emb 412 muhamad iezwan abd malek e30203120223

Upload: iezwan-malique

Post on 01-Mar-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kemahiran bahasa

TRANSCRIPT

EMB 412Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa MelayuE30203120223

TUGASANJANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUSEMB 412

NAMA KURSUSPENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

NAMA PELAJARMUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK

NO. MATRIKE30203120223

NAMA FASILITATOR AKADEMIKENCIK ABU BAKAR BIN AHMAD

PUSAT PEMBELAJARANAeU, KUALA LUMPUR

Bahagian APengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Sering TerabaiSejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah kebanyakkan menekankan aspek bacaan, bertutur, mendengar dan menulis kerana permulaan murid mempelajari asas-asas penguasaan bahasa di peringkat sekolah rendah. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu sekolah rendah dikatakan terabai. Ini kerana setiap hari guru Bahasa Melayu akan menyelitkan kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.Setiap kemahiran mempunyai cara tersendiri di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang di jalankan . Contohnya guru boleh menyelitkan di dalam aktiviti permainan bahasa di dalam kelas sebagai aktiviti penggayaan murid menguasai sesuatu topikal yang dipelajari di dalam buku teks. Di mana murid menggunakan kemahiran mendengar daripada guru dan rakan-rakannya untuk memastikan satu ayat itu betul atau tidak melalui permainan bahasa. Sama ada murid melakonkan aksi untuk diteka atau menggunakan huruf-huruf yang diteka oleh rakan-rakannya. Sekaligus murid yang terlibat dalam menyampaikan sesuatu perkataan yang dibisikkan oleh guru itu menggunakan kemahiran mendengar dalam menyampaikan sesuatu perkataan yang dimainkan.Selain itu penyampaian soalan melalui kaedah perbincangan di dalam kelas juga merupakan salah satu kemahiran mendengar dan bertutur yang diterapkan sekaligus di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Dimana sebaik sahaja aktiviti membaca bersama guru akan menyampaikan soalan untuk melihat sejauhmana kefahaman murid dalam meneliti petikan yang diberikan. Kemudian murid akan memberikan respon berdasarkan soalan yang dikemukakan dengan ayat mereka sendiri. Disitu kita dapat melihat sejauhmana murid dapat menyusunkan ayat untuk menyampaikan persoalan yang diberikan oleh guru semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dibuat.Guru juga boleh menggunakan kaedah gambar ditunjukkan kepada murid semasa perlaksanaan pembelajaran di dalam kelas. Melalui gambar yang diberikan, murid akan menyampaikan maklumat berdasarkan situasi gambar yang ditunjukkan. Guru dapat melihat kebolehan murid bertutur dan melihat kefahaman murid berdasarkan apa yang disampaikan oleh murid berdasarkan gambar yang ditunjukkan.Selain itu juga , murid juga boleh melengkapkan dialog semasa aktiviti membaca bersama di dalam kelas melalui buku teks Bahasa Malaysia. Dimana kandungan isi pelajaran di dalam buku teks telah menyediakan satu petikan dialog yang sengaja dikosongkan untuk murid untuk cuba melengkapkan dialog itu dengan dialog murid sendiri. Ini sekaligus meningkatkan kemahiran bertutur murid malah menambahbaikkan kemahiran mendengar murid melalui dialog yang sebelumnya. Oleh itu, kandungan buku teks Bahasa Malaysia KSSR yang sebelum ini digunakan oleh saya banyak membantu saya dalam memperolehi bahan yang sesuai untuk melihat sejauhmana perkembangan murid dalam kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur murid dalam kelas saya.Secara kesimpulannya, kemahiran mendengar dan bertutur sentiasa dipraktikkan di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas selaras dengan tranformasi pendidikan negara kita dalam pelan pembangunan pendidikan negara kita. Sepertimana yang termaktub bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur penting dalam penguasaan murid dalam bidang bahasa. Ia juga bukan membantu murid dalam kemahiran berbahasa malah menguatkan lagi dalam perkembangan otak murid-murid dalam kemahiran berfikir.

BAHAGIAN BKekangan Pelajar Asing dalam Menggunakan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu oleh Siti Saniah Abu Bakar

1. Apakah tujuan kajian ini ?Tujuan kajian yang dibuat oleh Siti Saniah Abu Bakar ini adalah untuk meninjau kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di Malaysia. Tujuan khusus beliau jalankan ialah mengamati masalah yang dihadapi oleh para pelajar asing dalam bertutur Bahasa Melayu.

2. Terangkan dapatan kajian ini.Hasil dapatan kajian ini secara ringkasnya, terdapat beberapa faktor yang telah diringkaskan oleh Siti Saniah di mana beliau meletakkan faktor pelajar, pengajar, program latihan dan persekitaran sebagai permasalahan yang dimiliki oleh pelajar asing dalam penguasaan Bahasa Melayu.

PelajarHasil yang didapati pelajar asing yang belajar di Malaysia mempunyai sikap malu, tiada motivasi, gangguan bahasa ibunda, faktor budaya, dan masalah sebutan yang menjadi masalah besar mengapa mereka tidak bertutur Bahasa Melayu. Tambahan pergaulan mereka di kalangan mereka sahaja membataskan mereka untuk belajar bertutur bahasa Melayu. Oleh itu betapa pentingnya pergaulan dengan masyarakat tempatan untuk membolehkan individu itu mahir dalam bertutur dalam sesuatu bahasa. Melalui pergaulan ini , ia akan memberikan kesan positif sepertimana yang telah dinyatakan oleh Holmes (2003). Dimana beliau berpendapat bekerja dalam pasangan antara pelajar yang berpengalaman dan tidak berpengalaman akan memberikan kesan positif dalam pembelajaran.Selain itu, perasaan malu di kalangan pelajar turut mempengaruhi permasalahan ini di mana timbulnya perasaan ini apabila adannya pelajar yang lebih hebat daripada mereka di dalam kelas yang sama. Kelemahan ini akan membawa pelajar ke arah sikap tidak yakin diri untuk bertutur serta berasa rendah diri apabila membandingkan mereka dengan rakan sekelas yang lain. Motivasi juga merupakan kekangan yang dihadapi oleh pelajar asing untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Menurut Maimunah dan Norizah (2003) dalam Atiah dan Ramlah (2003), motivasi merupakan faktor pendorong untuk seseorang belajar dalam sesuatu bahasa. Hal yang demikian kerana kejayaan pembelajaran bahasa asing juga ditentukan oleh motivasi.Hasil dapatan seterusnya ialah perasaan malu pelajar sendiri untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Perasaan malu yang ada dalam diri mendorong mereka untuk berasa rendah diri dan takut untuk bertutur dalam kalangan penutur natif yang sudah berpengalaman dengan Bahasa Melayu.Selain itu faktor gangguan bahasa ibunda juga mendapat perhatian dimana Siti Saniah telah membuat kajian kepada murid-murid orang Asli terhadap literasi Bahasa Melayu. Abdul Shukor, Nuraini, Mohd Izam dan Mohd Hasani (2011) mendapati bahawa murid-murid Orang Asli sering menghadapi gangguan bahasa ibunda dalam pertuturan mereka.Di samping itu faktor budaya juga menjadi kekangan dalam pertuturan Bahasa Melayu bagi penutur asing. Menurut respoden yang di dapati oleh Siti Saniah mendapati bahawa budaya pelajar berbeza-beza. Contohnya pelajar Bangladesh mudah untuk menguasai Bahasa Melayu manakala pelajar dari Asia Barat tidak mahu bertutur dalam Bahasa Melayu , bagi mereka lebih mudah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris di dalam kehidupan mereka di tempat mereka belajar. Sememangnya budaya pembelajaran menpengaruhi cara pembelajaran mereka. Sebagai contoh masalah yang berlaku di perkampungan orang-orang Asli di Kampung Terisu, Cameron Highland, Pahang. Murid-murid orang Asli mempunyai budaya yang kurang kuat dalam pembelajaran. Bagi mereka pembelajaran hanya berlaku di sekolah sahaja.Faktor umur juga diambil kira di dalam pemasalah penuturan di kalangan pelajar asing. Faktor umur yang melebihi 20-an akan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran kerana mereka sudah boleh berfikir akan tujuan mempelajari bahasa tersebut. Menurut respoden mengatakan faktor umur menyulitkan mereka untuk menyebut bunyi yang tidak ada dalam bahasa mereka sendiri. Kesulitan membunyikan perkataan bahasa asing ini dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka sendiri. Menurut Awang (2011) pelajar asing dari negara China sukar menuturkan sesetengah bunyi yang ada dalam sistem Bahasa Melayu, contohnya bunyi getaran /r/, perbezaan bunyi antara /b/ dengan /p/ dan sebagainya. Oleh itu, pengajaran kemahiran bertutur menjadi semakin sukar kerana sulit untuk memahami perkataan yang dituturkan serta mereka sendiri takut untuk membuat kesilapan.Masalah sebutan juga menjadi kekangan untuk pelajar asing. Ini kerana permasalahan dalam menyebut perkataan dalam Bahasa Melayu akibat daripada pengaruh bahasa ibunda mereka sendiri. Awang (2011) mengatakan bahawa di Republik China, masalah timbul oleh sebab pelajar dipengaruhi oleh bahasa kebangsaaan mereka iaitu Bahasa Mandarin yang memang berlainan dengan Bahasa Melayu, baik dari aspek fonologinya mahupun aspek tatabahasanya.

