bagi pihak lembaga pengarah, - lonpac.com · untuk terus memperbaiki pusat servis pelanggan kami...

31
Ulasan Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan berbesar hati membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan LPI Capital Bhd dan syarikat-syarikat subsidiarinya (“Kumpulan LPI”) yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2005. Dengan sukacitanya saya melaporkan bahawa walaupun suasana perniagaan yang berdaya saing dan ketidak- tentuan global hasil daripada harga minyak yang lebih tinggi, tahun 2005 telah menyaksikan prestasi Kumpulan LPI yang agak baik. Kumpulan mencapai tahap RM100 juta buat pertama kalinya dengan rekod keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.6 juta. Ulasan Pengerusi laporan tahunan 2005 76

Upload: truongphuc

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Ulasan Bagi pihak LembagaPengarah, saya dengan

berbesar hati membentangkan

Laporan Tahunan dan

Penyata Kewangan LPI Capital

Bhd dan syarikat-syarikat

subsidiarinya (“Kumpulan LPI”)

yang telah diaudit bagi

tahun kewangan berakhir pada

31 Disember 2005.

Dengan sukacitanya saya

melaporkan bahawa walaupun

suasana perniagaan yang

berdaya saing dan ketidak-

tentuan global hasil daripada

harga minyak yang lebih tinggi,

tahun 2005 telah menyaksikan

prestasi Kumpulan LPI yang

agak baik. Kumpulan mencapai

tahap RM100 juta buat

pertama kalinya dengan rekod

keuntungan sebelum cukai

sebanyak RM103.6 juta.

Ulasan Pengerusi

laporan tahunan 2005

76

Pengerusi

LPI CAPITAL BHD 4688-D

77LPI CAPITAL BHD 4688-D

77

ULASAN PRESTASI

Ini adalah satu pencapaian bersejarah untuk Kumpulan LPI, bersamaLonpac Insurance Bhd (“Lonpac”), syarikat subsidiari kumpulan yangmenjadi penjana pendapatan utama yang merakamkan satu lagi hasil yangmembanggakan.

Keteguhan Kekuatan Kewangan

Bagi tahun kewangan di bawah kajian, pendapatan Kumpulan meningkatsebanyak 15.4% kepada RM434.8 juta berbanding dengan RM376.9 jutapada tahun 2004, bersandarkan kepada peningkatan pendapatan premiumsebanyak 15.5% dari RM328.7 juta kepada RM379.8 juta. Keuntungansebelum cukai Kumpulan meningkat sebanyak 33.7% kepada satu rekodyang tinggi sebanyak RM103.6 juta berbanding RM77.5 juta pada tahun2004, sekali lagi mencerminkan keberkesanan dalam polisi penajaan jamindan pelaburan Kumpulan.

Berhadapan dengan suasana pasaran yang sukar, Kumpulan LPI mampuuntuk mengekalkan kualiti por tfolio perniagaan, mencatat lebihanpenajaan jamin dalam semua jenis insurans. Jumlah lebihan penajaan jaminuntuk tahun 2005 melonjak sebanyak 57.7% kepada RM44.3 juta dariRM28.1 juta pada tahun 2004.

laporan tahunan 2005

78

Ulasan

Lembaran Imbangan yang Teguh dan Sihat

Lembaran Imbangan Kumpulan kekal teguh dan sihat. Pada 31 Disember2005, jumlah aset teguh sebanyak 13.1% kepada RM716.3 juta dari RM633.4juta pada tahun 2004. Dana para pemegang saham maju kepada RM390.2juta dari RM357.9 juta, mencerminkan pulangan bersih kepada dana parapemegang saham sebanyak 19.1%. Pendapatan sesaham (“EPS”) naiksebanyak 23% kepada 55.1 sen dari 44.8 sen tahun sebelumnya, satu hasildari prestasi Kumpulan yang lebih baik dan inisiatif beli balik saham yangdijalankan pada tahun ini bagi mengukuhkan keberkesanan modal.

Walaupun berhadapan dengan pasaran ekuiti yang tidak menentu dan kadarfaedah yang rendah, jumlah portfolio pelaburan Kumpulan kekal teguh dan sihatmeningkat sebanyak 16.8% kepada RM630.9 juta dari RM540.3 juta dalam tahun2004. Saya gembira menyatakan bahawa pada 31 Disember 2005, nilai pasaransaham Kumpulan yang disebut teguh pada RM365.1 juta, satu kenaikan baiksebanyak RM270.1 juta berbanding dengan nilai buku sebanyak RM95 juta.

Lebihan Margin Kesolvenan

Pada 31 Disember 2005, jumlah aset yang dibenarkan adalah RM430 juta,mencatatkan lebihan margin kesolvenan sebanyak RM54.5 juta melebihijumlah minimum yang diperlukan sebanyak RM375.5 juta. Margin kesolvenanyang teguh dan baik menggambarkan kekuatan kewangan Lonpac dalamindustri insurans.

Pengerusi

LPI CAPITAL BHD 4688-D

79

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Saya juga berbesar hati mengumumkan bahawa Kumpulan LPI telah menerimapengiktirafan di atas komitmennya mengejar kecemerlangan dalam urus tadbirkorporat dan menambah nilai pemegang saham dengan tiga (3) anugerah yangtelah diberikan kepada LPI pada tahun ini:-

Anugerah Merit 2004 Urus Tadbir Korporat Malaysian Business

Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2004– Sektor Perkhidmatan Kewangan

Anugerah “Best Under A Billion” bagi Rantau Asia-Pasifik oleh Forbes Asia

LPI Capital Bhd dan Lonpac juga telah menerima Sijil Kecemerlangan keranaberjaya disenaraikan di dalam Malaysia 1000, satu direktori mengenai 1000 syarikatMalaysia yang cemerlang untuk tahun 2004/2005, yang diterbitkan bersama denganKementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, SuruhanjayaSyarikat-syarikat Malaysia dan Basis Publications House Sdn Bhd, sebuah syarikatbersekutu BERNAMA. Pengiktirafan ini akan menjana kecemerlangan Kumpulanuntuk terus berusaha mencapai taraf yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik.

PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Dengan dibimbing oleh Misi Korporat, “Untuk menyediakan kepada pelanggan-pelanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsayang disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan”, Kumpulan LPI akan terus fokusmengukuhkan pembangunan perniagaan melalui perkembangan kekuatan agensi,memaksimumkan potensi perniagaan dengan rakan-rakan strategik dan menambahpengeluaran premium menerusi broker terpilih.

Ulasan

laporan tahunan 2005

80

Perikatan strategik Lonpac dengan syarikat insuranssemula antarabangsa bagi menyediakan produk-produk inovatif seper ti Pengarah & Pegawai,Perlindungan Profesional dan Kesalahan & Ketidakmasukan, menyumbangkan kepada per tumbuhanpositif pada tahun 2005 dan ini dijangka akanber terusan bagi tahun 2006. Syarikat akan terusmeninjau kemungkinan perikatan-perikatan baru yangstrategik untuk terus mengembangkan bahagianpasaran kami.

