kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

6
Kebaikan dan keburukan pemansuhan PMR POSITIF Kebaikan yang mungkin dapat dirasai jika pemansuhan UPSR dan PMR berlaku ialah taraf produktiviti sekolah akan lebih meningkat. Sebagai contoh, kalau tak percaya, cuba tanya dengan guru-guru yang mengajar tahun 6 atau tingkatan 3, mereka sebenarnya telah ditekankan dengan suatu objektif untuk meningkatkan nama baik sekolah,. Apatah lagi jika tekanan ini diberikan oleh pihak PIBG dan Guru Besar/Pengetua itu sendiri. Frankly, tak bersalah untuk meningkatkan nama baik sekolah, ianya secara tidak langsung mempromosikan sekolah itu sendiri dimata masyarakat Malaysia. Contohnya, bila sebut SMK Ulu Tiram, Johor, apa yang akan anda fikirkan? Mestilah pelajar cemerlang SPM 2004 Nur Amalina. Jadi ianya macam satu tekanan terhadap guru-guru sekolah untuk berusaha keras bagi memastikan sekolah masing- masing melahirkan pelajar yang pintar, cemerlang dan mengkagumkan.. tapi, bila dah asyik ditekan-tekan, lain la pula jadinya terhadap guru-guru.. Guru merupakan seorang manusia dan bukanlah sebuah patung atau robot seperti Doraemon. Guru mempunyai emosi. So, cuba gabungkan emosi tertekan + marah (maybe masalah rumahtangga) + tension (kena marah dengan GB/Pengetua kerana pelajar gagal, Dah tentu ini membawa kepada keadaan masalah jiwa yang lebih dashyat dan ini akan secara langsung mempengaruhi taraf produktiviti dan keberkesanan sistem P&P di kelas… itu belum lagi masuk masalah pelajar degil, disiplin, dan macam-macam hal lagi… so bila takde exam, tiadalah tekanan dan dah pasti P&P berjalan dengan lebih ceria, lancar dan ibubapa juga tak perlu risau sangat mengenai ehwal akademik anak-anak mereka.. cukuplah sekadar follow up day-by-day… Kebaikan seterusnya, mengubah persepsi masyarakat Malaysia tentang dasar exam-oriented. That’s it, it is now happen in Malaysia, segalanya diterapkan melalui peperiksaan. Subjek yang tidak ada kena mengena dengan

Upload: zaliey-zakaria

Post on 11-Jul-2015

2.594 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

Kebaikan dan keburukan pemansuhan PMR

POSITIF Kebaikan yang mungkin dapat dirasai jika pemansuhan UPSR dan PMR berlaku ialah taraf produktiviti sekolah akan lebih meningkat. Sebagai contoh, kalau tak percaya, cuba tanya dengan guru-guru yang mengajar tahun 6 atau tingkatan 3, mereka sebenarnya telah ditekankan dengan suatu objektif untuk meningkatkan nama baik sekolah,. Apatah lagi jika tekanan ini diberikan oleh pihak PIBG dan Guru Besar/Pengetua itu sendiri. Frankly, tak bersalah untuk meningkatkan nama baik sekolah, ianya secara tidak langsung mempromosikan sekolah itu sendiri dimata masyarakat Malaysia. Contohnya, bila sebut SMK Ulu Tiram, Johor, apa yang akan anda fikirkan? Mestilah pelajar cemerlang SPM 2004 Nur Amalina. Jadi ianya macam satu tekanan terhadap guru-guru sekolah untuk berusaha keras bagi memastikan sekolah masing-masing melahirkan pelajar yang pintar, cemerlang dan mengkagumkan.. tapi, bila dah asyik ditekan-tekan, lain la pula jadinya terhadap guru-guru.. Guru merupakan seorang manusia dan bukanlah sebuah patung atau robot seperti Doraemon. Guru mempunyai emosi. So, cuba gabungkan emosi tertekan + marah (maybe masalah rumahtangga) + tension (kena marah dengan GB/Pengetua kerana pelajar gagal, Dah tentu ini membawa kepada keadaan masalah jiwa yang lebih dashyat dan ini akan secara langsung mempengaruhi taraf produktiviti dan keberkesanan sistem P&P di kelas… itu belum lagi masuk masalah pelajar degil, disiplin, dan macam-macam hal lagi… so bila takde exam, tiadalah tekanan dan dah pasti P&P berjalan dengan lebih ceria, lancar dan ibubapa juga tak perlu risau sangat mengenai ehwal akademik anak-anak mereka.. cukuplah sekadar follow up day-by-day… Kebaikan seterusnya, mengubah persepsi masyarakat Malaysia tentang dasar exam-oriented. That’s it, it is now happen in Malaysia, segalanya diterapkan melalui peperiksaan. Subjek yang tidak ada kena mengena dengan

Page 2: Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

peperiksaan dianggap mengarut dan membuang masa, so apa akan jadi dengan general and moral value yang dibawa oleh subjek tu, ia sia-sia lah.. sebagai contoh, wujudnya subjek Kajian Tempatan pada untuk sekolah rendah tahap dua dan mulai tahun 2005 Kementerian Pendidikan memulakan P&P matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (mungkin disebabkan semakin hari semakin banyak budak-budak takde Sivik dan nilai patriotisme kot..) untuk student sekolah menengah, tapi malangnya kedua-dua subjek ini tidak diserapkan kedalam Peperiksaan kebangsaan? Tak guna tambah beberapa subjek sekalipun dan merekabentuk apa yang digelar sebagai Jadual Waktu Anjal, tapi tidak dimasukkan kedalam akademik dan apatah lagi dipraktikkan dalam kehidupan. So, pelajar study sambil lewa…, kalau camtu lebih baik kerajaan tak payah buat buku teks sivik, PJK, dan KT sebab kalau hebat pun dalam subjek tu, rata-rata parent bukan peduli sebab tak masuk periksa.. cuba gagal Mathematics atau Geografi? berlari parent hantar pelajar ke Pusat tusyen semata-mata untuk mendapatkan A…itulah hakikat sebenar, walaupun sistem peperiksaan di Malaysia masih belum terlalu kejam seperti di Amerika sehingga perlu dikritik melalui filem Accepted, tapi keadaan sekarang sudah menunjukkan akan wujud. Selain itu, bila dah ditumpu sangat pada exam oriented, akan ada sepertimana yang dikatakan macam deskriminasi antara pelajar. Pelajar kelas A,B diberikan kelas tambahan, kewujudan Kelas Target, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Harapan dan akhirnya membuat kelas C, D hingga hujung seperti dianak tirikan.. oh come on, kemana bebudak yang C,D,E ni nak pergi? Jadi, memang betul, something need to be done there.. (aku bercakap pasal ini sebab aku pernah merasa duduk didalam kelas awal dan kelas sederhana… maybe differ with other school) Jadi, bila tak ada peperiksaan UPSR dan PMR, deskriminasi tadi takdelah nampak ketara sangat. Kekadang, ada pihak yang bercakap, “pihak sekolah tak menganaktirikan pelajar dikelas belakang-belakang, cuma tengok sahajalah, diorang kebanyakkan takde minat terhadap pelajaran”, so that’s in..

Page 3: Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

sendiri bagi jawapan terhadap apa yang dikatakan sebagai exam oriented. Pelajar-pelajar yang kurang berminat dengan sistem pendidikan tak perlu dipaksa dengan akademik yang semacam membebankan bagi mereka, make them free… berikan mereka peluang untuk menggunakan kreativiti dan bakat and at the same time, try to make them more disciplined, well behave and try to make them realize the importance of qualification in life.. Kebaikan yang ketiga, mengurangkan tahap bebanan kewangan dan masalah keluarga. Nowadays, kebanyakan yang duduk di bandar-bandar khususnya bandar besar seperti Lembah Kelang sudah pasti realize yang kepentingan tusyen. Macam-macam cara tusyen yang ada sekarang, 1-to-1, home tusyen, pusat tusyen, tusyen pos, tusyen online dan yang paling dashyat, malah membeli nota-nota yang tak dijamin kemasukkan dalam exam sehingga beratus-ratus RM… bagi keluarga yang kaya, no problem… melambak pusat tusyen di KL ni, macam-macam nama seperti Mawar Kasturi, Kancil Itik juga ada boleh mendaftar dengan senang hati, tapi bagi yang kurang berkemampuan camana pulak? Selain itu, tak kurang juga ada pusat tusyen yang berkonsepkan Pendidikan ialah Perniagaan dengan memberi caj mahal giler kepada pelajar-pelajar yang nak menuntut ilmu.. tak ke pening kepala parent nak mencari dana? Jadi, bila takde peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR, takdelah terlalu terbeban sangat ibubapa ni untuk preparekan tusyen… tu belum lagi pasca-PMR dan pasca-SPM, iaitu tatkala masing-masing dah peroleh kelayakan untuk membawa kenderaan bermotor atau yang mana berjaya menjejakan kaki ke menara gading (universiti) samada IPTA atau IPTS, bolehlah korang create sendiri hipotesis iaitu semakin banyak duit diperlukan maka semakin pening la parent yang kurang mampu untuk menampung perbelanjaan tersebut NEGATIF Baiklah, setiap benda yang manis kekadang kalau dah melebih mesti ada keburukannya jugak kan? So, mari kita tengok apa

Page 4: Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

keburukan akibat tindakan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR ini tadi. Keburukan yang pertama jika peperiksaan UPSR dan PMR, akan hilang daya saing atau minat belajar, khususnya kepada pelajar Melayu. Baiklah, aku bukanlah ingin downkan bangsa Melayu, tapi sebab aku ni sebagai seorang Melayu, aku letakkan Melayu sebagai bangsa contoh dalam blog ini, tapi cuba fikir balik, mengikut analisa dan kajian (ehem) yang aku jalankan, cuba tengok sekeliling korang, berapa ramai kawan-kawan korang (atau murid tahun 6 dan tingkatan 3) yang bangsa Melayu nak duduk mentelaah buku (bukan mukabuku) bila sampai tahun peperiksaan. Sebagai contoh, murid tahun 6 dan tingkatan 3. Mungkin dalam sesebuah sekolah, keadaan asyik mentelaah buku ini hanya dapat dilihat kepada pelajar kelas-kelas A dan B sahaja. Jadi, konklusinya, sedangkan dah tahu hujung tahun nak exam pun tak mau baca buku, inikan pulak bila kedua-dua exam ini dimansuhkan? Lagi laa malas… Seterusnya, masalah sosial semakin melambak di Malaysia. Tak cukup dengan masalah sosial yang diimport dan dilakukan oleh pendatang asing khususnya dari negara-negara terdekat, kini kita sedang merancang untuk menambah lagi masalah. Malas nak berceloteh panjang, cuba fikirkan, jika kerajaan tak wujudkan exam di Tingkatan 3, makin dashyatlah perilaku remaja-remaja ini. Tatkala bangsa sedunia sedang berusaha memupuk pemikiran dan sahsiah ideologi kelas pertama dalam masyarakat, kita di Malaysia ini seolah-olah menggalakkan pelajar membazir masa dan tenaga… peperiksaan kelayakan ke SBP dan MRSM? Sudah tentu sekali dianggap tidak berguna atau tidak penting oleh pelajar-pelajar yang bermasalah. Bak kata sorang kawan aku; “Kita hidup hanya sekali, remaja hanya sekali, so bila tak diwajibkan exam, there is no need to work damn hard, so let’s enjoy your life and have fun..” dan bersedialah untuk merasai impak negatif bila kehidupan dipersiakan… sudah tentu Malaysia mungkin dipenuhi macam-macam masalah sosial samada secara fizikal atau secara maya (online). Bersediakah anda?

Page 5: Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

Keburukan yang seterusnya, akan timbul soal kelayakan akademik menengah. Tanpa peperiksaan yang setanding seperti PMR, sudah tentu agak sukar bagi pelajar untuk menentukan bidang yang sesuai dengan kelayakan akademik untuk memasuki ditingkatan empat. Maka, timbulah cerita seperti mengikut kawan atau pilih bidang untuk glamorseperti yang pernah aku suarakan pada Januari yang lalu. Mungkin gov akan buat satu sistem penilaian dan pentaksiran peringkat sekolah, tapi sejauh mana keberkesananya masih belum terjamin. Sudah pastinya ini akan meningkatkan peleburan wang kerajaan apabila perlu menghantar guru-guru data dan Pengarah Peperiksaan Dalaman untuk berkursus mengenai sistem baru. Tidakkah itu akan melibatkan kerumitan? So, bila dah rumit dan kadangkala sistem itu mengambil masa beberapa tahun untuk menjadi betul-betul stabil, maka, apakah kualiti pelajar perintis yang diimplementasikan sistem tersebut. Sudah tentu hasilnya tidak seperti yang dikehendaki dan pada saat saat tertentu nanti, mungkin juga akan berlaku sesuatu kenyataan pahit tentang keberkesanan sistem tersebut. Tidak mustahil, tanpa peperiksaan seperti PMR yang benar-benar kukuh, seorang pelajar yang tidak ingin berusaha dan asyik gagal subjek Mathematics diluluskan untuk masuk kelas Sains 1 (Biologi) semata-mata disebabkan minat dan glamor. Hasilnya, akan lahir pelajar pasca-SPM yang akhirnya tidak diterima masuk ke IPTA dan lebih malang lagi, disebabkan tidak ada apa yang ingin dibuat, pelajar tersebut akhirnya menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik masalah sosial di Malaysia. Kesimpulannya, jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ada kebaikan dan keburukan. Pihak berkaitan tidak boleh membuat keputusan terburu-buru apatah lagi dipengaruhi tekanan dan unsur-unsur politik. Bak kata seorang penghantar SMS di ruangan RakanBH dalam akhbar Berita Harian, “setiap kali sistem pendidikan diubah, pelajar dijadikan bahan eksperimen, kasihanilah kami” .. amat diharapkan agar keputusan yang tepat, telus, dan bernas dicapai tanpa melibatkan dan memungkinkan berlakunya sebarang pindaan

Page 6: Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr

pada masa akan datang. Contoh terdekat adalah PPSMI yang kini sudah tak wujud lagi.. Aku juga tak menolak bahawa mungkin wujud perasaan berasa “tak adil la camni” dari pelajar-pelajar terdahulu sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan. perkongsian bersama - dipetik dari blog omar.my