nota kawad kaki

32
BAHASA HUKUMAN Bahasa hukuman yang jelas lagi tegas akan menghasilkan kawat yang baik. Semua jurulatih hendaklah diajar , dilatih dan dibiasakan dalam hal ini oleh ketua-ketuanya. Bahasa hukuman yang demikian tidak akan datang dengan sendirinya, ia hendaklah dilatih dan dibiasakan , barulah boleh mengajar kawat bagi sesuatu skuad dengan jayanya. Bahasa hukuman itu hendaklah terang, jelas dan difahami oleh skuad itu. Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua. Pertama "bahasa amaran", ia hendaklah diberi dengan lantang dan terang maknanya. Kedua " bahasa perbuatan " dan hendaklah diberi dengan kuat dan nyaring. Dalam buku panduan ini, semua perkataan hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi menceraikan kedua-dua perkataan ini. Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (pause) antara "bahasa amaran " dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa (pause) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada yang "cepat masa" dan ada pula yang "perlahan masa". Jika dikehendaki kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula". Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat lagi nyaring. Seorang jurulatih hendaklah tegas. Faedahnya berbuat demikian ada dua. Pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman jika dibuat seperti berbual sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawat itu rosak . BAHAGIAN VI

Upload: adammukhriz

Post on 23-Jan-2016

622 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

Nota Kawad Kaki

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kawad Kaki

BAHASA HUKUMAN

Bahasa hukuman yang jelas lagi tegas akan menghasilkan kawat yang baik. Semua jurulatih hendaklah diajar , dilatih dan dibiasakan dalam hal ini oleh ketua-ketuanya. Bahasa hukuman yang demikian tidak akan datang dengan sendirinya, ia hendaklah dilatih dan dibiasakan , barulah boleh mengajar kawat bagi sesuatu skuad dengan jayanya.

Bahasa hukuman itu hendaklah terang, jelas dan difahami oleh skuad itu. Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua. Pertama "bahasa amaran", ia hendaklah diberi dengan lantang dan terang maknanya. Kedua " bahasa perbuatan " dan hendaklah diberi dengan kuat dan nyaring.

Dalam buku panduan ini, semua perkataan hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi menceraikan kedua-dua perkataan ini.

Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (pause) antara "bahasa amaran " dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa (pause) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada yang "cepat masa" dan ada pula yang "perlahan masa".Jika dikehendaki kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".

Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat lagi nyaring. Seorang jurulatih hendaklah tegas. Faedahnya berbuat demikian ada dua. Pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman jika dibuat seperti berbual sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawat itu rosak .

BAHAGIAN VI

MASA BAGI BAHASA HUKUMANJadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa perbuatan". Sebagai panduan, jarak masa ”bahasa amaran” diberi dengan kadar empat langkah semasa cepat jalan atau tiga langkah semasa perlahan jalan. Setiap ”bahasa perbuatan” diberi apabila kaki kiri menjejak ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.

Page 2: Nota Kawad Kaki

MASA MEMBERI BAHASA HUKUMANBAHASA HUKUMAN HUKUMAN DIBERI

SEMASA CEPAT JALANHUKUMAN DIBERI SEMASA PERLAHAN JALAN

HENTIDALAM MASA BERJALAN

SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

CEPAT JALAN CEPAT ATAS KAKI KANAN DAN JALAN ATAS KAKI KIRI

TUKAR LANGKAH CEPAT.......CEPAT JALAN

CEPAT ATAS KAKI KANAN JEJAK KE TANAH DAN JALAN ATAS KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

KEKANAN PUSING SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

KE KIRI PUSING SEMASA KAKI KANANJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN

HENTI(Semasa hentak kaki)

SEMASA KAKI KANANJEJAK KE TANAH

SEBELUM KAKI KANANJEJAK KE TANAH

MAJU(Semasa hentak kaki)

SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEBELUM KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN TUKAR LANGKAH

TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH ATAS KAKI KIRI

TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH ATAS KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN

TUKAR LANGKAH PERLAHAN-PERLAHAN JALAN

SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE TANAH

BUKA/TUTUP BARISAN SEMASA BERJALAN

SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

HORMAT SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

KAWAT STATIK

Page 3: Nota Kawad Kaki

BAHAGIAN SATU

1. SEDIA

Hukumannya :

"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :Dengan pantas angkat kaki kanan, tapak kaki selari dengan bumi (6 inci) dan hentakkan di sebelah kaki kiri. Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah ; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.

Ingatan:Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............sedia".

2. SENANG DIRI

Hukuman :

"Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan selari dengan bumi (6 inci / 45 darjah ) dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

3. REHATKAN DIRI

Hukuman :

"Rehatkan ................Diri"

Page 4: Nota Kawad Kaki

Perbuatan:

Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat )Kedudukan kaki tidak berubah.

Ingatan :Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.

Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

4. MASUK BARIS

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :

Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

5. MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan:Penanda kanan diam. Yang lain julur kaki kanan ke hadapan 6 inci dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat

Page 5: Nota Kawad Kaki

ke badan. Diam dan kira masa sendiri. Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki pendek - pendek sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.

Hukuman:

”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam..

Kita boleh memberi nombor samada dari kiri atau kanan.

Hukuman :

"Luruskan ............ barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan

Page 6: Nota Kawad Kaki

dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

6. NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.

Hukuman :

" Dari kanan ...........nombor"

Perbuatan :

Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.

Ingatan :

Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama.

7. BUKA / TUTUP BARISAN

Hukuman :

"Buka Barisan .................Gerak".

Perbuatan :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1)

Hukuman :

Page 7: Nota Kawad Kaki

"Tutup Barisan.......Gerak".

Perbuatan :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".

Ingatan :

Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali , manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya.

8. BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG

Hukumannya : ”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Hukumannya,

”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Page 8: Nota Kawad Kaki

Hukumanya :

Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.

9. BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI

Hukumannya:”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing".”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".

Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja( 45 darjah )

10. BERSURAI DAN KELUAR BARIS

Hukuman :

"Ber..............surai".

Perbuatan :

Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai.

Ingatan :

Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat.

Perhatian:

Page 9: Nota Kawad Kaki

Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai. Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna.

Hukuman :

"Keluar ............... Baris"

Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan.

11. PARAS

Paras boleh dilakukan seperti berikut :

1. Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri.2. Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan. 3. Anggota rendah di tengah-tengah.4. Anggota tinggi di tengah-tengah

Hukuman :

"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan :

Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

Page 10: Nota Kawad Kaki

"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".

Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan dengan mengambil lurus sendiri dan diam dalam kedudukan sedia.

Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.

Hukuman :

"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan :

Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Page 11: Nota Kawad Kaki

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".

Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan dengan mengambil lurus sendiri dan diam dalam kedudukan sedia.Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tengah di sebelah kiri, hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.

12. BERJALAN

Jarak Langkah (Ukuran dari tumit ke tumit)

(a) Perlahan dan cepat jalan jaraknya tiap-tiap satu langkah 30 inci;(b) Panjangkan langkah tiap-tiap satu langkah 33 inci;(c) Pendekkan langkah tiap-tiap satu langkah 21 inci;(d) Berlari tiap-tiap satu langkah 40 inci;

Masa Berjalan (Timing Of Marching)

(a) Perlahan jalan langkah 65 langkah dalam satu minit;(b) Cepat jalan 120-128 langkah dalam satu minit (Biasa);(c) Berlari 180 langkah dalam satu minit.

12.1 BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN

Page 12: Nota Kawad Kaki

Cepat jalan

Hukuman :

"Dari kanan/kiri, cepat jalan"

Perbuatan :

Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter.

Ingatan :

(a) Lenggang tangan ke belakang semaksimum yang boleh. Lenggang tangan hadapan separas dengan bahu.(b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut.

12.2 BERHENTI

Hukuman :

"Skuad.. ..........henti"

Perbuatan:Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. Check atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan di masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.

12.3 BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN

Perlahan jalan

Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan.

Hukuman :

"Dari kanan/kiri! Perlahan...........Jalan!"

Page 13: Nota Kawad Kaki

Perbuatan :

Langkah pertama:Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi .Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri.

Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci ( 15 langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi.

Langkah ke dua:Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan.

Ingatan :1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang.2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.

BERHENTI SEMASA PERLAHAN JALANHukuman “ HENTI “ diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan.

12.4 LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG

Hukuman :

"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"

Perbuatan ;

Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke belakang mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak (kaki kiri jika bilangan langkah ganjil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap)

Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari di sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.

BAHAGIAN IV - LANGKAH MERUSUK

Page 14: Nota Kawad Kaki

Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap ke hadapan.

Hukuman :

"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".

Perbuatan :

- Angkat kaki kiri/kanan paras 6 inci ke hadapan dan bawa ke sebelah kiri/kanansehingga habis bilangan langkah yang diperintahkan. Langkah dibuat atas hujung kaki dan angkat kaki kanan / kiri 6 inci ke hadapan dan hentak di sebelah kaki kiri / kanan. Tumit dirapatkan.- Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan)

Ingatan :

Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan , kemudian sambung melangkah lagi.