Penjagaan Pelanggan akan kekal menjadi keutamaandalam mengekalkan kelebihan persaingan kami.Program Kesetiaan Pelanggan Lonpac seperti LonpacE-Assist dan Lonpac Home-Assist diterima baik olehpelanggan kami. Usaha berterusan akan dilakukanuntuk terus memperbaiki pusat servis pelanggan kamidan membangunkan program-program penjagaanpelanggan yang baru untuk memper tingkatkanperkhidmatan kami kepada pelanggan yang sedia adadan yang berpotensi.

Dalam dunia teknologi ini, telah diakui bahawa modelperniagaan yang baik dan berjaya harus disandarpada keberkesanan dan kecemerlangan infrastrukturTeknologi Informasi dan Komunikasi. Pada tahun 2005,Lonpac menjalankan beberapa inisiatif TeknologiMaklumat untuk menaik taraf kualiti sistem danperkhidmatan bagi memenuhi per tambahan jumlahperniagaan.

Pelancaran Lonpac Motor e-Insurance sistem dalamtalian yang berjaya telah menghasilkan penurunanmendadak dalam pemalsuan nota lindung motor padatahun 2005. Kami menjangkakan arah aliran positif inidapat menjana per tumbuhan lebih tinggi bagi insuransmotor pada tahun 2006. Berikutan dengan kejayaansistem Motor e-Insurance dalam talian, Lonpac jugatelah mengembangkan platform “e-Commerce” untuklain-lain kelas perniagaan seperti Kebakaran, Marindan Kemalangan Peribadi.

Lonpac juga telah melaksanakan Sistem PengurusanDokumen (“DMS”) untuk memusatkan dokumen-dokumennya, dan menyediakan pengambilan dokumenyang lebih cepat, pengurusan dokumen yang lebih baikdan masa respons yang lebih cepat kepada permintaanpelanggan. Dengan DMS, operasi di cawangan dan IbuPejabat disepadukan untuk pengendalian polisi dantuntutan yang lebih efisien.

PROSPEK

Ekonomi Malaysia kekal teguh pada tahun 2005walaupun per tumbuhan global agak lembapdisebabkan harga minyak yang tinggi. Berdasarkan asasekonomi yang kukuh, ekonomi Malaysia dijangkamengekalkan per tumbuhan pada tahun 2006.Kumpulan LPI yakin akan berkembang seiringandengan ekonomi.

Pengerusi

LPI CAPITAL BHD 4688-D

81

Saya bangga dengan stabiliti dan keberkesanan kewangan Lonpac dalamindustri insurans telah sekali lagi diakui oleh The Malaysian Rating CorporationBhd (“MARC”) dengan penarafan “AA” pada September 2005. Penarafan“AA” mencerminkan rekod Lonpac dalam disiplin penajaan jamin dankecemerlangan kecairan dan pengurusan modal yang bijak.

Dengan kedudukan kewangan yang teguh dan rekod perlaksanaan yang baikdalam penajaan jamin yang berkeuntungan dalam perniagaan insurans, Lonpactelah berjaya memperbaharui penyusunan triti insurans semula untuk tahunpenajaan jamin 2006 lebih awal mendahului sebelum berakhirnya tahun 2005.Dengan program insurans semula yang telah sedia ada, Kumpulan LPI akanterus memberi fokus kepada strategi-strategi untuk mengharungi pelbagaicabaran masa depan dan melahirkan satu lagi tahun positif untuk 2006.

DIVIDEN

Semasa tahun di bawah kajian, satu dividen interim sebanyak 20% sesaham(tolak 28% cukai pendapatan) berjumlah RM19.7 juta telah dibayar pada11 Ogos 2005. Untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2005,saya berbangga untuk mengumumkan cadangan Lembaga akan DividenIstimewa sebanyak 25% sesaham (ditolak 28% cukai pendapatan) dan satuDividen Akhir sebanyak 25% sesaham (ditolak 28% cukai pendapatan)berjumlah RM49.7 juta. Ini mewakili jumlah dividen sebanyak 70% sesahamberjumlah RM69.4 juta, lebih tinggi dari dividen sebanyak 60% sesaham padatahun 2004 dan juga merupakan pembayaran dividen ter tinggi berbandingtahun-tahun yang lalu.

Dividen yang kukuh sebanyak 70% (60% dalam 2004) adalah konsisten dengankomitmen Syarikat untuk terus memajukan prestasi keuntungan dan memberikecemerlangan pendapatan pemegang saham.

UlasanPengerusi

82laporan tahunan 2005

PENGHARGAAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan, saya ingin menyampaikanucapan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua agen, broker, syarikat insuranssemula, pemegang polisi dan lain-lain rakan perniagaan yang kami hargai atas sokongan,keyakinan perkongsian, kepercayaan dan sumbangan positif yang tidak berbelah bahagiterhadap pertumbuhan dan kejayaan Kumpulan. Kami berkeyakinan untuk mencapaisatu lagi tahun yang cemerlang dan per tumbuhan keuntungan.

Pihak Lembaga dan pengurusan juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasihkepada Bank Negara Malaysia dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan atas bimbingandan nasihat mereka.

Kepada pihak pengurusan dan kakitangan, saya ingin merakamkan penghargaan atasprestasi yang berdedikasi, semangat berpasukan, ketekunan, kesetiaan, komitmen tidakberbelah bahagi yang menyumbang kepada per tumbuhan dan pembangunanKumpulan. Dengan komitmen berterusan anda semua, saya yakin Kumpulan LPI akanmencatat satu lagi tahun per tumbuhan dan kejayaan.

Saya juga ingin ber terima kasih kepada pengarah-pengarah di atas sokongan dansumbangan yang tidak ternilai.

Tan Sri Dato’ Sri Dr.Teh Hong PiowPENGERUSI

Kerjasama dan saling bergantungan

merupakan nilai utama yang

membezakan kumpulan kami

dengan yang lain.

Visi Pasukan

laporan tahunan 2005

8844

Dalam beberapa tahun ini, kewujudan Lonpac telah diiktiraf dan meraihpenghormatan di dalam industri dan dengan penginsurans awam. Ini terbuktidengan keuntungan penajaan jamin yang cemerlang dicapai pada tahun 2005.Lonpac telah mencatatkan lebihan penajaan jamin yang sangat baik berjumlahRM44.3 juta, kenaikan yang mengagumkan sebanyak 57.7% berbandingRM28.1 juta pada tahun 2004 walaupun terpaksa beroperasi dengan suasanayang mencabar dengan kadar premium yang rendah dan kos insurans semulayang tinggi.

Sepanjang tahun, Lonpac telah melaksanakan langkah-langkah perniagaanyang efektif dan telah memperkukuhkan polisi penajaan jamin dan amalan-

amalan pengurusan risiko untuk memper tingkatkanpendapatan dan keuntungan bagi Kumpulan LPI.Pengurusan tuntutan diawasi dengan lebih rapi danteknologi maklumat sentiasa diberi peningkatan untukmemberi sokongan kepada operasi perniagaan.

PENAJAAN JAMIN

Walaupun terpaksa beroperasi di dalam pasaran yangbersaingan pada tahun 2005, di mana harga produkinsurans adalah rendah melainkan yang telah ditetapkanharga. Lonpac terus mengekalkan piawai munasabah bagipenajaan jamin. Kajian risiko sentiasa diadakan olehinspektor teknikal Syarikat dan jurutera untuk

menyediakan maklumat yang lengkap kepada penaja jamin supaya dapatmenetapkan harga yang sesuai terhadap risiko. Jurutera risiko juga akanmemberi nasihat mengenai pembaikan risiko dan langkah kawalan kerugiansebagai khidmat tambah nilai kepada orang yang dilindungi insuran.

Ulasan Operasi Perniagaan

Pendapatan Kumpulan LPI sebahagian besarnya diperoleh daripada syarikat subsidiariinsuransnya, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”). Oleh itu, ulasan operasi perniagaanditumpukan kepada perniagaan insurans am.

ulasanoperasi perniagaan

LPI CAPITAL BHD 4688-D

8855

merangkumi perlindungan penuh keganasan ketikadalam lawatan perniagaan di luar negara. Insurans inimemberi perlindungan yang terbaik untuk peniagaberkembara.

PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Terdapat tiga (3) jabatan iaitu Agensi, Institusi Kewangandan Broker yang menjalankan pembangunan perniagaanLonpac. Fokus utama pembangunan perniagaan adalahmenceburi pasaran perniagaan baru dan meningkatkanpasaran Lonpac yang sedia ada. Usaha-usaha untukmembangunkan perniagaan telah mendatangkan hasil

dan menyumbang kepadapertumbuhan premium padatahun 2005. Lonpac kinibersedia untuk terusmembangunkan perniagaandengan adanya cawangan-cawangan yang terpelbagai,ejen-ejen yang berkebolehan,institusi kewangan, broker-broker dan pelanggan-pelanggan korporat.

Program triti insurans semula yang baikadalah penting kepada operasi syarikatinsurans. Di Lonpac, program triti kamidibentuk secara profesional menurutsifat-sifat portfolio risiko kami dan ia jugamemberi perlindungan ke atas bencanayang mungkin dihadapi oleh syarikat.Triti insurans semula kami disokong olehsekuriti-sekuriti yang kukuh kewangannyayang terdiri daripada penginsurans semula global yangterkemuka serta penginsurans semula tempatan yangterkenal. Dengan adanya triti insurans semula yangkukuh dan fleksibel, Lonpac berupaya untuk terusmencatatkan bidang risiko yang lebih meluas, termasukkelas-kelas khas yang melibatkan kejuruteraan, bonprestasi dan risiko liabiliti, dan pada masa yang samamengekalkan kedudukan pasaran yang kukuh di dalamkelas-kelas insurans tradisional seperti kebakaran, motordan pampasan pekerja asing.

Lonpac sentiasa membuat pembaharuan di dalampakej-pakej insuransnya supaya dapat memenuhikehendak pelanggan. Pada tahun 2005, dua (2) jenisKemalangan Peribadi (“PA”) iaitu PA Plusdan Living Care PA yang dilancarkanuntuk memberi perlindungan kemalanganperibadi yang komprehensif kepadapenginsurans awam.

Plan perjalanan yang inovatif, BizTravelInsurance, turut diperkenalkan pada awaltahun 2005 untuk memberi perlindunganPerubatan dan Kemalangan Peribadi yang

ulasanoperasi perniagaan

laporan tahunan 2005

8866

AGENSI

Tenaga agensi merupakan cabang pengagihan utama yang menyumbanglebih daripada 32% jumlah premium kasar. Lonpac mengakuikepentingan peranan yang dimainkan oleh ejen-ejen dan akan sentiasaberusaha untuk membangun dan membina hubungan perniagaan yangbaik dengan mereka. Selaras dengan objektif perniagaan Lonpac untukmempunyai portfolio risiko-risiko yang seimbang, kursus-kursus latihantelah adakan dan dikendalikan oleh pakar-pakar insurans untuk membinakemahiran teknikal dan profesional ejen-ejen untuk mendorong merekasupaya lebih berkecekapan dalam pasaran yang bersaingan.

Pada tahun 2005, tenaga agensi telah memperoleh pertumbuhan yangmenggalakkan sebanyak 28% iaitu 853 ejen berbanding 668 ejen padatahun 2004. Dengan adanya program perekrutan ejen yang berterusan,kami menjangkakan pertumbuhan yang lebih dalam agensi kami.

Untuk terus mendahului persaingan, Lonpac yakin dengan perkhidmatanlepas jualan yang berkualiti kepada ejen-ejen serta pemegang polisikami. Jabatan Agensi telah menubuhkan unit pentadbiran agensi untukmembantu ejen di seluruh negara mengenai isu-isu pentadbiran agensitermasuk sistem e-Insurance bagi insurans motor.

Jabatan Agensi telah berjaya dalam inisiatif-inisiatifnya untukmembangun perniagaan agensi dan ternyata efektif di mana penghasilanpremium daripada agensi telah meningkat sebanyak 24% kepadaRM122.7 juta daripada RM98.8 juta pada tahun 2004. Antara inisiatifyang telah diambil adalah perikatan strategik dengan Public Bank Berhad(“PBB”) untuk meneroka perniagaan insurans motor daripada penjual-penjual kereta serta pemegang francais motor, dan ini lebihmemperkukuhkan kedudukan Lonpac di dalam industri motor.

Sehingga kini, Jabatan Agensi akan terus mengambil ejen-ejen yangberpengalaman dan produktif untuk mengekalkan keuntungan jangkapanjang pertumbuhan penajaan jamin.

LPI CAPITAL BHD 4688-D

8877

INSTITUSI KEWANGAN

Sumber perniagaan bagi Jabatan InstitusiKewangan (“FI”) terutamanya adalahdaripada PBB, yang menyediakancampuran portfolio yang sihat yang terdiridaripada kelas insurans Kebakaran,Motor dan Marin yang menyumbang29% daripada jumlah pendapatanpremium kasar.

Sepanjang tahun, Lonpac telahmelaksanakan pelbagai strategiperniagaan untuk memaksimumkanpotensi perniagaan dengan PBBmenerusi rangkaian pengedaran danpelanggannya yang luas. Usaha pasaranbersama dengan PBB untuk menawanpasaran insurans motor yang lebih besartelah menyaksikan peningkatan pentingdi dalam premium motor daripada Bank.Lonpac akan terus mempromosikanproduk insurans Skim Insuran Gadai JanjiKemalangan Diri (“MRPA”) dengan PBBdi mana ia menghasilkan keputusanpenajaan jamin yang baik sejakdilancarkan pada Mei 2000. Berikutanitu, pertumbuhan sebanyak 5% telahdicapai pada tahun 2005 berdasarkanterma sewa beli yang bersaingan dankadar pinjaman bank yang menarik.

