kawad kaki-karnival kokurikulum smk tun haji abdul malek 2015-statik

Upload: masrina-muhamed

Post on 10-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Borang kawad kaki statik

TRANSCRIPT

KARNIVAL KOKURIKULUM SMK TUN HAJI ABDUL MALEK 2015SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Berunifom SMKTHAM sahaja.1.2 Kategori terbuka (campuran / lelaki / perempuan)

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 16 orang termasuk ketua platun. (Minimum) dan 31 orang termasuk ketua platun ( Maksimum)

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi badan Beruniform yang terlibat.

4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )(lokasi di Padang Bola keranjang SMKTHAM)

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 15 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan dinilai : Kawad Asas

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad yang telah ditetapkan.

6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah tidak kurang daripada 16 orang termasuk ketua platun. (Minimum) dan 31 orang termasuk ketua platun ( Maksimum) ketika bertanding.

b) Jika ada bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan. ( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan. ( Assalamualaikum tuan, Pasukan ____________________ ....... siap untuk diuji, tuan)

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :

i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.ii) Bergerak ke kanan ; belakangpusing.iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak)

h) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

i) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

j) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

k) Hukuman tukar langkah perlahan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

l) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman menghadap ke hadapan; kanan pusing diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.

m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan:i. Buka barisanii. Pandang kananiii. Pandang depaniv. Tutup barisan

n) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman bergerak ke kiri; kiri pusing diberikan.

o) Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.

p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E

q) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.