kbsr-dan-klsr

36
Struktur kurikulum KBSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan

Upload: te-frendy

Post on 30-Nov-2014

5.133 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: kbsr-dan-klsr

Struktur kurikulum KBSR

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai

kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang

dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu

Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan

kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun

1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah

mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di

setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini

kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam

Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan

kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun

1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh

menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua

sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu

Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama

merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta

Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah

Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial

yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem

pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan

kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf

pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa,

kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan

pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta

untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem

pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan

di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari

Page 2: kbsr-dan-klsr

konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula

matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih

sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi

konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR

Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama

Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu

tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah

keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan

meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran

menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang

digantung dihadapan kelas.

Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris

2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan

3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.

4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.

5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan

menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan

dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini

berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk

mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.

Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum

yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE),

Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian

Page 3: kbsr-dan-klsr

dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik

diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun

1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi

menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

            1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

            1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

            1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

            1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

            1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian

yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang

perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai

kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga

membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila

menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku

teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan

secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada

tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih

sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang

pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai

alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan

terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir

Page 4: kbsr-dan-klsr

program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan

maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan

seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping

itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan

kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral

dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak

pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada

asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu

Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan

Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen

Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri

daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni

dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat

pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari

aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah

dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang

kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit

beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,

mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang

berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan

individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah

sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah

tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai

perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program

Page 5: kbsr-dan-klsr

KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar

serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan

lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran amat digalakkan.

Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk

memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil

pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik

dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR

1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan

2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri

3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif

4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar

5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar

6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif

7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat

dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain

yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil

Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran

yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid

yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.

Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid

yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.

Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif

ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir

Page 6: kbsr-dan-klsr

tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti

kuiz dan soal-jawab.

Kurikulum Sekolah Bestari (KSB)

Kurikulum Sekolah Bestari merupakan pengurusan dan pentadbiran yang berkomputer sebagai

proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini digubal berdasarkan beberapa aspek iaitu lebih

berpusatkan pelajar, membekalkan pengetahuan secara global, memupuk pemikiran kreatif dan inovatif,

dan menggunakan sains dan teknologi. Konsep pembelajaran Bestari yang diperkenalkan melalui

kurikulum ini adalah sejajar dengan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) yang

mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum Sekolah Bestari

diharapkan dapat mengubah pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir

secara kreatif dan kritis dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Matlamatnya adalah bagi melahirkan

anak-anak bestari iaitu individu yang kreatif dan berupaya menjana maklumat baru. Penekanan

kepada domain intelektual dan afektif juga ditekankan. Teknologi digunakan dalam meningkatkan akses

kendiri. Pelaksanaan kurikulum ini diharapkan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik, seterusnya

meningkat pencapaian murid. Hal ini seterusnya mewujudkan masyarakat yang progresif dan

menumpukan teknologi maklumat. Kurikulum ini turut memperkenalkan satu aspek baharu iaitu rentasan.

Rentasan dijalankan dalam semua kemahiran, nilai, pengetahuan dan bahasa yang dirangkumkan

bersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, murid akan dapat membina pengetahuan, nilai

dan kemahiran dalam setiap cabang ilmu di sekolah. Penyelidikan yang dijalankan dalam kurikulum ini

mengesyorkan supaya pendidikan melibatkan beberapa elemen. Antaranya ialah Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif, Kemahiran Generik, dan Projek Pembelajaran Akses Kendiri( Inkuiri

Penemuan) .

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Sekolah Bestari (KSB).

Dalam aspek pengujian peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau SPVM dan STPM tetap

dijalankan mengikut kurikulum ini. Namun, kurikulum ini memperkenalkan satu penilaian baharu iaitu

melalui sistem ‘on-line’.

Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk

and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

Page 7: kbsr-dan-klsr

Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru

lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan

mengira.

Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan

pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia

dan sekelilingnya.

Suakatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih

menekankan perkaitan dan penyerapan.

Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif

yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.

Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program

pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran -

kemahiran pembelajaran.

Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam

wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian

fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan

memberi pendidikan pemulihan.

Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang

dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar

bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.

Penutup

Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan

negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional

dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat

menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara,

matlamat secara menyeluruh dan bersepadu. Justeru, segala perubahan dalam kurikulum, perlu difahami

oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan

dengan berkesan dan sempurna. Kurikulum akan sentiasa mengalami pembaharuan apabila wujudnya

ilmu-ilmu baru atau penemuan-penemuan baru. Selain itu pembaharuan kurikulum adalah disebabkan oleh

kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum

dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang

dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.