Pada Oktober 2003, sistem dalamtalian Insurans Motor Lonpactelah berjaya dilaksana di PBB,terdahulu daripada tarikh laksanaanJPJ pada 1 Januari 2005. Lanjutandaripada kejayaan sistem e-InsuranceMotor yang telah terbukti, sistemdalam talian telah dilanjutkan kepadakelas-kelas lain seperti Kebakarandan Marin selaras dengan objektifKumpulan untuk menyediakanproduk dan perkhidmatan yangcemerlang dengan piawaiantarabangsa yang disokong olehkekuatan teknikal dan kewangan.

Dengan kerjasama strategik dengan Pengendali Takaful,Lonpac kini berupaya untuk turut serta dalam TakafulInsurans PBB yang giat berkembang setara denganpor tfolio pinjaman Islam PBB. Jabatan InstitusiKewangan akan berusaha untuk memper tingkatper tumbuhan dengan memperkukuhkan hubunganperniagaan dengan PBB.

ulasanoperasi perniagaan

laporan tahunan 2005

8888

BROKER

Pendapatan diperoleh daripada runcit danbroker insurans semula yang menyumbangsebanyak 75% dan 25% daripada para pelangganlangsung korporat. Jabatan Broker beroperasidalam suasana yang mencabar dan berdaya saing.Walaupun keseluruhan pengeluaran pasaranpada tahun 2004 telah dikurangkan sebanyak2.4%, premium pengeluaran daripada aktiviti brokerditutup pada RM49 juta, satu pertumbuhan sebanyak13% daripada tahun 2004. Ini adalah akibat pasaranlemah dan persaingan yang sengit di antara penanggunginsurans dengan peningkatan kadar permodalanpasaran untuk mencapai pertumbuhan terbaik.

Sektor broker dengan akaun korporatnya yang besarterus kekal sebagai punca utama untuk pertumbuhanyang pantas. Pengurangan projek-projek infrastrukturawam dan aktiviti pembinaan turut menjejaskanpor tfolio kami memandangkan 60% daripadaperniagaan adalah daripada sektor ini. Ia didominasioleh beberapa pemain besar, dengan 12 (daripada 34)mempunyai agregat pasaran sebanyak 80% daripadajumlah premium. Jabatan broker akan fokus kepadaperniagaan daripada broker-broker terpilih denganrekod kutipan premium yang baik serta di manahubungan telah pun terjalin. Keteguhan kewanganSyarikat, perkhidmatan berkualiti dan amalanmengendalikan tuntutan-tuntutan dengan adil kekalmenjadi kekuatan utama perniagaan kami.

Sebagai salah satu daripada hanya beberapapenanggung insurans yang menawarkan kemudahanBon, kami mengekalkan kemajuan kami yang bersaingandalam insurans projek pembinaan. Kerjasama kamidengan penginsurans semula antarabangsa untukmenawarkan produk-produk inovatif seperti Pengarah& Pegawai, Perlindungan Profesional, Kesalahan &Ketidak masukan, menyumbang kepada pertumbuhanpada tahun 2005 dan ini akan berterusan ke tahun

2006 memandangkan Lonpac telah meletakkan syarikatsebagai pemain liabiliti yang penting. Jualan silangproduk-produk ini pasti akan dapat membantu dalamkeseluruhan pertumbuhan portfolio.

Walaupun keadaan lebih bersaingan pada tahun 2006,pertumbuhan kesedaran risiko di antara perusahaanperniagaan akan terus menghasilkan peningkatan dalampermintaan korporat terhadap insurans. Bilanganpenanggung insurans berlesen untuk menguruskanSkim Pampasan Pekerja Asing (“FWCS”) dengan kadarpremium tetap dijangka akan mengurangkan portfoliokami. Pengumuman lesen broker takaful akan lebihmenghakis per tumbuhan yang dijangkakan,memandangkan broker-broker akan memindahkanportfolio perniagaan broker kepada pengendali takaful.Terdapat lebih ramai pengendali takaful yangmenawarkan insurans takaful dengan konsepperkongsian keuntungan yang menawarkan alternatifmenarik dan pasaran bersaingan kepada broker-broker.Tambahan pula, lesen takaful yang diumumkan baru-baru ini dijangkakan akan merencatkan pertumbuhanmemandangkan perniagaan sedia ada yang diperbaharuiakan disalurkan menerusi broker-broker takaful.

Oleh itu, kemahiran pemasaran dan kecerdasanpemasaran dengan tahap perkhidmatan penghantaranyang lebih baik adalah penting untuk mengekalkanpertumbuhan pada tahun 2006.

LPI CAPITAL BHD 4688-D

8899

TUNTUTAN

Lonpac mengakui bahawa reputasi sesebuah syarikat insurans bergantung kepada keupayaannya untukmenyelesaikan tuntutan bona fide pemegang polisi dengan cepat. Oleh itu, di dalam suasana persainganbagi memperoleh perniagaan insurans, piawai perkhidmatan tuntutan menjadi faktor penentu di dalamproses membuat keputusan.

Jabatan Tuntutan bertanggungjawab mengendalikan tuntutan insurans hasil daripada urusniaga bagiLonpac. Proses tuntutan dan prosedur penyelesaian oleh itu diberikan kepentingan dalam falsafahperniagaan Lonpac.

Di Lonpac, kami tidak menganggap proses penyelesaian tuntutan sebagai hanya satu pelaksanaan untukmemenuhi tanggungjawab kontrak kami. Sebaliknya, ia memberi kami peluang untuk mempamerkanprofesionalisme dan kebolehan kami dalam memberi perkhidmatan yang cepat dan efektif. Kami akancuba sedaya mungkin untuk meminimumkan sebarang kesulitan terhadap pihak yang diinsuranskan olehkami. Ini memerlukan pengurusan yang efisien dalam proses tuntutan bermula dari peringkatpemberitahuan tuntutan hingga pelantikan Pelaras (jika perlu), sehingga penutupan fail.

Selain daripada audit berkala oleh pihak berkuasa, Bank Negara Malaysia, pemeriksaan dalaman yang ketatsentiasa dilakukan untuk memantau proses tuntutan dan memastikan piawai perkhidmatan yangtinggi dikekalkan dan mematuhi garis panduan proses tuntutan dan penyelesaian yang dirangkakan olehBank Negara Malaysia.

Maklum balas daripada pelanggan adalah dialu-alukan dan diterima secara positif kerana ia dapatmembantu membaiki perkhidmatan kami. Aduan-aduan yang munasabah diambil kira dengan penuhkeprihatinan dan dikendalikan dengan segera. Selain daripada kepentingan parapemegang polisi kami yang tetap menjadi keutamaan, kami juga menyedarikepentingan untuk terus berwaspada terhadap penipuan dan tuntutan yangberlebihan. Untuk meminimumkan risiko-risiko ini, tuntutan yang memerlukanpenelitian yang lebih akan disiasat dengan lebih terperinci sebelum sebarangtindakan dibuat.

