keadaan fizikal makmal sains sblm

8
KEADAAN FIZIKAL MAKMAL SAINS SEBELUM DITAMBAHBAIK Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna murid-murid menggunakan makmal sains hampir setiap hari. Pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan makmal membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Berikut adalah keaadan fizikal di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pauh : Pintu masuk makmal sains – pintu makmal yang tidak menarik pandangan mata menyambut kehadiran murid-murid dan guru. Di pintu masuk ini dahulunya dilekatkan dengan papan tanda ‘MAKMAL SAINS’, jadual waktu penggunaan makmal dan papan tanda nama makmal ‘ALAMANDA’. Papan tulis dan meja guru papan tulis ini dipastikan sentiasa bersih setiap kali selepas pengajaran dan pembelajaran. Meja guru pula sesuai digunakan untuk demonstrasi kerana kedudukannya sedikit tinggi.

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 24-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

SCE3112

TRANSCRIPT

KEADAAN FIZIKAL MAKMAL SAINS SEBELUM DITAMBAHBAIK

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna murid-murid menggunakan makmal sains hampir setiap hari. Pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan makmal membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

Berikut adalah keaadan fizikal di makmal sains Sekolah Kebangsaan Pauh :

Pintu masuk makmal sains pintu makmal yang tidak menarik pandangan mata menyambut kehadiran murid-murid dan guru. Di pintu masuk ini dahulunya dilekatkan dengan papan tanda MAKMAL SAINS, jadual waktu penggunaan makmal dan papan tanda nama makmal ALAMANDA.

Papan tulis dan meja guru papan tulis ini dipastikan sentiasa bersih setiap kali selepas pengajaran dan pembelajaran. Meja guru pula sesuai digunakan untuk demonstrasi kerana kedudukannya sedikit tinggi.

Susun atur meja dan kerusi terdapat enam buah meja segiempat dan tiga buah meja bulat disediakan untuk murid belajar dan melakukan eksperimen. Kerusi murid pula mudah alih agar ruang makmal sains dapat disesuaikan untuk pdp sains.

Keceriaan makmal sains terdapat poster, carta, model dan hasil kerja murid yang dipamerkan, namun makmal sains sekolah ini agak kurang ceria. Guru perlu tingkatkan usaha untuk menceriakan makmal ini.

Kabinet dan rak kabinet dinding yang dipasang di belakang makmal mempunyai laci dan rak serbaguna untuk menyimpan buku-buku rujukan, hasil kerja murid, peralatan sains, pameran berkaitan sains dan semua yang berkaitan dengan pdp sains. Kabinet ini nampak kurang kemas, tidak menarik dan agak suram.

Papan tanda dan poster papan tanda yang mengandungi peraturan makmal atau senarai tentang apa yang murid patut patuhi semasa berada dan menjalankan aktiviti, tidak dipamerkan di dalam makmal sains ini. Petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA juga tidak dipamerkan. Di dalam makmal ini hanya terdapat satu poster keselamatan yang bersaiz sederhana. Ianya tidak begitu sesuai untuk menjaga aspek keselamatan murid semasa berada di dalam makmal.

Almari kaca terdapat empat buah almari kaca untuk menyimpan dan mempamerkan alatan dan radas sains seperti bikar, tabung uji, kelalang kon, dan sebagainya. Alatan dan radas ini disusun untuk kegunaan murid-murid semasa pdp sains. Jika dilihat pada gambar, alatan dan radas untuk makmal sains agak sedikit bilangannya. Susunannya pula tidak kemas serta tidak mempunyai label nama alatan.

Bilik stor makmal ini juga disambungkan dengan sebuah bilik stor untuk menyimpan peralatan dan bahan sains. Namun, keadaan bilik ini agak kurang memuaskan.

Kedudukan bilik stor berada di sebelah kiri pintu masuk utama makmal sains.

Bilik persediaan - kabinet berserta sinki yang digunakanuntuk guru membuat persediaan ujikaji/eksperimen.Kekemasan dan kebersihan bilik ini nampak terabai.

Dua buah almari disediakan untuk menyimpan alatan dan radas sains.Setiap rak diletakkan label bagi memudahkan peralatan sains ini dicari.

Pencahayaan dan pengudaraan keadaan makmal sains ini agak gelap dan kurang cahaya masuk. Setiap kali pdp berjalan, makmal ini perlu dipasang lampu bagi membolehkan murid belajar dengan baik. Selain itu, pengudaraan di sini juga agak kurang kerana banyak tingkap tidak dibuka. Malah ada tingkap yang dihalang oleh almari kaca.

Langsir yang dipasang pada tingkap ini cantik dan kemas, tetapitingkap yang sentiasa bertutup menyebabkan kurangpengaliran udara dalam makmal sains.

Ruang kosong terdapat beberapa ruang kosong yang tidak dimanfaatkan di dalam makmal sains ini. Guru boleh memikirkan sesuatu untuk menjadikan ruang makmal ini digunapakai secara sepenuhnya. Antaranya ialah sudut sains, sudut pameran atau sudut bacaan.

Aspek keselamatan makmal alat pemadam api dan peti kecemasan disediakan untuk makmal sains ini tetapi tidak dilekatkan di dalam makmal. Alat pemadam api diletakkan di luar makmal bersebelahan tangga. Manakala peti kecemasan diletakkan di dalam stor.

Secara keseluruhannya, pada pemerhatian saya, keadaan fizikal makmal sekolah ini boleh dikategorikan pada tahap sederhana. Beberapa penambahbaikan dalam pengurusan makmal harus dilakukan agar makmal sekolah ini berada pada tahap yang lebih baik.Pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu, mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan.