laporan program penilaian pasca menduduki (post...

26
1 LAPORAN PROGRAM PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POST OCCUPANCY EVALUATION - POE) KESESUAIAN REKABENTUK BANGUNAN DARI ASPEK KEPUASAN PENGGUNA DI KOMPLEKS KDN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. November 2014 DISEDIAKAN OLEH: UNIT PEMERIKSAAN BANGUNAN BARU BAHAGIAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Upload: duongnhu

Post on 04-Aug-2019

333 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1

LAPORAN PROGRAM PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POST OCCUPANCY EVALUATION - POE)

KESESUAIAN REKABENTUK BANGUNAN DARI ASPEK KEPUASAN PENGGUNA DI KOMPLEKS KDN, WILAYAH

PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

November 2014

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT PEMERIKSAAN BANGUNAN BARU BAHAGIAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 OBJEKTIF POE 4

3.0 TAHAP PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE) 5 - 6

4.0 MAKLUMAT PROJEK 7

5.0 METODOLOGI 8

6.0 ANALISA DAN HASIL PENEMUAN 9 - 15

7.0 KEPUTUSAN 16 - 22

8.0 KESIMPULAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 23 - 24

9.0 LAMPIRAN 25

- Lampiran A : Borang Soal Selidik (Questionnaire)

10.0 RUJUKAN 26

3

1.0 PENGENALAN

1.1 Kerajaan telah membina bangunan-bangunan sejak bertahun lamanya.

Namun begitu, bangunan-bangunan tersebut tidak diketahui dari segi

prestasi tahap kepuasan pengguna. Ini kerana tidak terdapat alat

pengukuran tahap kepuasan pengguna terhadap bangunan yang telah

siap dibina dan diduduki. Kesan daripada situasi ini mengakibatkan

masalah reka bentuk sentiasa berulang dan tidak dapat diatasi. Dari

sudut lain, pengguna tidak dapat menyalurkan ketidakpuasan terhadap

prestasi bangunan kerana tiada medium yang disediakan.

1.2 Oleh yang demikian, POE amatlah diperlukan sebagai alat pengukur

bagi mengenal pasti tahap kepuasan pengguna bangunan dan prestasi

sesuatu bangunan bagi tujuan penambahbaikan penyampaian

perkhidmatan bangunan.

1.3 Penilaian Pasca Menduduki (POE) adalah penilaian prestasi ke atas

bangunan yang telah beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya 12

bulan dan dinilai mengikut maklumbalas pengguna bangunan. Penilaian

ini mampu memastikan bangunan kerajaan yang direkabentuk dan telah

beroperasi sentiasa memenuhi keperluan optimum pengguna bangunan

dengan kos operasi, penyenggaraan dan kitar hayat yang berkesan.

4

2.0 OBJEKTIF POE

2.1 Mendapatkan maklum balas kepuasan penghuni bangunan

terhadap prestasi aset bangunan.

2.2 Memberi input kepada peringkat perancangan, rekabentuk dan

pengurusan fasiliti.

2.3 Mendapat iktibar untuk dijadikan input kepada penambahbaikan

dalam peringkat kitaran hayat aset.

2.4 Memberi input dalam analisis perancangan strategi pengurusan

aset.

5

3.0 TAHAP PENILAIAN PASCA MENDUDUKI (POE)

3.1 Tahap 1- Kajian Dasar ( Indikatif )

3.1.1 Memberi petunjuk ke atas prestasi sesebuah aset bangunan

yang dikaji bagi mengenalpasti pencapaian objektif

pewujudannya.

3.1.2 Kaedah pelaksanaan adalah melalui aktiviti soal selidik

terhadap penghuni bangunan yang dikaji.

3.1.3 Hasil kajian dapat memberi maklum balas kepuasan

penghuni bangunan terhadap prestasi aset bangunan

tersebut dan menjadi salah satu elemen skor dalam

Penarafan Aset.

3.1.4 Laporan POE dapat mewujudkan kesedaran tentang

keperluan mencari penyelesaian isu yang timbul dan

penambahbaikkan penyampaian aset bangunan agar

selaras dengan objektif PSPA.

3.2 Tahap 2 - Kajian Penyiasatan (Masih di tahap perancangan)

3.2.1 Menyiasat isu yang timbul lanjutan daripada kajian dasar

yang telah dilaksanakan.

3.2.2 Penyiasatan berdasarkan dokumen, garis panduan, rekod-

rekod terdahulu berkaitan aset bangunan dan kajian di

tapak.

3.2.3 Dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti pengumpulan data

termasuk temubual ke atas responden yang berkaitan bagi

aset bangunan yang dikaji.

6

3.2.4 Hasil kajian dapat memberikan kefahaman terhadap punca

dan akibat ke atas isu prestasi bangunan yang timbul.

3.2.5 Laporan kajian dapat menjadi rujukan kepada

penambahbaikan penyampaian perkhidmatan aset

bangunan agar selaras dengan objektif Pelan Strategi

Pengurusan Aset (PSPA).

3.3 Tahap 3 - Kajian Diagnostik (Masih di tahap perancangan)

3.3.1 Menjalankan diagnosis ke atas isu prestasi aset bangunan.

3.3.2 Mewujudkan pengetahuan baru (new knowledge) berkaitan

aspek aset bangunan dll. (regarding buildings acpect etc.)

3.3.3 Inovasi proses rekabentuk, proses kerja dan teknologi yang

akan memberi impak kepada prestasi aset bangunan.

(Innovation of work processes, technology, design etc.).

3.3.4 Laporan kajian dapat menjadi rujukan kepada

penambahbaikan penyampaian perkhidmatan aset

bangunan agar selaras dengan objektif Pelan Strategi

Pengurusan Aset (PSPA).

7

4.0 MAKLUMAT PROJEK

Nama Projek: Pembinaan Kompleks KDN Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur

Skop Kerja: Pembinaan Kompleks KDN Wilayah Pesekutuan

Kuala Lumpur terdiri daripada satu (1) unit

bangunan pentadbiran 7 tingkat, satu (1) unit

bangunan komuniti 3 tingkat termasuk

infrastruktur.

Pelanggan: Kementerian Dalam Negeri

Nama Kontraktor: Asas Meranti – Tidalmarine JV

No. Kontrak: JKR/IP/CKUB/99/2009

Harga Kontrak Semasa: RM 148,666,516.77

Tarikh Milik Tapak: 15-04-2009

Tarikh Siap Asal: 12-04-2011

Tarikh Siap Sebenar: 24-09-2011

Tempoh Kecacatan: 24-09-2011 hingga 21-01-2014

Pegawai Penguasa: Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan

Pejabat Penyelia: Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit

Pengurusan Projek 3 (Cawangan Kerja

Keselamatan)

8

5.0 METODOLOGI

5.1 Tahap 1 iaitu Kajian Dasar (Indikatif) telah dilaksanakan melalui

pengedaran borang-borang soal selidik (Questionnaire) kepada

kakitangan / pengguna bangunan. Edaran borang soal selidik

kepada penghuni kuarters tersebut adalah untuk mendapatkan

maklumbalas kajian.

5.2 Borang Soal Selidik (Questionnaire – lihat Lampiran A) yang telah

disediakan dibahagikan kepada tiga aspek berikut:

Pelan Susunatur

Bahan Kemasan

Persekitaran Kerja @ Kemudahan Yang Disediakan

5.3 Kumpulan sasaran / responden adalah terdiri daripada kakitangan

dan pelawat di Kompleks KDN Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Sejumlah 485 orang responden telah mengisi borang soal

selidik yang telah diedarkan.

5.4 Maklumbalas kajian soal selidik kemudiannya dianalisa

menggunakan perisian analisis “SPSS” (Statistical Package for the

Social Sciences). Penemuan berikut adalah diperlukan bagi

mengenalpasti persepsi pengguna terhadap bangunan yang

didiami:

Nilai min tertinggi menunjukkan persepsi pengguna bangunan

memilih “Sangat Setuju / Setuju” terhadap soalan-soalan yang

dikemukakan.

Nilai min terendah menunjukan persepsi pengguna bangunan

memilih “Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju” terhadap

soalan-soalan yang dikemukakan.

5.5 Hasil penemuan ini kemudiannya digunakan untuk membuat

rumusan terhadap kepuasan pengguna terhadap kemudahan-

kemudahan yang disediakan. Seterusnya, cadangan-cadangan

penambahbaikan disediakan.

9

6.0 ANALISA DAN HASIL PENEMUAN Analisis dilaksanakan dengan memasukkan data-data yang

diperolehi daripada borang soal selidik ke dalam “SPSS” (Statistical

Package for the Social Sciences). Data kekerapan (frequencies) bagi

maklumat demografi seperti jantina, umur, bahagian, agensi, jawatan dan

pengalaman kerja telah diperolehi. Seterusnya, pemarkahan keseluruhan

POE telah didapatkan melalui pengiraan di Jadual 6.7. Min statistik bagi

setiap soalan dari B8 sehingga B55 telah diplot pada graf seperti dalam

Rajah 6.1 bagi mendapatkan min tertinggi dan min terendah dan

peratusan responden diperolehi bagi setiap aspek penilaian seperti di

Carta 6.1. Akhirnya, tahap dan pemarkahan POE telah dirumuskan.

Berikut adalah hasil penemuan analisis:

6.1 Penemuan Maklumat Demografi

Jantina Frekuensi Peratus

Lelaki 227 46.8%

Perempuan 248 51.1%

Tidak Menjawab 10 2.1%

Jumlah 485 100.0%

Jadual 6.1: Maklumat Jantina

10

Umur Frekuensi Peratus

21 tahun ke bawah 17 3.5%

22 - 29 Tahun 202 41.6%

30- 49 Tahun 220 45.4%

50 Tahun ke atas 35 7.2%

Tidak Menjawab 11 2.3%

Jumlah 485 100.0%

Jadual 6.2: Maklumat Umur

Bahagian / Kumpulan Frekuensi Peratus

Kumpulan Pengurusan & Profesional 33 6.8%

Kumpulan Sokongan 351 72.4%

Tidak Menjawab 101 20.8%

Jumlah 485 100.0%

Jadual 6.3: Bahagian / Kumpulan

Agensi Frekuensi Peratus

Jabatan Imigresen 226 46.6%

Jabatan Pendaftaran Negara 92 19.0%

Jabatan Pertahanan Awam 3 0.6%

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan 16 3.3%

AADK 4 0.8%

Bahagian Penapisan Filem 32 6.6%

RELA 18 3.7%

Orang Awam 83 17.1%

Tidak Menjawab 11 2.3%

Jumlah 485 100.0%

Jadual 6.4: Agensi

11

Jawatan Frekuensi Peratus

Pengarah 5 1.0%

Timbalan Pengarah 2 0.4%

Pegawai 166 34.2%

Penolong Pegawai 26 5.4%

Pembantu 129 26.6%

Pengawal Keselamatan 1 0.2%

Pemandu Kenderaan 10 2.1%

Pembantu Am 17 3.5%

Pekerja Awam 41 8.5%

Lain-lain 58 12.0%

Tidak Menjawab 30 6.2%

Jumlah 485 100.0%

Jadual 6.5: Jawatan

Pengalaman Kerja Frekuensi Peratus

Kurang 3 tahun 126 26.0%

3 - 5 tahun 82 16.9%

6 - 10 tahun 154 31.8%

Lebih 10 tahun 107 22.1%

Tidak Menjawab 16 3.2%

Jumlah 485 100.0%

Jadual 6.6: Pengalaman Kerja

6.2 Pengiraan Dan Analisis Pemarkahan POE (Tahap 1)

Pemarkahan POE (Tahap 1) adalah berdasarkan kepada

pengiraan pemarkahan skor yang di nilai oleh setiap responden (Sangat

Tidak Setuju = 1, Tidak Setuju = 2, Setuju = 3, Sangat Setuju = 4) bagi

setiap soalan soal selidik (rujuk kepada lampiran). Berikut adalah jadual

Pengiraan Dan Analisis Pemarkahan POE (Tahap 1).

12

6.2.1 Pengiraan Pemarkahan Keseluruhan Penilaian POE Tahap 1

A) Pengiraan Skor Aspek Penilaian:

Skor Aspek Penilaian (SAP) = Jumlah Skor Keseluruhan (JSk) x 100%

Jumlah Skor Tertinggi (JSt)

Aspek Pelan Susun Atur (AP1)

JSkAP1 = Jumlah Skor Keseluruhan Soalan AP1

= 25419

JStAP1 = Jumlah responden x Skala tertinggi

= 10094 x 4 = 40376

SAP1 = (25419 / 40376) x 100%

= 63%

Aspek Bahan Kemasan (AP2)

JSkAP2 = Jumlah Skor Keseluruhan Soalan AP2

= 17982

JStAP2 = Jumlah responden x Skala tertinggi

= 6687 x 4 = 26748

SAP2 = (17982 / 26748) x 100%

= 67%

Aspek Persekitaran@Kemudahan Yang Disediakan (AP3)

JSkAP3= Jumlah Skor Keseluruhan Soalan AP3

= 15572

JStAP3 = Jumlah responden x Skala tertinggi

= 5750 x 4 = 23000

SAP3 = (15572 / 23000) x 100%

= 68%

13

B) Pengiraan Skor Penilaian Keseluruhan POE Tahap 1 (SPOE1)

Skor Penilaian POE Tahap 1 = Jumlah Skor Keseluruhan (JSk) x 100%

Jumlah Skor Tertinggi (JSt)

JSk = JSkAP1 + JSkAP2 + JSkAP3

= 25419 + 17982 + 15572

= 58973

JSt = JStAP1 + JStAP2 + JStAP3

= (10094 + 6687 + 5750) x 4

= 90124

SPOE1 = (58973 / 90124) x 100%

= 65%

14

Pelan Susun Atur Bahan Kemasan Persekitaran

Rajah 6.1 : Graf menunjukan analisis statistik bagi Kompleks KDN, Jalan Duta, Kuala Lumpur

2.94

1.61

2.87

2.13

2.91

2.40

2.91

0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

3.50

B8 B10 B12 B14 B16 B18 B20 B22 B24 B26 B28 B31 B33 B35 B37 B39 B41 B43 B45 B47 B49 B51 B53 B55

B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23

B24 B25 B26 B27 B28 B30 B31 B32 B33 B34 B35 B36 B37 B38 B39 B40

B41 B42 B43 B44 B45 B46 B47 B48 B49 B50 B51 B52 B53 B54 B55

6.3 Maklumat Min Tertinggi dan Min Terendah Bagi Setiap Soalan Mengikut Aspek Penilaian

15

6.4 Analisis terhadap kandungan ulasan responden

Selain menganalisis data mengunakan perisian SPSS, borang soal selidik

juga mengandungi soalan terbuka iaitu soalan B.29 dan soalan terakhir di

borang soal selidik mengenai cadangan dan ulasan responden. Menggunakan

teknik analisis kandungan berikut adalah di antara tambahan kemudahan yang

diperlukan di Kompleks KDN:

i. Taman/ Ruang permainan untuk kanak-kanak

ii. Ruang makan / Kafeteria yang lebih luas

iii. Taska / Pusat jagaan kanak-kanak untuk kakitangan di Kompleks

KDN

iv. Tambahan surau

v. Bilik / ruang rehat kakitangan

vi. Gimnasium

16

7.0 KEPUTUSAN

7.1 Rumusan Keseluruhan

i. Berikut adalah carta pai yang menunjukan peratusan skor skala

bagi setiap aspek penilaian.

Carta 6.1 : Peratusan Responden Mengikut Skala

Sangat Tidak

Setuju15%

Tidak Setuju27%Setuju

49%

Sangat Setuju

9%

PELAN SUSUN ATUR

Sangat Tidak

Setuju8%

Tidak Setuju23%

Setuju61%

Sangat Setuju

8%

BAHAN KEMASAN

Sangat Tidak

Setuju9%

Tidak Setuju22%

Setuju58%

Sangat Setuju11%

PERSEKITARAN

17

TAHAP MARKAH HURAIAN

3

≥ 85%

Tahap kepuasan pengguna terhadap prestasi aset bangunan adalah sangat baik dan mematuhi keperluan dan kepuasan pengguna bangunan.

SANGAT BAIK

2 ≥ 50% hingga < 85%

Tahap kepuasan pengguna terhadap prestasi aset bangunan adalah baik manakala keperluan dan kepuasan pengguna bangunan masih boleh ditambahbaik dan ditingkatkan.

BAIK

1

< 50%

Tahap kepuasan pengguna terhadap prestasi aset bangunan adalah lemah dan tidak menepati keperluan sebenar pengguna bangunan.

LEMAH

Jadual 6.6 : Tahap dan Permakahan Penilaian POE Tahap 1

ii. Jumlah Skor Setiap Aspek POE ialah:

a. Jumlah Skor bagi AP1 = 63.0% →BAIK

b. Jumlah Skor bagi AP2 = 67.2% →BAIK

c. Jumlah Skor bagi AP3 = 67.7% →BAIK

iii. Aspek POE yang paling kritikal adalah AP1 iaitu Pelan Susunatur

(Layout Plan) terutamnya masalah tempat meletak kereta.

iv. Rumusan Keputusan POE :

Kesimpulannya, skor keseluruhan POE adalah 65% dan

berdasarkan Jadual 6.6, tahap kepuasan penghuni terhadap prestasi

aset bangunan ini adalah pada TAHAP 2 (BAIK) iaitu prestasi aset

bangunan adalah baik tetapi keperluan dan kepuasan pengguna

bangunan masih boleh ditambahbaik dan ditingkatkan.

18

7.2 Rumusan persepsi responden

Berdasarkan daripada Jadual 6.7 dan Rajah 6.1, di antara

kemudahan yang mendapat persepsi tertinggi dan persepsi terendah

daripada maklumbalas responden telah disenaraikan mengikut

aspek-aspek penilaian. Berikut adalah kemudahan-kemudahan

tersebut:

7.1.1 Persepsi Tertinggi

Pelan Susun Atur (Layout Plan)

Soalan B9 : Kedudukan dan laluan pintu masuk utama adalah

sesuai dan selesa.

Keterangan : Menunjukan kedudukan pintu masuk yang

disediakan adalah sesuai dan selesa untuk

digunakan oleh kakitangan dan penguna.

19

Bahan Kemasan

Soalan B32 : Kemasan lantai yang digunakan adalah selesa,

selamat dan praktikal.

Keterangan : Menunjukan kemasan lantai yang telah

digunakan adalah sesuai

20

Persekitaran @ Kemudahan yang disediakan

1. Soalan B44 : Anda berasa selamat di persekitaran

Bangunan Kompleks KDN

Keterangan : Menunjukan penghuni dan pengguna

merasakan selamat semasa berada di

sekitar bangunan.

2. Soalan B55 : Lokasi fountain adalah bersesuaian

Keterangan : Menunjukan bahawa kedudukan lokasinya

fountain adalah sesuai.

21

7.1.2 Persepsi Terendah

Pelan Susun Atur (Layout Plan)

Soalan B9 : Tempat letak kereta yang disediakan adalah

mencukupi.

Keterangan : Didapati kemudahan tempat letak kereta yang

disediakan adalah tidak mencukupi dan penguna

terpaksa meletak kereta di tempat yang tidak

sepatutnya.

22

Bahan Kemasan

Soalan B36 : Kedudukan dan bilangan kerusi yang disediakan

di ruang lobi bagi orang awam yang mengunjungi

premis KDN adalah sesuai dan mencukupi.

Keterangan : Kerusi yang disediakan bagi kegunaan orang

awam adalah tidak mencukupi dan didapati

terdapat orang awam yang duduk di atas lantai.

Persekitaran @ Kemudahan yang disediakan

Soalan B51 : Compound lighting (tempat letak kereta dan lobi)

bangunan adalah mencukupi

Keterangan : Didapati Compound lighting yang disediakan

adalah tidak mencukupi.

23

8.0 KESIMPULAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan daripada hasil analisis, secara keseluruhannya dapatlah

disimpulkan bahawa para pengguna bangunan berpuashati dengan

pelan susunatur, bahan kemasan dan persekitaran di bangunan

tersebut. Walaubagaimanapun keperluan dan kepuasan penghuni

bangunan boleh ditambahbaik dan ditingkatkan lagi. Diantara

kemudahan yang perlu ditingkatkan adalah seperti berikut:

1. Kemudahan tempat letak kereta yang disediakan untuk

kakitangan dan orang awam adalah sangat tidak mencukupi.

Melalui temubual bersama penghuni didapati bahawa tempat

letak kereta yang diperlukan adalah sebanyak 1600 tetapi yang

disediakan hanyalah 400. Selain itu tempat letak motosikal dan

tempat letak kereta untuk golongan OKU juga adalah tidak

mencukupi. Dicadangkan supaya satu bangunan tempat letak

kereta bertingkat dibina berdekatan dengan bangunan tersebut.

2. Tempat letak kereta secara terbuka yang terletak di hadapan

bangunan KDN tanpa laluan berbumbung juga mengundang

masalah kepada penghuni terutamanya ketika hujan.

Sehubungan itu, satu laluan berbumbung perlu dibina bagi

memudahkan pengguna.

3. Hasil analisis juga menunujukan penghuni dan pengguna

kurang berpuashati dengan bilangan tandas yang disediakan

untuk orang awam. Tandas awam yang disediakan tidak dapat

menampung keperluan orang awam yang mengunjung

bangunan tersebut. Di samping itu, kakitangan bangunan KDN

merasakan bahawa tandas perlu diasingkan untuk kakitangan

dan juga orang awam.

24

4. Bilangan kerusi menunggu yang disediakan di ruang lobi untuk

orang awam yang mengunjungi premis KDN adalah tidak

mencukupi sehingga mereka terpaksa duduk di atas lantai

sementara menunggu giliran. Bagi mengatasi masalah ini

kerusi menunggu untuk orang awam di ruang lobi perlu

diperbanyakkan lagi.

5. Ruang kafeteria yang disediakan didapati sempit dan tidak

dapat menampung keperluan terutamnya ketika waktu rehat.

Dicadangkan untuk memperluaskan ruang kafeteria ataupun

mewujudkan satu lagi kafeteria untuk keselesaan pengguna.

6. Kebanyakkan kakitangan juga menyatakan keperluan

kemudahan taska di dalam bangunan bagi memudahkan untuk

penjagaan anak-anak mereka.

25

9.0 LAMPIRAN

Lampiran A : Borang Soal Selidik (Questionnaire)

26

10.0 RUJUKAN

1. Garis Panduan Penilaian Pasca Menduduki (POE) Tahap 1 oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara, Cawangan Kejuruteraan Senggara, JKR Malaysia.