Para pemegang tidak perlu khuatir kerana kepentingan mereka sentiasadilindungi setiap masa.

Secara ringkasnya, penyata misi tuntutan kami adalah untuk memastikan bahawatuntutan yang sah dan dilindungi insurans diselesaikan dengan adil dan pantas.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Lonpac (“ICT”) menyediakan teknologi yanginovatif, kontemporari dan tercapai di dalam mikrokomputer, rangkaian danperkhidmatan sistem yang membolehkan Lonpac mencapai matlamatnya dengan efektifiaitu komuniti berorientasikan perkhidmatan pelanggan. Untuk mencapai misiini bagi tahun 2005, Jabatan Teknologi Maklumat bekerjasama untuk melengkapkanbimbingan teknologi dan sokongan dengan keutamaan dalam membekalkan produkdan perkhidmatan insurans yang terbaik. Pelbagai teknologi baru digunakan dansistem baru diperkenalkan untuk membina infrastruktur ICT Lonpac yang sedia kukuh.Strategi ICT sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu yang mengkaji semua projekdan cadangan-cadangan utama bagi memastikan matlamat perniagaan dapat dicapai.

Salah satu strategi ICT yang telah dilaksanakan pada 2001 adalahpelancaran sistem Motor e-Insurance berdasarkan Internet. Rangkakerja sistem berlandaskan internet ini dibentuk untuk menyampaikankefleksibelan dan kebolehpercayaan untuk menyokong objektifkorporat Lonpac dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepadapelanggan. Para ejen mempunyai laluan terus kepada maklumatterkini pemegang polisi menerusi aturan yang dihubungkan ke sistemhos. Sistem korporat yang berdasarkan Web ini turut dihubungi kesistem JPJ untuk memudahkan pembaharuan cukai jalan. Sistempembayaran dalam talian turut disepadukan dengan sisteme-Insurance untuk memudahkan pembayaran dalam talian bagi rakanperniagaan yang menggunakan kad kredit menerusi e-banking.Lonpac juga giat memperoleh teknologi yang lebih dapat menahangangguan seperti enkripsi data hujung ke hujung bagi semuaurusniaga dalam talian. Sistem e-Insurance telah diperluaskan untukmerangkumi kelas-kelas perniagaan seperti Kebakaran, Marin danKemalangan Peribadi.

laporan tahunan 2005

9900

LPI CAPITAL BHD 4688-D

9911

ulasanoperasi perniagaan

Pengurusan dokumen-dokumen di Lonpac turut melaluitransformasi utama untuk memusatkan keadaandokumen. Sistem utama menggunakan teknologimengimej beresolusi tinggi untuk mengimbas borang-borang insurans ke dalam sistem. Sistem PengurusanDokumen ('DMS') menggalakkan persekitaran tanpakertas, pengurusan dokumen yang efisien danmemperbaik layanan kami terhadap permintaanpelanggan. Dengan adanya DMS, operasi di cawangan-cawangan adalah lebih berintegrasi dan memudahkanpengendalian polisi dan tuntutan.

Memandangkan tenaga kerja yang semakin meningkat,Lonpac telah melaksanakan sistem pembayaran gajisumber manusia dan pengurusan masa. Sistem inimembolehkan proses pembayaran gaji, permohonan cutidan catatan kehadiran kakitangan dibuat secara dalamtalian. Lonpac kini dalam proses untuk memperluaskansistem ini kepada bahagian pengurusan latihan danpembangunan kakitangan.

Selain itu, aktiviti utama yang turut dilaksanakan padatahun 2005 ialah sistem “High Availability” bagie-Insurance dan sistem pangkalan data, bagi memastikanperkhidmatan yang optimum diberikan setiap masakepada rakan-rakan perniagaan kami. Sedikit perubahaninfrastruktur diperlukan untuk menggabungkan sistemdengan lancar dan selamat.

Pada tahun 2005, Lonpac melaksanakan beberapa sistemyang dikemaskini dan diperbaharui. Ini meliputi sandaranpenuh dan penyelesaian pemerolehan semula; satusistem pemancuan web untuk menaik taraf jaringan webkepada masa respons pelanggan; satu perkakasanpengurusan rangkaian yang canggih dengan pengesanvisual penggunaan jalur lebar masa nyata untukmenganalisis, mengdiagnos dan menyelesaikan masalahrangkaian.

Lonpac sentiasa menganalisis dan menyelidik pasaranteknologi bagi mempertingkatkan kualiti sistem danperkhidmatan kepada rakan perniagaan dan parapelanggannya.

laporan tahunan 2005

92

Prihatin Terhadap Pelanggan

PRIHATIN TERHADAP PELANGGAN KAMI

Kumpulan ditadbir oleh misi korporatnya iaitu “untuk memberi pelanggan perkhidmatandan produk terbaik dengan piawai antarabangsa bersandarkan kekuatan teknikal dankewangan yang telah terbukti”. Menyedari kepentingan pengendalian pelanggan yangcemerlang, Kumpulan terus berusaha untuk memberi perkhidmatan pelanggan yangberkualiti supaya dapat membezakan faedah-faedah yang ditawarkan Kumpulan berbandingpesaing-pesaingnya.

Syarikat subsidiari Kumpulan, Lonpac telah mengambil beberapa inisiatif untuk memberikanproduk-produk dengan nilai tambahan serta perkhidmatan yang berkualiti.

Pembukaan rasmi Pusat Perkhidmatan Pelanggan pada 29 Julai 2004 membuktikan fokusLonpac dalam usaha memuaskan hati pelanggan, dengan meletakkan pelanggan sebagai nadiperniagaannya. Fungsi utama Pusat Perkhidmatan Pelanggan terdiri daripada perbandinganpiawai perkhidmatan pelanggan, merumuskan prosedur-prosedur perkhidmatan dankerjasama dengan lain-lain jabatan dan cawangan, dengan objektif utamanya untukmemenuhi kehendak pelanggan-pelanggan dan menyelesaikan aduan-aduan pelanggandengan cara yang paling efektif. Sebelum itu, Lonpac telah menubuhkan Unit Aduan padabulan Ogos 2003, dirumuskan dengan piawai tinggi dan prosedur-prosedur yang praktikaluntuk mengendalikan aduan-aduan pelanggan dengan pantas dan efektif. Unit ini dilengkapidengan kakitangan yang berpengalaman dan terlatih untuk mengendalikan maklum balasdan aduan dan memberikan penyelesaian yang sewajarnya bagi memuaskan hatipelanggan. Maklum balas serta aduan-aduan yang diterima turut direkodkan bagi penilaiansemula dan kajian, di mana hasilnya akan digunakan sebagai input dalam mengukuhkanperkhidmatan pelanggan di masa depan.

Dengan kerjasama dan komitmen kepada perkhidmatan pelanggan,Lonpac telah berjaya melancarkan program bantuan percuma iaituLonpac E-Assist dan Lonpac Home-Assist masing-masing padatahun 2001 dan 2004.

