kaunseling komuniti

10
ETIKA DAN RANGKAKERJA KAUNSELING KOMUNITI Oleh kerana permintaan yang meningkat terhadap akauntabiliti profesioanal , adalah penting kaunselor mengendalikan penilaian yang berterusan terhadap program- program dan perkhidmatan yang mengimplimentasi model komuniti kaunseling. Langkah ini dapat membekalkan data saintifik yang berharga berkenaan keberkesanan atau tidak program dan perkhidmatan ynag digunakan untuk keperluan psikologi seseorang daripada populasi pelanggan yang perbagai. Walaupun amali kaunseling efektif adalah saintifik , ia juga perlu beretika ( Ivey et al., 2002). Organisasi-organisasi yang profesional seperti Persatuan Perkahwinan dan Terapi Keluarga Amerika (AAMFT) , Persatuan Kaunseling Amerika(ACA), dan Persatuan Psikologi Amerika (APA), menekankan kepentingan mepunyai kaunselor dan pakar psikologi yang beroperasi dengan cara yang beretika. Untuk itu semua badan organisasi profesioanal telah membangunkan standard etika dan kod yang perlu dipatuhi dan dijaga oleh ahli-ahlinya. Walaupun teori komuniti kaunseling yang dibentangkan dalam buku ini berdasarkan sepenuhnya kepada standard etika dan kod yang dibangunkan oleh AAMFT, ACA, dan APA, kami kenalpasti yang etika membuat keputusan sebenarnya adalah proses yang telah ditetapkan Dalam menghadapi risiko isu-isu kontroversi yang semakin meningkat, dicadangkan bahawa tidaklah benar untuk memikirkan kod etika profesianal yang diamalkan sepenuhnya oleh pengamal-pemgamal sahaja. Seperti juga undang-undang yang lain sentiasa berkembang selaras dengan sejarah negara, standard etika juga sentiasa berubah melalui perubahan zaman. Ia adalah benar untuk profesioan kesihatan mental, di mana etika profesional dilihat sebagai dokumen yang disemak secara berskala selaras dengan perkembangan ilmu dan persetujuan yang berkisar isu-isu etika ( Remy & Herlily 2001). Perubahan kod etika ditekankan dengan fakta di mana APA telah membuat 9 semakan besar-besaran berkaitan dengan

Upload: roslyd

Post on 25-Jun-2015

783 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAUNSELING KOMUNITI

ETIKA DAN RANGKAKERJA KAUNSELING KOMUNITI

Oleh kerana permintaan yang meningkat terhadap akauntabiliti profesioanal , adalah penting kaunselor mengendalikan penilaian yang berterusan terhadap program- program dan perkhidmatan yang mengimplimentasi model komuniti kaunseling. Langkah ini dapat membekalkan data saintifik yang berharga berkenaan keberkesanan atau tidak program dan perkhidmatan ynag digunakan untuk keperluan psikologi seseorang daripada populasi pelanggan yang perbagai. Walaupun amali kaunseling efektif adalah saintifik , ia juga perlu beretika ( Ivey et al., 2002).

Organisasi-organisasi yang profesional seperti Persatuan Perkahwinan dan Terapi Keluarga Amerika (AAMFT) , Persatuan Kaunseling Amerika(ACA), dan PersatuanPsikologi Amerika (APA), menekankan kepentingan mepunyai kaunselor dan pakar psikologi yang beroperasi dengan cara yang beretika. Untuk itu semua badan organisasi profesioanal telah membangunkan standard etika dan kod yang perlu dipatuhi dan dijaga oleh ahli-ahlinya. Walaupun teori komuniti kaunseling yang dibentangkan dalam buku ini berdasarkan sepenuhnya kepada standard etika dan kod yang dibangunkan oleh AAMFT, ACA, dan APA, kami kenalpasti yang etika membuat keputusan sebenarnya adalah proses yang telah ditetapkan