Page 8: kbsr-dan-klsr

Pekeliling berkaitan dengan KBSR / KLSR

Page 9: kbsr-dan-klsr
Page 10: kbsr-dan-klsr
Page 11: kbsr-dan-klsr

Kandungan KBSR / KLSR Pendidikan Islam.

Sejarah Pendidikan Islam.

Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Pendidikan yang

menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang

berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di

mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik

dengan sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Hadith.

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Didalam laporan Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah (1992), sistem pendidikan islam di

Malaysia terbahagi kepada 4 tahap:-

a. Sistem belajar di rumah guru

b. Sistem pondok

c. Sistem Madrasah

d. Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Kandungan KBSR Pendidikan Islam

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga

tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu

Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus

mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan

bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh

Syari‘at Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu

menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan,

semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun

masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan

dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke

arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan,

bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Falsafah Pendidikan Islam.

Page 12: kbsr-dan-klsr

Di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Tulisan Jawi adalah sebahagian dari

matapelajaran Pendidikan Agama Islam dan diajar mulai Tahun Tiga. Setelah murid dapat menguasai

asas-asas membaca dan menulis Jawi, pelajaran ini diserapkan ke dalam matapelajaran pendidikan Agama

Islam sehingga akhir sekolah rendah. Murid-murid boleh mengukuhkan pelajaran Tulisan Jawi melalui

latihan- latihan dalam aspek-aspek pendidikan Agama Islam yang lain seperti aspek Quran, Budi Pekerti,

Akidah, Ibadat dan lain-lain.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan,

beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan

khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat

membaca al-Quran dan menjadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-

Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan

kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun

manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu :-

1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.

Page 13: kbsr-dan-klsr

1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.

1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ ‘Amma (juzu’ 30) dan menghayati

pengajarannya.

2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.

Bidang ini memberi tumpuan untuk :-

2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.

2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. sukatan pelajaran pendidikan

Islam kbsr

2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan

negara.

3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan

Rasulullah s.a.w.

3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga,

alam sekitar, masyarakat dan negara.

4. Bidang Pelajaran Jawi.

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.

4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.

4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah.

Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar,

masyarakat, dan Negara berteraskan 4 nilai utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah sukatan pelajaran

pendidikan Islam kbsr yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilainilai akhlak. Kesemua

bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t.

Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai

dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran,

Page 14: kbsr-dan-klsr

al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab

muktabar dan sumber daripada ilmu-ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh

dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan

dan kemahiran yangtelah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat

menengah.

Page 15: kbsr-dan-klsr

Tajuk – tajuk dan peruntukan masa

1. Asuhan Tilawah al-Quran.

1.1. Bacaan :-

1.1.1. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah, dhammah,

tanwin, sukun dan syaddah.

1.1.2. Membaca kalimah dan potongan ayat.

1.1.3. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris.

1.1.4. Membaca Surah al-Fatihah hinggaSurah al-Tariq dengan fasih

1.1.5. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad

dan waqaf.

1.1.6. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi acaan nun sakinah dan tanwin.

1.1.7. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah ertentu yang mengandungi mim

syaddah, nun syaddah dan mim sakinah.

1.1.8. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurahtertentu yang mengandungi bacaan

qalqalah.

.2. Hafazan :-

1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :-

a. Surah al-Fatihah.

b. Surah al-Nas.

c. Surah al-Falaq.

d. Surah al-Ikhlas.

e. Surah al-Kafirun.

f. Surah al-Kauthar.

g. Surah al-Ma‘un.

h. Surah Quraisy.

i. Surah al-Fil.

j. Surah al-Humazah.

k. Surah al-‘Asr.

l. Surah al-Takathur.

m. Surah al-Qari‘ah.

n. Surah al-‘Adiyat.

Page 16: kbsr-dan-klsr

o. Surah al-Zalzalah.

p. Surah al-Bayyinah.

q. Surah al-Qadr.

r. Surah al-‘Alaq.

s. Surah al-Tin.

t. Surah al-Syarh.

u. Surah al-Dhuha.

1.3. Kefahaman :-

1.3.1. Pengertian al-Quran.

1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran.

1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran.

1.3.4. Memahami surah-surah berikut secara umum:

a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.

b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.

c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.

d. Surah al-Ikhlas.

e. Surah al-Kauthar.

f. Surah al-Ma‘un ayat 1 hingga 7.

g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.

h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.

2. Asas ‘Ulum Syar‘iyah.

2.1. Akidah :-

2.1.1 Pengertian Rukun Iman.

2.1.2 Beriman kepada Allah.

2.1.3 Beriman kepada Malaikat.

2.1.4 Beriman kepada Rasul.

2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab.

2.1.6 Beriman kepada Hari Akhirat.

2.1.7 Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

2.1.8 Pengertian Rukun Islam :-

a. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.

Page 17: kbsr-dan-klsr

b. Menunaikan solat fardu.

c. Berpuasa di bulanRamadan.

d. Mengeluarkan zakat.

e. Mengerjakan haji.

2.1.9 Allah bersifat :-

a. Wujud.

b. Qidam.

c. Baqa’.

d. Mukhalafatuhu lil hawadith.

e. Qiamuhu bi nafsih.

f. Wahdaniah.

g. Qudrat.

h. Iradah.

i. Ilmu.

j. Hayat.

k. Sama‘.

l. Basar.

m. Kalam.

2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma’ al-Husna) yang berikut :-

a. Al-Rahman.

b. Al-Rahim.

c. Al-‘Afuw.

d. Al-Ghafur.

e. Al-‘Adl.

f. Al-Shakur.

g. Al-Salam .

h. Al-Hadi.

i. Al-Sabur.

j. Al-Hakim.

k. Al-Hasib.

l. Zu al-Jalali wa al-Ikram.

2.1.11 Pengertian Dosa dan pahala.

2.1.12 Pengertian dosa kecil dan dosa besar.

Page 18: kbsr-dan-klsr

2.1.13 Pengertian syirik.

2.1.14 Sam‘iyyat :-

a. Pengertian.

b. Perkara-perkara sam‘iyyat.

2.2. Ibadah :-

2.2.1. Konsep ibadah :-

a. Pengertian.

b. Jenis-jenis ibadah.

c. Fardu ‘Ain dan

Fardu Kifayah.

d. Jenis-jenis

hukum(Wajib,

Sunat, Makruh,

Haram dan Harus).

2.2.2. Bersuci :-

a. Pengertian.

b. Tanggungjawab bersuci.

c. Istinja’.

d. Bersuci daripada najis:-

i) Ringan

ii) Sederhana

iii) Berat

e. Bersuci daripada hadas :-

i) Hadas kecil.

ii) Hadas besar.

f. Tayammum :-

i) Tatacara tayammum.

ii) Syara-tsyarat tayammum.

iii) Perkara yang membatalkan tayammum.

2.2.3. Solat :-

a. Pengertian.

b. Solat fardu.

c. Bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya :-

Page 19: kbsr-dan-klsr

i) Takbiratul Ihram.

ii) Surah al- Fatihah.

iii) Doa Iftitah.

iv) Ketika ruku’.

v) Ketika iktidal.

vi) Ketika sujud.

vii) Duduk antara dua sujud.

viii) Tahiyyat awal dan akhir.

ix) Doa qunut.

d. Perlakuan solat (rukun fi‘li) dan hikmah-hikmahnya.

e. Perkara-perkara yang membatalkan solat.

f. Rukun-rukun.

g. Syarat-syarat wajib.

h. Syarat-syarat sah.

i. Sunat ab‘adh dan hai’ah.

2.2.4. Azan dan iqamah.

2.2.5. Solat berjemaah.

2.2.6. Solat Jumaat.

2.2.7. Ibadah puasa Ramadan :-

a. Konsep puasa.

b. Syarat-syarat wajib.

c. Rukun-rukun.

d. Syarat-syarat sah.

e. Perkara-perkara

yang membatalkan

puasa.

2.2.8. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.

2.2.9. Solat jenazah.

2.3. Sirah :-

2.3.1. Tanda-tanda kenabian.

2.3.2. Salasilah keturunan Nabi.

2.3.3. Penyusuan dan pemeliharaan Nabi.

2.3.4. Nabi dibesarkan di kampong dan terdidik dengan nilai-nilai murni masyarakat desa.

Page 20: kbsr-dan-klsr

2.3.5. Kematian bapa dan ibu Nabi.

2.3.6. Kematian datuk Nabi.

2.3.7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudaranya.

2.3.8. Pekerjaan Nabi :-

a. Semasa kecil membantu bapa saudara berniaga.

b. Semasa dewasa menternak kambing dan berniaga.

2.3.9. Perkahwinan nabi.

2.3.10. Peristiwa Hajar al-Aswad.

2.3.11. Peristiwa di Gua Hira’.

2.3.12. Mukjizat al-Quran.

2.3.13. Dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit dan secara terang.

2.3.14. Hijrah ke Habsyah.

2.3.15. Pembesar di Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w.

2.3.16. Tentangan terhadap Rasulullah s.a.w.

2.3.17. Isra’ dan Mikraj.

2.3.18. Perjanjian ‘Aqabah.

2.3.19. Hijrah ke Madinah.

2.3.20. Pembinaan Masjid pertama.

2.3.21. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar.

2.3.22. Pembentukan Negara Madinah.

2.3.23. Mempertahankan Madinah.

2.3.24. Piagam Madinah.

2.3.25. Perjanjian Hudaibiah.

2.3.26. Pembukaan Kota Mekah.

2.3.27. Perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w..

2.3.28. Haji Wida‘.

2.3.29. Kewafatan Rasulullah s.a.w.

3. Adab dan Akhlak Islamiah.

3.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :-

3.1.1. Adab makan dan minum.

3.1.2. Adab qada’ hajat.

3.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.

Page 21: kbsr-dan-klsr

3.1.4. Adab mandi dan bersugi.

3.1.5. Adab berwuduk.

3.1.6. Adab berpakaian.

3.1.7. Adab berkenderaan.

3.1.8. Adab masuk dan keluar rumah.

3.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman.

3.1.10. Adab berjalan.

3.1.11. Adab bertanya.

3.1.12. Adab mengurus diri.

3.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :-

3.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa.

3.2.2. Adab menolong ibu bapa.

3.2.3. Adab bergaul dengan keluarga

3.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-

3.3.1. Adab bergaul dengan rakan.

3.3.2. Adab di masjid dan surau.

3.3.3. Adab bercakap dengan rakan.

3.3.4. Adab melayan tetamu.

3.3.5. Adab menziarahi orang sakit.

3.3.6. Adab menziarah rakan.

3.3.7. Adab menziarah orang tua.

3.3.8. Adab dengan orang tua.

3.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur.

3.3.10. Adab makan di majlis keramaian.

3.3.11. Adab berjiran.

3.3.12. Adab berkumpul.

3.3.13. Adab berjual beli.

3.3.14. Adab bekerja.

3.3.15. Adab menziarah jiran.

3.3.16. Adab ketika bermain.

3.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam.

3.3.18. Adab kecintaan kepada negara.

3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.

Page 22: kbsr-dan-klsr

3.3.20. Adab rehlah.

3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain.

3.3.22. Adab dengan pemimpin.

3.4. Adab Menuntut Ilmu :-

3.4.1. Adab bercakap dengan guru.

3.4.2. Adab ke sekolah.

3.4.3. Adab belajar.

3.4.4. Adab semasa di sekolah.

3.4.5. Adab berhujah.

3.4.6. Adab menolong guru.

3.4.7. Adab menjaga harta benda sekolah.

3.4.8. Adab menjaga kebersihan sekolah.

3.5. Adab Dengan al-Quran :-

3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran.

3.5.2. Adab membaca al-Quran.

4. Pelajaran Jawi.

4.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal.

4.2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung.

4.3 Mengenal membaca dan menulis suku kata terbuka.

4.4 Mengenal membaca dan menulis suku kata tertutup.

4.5 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.

4.6 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.

4.7 Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.

4.8 Menggunakan tanda baca.

4.9 Membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

4.10 Menulis pelbagai jenis teks.

4.11 Mengenal dan menulis khat nasakh dan rik‘ah.

Page 23: kbsr-dan-klsr
Page 24: kbsr-dan-klsr

Keberkesanan KBSR / KLSR

Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi

aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah .

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan

dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan

bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan

murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar

yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah

menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat

rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan

yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain

daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi,

satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar

telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu

mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas

pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam

aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran.

Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu

serta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan

pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan

bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah

sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Ini

adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat

dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira

bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu

membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-

murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR

dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada

Page 25: kbsr-dan-klsr

murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih

cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan

kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik

darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred

kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa

proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara

langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang

dihasratkan.

Kekuatan dan Kelemahan KLSR

Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak

merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau

antara darjah.

2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan

murid.

3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.

4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan

bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Page 26: kbsr-dan-klsr

Refleksi

Rujukan:

1. Mook Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan Teras: Untuk Kursus Persediaan

Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

2. Yahaya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd.

3. Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4. Azman Wan Chik (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Kuala Lumpur.

Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

6. Mohd Idris Jauzi (1991). Reformasi Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Nurin

Enterprise.

7.http://www.moe.gov.my/tayang.php?

laman=falsafah_pendidikan&unit=kementerian&bhs=my

8. http://www.scribd.com/doc/6812069/g6213-Teori-Dan-Amalan-Kurikulum-Individu

9. http://emi21081.tripod.com/

10. http://dukeamienerev.blogspot.com/2009/01/pendidikan-definisi-dan-konsep.html

11. http://destalyana.blogspot.com/2007/09/beberapa-pengertian-kurikulum.html