PengajarFaktor kedua yang diperoleh dalam dapatan kajian ini ialah faktor pengajar. Hasil kajian yang dibuat oleh Siti Saniah menunjukkan bahawa tenaga pengajar juga menjadi kekangan untuk pelajar bertutur dalam Bahasa Melayu. Sebagai tenaga pengajar perlu bijak merangka aktiviti yang menarik minat pelajar untuk mewujudkan suasana pengajaran yang baik. Hal yang demikian disokong oleh Ahmad Johari dan Siti Asfarina (2010) tentang keutamaan ciri pengajaran pensyarah yang baik daripada persepsi pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Selain itu, cara penyampaian pensyarah merupakan faktor pendorong pelajar untuk menguasai subjek yang diajar.

Program LatihanDi dalam dapatan kajian ini didapati peruntukan masa atau waktu P&P yang telah ditetapkan oleh sesuatu program di university merupakan faktor yang menghalang pelajar asing untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dimana masa pengajaran Bahasa Melayu dikatakan terlalu singkat iaitu satu semester. Untuk mengatasi masalah ini, pihak university perlu mengatur beberapa program yang menggalakkan pembelajaran Bahasa Melayu secara tidak langsung seperti aktiviti inap desa, lawatan, keluarga angkat dan sebagainya untuk menggalakkan dan melatih mereka bertutur dalam Bahasa Melayu.

PersekitaranFaktor yang keempat yang menjadi kekangan kepada pelajar asing ini bertutur dalam Bahasa Melayu ialah faktor persekitaran. Persekitaran yang tidak menggunakan Bahasa Melayu menyukarkan pelajar untuk berlatih bertutur dalam Bahasa Melayu. Tambahan lagi, kehidupan mereka yang bergaul sesama sendiri sahaja menyebabkan mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu malahan mereka lebih mudah menggunakan Bahasa Inggeris di dalam komunikasi mereka.Persekitaran memainkan peranan penting dalam pengajaran kemahiran bahasa. Siti Saniah telah menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran tidak membantu para pelajar asing untuk mempratikkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu di Malaysia. Oleh itu, pelajar asing menghadapi pelbagai kekangan dalam proses mempelajari kemahiran bertutur Bahasa Melayu dan seterusnya bertutur dalam Bahasa Melayu. Melalui empat faktor yang menjadikan permasalahan besar dalam penuturan Bahasa Melayu , guru perlu bijak menangani masalah ni dengan menggunakan teknik dan kaedah susulan untuk menangani masalah ini.

BAHAGIAN CGubal satu kaedah mengajar kemahiran MENDENGAR atau kemahiran BERTUTUR dan sediakan satu Rancangan Mengajar Pelajaran Harian (RPH) ;

Mata Pelajaran : Bahasa MalaysiaTarikh : 26 Mac 2014Masa : 60 minitTahun : 2 BudiTema : Alam SekitarTajuk :Habitat Haiwan

Hasil Pembelajaran:Fokus Utama :2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 2i. Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1iii. Memahami perkataan, frasa dan ayat.

Standard Kandungan:2.2 Membaca dan memahamiperkataan, frasa danayat daripada pelbagai sumberdengan sebutan yangbetul

Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga sukukata,diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan bergabungdengan sebutan yang betul

Standard Prestasi: B1 D1 E2 - Menyebut perkataan yang mengandungidiftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabung

Pada akhir pengajaran, murid dapat :1.Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.2.Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.

Kemahiran bahasa : Lisan dan MembacaSistem Bahasa:Tatabahasa: Morfologi-Kata NamaPengisian Kurikulum: Ilmu - Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik Nilai - Kerjasama - BerdisiplinKemahiran Bernilai Tambah:-Kemahiran Berfikir-Kecerdasan Pelbagai

Elemen Kerentas Kurikulum : KreativitiKosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.

Langkah/Masa

Isi PelajaranAktiviti PengajaranPembelajaranCatatan

SetInduksi( 5 minit )Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru-kucing-ayam-kuda-burung

.1. Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.

BBM :Bunyi Binatang (MP3)

KBT:Kemahiran Berfikir

Langkah 1(20 minit)Slaid Habitat Haiwan

-Haiwan yang hidup di darat.

-Haiwan yang hidup di dalam air.

-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.2. Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.3. Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan Habitat Haiwan.

BBM:paparan slaid ,PPTKBT:Kecerdasan pelbagai- Verbal linguistik

BCB :KemahiranLisan

KemahiranBerfikir:-Menilai dan mentaksir

Langkah 2(10 minit)1. Murid membacakuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .

2. Guru membimbing murid membaca dengan betul.

3. Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.

1. Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.

2. Kemudian guru memilih seorang murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.3. Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.4. Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan.BBM:-paparan slaid, PPT-Aktiviti1-Aktiviti2

BCB:-Kemahiran bacaan mekanis-Kemahiran mencari maklumat

Langkah 3(20 minit)1. Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.2. Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

3. Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid.

1. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi petak-petak darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.

2. Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.

3. Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

BBM:Aktiviti3

KBT:Spatial dan ruang

Penutup(5minit)Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.

2. Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

3. Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guruBBM:Slide PPT laguYoutube lagu haiwan

Nilai Murni:Cintai dan sayangi haiwan.

KBT:Muzik

RefleksiPerihalkan tentang apa yang berlaku semasa pengajaran.

Di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 yang bertajuk Habitat Haiwan saya telah menekankan aspek membaca dimana murid akan membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Di mana langkah kedua, guru akan membaca petikan yang diberikan kemudian diikuti oleh murid dalam bacaan guru. Kemudian, guru memanggil salah seorang murid untuk membaca kemudian bacaan murid itu diikuti oleh murid-murid yang lain. Ia diteruskan dengan murid-murid yang dipanggil oleh guru untuk mengetuai bacaan beramai-ramai. Hasil yang didapati menunjukkan murid-murid mengikuti apa yang dibaca secara beramai-ramai. Kemudian guru menyuruh murid menceritakan apa yang dilihat oleh mereka dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. Hasilnya guru dapat memantau keberkesanan murid dalam kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur mereka melalui aktiviti yang telah dijalankan.

Sepanjang pembelajaran murid-murid dalam pengajaran itu didapati murid-murid mengalami keseronokkan dalam pembelajaran apabila guru menyelitkan paparan slaid, bunyi-bunyian, aktiviti menyanyi dan aktiviti melukis. Didapati murid berasa seronok dan objektif murid dalam pembelajaran dan pengajaran menunjukkan respons yang positif walaupun terdapat 2 murid yang merupakan murid yang lemah di dalam kemahiran membaca. Ini ternyata dimana kaedah pengajaran yang menyeronokkan mampu membawa sebuah pengajaran dan pembelajaran yang positif dan bermakna.

Sepanjang P&P ini, penglibatan murid secara 100% berpusatkan murid membuahkan hasil dimana murid dapat menyebut perkataan yang mengandungi diftog, vocal bergandingan , diagraf dan konsonan bergabung dengan baik . Di samping itu, murid dapat menceritakan 3 maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan kedua-duanya. Dan juga murid memahami soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dan dinilai berdasarkan respons lisan murid kepada guru.Sejauhmanakah kaedah mengajar yang digubal berjaya?

Kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan dalam proses pencapaian objektif murid tercapai di dalam pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Sekiranya pencapaian murid tidak mencapai objektif, sila semak semula apa kaedah yang digunakan dalam P&P. Ini kerana kadang kala kaedah yang digunakan tidak bersesuaian dengan tahap murid-murid yang sedia ada di dalam kelas. Kaedah yang dirancang hendaklah mengikut aras murid-murid dalam menguasai sesuatu jika murid terlalu lemah dan jenis sukar menghadapi pembelajaran, guru perlulah kreatif dan bijak dalam merancang kaedah pengajaran yang menarik dan menimbulkan keseronokkan murid-murid. Sebagai contoh kaedah main peranan dan permainan mampu menarik minat murid dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ia bukan sahaja bermain sambil belajar tetapi juga membuka minda murid-murid dengan satu kaedah yang mudah dan boleh diikuti oleh murid.

Elakkan menggunakan kaedah yang berpusatkan guru kerana ia menunjukkan kelemahan guru dalam pengajaran di dalam kelas. Di mana didapati murid-murid tidak dapat menunjukkan kesan positif dalam pembelajaran. Hal ini diakui bahawa pengajaran seperti itu tidak menunjukkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Guru seharusnya melibatkan semua murid-murid di dalam pengajarannya. Guru hanya bertindak sebagai mentor atau fasilitator sahaja yang akan membantu murid-murid dalam proses pembelajaran mereka. Penglibatan keseluruhan murid dapat membantu perkembangan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran seperti mana yang diterapkan di dalam pengajaran yang dirancang dan dijalankan oleh saya di kelas Tahun 2 Budi ini.

Nyatakan perubahan yang perlu dilakukan

Perubahan yang perlu dilakukan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas ialah guru perlu bijak merancang aktiviti yang berpusatkan murid mampu membantu murid dalam proses pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Bukan hanya satu kaedah sahaja tetapi perlulah dipelbagaikan. Jangan hanya kaedah-kaedah yang sering dipelajari di maktab atau institusi pendidikan sahaja. Guru kena kreatif dan inovasi dalam memcipta satu kaedah baru yang lebih efektif. Selain itu, banyakkan aktiviti interaktif yang melibatkan multimedia dalam memastikan idea pengajaran dan pembelajaran sentiasa segar dan memupuk minat murid dalam sesuatu pelajaran itu. Dengan ini penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran lebih interaktif selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara di mana sekolah-sekolah akan datang akan mempunyai sistem pembelajaran interaktif yang lebih baik di dalam kemudahan multimedia yang mula ditekankan secara berperingkat-peringkat di negara kita.

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. 1993. Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. 1989. Lingustik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan Kuala Lumpur. DBP

Kamaruddin Husin. 1999. Pengajaran Lisan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1988. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : DBP

Ramli Talib 2000. Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip dan Teknik . Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.