilihat seperti yang dicatatkan dalam nota lapangan pengkaji pada Rajah 4 di bawah.

Rajah 4: Catatan nota lapangan pengkaji selepas kajian.

Page 9: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

666

c) Adakah penggunaan Prezi dapat membantu murid dalam penguasaan beberapa konsep penting

Bahasa Melayu?

Murid telah menunjukkan kemajuan dalam lembaran kerja yang dibuat sebelum dan selepas penggunaan

kaedah Prezi yang dijalankan semasa PdP Bahasa Melayu kelas 5 Bestari dalam pengajaran dan

pembelajaran. Graf di bawah menunjukkan jumlah kesalahan pada lembaran kerja 1 dan lembaran kerja

2. Lembaran kerja 1 dibuat oleh sampel kajian sebelum penggunaan Prezi dijalankan, manakala lembaran

kerja 2 pula dibuat selepas penggunaan Prezi.

Rajah 5: Graf jumlah kesalahan lembaran kerja

Analisis daripada graf jumlah kesalahan lembaran kerja menunjukkan bahawa kesalahan pada lembaran

kerja 2 lebih sedikit berbanding dengan kesalahan pada lembaran kerja 1 iaitu perbezaan sebanyak 6

kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kaedah penggunaan Prezi sememangnya telah membantu murid

dari segi akademik mereka.

KESIMPULAN

Penggunaan Prezi dalam proses PdP Bahasa Melayu telah banyak membantu murid dalam menguasai

beberapa konsep penting mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 5. Penggunaan Prezi memudahkan kerja

guru dalam melaksanakan proses pengajaran sekaligus memastikan apa yang ingin disampaikan kepada

murid dapat diterima sepenuhnya. Murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga

turut menunjukkan minat, sikap, dan motivasi yang tinggi terhadap proses PdP Bahasa Melayu. Selain

penggunaan Prezi dalam proses PdP, semasa mengajar di dalam kelas, guru juga perlu melontarkan suara

yang jelas, perkataan yang mudah difahami, nada yang lembut, dan intonasi suara yang sesuai. Dengan

ini, penggunaan Prezi dalam proses PdP Bahasa Melayu akan menjadi lebih efektif dan menarik.

Di masa akan datang, pengkaji akan memantapkan lagi kaedah penggunaan Prezi dalam proses PdP

Bahasa Melayu, bukan sahaja kepada murid kelas lemah tetapi juga kepada murid yang pintar. Pengkaji

akan cuba menghasilkan persembahan Prezi yang lebih baik, di mana dapat menarik minat semua murid

dan tiada istilah susah lagi dalam mempelajari konsep-konsep penting Bahasa Melayu. Di samping itu

juga, pengkaji akan memperkenalkan kaedah penggunaan kaedah Prezi ini kepada murid-murid tahap

tahap satu, dan mencadangkan kepada rakan-rakan guru tentang kebaikan menggunakan kaedah Prezi

dalam penyampaian PdP kepada murid.

Page 10: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PREZI TERHADAP · PDF file1. Penggunaan Prezi ... mengendalikan kelas Bahasa Melayu tahun 5 Bestari. Catatan nota lapangan pengkaji terhadap tiga orang murid

667

RUJUKAN

Bovee, Courland. (1997). Business Communication Today, Prentice Hall: New York. Davis, Ben. (1991).

Teaching with Media, a paper presented at Technology and Education Conference in Athens, Greece.

Foong Mun Choy. (2002). Perisian Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi topik

Tajuk Asas Nombor TIngkatan 4. Latihan ilmiah Fakulti Pendidikan. UKM. Bangi.

Idris, Nuny S. (1999). Ragam Media Dalam Pembelajaran BIPA. A Paper presented at KIPBIPA III,

Bandung.

Jonassen, David H. (1996). Computer as a Mindtools for Schools. Prentice Hall. New Jersey.

Lee, Kwuang-wu. (2000). English Teachers’ Barriers to the Use of Computer- assisted Language

Learning. The Internet TESL Journal, Vol. VI, No. 12, Diperoleh Julai 14, 2012 dari

http:/www.aitech.ac.jp/~iteslj/

Long Siew Fun. (2002). Pembinaan Perisian Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) dalam Topik Pecahan Bagi Matematik Tingkatan 1. Latihan ilmiah, Fakulti Pendidikan.

UKM.Bangi

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan Strategi:

Kajang: Masa Enterprise.

Siti Rohayu Abdul Karim. (2000). Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Keberkesanan Penggunaan

PowerPoint dalam Pembelajaran Kimia di SMK Munshi Abdullah Melaka. Tesis Sarjana UKM Bangi.