Dalam menghadapi risiko isu-isu kontroversi yang semakin meningkat, dicadangkan bahawa tidaklah benar untuk memikirkan kod etika profesianal yang diamalkan sepenuhnya oleh pengamal-pemgamal sahaja. Seperti juga undang-undang yang lain sentiasa berkembang selaras dengan sejarah negara, standard etika juga sentiasa berubah melalui perubahan zaman. Ia adalah benar untuk profesioan kesihatan mental, di mana etika profesional dilihat sebagai dokumen yang disemak secara berskala selaras dengan perkembangan ilmu dan persetujuan yang berkisar isu-isu etika ( Remy & Herlily 2001). Perubahan kod etika ditekankan dengan fakta di mana APA telah membuat 9 semakan besar-besaran berkaitan dengan standard etika sejak 1953 ( Canter, Bennett ,Jones, & Nagy, 1994, Ridley, Hill, & Li, 2001 ).

Teori Komuniti Kaunseling mengenalpasti bahawa perubahan kod etika untuk amali pastinya berlaku semasa (a) tranformasi sosial dan (b) peralihan paradigma. Diberikan transformasi kebudayaan – pelbagai kaum yang pantas berlaku dalam demografi Amerika Syarikat dan perubahan paradigma yang berlaku terhadap sistem penjagaan kesihatan kebangsaan, profesional dalam kesihatan mental dan cuba merangkul keupaayaan yang ditujukan dalam semakan kod etika profesional di masa hadapan .

Beberapa pakar dalam bidang ini telah melahirkan beberapa kritikan serius tentang ketidaksesuaian dalam penggunaan standard etika dalam lingkungan kontek perubahan kebudayaan-kepelbagaian kaum yang pantas di mana kita tinggal dan bekerja. Contoh Pedersen (1995) (1997) menyatakan kod etika APA & APA memerlukan perubahan kerana (a) kecenderungan perspektif moral/ etika yang muncul dari kumpulan kebudayaan- pelbagai kaum yang dominan di Amerika Syarikat dan (a) memperkecilkan peranan kebudayaan dalam etika membuat keputusan .

Page 2: KAUNSELING KOMUNITI

Ridley et al. (2001) menambah bahawa:

‘memperkecilkan dan mempermudahkan etika adalah serius……Tiada sikap ambil mudah akan berlaku dalam situasi kaunseling perbagai budaya , pengamal menghadapi konflik nilai budaya, ketidakbiasaan tingkahlaku dan ungkapan, dan peranan yang diharapkan yang berbeza di antara pengamal dan pelanggan……..Kompleksiti dalam banyak masalah etika memerlukan lebih refleksi yang kritikal dan penyelesaian masalah yang kreatif iaitu yang dibekalkan oleh kod etika (p.166)

APA YANG KAUNSELOR PATUT BUAT?

Asasnya, setiap kaunselor bertanggungjawab untuk membekalkan etika prihatin kepada pelanggannya. Dalam kompleksiti proses etika membuat keputusan dan perubahan kod etika professional, apa kaunselor buat bila mereka menghadapi cabaran penting dalam etika semasa kerja? Walaupun terdapat pelbagai cara , kaunselor bolehmenyelesaikan isu etika dalam amali model kaunseling komuniti menggalakkan pengamal untuk mempertimbangkan langkah –langkah berikut untk memudahkan proses etika membuat keputusan . Langkah ini menggabungkan pemikiran sendiri mengenai cabaran yang kompleks dengan sokongan dibuat oleh Ridley et al (2001)

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan oleh masalah etika. Ramai kaunselor yang menggunakan terma etika dan etika amali secara umum dan salah. Kesalahan ini berlaku, contoh bila etika amali dan etika profesional dikelirukan dengan konsep berkaitan moral dan prinsip moral . Walaupun terma-terma ini mempunyai intonasi yang sama, ianya berbeza dari beberapa cara. Untuk itu, Ridley et al. (2001) menyatakan di mana moral dan prinsip moral “ difahami sebagai prisip umum dan universal tingkahlaku manusia – nilai asas yang wujud merentasi budaya “ (pg 167) – etika profesioanal berkaitan dengan standard amali yang jelas disekat oleh bahan-bahan profesional yang berbeza.