12.5 BELOK

Hukuman :

"Kanan/kiri ......... Belok"

Perbuatan :

Samada berjalan dalam satu barisan (file), bertiga-tiga atan enam-enam orang, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 . Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah.

12.6 BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN

Kedudukan masa berjalan mestilah dikekalkan dan semasa membuat semua pusingan, hendaklah berpusing tepat ke hala yang baru , lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh mereka dalam skuad itu dengan serta merta selepas berpusing.

I) KE KANAN PUSINGHukumannya :

" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! "

Page 15: Nota Kawad Kaki

" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "

Perbuatan:Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan melalui kaki kiri. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan . Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan.

II) KE KIRI PUSING

Hukumannya:

" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "

" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "

Perbuatan:Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri melalui kaki kanan. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan

III)KE BELAKANG PUSINGHukumannya

" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "

Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan melalui kaki kiri, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan,diam seketika, angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, diam seketika angkat kaki kiri dan hentak disebelah kaki kanan, diam seketika. Hulurkan kaki kanan dan terus berjalan.

12.7 BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN

I) KE KANAN PUSINGHukumannya :

" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! "

" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "

Perbuatan:

Page 16: Nota Kawad Kaki

Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Check kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berjalan.

II) KE KIRI PUSING

Hukumannya:" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "

" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "

Perbuatan:Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan.

iii) KE BELAKANG PUSING

Hukumannya

" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "

Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, check kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri diselah kaki kanan. Dengan pantas tendang kaki kanan dan terus berjalan(maju).

Peringatan:Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan ”in”

12.8 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN

Semasa Cepat Jalan

Hukumannya

’’Hentak........kaki’’

Perbuatan:

Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kiri jejak ke bumi check kaki kanan dan mula hentak kaki dengan kaki kiri.

Page 17: Nota Kawad Kaki

Hukuman :

"Maju"

Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai kaki kanan.Semasa Perlahan jalan

Hukumannya

’’Hentak........kaki’’

Perbuatan:

Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kiri.

Hukuman :

"Maju"

Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang kaki kanan ke hadapan untuk berjalan.

12.9 Hentak Kaki Cepat Semasa Berhenti.

Hukuman :

" Hentak kaki ......... cepat"

Perbuatan :

Mula hentak kaki dengan kaki kanan.

Hukuman:

”Skuad...........henti”

Perbuatan:

Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan.Terus berhenti

Page 18: Nota Kawad Kaki

12. 10 TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN

Semasa perlahan jalan.

Hukuman :

"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"

Perbuatan :

Hukuman diberi masa kaki kanan melalui kaki kiri.

Langkah kaki kiri ke hadapan. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,Hentak kaki kiri disebelah kaki kananTendang kaki kiri ke hadapan dan terus perlahan jalan.

Semasa cepat jalan.

Hukuman :

"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"

Perbuatan :

Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah.Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiriHentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,Hentak kaki kiri disebelah kaki kananTendang kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.

12.11 BERJALAN, HENTAK KAKI BERHENTI DALAM MASA BERLARI

HUKUMAN:

" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"

Perbuatan:

Mula berlari dengan kaki kanan.Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit.

Page 19: Nota Kawad Kaki

Hentak kaki semasa berlari

Hukuman:-

‘’Hentak… kaki''

Perbuatan:-

Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi,check dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki kiri.

Hukuman:- "Maju"

Perbuatan:-

Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri ,kemudian mulakan berlari dengan kaki kanan.

Peringatan:Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki terlebih dahulu dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki

12.12 - TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI

Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan

Hukuman:

" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"

Perbuatan :

Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas tendang kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan

Peringatan:1.Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check

Dari Perlahan ke Jalan Cepat

Hukuman:-

''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"

Page 20: Nota Kawad Kaki

Perbuatan:-

Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan"ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. danmulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan. Tangan dilenggangkan

Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari

Hukuman:

" Tukar langkah berlari........ cepat lari"

Perbuatan:

Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudianmulai lari dengan kaki kanan.

13. BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN

Hukuman:-

'' Buka ......... Barisan''

Perbuatan:-

Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus.

Hukuman :

" Tutup............... barisan "

Perbuatan :

Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kiri, barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang berjalan terus.

14. TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN PERLAHAN

Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan

Hukuman :

Page 21: Nota Kawad Kaki

" Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan........... Tukar"

Perbuatan:

Anggota yang sebelah kanan ( Right handman) pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam.

Hukuman :

''Cepat jalan''

Perbuatan:-

Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru,serta berhenti. Jarak antara barisan ialah satu langkah.

Ingatan:-

1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri;2. Penggerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam anggota dalam barisan. 3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan diberi hukuman maju atau berhenti;4. Jika penggerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam barisan hendaklah belok ke hala yang baru; 5. Penggerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama.

15. JADIKAN DUA BARISAN

Kawat biasanya dijalankan dalam tiga barisan , tetapi terdapat juga yang terpaksa bertukar menjadi dua barisan iaitu untuk anggota-anggota kawalan kehormat . Kawalan kehormat akan berjalan masuk dalam tiga barisan dan akan membentuk dua barisan setelah berada di tempat perbarisan sesuatu istiadat. Dalam pergerakan ini hanya anggota-anggota dalam barisan tengah sahaja yang akan bergerak dua langkah sama ada ke hadapan atau ke belakang. Sebelum pergerakan dilakukan, kira nombor dari kanan ke kiri dibuat bagi menentukan kedudukan nombor ganjil dan genap anggota (khususnya di barisan tengah).

Page 22: Nota Kawad Kaki

BAHAGIAN I - JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN

Hukuman:

"Jadikan Dua ....... Barisan "

Perbuatan:

Pergerakan:

Anggota nombor ganjil di barisan tengah hendaklah melangkah kaki kanan ke depan (15 inci), dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci kemudian hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam kedudukan sedia.

Seterusnya dalam masa yang sama anggota nombor genap hendaklah melangkah ke belakang dengan kaki kanan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia.

Peringatan:

1. Jika ada deret kosong ( blank files ) di barisan tengah , anggota yang sebelah kiri sekali dalam barisan akan undur , jika nombor ganjil ia akan dilakukan sebagai nombor genap.

2. Lepas itu hendaklah diberi hukuman ke kanan lurus . Biasanya jarak lurus ialah 1 depa tangan dan bergenggam, tetapi dalam dua barisan begini jaraknya hanya 24 inci ( 1 bahu) dengan tidak payah mengangkat tangan, barisan belakang tetap 2 langkah jaraknya dari barisan hadapan.

BAHAGIAN II JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN

Hukuman:

" Jadikan tiga.......... barisan"

Perbuatan:

Anggota nombor ganjil dan genap barisan tengah kembali ke kedudukan asal.

Page 23: Nota Kawad Kaki

Pergerakan:

Anggota dalam barisan hadapan hendaklah melangkah kaki kanan ke belakang selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia. Anggota dalam barisan belakang hendaklah melangkah kaki kanan ke hadapan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia

14. MEMBERI HORMAT

Hormat ialah satu cara bagi menghormati di antara anggota-anggota pangkat rendah dengan pegawai-pegawai atasan, dalam satu-satu pasukan. Dengan cara inilah terbentuknya satu disiplin, dalam pasukan. Hormat yang dilakukan dengan betul dan cergas itu disebabkan latihan baik. Pegawai yang tidak mengambil berat tentang hormat akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi kewajipan semua pegawai, dan ahli pangkat rendah mengetahui segala peraturan itu, terutama sekali keterangan-keterangan yang ringkas di bawah ini.

BAHAGIAN I - HORMAT DALAM MASA BERHENTI

Hormat dalam berhenti:

Hukuman:

"Hormat , ke hadapan .... hormat "

Perbuatan:

Tangan kanan hendaklah diangkat ikut rusuk dengan membengkokkan siku hingga hujung telunjuk kanan bersetentang dengan hujung kening mata kanan.Tapak tangan kanan menghala ke bawah , jari-jari lurus dan rapat. Pangkal lengan selari dengan bumi.

Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan yang dekat sekali, dengan menjatuhkanh siku ke arah hadapan dan jari berganggam, balik ke kedudukan sedia.

Ingatan.

Page 24: Nota Kawad Kaki

Pangkal lengan hendaklah selari dengan bumi dan mempunyai sudut 90 darjah dengan rusuk, hujung lengan, pergelangan tangan dan jari-jari hendaklah lurus semuanya.

BAHAGIAN II - MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN

Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau ke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan.

HORMAT KE HADAPAN

Hukuman:

"Hormat ke hadapan .......... hormat ."

Perbuatan:

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.

Hormat ke kanan/kiri :

Hukuman:

"Hormat ke kanan/kiri ...............hormat"

Perbuatan:Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan).Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa.

Nota:Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang.

BAHAGIAN III - HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL

Hukuman:

Page 25: Nota Kawad Kaki

"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri (tidak ditepuk) tutup dan tarik ke sisi kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.