kebaikan bersukan

1
KEBAIKAN BERSUKAN Sukan merupakan suatu aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Dengan cara bersukan juga kita mampu memiliki tubuh badan yang sihat. Aktiviti sukan memerlukan tenaga yang banyak. Ianya juga dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental seseorang. Selain itu, sukan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang. Malah sukan juga telah menjadi suatu temasya yang terkenal di mata dunia. Nama negara menjadi terkenal bukan hanya bergantung pada kemajuan sains dan teknologi, tetapi sukan juga membantu menaikkan nama negara. Sukan menjadi tali penghubung antara Malaysia dengan negara luar. Aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Oleh itu, melalui aktiviti sukan juga kita akan memperolehi keluarga yang sihat dan bahagia.

Upload: raudah-saidin

Post on 25-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

KEBAIKAN BERSUKAN

Sukan merupakan suatu aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Dengan cara bersukan juga kita mampu memiliki tubuh badan yang sihat. Aktiviti sukan memerlukan tenaga yang banyak. Ianya juga dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Selain itu, sukan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang. Malah sukan juga telah menjadi suatu temasya yang terkenal di mata dunia. Nama negara menjadi terkenal bukan hanya bergantung pada kemajuan sains dan teknologi, tetapi sukan juga membantu menaikkan nama negara. Sukan menjadi tali penghubung antara Malaysia dengan negara luar.

Aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Oleh itu, melalui aktiviti sukan juga kita akan memperolehi keluarga yang sihat dan bahagia.