Oleh itu, adalah penting kaunselor mengambil masa (a) menentukan masalah etika profesional dari masalah moral yang umum, dan (b) mengambil berat etika yang berkaitan dengan standard dan kod tertentu yang diendoskan oleh AAMFT, APA,dan ACA.

2. Menampakkan perspektif etika anda : Mengambilkira pengetahuan dan pengalaman bekerja dengan mereka dari perbagai kumpulan dan latarbelakang , anda akan menyoal dan juga mungkin tidak bersetuju dengan kod etika yang dipromosikan oleh badan profesional tertentu . Oleh itu, anda mungkin akan membuat keputusan untuk tidak mengikut standard etika amali yang tertentu.

Page 3: KAUNSELING KOMUNITI

Walaupun terdapat beberapa situasi , di mana anda tidak berapa pasti etika yang patut diambil, adalah berguna meluahkan secara umum perspektif etika kepada diri anda sendiri dan juga orang yang bekerja bersama anda. Kaunselor yang menggunakan teori kaunseling komuniti disarankan untuk memasukkan empat prinsip yang berikut dalam perspektif etika dan meluahkannya semasa interaksi dengan klien dan rakan sekerja. 4 prinsip ini telah telah dipilih kerana ianya difikirkan mewakili etika universal dengan pertimbangan bahawa kaunselor digalakkan mengikutnya:

a. kemurahan hati: menjalankan operasi dengan niat yang baik untuk memulihkan kesihatan mental pesakit dan kesihatan keseluruhannya

b. tidak berniat jahat: tidak mengapa-apakan c. keadilan: bersikap adil pada semua pihak yang terlibat dalam

menyelesaikan masalah etikad. ketaatan: bersikap setia terhadap janji yang telah dibuat kepada klien

( Herlily & Remley, 2001)

3 Kerja dari proses membuat keputusan etika bunyi: Ridley et al. (2001) menyatakan ”proses membuat keputusan etika bunyi membolehkan pengamal menganalisa dan menyelesaikan masalah etika yang kompleks.Tanpa proses ini, kemungkinan untuk membuat keputusan yang tidak beretika, kabur meningkat”.

( p.172). Untuk mengelakkan keputusan yang tidak beretika, kaunselor dinasihatkan melakukan perkara di bawah:

Mengambil masa untuk memahami secara mendalam kod etika dan standard yang telah diendoskan oleh mana-mana badan-badan kaunseling profesional (cth AAMFT, ACA, atau APA)

Berbincang dengan rakan sekerja situasi etika yang mungkin dihadapi Jika boleh, adakan sumbang saran untuk penyelesaian masalah dengan

mereka yang terlibat secara lansung dengan situasi tersebut Laksanakan apa juga tindakan yang telah diambil yang dianggap terbaik

dan pastikan ianya selaras dengan 4 prinsip yang menggariskan perspektif etika yang dibincangkan sebelum ini.

RUMUSAN

Model Komuniti Kaunseling mewakili pendekatan yang pelbagai aspek untuk membantu yang menggabungkan perkhidmatan secara lansung dan tidak lansung untuk membantu orang ramai hidup dengan lebih efektif dan memuaskan. Model ini menekankan usaha berterusan untuk pencegahan masalah berbanding fokus utama terhadap klien mengalami kesihatan mental yang serius disebabkan faktor-faktor melemahkan di persekitaran mereka.

