g g a lensa 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu...

8
In this issue: Story Title 1 Story Title 1 Story Title 2 Story Title 2 Isu 01/ 2015 SINERGI KAUNSELING SINERGI KAUNSELING kandungan AKRAB NRE telah dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Amalan Terbaik AKRAB (ATA) yang julung kali dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Sebanyak sembilan (9) pencalonan telah dipertandingkan melibatkan penyertaan oleh Jabatan/ Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Agensi Swasta. Pingat tersebut telah disampaikan oleh Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) semasa Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke - 5 di Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Jun 2014 yang lalu. AKRAB NRE telah memenangi anugerah tersebut melalui Program ‘Belaian Kasih’ iaitu Program Corporate Social Responsibilitiy (CSR) yang telah dilaksanakan pada 20 Mei 2014 di Rumah Seri Kenangan, Cheras, Selangor. LENSA 2014 Bahagian pengurusan sumber manusia Konsep Asas Psikologi & Kaunseling Islam…. Bersediakah AKRAB menjadi agen transformasi?. Kapsul Psikologi….. Dementia………….. 1 2 3 4 6

Upload: duongkhue

Post on 14-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

In this issue:

Story Title 1

Story Title 1

Story Title 2

Story Title 2

Is

u 0

1/ 2

015

S

IN

ER

GI K

AU

NS

EL

IN

GS

IN

ER

GI K

AU

NS

EL

IN

G

k a n d u n g a n

AKRAB NRE telah

dianugerahkan Pingat

Gangsa bagi Amalan Terbaik AKRAB (ATA) yang julung kali dianjurkan

oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan

kerjasama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Sebanyak sembilan (9)

pencalonan telah dipertandingkan melibatkan penyertaan oleh Jabatan/

Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Agensi Swasta. Pingat tersebut telah

disampaikan oleh Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman, Timbalan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) semasa Konvensyen

AKRAB Kebangsaan Kali Ke - 5 di Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Jun

2014 yang lalu. AKRAB NRE telah memenangi anugerah tersebut melalui

Program ‘Belaian Kasih’ iaitu Program Corporate Social

Responsibilitiy (CSR) yang telah dilaksanakan pada 20 Mei 2014 di

Rumah Seri Kenangan, Cheras, Selangor.

L E N S A 2 0 1 4

Ba

ha

gia

n p

en

gu

ru

sa

n s

um

be

r m

an

us

ia

Konsep Asas

Psikologi &

Kaunseling Islam….

Bersediakah

AKRAB menjadi

agen transformasi?.

Kapsul Psikologi…..

Dementia…………..

1

2

3

4

6

Page 2: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

KKK aunseling Islam sebenarnya

telah lama bertapak di dunia ini

sejak zaman nabi-nabi dan rasul-rasul

terdahulu lagi. Mereka mengajak umat

manusia ke arah kebaikan dan

mencegah segala kemungkaran yang

bermatlamatkan untuk kesejahteraan

hidup umat secara mutlak di dunia ini

(Said, 1993).

Namun, pelbagai cabaran dan

rintangan yang terpaksa dilalui oleh

mereka dalam menyebarkan agama,

sekaligus mengajak manusia ke arah

kebaikan secara hakiki (Said, 1993).

Ada yang mengikut jalan

kebaikan sebagaimana yang diajak

oleh para nabi dan rasul dan ada yang

menjadi penentang utama kepada

kebaikan ini dan kekal dengan budaya

serta pegangan yang lama. Inilah yang

banyak mendatangkan keburukan ke

atas umat yang tidak mahu mengikut

jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan

pelbagai balasan di atas kemungkaran

yang mereka lakukan (Harun, 2002).

Di sinilah mereka menjadi

kaum-kaum yang pupus sebagaimana

kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan

dalam banjir besar, kaum Nabi Luth

yang ditimpa dengan batu api serta

bumi diterbalikkan, kaum Saba’

didatangi banjir yang besar, Firaun dan

pengikutnya dilemaskan di dalam laut,

dan juga sejarah zaman Rasulullah

yang banyak ditentang oleh mereka

yang tidak mahu mengikuti ajaran

asas kebaikan yang hakiki

(Fadilah, 2004; Harun, 2002).

Dalam model Islam ini,

Othman (2000) melihat aspek ini

berasaskan konsep Psikologi

Kognitif Ad-Din. Konsep Ad-Din ini

merupakan aspek agama yang

sentiasa memberikan satu jalan

kebaikan kepada semua pihak sama

ada peringkat baru lahir sehinggalah

ke liang lahad. Itupun termasuk dengan

keadaan roh sebelum dilahirkan

sehinggalah kepada zaman kematian

dan akhirat nanti.

Elemen roh dan jasad

merupakan konstruk utama terhadap

memahami konsep kejadian manusia

secara hakiki. Kecemerlangan kedua-

dua konstruk ini hasil pengamalan

kebaikan yang akan menjadikan

manusia itu seorang khalifah yang baik

di muka bumi. Di samping itu, pengaruh

empat aspek utama yang akan

menjadikan seseorang khalifah yang

baik iaitu al-Ruh, al-Nafs, al-Qalbu dan

al-Aqal (Othman, 2000).

Ilmu pengetahuan yang

menjadi tunjang dalam Psikologi

Kognitif Ad-Din ini bergandingan

dengan fitrah manusia atau

kejadiannya berasaskan hak milik

Tuhan Abadi. Daripada sinilah lahir

tujuan dan matlamat kehidupan manu-

sia yang sebenar dalam meluruskan

perjalanan sebagai khalifah yang

cemerlang berasaskan al-Quran dan as

-Sunnah. Begitu juga mengikut

perspektif Khaidzir et al., (2009) yang

menjelaskan bahawa psikologi Islam ini

juga mengkhususkan kepada elemen

Ruh, Qalbu, Nafsu, Akal dan Jasad.

Asal kejadian manusia merupakan

makhluk ciptaan Allah daripada sari pati

tanah dan bukannya berasal daripada

haiwan sebagaimana yang diterangkan

oleh ilmuwan Barat. Pelbagai aspek

yang menghidupkan manusia ini

sebagai makhluk yang kreatif dan

bertingkah laku kompleks yang sukar

untuk diterangkan kerana bersifat

subjektif (Khaidzir et al., 2009).

Oleh itu, perspektif Islam yang

melihat elemen ini sebagai asas

kekuatan khalifah menjadi ukuran

bahawa manusia ini mempunyai tugas

dan tanggungjawab utama ke arah

mencari kebaikan dan melarang

sebarang kejahatan.

...bersambung Isu 02/ 2015

Rajah 1: Teori Ibnu Khaldun tentang ‘Ad-Din’ sebagai ‘Way Of Life’

sebagai Khalifah Adaptasi dari sumber Fadilah (2004).

2

Page 3: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

3

AKRAB sebagai agen

transformasi. Mudahnya lidah

menyebut ungkapan ini tetapi

tidak menggambarkan mu-

dahnya tindakan dan peranan

yang perlu dilakukan. Persoa-

lan pertama yang menghantui

saya sebagai ahli AKRAB ialah

adakah saya telah bersedia?

Cukupkah hanya dengan

menghafal dan memahami

kandungan transformasi-

transformasi yang dilancarkan

kerajaan? Atau cukupkah

dengan menghadiri program-

program penerangan serta

seminar yang diadakan?

Di sini ingin saya

kongsikan apa-apa yang saya

peroleh dalam satu seminar

yang dihadiri berkaitan asas

persediaan kita sebagai ahli

AKRAB dalam memper-

siapkan diri menjadi

agen transformasi ini.

Apa yang ingin

saya kongsikan ialah

hasil pemahaman atas

apa-apa perkara yang

telah disampaikan oleh

Ustaz Haslin Bahrin

dalam salah satu

seminar yang saya

hadiri. Secara amnya setiap

ahli AKRAB perlu terlebih

dahulu menyedari dan

memahami peranan hadirnya

mereka ke bumi Allah ini.

Sama ada sebagai seorang

khalifah atau ibid, setiap insan

tidak boleh lari daripada

memiliki jiwa yang suci lagi

luhur. Justeru, bagaimana

cara untuk membentuk jiwa

ini menjadi lembut dan tu-

lus?

Tiga asas yang telah

digariskan oleh Ustaz Haslin.

Pertama, jiwa ini perlu diisi

dengan amalan-amalan soleh.

Apa itu ama-

lan soleh?

Amal soleh

ialah segala

perbuatan

yang diredhai

dan disukai

oleh Allah.

Daripada sekecil-kecil amalan

bermula celiknya mata

hinggalah apabila mata di-

pejamkan semula pada malam

hari.

Seterusnya, jiwa ini

perlu dibersihkan dengan

membuang segala kekotoran

dan

keburukan

yang ada.

Dengan

perkataan

lain, jiwa ini

perlu bersih

daripada

sebarang sifat

mazmumah.

Akhirnya, jiwa ini perlu

terus dibelai dan dibajai

dengan melakukan nilai

tambah ke atas setiap

kebaikan yang dilakukan.

Sentiasa bermuhasabah dan

bersyukur atas apa-apa yang

diperoleh serta berprasangka

baik atas segala yang

berlaku. Setiap jiwa perlu

disayangi bermula daripada

menyayangi diri sendiri,

keluarga, rakan-rakan dan

masyarakat.

Namun ungkapan akan

hanya tinggal ungkapan,

impian juga akan tinggal

impian jika diri seseorang

tidak bersedia untuk

melakukan anjakan paradig-

ma. Benarlah seperti yang

telah difirmankan Allah

mafhumnya, “Sesungguhnya

Allah tidak akan mengubah

nasib sesuatu kaum itu

sehingga mereka sendiri men-

gubah nasib mereka….” (Ar-

Ra’du:11).

Namun, kita mesti ingat

setiap perubahan yang

hendak dilakukan mestilah

ikhlas, datang dari hati yang

luhur serta tawaduk. Barulah

perubahan yang dilakukan

akan berdarah daging dalam

diri dan orang di sekitar kita.

Insya-Allah apabila

kita mampu membangunkan

segala ciri yang disebutkan di

atas ke dalam diri sendiri,

maka kita berupaya menjadi

seoran rakan pembimbing

yang berjaya dan seterusnya

berupaya menjadi agen

kepada transformasi negara.

Seorang AKRAB mesti

menjadi role model dalam

usaha kerajaan melakukan

transformasi.?

Page 4: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

4

Ketepikan Masalah Peribadi

Jangan biarkan emosi anda terjejas hanya kerana masalah peribadi. Sebaiknya elakkan pemindahan perasaan atau emosi

negatif kepada rakan sekerja.

Cipta dan Hias Tempat Kerja

seperti Rumah Anda

Hiasi tempat kerja anda supaya kelihatan menarik dan kemas. Pasti-kan tempat kerja anda mempunyai suasana yang selesa untuk mening-katkan motivasi dan kualiti untuk

anda melaksanakan kerja.

Bina Sistem Sokongan

Eratkan hubungan antara anda dengan rakan sekerja. Ingat! Rakan sekerja

merupakan individu yang anda temui setiap hari. Oleh itu, pembinaan sistem sokongan ini amat penting bagi mem-bantu anda untuk berkongsi pendapat dan emosi

untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

Lakukan Senaman Ringan

Lakukan senaman ringan dan mudah sekiranya anda sudah lama berada dalam posisi yang sama. Alihkan perhatian anda

dari skrin komputer setiap 30 minit. Dengan melakukan pergerakan badan dapat meningkatkan pengaliran darah dan

akan membantu otak anda untuk terus fokus. Pergerakan yang kerap juga bagus untuk tulang belakang dan juga mata anda

kerana ketegangan pada bahagian-bahagian ini boleh menyumbang kepada stres.

Bersikap Positif

Amalkan sikap positif di tempat kerja dan berikan senyuman anda kepada sekeliling bagi menimbulkan semangat dan keakraban. Di samping itu, dapat membina suasana kerja

yang lebih menyeronokkan.

S eorang pengunjung

sebuah hotel tidak

dapat melelapkan

mata sedikit pun ketika menginap di hotel

berkenaan kerana diganggu oleh kehadiran

sekumpulan semut yang cukup ban-

yak hingga memenuhi keseluruhan

cadar katil hotel. Keesokan harinya,

dia pun membuat aduan kepada

pengurus hotel.

Apabila si pengunjung ini

bersama dengan pengurus hotel

datang untuk melihat keadaan

bilik, didapati hanya terdapat

seekor semut mati di atas cadar

katil bilik tersebut. "Apa ni encik.

Takkanlah kerana bangkai seekor

semut ni pun nak bising." Respons

si pengurus setelah membuat

tinjauan terhadap bilik itu.