Di dalam pasaran di mana pelanggan semakin berpengetahuan dan sofistikated,pergantungan terhadap strategi penentuan harga produk sahaja tidak lagi mencukupi untukmendahului persaingan. Kumpulan menyanjung tinggi pelanggan dan sangat komited dalammemberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.

LPI CAPITAL BHD 4688-D

93

prihatin terhadappelanggan

Lonpac E-Assist telah dilancarkan dengan rasminya pada 30 Oktober 2001 olehY.B. Dato’ Chan Kong Choy, Timbalan Menteri Kewangan. Perkhidmatan tambah nilai iniditawarkan percuma kepada pemegang polisi insurans kereta persendirian komprehensifyang mana bukan sahaja menitikberatkan keperluan pelanggan-pelanggan malahan efisiendalam bentuk kos dan dilaksanakan menerusi pusat panggilan khidmat luar 24 jam denganbantuan pengendali trak penunda di seluruh negara. Jika berlakunya kerosakan kereta,pemegang polisi akan menerima bantuan pembaikan minor dan perkhidmatan penundaankecemasan. Lain-lain faedah termasuk rujukan untuk perkhidmatan gantian kereta danurusan penginapan hotel. Sejak dirasmikan pada tahun 2001, Lonpac telah menerimapelbagai maklum balas positif daripada pemegang-pemegang polisi mengenai nilaiperkhidmatan tambahan ini dan pengalaman menyenangkan dengan perkhidmatan LonpacE-Assist ini. Selain daripada bantuan kecemasan, beberapa aktiviti kesetiaan pelanggandi bawah Lonpac E-Assist telah dianjurkan sejak beberapa tahun. Di antaranya adalahPertandingan Mencipta Logo Lonpac E-Assist, Teka Silang Kata Great Rewards, MaklumBalas Pelanggan dan Karnival Golf yang telah disertai oleh para pemegang polisi.

prihatin terhadappelanggan

laporan tahunan 2005

94

Inisiatif lain yang diambil oleh Kumpulan sebagaisebahagian daripada strategi prihatin pelanggan, adalahmenyelenggara laman web perniagaan yang informatif.Laman web ini sentiasa dikemas kini dengan berita-beritaterkini mengenai Kumpulan, produk-produk danperkhidmatan baru, isu-isu pasaran insurans terkini danmaklumat-maklumat berkaitan insurans. Ia juga turutberperanan sebagai ruang untuk pelanggan-pelanggan,menyalurkan maklum balas dan aduan kepada Kumpulan.

Komitmen positif Kumpulan untuk terus memperbaikidan memberi perkhidmatan dengan nilai-nilai intrinsik

kepada para pelanggannya akan dapat menjaminpembangunan Kumpulan ke arah

amalan-amalan dan piawai terbaikantarabangsa. Sebagai komitmenkami kepada pelanggan, Kumpulanakan terus memberi fokus kepadastrategi prihatin pelanggan danmengukuhkan kualiti perkhidmatanpelanggan bagi memastikankepuasan pelanggan.

Lonpac Home-Assist telah dilancarkan dengan rasmipada 29 Julai 2004 oleh Pengerusi kami, Y.Bhg. Tan SriDato’ Sri Dr. Teh Hong Piow. Ini merupakan programbantuan rujukan percuma yang diberikan kepada semuapemegang polisi Empunya Rumah dan Isi Rumah Lonpacbertujuan untuk memberi bantuan segera kepadapemegang polisi apabila berhadapan dengan masalahberkaitan rumah terutamanya ketika masa terdesak.Talian bantuan telah disediakan untuk memberiperkhidmatan rujukan kepada pemegang polisi apabilamereka menghadapi kesulitan berkaitan rumah.Pemegang polisi boleh menggunakan khidmat rujukanLonpac Home-Assist bagi keadaan yang berikut:

• Bantuan mengenai elektrik• Bantuan kerja paip• Perkhidmatan hawa dingin• Bantuan pembuat kunci• Perkhidmatan kawalan makhluk perosak• Kebocoran bumbung• Pembersihan dan pemasangan semula permaidani

Dengan adanya perkhidmatan tambah nilai ini, Lonpacbermatlamat untuk menghapuskan kesukaranpemegang polisinya ketikaberlaku kecemasan.

pembangunansumber manusia

LPI CAPITAL BHD 4688-D

95

Kumpulan percaya bahawa kakitangan harus berkongsi kejayaan Kumpulan, oleh itu,imbuhan kakitangan adalah bergantung kepada prestasi dan keupayaan mencapai strategidan matlamat perniagaan Kumpulan.

Pengetahuan, kebolehan dan kemahiran kakitangan merupakan sebahagian daripada modalintelektual Kumpulan. Pembelajaran seumur hidup dan pembangunan terus menjadipendorong utama untuk membantu Kumpulan menandingi persaingan dan mencapaikeputusan yang cemerlang.

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BAGI KEJAYAAN YANG BERTERUSAN

Kumpulan menerusi syarikat subsidiarinya, Lonpac komited dalam menggalakkanperkembangan kemajuan kakitangannya dengan menyediakan pembelajaran yangberterusan dan program pembangunan sepanjang tahun di dalam operasi dan kemahiranpengurusan.

Pada April 2005, pengurusan kanan Lonpac telah menghadiri seminar yang telahdikendalikan bersama NIPPONKOA Co. Ltd di Tokyo, Jepun. Pengurus-pengurus telahdapat memperkembangkan pengetahuan mereka di dalam “Penajaan Jamin InsuransPermotoran di Jepun”. Seminar tersebut sangat berinformasi dan membantumeningkatkan kefahaman di dalam penajaan jamin permotoran, budaya dan amalan diJepun. Mereka turut menyertai lawatan sambil belajar ke Jiken Center Co. Ltd. (“JKC”),salah sebuah pusat penyelidikan dan latihan permotoran di Tokyo. Pusat ini menawarkanpelbagai program latihan untuk memperbaiki kemahiran penaksiran kos-kos pembaikan,penghasilan waktu pembaikan JKC, pelaksanaan penyelidikan bersama dengan pengilang-pengilang permotoran bagi keupayaan kerosakan dan pembaikan serta penyelidikan dalamcat berdasarkan air yang mesra ekologi.

Pada September 2005, satu persidangan telah diadakan untuk pengurus-pengurus mudamengenai “Recoveries by Subrogation” di Melbourne, Australia. Pengurus-pengurus mudatelah dapat memperkembangkan pengetahuan mereka menerusi penyampaian pakar-pakar yang mahir daripada RCL International Pty Ltd.