Walaupun seseorang boleh menggunakan teori komuniti kaunseling untuk seting yang lebih luas, 3 prinsip psikologikal dinyatakan dalam setiap situasi: (a) demonstrasi komitmen yang kuat untuk mengatasi (b) kesedaran terhadap kesan-kesan yang berpotensi dalam persekitaran sosial untuk pembangunan individu

Page 4: KAUNSELING KOMUNITI

berkenaan dan (c) pemahaman yang jelas yang membolehkan seseorang membantu dengan membangunkan kemahiran dan sumber-sumber untuk membantu mereka.

Dengan lebih lanjut, prinsip-prinsip ini di sokong oleh 5 andaian yang membimbing komuniti kaunseling:

1. persekitaran orang ramai mungkin akan menggalakan atau menghadkan perkembangan mereka yang berpotensi.

2. pendekatan perkhidmatan yang pelbagai aspek adalah lebih berkesan dari pendekatan satu aspek.

3. Jangkamasa panjang, pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan4. Usaha campurtangan yang berkesan mesti menunjukan rasa hormat dan sensiviti terhadap multidimensi perkembangan manusia secara semulajadi5. Model komuniti kaunseling boleh diadaptasi dan digunakan dalam seting

perkhidmatan manusia

Bila diamalkan, rangkakerja komuniti kaunseling melibatkan 4 komponen utama yang mewakili pelbagai perkhidmatan modalities:

1. Servis komuniti secara terus: memberikan pengalaman berbentuk pendidikan kepada masyarakat. Biasanya, kaunselor mencapai matlamat ini melalui pendidikan pencegahan

2. Servis klien secara terus: Ini membekal keperluan klien yang segera yang dikenalpasti akan menghadapi risiko masalah kesihatan mental di masa hadapan. Antara jenis perkhidmatan yang termasuk dalam komponen model ini ialah outreach dan kaunseling kepada populasi yang mudah dilukai atau lemah.

3. Servis komuniti tidak lansung: Ini termasuklah usaha yang berterusan yang direka untuk persekitaran sosial yang lebih respon kepada keperluan populasi secara keseluruhan. Dalam usaha mempromosikan perubahan persekitaran yang kostruktif, kaunselor berkerjasama dengan mereka yang tinggal di kawasan yang disasarkan untuk menanamkan perubahan sistem yang positif, kebiasaannya mempengaruhi polisi awam.

4. Servis klien secara tak lansung: Ini mewakili campurtangan dalam persekitaran seperti di perjumpaan untuk keperluan khas mereka yang berada dalam populasi lemah . Servis seperti ini adalah mencipta jalinan membantu yang baru iaitu menyediakan konsultasi dan servis sokongan klien kepada orang perseorangan dan agensi di dalam lingkungan tempat tinggal klien.

Tekanan dalam masyarakat kontemporari dengan jelas mencalarkan ramai orang yang tidak berkebolehan untuk mengatasinya dengan kemampuan mereka sendiri.Situasi ini ditunjukkan dengan jelas telah menyebabkan meningkatnya jumlah dan masalah kesihatan mental yang teruk yang dihadapi oleh rakyat Amerika (Miringoff, 1995).

Page 5: KAUNSELING KOMUNITI

Dengan kerapnya, masalah-masalah ini menunjukkan ketidakseimbangan di kalangan mereka yang lemah dan rapuh atau populasi yang berisiko. (Surgeon General Report, 2001) . Tambah merumitkan lagi masalah, pengamal kesihatan mental telah menyatakan bahawa banyak teori model kaunseling tradisional dengan teruknya tidak berupaya mengatasi jenis masalah yang biasa di hadapi oleh populasi yang berisiko.

Model Kaunseling Komuniti menyediakan alternatif yang pragmatik terhadap paradigma membantu yang tradisional . Perbincangan tentang Pusat Khidmat Belia Aunt Martha dan program IHAF telah dibentangkan untuk menerangkan cara-cara yang tertentu bagaimana rangka kerja kaunseling yang komprehensif dapat digunakan dalam situasi kehidupan yang sebenar.

1.2 AKTIVITI MEMBINA KOMPETENSIKompetensi Pembangunan Penilaian

Apabila menggunakan rangka kerja kaunseling komuniti, adalah penting kaunselor boleh menilai setakat mana agensi atau sekolah tertentu di mana mereka bekerja dapat membekakan servis kesihatan mental yang komprehensif. Dengan penilaian ini, pengamal akan dapat membantu agensi atau sekolah tersebut untuk memberi khidmat keperluan psikologi lebih ramai orang dari kumpulan pelbagai latarbelakang. Aktiviti membina kompetensi adalah direka untuk membantu mempromosikan jenis kemahiran yang perbagai yang kaunselor perlukan untuk menentukan tahap di mana seting mereka bekerja menyediakan set servis yang komprehensif yang menjadi asas rangka kerja kaunseling komuniti.

Lawat agensi dan sekolah komuniti tempatan. Menggunakan model kaunseling komuniti sebagai alat, ambil masa beberapa minit untuk menjawab soalan-soalan penilaian berikut:

1. Apakah jenis servis komuniti secara meluas dan terus yang ditawarkan?2. Sehingga ke tahap mana agensi atau sekolah yang terlibat berusaha untuk

merangka perubahan yang sistematik dalam komuniti ?3. Apakah servis klien secara terus yang ditawarkan? Sehingga ke tahap mana

servis ini mengambil kira faktor-faktor persekitaran dalam pertimbangan mereka?

4. Adakah agensi dan sekolah yang terlibat membekalkan servis kaunseling tak terus ? Jik ada, apakah jenis servis yang selalu digunakan dan bagaimana program ini ditunjukkan ?

5. Bagaimanakah caranya agensi dan sekolah mengendalikan kebudayaan unik etnik,dan latarbelakang kaum klien?

6. Dalan banyak situasi, kamu akan berhadapan dengan jenis-jenis servis dalam model kaunseling komuniti yang hilang dari agensi atau sekolah yang kamu sedang menilai. Oleh itu, boleh tak kamu fikirkan servis yang mampu meningkatkan keberkesanan agensi atau sekolah utuk mencapai matlamatnya.?

Page 6: KAUNSELING KOMUNITI

1.3 AKTIVITI MEMBINA KOMPETENSIProgram Pembangunan Kompentensi Yang Diperlukan

Teori Kaunseling Komuniti yang dibentang dalam buku ini menekankan pentingnya pembangunan komprehensif program kesihatan mental yang merangkumi servis kaunseling secara terus dan tidak terus yang mempunyai objektif berkesan dan memenuhi keperluan orang dari klien perbagai populasi. Aktiviti membina kompetensi direka untuk membantu anda mendapat kemahirn perancangan program yang perlu dalam pembangunan komprehensif untuk individu yang datang dari kumpulan tertentu dalam masyarakat kita.

Dengan ini terpahat di fikiran, fikirkan tentang kumpulan dan populasi, seperti orang dewasa dengan ketidakupayaan fizikal, mangsa penderaan kanak-kanak, golongan profesional yang menganggur, gay dan lesbian, wanita, pesakit HIV, atau pelajar sekolah tinggi. Apakah tekanan sosial, ekonomi, politik, atau psikososial, memberi kesan kepada populasi ini? Mengambilkira faktor-faktor di atas, menghasilkan idea untuk servis yang sesuai terhadap populasi yang telah dipilih.

Kamu mungkin akan perasan bahawa servis kaunseling secara terus sahaja tidak akan memenuhi keperluan kumpulan tersebut. Mulakan dengan matlamat yang jelas, bangunkan program kaunseling komuniti yang hypotektikal bersama servis yang dijelaskan sebelum ini. Pada tahap ini, tumpukan kepada kepercayaan kepada setiap quadrant dan bukannya perincian setiap servis. Apabila anda telah biasa dengan model kaunseling komuniti, adalah lebih baik jika anda boleh membayangkan konsep servis setiap quadrant.

Page 7: KAUNSELING KOMUNITI