"Betullah, sekarang hanya ada

seekor semut mati, tetapi

semalam tuan tidak ada di bilik ini ketika

segerombolan kawan-kawannya datang

menziarahi semut yang mati ini"

Demikianlah indahnya sifat murni

makhluk yang bernama semut. Semoga sifat

mulia ini turut diteladani makhluk bernama

manusia dengan saling mengambil berat di

antara satu sama lain.?

Page 5: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

Psikologi putih melambangkan keheningan dan kesucian.

Putih menangani stres.

Pink adalah kasih sayang, mencintai dan penuh emosi kasih

dalam perhubungan manusia.

Biru warna komunikasi, suka berbual, meluahkan idea dan niat

serta warna penawar bagi penyakit dan racun.

Waktu pagi kuning adalah warna kreativiti dan di waktu

petang adalah warna keinginan, nafsu dan cita-cita.

Hijau adalah warna ilmu, fakta dan kehidupan yang sentiasa

hidup atas ilmu dan muhasabah diri

Merah warna bertindak, aktif, agresif dan memulakan sesuatu.

Hitam bukan warna tetapi ketiadaan cahaya. Psikologi hitam

adalah kekuatan menarik semua tenaga alam dan menjadikan

diri lebih kuat, berevolusi, berkeyakinan dan teguh.

5

Ilusi optik seringkali mem-

buat kita ber-tanyakan apa yang kita lihat dan pada saat

kita tertanya-tanya ini batas dan kemampuan indera kita

menjadi nyata.

Page 6: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

6

DIMENTIA adalah sebahagian daripada proses penenuaan.

Setiap individu yang memasuki era 20 tahun mula mengalami

proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak

mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih ting-

gi risiko mendedahkan seseorang kepada dementia.

Sejumlah 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65

tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk

otak. Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal

maun atau hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu

melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah

merah di dalam tulang sum sum.

Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan

kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh

diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi

menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh

menggalakkan proses penyerapan.

Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan

dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin

B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur,

keju dan bahan bijirin.

DD ementia atau nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua. Ia adalah sejenis penyakit otak yang progresif.

Hakikatnya, penyakit yang melibatkan bahagian otak ini juga turut berisiko dialami oleh golongan muda dan kanak-kanak. Di negara ini, ia bukanlah satu penyakit yang asing kerana semakin tinggi jangka hayat dalam masyarakat hari ini akibat tahap kesihatan yang semakin baik, maka semakin tinggi juga risiko untuk mengalaminya. "Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran.

Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia

biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas.

Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas

termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda

yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile

dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan

mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit

ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM,

Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%.

Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang

berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia

mengalami penyakit Alzheimer.

Setengah jenis dementia lebih tinggi dikalangan wanita.

Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tidak

terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras

lemak dalam darah yang tinggi.

Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.

Mereka yang terencat akal.

Mereka yang jarang atau malas untuk berfikir.

• Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian. Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-

peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti

lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimana-

pun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan

akan hilang dari ingatannya.

• Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi

dan mengenakan pakaian.

• Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu,

atau kerap mengulangi percakapan (echolalia). Mereka juga mula hilang

pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya

seperti anak, cucu dan saudara mara lain. Percakapan juga menjadi

semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah.

• Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui.

• Pesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di

kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai

topik-topik yang memalukan.

• Hilang keupayaan membuat penilaian. Fungsi otak akan merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan

dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal

pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka

membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.

• Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah

menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.

• Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.

• Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab.

Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.

• Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah

kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid).

• Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Sesiapa sahaja boleh hadapi...

DementiaDementia

Page 7: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

7

dan adalah dua istilah yang sangat

berbeza. Ramai yang keliru dengan kedua-dua istilah ini. Lu-

pa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu sep-

erti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang ber-

punca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh

membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang

apa yang sedang dilakukan atau didengarnya.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sa-

ma ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca

paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah

kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang dif-

ikirkan, sibuk atau akibat tekanan. Lupa paling kerap di-

alami individu ialah:

. Lupa secara spontan

Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar

mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.

Sindrom otak pasca traumatik

Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga

menimbulkan kecederaan ke atas seseorang.

. Sindrom otak organik

Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan

alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawa-

lan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.

PPP ada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi

pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan

penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam

mengawal sesetengah gejala penyakit.

Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang

boleh menolong dalam mengawal gejala dan

meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan

yang digunakan untuk merawat psikosis,

kemurungan dan masalah emosi.

KKK ajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang

intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya

dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan

cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat

dementia. Maka, lakukanlah aktiviti yang boleh

FUNGSI OTAKFUNGSI OTAKFUNGSI OTAK

DDD i sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah

berumur tinggal seorang di rumahnya. Anak-anaknya

semua bekerja di bandar. Berdekatan rumahnya itu ada

seorang janda yang juga agak berumur yang juga tinggal

seorang. Sudah bertahun lamanya mereka berjiran dan sering

juga berhubung kala kesunyian.

Suatu hari di petang yang redup si duda duduk di

bawah pokok rambai merenung ke arah rumah si janda. Si

janda perasan dan datang menegur si duda, "Pak Uda oii…

apa yang dimenungkannye tu?” Si duda menunduk seketika,

lalu menjawab "Ada perkara aku nak bagi tahu engkau ni

Mak Jan." Berkerut dahi si janda. Kerana kelihatan serius

pulak si duda tu.

"Apanya? Serius saja bunyinya." Si duda merenung si

janda lalu dengan kekuatan yang ada dia berkata. "Aku ni

kepingin hendak berbinikan engkau... engkau sudi tak?" Si

janda tersenyum dan diam seketika lalu si janda menjawab

"Erm... sudi.” Setelah berborak seketika... si janda dan duda

pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah

menjelang senja.

Pada malam itu, si duda gelisah. Dia tidak ingat

jawapan yang diberikan si janda petang tadi. Adakah dia sudi

atau tidak. Ialah.. sudah tua, memori pendek sikit. Setelah

berfikir sejenak, si duda tidak juga mendapat jawapan. Lalu

terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada si janda. Si duda

mendail nombor telefon si janda. Mahu datang ke rumah

tidak molek pula kerana hari sudah larut malam.

"Hello Mak Jan, Pak Uda di sini, aku ingin bertanya.

Almaklum dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya

pada engkau sudikah engkau berkahwin dengan aku, apakah

yang engkau jawab?” Mendengar suara si duda, si janda pun

berkata "Aku jawab aku sudi ikhlas dari hati. Selamat! Nasib

baik engkau telefon aku Pak Uda.” Si duda pelik dengan kata

-kata si janda lalu bertanya "Kenapa?” Si janda menjawab,

"Aku pun lupa siapa yang ajak aku kahwin petang tadi.”

Duda yang Dementia...Duda yang Dementia...Duda yang Dementia...

M e n g a w a l f u n g s i u t a m a pernafasan, pencernaan dan aliran.

Mengawal kepekaan dan kemahiran pergerakan tangan, pertuturan, pembelajaran dan pemikiran.

Mengawal perlakuan semulajadi - daya seks, keseronokan, marah,

Page 8: G G a LENSA 2014 - wk.kats.gov.my · banyak mendatangkan keburukan ke atas umat yang tidak mahu mengikut jalan kebaikan. Mereka ditimpa dengan pelbagai balasan di atas kemungkaran

8

Anakmu suka berdusta: anda terlau ketat mengongkong perbuatannya.

Anakmu tidak punya rasa

percaya diri: anda tidak memberikan dorongan kepadanya.

Anakmu lemah dalam bicara: anda jarang mengajaknya berdialog.

Anakmu mencuri: anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.

Anakmu pengecut: anda terlalui memberikan pembelaan kepadanya.

Anakmu tidak menghormati

orang lain: anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya.

Anakmu selalu marah-marah:

anda tidak memberikan pujian kepadanya.

Anakmu kedekut: anda tidak menyertakannya dalam berbahagi.

Anakmu suka jahat kepada orang

lain: anda kasar terhadapnya.

Anakmu lemah: anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.

Anakmu cemburu: anda mengabaikannya.

Anakmu menganggumu: anda tidak mencium ataua mendakapnya.

Anakmu tidak mau patuh kepa-

damu: anda terlalu banyak permintaan.

Anakmu bermasam muka: anda terlalu sibuk. * ANAKMU ADALAH AMANAH YANG HARUS DIDIDIK DENGAN BAIK.

PESANPESAN