kesihatan mental menurut perspektif islam

22
GGB 6133 GGGB 6133 TAJUK: KESIHATAN MENTAL DARI PERSPEKTIF ISLAM Ahli Kumpulan 3 : Faizah binti Othman ( P54507) Marhaini binti A.Rahman ( P54144 ) Pensyarah : Dr. Ruslin bin Amir

Upload: vanliem

Post on 14-Jan-2017

290 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kesihatan mental menurut perspektif islam

GGB 6133GGGB 6133

TAJUK: KESIHATAN MENTAL

DARI PERSPEKTIF ISLAM

Ahli Kumpulan 3 :

Faizah binti Othman ( P54507)Marhaini binti A.Rahman

( P54144 )

Pensyarah : Dr. Ruslin bin Amir

Page 2: kesihatan mental menurut perspektif islam

PENGENALAN

•Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO). Sumber: http://infosihat.gov.my

•Hari ini persoalan manusia semakin membimbangkan•Individu bebas dan selesa dgn tamadun yang dicapai manusia• Sebahagiannya lupa aspek sptritual untuk mengisi kekosongan rohani dan psikologi. • Ini menyebabkan ketegangan mental, kecemasan hati, gangguan mental dan menghadapi tekanan, kemurungan, fobia, neurosis, psikosis dan sebagainya(Kharunnas Rajab)

Page 3: kesihatan mental menurut perspektif islam

Pengertian Islam Di dalam Bahasa Dan Syarak •Dari sudut bahasa perkataan Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya ialah perkataan “Salam” yang mengandungi 3 makna:

1. Tulen dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin.2. Damai, aman atau sejahtera3. Taat dan menyerah

• Dari sudut syarak pula ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

• Islam dengan ajarannya yang murni, menawarkan metodologi baru bagi memulihkan dan merawat pesakit-pesakit mental dengan menggunakan teknik, teori, dan metodologi psikoterapi iman, ibadah dan tasawuf.

•Islam juga sebagai agama yang mengandungi nilai-nilai spiritual yang tinggi, didapati boleh menyelesaikan masalah-masalah psikologi manusia. Kandungan ajaran Islam seperti iman, ibadah, dan tasawuf didapati memiliki metodologi yang sistematik bagi mewujudkan kesihatan mental.  

Page 4: kesihatan mental menurut perspektif islam

PERSPEKTIF PERBINCANGAN

Sifat Semulajadi Manusia

Dorongan Tingkahlaku

Penyakit Mental

Manusia yang berfungsi sepenuhnya

Psikoterapi Islami

Page 5: kesihatan mental menurut perspektif islam

SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Imam Al-Ghazali :

•Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT (Al-Insan, Al-Ins, An-Nas, Al-Ashar)

•Manusia dicipta daripada 2 unsur:

1. Material (jasmani)2. Spiritual ( roh)

Page 6: kesihatan mental menurut perspektif islam

Sifat Semulajadi Manusia

“ Sebahagian sifat manusia adalah bersifat kebinatangan, sebahagian pula bersifat kesyaitanan dan bakinya bersifat kemalaikatan. Tugas binatang adalah makan, tidur, berkelahi. Tugas syaitan menyesatkan manusia. Tugas malaikat pula hanya sujud kepada Allah SWT.”

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya;

Kimia Kebahagiaan menerangkan:

Page 7: kesihatan mental menurut perspektif islam

Imam Al-Ghazali; manusia dipengaruhi oleh nafsu, akal, roh, hati, hidayah, tarbiyah dan ibadat

Sifat Semulajadi Manusia

Personaliti Manusia

Page 8: kesihatan mental menurut perspektif islam

Sifat Semulajadi ManusiaPsikoterapi Islam adalah usaha Islamisasi sains (Islamization of knowledge). Metode yang diguna adalah melalui pencerahan dan aplikasi nilai-nilai al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kandungan al-Qur’an mahupun al-Sunnah yang diambil adalah kandungan yang berkaitan dengan masalah iman, ibadah, dan tasawuf.

Psikoterapi seperti ini, boleh membuat psikologi manusia menjadi tenang, tenteram, selesa, dan secara disedari mahupun tidak, mampu mewujudkan kesihatan mental.

Konsep psikoterapi Islam adalah suatu kajian baru, yang boleh dijadikan suatu metodologi psikoterapi bagi mewujudkan kesihatan mental, mencapai kebahagiaan, dan memperolehi ketenangan. Islam adalah agama Allah SWT; agama wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w, di mana ajarannya rasional serta dapat membantu umat manusia dalam mencapai kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan hidup.

Page 9: kesihatan mental menurut perspektif islam

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya; Bimbingan Mukmin:

i) Hati (al-qalb) ii) Nafsu (an-nafs)iii) Akal (an-naql)

Faktor-faktor yang mempengaruhi

Dorongan Tingkahlaku

Page 10: kesihatan mental menurut perspektif islam

Dorongan TingkahlakuFaktor-faktor yang mempengaruhi

Imam Al-Ghazali dalam bukunya;

Bimbingan Mukmin mentakrifkan

Akal yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan hati yang mempunyai nur dan dapat mengawal nafsu hingga mempamerkan tingkahlaku yang positif

tetapi sebaliknya jika akal yang tidak mengingati Allah maka akan melahirkan hati yang gelap dan wujud nafsu yang tidak terkawal hingga mempamerkan tingkahlaku yang negatif

Page 11: kesihatan mental menurut perspektif islam

Penyakit Mental dari Perspektif Barat

Carl Rogers;

Manusia/organisma yang sihat adalah organisma yang menuju ke arah penyempurnaan kendiri

Sejak lahir lagi manusia telah cuba memenuhi dan bergerak ke hadapan jika suasana positif disediakan.

Manusia yang dapat berfungsi sepenuhnya maka ia merupakan lambang kesempurnaan organisma manusia.

Page 12: kesihatan mental menurut perspektif islam

Penyakit Mental dari Perspektif Islam

Imam Al-Ghazali;Kesempurnaan kendiri ialah manusia yang

mengutamakan iman dari nafsunya.

Jiwa disulami nafsu sentiasa melanggar perintah dan ingkar untuk menjadi hamba Allah SWT yang taat.

“ Maka ingatkanlah (orang yang lalai), kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

(Al-Dzariat: 55)

Page 13: kesihatan mental menurut perspektif islam

Penyakit Mental dari Perspektif IslamProf Dr. Haron Din di dalam bukunya;

Manusia Dan Islam menyatakan:

Manusia berada di dalam 2 naluri :

1. Naluri yang membina – tunduk di bawah akal yang waras yang boleh membezakan antara baik dan buruk, salah dan benar dan sebaliknya .

“ Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut), apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.”

(Al-Ma’rij: 19-22)

Page 14: kesihatan mental menurut perspektif islam

Penyakit Mental dari Perspektif Islam(Sambungan )

2. Naluri yang merosak/meruntuh – tunduk di bawah pengaruh nafsu seperti marah,angkuh,tamak,dengki, ganas dll.

“ Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di atas bumi! Kata mereka (malaikat) apakah Engkau menjadikan di dalamnya orang yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, walhal kami sentiasa memuji kebesaran Engkau dan mentakdiskan Engkau!”

(Al-Baqarah: 30)

Page 15: kesihatan mental menurut perspektif islam

Penyakit Mental dari Perspektif IslamImam Al-Ghazali menyatakan Martabat

Insan Kamil bergantung kepada : 1. Berdukacita kerana Allah- tidak dapat

menyempurnakan hak Allah2. Kasih hanya kerana Allah- tiada lain yang

disanjung melainkan Allah SWT.3. Jaganya(hidup) hanya untuk urusan yang diredhai4. Tidurnya kerana Allah- buka keletihan membuat

kemungkaran/kemaksiatan5. Kerja hanya mencari keredhaan Allah6. Pertuturannya tidak lekang menyebut kebesaran

Allah SWT.7. Fikirannya hanya tertumpu mencari keredhaan

Allah SWT.

Page 16: kesihatan mental menurut perspektif islam

Manusia yang berfungsi sepenuhnya

Ada 3 perkara pokok yang perlu dihayati:Menurut Abdul Fatah di dalam bukunya Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’h menyatakan:

1. Akidah- kepercayaan kepada Allah a) Tauhid Rububiah-yakin Allah sahaja yang

mentadbir,menguasai, memiliki,menentukan segalanya.

b)Tauhid Uluhiyyah- hanya Allah sahaja yang layak disembah.

c)Tauhid sifat wal Asma – mengEsakan Allah pada segala nama

Page 17: kesihatan mental menurut perspektif islam

Manusia yang berfungsi sepenuhnya2. Syariah- Aturan Allah SWT untuk menyatukan hubungan antara manusia

dengan manusia, manusia dengan dirinya dan manusia dengan alam. Ketiga-tiga hubungan ini tidak akan terlaksana kecuali melalui hubungan

ibadat dan muamalat. “Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap

sesuatu” (Surah At Talaq:3) Kerana itu hadapi permasalahan sesuai kadar timbangannya dan

hindarilah kezaliman dan tindakan melampui batas.

3. Akhlak- dasar pokok terhadap pembentukan hati nurani manusia a) Akhlak manusia terhadap penciptanya b) Akhlak manusia terhadap makhluk - makhluk bukan manusia ( jin,malaikat,haiwan dan tumbuhan) - makhluk manusia (keluarga,jiran tetangga)

* Ibn Taimiyyah berkata: seseorang mukmin itu tidak pernah menuntut, mencela dan tidak memukul orang lain.

Page 18: kesihatan mental menurut perspektif islam

Manusia yang berfungsi sepenuhnya

III III

Lingkaran I : Roh bersifat ghaibLingkaran II: Fikiran objektif dan subjektif atau akal, penghubung antara I & II. (Aktiviti akal dimungkinkan kerana adanya roh) Lingkaran III : Jasad

•Frederik W.Bailes mengistilahkan pemikiran dengan fikir objektif dan rasa dengan fikir subjektif. •Islam mengistilahkan akal yang menunjuk aktiviti budi(fikir) dan aktiviti kalbu (rasa).•Apa yang terjadi pada jasad(baik tingkah-laku dan perbuatan atau gejala-gejala seperti penyakit) bukanlah berasal dari roh tapi dari fikir dan rasa.

Menurut Prof Dr.Haron Din didalam bukunya; Manusia Dan Islam :

Page 19: kesihatan mental menurut perspektif islam

PSIKOTERAPI ISLAMI

* Menggabungkan pendekatan kognitif-behavioral dan pendekatan psiko-spiritual.

Pendekatan kognitif-behavioral : menekankan penggunaan kesedaran atau akal fikiran manusia untuk membantu menyelesaikan sesuatu masalah.

Pendekatan psiko-spiritual : mendekatkan diri dengan Allah Azza Wa Jalla, yang merupakan sumber ampunan, idea, ketenangan dan sebagainya.

Page 20: kesihatan mental menurut perspektif islam

PSIKOTERAPI ISLAMI

Tahap Pembersihan Diri – bertujuan dapat mengenali,menguasai dan membersihkan diri dari sifat-sifat,cara berfikir atau kebiasaan buruk yang sudah melekat dalam diri seseorang.

Tahap Pengembangan Diri- setelah bebas(kekurangan diri,penyakit hati dll) manusia perlu dibawa kepada situasi baru iaitu pengembangan diri.Tujuannya menumbuhkan sifat-sifat terpuji dalam diri .Teknik yang digunakan adalah teknik internalisasi asmaul husna, teknik teladan rasul dan teknik pengembangan hubungan baik sesama manusia.

Tahap Penyempurnaan Diri- merupakan tahap peningkatan hubungan dengan Allah Azza Wa Jalla dan hubungan sesama manusia.

Page 21: kesihatan mental menurut perspektif islam

Menurut Uthman Najati dalam Fariza Md.Sham (2005) menjelaskan bahawa manusia menghadapi gangguan dan ketidaktenteraman jiwa atau emosi apabila berlakunya konflik psikis atau pertembungan antara dua jiwa manusia iaitu jiwa yang beriman kepada Allah dan jiwa yang menurut hawa nafsu.

Menurut Nik Mustapha Nik Hassan( 2010), tekanan mental adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu dengan penghayatan dalam hidup Islam dapat mengurangkan tekanan dan mereka yang terlibat perlu mengambil langkah proaktif dengan menjaga kesihatan(roh,akal & jasad)

Kesimpulan

Page 22: kesihatan mental menurut perspektif islam

Terima Kasih&

Wassalamfaizahothman.wordpress.c

ommarhainidamia.wordpress.

com