kaunseling dari perspektif islam

22
KAUNSELING DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hafiah Yusof Jabatan Sains Sosial Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak h[email protected] 09 6688802 Thursday, October 27, 2022 1

Upload: irwan-imbayan

Post on 14-Jun-2015

1.368 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaunseling dari perspektif Islam

KAUNSELING DARI PERSPEKTIF ISLAM

Oleh:

Hafiah Yusof

Jabatan Sains Sosial

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin,

Kampus Gong Badak

[email protected]

09 6688802

April 13, 2023 1

Page 2: Kaunseling dari perspektif Islam

April 13, 2023 2

Secara disedari atau tidak , secara formal atau tidak formal, sama ada mahu atau tidak mahu , proses kaunseling tetap berlaku dalam komuniti. Ini disebabkan tolong-menolong, nasihat menasihati , bantu membantu dan bimbing-membimbing pasti wujud di kalangan manusia bermasyarakat.

Page 3: Kaunseling dari perspektif Islam

Kaunseling Menurut Islam

• “Suatu proses hubungan yang berlaku secara bersemuka antara seorang kaunselor yang profesional dengan seorang yang memerlukan bantuan(klien) sehingga terjadi hubungan-hubungan keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri klien bagi memperkembangkan semula segala sumber dalaman insan untuk menerima kebenaran ( al Haq) dan bertanggungjawab pada diri sendiri ke arah keredhaan Allah”. Ishamuddin Hj. Ismail 2000

April 13, 2023 3

Page 4: Kaunseling dari perspektif Islam

Profesional dalam definisi di atas menekankan tentang kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dimilikinya hendaklah bersifat ‘pakar’ dalam psikologi kaunseling, dalam bidang Ulumuddin ( ilmu Agama) dan Ulum Insaniyyah ( Ilmu Insan).

April 13, 2023 4

Page 5: Kaunseling dari perspektif Islam

Konsep Kaunseling Islam

• Bagi masyarakat Islam, agama dan dunia , kedua-duanya untuk Allah s.w.t. Islam itu agama dan negara, aqidah dan syariah dalam kehidupan, ibadat dan muamalat, iman dan sistem sosial, ekonomi dan politik ( Ibnu Taimiyah 1976, al Ghazali 1976)

April 13, 2023 5

Page 6: Kaunseling dari perspektif Islam

Konsep Kaunseling Islam

• Islam adalah agama rahmat.• Di antara kerahmatan : menggesa umatnya agar suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan dalam semua aspek kehidupan.

• Aspek kejiwaan- membimbing, menasihati, membantu melerai kekusutan, memberi motivasi.

• Sejahtera di dunia dan di akhirat.April 13, 2023

6

Page 7: Kaunseling dari perspektif Islam

Konsep Kaunseling Islam• Seseorang kaunselor harus mempunyai latihan

profesional , harus lebih baik daripada kliennya kerana mereka merupakan tempat rujuk dan model .Sabda Rasulallah s.a.w:

‘Sebaik-baik manusia ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia.’ H.R Thabrani

• Rujuk Al Quran dan al- hadis - terdapat segala nasihat, panduan, teguran, suruhan, amaran, bimbingan dan contoh teladan

April 13, 2023 7

Page 8: Kaunseling dari perspektif Islam

Konsep Kaunseling Islam

• ‘(Al Quran) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran.’ Ibrahim:52

• ‘Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.’ al- Maidah:2

April 13, 2023 8

Page 9: Kaunseling dari perspektif Islam

Konsep Kaunseling Islam• ‘Dan orang yang beriman , lelaki dan perempuan,

sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.’

• ‘Aku diutus untuk menjadi rahmat dan aku bukan diutus untuk membawa laknat.’ H.R Muslim

• Contoh kaunselor Islam yang paling baik , paling ideal dan paling sempurna dan memenuhi ciri-ciri personalisi seorang kaunselor ialah Nabi Muhammad s.a.w

April 13, 2023 9

Page 10: Kaunseling dari perspektif Islam

Konsep Kaunseling Islam• Bimbingan dan Kaunseling Islam adalah satu

perkhidmatan untuk kebajikan manusia yang dijalankan secara profesional.

• Ia memang dituntut oleh Allah S.w.t. Setiap manusia bertanggungjawab membimbing di antara satu sama lain.

April 13, 2023 10

Page 11: Kaunseling dari perspektif Islam

April 13, 2023 11

Individu berhak diberi:

• Peluang menyedari dan mengenali dirinya dan seterusnya mengenali Tuhannya

• Peluang berfikir , menjelmakan pemikirannya dan memupuk kebolehan istimewanya untuk dapat keredhaan Allah

Page 12: Kaunseling dari perspektif Islam

Individu berhak diberi:• Peluang menentukan arah hidupnya supaya bahagia

dunia dan akhirat

• Peluang melakukan tugas sebagai khalifah Allah untuk mengimarahkan dunia ini.

April 13, 2023 12

Page 13: Kaunseling dari perspektif Islam

Peranan Kaunselor Muslim• Allah s.w.t berfirman bermaksud:

‘sesungguhnya telah kami terangkan semuanya di dalam Al –Quraan ini, supaya mereka dapat pelajaran.’Surah Al-Isra’:41

• Kaunselor Muslim perlu menimba ilmu dengan menggunakan Al Quran .

• Untuk berperanan dengan baik dan berkesan: 3 perkara perlu dipertimbangkan

April 13, 2023 13

Page 14: Kaunseling dari perspektif Islam

1. Redha & Rasional• Mendorong klien menginsafi bahawa setiap perkara atau

masalah yang dihadapi adalah salah satu ujian Allah ke atas dirinya.

‘ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”., sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya-

Nya tentang orang-orang yang berdusta.’ .Surah Al-Ankabut :2-3

April 13, 2023 14

Page 15: Kaunseling dari perspektif Islam

1. Redha & Rasional• Manusia tidak dapat lari dari menghadapi masalah.

Kebanyakan manusia akan merasakan masalah hanya membebankan diri tanpa melihat hikmah di sebalik masalah itu menyebabkan manusia semakin tertekan dan hilang rasa redha dengan ujian Allah.

‘Manusia memusuhi apa yang mereka tidak tahu’ – ulama

• Menjadi tanggungjawab kaunselor meyakinkan klien apa yang dihadapinya itu adalah ujian Allah dan setiap ujian itu mampu dihadapi dengan redha dan takwa kepada Allah.

April 13, 2023 15

Page 16: Kaunseling dari perspektif Islam

2. Doa & Sokongan• Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedang ia tidak bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.’- (bimbingan Mu’min , Imam al- Ghazali)

• Firman Allah yang bermaksud:

‘Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhanya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.’’ Al Baqarah: 156-157

April 13, 2023 16

Page 17: Kaunseling dari perspektif Islam

2. Doa & Sokongan• ‘Apapun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan , kesakitan, kesusahan dan apapun keresahan yang dirasakanya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahgian dari keburukan-keburukannya.’ H.R Muslim

• Abu Salamah temui Rasulullah: Tidak ada musibah apapun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja’: ‘ Ya Allah berilah kami pahala dari musibah ini dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkannya doanya. ( Kasmuri Selamat:1998).

April 13, 2023 17

Page 18: Kaunseling dari perspektif Islam

2. Doa & Sokongan• ‘ Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki

dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.’ HR Tirmizi

• ‘Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepad aagamanya. Demikianlah ujian itu sntiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa’. HR Tirmizi.

April 13, 2023 18

Page 19: Kaunseling dari perspektif Islam

3. Pegangan dan Pengertian• Apa jua teknik dan cara yang digunakan dalam sesi

kaunseling hanyalah sebagai medium dalam mencari penyelesaian.

• Ini perlu supaya klien tidak terlalu bergantung harap kepda kaunselor dengan membelakangkan ketentuan Allah dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kaunselor seperti riak dan takabbur, bila dapat bantu seorang klien

• Kaunseling tidak akan memberi apa jua kesan tanpa usaha klien sendiri dan dengan izin Allah.

April 13, 2023 19

Page 20: Kaunseling dari perspektif Islam

April 13, 2023 20

Melatih klien membuat keputusan dalam batasan syarak

Merealisasikan diri klien dengan tujuan-tujuan yang halal dan berguna untuk diri dan sekeliling.

Menghalatuju klien kepada kesempurnaan kendiri- melakukan tanggungjawab fardhu ain & fardhu kifayah

TUGAS SEORANG KAUNSELOR MUSLIM

Page 21: Kaunseling dari perspektif Islam

April 13, 2023 21

Page 22: Kaunseling dari perspektif Islam

Rujukan:• Ishammudin Hj. Ismail.2000. Panduan Asas Kaunselor

Muslim. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd.• Kasmuri Selamat. 1998. Rahmat Di Sebalik Dugaan.

Kuala Lumpur: Darul Nu’man• Siri Kemahiran Kaunseling Kaunseling Organisasi:

Satu Pengenalan. 1998.. Bahagian Perkhidmatan Psikologi , Jabatan Perkhidmatan Awam , Malaysia

April 13, 2023 22