Pembangunan Sumber Manusia

Kumpulan sangat menghargai kakitangannya sebagai aset yang imperatif untuk kekal danberjaya di dalam persekitaran perniagaan yang bersaingan ini. Kumpulan terus memajukanmodal insan dengan pembangunan kemahiran yang disokong oleh sistem ganjaranberdasarkan prestasi untuk mewujudkan budaya prestasi yang kukuh.

pembangunansumber manusia

laporan tahunan 2005

96

Latihan dan pembangunan tidak terhad hanya kepada kumpulan pengurus-pengurus sahaja. Adalah menjadi polisi Kumpulan untuk memastikan semuakakitangan diberi latihan yang secukupnya dan berterusan untuk melengkapkanmereka dengan pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan industri danmeningkatkan produktiviti. Contohnya, Lonpac telah mengadakan seminarmengenai “Pembangunan Individu menggabungkan Komunikasi Berkesan –Pengalaman Pembelajaran” untuk para Eksekutif dan Pegawainya pada bulanSeptember dan November 2005. Program-program ini dirancang untukmengukuhkan keberkesanan individu dan berusaha untuk mencapaikecemerlangan di dalam apa juga perancangan Lonpac. Peserta-peserta telahmelalui pelbagai aktiviti yang mencabar termasuk permainan-permainan simulasidalaman dan luaran, yang mana kesemuanya direka untuk memaksimumkankebolehan pembelajaran.

Peserta-peserta telah melalui proses-proses berikut:-

i. mengenal pasti tujuan dan menjadi proaktif ii. menguruskan keutamaan dengan mengambil kira hasil yang diperolehiii. memberi keutamaaniv. memupuk kemahiran pengurusan bagi pembangunan diri dan efektif

organisasiv. memahami dan menguruskan kemahiran komunikasi yang efektif

Kakitangan perkeranian diberikan latihan dalam tugas mengenai perubahan barudi dalam prosedur operasi atau pembangunan baru di dalam amalan pasaranberkaitan dengan tugas mereka agar dapat mempertingkatkan nilai kepadaKumpulan serta meningkatkan produktiviti.

LPI CAPITAL BHD 4688-D

97

pembangunansumber manusia

MEMBANGUNKAN AGENSI BAGI PERTUMBUHANYANG BERTERUSAN

Lonpac turut menghargai peranan agen-agennya di dalampertumbuhan dan kejayaan syarikat. Lonpac percaya denganmenubuhkan cawangan agensi yang sofistikated dan terlatih bukansahaja akan meningkatkan jualan tetapi akan turutmemperkukuhkan imej korporat dan satu kelebihan berbandingpesaing-pesaingnya. Untuk tujuan ini, Lonpac tidak pernahmengabaikan kepentingan latihan dan pembangunan agensinyadan mengadakan sesi latihan untuk agen-agennya di seluruhnegara setiap tahun untuk memberi maklumat produk sertapembangunan industri terkini. Ejen-ejen di seluruh negaraturut dikumpulkan untuk seminar tahunan bagi mereka untukber tukar pendapat mengenai strategi pemasaran bagimemperbaiki produktiviti.

Selain daripada program-program latihan kumpulan, Lonpacturut menguruskan kakitangan untuk menghadiri ceramah,seminar, bengkel, persidangan dan lain-lain program latihanuntuk melengkapkan mereka dengan pembangunan terkini didalam suasana perniagaan yang dikendalikan oleh organisasi-organisasi ternama seperti Rating Agency of Malaysia,Persatuan Insuran Am Malaysia, Institut Insurans Malaysia,Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Akauntan AwamBertauliah, Institut Akauntan Malaysia, Institut JuruauditDalaman Malaysia dan KPMG Malaysia.

pembangunansumber manusia

laporan tahunan 2005

98

ANUGERAH PENGIKTIRAFAN PERKHIDMATAN

Sejak tahun 2001, Kumpulan mengiktiraf kakitangan-kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan memberipengiktirafan tahunan iaitu Anugerah PengiktirafanPerkhidmatan dengan objektif utamanya untuk memberimotivasi kepada kakitangan untuk membangunkan kerjayamereka dengan Kumpulan dan memberi ganjaran kepadamereka di atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelahbahagi terhadap pembangunan dan pertumbuhan Kumpulan.

Pada tahun 2001, terdapat seramai 41 orang kakitangankhidmat lama yang telah bertugas dengan Kumpulan selama15 tahun dan lebih, telah menerima Anugerah PengiktirafanPerkhidmatan. Untuk menggalakkan kakitangan untukmembina kerjaya bersama Kumpulan, bermula pada tahun2002, Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan turutdilanjutkan kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama10 tahun.

pembangunansumber manusia

LPI CAPITAL BHD 4688-D

99

Kumpulan amat berbangga dan berbesar hati menyaksikan kesetiaan dan ketekunan kakitangannya, yang mana adadikalangan mereka telah pun berkhidmat dengan Kumpulan selama 30 tahun. Dedikasi yang tidak berbelah bahagi initelah menyumbang kepada kemajuan Kumpulan dan turut memberi semangat kepada rakan sejawat lain yang masih barudi dalam perkhidmatan.

Bilangan penerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan sejak tahun 2001 sehingga 2005 dinyatakan seperti berikut:

pembangunansumber manusia

laporan tahunan 2005

100

AKTIVITI-AKTIVITI KAKITANGAN

Sepanjang tahun, Kumpulan telah mengelolakan pelbagai aktiviti-aktiviti sosialuntuk kakitangannya dengan objektif untuk memperkukuhkan lagi hubungan diantara kakitangan dan membina semangat berkumpulan bagi kakitanganberinteraksi sesama mereka di luar waktu pejabat.

Kelab Sukan Lonpac (“Kelab Sukan”) telah ditubuhkan pada tahun 1983 untukmenyediakan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah untuk ahli-ahlinya. Kelab Sukansangat bertuah kerana Ketua Pegawai Eksekutif bertindak sebagai Presiden KelabSukan yang telah dilantik oleh ahli-ahlinya pada Mesyuarat Agung Tahunan KelabSukan. Untuk menggalakkan ahli-ahli mengambil bahagian dan menerapkanpengurusan yang telus di dalam organisasi Kelab Sukan, pegawai-pegawai KelabSukan adalah terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Jawatankuasa,Bendahari dan Juruaudit yang telah dicadangkan dan dilantik oleh ahli-ahli secaratahunan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan.

Setiap tahun, Kelab Sukan aktif mengelolakan aktiviti-aktiviti sukan dan riadahuntuk ahli-ahlinya. Kelab Sukan turut menyumbangkan subsidi bagi lawatan-lawatan dalam dan luar negara yang dijalankan setiap tahun untuk ahli-ahlinya.Selain daripada pelbagai lawatan, Kelab Sukan turut mengadakan aktiviti-aktivitisukan bagi menggalakkan cara hidup sihat di kalangan ahli-ahlinya menerusipermainan dan perlawanan pelbagai sukan termasuk badminton, bola tampar, pingpong dan boling. Kelab Sukan turut menganjurkan berbagai permainan dalamanseperti scrabble, karom dan damak.

LPI CAPITAL BHD 4688-D

101

pembangunansumber manusia

Lonpac turut mengiktiraf bola sepak sebagai salah satu sukan yang ternama diMalaysia dan dengan itu telah menubuhkan pasukan bola sepaknya yang berlatihsetiap minggu dan sering mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukandaripada syarikat-syarikat insurans, bank dan lain-lain organisasi bagi mengekalkankekuatan mental dan fizikal serta untuk memperkukuhkan hubungan. Pada tahun2005, pasukan bola sepak telah mewakili syarikat di dalam tiga (3) pertandinganiaitu Pertandingan Futsal Antara Syarikat Insurans Basis Bay, Liga Bola SepakYMCA KL dan Liga Futsal Kumpulan AmBank - Antara Institusi Kewangan.

Dengan bilangan kakitangan lebih daripada 400 orang, Kumpulan dapat dilihatsebagai satu Keluarga Besar. Untuk memupuk nilai kekeluargaan yang baik diantara kakitangan, Lonpac telah mengadakan perhimpunan Hari Keluarga setiaptahun. Perhimpunan ini dapat memberi peluang kepada kakitangan dan keluargamereka untuk berinteraksi dengan keluarga yang lain menerusi aktiviti-aktivititermasuk permainan sukaneka, permainan kanak-kanak dan pertunjukankanak-kanak.

Acara kemuncak di dalam kalendar kakitangan sepanjang tahun adalah tidak laindaripada Majlis Makan Malam & Tari Menari Tahunan syarikat di mana syarikatmenunjukkan penghargaan kepada kakitangan di atas komitmen mereka selamaini. Lonpac dengan bangganya mempersembahkan Persembahan Kakitangan yangterdiri daripada kumpulan kakitangan yang terpilih dan telah berusaha keras danmenghadiri pelbagai sesi latihan untuk memastikan kejayaan persembahan merekadan menjadikan malam itu sesuatu yang bermakna kepada semua hadirin yangterdiri daripada agen-agen, broker dan rakan-rakan perniagaan. Selain itu, tetamujuga turut kagum dengan peserta-peserta Anugerah Tema yang terdiri daripadakakitangan-kakitangan yang berpakaian beraneka ragam dan warna.

Aktiviti-aktiviti sebegini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan danmenyatukan semua kakitangan.

Calendar of Events25 Mac Majlis Pelancaran dan MenandatanganiPerjanjian Bantuan 24 jam Hyundai di antaraLonpac dan Kah Bintang Auto Sdn. Bhd.

Equatorial Hotel, Kuala Lumpur

24 Februari Mesyuarat Agung Tahunan ke-44

Hotel Nikko, Kuala Lumpur

4 Jun Ulang Tahun Majlis Makan Malam& Tari Menari Lonpac yang ke-43– Groovy 60’

Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur

Kalendar Peristiwa Penting 2005

laporan tahunan 2005

102

19 – 24 April Seminar Pengurus

– Penajaan Jamin Insurans Permotoran di Jepun

Tokyo, Japan

dar of Events

26 JulaiMesyuarat Lembaga

NIPPONKOA Japan Regional &Lawatan Rasmi ke Lonpac

Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur

17 – 19 Julai Seminar Agensi – Insurans Liabiliti Produk

Legend Resort, Cherating

24 – 26 SeptemberSeminar Agensi – Insurans Liabiliti Produk

Sheraton Perdana Resort, Langkawi

8 – 10 Julai Percutian I Kelab Sukan

Pulau Tioman, Pahang

27 September – 2 OktoberPercutian II Kelab Sukan

Beijing, China

2 JulaiLonpac Walk Hunt 2005

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

10 Julai Lonpac telah menyertaiBig Walk anjuran Institut

Insurans Malaysia

Dataran Merdeka,Kuala Lumpur

4 JunAnugerah Perkhidmatan Lama

Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur

LPI CAPITAL BHD 4688-D

103

laporan tahunan 2005

104

Calendar of Events11 Ogos LPI telah menerima AnugerahUrus Tadbir Perniagaan Malaysia 2004dianugerahkan oleh Malaysian Business,Berita Publishing Sdn Bhd

Hilton Hotel , Kuala Lumpur

11 Ogos LPI telah menerima Anugerah Nilai

Pemegang Saham KPMG 2004dianugerahkan oleh KPMG

The Westin Hotel & Residences,Kuala Lumpur

29 OgosSeminar Agensi – Insurans C.A.R/E.A.R

Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur

6 – 7 OgosHari Keluarga Lonpac

yang ke-16

Legend Resort, Cherating

26 JulaiLawatan RasmiNIPPONKOA ke Lonpac

Kuala Lumpur

31 Ogos – 4 September Seminar Pengurus Muda – “Recoveries By Subrogation”

Melbourne, Australia

LPI CAPITAL BHD 4688-D

105

dar of Events

28 November Seminar Pegawai – Pembangunan IndividuMenggabungkan KomunikasiBerkesan

Palm Garden Hotel, Selangor

16 NovemberSeminar Agensi– Dokumentasi & ProsedurTuntutan Kebakaran

Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur

17 Oktober Mesyuarat TahunanPengurus

Ibu Pejabat Lonpac,Kuala Lumpur

13 September Seminar Agensi Insurans

– Liabiliti Pengarah & Pegawai

The Prince Hotel & Residence,Kuala Lumpur

20 September Karnival Golf Lonpac E-Assist

Kelab Rahman Putra,Malaysia, Sungai Buloh

17 – 18 September Seminar Eksekutif – PembangunanIndividu MenggabungkanKomunikasi Berkesan

Casa Rochado Resort,Port Dickson

10 NovemberLPI menerima Anugerah “BestUnder A Billion” bagi RantauAsia-Pasifik dianugerahkanoleh Forbes Asia

Sentosa Golf Club, Singapura

laporan tahunan 2005

106

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

Penyata tanggungjawab Para Pengarah berhubung dengan penyediaan penyatakewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhirpada 31 Disember 2005.

Para Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan penyata kewanganKumpulan dan Syarikat yang telah diaudit telah disediakan mengikut keperluanpiawai perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia, peruntukanAkta Syarikat, 1965 dan Garis Panduan Bank Negara Malaysia dan Syarat-syaratPenyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad.

Para Pengarah juga bertanggungjawab bagi memastikan bahawa penyatakewangan yang telah diaudit memberikan gambaran sebenar dan saksama tentangkedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2005, dan keputusanoperasi serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun yang berakhir padatarikh tersebut.

Dalam menyediakan penyata kewangan yang telah diaudit, Para Pengarah telah:

• menggunakan polisi perakaunan yang bersesuaian dan berkaitan dengan konsisten;

• membuat penilaian dan anggaran yang munasabah dan berhemat;• menyediakan penyata kewangan yang telah diaudit berdasarkan usaha yang

berterusan.

Para Pengarah juga turut bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perakaunanyang sewajarnya, yang mendedahkan kedudukan kewangan Kumpulan danSyarikat dengan ketepatan yang berpatutan pada bila-bila masa.

Para Pengarah juga mempunyai tanggungjawab umum untuk mengambil langkah-langkah berpatutan dalam melindungi aset-aset Kumpulan dan mengelakkan sertamengesan penipuan serta ketaknalaran lain.

Menurut perenggan 15.27(a) Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad.