kawalan pekerja asing di malaysia

2
8/7/2015 KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataanmediaakhbar/1976kawalanpekerjaasingdimalaysia 1/2 Carian... Kenyataan Media/Akhbar KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI MOHAMAD KHALID B. HJ SHARIFF KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2014 Kerajaan ketika ini membenarkan lima sektor untuk menggajikan pekerja asing iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan daripada 15 negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, India, Indonesia, Bangladesh dan lainlain negara. Untuk memastikan kehadiran mereka di negara ini memenuhi keperluan pekerjaan, Kerajaan sentiasa memberi perhatian yang serius di dalam memantau pihak berkenaan. Ini termasuk dalam membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing sama ada yang datang untuk melancong atau yang berkerja ke negara ini. Kerajaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai jabatan antaranya seperti polis, Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan dan lainlain. Walaupun perangkaan jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini boleh dianggap kecil iaitu hanya 11.2% jika dibandingkan keseluruhan jenayah Indeks bagi seluruh Negara, namun Kerajaan membuat tindakan untuk membendung semua kemungkinan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat tempatan. Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah merangka pelan dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani kehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara. Tindakan jangka pendek dan berterusan telah dilaksanakan secara Operasi Bersepadu yang bermula pada pada Januari 2014 sehingga 20 November 2014, JIM telah melaksanakan operasi seperti berikut: i) 4,942 premis dan 87,348 warga asing telah diperiksa ii) 27,161 PATI telah ditangkap iii) 466 majikan ditahan Secara umumnya, terdapat empat kesalahan utama yang dilakukan oleh PATI seperti tiada Pas / Permit yang sah, tingggal lebih masa, melanggar Syarat Pas dan menggunakan Pas/ Dokumen Palsu. Kesalahan Tanpa Pas/ Permit merupakan kesalahan tertinggi yang ditangkap melibatkan 70.3% daripada keseluruhan jenis kesalahan manakala warganegara Indonesia mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 36.4% daripada jumlah keseluruhan tangkapan PATI. Sebanyak 466 majikan telah ditangkap di mana kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah melibatkan kesalahan melindungi PATI iaitu sebanyak 252 kes (54.1%). Seramai 59,765 warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahan telah diusir keluar di mana warganegara Indonesia mencatatkan jumlah paling ramai yang diusir iaitu 24,614 (41.2%). Bagi tujuan jangka panjang untuk menangani masalah PATI, penumpuan diberikan kepada aspek pemantapan dasar, peraturan Standard Operating Procedure (SOP)/ sistem sedia ada. Kerajaan juga melaksanakan pendekatan bersepadu bersifat cross cutting meliputi pelbagai kementerian / Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Antara tindakan jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan antara lain adalah mengenalpasti kawasan hot spot yang menjadi tumpuan warga asing dengan meningkatkan operasi besarbesaran untuk membenteras kegiatan jenayah di kawasan tumpuan warga asing, mewujudkan Balai/ Pondok Polis di kawasan yang mempunyai kekerapan kejadian jenayah melibatkan warga asing, mengadakan lebih kerap aktivitiaktiviti lain seperti perjumpaan dengan kumpulan masyarakat untuk meningkat dan menyedarkan semua lapisan masyarakat mengenai peranan mereka dalam membantu membanteras PATI. Kementerian akan mengadakan kerjasama latihan dalam atau luar negara dengan pihak, nongovernmental organizations (NGO’s) seperti International Organizations for Migrants (IOM) dan pihak Imigresen luar negara bagi meningkatkan kompetensi hal ehwal keimigresenan dan keperluan sebenar pemainpemain industry, memantapkan usahausaha risikan dengan sumber dalaman serta entiti risikan luar negara terutamanya daripada negara sumber dan negara jiran, mewujudkan Malaysian Immigration’s Analysis Centre (MIAC) bagi pengumpulan dan penganalisian data serta penyebaran maklumat mengenai pergerakan warga asing dan kawasankawasan serta aktivitiaktiviti yang menyalahgunakan kemudahan Imigresen dan meningkatkan usahausaha kesedaran pada masyarakat tempatan terutamanya kepada melalui program advokasi. Dengan pelaksanaan pelan jangka pendek dan jangka panjang di atas secara konsisten dan komitment, kerajaan yakin isu dan permasalahan PATI di negara ini akan dapat ditangani dengan efisien dan efektif. Sekian, terima kasih. ##### Capaian Pengguna Orang Awam Warga KDN Pautan Utama Maklumat Korporat Maklumat Perkhidmatan Perkhidmatan Online Tender Arkib Bahasa Lain

Upload: lim-kg

Post on 15-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pati

TRANSCRIPT

Page 1: Kawalan Pekerja Asing Di Malaysia

8/7/2015 KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataanmediaakhbar/1976kawalanpekerjaasingdimalaysia 1/2

 

   

Carian...

Kenyataan Media/Akhbar KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

 

DATO’ SRI MOHAMAD KHALID B. HJ SHARIFF

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2014

 

Kerajaan  ketika  ini membenarkan  lima  sektor  untuk menggajikan  pekerja  asing  iaitu  perkilangan,  pembinaan,  pertanian,  perladangan  dan  perkhidmatan  daripada  15negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, India, Indonesia, Bangladesh dan lainlain negara.

Untuk  memastikan  kehadiran  mereka  di  negara  ini  memenuhi  keperluan  pekerjaan,  Kerajaan  sentiasa  memberi  perhatian  yang  serius  di  dalam  memantau  pihakberkenaan. Ini termasuk dalam membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing sama ada yang datang untuk melancong atau yang berkerja ke negara ini.

Kerajaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai jabatan antaranya seperti polis, Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatandan lainlain. Walaupun perangkaan jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini boleh dianggap kecil  iaitu hanya 11.2% jika dibandingkan keseluruhan jenayah Indeksbagi seluruh Negara, namun Kerajaan membuat tindakan untuk membendung semua kemungkinan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat tempatan.

Kementerian  Dalam  Negeri  menerusi  Jabatan  Imigresen  Malaysia  (JIM)  telah  merangka  pelan  dan  tindakan  jangka  pendek  dan  jangka  panjang  untuk  menanganikehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara. Tindakan jangka pendek dan berterusan telah dilaksanakan secara Operasi Bersepadu yang bermula padapada Januari 2014 sehingga 20 November 2014, JIM telah melaksanakan operasi seperti berikut:

i)         4,942 premis dan 87,348 warga asing telah diperiksa

ii)        27,161 PATI telah ditangkap

iii)      466 majikan ditahan

Secara umumnya,  terdapat  empat  kesalahan utama yang dilakukan oleh PATI  seperti  tiada Pas  / Permit  yang  sah,  tingggal  lebih masa, melanggar Syarat Pas danmenggunakan Pas/ Dokumen Palsu.

Kesalahan Tanpa Pas/ Permit merupakan kesalahan tertinggi yang ditangkap melibatkan 70.3% daripada keseluruhan jenis kesalahan manakala warganegara Indonesiamencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 36.4% daripada jumlah keseluruhan tangkapan PATI. Sebanyak 466 majikan telah ditangkap di mana  kesalahan tertinggiyang dicatatkan adalah melibatkan kesalahan melindungi PATI iaitu sebanyak 252 kes (54.1%). Seramai 59,765 warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahantelah diusir keluar di mana warganegara Indonesia mencatatkan jumlah paling ramai yang diusir iaitu 24,614 (41.2%).

Bagi tujuan jangka panjang untuk menangani masalah PATI, penumpuan diberikan kepada aspek pemantapan dasar, peraturan Standard Operating Procedure (SOP)/sistem sedia ada. Kerajaan juga melaksanakan pendekatan bersepadu bersifat cross cutting meliputi pelbagai kementerian / Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri danPihak Berkuasa Tempatan.

Antara  tindakan  jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan antara  lain adalah mengenalpasti  kawasan hot spot yang menjadi  tumpuan warga asing denganmeningkatkan  operasi  besarbesaran  untuk  membenteras  kegiatan  jenayah  di  kawasan  tumpuan  warga  asing,  mewujudkan  Balai/  Pondok  Polis  di  kawasan  yangmempunyai  kekerapan kejadian  jenayah melibatkan warga asing, mengadakan  lebih  kerap aktivitiaktiviti  lain  seperti  perjumpaan dengan kumpulan masyarakat  untuk meningkat dan menyedarkan semua lapisan masyarakat mengenai peranan mereka dalam membantu membanteras PATI.

Kementerian akan mengadakan kerjasama latihan dalam atau luar negara dengan pihak, nongovernmental organizations (NGO’s) seperti International Organizations forMigrants (IOM) dan pihak Imigresen luar negara bagi meningkatkan kompetensi hal ehwal keimigresenan dan keperluan sebenar pemainpemain industry, memantapkanusahausaha  risikan  dengan  sumber  dalaman  serta  entiti  risikan  luar  negara  terutamanya  daripada  negara  sumber  dan  negara  jiran,  mewujudkan  MalaysianImmigration’s Analysis Centre (MIAC) bagi pengumpulan dan penganalisian data serta penyebaran maklumat mengenai pergerakan warga asing dan kawasankawasanserta aktivitiaktiviti yang menyalahgunakan kemudahan  Imigresen dan meningkatkan usahausaha kesedaran pada masyarakat  tempatan  terutamanya kepada melaluiprogram advokasi.

Dengan pelaksanaan pelan  jangka pendek dan  jangka panjang di atas secara konsisten dan komitment, kerajaan yakin  isu dan permasalahan PATI di negara  ini akandapat ditangani dengan efisien dan efektif.

 

Sekian, terima kasih.

#####

Capaian Pengguna

Orang Awam

Warga KDN

Pautan

Utama Maklumat Korporat Maklumat Perkhidmatan Perkhidmatan Online Tender Arkib Bahasa Lain

Page 2: Kawalan Pekerja Asing Di Malaysia

8/7/2015 KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataanmediaakhbar/1976kawalanpekerjaasingdimalaysia 2/2

                

                

Aduan Integriti Penjawat Awam

Aduan / Kepuasan Pelanggan

Surat Kepada Pengarang

Laporan Aplikasi Online

Borang

Direktori

Penerbitan / Laporan

Keratan Akhbar

Maklumbalas / Komen

Takwim

Lembaga Penapis Filem

Agensi

         

ISO Ikuti Kami Statistik

 

Dasar Privasi| Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Soal Selidik Paparan Terbaik Menggunakan Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 7 dan Google Chrome Dengan Resolusi 1024 X 768 pixel

© 2015, Kementerian Dalam NegeriBlok D1 & D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya

Tel: 03 8000 8000 | Fax : 0388891613/0388891610 | emel: webmaster[at]moha[dot]gov[dot]my

Tarikh Akhir Kemaskini: Khamis 06 Ogos 2015, 07:53:57.