kebenaran murid pen. khas menduduki pep. awam

2

Click here to load reader

Upload: annis-salwa-tajudin

Post on 26-Jun-2015

239 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebenaran Murid Pen. Khas Menduduki Pep. Awam

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23)24 September 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998:Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskankepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan GuruBesar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambilpeperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaianmurid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah.

2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman(Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa,hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atausepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalammenyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisisberasingan bagi murid-murid pendidikan khas.

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetuadan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

Page 2: Kebenaran Murid Pen. Khas Menduduki Pep. Awam

2

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul RazakMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid YunusTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan OnnTimbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam