strategi pemasaran mlm menurut perspektif islam
TRANSCRIPT
BAB SATU: PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Jualan langsung pelbagai tingkat (MLM) bukanlah sesuatu yang baru dalam strategi
pemasaran perniagaan, malah ianya merupakan salah satu cabang atau bentuk perniagaan
yang sedang berkembang pesat di negara kita hari ini.
MLM ini telah membuka ruang baru untuk para usahawan atau bakal peniaga menceburi
bidang perniagaan. Sistem perniagaan jualan langsung ini agak unik dalam beberapa hal
berbanding sistem perniagaan yang lain dan boleh dianggap sebagai alternatif kepada
bentuk-bentuk perniagaan yang sedia ada. Ini adalah kerana ramai golongan masyarakat
yang terlibat dalam sistem perniagaan jenis ini sama ada sebagai pengguna atau peniaga
atau lebih juga dikenali sebagai pengedar. Ia juga dikatakan mempunyai satu kelebihan
kerana sistem perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak.
Justeru, menyedari tentang keistimewaan perniagaan MLM, adalah sesuai perniagaan ini
dikembangkan di kalangan masyarakat, terutamanya orang-orang Muslim untuk memberi
peluang kepada lebih ramai golongan menceburi bidang perniagaan ini atau sebagai
langkah awal memasuki bidang perniagaan yang lebih mencabar.
1
1.1 Latar belakang kajian
Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan sistem perniagaan ini sama ada
ianya mengikut syara’ atau bertentangan dengan syara’ dan adakah sistem perniagaan ini
boleh diterima pakai sebagai salah satu sumber pendapatan orang Muslim. Pelbagai
pendapat dari para ilmuan dan ulama’ Islam telah dikeluarkan. Ada yang berpendapat
MLM adalah haram dan ada yang berpendapat sebaliknya. Masing-masing mengeluarkan
huraian dan hujah tersendiri. Dalam kertas projek ini, penulis akan mengupas sebanyak
yang boleh berkenaan strategi pemasaran MLM menurut perspektif Islam dan
konvensional dan akhirnya akan membuat kesimpulan berkenaan isu ini. Diharap dengan
kertas projek ini akan menambahkan lagi dokumentasi dan rujukan dalam menjawab isu-
isu berbangkit berkenaan topik ini.
1.2 Objektif kajian
Kajian ini dilakukan untuk melengkapkan beberapa objektif seperti berikut:
1. Menjelaskan prinsip asas dan etika dalam sistem perniagaan Islam.
2. Membuat huraian strategi pemasaran MLM dari perspektif Islam.
3. Membuat rumusan, cadangan serta kritikan terhadap sistem dan strategi
pemasaran MLM.
2
1.3 Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini merangkumi pelbagai sudut antaranya:
1. Sistem perniagaan berasaskan MLM banyak memberi kemusykilan kepada orang
ramai. Ini kerana sistem operasinya berbeza antara satu syarikat MLM dengan
satu syarikat MLM yang lain. Oleh itu, kajian seperti ini dapat membantu orang
ramai terutamanya orang Muslim yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan
MLM supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan MLM yang tidak bertepatan
dengan syariat Islam.
2. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat yang jelas berkenaan syarat,
larangan, panduan dan apa yang perlu dipatuhi dalam sistem jual beli Islam.
1.4 Skop Kajian
Secara keseluruhan kajian ini memberi fokus kepada strategi pemasaran jualan langsung
dari segi perspektif Islam dan kepentingan umat Islam untuk menyertai perniagaan jualan
langsung. Penulis menyatakan secara menyeluruh dan terperinci segala maklumat
berkaitan perniagaan jualan langsung mengikuti prinsip dan etika jual beli berlandaskan
syariah. Selain itu, turut dinyatakan beberapa perkara seperti:
1. Strategi pemasaran perniagaan jualan langsung secara konvensional serta syarat-
syarat yang diluluskan mengikut Akta Jualan Langsung (1993)
2. Mengenalpasti prinsip-prinsip syariah berkaitan jualan langsung yang sesuai
dilaksanakan di Malaysia
3
1.5 Batasan kajian
Sepanjang melakukan kajian ini, penulis menghadapi sedikit kesukaran terutamanya
apabila mendapatkan bahan rujukan. Rujukan yang membincangkan tentang topik MLM
dari perspektif Islam sangat terhad. Oleh itu, penulis terpaksa mendapatkan sumber dari
laman sesawang. Rujukan dalam bentuk tesis pula adalah terhad dan tidak terkini. Selain
itu masalah logistik juga sering berlaku. Ini kerana bahan rujukan di Perpustakaan Za’ba
tidak dapat digunakan kerana penyusunan dan penyelarasan buku sedang dibuat.
1.6 Kajian Lepas
Masih belum ada lagi kajian sebelum ini yang betul-betul memfokuskan tentang MLM
menurut perspektif Islam. Namun begitu, terdapat dua latihan ilmiah yang dirujuk di
mana kajian tersebut dilakukan oleh Fardinawati Kasmat pada tahun 2001/2002 bertajuk
Strategi Pemasaran: Kajian di Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. Kertas projek ini mengkaji
tentang strategi pemasaran jualan langsung yang dijalankan di syarikat jualan langsung
Amway Sdn. Bhd. Latihan ilmiah ini membantu penulis dalam mendapatkan maklumat
berkenaan prinsip dan etika perniagaan dalam Islam.
Selain itu, penulis juga merujuk kepada latihan yang dihasilkan oleh Normazini Ismail
pada tahun 1997/1998 bertajuk Jualan Langsung di kalangan Masyarakat Melayu di
Kelantan: Kajian di Kg. Paya Bemban. Penulis latihan ilmiah ini mengkaji berkenaan
penglibatan masyarakat Melayu Kelantan dalam perniagaan jualan langsung. Latihan
ilmiah ini membantu penulis mendapatkan idea berkenaan perspektif Islam mengenai isu
dan konsep asas dalam perniagaan MLM. Manakala dalam bidang Usuluddin pula,
4
penulis merujuk latihan ilmiah yang dihasilkan oleh Solahuddin Ismail (1998), ‘Etika
Perniagaan Menurut Perspektif Islam: Tumpuan terhadap kitab al-Buyu, di dalam
Shahih Muslim’. Latihan ilmiah ini, banyak membantu penulis membincangkan prinsip
dan etika perniagaan dari perspektif Islam kerana banyak merujuk kitab al-Buyu’ di
dalam Shahih Muslim.
1.7 Metodologi Penyelidikan
Untuk melaksanakan kajian ini, metodologi penyelidikan yang paling utama digunakan
ialah tentu sekali penyelidikan perpustakaan. Penulis telah pergi ke beberapa
perpustakaan utama untuk mendapatkan bahan-bahan yang penting bagi membantu
kelancaran perjalanan kajian ini, terutamanya bagi pengisian bab dua, bab tiga dan bab
empat. Perpustakaan terbabit ialah:
1. Perpustakaan Utama, Universiti Malaya
2. Perpustakaan Peringatan Za’aba, Universiti Malaya
3. Perpustakaan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dan Fakulti Perniagaan dan
Perakaunan, Universiti Malaya
4. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universti Malaya (dipindahkan ke
Perpustakaan Za’aba, UM)
Selain membuat penyelidikan perpustakaan, penulis juga mencari maklumat menerusi
internet, majalah dan petikan akhbar berkaitan perniagaan MLM.
5
1.8 Sistematika Penulisan
Secara umumnya, penulisan kertas projek ini terbahagi kepada lima bab yang utama. Bab
yang pertama, iaitu bab ini sendiri yang merupakan pendahuluan mengandungi latar
belakang, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian, kajian lepas,
metodologi penyelidikan dan sistematika penulisan.
Dalam bab kedua, perkara yang dibincangkan adalah berkenaan prinsip-prinsip dan etika
urusniaga di dalam Islam. Antara subtopiknya adalah definisi perniagaan dalam Islam,
rukun dan syarat jual beli dalam Islam, unsur-unsur yang diharamkan dalam jual beli,
kaedah fiqh berkenaan hukum MLM serta panduan perniagaan dalam Islam. Bab ini
sangat penting kerana kajian ini memfokuskan strategi pemasaran jualan langsung
pelbagai tingkat menurut perspektif Islam. Oleh itu, prinsip asas dan etika perniagaan
dalam Islam perlu diketengahkan sebagai panduan.
Dalam bab ke tiga, penulis membincangkan tentang strategi pemasaran MLM secara
konvensional. Dalam bab ini, penulis mengenengahkan dahulu tentang konsep asas
pemasaran itu sendiri. Kemudian barulah penulis membincangkan berkenaan pemasaran
berasaskan sistem MLM. Dalam bab ini, penulis membincangkan jenis jualan langsung
yang terdapat dalam sistem perniagaan ini, isi-isi dalam akta jualan langsung,
penggunaan sistem mata, sistem bonus, dan perbezaan antara MLM dengan skim
piramid. Segala komponen asas dalam sistem MLM akan cuba dikupas dalam bab ini
supaya strategi sistem MLM ini dapat difahami seterusnya dapat disesuaikan dengan
konsep Islam.
6
Dalam bab ke empat, penulis menumpukan kepada strategi pemasaran MLM dari
perspektif Islam pula. Penulis membincangkan semula berkenaan hukum asal MLM dan
kaedah fiqh yang mendokonginya. Disamping itu, penulis menambah fatwa yang telah
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meneguhkan hukum MLM di Malaysia.
Selain itu, penulis membincangkan juga berkenaan perkara-perkara yang bertentangan
dengan Islam dalam industri MLM yang menjadikan hukumnya haram. Keistimewaan
MLM juga disertakan dalam subtopik MLM dari sudut positif. Subtopik ini menunjukkan
bahawa sistem perniagaan ini sekiranya mengikut syariat dapat memberikan kebaikan
dan keuntungan kepada semua pihak.
Dalam bab terakhir iaitu bab lima pula, penulis akan cuba membuat kesimpulan dengan
merumuskan perbandingan strategi pemasaran konvensional dengan strategi pemasaran
yang diasaskan dengan kehendak Islam. Selain itu, penulis akan membuat cadangan dan
kritikan berkenaan dengan sistem MLM di Malaysia pada hari ini.
BAB DUA: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) SECARA KONVENSIONAL
7
2.0 Pendahuluan
Amalan dalam perniagaan konvensional biasanya tidak meletakkan perbezaan terhadap
tingkahlaku manusia kepada elemen-elemen keagamaan dan bukan keagamaan kerana
seseorang itu dianggap sebagai manusia ekonomi. Manusia ekonomi umumnya
meletakkan tujuan utama kehidupan dan kewujudan dengan memaksimumkan pengisian
keperluan dan kehendaknya bagi mencapai kegembiraan dalam hidup. Konsep ‘lebih
banyak lebih baik’ serta ‘matlamat menghalalkan cara’ merupakan perkara biasa dalam
sistem sekular di mana manusia hanya perlu mematuhi undang-undang dan peraturannya
sendiri untuk mencapai matlamatnya.
Walaubagaimanapun, seseorang Muslim telah diberi prinsip dan peraturan yang berbeza
berpandukan daripada konsep tauhid dalam memberi panduan berkenaan segala aspek
kehidupan harian. Untuk mengikuti prinsip ini, seseorang Muslim wajib memahami
sepenuhnya konsep tauhid sehingga mencapai tahap yang dapat membawa perubahan diri
secara sukarela dan menjadi Muslim yang beramal. Konsep tauhid membawa kepada
pemahaman terhadap kedudukan Allah sebagai tuhan, hubungan Allah dengan manusia,
dan hubungan manusia dengan manusia lain dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai
masalah kehidupan manusia termasuk bidang ekonomi.
Perkara ini sangat penting kerana dalam mana-mana persekitaran pekerjaan, kebanyakkan
amalan tidak dikenalpasti kedudukannya secara jelas seperti jelasnya amalan ibadat.
Terdapat beberapa garis panduan dalam bentuk ayat al-Quran dan hadis di mana ianya
mengandungi pengertian yang luas dan umum. Panduan-panduan tersebut berguna dalam
8
membantu membuat keputusan terutamanya sewaktu menghadapi pelbagai situasi dan
keadaan yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab harian. Pengertian yang luas
menjadikannya mampu untuk disesuaikan dengan bermacam-macam perubahan semasa.1
Kejayaan sesebuah perniagaan sebenarnya banyak bergantung kepada strategi pemasaran,
oleh itu, amat rugi sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang mendalami ilmu
tersebut. Disiplin ilmu dalam strategi pemasaran konvensional sebenarnya telah mencapai
kemajuan yang amat tinggi. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan untuk mempelajarinya
dengan tujuan menyesuaikan ia dengan prinsip syariah supaya kelak dapat menyumbang
kepada perkembangan, kebangkitan, dan kejayaan usaha pembangunan ekonomi umat
Islam amnya.
Strategi pemasaran dalam versi konvensional perlu dikaji supaya dapat diguna tanpa
melampaui batas yang ditentukan syara’. Ini kerana, bentuk disiplin ilmu yang tersusun
bagi strategi pemasaran menurut perspektif Islam masih kurang dikaji dengan mendalam
seperti mana strategi pemasaran konvensional.
Khalifah Umar bin Khattab radhiallahu 'anhu telah berpesan kepada kaum Muslimin
secara umum:2
� ر� ا ن�ا ف�ي ي�ت�ج� و�ق� � س� �ال ن� إ ه� م� ق� � ف� �ال إ ب�ا. ذكره أ�ك�ل� و� عبد ابن الر! اللفظ بهذا البر .
1 Muhammad Abd. Wahab (1987), ‘Marketing Concepts and Strategies: An Islamic Approach’ (Kertas Kerja Seminar on Contemporary Business: Towards the Development of Islamic Business Management di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 26-27 September 1987), h.1.2 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. (2009, Julai 16). Diperolehi September 9, 2009, dari http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-beli-dalam-ajaran-islam.html
9
� والترمذي مالك ورواه ن�ا ف�ي ي�ب�ع� بلفظ: ال و�ق� � س� �ال ن� إ د� م� ق� ه� ق� . حسنه ف�ي ت�ف� األلبا الد!ين�
"Hendaknya tidaklah berdagang di pasar kita selain orang yang telah faham (berilmu),
bila tidak, nescaya ia akan memakan riba."
(Ucapan beliau dengan teks demikian ini dinukilkan oleh Ibnu Abdil Bar Al Maliky)
Imam Al Qurthuby Al Maliky menjelaskan: "Orang yang bodoh tentang hukum
perniagaan, (walaupun perbuatannya itu tidak dihalangi) maka tidak layak untuknya
diberi kepercayaan sepenuhnya dalam mengelola harta bendanya. Ini adalah kerana ia
tidak dapat membezakan antara perniagaan yang dilarang dan yang dibenarkan, transaksi
halal dari yang haram. Sebagaimana ia juga dikhuatirkan akan melakukan amalan riba
dan transaksi haram lainnya. Hal ini juga berlaku pada orang kafir yang tinggal di negeri
Islam." (Ahkaamul Qur'an oleh Imam Al Qurthuby Al Maaliky 5/29)3
3 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. (2009, Julai 16). Diperolehi September 9, 2009, dari http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-beli-dalam-ajaran-islam.html
10
2.1 Asas dan konsep sistem jual beli dalam Islam
Antara ayat al-Quran yang banyak merujuk sistem jual beli dalam Islam sepertimana
firman Allah s.w.t:
�ذ�ين� �أ ٱل �ون�كي �ل � �و!ا ب �ق�وم�ون� ال� ٱلر# �ال� ي �م�ا إ �ق�وم� ك �ذ�ى ي �ط�ه� ٱل ب �خ� �ت !ن� ي يط�ـ ٱلش� �ك�أذ� ٱلم�س# م�ن� �ه�م ل ن
� �أ �و ب �ق�ال �م�ا ا �ن �يع� إ � م�ثل� ٱلب �و!ا ب �ح�ل� ٱلر# �ه� و�أ �يع� ٱلل ٱلب م� � و�ح�ر� �و!ا ب #ه� م#ن ع�ظ�ةHم�و ۥ ء�ه�ج�ا ف�م�ن ٱلر# ب �ه�ى! ۦر� نت �ه� ٱف� ل�ف� م�ا ۥ ف�ل س� �ه ��ل�ى ۥ و�أمر �ه� إ و� ع�اد� و�م�ن ٱلل
� !ب� لـك�ف�أ ـ �صح� �ار� أ �ها ه�م ٱلن �د�ون� ف�ي !ل ـ ) خ�٢٧٥(
(Surah al-Baqarah (2): 275)
Ayat ini menunjukkan Allah memberi laluan kepada hamba-Nya melakukan urusan jual
beli. Dalam surah al-Baqarah juga banyak dijelaskan apa yang dilarang seperti amalan
riba dan apa dibolehkan dalam sistem ekonomi Islam. Jelas sekali Islam merupakan
agama syumul yang telah memberi panduan umum sebagai petunjuk untuk dipatuhi
umatnya.
Dalam Islam, menjalankan perniagaan tiada halangannya asalkan ia tidak lari daripada
landasan akidah, syarak dan akhlak. Konsep perniagaan dalam Islam sebenarnya bukan
setakat jual beli yang difahami sebagai berniaga dengan menjual barangan kepada
pengguna akan tetapi mempunyai ruang yang lebih luas merangkumi pekerjaan yang
berbentuk makan gaji dan mengambil upah kerana ia melibatkan pertukaran apabila
seseorang bekerja dengan keupayaan yang dimilikinya dan kemudian menerima
ganjarannya dalam bentuk gaji atau upah. Dengan kata lain, dia mengeluarkan produk
atau keluaran berbentuk perkhidmatan. Makan gaji dan mengambil upah dianggap
11
sebagai tukar tenaga dalam Islam. Namun, harta pusaka tidak termasuk dalam konsep jual
beli dalam Islam.4
Konsep perniagaan dalam Islam juga meliputi hubungan antara manusia dengan Allah
(habl min Allah), hubungan manusia dengan manusia (habl min al-nas), dan
hubungan manusia dengan makhluk lain. Pendek kata, perniagaan juga merupakan
sebahagian daripada cara hidup Muslim.
Allah telah menjadikan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa bantuan
daripada orang lain, seseorang itu tidak mungkin mampu memenuhi segala keperluan
hidupnya. Dengan keadaan manusia seperti inilah wujudnya pertalian dan perhubungan
antara masyarakat. Secara semulajadinya, manusia dicipta beserta sifat pentingkan diri
sendiri. Dengan sebab itu, Allah telah memberikan garis panduan muamalat agar manusia
berpandu ke jalan yang lurus dalam menjalankan urusan hidupnya.5
Luqman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya dengan memberi nasihat berikut, yang
bermaksud:
“Hai anakku! Berusahalah untuk menghilangkan kemiskinan dengan usaha yang halal.
Sesungguhnya orang yang berusaha dengan jalan yang halal itu, tidaklah ia akan
mendapat kemiskinan, kecuali apabila dia mendapat 3 jenis penyakit: 1) Tipis
kepecayaan agamanya, 2) Lemah akalnya, 3) Hilang kesopanannya.6
4 Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., h.1-3.5 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), ‘E-Dagang : Satu Bentuk Pemasaran Perniagaan Era Globalisasi’ (Kertas Kerja Projek, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h.76.6 H. Sulaiman Rasjid (1954), Fiqh Islam (Cetakan ke-12). Jakarta: Attahirijah, h. 268.
12
Kegiatan ekonomi adalah perkara yang mesti wujud dalam hidup manusia. Islam juga
mewajibkan umatnya membabitkan diri dalam kegiatan ekonomi agar setiap orang Islam
mampu memenuhi dan menampung keperluan hidup diri dan keluarga. Malah ia
merupakan fardhu ain bagi setiap Muslim.7
Menurut ahli sejarah, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh manusia telah bermula
sejak 50,000 tahun yang lalu. Buktinya dapat dilihat daripada kesan sejarah tinggalan
pelnagai tamadun manusia seperti Mesir, China, dan India.8
2.2 Definisi Perniagaan @ Jual beli
Untuk memahami mengenai pemasaran Islam, pemahaman mengenai apa yang
dimaksudkan dengan perniagaan atau jual beli perlu dilakukan. Ulama Islam dan ilmuan
konvensional telah memberi pelbagai definisi berkaitan perniagaan atau jual beli.
Antaranya ialah:
1) Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Jami’ li al-Ahkam telah menjelaskan
bahawa perniagaan jual beli adalah kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu pihak
penjual dan pihak pembeli.9
7 Institut Kefahaman Islam Malaysia (FAQ): Apakah matlamat dan kepentingan etika dalam kegiatan ekomnomi mengikut pandangan Islam, http://www.ikim.gov.my/s301-2a1.htm#l, 23 ogos 2009.8 Solahuddin Ismail (1998), ‘Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam : Tumpuan terhadap kitab al-Buyu, di dalam Shahih Muslim’ (Kertas Projek, Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.9 http://tholib.wordpress.com/2009/08/17tanya-jawab-hukum-jual-beli-tokek/#comment-2015 11 November 2009 9:41 pm.
13
2) Imam al-Razi di dalam kitabnya Mafatih al-Ghayb pula mendefinisikan
perniagaan atau jual beli sebagai sejenis transaksi barang-barang yang wujud,
belum atau tidak wujud.10
3) Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah mendefinisikan perniagaan
sebagai suatu cara perluasan modal.11
4) Al-Syaibani (Al-Iqra’( pula mendefinisikan perniagaan sebagai pertukaran
wang dengan barang atau barang dengan barang untuk mendapatkan
keuntungan.12
5) Dalam Islam, menjalankan perniagaan tiada sebarang halangan asalkan ia tidak
lari daripada landasan akidah, syariah, dan akhlak.13
2.3 Rukun dan syarat jual beli dalam Islam
Mustafa Haji Daud membahagikan rukun dan syarat bagi membolehkan jual beli berlaku
kepada 5 iaitu14:
1) Penjual
2) Pembeli
3) Barang yang dijual beli
4) Harga
10 http://islamwiki.blogspot.com/2009_02_01archive.html 11November 2009 9:57 pm11 http://ww.isalamgrid.my/articles/tokohislam/ibn_Khaldun.php 11 November 200912 http://nazrichik.com/?p=1306 11 November 200913 Ahmad Sufian Che Abdullah, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi & Suhaili Sarif (2008), FIqh al-Tijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Konprehensif. (Prosiding Seminar Keusahawanan Islam ІІ Peringkat Kebangsaan 2008, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 15 Oktober 2008), h 12-13.14 Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,h. 21.
14
5) Sighah/ijab kabul
2.3.1 Syarat bagi penjual dan pembeli
Penjual dan pembeli dikenakan syarat bagi membolehkan sesuatu jual beli itu sah
menurut Islam. Syaratnya adalah seperti berikut:
1) Berakal; syarat ini dikenakan untuk mengelakkan sebarang penipuan, malah jika
jual beli dilakukan oleh orang gila atau orang yang bodoh maka jual beli tersebut
adalah tidak sah.
2) Dengan sukarela (tanpa dipaksa); sebarang jual beli yang dilakukan hendaklah
jelas tiada sebarang paksaan pada mana-mana pihak.
3) Tidak dihalang dari menguruskan muamalat; sebagai contoh, seseorang yang
bersikap boros dihalang dari menguruskan harta sendiri kerana urusan hartanya
diuruskan oleh walinya.
4) Cukup umur (baligh); syarat ini menunjukkan bahawa anak kecil yang belum
baligh tidak sah jual belinya. Akan tetapi, sesetengah ulama berpendapat bahawa
anak-anak kecil yang mumayyiz iaitu tahu membezakan antara yang baik dengan
yang buruk boleh berurusan jual beli bagi barangan yang kecil. Rasionalnya
adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam.15
15 H. Sulaiman Rasjid (1954), op.cit., h. 269
15
2.3.2 Syarat bagi barang
Barang yang dijual beli juga dikenakan syarat seperti berikut:
1) Barang itu mestilah ada ketika akad jual beli, kecuali akad dalam jual beli
salam.16 (membeli secara pesanan)
2) Barang itu mestilah suci, kerana tidak sah menjual barang bernajis seperti kulit
yang belum disamak.17
3) Barang tersebut ada manfaat dan bernilai. Barang yang tidak ada manfaat dan
tidak bernilai tidak boleh dijual.18
4) Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada pembeli19, dimana barang
tersebut terletak di bawah pemilikan penjual20. Tidak sah jual beli yang
melibatkan barangan yang tidak dapat diserahkan kepada pembeli seperti menjual
ikan yang masih di dalam laut21, dan burung yang masih terbang di langit.22
5) Barang tersebut berkeadaan jelas sifatnya, dapat dilihat oleh pembeli sama ada
ketika akad atau sebelum akad.
16 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22.17 H. Sulaiman Rasjid (1954), op.cit., h. 269.18 Ibid., h. 270.19 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22.20 Faradinawati Kasmat (2001), ‘Jualan Langsung Menurut Perspektif Islam: Kajian kes Amway Corporation’ (Kertas Projek, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 21 H. Sulaiman Rasjid (1954), op.cit., h. 270.22 http://www.alsofwah.or.id/cetakekonomi.php?id=71&idjudul=67 11 November 2009 11:12pm
16
2.3.3 Syarat bagi harga23
Harga juga dikenakan syarat dalam urusan jual beli Islam, antaranya:
1) Harga barang yang dijual mestilah disebut ketika akad.
2) Matawang mestilah dijelaskan kecuali jika telah dilihat ketika akad.
3) Barang dapat dijual dengan menangguhkan bayarannya, iaitu bay’bithaman a
jil. Dalam hal ini, tempoh pembayaran dan cara bayarannya perlu dijelaskan.
4) Setelah selesai akad, penjual mula berkuasa terhadap harga sekalipun belum
diserahkan kepadanya. Justeru itu, ia boleh memindahkan pembayaran harta itu
kepada orang lain secara hiwalah (pemindahan hutang daripada pihak pertama
kepada pihak kedua).
2.3.4 Syarat bagi sighah @ ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan)24
Sighah @ ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan) sangat penting dalam urusan jual
beli. Oleh itu, terdapat beberapa syarat yang dikenakan supaya ijab dan kabul dalam
urusan jual beli itu diterima. Antaranya ialah:
1) Mestilah menandakan kerelaan dan keredhaan serta kehendak antara kedua-dua
belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Ini kerana kedua-dua belah pihak
menerima implikasi dari proses jual beli yang dilakukan25. Ijab dan kabul yang
dapat menandakan kerelaan kedua belah pihak semestinya mampu
menggambarkan secara jelas kehendak mereka. Sekiranya ijab dan kabul
23 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 2224 Ibid.25 Ibid.
17
dilakukan dengan orang yang sedang tidur, maka kehendaknya akan menjadi
tidak jelas kerana dia tidak berada dalam keadaan yang sedar. Oleh itu, urusan
jual belinya tidak sah.26
2) Setiap perkataan, tulisan dan isyarat yang berkaitan dengan jual beli itu mestilah
difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.27 Ini bererti setiap
ijab dan kabul yang dibuat boleh difahami oleh kedua belah pihak. Ini kerana
pemahaman tersebut menjadi asas kepada ikatan kehendak mereka yang tersirat.
3) Kabul (penerimaan) mestilah bersesuaian dengan ijab (tawaran). Ini bermaksud
penerimaan dan tawaran mempunyai objektif yang sama menerusi kehendak yang
dinyatakan secara tersurat atau secara tersirat. Contoh persamaan secara tersurat
adalah penjual menawar harga sebanyak RM10.00 untuk sesuatu barang
sementara pembeli sanggup menerima tawaran dan membayar sebanyak
RM10.00. Contoh persamaan secara tersirat pula adalah penjual menawar
RM10.00 tetapi pembeli pula sanggup menerima dan membayar RM15.00
sukarela. Walaupun nilai zahir berbeza, tetapi berdasarkan maksud tersirat,
pembeli disifatkan bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh penjual.
4) Penerimaan yang dibuat hendaklah bersambung dengan tawaran. Ini bermaksud
penerimaan hendaklah dilakukan dalam majlis atau acara ijab dan kabul yang
sama tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. Keadaan ini
boleh berlaku sekiranya kedua-dua pihak yang melakukan jual beli berada dalam
satu majlis atau acara yang sama. Jika penerima berada di tempat lain, dia boleh
26 Faizah Hj Ismail (1995), Asas-asas Muamalat Dalam Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.71-72.27 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 22.
18
memberitahu penerimaannya sesudah berita mengenai tawaran tersebut sampai
kepadanya.
Walaubagaimanapun, ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud
sebenar kesinambungan antara penerimaan dengan tawaran. Jumhur ulama’
berpendapat bahawa penerimaan dianggap bersambung dengan tawaran jika
dilakukan dalam majlis yang sama. Sekiranya pihak pertama membuat tawaran
kepada pihak kedua, dan kedua-duanya berada dalam majlis yang sama, pihak
kedua tidak semestinya membuat penerimaan tersebut selepas beberapa waktu
selagi mereka masih berada dalam majlis tersebut.
Ulama’ Mazhab Syafi’e pula berpendapat penerimaan dianggap bersambung
apabila dilakukan terus sesudah tawaran dibuat, tanpa diselangi oleh perbincangan
yang tidak berkaitan dengan tawaran.28 Kesinambungan tidak wujud jika
penerimaan tidak dilakukan serta merta.
Mengikut pendapat yang rajih (pendapat yang diterima(, maksud majlis yang
sama ialah kedua-dua pihak berada pada masa dan tempat yang sama. Ini jika
mereka semua hadir pada masa dan tempat majlis itu dilakukan. Namun begitu,
jika ada pihak yang tidak dapat hadir, majlis melakukan ijab (tawaran) dan
kabul (penerimaan) dianggap wujud apabila berita tentang kehendak masing-
masing sampai ke pihak yang satu lagi sama ada melalui surat, wakil, telefon, dan
sebagainya.29
Ulama’ mazhab Hanafi berpendapat bahawa rukun perniagaan berlaku apabila
terdapatnya ijab dan penerimanya yang menunjukkan berlakunya pertukaran barangan. 28 http://www.badilag.net/data/khes/buku%20III.pdf 11 November 2009 11:21pm29 Faizah Hj Ismail (1995), op.cit., h.72-74.
19
Dalam erti kata lain, rukun perniagaan ialah perkataan atau perbuatan yang menunjukkan
kerelaan menukarkan barangan yang dimiliki.30
Ijab bermaksud perkataan atau perbuatan terawal yang dikeluarkan oleh salah satu
daripada kedua-dua belah pihak yang berurusan jual beli, di mana ianya menunjukkan
kerelaan dalam membuat pertukaran barangan tanpa mengira sama ada perkataan ijab
tersebut datang daripada penjual atau pembeli.
Kabul pula membawa maksud perkataan atau perbuatan yang kedua muncul daripada
mana-mana pihak samaada penjual atau pembeli yang terlibat dengan sesuatu proses jual
beli. Pendek kata perkataan yang muncul dahulu adalah tawaran, sementara perkataan
yang muncul kemudian adalah penerimaan.
Penegasan telah dibuat oleh ulama’ mazhab Hanafi bahawa penawaran dan penerimaan
adalah berdasarkan kepada mana-mana pihak yang lebih awal dan mana yang kemudian.
Namun begitu, jumhur ulama’ menjelaskan bahawa tawaran ialah perkataan atau
perbuatan yang datang daripada pihak pemilik sesuatu barang tanpa mengira sama ada
perkataan tersebut dikeluarkan terlebih dahulu atau kemudian. Penerimaan pula ialah
perkataan atau perbuatan yang dikeluarkan oleh orang yang menerima sesuatu barangan
walaupun perkataan atau perbuatan tersebut dikeluarkan kemudian.31
2.4 Unsur-unsur yang diharamkan dalam perniagaan menurut Islam
30 http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/08/fiqh-muamalat-konsep-jual-beli-istisna.html. 11 November 2009 11:28pm.31 Wahbah al-Zuhayli (1995), Al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu (terj.), Jil.4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 363-364.
20
Apabila telah difahami bahawa hukum asal sesuatu perniagaan adalah halal, maka
perkara lain yang perlu dikenali ialah perkara-perkara yang menjadikan suatu perniagaan
itu diharamkan dalam Islam. Ini adalah kerana perkara-perkara yang menyebabkan suatu
perniagaan yang diharamkan adalah sedikit jumlahnya berbanding dengan perniagaan
yang dibolehkan yang mana jumlahnya tidak terbatas.
Imam Ibnu Rusyud Al Maliky berkata: ‘Apabila engkau meneliti berbagai sebab yang
menyebabkan suatu perniagaan itu dilarang dalam syariat, dan sebab-sebab itu berlaku
pada seluruh jenis perniagaan, nescaya engkau akan dapati sebab-sebab itu terdapat
dalam empat perkara ini:32
1) Barang yang menjadi objek perniagaan itu sendiri adalah barang yang
diharamkan.
2) Adanya unsur riba.
3) Adanya ketidakpastian (gharar).
4) Adanya persyarat yang menyebabkan timbulnya dua hal di atas (riba dan
gharar).
Inilah sebab-sebab paling utama yang menjadikan sesuatu perniagaan dan yang terdapat
pada perniagaan tersebut terlarang.
32Joni Tamkin Bin Borhan & Zarrina Sa’ari (2007), Sumbangan Pemikiran Ibn Rushd (M. 595/1198) Dalam Muamalah: Analisis Terhadap Akad Al-Mudarabah Dalam Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid. Jurnal Usuluddin, 26. h 133-147.
21
2.4.1 Riba
Riba adalah jelas pengharamannya dalam sistem muamalat Islam. Jika seseorang Muslim
melakukannya, dosanya amat besar dan kontrak perniagaan yang dilakukan boleh terbatal
dengan sendirinya. Terdapat banyak dalil mengenai pengharaman riba terutamaya dalam
ayat-ayat al-Quran. Menerusi buku karya Ab. Mumin Ab. Ghani bertajuk Sistem
Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, aspek tentang riba diperbincangkan
dengan panjang lebar di dalamnya.33
2.4.2 Gharar
Maksud al-Gharar ialah ‘ketidakpastian’. Maksud ketidakpastian dalam transaksi
muamalah pula ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh
menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Menurut Ibn Rushd, maksud al-Gharar ialah:
"Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada
kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia
turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah
dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui"34.
Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah:
33 Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 109.34 Joni Tamkin Bin Borhan & Zarrina Sa’ari (2007), op.cit., h. 142
22
"Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang
sepatutnya dia dapat". 35
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab
Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai:
"Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua
kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti"36.
2.4.3 Judi37
Hukum judi adalah jelas haram di sisi Islam. Sebarang bentuk spekulasi (ramalan harga
pada masa hadapan) juga adalah dilarang sama sekali dalam Islam kerana seolah-olah
berbentuk perjudian. Spekulasi boleh berlaku apabila seorang penjual membeli barangan
pada harga yang murah dengan harapan dapat menjualnya dengan harga yang
melambung tinggi pada masa hadapan atau seseorang penjual membuat jangkaan bahawa
harga akan jatuh menyebabkan dia menjual barangannya sekarang untuk mengelakkan
kerugian. Hakikatnya, spekulator hanya mahukan keuntungan maksimum tanpa
mempedulikan hal yang berkaitan kepentingan umum, di mana ia cuba mewujudkan
kekurangan komoditi dan barangan di pasaran agar tahap inflasi sesebuah negara
meningkat sehingga menyebabkan kesempitan hidup masyarakat umum.
35 http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/08/gharar-riba-dan-maisir-di-dalam.html 11 November 2009 12:30am36Ibid.37 Faradinawati Kasmat (2001), op.cit., h. 80.
23
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:38
“Sesiapa yang menyimpan barang dengan niat untuk mendapatkan keuntungan besar
kelak (spekulasi) adalah berdosa besar.”39
2.4.4 Monopoli40
Monopoli atau al-Ihtikar ialah membeli dan menyimpan sesuatu barangan dalam
kuantiti yang besar sehingga menyebabkan penawaran yang berkurangan di pasaran.
Akibatnya, harga melambung naik hingga ke tahap peringkat yang menyusahkan orang
ramai. Monopoli diharamkan kerana ia mengakibatkan penindasan terutamanya monopoli
ke atas barangan keperluan asas.
Al-Nawawi membuat ulasan terhadap hadith Rasulullah s.a.w. dalam Sahih Muslim dan
menjelaskan bahawa tidak haram monopoli ke atas barangan mewah kerana ia hanya
dibeli oleh golongan kaya yang berkemampuan. Ini kerana perbuatan monopoli ke atas
barangan mewah hanya mendatangkan kerugian ekoran daripada pasarannya yang
terhad.41
Hadis Rasullullah s.a.w. berbunyi:42
“Orang yang menjual secara terbuka akan diberi rezeki, manakala orang yang
menyorokkan barang akan dilaknat”
38 Ibid.39 http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=print&sid=1829 11 November 2009 12:52am40 Faradinawati Kasmat (2001), op.cit., h.77.41 http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg07458.html 11 November 2009 1:00am42 Abdul Sami ‘al-Misri (1993), Perniagaan Dalam Islam, Ahmad Haji Hasbullah (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.51.
24
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tentang jenis barang yang tergolong
dalam kategori monopoli, antaranya:
1) Pendapat pertama menyatakan bahawa monopoli merangkumi semua jenis
barangan keperluan manusia yang sebelum berlakunya monopoli, harganya stabil
dan berpatutan.
2) Pendapat kedua pula menyatakan bahawa monopoli khusus kepada makanan
sahaja. Pendapat ini dikeluarkan oleh ulama’ mazhab Shafi’e dan Hambali.
Mazhab Hambali mensyaratkan pula bahawa penyorokan tidak melebihi 40 hari.
3) Pendapat ketiga pula menyatakan barangan yang dibekukan hendaklah bukan
hasil keluaran sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak semua monopoli itu haram. Contohnya, kerajaan menjadi
agensi monopoli bagi keperluan asas hidup manusia seperti bekalan elektrik dan air
dalam sesebuah negara. Monopoli ini bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat
terutamanya dari kalangan masyarakat bawahan.
2.4.5 Penindasan harga
Larangan mewujudkan penindasan harga penting untuk suasana perniagaan yang sihat.
Sekiranya harga barangan yang sangat diperlukan diletakkan terlalu tinggi sehingga tahap
yang dianggap menindas, maka sesetengah ulama’ berpendapat bahawa kontrak jual beli
yang berlaku adalah sah tetapi penjual membuat dosa.
25
Ulama’ lain pula berpendapat bahawa kontrak tersebut boleh terbatal jika pihak yang
terlibat dalam urusniaga tersebut mengalami kerugian yang besar. Dia boleh
memulangkan semula barangan dan mengambil kembali wang yang telah dibayar. Dalam
urusan perniagaan, kebiasaannya harga melambung tinggi disebabkan oleh perbuatan
menimbun barang. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:43
“Tidak akan menimbum barang kecuali orang yang berbuat dosa”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud, Hadis Muslim, Sahih Muslim no.3012)44
Di antara bentuk penerapan terhadap prinsip ini ialah diharamkannya menimbun
barangan keperluan masyarakat dengan banyak, sebagaimana disabdakan Rasulullah
s.a.w:
وغيره مسلم خاطئ. رواه فهو احتكر من
"Barang siapa yang menimbun maka ia telah berbuat dosa."
(Riwayat Ma’mur bin Abdullah bin Nadlah, Hadis Sahih Muslim, no.1605) 45
2.4.6 Lain-lain bentuk perniagaan yang dilarang oleh Islam46
Selain daripada apa yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi bentuk perniagaan
lain yang dilarang oleh Islam, antaranya:
43 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), op.cit., h.100.44 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), Muasu’ah Hadis Syaarif Kitabul Sittah, Darussalam, Riyadh. h. 1198/751845Ibid., h. 907/129/412246 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit,. h. 73-74.
26
1) Barang najis seperti arak kerana ia dianggap sebagai bukan harta yang halal dari
segi syara’.
2) Jual beli secara sentuhan (mulamasah) melibatkan keadaan seperti pembeli
tidak melihat barang yang hendak dibeli tetapi dengan menyentuhnya atau
merabanya sahaja.
3) Menjual secara campak. Ini bermaksud penjual mencampakkan beberapa
barangan kepada pembeli tanpa diterangkan yang mana dimaksudkan dan tanpa
disebutkan harganya.
4) Perniagaan yang melibatkan unsur perjudian seperti pembeli mencampak sesuatu
kepada barang yang hendak dibeli. Mana-mana barang yang terkena itu menjadi
hak milik pembeli dan dibayar harganya.
5) Menjual janin iaitu menjual binatang yang masih di dalam kandungannya.
6) Menjual buah yang masih putik di atas pokok dan akan diserahkan apabila masak.
7) Menjual ikan yang berada di dalam kolam yang tidak dapat dilihat atau burung
yang sedang berterbangan.
8) Jual beli muhaqalah iaitu jual beli tanaman yang baru tumbuh.
9) Mudabanah iaitu jual beli yang mencampurkan buah yang muda dengan buah
yang masak.
10) Jual beli barangan semasa dalam proses pemindahan iaitu di tengah jalan sebelum
sampai ke pasar untuk mendapatkan harga yang murah.
27
11) Jual beli yang bukan keperluan iaitu bertujuan menganiaya orang lain. Contohnya
orang kaya yang sengaja membeli ubat yang sangat diperlukan oleh orang lain
yang sedang sakit supaya orang yang sakit itu tidak sembuh dari penyakitnya.
Terdapat juga perniagaan yang haram di sisi Islam tetapi sah urusan perniagaannya
menurut penjelasan Islam, antaranya:
1. Penjual mempengaruhi pembeli agar membeli barangnya sedangkan pembeli itu
telah membuat pilihan untuk membeli barang dari penjual yang lain dan telah
berjanji membelinya.
2. Barang yang telah dipersetujui untuk dibeli atau dijual tetap ditawarkan kepada
orang lain untuk dibeli atau dijual.
3. Peniaga membeli barang di dalam perjalanan ke pasar untuk mendapatkan harga
yang lebih murah tetapi ia diharuskan jika harga yang sama dengan barangan di
dalam pasar.
4. Peniaga dari bandar mengambil alih tempat peniaga pendalaman untuk
memasarkan sendiri barangan mereka kecuali peniaga bandar tersebut berniat
untuk menolong mereka memasarkan barang tersebut. Hal ini dijelaskan oleh
Rasulullah s.a.w dalam hadis berikut:
رسول قال قال عنه الله رضي الله عبد بن جابر عن دعوا لباد حاضر يبع : ال سلم و عليه الله صلى الله
مسل بعض. رواه من بعضهم الله يرزق الناس
"Dari sahabat Jabir bin Abdillah radhiallahu 'anhu ia menuturkan: Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah orang kota menjualkan
28
barang-barang milik orang kampung, biarkanlah masyarakat, sebahagian diberi
rezeki oleh Allah dari sebahagian lainnya."
(Riwayat Jabir Bin Abdullah, Hadis Muslim, Sahih Muslim no.1522)47
5. Jual beli yang boleh menyebabkan berlakunya perpisahan antara ibu dengan
anaknya.
6. Jual beli yang berlaku ketika solat Jumaat iaitu antara azan kedua hingga tamat
sembahyang.
Dilarang bagi seorang Muslim untuk mengadakan urusan perniagaan setelah
muazzin mengumandangkan azan kedua pada hari Jumaat. Ketentuan ini
berdasarkan firman Allah s.w.t:48
ا ي�ا �يSه� ن�وا ال�ذ�ين� أ �ذ�ا آم� ة� ن�ود�ي إ ال� م� م�ن ل�لص� ع�ة� ي�و� م� ا ال�ج� ع�و� اس� ف� �ل�ى الل�ه� ذ�ك�ر� إ
وا ذ�ر� ي�ر\ ذ�ل�ك�م� ال�ب�ي�ع� و� ت�ع�ل�م�ون� ك�نت�م� إ�ن ل�ك�م� خ�"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada
hari Juma'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan
tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui."
(Surah Al Juma'ah (62): 9)
2.5 Kaedah Fiqh dalam menentukan sesuatu hukum49
47 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h. 940/20/382648 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. (2009, Julai 16). Diperolehi September 9, 2009, dari http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-beli-dalam-ajaran-islam.html
49 Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000), Perbahasan Keadah-kaedah Fiqh (cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Pustaka Salam sdn Bhd., h. 119-121.
29
Hubungan interaksi sesama manusia baik yang tunduk kepada syariat Allah ataupun yang
tidak adalah tidak terbatas. Setiap masa dan tempat berlaku pelbagai bentuk interaksinya
yang berbeza dengan bentuk interaksi pada waktu dan tempat yang lain. Oleh itu
bukanlah sesuatu hal yang bijak jika hubungan interaksi sesama mereka dikekang dan
dibatasi dalam bentuk tertentu. Kerana itulah dalam Islam tidak pernah ada dalil yang
membatasi model interaksi sesama mereka. Sebagai salah satu buktinya, di dalam ilmu
Fiqh asal sesuatu adalah harus sehinggalah ada dalil yang mengharamkannya. Dalam
Bahasa Arabnya berbunyi al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah hatta yadullu al-dalil
ala al-tahrim. الدليل يدل حتى اإلباحة، األشياء في األصل
التحريم على .
Kaedah ini didukung oleh banyak dalil dalam Al Qur'an dan As Sunnah, di antaranya
adalah firman Allah s.w.t:
و� ل�ق� ال�ذ�ي ه� ا ل�ك�م� خ� ض� ف�ي م� ر�� f األ� يعا م� ج�
"Dialah yang menciptakan untuk kamu segala yang ada di bumi seluruhnya."
(Surah Al-Baqarah (2): 29)
dan juga sabda Rasulullah s.a.w:
30
مسلم دنياكم. رواه بأمر أعلم أنتم
“ Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian”
(Riwayat Anas bin Malik, Sahih Muslim, Hadis Sahih, no. 2363)50
Adapun yang berkaitan dengan peniagaan secara khusus, maka Allah Ta'ala telah
berfirman:
ل� أ�ح� م� ال�ب�ي�ع� الل�ه� و� ر� با و�ح� الر!
"Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba."
(Surah Al-Baqarah (2): 275)
dan Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:
يتفرقا لم ما بالخيار منهما واحد فكل الرجالن تبايع إذا
جميعا وكانا
"Bila dua orang telah berjaul-beli, maka masing-masing dari keduanya memiliki hak
pilih, selama keduanya belum berpisah dan mereka masih bersama-sama (satu majlis)."
(Riwayat Abdullah bin Umar, Hadis Bukhari, Sahih Bukhari, no.2112)51
50 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h.1093/141/612851 http://www.dorar.net/enc/hadith/ تبايع /+m256+y 22 November 2009 4:25am
31
الكسب أي !الله رسول يا قال: قيل خديج بن رافع عن
أحمد مبرور. رواه بيع وكل بيده الرجل قال: عمل أطيب؟
األلباني وصححه والحاكم والطبراني
"Dari sahabat Rafi' bin Khadij ia menuturkan: "Dikatakan (kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam) Wahai Rasulullah! Penghasilan apakah yang paling baik?
Beliau menjawab: "Hasil pekerjaan seseorang dangan tangannya sendiri, dan setiap
perniagaan yang baik”
(Riwayat Said bin Umar, Hadis Bukhari, Sunan al-Kibry al-Baihaqi, no. 5/263)52
Para ulama' juga telah bersepakat bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang dibolehkan,
dan kesepakatan ini telah menjadi satu bahagian dari syari'at Islam yang telah diketahui
oleh setiap orang. Sebagai salah satu buktinya, setiap ulama' yang menuliskan kitab fiqh,
atau kitab hadis, mereka sentiasa mengkhususkan satu bab untuk membahas berbagai
permasalahan yang berkaitan dengan perniagaan.
Berdasarkan dari dalil-dalil ini, para ulama' menyatakan bahawa hukum asal setiap
perniagaan adalah boleh, selama tidak menyalahi syari'at.
Kaedah ini selaras dengan asal segala ciptaan Allah yang bersifat baik dan berfaedah
serta diharuskan syara’ untuk kegunaan manusia. Kaedah ini digunakan secara meluas di
kalangan ulama’ Mazhab Syafi’e. Mazhab Hanafi pula terkenal dengan kaedah yang
sebaliknya iaitu asal sesuatu itu adalah haram hinggalah ada dalil yang menunjukkannya
52 http://www.dorar.net/enc/hadith/ 256 /+ الكسـب +y 22 November 2009 4:23am
32
harus atau dalam Bahasa Arabnya adalah al-aslu fi al-ashya’ al-tahrim hatta
yadullu al-dalil ala al-ibahah53
2.5.1 Tarjih kepada kaedah
Pada zahirnya terdapat percanggahan antara kaedah fiqh yang digunakan oleh ulama’
mazhab Shafi’i dengan kaedah fiqh yang digunakan oleh ulama’ mazhab Hanafi. Namun
begitu, kedua-dua kaedah tersebut dapat dikompromikan serta ditarjihkan dalam skop
berikut:
1. Untuk urusan yang berkaitan dengan muamalah, sesuai digunakan kaedah
mazhab Syafi’i. Ini kerana kaedah itu adalah selaras serta sesuai dengan manusia
yang diberikan kebebasan dalam perkara yang berkaitan dengan urusan keduniaan
mereka. Rasulullah s.a.w. pada satu ketika pernah melihat para sahabat di
Madinah bersusuah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan pokok
kurma supaya buahnya lebih bermutu. Lalu baginda menyarankan kepada nereka
supaya tidak perlu bersusah payah berbuat begitu. Walaubagaimanapun, ternyata
mutu buah kurma kurang baik jika bunganya tidak dikahwinkan. Selepas itu,
baginda menyerahkan urusan yang berkaitan dengan keduniaan kepada umatnya.
2. Kaedah yang digunakan oleh ulama’ mazhab Hanafi pula seharusnya digunakan
dalam hal yang berkaitan dengan ibadah. Alasannya dalam urusan berkaitan
ibadah, sebelum dilaksanakan mestilah menunggu adanya perintah atau dalil yang
menyuruhnya terlebih dahulu. Ia dapat disandarkan kepada firman Allah:
53 http://forum.nu.or.id/viewtopic.php?f=4&t=660 11 November 2009 1:34am
33
�م �ه�م أ ر� ل ��كش � ؤ�ا ع�وا ر� �ه�م ش� �م م�ا ٱلد#ين� م#ن� ل �أ ل �ه� ذ�ني �ه� ب �و ٱلل ال�و�ل
�م�ة�ك �ق�ض�ى� ٱلف�صل� ل � ل �ن� �مه�ينب �م�ين� و�إ !ل �ه�م ٱلظ�ـ �يمH ع�ذ�ابH ل �ل أ
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan untuk mana-mana
bahagian daripada agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan
oleh Allah...”
(Surah al-Syura, (42): 21)
Jika diteliti kepada dalil-dalil yang digunakan untuk menyokong kaedah mazhab
Shafi’i seperti di atas, ternyatalah bahawa Islam tidak menyekat perkembangan ilmu
pengetahuan selagi ia tidak melampaui batas-batas syara’ yang telah ditetapkan. Oleh
itu, tidak salah (harus) mempelajari dan mendalami ilmu strategi pemasaran
konvensional dengan syarat ia mesti diselaraskan dengan kehendak Islam bagi
mengelakkan pemesongan.
2.6 Panduan perniagaan dalam Islam
Perniagaan dalam Islam bermatlamat utamanya untuk mendapatkan keredhaan Allah
melalui ibadah, sama ada ibadah khusus seperti solat lima waktu, puasa dan
mengeluarkan zakat atau ibadah umum. Ibadah umum adalah apa sahaja pekerjaan yang
tidak bertentangan dengan syara’ dan diniatkan untuk mencari keredhaan Allah. Ia lebih
menjurus kepada kejayaan di akhirat. Matlamat jangka pendek pula ialah mencapai
kejayaan dalam urusan dunia, di mana seseorang mesti melaksanakan amanah yang
34
dipegangnya dengan sebaik mungkin, memenuhi keperluan hidupnya dan memelihara
hubungan yang baik dalam berurusan dengan hamba-hamba Allah yang lain. 54
Oleh itu, terdapat beberapa panduan yang boleh diguna oleh umat Islam yang melibatkan
diri dalam perniagaan sesuai dengan mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
2.6.1 Kebebasan
Prinsip kebebasan adalah penting untuk memelihara kebajikan pembeli dan penjual. Ini
kerana, ia menjamin perkembangan perniagaan yang sihat dan kemakmuran sejagat
dalam kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, Islam telah memperundangkan khiyar atau
kuasa memilih kepada penjual sama ada mahu meneruskan jual beli atau sebaliknya. Hal
ini telah dijelaskan oleh baginda Rasullullah s.a.w:
“Orang Islam adalah tertakluk kepada ikatan syarat-syarat yang dipersetujui.”55
(Riwayat Abu Hurairah, Hadis Abu Daud, Sunan Abu Daud, Bab Soleh, no. 3594)
Selain daripada itu, hak memilih ini dapat mengelakkan pelanggan daripada merasa
tertipu.56 Orang Islam juga bebas menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan selagi ia sah
dah halal di sisi syara’.57
54 Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001), ‘Pengurusan Dari Perspektif Islam’, Jurnal Syariah Jil. 9 Bil. 2, Julai 2001, h. 92. 55 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h.1489/359456 Solahuddin Ismail (1998), op.cit., h. 88.57 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), op.cit., h. 97.
35
2.6.2 Keutamaan
Prinsip keutamaan adalah prinsip yang mengutamakan barangan daruriyyat atau
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal di mana keperluannya
mendesak. Penjualan barang dalam kategori ini sangat digalakkan dan perlu diutamakan
kerana masyarakat akan menghadapi kesukaran jika bekalannya terputus.
Barangan yang tidak perlu diutamakan pula adalah barangan hajiyyat dan
tahsiniyyat. Barangan hajiyyat atau kemudahan ialah barangan yang dapat
membantu meningkatkan kecekapan, kemudahan dan keselesaan hidup seperti kereta,
mesin basuh dan sebagainya. Barangan tahsiniyyat atau barangan mewah pula merujuk
kepada barangan yang sangat mahal, seperti barang kemas yang berharga ribuan ringgit
atau kereta yang hanya mampu dimiliki oleh golongan yang kaya raya. Ia dibeli untuk
menunjukkan status kekayaan dan ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan
masyarakat.58
Keutamaan perlu diberikan secara berturutan ke atas barangan daruriyyat, kemudian
hajiyyat dan akhir sekali tahsiniyyat. Ini penting untuk mengelakkan daripada
kesilapan membelanjakan harta bukan pada tempatnya. 59
2.6.3 Urusniaga penuh kerelaan
58 Muhammad Abdul Manan (1994), Ekonomi Islam: Teori dan Praktis, Radiah Abdul Kader (terj.),(Cetakan kedua), Jil. 1. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, h. 83.59 Yusuf al-Qardawi (Prof) (Dr) (1996), Fiqh Keutamaan: Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran Dan al-Sunnah, Ahamd Nuryadi Asmawi (ter.). Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd., h. 289.
36
Islam juga menjadikan kerelaan, suka sama suka atau keredhaan kedua-dua belah pihak
sebagai prinsip dalam perniagaan. Untuk menentukan wujudnya kerelaan antara kedua
belah pihak, Islam telah menetapkan agar perniagaan itu mestilah mendapat persetujuan
bersama antara pembeli dengan penjual. Persetujuan dinyatakan dalam majlis akad antara
penjual dengan pembeli atau melalui wakil masing-masing. Hal ini dijelaskan oleh
Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
“Jual beli dilakukan dengan tawar menawar. Jika kedua-dua jujur dan nyata maka
mereka diberkati. Tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan maka keberkatan
akan lenyap.” 60
Dengan wujudnya kerelaan atau persetujuan bersama, maka terhindarlah sebarang
pertelagahan dan pergeseran pada masa akan datang selepas berlakunya sesuatu proses
jual beli.
2.6.4 Keadilan dan berkecuali
Untuk menjamin kepentingan dan kebajikan sejagat, Islam mementingkan keadilan dalam
jual beli. Sejak awal lagi keadilan telah ditetapkan oleh Islam dengan menjelaskan
tentang kedudukan kekayaan sewajarnya dapat dipergunakan untuk memelihara
kepentingan dan kemakmuran sejagat. Untuk tujuan itu, Islam telah menetapkan agar
keadilan itu berlaku dalam semua bidang kehidupan dari segi diri, keluarga, sahabat,
masyarakat dan negara. Keadilan dalam urusan jual beli akan tercapai jika peraturan
syara’ yang berkaitan dengannya benar-benar dilaksanakan.
60 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 56.
37
Penjual dan pembeli masing-masing mempunyai tanggungjawab tertentu dalam
menyumbang ke arah pencapaian keadilan. Jika kedua-dua belah pihak mencapai
keredhaan dalam urusan mereka, sudah tentu keadilan akan tercapai. Asas yang utama
untuk mencapai keadilan adalah kembali kepada penghayatan falsafah Tauhid. 61Sebagai
tambahan seseorang itu dianggap bersikap adil jika dia di dalam urusannya tidak pilih
kasih dengan hanya memberikan keutamaan kepada pihak yang mempunyai kepentingan
tertentu.62
Seseorang itu sama ada penjual atau pembeli juga perlu berpegang kepada sikap
berkecuali dalam urusan jual beli, di mana ia tidak berat sebelah dan bebas dari sebarang
pengaruh yang boleh menghalang keadilan daripada dilaksanakan.63 Sebagai contoh,
seseorang itu tidak boleh bersikap serius dan bersungguh di sebelah pihak sahaja, dan
perlu adil untuk semua dalan urusan jual beli mereka.
2.6.5 Kesopanan
Penjual dan pembeli layak mendapatkan layanan yang baik antara satu sama lain. Ini
menjadikan kesopanan, kesusilaan, hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur
dan lain-lain, juga penting di dalam urusan jual beli menurut Islam. Firman Allah s.w.t:
� �وا �اس� و�ق�ول �لن yا ل ح�سن
61 Ibid., h.56-57.62 Mustafa Haji Daud (1994), Pengurusan Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h.132.63 Ibid., h. 139.
38
“Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia...”
(Surah al-Baqarah (2): 83)
Di dalam surah yang sama, Allah s.w.t. telah berfirman:
�و ن �حس� � و�أ �ن� ا �ه� إ �ح�بz ٱلل �ين� ي ن ٱلم�حس�
“Dan berbuat baiklah, kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
(Surah al-Baqarah (2): 195)
Hubungan yang baik di antara pembeli dan penjual menjadikan urusan jual beli bukan
sahaja dapat menyempurnakan keperluan fizikal seseorang, malah mendatangkan
kegembiraan serta mengukuhkan hati dan jiwa seseorang.
Penjual dan pembeli juga perlu sentiasa bersikap terbuka, saling memaafkan, suka tolong
menolong dan bersedia meringankan beban orang lain. Ada masanya di mana urusan jual
beli menjadi terlalu sibuk sehingga mengakibatkan keletihan si penjual, sedangkan
pembeli terus menerus mahukan layanan segera, pada masa inilah sikap terbuka dan
sabar benar-benar bermanfaaat dalam menjaga hubungan baik di antara pembeli dan
penjual.64
64 Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h.64-65.
39
2.6.6 Bersifat benar, jujur, dan ikhlas
Sifat benar dan jujur wajib ada pada setiap Muslim yang terlibat dalam dunia perniagaan.
Ini penting untuk menghindarkan diri daripada berlakunya perhubungan yang negatif di
antara penjual dan pembeli. Sifat ikhlas pula akan menambahkan lagi keberkatan rezeki
yang dikurniakan Allah s.w.t. hasil daripada urusniaga yang dijalankan secara halal.65
Sifat-sifat ini sebenarnya banyak mempengaruhi kualiti66 urusan jual beli, kerana
tanpanya mungkin akan muncul perasaan tidak puas hati setelah selesainya sesuatu
urusan itu akibat daripada kegagalan mencapai tahap kualiti jual beli yang diharapkan.
Apabila sifat-sifat ini diamalkan, nescaya tidak akan berlaku sebarang bentuk penipuan
dalam jual beli, termasuklah penipuan dalam sukatan dan timbangan. Penipuan amat
mudah berlaku pada peringkat ini dalam proses jual beli kerana penjual mempunyai
peluang keemasan untuk menipu sukatan dan timbangan tanpa disedari oleh pembeli.
Perbuatan menipu sukatan dan timbangan adalah diharamkan oleh Islam. Firman Allah
s.w.t.:
Hط�ف#ف�ين� و�يل�#لم �ذ�ين� )١( ل �ذ�ا ٱل � إ �وا �ال �اس� ع�ل�ى ٱكت �و ٱلن �ست �ذ�ا٢( ف�ون�ي )و�إ
�وه�م �ال �و ك �وه�م أ ن ون� و�ز� �ر �خس� )٣) ي
“Betapa celakanya bagi orang yang curang (dalam timbangan dan ukuran), iaitu mereka
yang apabila menerima sukatan orang lain, mereka menimbang dengan cukup dan
(sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka
kurangkan.”
65 Fardinawati Kasmat (2001), op.cit., h.71.66 Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001), op.cit., h. 98.
40
(Surah al-Mutaffifin (83): 1-
3)
Menyembunyikan maklumat berkenaan dengan barang yang dijual beli juga termasuk
dalam penipuan. Penjual perlu jujur dan berterus terang tentang barang yang dijualnya.
Sebagai contoh, jika berlaku kerosakan pada barang ketika hendak dijual, ia perlu
dijelaskan kepada pembeli. Jika dirahsiakan, ia menjadi penipuan. Jika telah dijelaskan
dan pembeli tetap sedia menerima barang yang rosak itu, maka jual beli tersebut terlepas
daripada unsur penipuan.67
2.6.7 Bertimbangrasa dan bekerjasama
Peniaga perlulah mempunyai sifat bertimbangrasa dan menjauhi perasaan tamak haloba
serta keinginan mengaut keuntungan dengan cara berlebihan. Sebagai manusia beriman,
kerjasama diperlukan untuk menjaga kebajikan sesama manusia yang lain supaya rezeki
kurniaan Allah s.w.t. dapat dinikmati bersama. Rasullullah s.a.w. melarang orang bandar
dari menjadi peraih atau perantara bagi barang para pekebun atau peladang. Ini adalah
untuk memberi peluang kepada orang lain menguruskan perniagaan mereka sendiri serta
membuka seluas-luasnya pintu untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, larangan
ini juga bertujuan untuk menjaga hak sesama manusia, melahirkan sifat kerjasama dan
memupuk ikatan persaudaraan.68
67 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 59.68 Fardinawati Kasmat (2001), op.cit., h. 73.
41
2.6.8 Prihatin terhadap kualiti barang
Setiap kali melibatkan diri dalam urusan jual beli, seseorang pembeli pasti menginginkan
barangan yang berkualiti pada harga berpatutan. Aspek kualiti adalah sangat penting
memandangkan ia menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Sekiranya pembeli berpuas
hati, dia pasti akan membuat pembelian yang seterusnya kerana dia telah menaruh
kepercayaan terhadap barangan dan peniaga tersebut. Sekiranya barangan yang dijual
berkualiti rendah, penjual sendiri yang akan rugi kerana pembeli tidak akan datang lagi
untuk membeli barangan daripadanya. Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud:
“Jangan jual buah-buahan sebelum nyata baiknya (elok kualitinya) iaitu bebas dari
hama (tidak busuk) dan nampak merah dan kuning (kerana sudah matang).”69
(Riwayat Abdullah Bin Umar, Hadis Muslim, Sahih Muslim, Hadis Sahih, no. 1543)
2.6.9 Menjamin pelaksanaan janji bagi bentuk jual beli yang sah
Kontrak jual beli yang sah perlu memenuhi rukun dan syarat jual beli yang telah
dinyatakan sebelum ini. Islam menggalakkan penggunaan kontrak perniagaan berbentuk
rasmi (seperti surat cara atau negotiable instruments) yang dapat mewujudkan kesan
undang-undang ke atas perkara yang dikontrakkan.70
69 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h 942/51 70 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001), op.cit., h. 98.
42
Janji yang telah dibuat oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual menerusi sesuatu
kontrak wajib ditunaikan. Firman Allah s.w.t. yang
! �ـ zه�اأي �ذ�ين� �ي �و ٱل �ء�ام�ن �و ا �أ �لع�ق�ود� ف�وا ٱب
“Hai orang yang beriman, tunaikanlah janji-janjimu.”
(Surah al-Maidah (5): 1)
Apabila salah satu pihak sama ada penjual atau pembeli memungkiri janji maka pihak
yang satu lagi akan hilang keyakinan. Akibatnya, ia akan menjejaskan sesebuah
perniagaan. Sebagai contoh, penjual yang telah menggambarkan sesuatu barangan
semasa hendak membuat perjanjian, tetapi gambaran tersebut sebenarnya berbeza dari
hakikat sebenar keadaan barangan tersebut, maka dia telah melakukan penipuan. Dia
dianggap memungkiri janji apabila membawa barangan yang berbeza daripada apa yang
telah digambarkan semasa perjanjian.71
2.6.10 Menjauhi larangan-larangan dalam jual beli
Akhirnya, seseorang peniaga Muslim perlu menjauhkan diri daripada terlibat dalam
unsur-unsur yang diharamkan dalam perniagaan Islam seperti yang telah dibincangkan
dalam bab 2.4 sebelum ini.
71 Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 60.
43
2.7 Penelitian ke atas konsep pemasaran konvensional
Menurut Profesor Madya Muhammad Abd. Wahab,72 konsep-konsep asas pemasaran
konvensional sebenarnya berasal daripada prinsip pemasaran yang bersifat semulajadi
mengikut fitrah alam. Walaubagaimanapun, sebagai seorang Islam yang mahu
mengaplikasikan prinsip pemasaran yang dianggap konvensional seperti MLM, perlu
dilakukan penyesuaian agar ia benar-benar menepati kehendak Islam. Jadi maklumat
berikut sedikit sebanyak boleh digunakan sebagai panduan.
1. Tidak boleh melakukan penggunaan secara maksimum tanpa mengambil kira
kehendak syara’.
2. Penumpuan mestilah diletakkan ke atas keperluan dalam hidup (daruruyyat)
dan bukan ke atas elemen-elemen kemewahan (tahsiniyyat(.
Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada masa, keadaan dan tempat.
3. Penggunaan bukan sekadar meliputi aspek fizikal barangan dan perkhidmatan,
tetapi juga perlu mengambil kira aspek yang tidak nampak (intangibles) seperti
beramal baik dan memberikan sedekah.
4. Sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah kekayaanNya, cara
penggunaan harta mestilah berubah daripada gaya yang dianggap ‘normal’
(mencapai kepuasan maksimum) kepada gaya yang selari dengan landasan Islam.
72 Muhammad Abd. Wahab (1987), op.cit., h. 6-7.
44
2.8 Kesimpulan
Dalam memahami strategi pemasaran Islam, penelitian perlu dibuat ke atas perkara yang
lebih asas dari itu, iaitu jual beli dan perniagaan dalam Islam. Umum mengetahui bahawa
jual beli yang menjadi asas kepada perniagaan dan pemasaran adalah dibenarkan dalam
Islam untuk mengisi keperluan hidup. Pelbagai garis panduan telah diberikan oleh Islam
agar umatnya dapat mencari rezeki melalui jalan yang halal lagi diredhai Allah s.w.t. dan
menjauhi segala bentuk perniagaan yang dilarang. Oleh itu, garis panduan seperti yang
dinyatakan sebelum ini perlu dipatuhi dengan sepenuhnya. Jika umat Islam tidak mahu
mematuhi peraturan yang sedia ada maka rugilah dan binasalah ia. Jalan yang baik serta
mematuhi ajaran Islam telah ditunjukkan. Terpulang kepada mereka untuk memilih jalan
yang diredhai Allah atau sebaliknya.
Islam adalah pegangan hidup yang syumul (sempurna) dan marunah (fleksibel). Jadi
umat Islam berpeluang untuk menggunakan daya kreativiti agar sentiasa mampu
menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang sentiasa berubah dan tetap berpegang
teguh kepada ajaran Islam. Apa sahaja perkara baru yang timbul perlu sentiasa dikaji
kedudukannya menurut perspektif Islam untuk mengetahui sama ada ia boleh diterima
pakai oleh umat Islam atau tidak. Jika tidak bersesuaian untuk umat Islam, maka kajian
perlu dilanjutkan untuk mencari alternatif yang sesuai agar umat Islam tidak ketinggalan
kebelakang. Jika ia boleh disesuaikan mengikut kehendak syara’, maka umat Islam akan
mara setapak ke hadapan. Oleh itu, dengan asas yang telah disediakan dalam Islam
berkenaan sistem perniagaan ini diharap agar masyarakat dapat memilih dan lebih peka
akan situasi sebenar sesuatu syarikat MLM yang ingin disertai agar segala urusan jual
beli dan perniagaan yang berlaku mendapat redha Allah.
45
BAB 3: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) SECARA KONVENSIONAL
3.0 Pendahuluan pemasaran
Jualan Langsung Pelbagai Tingkat atau MLM (Multi Level Marketing)
merupakan salah satu daripada strategi pemasaran yang banyak digunakan oleh syarikat-
syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Oleh itu, sebelum memahami strategi
pemasaran MLM, penulis akan membincangkan dahulu konsep asas pemasaran secara
konvensional.
Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk menggambarkan istilah
pemasaran. Persatuan Pemasaran Amerika memberikan definisi pemasaran sebagai satu
aktiviti perniagaan yang mengarahkan pengaliran barangan daripada pengeluar kepada
pengguna.73 Bagaimanapun, definisi ini adalah terlalu sempit kerana ia semata-mata
tertumpu kepada pengaliran barangan yang diproses sahaja. Pengertian yang lebih luas
bagi istilah pemasaran ialah dengan melibatkan firma sebagai satu sistem organisasi yang
membuat perancangan pengeluaran untuk pengguna: “Satu aktiviti pembangunan dan
pengagihan barangan serta perkhidmatan yang berkesan dan diusahakan untuk segmen
pengguna terpilih”.74
Takrifan lain yang diberikan untuk pemasaran ialah sekelompok kegiatan manusia
bagi tujuan membantu dan melicinkan proses pertukaran barang dan perkhidmatan. Ini
kerana pada dasarnya, pemasaran meliputi semua kegiatan untuk memuaskan pelanggan
73 Ibrahim Abdul Hamid (1990), Prinsip Pemasaran. Sintok: Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, h. 2.74 Ibid.
46
di samping memberi untung kepada pengeluar yang menggunakan sumber-sumber yang
dipunyai sehingga ke tahap maksimum. Pemasaran bermula dengan apa yang ingin
diperolehi oleh pelanggan dan berakhir dengan pelanggan juga di mana kehendak dan
keperluannya dipenuhi.75
Berdasarkan kepada pelbagai takrifan yang ada, aktiviti pemasaran bermula
daripada sesuatu keluaran itu dicipta sehinggalah ianya sampai ke tangan pengguna.
Dalam erti kata lain, pemasaran adalah satu proses penyesuaian dan penyambungan di
antara pengeluar dan pengguna di mana masing-masing saling memerlukan antara satu
sama lain.76
3.1 Konsep asas dalam pemasaran
Menurut Kotler, Philip & Armstrong dalam buku “Principles of Marketing”
pemasaran adalah satu proses sosial dan pengurusan di mana pihak individu dan
kumpulan memperolehi apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui penciptaan
serta pertukaran keluaran dan nilai dengan yang selainnya. Apabila membincangkan
tentang pemasaran, wujud beberapa konsep asas yang menjadi teras kepada pemahaman
tentang pemasaran. Konsep-konsep asas tersebut adalah:
75 Parkinson, C. Northcote, Rustomji, M.K., Vieira, Walter E. (1992), Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 6.76 Jaafar Muhammad (1999), Asas Pengurusan Perniagaan (Cetakan ke-7). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 172.
47
3.1.1 Keperluan
Konsep paling asas yang perlu difahami merujuk kepada keperluan manusia.
Keperluan manusia adalah berbagai-bagai, meliputi keperluan fizikal seperti makanan,
minuman, pakaian, dan keselamatan; keperluan sosial seperti disayangi; dan keperluan
individu seperti pengetahuan dan pencapaian hasrat diri. Keperluan-keperluan ini timbul
secara semulajadi dan bukannya dihasilkan oleh pemasar.77
3.1.2 Kehendak
Kehendak adalah keinginan terhadap sesuatu perkara tertentu yang dapat
memuaskan sesuatu keperluan, tetapi dengan pengertian yang lebih mendalam.78 Dalam
erti kata yang lebih jelas lagi, kehendak merupakan bentuk keperluan manusia yang telah
dicorakkan oleh faktor kebudayaan dan personaliti individu. Kehendak selalunya
dihuraikan dalam bentuk objek yang akan memenuhi sesuatu keperluan.79
Sebagai contoh, seorang rakyat Amerika yang sedang kelaparan di negara tersebut
mungkin berkehendak kepada burger, kentang goreng, dan air Coke untuk mengisi
perutnya.80 Seorang rakyat Malaysia yang berasa lapar di negaranya pula mungkin
berkehendak kepada nasi yang berlaukkan ayam, sayur-sayuran dan segelas air sirap
untuk mencapai tujuan yang sama dengan rakyat Amerika tadi. Jika mereka saling
bertukar menu seperti yang telah dinyatakan, mungkin kehendak mereka tidak dapat
77 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), Asas Pemasaran (Cetakan ke-8). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 2.78 Muhammad Abd. Wahab (1987), op.cit., h. 5.79 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), Principles of Marketing (Cetakan ke-8). New Jersey: Prentice-Hall International, Inc., h. 4. 80 Ibid.
48
dipenuhi. Ini kerana, mereka masing-masing tidak biasa dengan budaya menu hidangan
dari negara yang lain.
Penjual seringkali menghadapi kekeliruan dalam membezakan antara keperluan
dan kehendak. Seorang penjual kosmetik mungkin mengamati bahawa pengguna
mahukan lipstik dan losyen muka, tetapi apa yang dikehendaki pengguna sebenarnya
adalah kecantikan. Penjual yang terlalu memberikan penekanan kepada keluaran yang
ada akan tidak menyedari keperluan sebenar pengguna. Masalah ini juga dikenali sebagai
miopia pemasaran di mana penjual terlalu menitikberatkan kehendak kini, sehingga
mereka terlupa bahawa sesuatu keluaran itu hanyalah merupakan satu penyelesaian
kepada masalah pengguna. Penjual-penjual yang menghadapi masalah apabila saingan
berjaya menghasilkan keluaran yang menawarkan manfaat yang lebih kepada pengguna.
81
3.1.3. Permintaan
Boleh dikatakan manusia mempunyai kehendak yang tiada batasannya, tetapi
mereka mempunyai sumber yang terhad untuk memperolehi segala kehendak tersebut.
Maka dengan itu, mereka akan memilih hanya keluaran-keluaran yang dapat memberikan
nilai yang terbaik dan kepuasan yang maksimum bagi wang yang mereka belanjakan.
Apabila kehendak disokong oleh kuasa membeli, ia boleh berubah menjadi permintaan.
Dalam erti kata lain, permintaan ialah kehendak yang disokong oleh kuasa membeli. Para
pengguna melihat keluaran-keluaran yang ada sebagai faedah dan manfaat bagi mereka.
Mereka memilih keluaran-keluaran yang dapat memberi nilai yang paling besar bagi
wang yang dibelanjakan. Sebuah kereta berjenama TOYOTA boleh membawa maksud
81 Ibid.
49
pengangkutan yang asas, harga yang rendah dan belanja bahan api yang lebih ekonomi.
Berbeza halnya dengan sebuah kereta LEXUS yang boleh membawa erti keselesaan,
kemewahan, dan status. Dengan pelbagai kehendak dan memiliki sumber-sumber yang
besar, manusia membuat permintaan terhadap keluaran yang dapat memberikan kepuasan
sehingga ke tahap maksimum.82
3.1.4 Keluaran
Keluaran adalah apa sahaja yang berbetuk sama ada nampak (tangible) atau tidak
nampak (intangible) yang dapat memuaskan keperluan, kehendak, dan permintaan.83
Dengan kata lain, keluaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk
perhatian, pemilikan, atau penggunaan yang akan dapat memenuhi sesuatu keperluan atau
kehendak. Ia tidak terhad kepada objek yang berbetuk fizikal sahaja, bahkan merangkumi
individu, tempat, organisasi, aktiviti, idea, dan perkhidmatan.84
Perkhidmatan pula adalah apa-apa aktiviti atau manfaat yang dapat ditawarkan
oleh satu pihak kepada satu pihak yang lain, di mana ianya bersifat tidak nampak dan
tidak membawa kepada pemilikan ke atas sesuatu. Contohnya ialah perbankan,
penerbangan, perhotelan, penyediaan cukai, dan perkhidmatan membaiki rumah.
Pengguna juga menentukan penghibur yang mana akan ditontonnya menerusi siaran
televisyen, manakah tempat yang akan dilawati untuk percutian, dan idea yang mana
82 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 4.83 Muhammad Abd. Wahab (1987), op.cit., h. 5.84 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4.
50
harus diterima, diambil dan digunakan. Bagi pengguna, kesemua ini sama ada berbentuk
nampak atau tidak nampak sebenarnya tergolong dalam kategori keluaran.85
Contoh yang baik untuk menggambarkan kedua-dua bentuk keluaran nampak dan
tidak nampak ialah keperluan kecantikan. Keperluan ini dapat dipenuhi bukan sahaja
dengan barangan fizikal, tetapi juga dengan keluaran-keluaran lain. Antara keluaran-
keluaran yang dapat memenuhi keperluan kecantikan termasuklah pakaian, kasut,
kosmetik, khidmat rawatan muka, khidmat makanan dan pemakanan, jamu dan khidmat
perunding imej.86
3.1.5 Nilai
Biasanya, pengguna berhadapan dengan pelbagai bentuk keluaran dan
perkhidmatan yang mungkin dapat memuaskan sesuatu keperluan. Jadi, pengguna
membuat pilihan berdasarkan kepada tanggapan mereka terhadap nilai yang dibawa oleh
pelbagai keluaran dan perkhidmatan.
Maksud nilai bagi seseorang pelanggan ialah perbezaan antara nilai yang
diperolehinya daripada memiliki dan menggunakan sesuatu keluaran dengan kos untuk
mendapatkan keluaran tersebut. Sebagai contoh, pelanggan FedEx (Federal Express)
mendapat beberapa faedah, terutama penghantaran bungkusan yang cepat dan boleh
dipercayai. Selain itu, pelanggan juga menerima nilai status dan imej. Menggunakan
perkhidmatan FedEx membuatkan kedua-dua pihak yang terdiri daripada penghantar
85 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 6.86 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4.
51
bungkusan dan penerima berasa lebih penting. Sebelum menggunakan perkhidmatan
FedEx atau mana-mana syarikat penghantaran lain, pelanggan akan mempertimbangkan
semua nilai yang akan diperolehinya berbanding dengan kos kewangan, tenaga, dan
psikologi akibat menggunakan perkhidmatan tersebut. Kemudian, mereka memilih satu
syarikat yang dapat memberikan nilai yang paling hebat.
Jarang sekali para pelanggan mengadili nilai keluaran dan kos secara tepat, tetapi
mereka bertindak berasaskan kepada nilai menurut tanggapan mereka. Sebagai contoh,
adakah benar FedEx memberikan khidmat penghantaran yang lebih baik berbanding
syarikat lain? Syarikat U.S. Portal Service mendakwa bahawa perkhidmatan yang
diberikannya tidak kurang hebat berbanding FedEx dan harganya lebih rendah. Namun
begitu, jika dilihat kepada syer pasaran, pengguna mempunyai tanggapan berbeza di
mana FedEx mendominasi lebih 45 peratus daripada syer pasaran perkhidmatan
penghantaran ekspress di Amerika Syraikat, berbanding U.S. Portal Service yang hanya
memperolehi 8 peratus syer. Cabaran besar U.S. Portal Service ialah untuk mengubah
tanggapan para pengguna.87
3.1.6 Kepuasan
Kepuasan pelanggan bergantung kepada persembahan sesuatu keluaran dalam
membawa nilai berbanding dengan jangkaan seseorang pembeli. Jika persembahan
keluaran tidak sehebat jangkaan pembeli, pembeli tersebut tidak akan berpuas hati. Jika
87 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 7-8.
52
persembahan menyamai jangkaan, pembeli akan berpuas hati. Jika persembahan melebihi
jangkaan pula, pembeli akan terlampau gembira.88
Golongan pemasar sentiasa berusaha untuk menjamin kepuasan pelanggan.
Pelanggan yang berpuas hati akan membuat pembelian berulang kali dan
menghebahkannya kepada orang lain tentang pengalamannya yang baik semasa
menggunakan sesuatu keluaran. Kunci yang terpenting ialah untuk mewujudkan
kesesuaian antara jangkaan pelanggan dan persembahan syarikat. Syarikat-syarikat yang
bijak bermatlamat untuk menggembirakan pelanggan dengan menjanjikan hanya perkara
yang mampu mereka berikan, dan kemudiannya memberikan lebih daripada apa yang
telah mereka janjikan.89
3.1.7 Kualiti
Kepuasan pelanggan banyak bergantung kepada kualiti. Banyak syarikat telah
menjalankan program pengurusan kualiti menyeluruh atau Total Quality Management
(TQM). Program ini dibentuk untuk meningkatkan kualiti keluaran, perkhidmatan, dan
proses-proses pemasaran dengan secara terusan. Kualiti mempunyai kesan langsung ke
atas persembahan keluaran dan juga ke atas kepuasan pelanggan.
Dalam kefahaman yang paling sempit, kualiti boleh ditakrifkan sebagai “bebas
daripada kecacatan”, tetapi kebanyakan syarikat yang mengutamakan pelanggan bergerak
lebih jauh daripada takrifan sempit ini. Contohnya, Timbalan Presiden Kualiti di
Motorola, sebuah syarikat yang mempelopori usaha ke arah kualiti menyeluruh di 88 Ibid., h. 8.89 Ibid.
53
Amerika Syarikat menyatakan bahawa, “Kualiti perlu melakukan sesuatu untuk
pelanggan... Definisi kami terhadap sesuatu kecacatan ialah jika pelanggan tidak
menyukainya, maka ia adalah sesutu kecacatan.” American Society for Quality Control
pula telah mentakrifkan kualiti sebagai keseluruhan bentuk dan ciri sesebuah keluaran
atau perkhidmatan yang mampu untuk memuaskan keperluan pelanggan. Definisi-
definisi ini mencadangkan bahawa sesebuah syarikat dikira mencapai tahap kualiti
menyeluruh hanya apabila keluaran atau perkhidmatannya menyamai atau melebihi
jangkaan pelanggan. Matlamat utama pengurusan kualiti menyeluruh pada hari ini telah
bertukar kepada kepuasan pelanggan yang menyeluruh. Kualiti bermula dengan
keperluan pelanggan dan berakhir dengan kepuasan pelanggan.90
3.1.8 Pertukaran
Pertukaran ialah satu tindakan untuk memperolehi sesuatu objek yang diingini
dari seseorang yang lain dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan. Untuk
membolehkan pertukaran berlaku, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
1. Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk
ditukarkan.
2. Pihak-pihak yang terlibat ingin berurusan antara satu sama lain dan mempunyai
kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.
3. Setiap pihak mestilah mampu berkomunikasi dan memenuhi janji yang diberikan.
90 Ibid.
54
Seseorang inidividu tidak semestinya melalui proses pertukaran untuk
mendapatkan sesuatu yang diingininya. Dia mungkin membuatnya sendiri, mencuri, atau
meminta seseorang untuk menghadiahkannya.91 Sebenarnya manusia tidak perlu
menjadikan manusia lain sebagai mangsa, bergantung hidup kepada sumbangan derma,
atau memiliki segala macam kemahiran untuk mengeluarkan sesuatu yang mampu
dihasilkan dengan baik. Apa yang mereka hasilkan itu boleh digunakan untuk membuat
pertukaran bagi memperolehi keperluan yang dikeluarkan oleh orang lain. Jadi, konsep
pertukaran membenarkan sesebuah masyarakat untuk menghasilkan keluaran yang jauh
lebih banyak berbanding dengan sistem lain.92 Namun begitu, perolehan objek melalui
kaedah-kaedah lain selain daripada pertukaran adalah di luar skop pemasaran.93
3.1.9 Urusniaga
Apabila pertukaran berlaku, satu urusniaga direkodkan di antara pihak-pihak yang
terlibat. Sebagai contoh, Swee Lan membayar RM 70.00 kepada Butik La Salle untuk
sehelai blaus. Urusniaga ini melibatkan pertukaran wang dengan barangan yang lazim
berlaku di pasaran. Terdapat juga keadaan apabila urusniaga melibatkan pertukaran
antara barangan atau perkhidmatan yang dikenali sebagai perdagangan barter. Sesuatu
perniagaan itu akan terlaksana apabila wujudnya persetujuan untuk menukar sekurang
kurangnya dua perkara yang bernilai pada masa dan tempat yang dirundingkan mengikut
syarat-syarat yang dikehendaki. 94
91 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4.92 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 8.93 Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999), op.cit., h. 4.94 Ibid., h. 5.
55
3.1.10 Pemasaran Perhubungan
Pemasaran perhubungan ialah satu proses mencipta, mengekalkan dan
mempertingkatkan hubungan yang kuat lagi penuh nilai dengan pelanggan dan lain-lain
pemegang kepentingan. Ini sangat penting di mana perhubungan yang baik perlu
dijalinkan antara pelanggan, pengedar, peniaga, dan pembekal. Pakatan antara syarikat
dan pihak-pihak yang telah disebutkan sebelum ini dapat membina ikatan sosial dan
ekonomi yang kuat melalui perjanjian bersama dan secara konsisten menghantar keluaran
yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang bagus serta harga yang berpatutan. Pemasaran
kini mula beralih daripada cubaan untuk memaksimumkan keuntungan peribadi kepada
pembinaan perhubungan yang membawa faedah bersama (mutually beneficial
relationships) dengan pengguna-pengguna dan lain-lain pihak.
Terdapat sejenis aset syarikat yang unik dan ia dikenali sebagai jaringan
pemasaran (marketing network). Ia terdiri daripada syarikat dan semua pemegang
kepentingan yang menyokongnya: pelanggan, pekerja, pembekal, pengedar, peruncit,
agensi pengiklanan dan lain-lain yang telah terlibat dalam pembinaan perhubungan
perniagaan yang saling memberikan keuntungan. Persaingan kini bukannya di antara
syarikat, tetapi antara seluruh jaringan pemasaran dengan jaringan pemasaran yang lain,
di mana pemenangnya ialah syarikat yang berjaya membina jaringan pemasaran yang
lebih baik. Prinsip operasinya adalah mudah: Bina satu jaringan perhubungan yang baik
dengan pemegang-pemegang kepentingan yang utama dan keuntungan akan datang
menyusul.95
95 Kotler, Philip & Armstrong, Gary (1999), op.cit., h. 9.
56
3.1.11 Pasaran
Konsep pertukaran dan perhubungan mengarah kepada konsep sebuah pasaran.
Pasaran ialah satu set pembeli sebenar dan pembeli berpotensi bagi sesebuah keluaran
atau perkhidmatan. Pembeli-pembeli ini berkongsi keperluan dan kehendak tertentu yang
dapat dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz sesebuah pasaran bergantung
kepada jumlah individu yang mempamerkan keperluan, mempunyai sumber-sumber
untuk melakukan pertukaran dan bersedia untuk menawarkan sumber-sumber tersebut
dalam pertukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki.
Menurut ahli ekonomi, istilah pasaran merujuk kepada sekumpulan pembeli dan
penjual yang berurusniaga di dalam satu kelas keluaran tertentu, seperti dalam pasaran
perumahan atau pasaran bijirin. Walaubagaimanapun, para pemasar melihat penjual-
penjual sebagai membina sebuah industri, manakala para pembeli membina sebuah
pasaran.
Ekonomi moden beroperasi atas prinsip pembahagian buruh, di mana setiap orang
mengkhusus dalam mengeluarkan sesuatu, menerima bayaran, dan membeli barang
keperluan dengan wang yang diterima. Jadi, ekonomi moden kaya dengan pasaran. Para
pengeluar pergi ke pasaran sumber (pasaran bahan mentah, pasaran buruh, pasaran
wang), membeli sumber-sumber, mengubah sumber-sumber tersebut kepada barangan
dan perkhidmatan, dan menjualkannya kepada orang tengah yang seterusnya akan
menjual kepada pengguna. Pengguna menjadi buruh dan menerima pendapatan yang
57
akan digunakan untuk membuat pembayaran ke atas barangan dan perkhidmatan yang
mereka beli dan gunakan.
Pihak kerajaan adalah pasaran membeli barangan daripada pasaran sumber-
sumber, pengeluar dan orang tengah, membuat bayaran kepada pasaran-pasaran tersebut,
mengenakan cukai ke atas mereka (termasuklah pasaran pengguna), dan ia
mengembalikan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang diperlukan. Dalam erti kata lain,
ekonomi setiap negara dan ekonomi seluruh dunia terbina daripada pelbagai set pasaran
(saling berhubung antara mereka) yang kompleks dan dihubungkan pula melalui proses-
proses pertukaran.
Matlamat golongan pemasaran ialah untuk memahami keperluan dan kehendak
pasaran-pasaran tertentu dan memilih pasaran yang terbaik dan mampu mereka layani.
Sebagai pulangan, mereka dapat membangunkan keluaran dan perkhidmatan yang akan
mencipta nilai dan kepuasan bagi pelanggan di pasaran-pasaran tersebut, dan seterusnya
menghasilkan jualan dan keuntungan bagi syarikat. 96
3.2 KONSEP JUALAN LANGSUNG
Secara amnya, ada dua jenis perniagaan MLM iaitu syarikat yang memiliki
produk dan menggunakan pendekatan MLM untuk memasarkan keluaran mereka.
96 Ibid., h. 9-10.
58
Kedua, perniagaan yang memiliki produk tetapi tumpuan utama perniagaan bukanlah
penjualan produk, sebaliknya menjana kewangan melalui perkembangan jaringan
keahlian (network).
MLM boleh dianggap pengganti kedai dan proses jual beli produk yang
berlangsung terus antara egensi dan pelanggan. Tumpuan lebih diberi kepada pemasaran
produk manakala pengaruh produk bergantung kepada kuasa perkongsian (power of
sharing).
Konsep MLM sebenarnya berkembang daripada sistem jualan langsung. Dalam
jualan langsung, egensi biasanya menjual produk di kalangan kenalan saja dan komisen
diterima daripada setiap penjualan. Manakala dalam skim MLM, egensi bukan saja
menjual produk kepada pelanggan tetapi mengajak mereka menjadi ahli bagi menikmati
diskaun.97
Setiap egensi bukan saja memperoleh pendapatan melalui penjualan produk
semata-mata, sebaliknya setiap kali mereka membawa egensi baru menyertai perniagaan
ini. Kaedah MLM dikatakan bakal menjadi menjadi pendekatan pemasaran popular dan
berkembang pesat. Banyak syarikat besar mula mempraktikkan pendekatan ini di seluruh
dunia.
Contoh perkembangan jaringan keahlian seperti berikut;
(a) Encik A menjadi anggota sebuah syarikat MLM.
97Temuramah oleh Diyanah Anuar, wartawan Berita Harian dengan Pengarah Eksekutif Worldwellness Network Sdn Bhd, Najmie Noordin, pada 8 Ogos 2009, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090808144105/Article/ 22 November 2009, 12:22 AM.
59
(b) Encik A mendapat komisyen ke atas setiap penjualan produk yang dilakukannya.
(c) Encik A kemudian menarik Encik B menjadi anggota. Encik B dipanggil "downline"
kepada Encik A.
(d) Setiap kali Encik B membuat penjualan, Encik A akan mendapat komisyen juga.
(e) Encik B kemudian menarik Encik C menjadi anggota. Encik C menjadi "downline"
kepada Encik B.
(f) Setiap kali Encik C membuat penjualan, bukan saja Encik B mendapat komisyen,
Encik A juga mendapat komisyen.
(g) Encik A juga akan mendapat komisyen dari penjualan "downline" Encik C dan
seterusnya akan membentuk satu kumpulan rangkain yang besar dibawah Encik A.
Secara kasarnya, beginilah cara kebanyakan syarikat MLM beroperasi. Sila rujuk
lampiran I, carta perkembangan jaringan keahlian dan perkiraan bonus.
3.2.1 Pendahuluan jualan langsung
Sistem perniagaan jualan langsung merupakan salah satu strategi pemasaran yang
berkembang pesat pada hari ini, bukan sahaja di negara kita malahan di seluruh pelusuk
dunia. Konsep jualan langsung lebih difahami sebagai satu jenis perniagaan yang
mengedarkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pembekal kepada pelanggan
melalui kaedah orang perseorangan.
60
Di dalam perniagaan jualan langsung ini, kaedah pemasaran berperingkat atau
MLM adalah lebih popular berbanding dengan kaedah yang lain.98 Ia telah bertapak di
Malaysia sejak 30 tahun yang lalu dan telah banyak syarikat tempatan menyertai industri
ini. Ianya didorong dengan adanya perhatian dan kawalan daripada pihak kerajaan
terhadap industri ini di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, dengan termaktubnya Akta Jualan Langsung 1993. Ini juga
menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan potensi besar industri ini pada masa
depan.
Dalam struktur perniagaan biasa, terdapat pihak pengilang, pemborong, wakil
tunggal, dan peruncit. Barang-barang jualan akan disalurkan melalui struktur ini sebelum
sampai ke tangan pengguna yang membelinya dari pusat jualan runcit seperti kedai
runcit, pasaraya dan gedung membeli belah.
Manakala dalam perniagaan MLM pula, barang-barang itu lazimnya dijual oleh
pihak pengilang menerusi kakitangan sendiri, wakil jualan atau pengedar bebas yang
menjualnya secara langsung kepada pembeli.99
Sekiranya kita bersandarkan kepada pengertian secara umum, peniaga yang
menjual pelbagai barangan dengan van dari kampung ke kampung juga termasuk dalam
kategori ini. Begitu juga peniaga yang menjual kain, baju, kuih-muih, peralatan dapur dan
ubat-ubatan dari rumah ke rumah itu sebenarnya adalah perniagaan jualan langsung.
98 Noorhashim Mohd Nor, Potensi Perniagaan MLM di Malaysia, Seminar Jualan Langsung 1996, “Kearah Jualan Langsung Beretika” (t.t.p) (t.t.).99 Tuan Syed Hamid Al-Habshi, ‘Jualan Langsung-Konsep, Etika dan Urusniaga’, Bengkel Kepimpinan Pengguna, Hotel Merlin, Kuala Lumpur, 27 Feb- 2 Mei 1989.
61
Sehubungan itu, perniagaan jualan langsung ini sebenarnya sudah tidak asing lagi
di Malaysia. Yang membezakan jualan langsung dahulu dan sekarang ialah sistem
menjaja dari rumah ke rumah itu sekarang telah dipermodenkan, lebih sistematik, dan
memberi peluang kepada setiap ahli masyarakat untuk menyertainnya.100
Mengikut Akta Jualan langsung 1993, jualan langsung bermaksud jualan ‘pintu ke
pintu’ dan jualan ‘pesanan pos.’101 Jualan pintu ke pintu boleh ditakrifkan sebagai jualan
barang dan perkhidmatan yang tidak dijual di tempat perniagaan tetap tetapi seseorang itu
akan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jualan melalui panggilan telefon
juga termasuk dalam akta ini iaitu seseorang itu mendapatkan pembelian kontrak jualan
secara langsung melalui panggilan telefon.
Manakala jualan ‘pesanan pos’ pula bermakna jualan barang atau perkhidmatan di
mana tawaran bagi kontrak diterima melalui pos.
Kegiatan jualan langsung yang tidak termasuk dan yang diharamkan mengikut
akta ini ialah perniagaan jualan langsung yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan di
mana seseorang peserta menerima upah atau balasan yang tidak diasaskan pada jumlah
atau kuantiti jualan tetapi berasaskan pada bilangan peserta lain yang dapat didorong
supaya menyertai skim ini.
Antara sebuah syarikat jualan langsung dengan sebuah syarikat jualan langsung
yang lain pula mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam mendefinisikan jualan
100 Razzi Armansur (1992), Mencipta Kejayaan di Dalam Jualan Langsung (MLM), Shah Alam: Safia Marketing, h. 1.101 Undang-Undang Malaysia Akta 500 Akta Jualan Langsung 1993, Percetakan Nasional Berhad, 1993, h. 3.
62
langsung.102 Ini bersesuaian dengan bentuk sistem pemasaran yang mereka gunakan bagi
memasarkan produk mereka.
3.2.2 Akta Jualan Langsung
Jualan langsung merupakan satu perniagaan yang mempunyai gaya tersendiri dan
berkembang pesat. Namun begitu, imej jualan langsung seringkali terjejas kerana
wujudnya amalan tidak beretika seperti skim piramid. Maka lahirlah Akta Jualan
Langsung 1993. Ia telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993 dan mesti dipatuhi oleh
pengedar. Akta ini adalah satu undang-undang yang membuat peruntukan perlesenan
bagi mereka yang menjalankan perniagaan jualan langsung dan bagi mengawalselia
penjualan langsung. Akta ini dibuat untuk mencapai tiga objektif utama:
1. Untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna
2. Untuk menggalakkan pertumbuhan aktiviti jualan langsung yang beretika
3. Untuk mencegah skim palsu atau yang memperdaya
Akta jualan langsung 1993 ini tidak tertakluk jika pembeli atau bakal pembeli
ialah satu pertubuhan perbadanan, kontrak-kontrak insurans, kontrak takaful dan bagi
individu-individu yang menjalankan perniagaan menjual barang dan perkhidmatan tidak
melebihi RM 50.00.
Antara isi kandungan yang terdapat di dalam akta ini ialah berkenaan dengan
perlesenan iaitu di bawah seksyen 4(1) hanya pemegang lesen yang sah boleh
102 Tuan Syed Hamid Al-Habshi, op.cit.
63
menjalankan perniagaan jualan langsung dan lesen hanya dikeluarkan kepada syarikat
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Menurut seksyen 7(1) pula, lesen tidak boleh diberikan kepada perniagaan jualan
langsung yang tidak bergantung kepada jumlah kuantiti barang atau perkhidmatan tetapi
adalah diasaskan pada bilangan peserta yang boleh didiorong untuk menyertai skim ini.
Dengan berkuatkuasanya akta ini, syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen
akan dikenakan denda yang berat. Dendanya adalah tidak melebihi RM 100,000 atau tiga
tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM
250,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua.
Bagi pemegang lesen jualan langsung yang beroperasi secara langsung atau tidak
langsung di dalam skim piramid dikenakan denda bagi kesalahan pertama tidak melebihi
RM 250,000 dan tidak melebihi RM 500,000 bagi kesalahan seterusnya.
Oleh itu dengan berkuatkuasanya akta ini diharap dapat menghapuskan syarikat-
syarikat yang tidak bertanggungjawab dan pada masa yang sama mempertingkatkan
kemajuan syarikat jualan langsung yang tulin. Dengan ini, diharap dapatlah dilahirkan
sebuah industri jualan langsung yang dihormati dan dipercayai seterusnya dapat
menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara.
Selain itu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna juga telah merancang untuk mengkanunkan Undang-undang
Antipiramid bagi menyekat amalan skim memanipulasikan jualan langsung yang salah di
sisi undang-undang dengan lebih berkesan.
64
3.2.3 Jenis-jenis Jualan Langsung
Industri jualan langsung mempunyai bentuk-bentuk atau jenis-jenis tertentu
bersesuaian dengan sistem pemasaran yang dijalankan. Setiap pengguna dan pengedar
barang jualan langsung perlu mengetahui bentuk jualan langsung dan pelan pemasaran
yang mereka gunakan agar tidak mudah terpedaya dengan jualan langsung yang
mengelirukan dan lebih yakin dalam membuat keputusan untuk membeli barangan jualan
langsung.
Antara bentuk-bentuk jualan langsung yang ada adalah:103
1. Jualan Langsung Satu Peringkat Pemasaran atau ‘Single Level Marketing’
Syarikat melantik wakil-wakil jualan tertentu sahaja bagi mengedarkan barangan
syarikat dan perkhidmatannya kepada pengguna. Contohnya seperti Avon,
Tupperware, D’NAVECHEE, Nutri Metics Worlwide (M) Sdn. Bhd.
2. Jualan Langsung Dengan Gandaan Peringkat Pemasaran atau ‘Multi Level
Marketing’
Bentuk sistem gandaan ini adalah lebih menarik daripada bentuk yang lain kerana
jasa seorang wakil jualan melantik seorang wakil jualan yang lain akan terus
diambil kira di setiap peringkat bertambahnya wakil jualan bagi syarikat tersebut.
Ianya akan terus dikira di dalam beberapa peringkat generasi atau setakat yang
dipersetujui oleh syarikat. Contoh syarikat yang menjalankan sistem ini ialah De
Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), HPA (ALWAHIDA MARKETING), CNI,
103 Pamplet ‘Persatuan Jualan Langsung Malaysia’ (1993), dikeluarkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia.
65
LUXOR, ZHULIAN, Syarikat Amway (M) Sdn Bhd dan UPTREND NETWORK
SDN BHD.
3. Jualan Langsung Tempahan Pos atau ‘Mail Order’
Syarikat jualan langsung jenis ini akan mengiklankan barangan mereka di
akhbar-akhbar tempatan dengan gaya yang diminati pengguna beserta tawaran
harga yang murah dan menarik. Para pengguna hanya diperlukan mengisi borang
yang terdapat di akhbar tersebut dan mengirimkan wang pos untuk membeli
barangan tersebut. Contohnya, syarikat Cinquapac Distributors.
4. Skim piramid
Dalam arus perkembangan industri jualan langsung kini, banyak syarikat jualan
langsung baru yang telah ditubuhkan. Masing-masing cuba mengaut keuntungan
yang berlebihan dari perniagaan ini. Ekoran daripada itu, ada syarikat jualan
langsung yang ditubuhkan telah menyalahi konsep dan etika jualan langsung
seperti yang digariskan dalam Akta Jualan Langsung 1993.
Akta Jualan Langsung 1993 yang telah dibentuk adalah bertujuan untuk
menggariskan peraturan tentang perniagaan jualan langsung bagi menjadikannya
satu bentuk perniagaan yang beretika dan pada masa yang sama melindungi
kepentingan para pengguna. Namun begitu, sehingga hari ini masih ada lagi
syarikat-syarikat yang tidak mematuhi prinsip dan etika jualan langsung.
Salah satu bentuk perniagaan yang biasa kita dengar dan menyalahi
prinsip jualan langsung yang beretika adalah ‘Skim Piramid’. Skim piramid ini
telah diharamkan di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah
Barat, Jepun dan Australia.104 Ini kerana, skim tersebut cuba menyamar sebagai
104 Tuan Syed Hamid Al-Habshi, op.cit.
66
perniagaan jualan langsung tetapi sebenarnya tidak menjalankan perniagaan
secara langsung. Skim piramid ialah satu skim yang bergantung kepada
keupayaan peserta menarik lebih ramai peserta lain dan wang diperolehi menerusi
pengambilan peserta dan bukan dari jualan barangan.105 Misalnya seorang peserta
dikehendaki mencari beberapa ahli baru dengan sejumlah bayaran dan setiap
peserta baru juga mesti mendapatkan beberapa peserta yang lain dengan sejumlah
bayaran juga dan begitulah seterusnya.
Terdapat tiga pelan piramid yang diharamkan iaitu:106
Inventory Loading
Ia mewajibkan peserta baru membeli sebahagian besar inventori untuk
menyertai jualan langsung dan penaja (upline) memperolehi ganjaran
daripada pembelian tersebut. Biasanya inventori itu tidak boleh dipulang
balik.
Headhunting Fee
Penaja menerima komisen daripada yuran peserta baru. Yurannya tinggi
dan membebankan peserta baru. Skim bonus dan komisen pula berasaskan
kepada pengambilan ahli baru dan tidak kena mengena dengan jualan
sebenar kepada pengguna.
Skim Cepat Kaya
Skim ini pula menyarankan sesiapa pun boleh menjadi kaya tanpa perlu
membuat jualan dan bekerja keras.
105 Ibid.106 Usahawan, Julai-Ogos 1996, ‘Garis Panduan Jualan Langsung’.
67
Untuk mengelakkan pengguna-pengguna dari tertipu dengan skim-skim
yang diharamkan ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna telah menyusun satu senarai rujukan (checklist) yang boleh
dijadikan panduan oleh pengusaha, pengedar jualan langsung dan pengguna.
Antara kandungan senarai rujukan (checklist) adalah seperti berikut:107
Yuran masuk yang rendah
Jumlah yuran adalah harga kos dan hanya melibatkan pembiayaan kit
jualan yang mengandungi manual pengedar.
Tiada paksaan membeli stok barang
Peserta tidak boleh dipaksa membeli stok barang sebagai syarat untuk
menyertai perniagaan jualan langsung.
Tiada pampasan diberi atas sebab membawa masuk peserta baru
Peserta tidak mendapat apa-apa balasan wang ataupun dalam bentuk lain
atas sebab membawa masuk peserta baru ke dalam skim jualan mereka.
Jualan kepada pengguna
Jualan barang tidak boleh ditumpukan kepada ahli sahaja tetapi perlu
dibuat kepada pengguna. Syarat untuk memberi bonus dan diskaun ialah
jualan kepada bukan ahli.
Harga barang dan perkhidmatan yang kompetitif
Harga barang dan perkhidmatan adalah kompetitif dan pemohon
menunjukkan komitmen kepada mutu yang tinggi.
Polisi jaminan
107 Ibid.
68
Pemohon memberi jaminan bayaran balik kepada pembeli dalam bentuk
bertulis untuk jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Kod etika perniagaan
Pemohon mengamalkan kod etika yang mengawasi pelan perniagaannya
serta perjalanan perniagaan pengedarnya.
Garis panduan daripada pihak kerajaan ini adalah satu usaha murni pihak tersebut
dalam melancar dan memperkembangkan industri jualan langsung negara ini.
Ianya bukanlah kongkongan atau sekatan sebaliknya wujud sebagai galakan dan
penjaga kepada pengguna, pengedar dan sesiapa yang terlibat dalam industri ini.
3.2.4 Perbezaan Jualan Langsung Kaedah Pemasaran Berperingkat (MLM)
dengan Skim Piramid
Secara kasarnya, kita dapati kaedah pemasaran yang digunakan oleh MLM
hampir sama dengan apa yang ditawarkan oleh Skim Piramid terutamanya dari segi
mencari keahlian yang baru. Namun begitu, di sini penulis ingin ketengahkan beberapa
perbezaan antara MLM dengan Skim Piramid:
1. Yuran keahlian
Bagi menyertai perniagaan ini, peserta dikehendaki membayar yuran untuk
menjadi ahli. Bagi syarikat jualan langsung pemasaran bertingkat, yuran yang
dikenakan adalah rendah iaitu kurang daripada RM 100 dan wang itu boleh
dikembalikan. Manakala bagi skim piramid pula, yuran yang dikenakan adalah
terlalu tinggi dan melebihi nilai barangan yang diberikan kepada pelanggan.
69
Seperti, nilai barangan yang di berikan lebih murah dipasaran konvensional
berbanding pakej keahlian yang di sediakan dalam skim piramid.
2. Kualiti barangan
Kualiti barangan amat dititiberatkan dalam jualan langsung yang mematuhi etika
dan mereka hanya menjual barang-barang yang diyakini mempunyai kualiti yang
tinggi. Skim piramid pula tidak mementingkan kualiti barang di dalam
menjalankan perniagaan kerana apa yang mereka utamakan ialah jumlah ahli-ahli
baru yang dapat didorong untuk menyertai perniagaan mereka. Malah ada
sesetengah syarikat tidak membuat perniagaan mengunakan barang sekalipun,
mereka hanya mencari keahlian baru dan membina rangkaian sahaja.
3. Jaminan pengembalian
Bagi syarikat jualan langsung berperingkat mereka memberi jaminan 100 peratus
pengembalian semula barangan jika tidak berpuas hati dengan barangan yang
dijual. Skim piramid pula tidak memberikan jaminan barangan yang dibeli itu
dikembalikan.
4. Mematuhi etika dan peraturan
Sistem jualan langsung berperingkat amat menggalakkan setiap ahlinya mematuhi
etika dan peraturan jualan langsung seperti yang telah ditetapkan dalam Akta
Jualan Langsung 1993. Manakala skim piramid pula tidak mensyaratkan sesiapa
mematuhi etika dan peraturan tertentu. Apa yang penting ialah jumlah
pengambilan ahli-ahli baru yang ramai.
5. Keuntungan syarikat
70
Syarikat jualan langsung yang beretika mendapat keuntungan daripada hasil
jualan barangan, tetapi skim piramid mendapat keuntungan daripada wang
pendaftaran ahli.
6. Latihan dan bimbingan
Latihan dan bimbingan disediakan kepada ahli-ahli syarikat jualan langsung
berperingkat untuk menjalankan perniagaan secara sistematik dan bagaimana
mendapatkan ahli-ahli baru. Skim piramid tidak menyediakan latihan dan
bimbingan kepada ahli-ahlinya bagaimana menjalankan perniagaan. Setiap ahli
bebas mencari ahli baru walaubagaimana cara sekalipun.
7. Perkembangan syarikat
Syarikat jualan langsung pelbagai peringkat yang mengamalkan etika jualan
seperti yang sepatutnya akan berkembang dengan pesat dan ia bergantung kepada
kuantiti barang yang dijual kepada pengguna. Hasil keuntungan ini menjadikan
syarikat mampu untuk terus maju dan kukuh. Syarikat jualan langsung yang
mengamalkan skim piramid pula tidak akan dapat berkembang dengan pesat
kerana ia tidak mementingkan nilai jualan barangan tetapi lebih mementingkan
pengambilan ahli-ahli baru. Jualan barang hanyalah kepada ahli syarikat yang
terpaksa membeli barang-barang dalam had tertentu sebagai syarat yang
melayakkan mereka mendapat insentif yang lumayan.
8. Pelan pemasaran
71
Pelan pemasaran syarikat jualan langsung yang beretika telah diakui memenuhi
kriteria perniagaan. Manakala pelan pemasaran skim piramid pula adalah salah di
sisi undang-undang kerana ia dianggap menindas peserta lain.
3.3 Matlamat jualan langsung berciri Islam
Usaha perniagaan MLM, khususnya yang dikelolakan oleh kaum Muslimin,
seharusnya memiliki misi yang mulia di sebalik kegiatan perniagaannya. Antara misi
mulia itu adalah :
1. Mengangkat derajat ekonomi ummat melalui usaha yang sesuai dengan tuntunan
syari’at Islam.
2. Meningkatkan jalinan ukhuwah umat Islam di seluruh dunia.
3. Membentuk jaringan ekonomi umat yang berskala antarabangsa, baik jaringan
pembuatan, pengedaran mahupun kepenggunaannya sehingga dapat mendorong
kemandirian dan kejayaan ekonomi umat.
4. Memperkukuhkan ketahanan akidah dari serbuan ideologi, budaya dan produk
yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam.
5. Mengantisipasi dan mempersiapkan strategi dan daya saing menghadapi era
globalisasi dan teknologi informasi.
6. Meningkatkan ketenangan pengguna dengan tersedianya produk-produk halal dan
thayyib.
72
3.4 Syarikat-syarikat Jualan Langsung MLM di Malaysia
Seperti yang dikatakan sebelum ini, sistem perniagaan jualan langsung MLM semakin
mendapat sambutan ramai. Begitu juga situasinya di Malaysia di mana banyak syarikat
yang memohon untuk berdaftar dan memohon lesen di bawah Akta Jualan Langsung
1993. Berikut penulis senaraikan antara syarikat MLM yang sah di Malaysia daripada apa
yang dipaparkan dari laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna direkodkan sebanyak 1227 buah syarikat, termasuk yang dibatalkan dan
belum memperbaharui yang menggunakan lesen Akta Jualan Langsung (AJL), antaranya
ialah:
AVON COSMETIC (M) SDN. BHD. AJL93001
De Classic Life (M) SDN. BHD ( DCL ). AJL931124
NUTRI-METICS WORLDWIDE (M) SDN. BHD. AJL93003
AMWAY (MALAYSIA) SDN. BHD. AJL93010
MARY KAY (M) SDN. BHD. AJL93011
COSWAY (M) SDN. BHD. AJL93012
CNI ENTERPRISE (M) SDN. BHD. AJL93014
LINGUAPHONE DISTRIBUTORS SDN. BHD. AJL93016
BIO-YOUNG SDN. BHD. AJL93021
HAI-O MARKETING SDN. BHD. AJL93033
LUXOR NETWORK SDN. BHD. AJL93524
EASY PHA-MAX MARKETING SDN. BHD. AJL93903
ALWAHIDA MARKETING. SDN. BHD. AJL93745
SINGER (M) SDN. BHD. AJL93004
73
KUMPULAN BERSATU BUMI PERAK SDN. BHD. AJL93056
ALLIANCE TEAMWORK MARKETING SDN. BHD. AJL931067
BLONDAL SALES & SERVICE SDN. BHD. AJL93007
TRANSFORMA SDN. BHD. AJL93026
EDUTEX TRADING SDN. BHD. AJL93054
DINERS CLUB (M) SDN. BHD. AJL93080
MBF CARDS (M) SDN. BHD. AJL93148
JUARA KONSEP MARKETING (M) SDN. BHD. AJL93180
BEST HERBS (FAR EAST) SDN. BHD. AJL93192
SNE MKTG SDN. BHD. AJL93248
SUNRIDER INTERNATIONAL (M) SDN. BHD. AJL93252
ECOFREN SDN. BHD AJL93310
74
3.5 Statistik Jualan Langsung di Malaysia108
Jadual 1. JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN
Pelan Pemasaran 2005 2006 2007 2008
MLM 16 5 4 11
SLM 15 11 10 1
MO - 1 - -
SL&MO - 1 - -
Jumlah 31 18 14 12
(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008)
MLM: Multi Level Marketing
SLM: Single Level Marketing
MO: Mail Oder
SL&MO: Single Level & Mail Order
Di dalam Jadual 1, menunjukkan jumlah syarikat jualan langsung pelbagai pelan
pemasaran yang telah dibatalkan lesen perniagaannya dari tahun 2005 hingga tahun
2008. Pada tahun 2005, sebanyak 16 buah syarikat Multilevel Marketing (MLM)
dibatalkan lesen perniagaannya adalah tertinggi berbanding 2006, 2007 dan 2008,
masing-masing pada 2006 sebanyak 5 buah, 2007 sebanyak 4 buah dan diikuti 2008
sebanyak 11 buah syarikat. Manakala syarikat Single Level Marketing (SLM) pada
tahun 2005 adalah tertinggi sebanyak 15 buah syarikat, diikuti pada 2006 sebanyak 11
108 http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?optio=com_content&task=view&id=214&Ltemid=226. 10 September 2009, 0300 p.m
75
syarikat, dan juga pada 2007 sebanyak 10 syarikat dan paling sedikit sekali pada 2008
hanya sebuah sahaja. Akhir sekali syarikat Single Level/Mail Order masing-masing
sebuah pada 2006 sahaja.
Jadual 2. BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN
DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (Sehingga Disember
2008)
BERBILANG TINGKAT MLM 427
SATU TINGKAT SLM 174
PESANAN POS MO 37
SATU TINGKAT & PESANAN POS SL&MO 32
JUMLAH 670
(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008)
MLM: Multi Level Marketing
SLM: Single Level Marketing
MO: Mail Oder
SL&MO: Single Level & Mail Order
Jadual 2, menunjukkan bilangan jumlah syarikat Jualan Langsung yang dilesenkan di
bawah Akta Jualan Langsung 1993, berakhir sehingga Disember 2008. Syarikat Multi
Level Marketing (MLM) yang dilesenkan sebanyak 427 buah syarikat. Manakala
syarikat Single Level Marketing (SLM) yang dilesenkan adalah sebanyak 174 buah
syarikat, diikuti syarikat Mail Order sebanyak 37 buah syarikat dan Single Level /Mail
76
Order sebanyak 32 buah. Jadi jumlah keseluruhan syarikat yang dilesenkan pada tahun
2008 sebanyak 670 buah syarikat, ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi
pada tahun 2008 semakin melonjak naik ke paras stabil.
Jadual 3. BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008
Pemasaran 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
MLM 314 316 446 427 213 230 359 304 342 394 418 427
SLM 436 349 205 199 117 124 128 149 158 162 164 174
MO - - 82 69 31 28 38 37 37 36 37 37
SL&MO - - 32 17 24 31 29 31 32 30 31 32
Jumlah 750 665 765 712 385 413 554 521 569 622 650 670
(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008)
MLM: Multi Level Marketing
SLM: Single Level Marketing
MO: Mail Oder
SL&MO: Single Level & Mail Order
Jadual 3, menunjukkan bilangan lesen jualan langsung yang sah dari tahun 1997 hingga
tahun 2008 dan purata setiap tahun lesen yang sah direkodkan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pelan Pemasaran Multi
Level Marketing (MLM) adalah tertinggi sebanyak 427 pada 2008, berbanding dengan
pelan pemasaran yang lain.
77
Jadual 4. PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN
Jenis Pemasaran2003
RM (juta)
2004
RM (juta)
2005
RM (juta)
2006
RM (juta)
2007
RM (juta)
Berbilang Tingkat (MLM) 3,023.9 3,934.5 3,853.9 5,211.2 3,838.3
Satu Tingkat (SL) 523.9 745.3 795.4 718.0 728.4
Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL&MO)
1,288.1 626.5 1,966.7 2,107.7 1,064.6
Jumlah 4,835.9 5,306.3 6,616.0 8,036.9 5,630.3
(Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2008)
MLM: Multi Level Marketing
SLM: Single Level Marketing
MO: Mail Oder
SL&MO: Single Level & Mail Order
Jadual 4, menunjukkan pecahan nilai jualan tahunan mengikut jenis pelan pemasaran
dari tahun 2003 hingga 2007. Nilai jualan paling tinggi ialah pada tahun 2006 iaitu dalam
pelan Multi Level Marketing(MLM) sebanyak RM 5,211,200.00.
Statistik di atas membuktikan bahawa Malaysia merupakan antara salah satu negara yang
aktif menjalankan perniagaan sistem jualan langsung. Sehingga tahun 2008 sahaja
KPDNKK telah mengeluarkan lesen sebanyak 427 kepada perniagaan yang menjalankan
MLM malah secara keseluruhannya bilangan lesen yang dipohon juga semakin
meningkat setiap tahun. Sistem perniagaan jualan langsung jenis MLM ini juga
memberikan keuntungan yang lebih tinggi berbanding sistem perniagaan jualan
konvensional lain. Oleh itu tidak hairanlah sistem perniagaan MLM tumbuh bagaikan
78
cendawan dan menarik minat peniaga-peniaga di Malaysia. Dibahagian lampiran, penulis
sertakan satu contoh pelan pemasaran dari sebuah syarikat MLM terkemuka di
Malaysia109
3.9 Kesimpulan
Setakat ini, penulis telah membincangkan secara terperinci berkenaan dengan
prinsip dan etika urusniaga dalam Islam. Aktiviti MLM tidak lebih dari sekadar satu
urusan perniagaan yang menjalankan sistem pemasaran yang bijak sesuai untuk mendapat
keuntungan dalam masa yang singkat dengan modal yang dianggap mampu untuk orang-
orang biasa. Konsep asas dalam pemasaran tidak kira jenis pemasaran yang dijalankan
seperti MLM adalah juga tidak lari dengan prinsip dan etika perniagaan dalam Islam.
Dari sudut konvensional pula, penulis melihat bahawa perniagaan jenis ini jelas mampu
membantu sesetengah masyarakat keluar dari belenggu kesusahan. Sistem pemasaran
setiap syarikat MLM hanyalah berasaskan kepada sistem mata dan kerjasama antara
upline dan downline. Tambahan pihak berkuasa seperti AADK juga komited dengan
usaha perundangan agar aktiviti jualan ini tidak disalahgunakan sesetengah pihak. Atas
tindakan sesetengah pihak menggunakan nama MLM di sebalik kegiatan skim piramid
memberi persepsi buruk setengah masyarakat pada MLM. Oleh itu, untuk mengambil
manfaat atas sistem pemasaran bijak ini, penulis sangat merasakan bahawa masyarakat
muslim perlu mencuba menceburi bidang ini supaya masyarakat Islam dapat setanding
dengan golongan Cina dalam kejayaan bidang perniagaan. Akan tetapi sebagai seorang
Muslim, tujuan dunia tidak boleh dipisahkan dengan tujuan akhirat. Firman Allah s.w.t:
109 Sila rujuk lampiran II
79
��ه �ن �اي ال� ۥ إ و م�ن س�ـي �ه� ح�ر� �ال� ٱلل ون� م�ٱلق�و إ �!ف�ر �ـ ٱلك
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah itu melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf (12): 87)
Oleh itu perlu untuk setiap Muslim menyedari akan kepentingan dunia dan akhirat dalam
bidang ini. Justeru, pada bahagian seterusnya penulis akan cuba mendapatkan pelbagai
sudut pandangan berkenaan MLM menurut perspektif Islam.
80
BAB4: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
4.0 Pendahuluan
‘Multi Level Marketing’ (MLM) atau jualan langsung pelbagai peringkat pemasaran
adalah satu kaedah pemasaran barang-barang atau satu bentuk perniagaan. Umat Islam
digalakkkan menceburi bidang perniagaan bukan semata-mata untuk mendapatkan
keuntungan material di dunia sahaja tetapi mereka diberikan janji keuntungan yang besar
di akhirat sekiranya perniagaan tersebut bertujuan untuk membantu selama manusia
mendapat keperluan asas. Selain itu, kegiatan perniagaan dipandang mulia dan tinggi di
sisi Allah selama mana ia berlandaskan akidah, syara’ dan akhlak.
'Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan
secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan
perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza. Justeru itu, hukum
halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat
berdasarkan perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat
dengan hakikatnya.
Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti
hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-
unsur haram itu.
81
4.1 Hukum asal MLM
Seperti yang dijelaskan dalam bab dua sebelum ini, hukum asal bagi setiap muamalat
adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya.
�ذ�ى ه�و� �ق� ٱل ل �م خ� �ك �ر ف�ى م�ا ل ج�م�يعyا ض�ٱأل
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.
(Surah al-Baqarah (2): 29).
Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem
dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang
mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah
bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu
muamalat tersebut harus kekal.
Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil,
sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil
yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di
dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama.
Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh
bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang.
Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun110 (penindasan dengan
110 Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh pembeli ‘terpaksa' membeli sebuah produk dari syarikat MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan pembeli itu ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan beradab, lalu dia belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji tilam yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM2000
82
mengenakan keuntungan terlalu tinggi) dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak
boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain.
Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada: 111
1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian
bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan
muamalat tersebut haram.
2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur
riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh
kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur
yang khilafiah dari sudut halal dan haram seperti muamalat yang berasaskan
kepada bai' 'Inah112, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.
Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas
kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi (nilai beribadat). Justeru
itu, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan
berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding
talfik113 dalam muamalat.
sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi si pembeli tadi senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali sahaja.
111
?MLM dari perspektif Fiqh Islami. (2007, April 13) Diperolehi September 1, 2009, dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999112 Secara konsepnya memberi maksud menjual barangan dan kemudian membeli semula barangan tersebut pada harga yang berbeza, dengan harga tertangguh yang lebih tinggi daripada harga tunai.113 Talfik ialah penggabungan mazhab dalam menyelesaikan masalah yang pelbagai.
83
4.2 Kaedah Usul Fiqh Dalam mensyariatkan MLM
Memetik artikel yang dipetik dari laman sesawang yang dituliskan oleh Dr Agustianto
seorang ahli fiqh ekonomi yang mahir di Indonesia,114 perniagaan MLM biasanya
memberi habuan atau insentif pada mereka yang berprestasi. Islam membenarkan
seseorang mendapatkan insentif lebih besar dari yang lainnya disebabkan
keberhasilannya dalam memenuhi pencapaian jualan tertentu, dan melakukan berbagai
upaya positif dalam memperluas jaringan dan tahapnya secara produktif. Katanya
menurut kaedah Usul Fiqh: “Besarnya ijarah (upah) itu bergantung pada kadar
kesulitan dan pada kadar kesungguhan.”
Penghargaan kepada rakan niaga atasan (up line) yang mengembangkan jaringan (level)
di bawahnya (down line) dengan cara bersungguh-sungguh, memberikan pembinaan
(tarbiyah), pengawasan serta keteladanan prestasi (uswah) memang patut dilakukan.
Seterusnya, atas susah payahnya itu, seseorang berhak mendapat bonus dari perusahaan,
kerana ianya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa mengadakan sesuatu sunnah (jalan) yang baik, maka baginya pahala
Sunnah itu dan pahala orang lain yang mengerjakan hingga hari kiamat”.115
(Riwayat Jabir Bin Abdullah, Hadis Muslim, Sahih Muslim, Hadis Sahih, no 1017)116
114Multi Level Marketing dalam Perspektif Fiqih Islam. (2009, Mac 31), Diperolehi September 1,
2009, dari http://dokternasir.web.id/2009/03/multi-level-marketing-dalam-perspektif-fiqih-
islam.html
115Munzier Suparta (Dr.) (M.A).,(200) Ilmu Hadist, Jakarta: Raja Grafindo Persada, h.119116 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000), op.cit., h.838/69/2351
84
Insentif diberikan dengan merujuk kepada skim ijarah. Intensif ditentukan oleh dua
kriteria, iaitu dari segi prestasi penjualan produk dan dari segi berapa berapa banyak
down line yang dibina sehingga menjayakan perniagaan itu.
Menurut Dr. Agustianto, dalam hal menetapkan nilai insentif ini, terdapat tiga syarat
syariah yang harus dipenuhi, iaitu adil, terbuka, dan berorientasi falah (keuntungan
dunia dan akhirat). Insentif (bonus) seseorang (up line) tidak boleh mengurangi hak orang
lain di bawahnya (down line), sehingga tidak ada yang dizalimi. Sistem intensif juga
harus dihebahkan kepada seluruh anggota, bahkan dalam menentukan sistemnya dan
pembahagian insentif (bonus), para anggota perlu mendapat habuannya. Dalam hal ini,
tetap dilakukan musyawarah, sehingga penetapan sistem bonus tidak hanya sebelah
sepihak. Selanjutnya, keuntungan dalam perniagaan MLM, berorientasikan pada
keuntungan duniawi dan ukhrawi. Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin
mengatakan bahawa keuntungan dalam Islam adalah keuntungan dunia dan akhirat.
Keuntungan akhirat maksudnya, dengan menjalankan perniagaan itu, seseorang telah
dianggap menjalankan ibadah, (asalkan perniagaannya sesuai dengan syariah). Melalui
perniagaan, seseorang juga telah membantu orang lain dalam memenuhi keperluan
hidupnya. Selain itu, pemberian penghargaan dan cara menyampaikannya hendaklah
berada dalam suasana tasyakur (sentiasa bersyukur dan merendah diri), untuk
menghindarkan penerimanya dari takabur (bangga/sombong) dan kufur nikmat, apalagi
melupakan Tuhan. MLM yang Islamik sentiasa berpandukan pada akhlak Islam.
Sebagaimana disebut di atas bahawa penghargaan yang diberikan kepada anggota yang
berjaya mengembangkan jaringan, dan secara sungguh-sungguh memberikan pembinaan
85
(tarbiyah), pengawasan serta keteladanan prestasi (uswah), harus selaras dengan
ajaran agama Islam. Oleh kerana itu, majlis makan malam tahunan (annual gala dinner),
rally dan kovensyen yang diberikan atas prestasi seseorang, haruslah sesuai dengan nilai-
nilai aqidah dan akhlak. Ekspresi penghargaan atas kejayaan anggota MLM tidak boleh
melampaui batas (bertentangan dengan ajaran Islam).
Kerana itu, Islam sangat mengecam seseorang yang menjalankan aktiviti perniagaan dan
perdagangan tetapi semakin jauh dari nilai-nilai ketuhanan. Firman Allah s.w.t:
Hله�ي ال� ر�ج�ال� ةH مهت !ر� ـ �ج� �يعH و�ال� ت �ه� ذ�كر� ع�ن ب � ٱلل �ق�ام �و!ة� و�إ �ا ٱلص�ل �يت ء�و�إ
�و!ة� ك ٱلز�
“Mereka tidak lalai dari mengingat Allah dalam melakukan bisnes dan jual beli. Mereka
mendirikan solat dan membayar zakat”…
(Surah An-Nur (24): 37).
Berdasarkan ayat tersebut, segala aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak boleh
melupakan Tuhan dan jauh dari nilai-nilai keilahian, baik dalam kegiatan pembuatan,
pengagihan, strategi pemasaran, mahupun pada saat menikmati kejayaan. Jadi, dalam
menjalankan perniagaan MLM perlu berwaspada akan kesan negatif psikologi yang
mungkin timbul, sehingga membahayakan keperibadian, dan mengarah pada pola hidup
hura-hura ala jahiliyah, seperti ketika mengadakan acara pertemuan sesama ahli.
86
Dr Agustianto117 dari laman sesawangnya juga ada menyenaraikan 12 syarat yang
membolehkan MLM menjadi syari’at iaitu:
1. Produk yang dipasarkan haruslah halal, thayyib (berkualiti) dan menjauhi
syubhat (Syubhat adalah sesuatu yang masih meragukan).
2. Sistem akadnya harus memenuhi kaedah dan rukun jual beli sebagaimana yang
terdapat dalam hukum Islam (fiqh muamalah). Contohnya, pembeli rela
membeli kerana kualiti produk bukan kerana paksaan sesiapa.118
3. Sistem pemasaran, budaya korporat, mahupun sistem akaunnya harus sesuai
dengan syari’ah. Di dalam Al-Quran, telah tersedia peraturan-peraturan dan garis
panduan perniagaan. Di antaranya ialah tidak boleh ada penipuan dari segi urusan
dan kualiti produk, menepati janji, berkata benar, dan lain-lain lagi. Sebaik-baik
perniagaan adalah yang menepati garis panduan ini.119
4. Tiada menaikan berlebihan harga barang (harga barang dinaikan sehingga dua
kali ganda), sehingga anggota terzalimi dengan harga yang amat mahal, tidak
sepadan dengan kualiti dan manfaat yang diperoleh.
5. Struktur pengurusannya mempunyai seseorang yang terdiri dari para ilmuan yang
memahami masalah ekonomi.
117 Multi Level Marketing dalam Perspektif Fiqh Islam. (2009, Mac 31), op.cit,.118
?Razzi Armansur. (1992), Mencipta kejayaan di dalam jualan langsung (MLM), Shah Alam : Safia Marketing. h. 267.119 Ibid., h. 268.
87
6. Formula intensif harus adil, tidak menzalimi rakan niaga bawahan dan tidak
menempatkan rakan niaga atasan hanya menerima pendapatan pasif tanpa bekerja,
rakan niaga atasan tidak boleh menerima pendapatan dari hasil susah payah rakan
niaga bawahannya.
7. Pembahagian bonus harus mencerminkan usaha anggota masing-masing.
8. Tidak ada eksploitasi dalam aturan pembahagian bonus antara orang yang awal
menjadi anggota dengan yang akhir.
9. Bonus yang diberikan harus jelas angka nisbahnya sejak awal.
10. Tidak menitik beratkan barang-barang bukan keperluan ketika ummat masih
bergelut untuk memenuhi barang keperluan.
11. Cara penghargaan kepada mereka yang berprestasi tidak boleh mencerminkan
sikap hura-hura dan berpesta-pesta, kerana sikap itu tidak berlandaskan syari’ah.
12. Perusahaan MLM harus berorientasi pada kemaslahatan ekonomi ummat.
4.3 Kesesuaian MLM dengan prinsip perniagaan dalam Islam
Di dalam MLM, pada konsepnya perniagaan ini menepati syarat-syarat dan prinsip
perniagaan dalam Islam. Dari segi akad ada pendapat yang menyatakan bahawa akad
jualbeli dalam MLM tidak sah menurut pandangan Islam. Tetapi setelah dibuat analisa
akad di antara pengedar dan pembeli di dalam MLM, ianya adalah sah disisi syara’.
88
Kontrak yang ditandatangani dan dipersetujui di dalam MLM adalah dikenali sebagai
‘akad jual salam’ di mana pembeli akan membuat tempahan untuk membeli setelah
mengetahui bentuk, jenis, dan harga barang dengan melihat katalog dan sampel dan
bersetuju dengannya.
Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam Islam tetapi telah diubahsuai dalam
bentuk yang lebih moden bersesuaian dengan peredaran zaman dan pertumbuhan yang
pesat dalam aktiviti perniagaan.
Prinsip perniagaan dalam MLM juga adalah menepati sebagaimana prinsip perniagaan di
dalam Islam dengan syarat produk yang diketengahkan tidak membabitkan hal-hal yang
haram:
1. Merekodkan kontrak dan menunaikan janji
Menepati janji merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan dalam Islam. Islam
meletakkan syarat agar setiap jual beli disertai dengan kontrak dan
menunaikannya. Di dalam MLM, pengedar dan penjual dikehendaki
menandatangani kontrak jual beli dan pengedar mesti patuh pada kontrak yang
telah dipersetujui. Perkara ini termaktub dalam Akta Jualan Langsung 1993. Oleh
itu, sekiranya timbul perkara yang tidak diingini di dalam perniagaan ini, yang
silapnya adalah individu itu sendiri dan bukannya perniagaan ini.
2. Kebebasan dan kerelaan
Di dalam Islam, kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli diberi kuasa dan
kebebasan memilih untuk menentukan bentuk jual beli yang mereka kehendaki.
89
Mereka juga diberi hak dalam memilih barangan yang diberi. Ini kerana Islam
amat mementingkan kebajikan penjual dan pembeli.
Di dalam MLM, pembeli juga diberi kebebasan untuk memilih semasa membeli.
Di dalam Akta Jualan Langsung 1993 pembeli telah diberi hak dan kebebasan
memilih untuk menamatkan atau meneruskan kontrak sebelum tamat ‘tempoh
bertenang’ mengikut seksyen 23(a) (b) (c).120
3. Perlindungan dan keadilan
Hak-hak penjual dan pembeli dijaga dalam Islam. Penjual dilarang melakukan
perbuatan seperti menipu, menyorok, monopoli di dalam jualbeli. Islam telah
menetapkan hukuman tertentu jika peraturan-peraturan di dalam perniagaan tidak
dipatuhi.
Di dalam jualan langsung, hak penjual dan pembeli juga dijaga melalui Akta
Jualan Langsung 1993. Di dalam ini akta ini, sesiapa yang tidak mematuhi
peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan hukuman
atau denda.
Dengan ini jelaslah bahawa kebajikan pengguna dan pengedar dijaga di dalam
industri jualan langsung ini. Islam juga tidak melarang apa jua bentuk perniagaan
sekiranya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip perniagaan Islam.
4.4 Majlis Fatwa Kebangsaan
Menurut Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 23
Januari 2006 berkenaan hukum sistem Jualan Langsung Pelbagai Tingkat (MLM),
120 “Tempoh Bertenang” bererti tempoh sepuluh hari yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak jualan langsung berlaku.
90
konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang
diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan
Islam. Oleh itu, jelas di Malaysia sistem perniagaan ini adalah dibenarkan.121. Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
4.5 MLM dari sudut positif
Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi
sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar
raya di negara kita walaupun di pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian
produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya.
Apabila orang Islam yang mampu mengeluarkan produk tersendiri, tetapi apabila
berdepan pasaran yang sebahagiannya boleh disifatkan sebagai 'dibentengi' menyebabkan
kemampuan orang Islam mengeluarkan produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat
bersaing dengan pengeluar lain dari sudut pemasaran. Hakikatnya, orang Islam yang
mempunyai keupayaan menghasilkan produk mempunyai modal kecil berbanding
syarikat gergasi antarabangsa serta mereka tidak mampu menanggung kos pemasaran
yang tinggi berbanding syarikat gergasi yang lain.
Akhirnya mereka berdepan kelembapan pasaran seterusnya keupayaan dan potensi orang
Islam yang sepatutnya boleh dibangun dan dipertingkatkan mati begitu sahaja. Lebih
parah apabila kerajaan membuat perjanjian FTA (Free Trade Agreement) dan serangan
121
? Portal E-Fatwa. (t.t) Diperolehi September 1, 2009, sumber dari: http://www.efatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=198
91
globalisasi yang menyebabkan persaingan tidak adil antara pemodal besar dan peniaga
kecil.
Oleh itu, MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan
pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk
terutamanya produk halal orang Islam tempatan. Justeru, MLM perlu dilihat dari sudut
positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan
dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada pemasaran
barangan orang Islam.
Selain dapat memecah monopoli antarabangsa, MLM juga mempunyai keistimewaan-
keistimewaan tertentu yang ada dalam perniagaan ini tetapi tidak ada dalam perniagaan
biasa yang lain. Di sini penulis akan membahagikan keistimewaan tersebut kepada dua
pihak iaitu pihak pengedar dan pihak pengguna. Antara kelebihannya yang dapat
dinikmati oleh pengedar adalah:122
1. Kebebasan
Di dalam perniagaan ini, seseorang itu mempunyai kebebasan untuk menentukan
waktu kerja, tidak terikat, tidak diarah, dan tidak diperintah oleh sesiapa pun
dalam melakukan sesuatu. Setiap kerja yang dilakukan adalah ditentukan oleh
jadual sendiri yang sudah pasti tidak menekan diri sendiri.
2. Pendapatan tiada batasan
122 Ibid.
92
Rezeki memang ada di mana-mana begitu juga dengan peluang yang wujud.
Banyak atau sedikit pendapatan yang diperolehi oleh seseorang itu bergantung
kepada peluang yang dimilikinya beserta usaha yang gigih.
Di dalam perniagaan ini seseorang itu mampu dan berkeupayaan mencapai
pendapatan yang lumayan jika mereka menjalankan perniagaan itu dengan baik,
tanpa jemu, dan putus asa serta didiringi dengan semangat gigih dan usaha
bersungguh-sungguh. Pendapatan yang lumayan tidak mustahil diperolehi dengan
semua itu.
3. Kerja yang tidak membosankan
Seseorang itu tidak akan merasa bosan dengan menceburi perniagaan ini. Ini
kerana suasana dalam menjalankan perniagaan ini sentiasa berubah. Orang yang
ditemui juga dari pelbagai agama, bangsa, dan kedudukan.
4. Tidak membezakan kedudukan123
Untuk menceburi dan mencapai kejayaan di dalam perniagaan ini, ia tidak
mengambil kira kedudukan seseorang itu sama ada seseorang ahli perniagaan
ataupun tidak, berpelajaran tinggi, berpengaruh dan sama ada mempunyai modal
yang besar atau tidak.
Siapa seseorang itu bukanlah menjadi ukuran yang utama. Apa yang penting ialah
keinginan untuk mencapai kejayaan dan hendaklah berusaha untuk mencapainya.
5. Dapat membantu orang lain124
Dengan menceburkan diri di dalam perniagaan jualan langsung ini, dapat
memberi peluang untuk membantu orang lain di samping berbakti untuk diri 123
? Razzi Armansur (1992), Mencipta Kejayaan di Dalam Jualan langsung (MLM), Shah Alam: Safia Marketing, h. 19.124 Ibid., h. 20.
93
sendiri. Seseorang pengedar itu dapat berbakti kepada masyarakat dengan
memperkenalkan barangan yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan.
Di samping itu, konsep tajaan di mana seseorang pengedar itu boleh mencari
seberapa ramai ahli baru untuk sama-sama bekerja, memberi peluang untuk
membantu orang lain yang bermasalah dari segi kewangan dengan menawarkan
peluang perniagaan kepada mereka dan sama-sama membantu mereka untuk
berjaya.
6. Boleh dilakukan secara sambilan125
Perniagaan jualan langsung ini boleh dilakukan secara sambilan. Ini kerana dalam
perniagaan ini, seseorang pengedar itu tidak terikat dengan sesiapapun untuk
menjalankan perniagaan. Ia boleh dilakukan mengikut kehendak sendiri sama ada
sepenuh masa atau di masa lapang. Ramai orang yang telah berjaya di dalam
perniagaan ini pada mulanya melakukannya pada waktu lapang.
Menurut satu kajian, orang yang bekerja mempunyai waktu lapang sebanyak lebih
kurang 40 jam seminggu. Jadi sebagai seorang yang bijak menggunakan masa
mengapa mesti dibiarkan masa lapang itu begitu saja. Oleh itu, salah satu peluang
yang sentiasa terbuka dan idea yang menarik untuk mengisi masa lapang itu ialah
dengan menceburi perniagaan jualan langsung. Disamping itu, perniagaan ini juga
memberi peluang merapatkan hubungan sillaturrahim.
7. Kenaikan gaji dan pangkat ciptaaan sendiri126
Kenaikan gaji atau keuntungan dan pangkat juga boleh dicapai di dalam
perniagaan ini. Ia adalah mudah dan adil, tanpa memerlukan sebarang pengaruh,
125
? Ibid., h. 21.126 Ibid., h. 22.
94
kelulusan dan rasuah. Keuntungan dapat dicapai dengan kerajinan dan usaha yang
gigih. Ini adalah setimpal dengan setiap yang dilakukan.
Keistimewaan pada pihak pengguna pula termasuk:
8. Kemudahan membeli
Jualan secara terus kepada pengguna boleh menberi keselesaan kepada
penggunaan di mana pembeli boleh memilih barangan yang hendak dibeli dan
membeli dalam keselesaan rumahnya sendiri serta memikirkan pilihan dengan
teliti. Ini juga dapat mengelak pembeli membazir masa mengunjungi tempat
membeli belah, menghadapi kesesakan lalu lintas dan ketidak selesaan
pengankutan awam atau kesukaran meletak kenderaan.
10. Penerangan yang lengkap
Pengguna akan mendapat penerangan yang lengkap tentang barangan yang
hendak dibeli jika membeli dari jurujual secara langsung. Ini kerana sesetengah
barangan seperti peralatan rumah atau peralatan memasak memerlukan
penerangan dan demonstrasi yang lengkap.
Oleh itu, jika urusan pembelian dilakukan di rumah, pembeli akan merasa lebih
selesa dan mendpaat layanan yang penuh. Pembeli juga akan mendapat jaminan
bahawa barang yang dibeli itu adalah barang yang baik dan berkualiti.
11. Faedah pembelian
Memandangkan konsep layanan baik yang diberikan dalam jualan langsung ini,
kebanyakan syarikat boleh memberi jaminan yang baik terhadap barangan.
95
Layanan di sini bermaksud hubungan dua hala yang berkesan antara penjual dan
pembeli.
Dengan itu, setiap masalah yang timbul dalam penggunaan barangan dan
perkhidmatan boleh mendapat bimbingan yang berkesan daripada penjual. Begitu
juga andainya berlaku kerosakan teknik pada barangan dan jika dia ingin menukar
barangan itu dengan yang lain, pembeli akan tahu dengan siapa dia perlu
berurusan iaitu melalui bimbingan dan nasihat daripada penjual.
4.6 Perkara-perkara yang bertetangan dengan Islam (haram) dalam Industri
Perniagaan MLM
Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya
harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah: 127
1. Perjudian
Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up'
bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan
sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas
pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang
dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang
dipertaruhkan.
127
?MLM dari perspektif Fiqh Islami. (2007, April 13) Diperolehi September 1, 2009, dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999
96
Konsep ini diamalkan dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi
kepada orang yang mencapai mata tertinggi atau jualan tertinggi dalam sesuatu tahap.
Contohnya, andai kata dalam tahap ke tiga terdapat tiga orang menjual ubat gigi yang
harga jualannya RM5. Daripada RM5 itu, syarikat mengambil RM3 sebagai kos dan
untung, manakala penjual MLM mendapat RM1 daripada setiap unit yang dijual.
Baki RM1 dipegang syarikat untuk diberikan kepada orang pertama dalam tahap
tersebut yang mencapai tahap jualan sebanyak lima unit.
Jika penjual pertama berjaya menjual tiga unit, penjual kedua sebanyak dua unit dan
penjual keempat sebanyak lima unit, maka penjual ketiga akan memperolehi bonus
RM10 kerana dia adalah orang pertama dalam tahap tersebut mencapai jualan 5 unit.
Hakikatnya, RM5 daripada RM10 bonus itu adalah hak penjual pertama (RM3) dan
hak penjual kedua (RM2) yang dipegang syarikat yang akhirnya diserahkan kepada
penjual ketiga kerana berjaya mencapai jualan sasaran.
Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam
kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah, justeru
tidak mencapai jualan sasaran. Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam
yang berpandukan firman Allah s.w.t;
�ل#ف� ال� �ك �ه� ي ا ٱلل yفس� �ال� ن �ه�ا و�سع�ه�ا إ �ت م�ا ل ب �س� �ي ك �ت م�ا �اهو�ع�ل ب �س� ٱكت
“setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan”.
(Surah al-Baqarah (2): 286)
97
Bagaimanapun, perjudian yang mencemari MLM ini dapat dibersihkan dengan
pelbagai cara seperti pembahagian bonus, bersumberkan keuntungan syarikat yang
diagihkan kepada setiap penjual MLM berpandukan unit yang berjaya dijual.
Walaupun bonus yang berkonsepkan pembahagian yang berpandukan jumlah jualan
tidak dapat dijadikan bahan kempen kerana jumlah bonus penjual tertinggi lebih
rendah berbanding bonus yang berkonsepkan perjudian, tetapi ia bersifat adil untuk
semua pihak.
Sememangnya sebahagian pembuat sistem MLM lebih tertarik dengan bonus yang
berkonsepkan perjudian kerana ia boleh dijadikan bahan untuk menarik orang ramai
menyertainya justeru, nilaiannya yang sangat tinggi, tetapi ia diharamkan kerana nilai
yang tinggi tadi diperolehi dengan menzalimi pihak lain.
2. Riba
Apabila terdapat pulangan tetap (Fixed return) atau janji kemasukan tetap dalam
sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli
yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi
ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan
sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan
melalui mata penggunaan produk MLM.
Pulangan tetap tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM.
Jelasnya, pulangan tetap ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai
98
rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh
dibersihkan melalui pelbagai cara.
Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep
mudharabah, di mana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum)
yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun
sebagai contoh. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi
ahli MLM ini.
3. Tadlis, taghrir dan Syamta'128
Tadlis (memalsukan), taghrir (memperdayakan) dan syamta' (dibuat) hamba
yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin
yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan
orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat
menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran
tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk
diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.
Apabila ahli tersebut menerimanya, ia terpaksa menanggung ansuran bulanan yang
tinggi yang akhirnya menyebabkan ahli tadi hanya mampu memakai kereta tersebut
dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
128 http://perniagaansemua.blogspot.com/2009/02adakah-mlm-itu-haram.html 12 November 2009 5:57am
99
Syarikat berjaya mengiklankan si ahli tersebut berjaya mendapatkan BMW 3 Series
tanpa menjelaskan keadaan sebenar syarikat yang hanya membayar bayaran
pendahuluan RM1000. Apabila diiklankan 'dihadiahkan' atau 'menerima hadiah' atau
'berjaya memperolehi', umum memahami si ahli memperolehi secara seratus peratus
kereta tersebut tanpa apa-apa ansuran bulanan.
Menyembunyikan hakikat pembayaran RM1000 sebagai bayaran pendahuluan
pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. Ini menyebabkan pengiklanan tadi
boleh dikategorikan sebagai 'taghrir' (memperdayakan) dalam bentuk 'Syamta'
yang diharamkan.
Syamta' ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Syarikat boleh
menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai
jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. Sekalipun iklan dalam bentuk ini tidak
semenarik iklan ahli yang mendapat BMW 3 Series, tetapi ia berupaya menarik ahli
baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang
tidak benar.
4. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah
Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan
konsep Auto Penempatan. Dalam konsep Auto Penempatan ini, ahli pertama perlu
mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. Yuran RM2 tadi
terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar
dengan masuknya ahli baru.
100
Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Tetapi
ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran
keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi tahap yang
paling tinggi.
Di sini, syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang,
tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi upline adalah yuran
ahli yang terkumpul. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam
sebahagian MLM.
Jika ada bertanya, apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana
dalam hukum hibah129 dan tabarru'?130 Jawapannya, reda yang menjadi syarat halal
tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29, surah an-
Nisaa'. Jika tiada perniagaan, iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran
terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran, maka
reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya.
Tambahan pula, hibah dan tabarru' yang halal dan harus tidak boleh disertai
dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung, dan sebagainya. Jika
hibah dengan niat ini, ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia
berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah
sebenar.
129 Hibah ialah pemberian yang ada padanya ijab dan kabul, menurut Minhaj Ath-Thalibin, Imam Nawawi serta Syarh At-Tuhfah ‘ala Al-Minhaj, Imam Ibnu Hajar. 130 Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas
101
Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal, maka penyertaan dalam MLM
yang bersifat seperti ini adalah batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan
niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli, maka tuntasnya
jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana
si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep
kutu yang haram di atas.
Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram
seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang
haram.
5. Penindasan
Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi
mendapatkan keuntungan. Sebagaimana diterangkan, ahli-ahli yang tidak mencapai
jualan sasaran akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan
memberikan kepada orang yang mencapai jualan sasaran.
Seorang ahli yang berjaya menjual lima produk yang sepatutnya mendapat
keuntungan asal bagi setiap satunya berjumlah RM2, tetapi ahli tersebut hanya
diberikan RM1 kerana tidak berjaya mencapai jualan sasaran dan baki RM1 diambil
syarikat untuk diserahkan kepada ahli satu tahap yang berjaya mencapai jualan
sasaran.
Ini bermakna, ahli yang berjaya menjual lima produk diberikan RM5 dan RM5 lagi
diserahkan kepada ahli yang berjaya mencapai jualan sasaran seperti berjaya menjual
102
10 produk. Justeru, ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM25 (RM20
untung jualan dan ditambah bonus RM5 yang diambil daripada ahli yang tidak dapat
mencapai jualan sasaran.
Di samping mengandungi unsur perjudian, ia juga mengandungi penindasan yang
menjadi punca haram. Sedangkan konsep muamalat Islam ialah, setiap seseorang
berhak mendapat apa yang ia usahakan. Berdasarkan konsep Islam ini, si ahli yang
berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat RM10 sebagaimana ahli yang
berjaya menjual 10 produk mendapat RM20.
6. Harga tinggi dari biasa
Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh
lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah
menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar
‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun
Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. Bagaimana
Nabi s.a.w pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada
orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. 131
Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat tiga atau empat
unsur syubhat dan haram. Ini tidaklah bermakna MLM haram hanya kerana adanya
unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa", ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak
131
? Isu shariah dalam perniagaan MLM. (2007, April 10) Diperolehi September 1, 2009, dari http://www.zaharuddin.net.
103
dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram
kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.
‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang
awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan
dalam sistem priamid. Sebagai contoh seseorang ‘terpaksa' membeli sebuah produk
MLM. Oleh kerana tukang jual MLM amat sukar beralah, dan orang tersebut ingin
cepat menamatkan kempennya dengan adab, lalu orang tersebut membeli satu
produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya
mencecah RM300 sebiji. Ini dinamakan 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut
langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana
penyertaan sebagai ahli dan untuk dimasukan dalam sistem (pulangan kepada
syarikat).
Inilah maksudnya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup
kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan
kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia
boleh menjadi haram.
Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabnun' sebenarnya menunjukkan
terdapat jenis 'Ghabnun' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati
halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila disebut
'Ghabnun' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana
berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku.
104
7. Insentif yang menekan
Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat
yang mewajibkan ahli tersebut mencapai sasaran jualan tertentu bagi melayakkannya
mendapat apa jua komisyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal
mencapai ‘harga sasaran' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang
komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.
Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM
mereka menjadi bermasalah dari sudut Syariah kerana wujudnya unsur kezaliman
terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak
menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat
memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan
peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen
orang bawahan anda". 132
Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee')
sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Syariah, ia adalah pandangan ulama
besar tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-
Nakha'ie dan ramai lagi. Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan sistem
piramid ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-
* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia
menimbulkan masalah dari sudut Syariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak
sah dalam perwakilan dan perjudian.
132 Ibid,
105
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana
sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat
untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan
sebagai broker di atas broker di atas broker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal
berbilangnya rantaian komisyen broker ini, ia termasuk dalam konteks memakan
harta orang lain dengan batil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-
olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan
mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian
keuntungannya untuk orang atasnya.
* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas
usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana
sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen
itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis
MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri
sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di
bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan
tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima
Islam.
8. Status pembelian produk
Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang
produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari rakan niaga
bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa
106
peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna
semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan
sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia
merupakan satu bentuk Riba Nasiah133 dan Riba Al-Fadl.134 Hal yang sama juga
hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan
berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman sesawang
yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya
dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya
jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk sesawang
komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai
komputer). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk
menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang
diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian
dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa
Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no. 15/192-193.135
9. Unsur dua akad dalam satu.
Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi
bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda s.a.w
dengan pelbagai lafaz antaranya:
133 Riba Nasiah ialah tambahan yang sudah ditentukan di awal transaksi, sila rujuk Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), op.cit,. h.109-111.134 Ibid.135 Ibid.
107
في صxxفقتين عن وسxxلم عليxxه اللxxه صلى الله رسول نهى واحدة صفقة
"Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad"
( Riwayat Abdullah bin Masud, Hadis Ahmad Syakir, Masnad Ahmad, Sanad Sahih, no.5/295)136
Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran
ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat
dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian
ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya
itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan
MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi
shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut
telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak
kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk
dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di
samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas
tergolong sebagaimana hadis di atas.
4.7 Kesimpulan
Islam sememangnya mudah, sejajar dengan apa yang telah penulis bincangkan dalam bab
ini, hukum asal MLM adalah harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram seperti
yang dibincangkan di atas. Persepsi negatif berkenaan MLM sering ditimbulkan oleh
136 http://www.dorar.net/enc/hadith/20% صقفة y%20s13482 22 November 2009 5:52 AM
108
pelbagai pihak yang mungkin tidak memahami sepenuhnya bagaimana sistem dan
perjalanan perniagaan MLM bersesuaian dengan Islam. Oleh itu, adalah menjadi
kewajipan setiap umat Islam untuk memastikan perniagaan MLM yang diceburi tidak
dipalit unsur-unsur haram seperti yang dibincangkan di atas serta unsur-unsur sosial yang
negatif yang membawa kelalaian diri kepada Allah.
Dilihat dari sudut positif pula, sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada
tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk
mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi
dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan
muamalat Islam. Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai
strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasana negara
yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan dengan
situasi FTA (Free Trade Agreement) kini. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli
perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam semaksimum
mungkin.
109
BAB LIMA: KESIMPULAN
5.0 Rumusan
Dalam bab-bab sebelum ini penulis sudah membincangkan berkenaan perkara asas yang
diperlukan dalam setiap urusniaga dalam Islam dan fokus penulis di sini tentulah
urusniaga MLM. Asas-asas seperti kaedah fiqh dalam menghukumkan sesuatu muamalat
sudah dijelaskan dalam bab dua dan diberi penghuraian lebih dalam dalam bab empat.
Antara yang ditekankan, Islam jelas menuntut agar para peniaga mengamalkan sifat jujur,
amanah, ikhlas dan berpandangan jauh serta memerlukan kekuatan ilmu dan kegigihan.
Disamping itu juga, menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan dan modal.
Perniagaan merupakan sumber rezeki yang lumayan dan menguntungkan, tetapi tidak
kurang juga yang membawa kepada risiko kejatuhan yang amat pahit. Disebabkan
dorongan nafsu tamak, inginkan keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat
(Ghabnun). Lalu berlakulah penipuan dengan menaikkan kos harga barangan,
menyorok barangan keperluan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih dan
memanipulasikan pelan pemasaran MLM yang berselindung di bawah akta AJL.
110
Penulis juga telah cuba mengenengahkan kesesuaian MLM konvensional dengan apa
yang dikehendaki dalam Islam sehingga penulis dapat membuat kesimpulan bahawa
segala aktiviti MLM boleh dilakukan kecuali jika tidak melibatkan sesuatu yang
diharamkan.
Islam adalah Din al-Muamalah, iaitu agama yang mengatur perhubungan sesama
manusia. Antara hukum dan peraturan Islam yang telah menggariskan ketetapan
mengenai hal-hal panduan perdagangan dan perniagaan sebagai keperluan umat Islam
seharian.
Justeru, Islam menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga dan jualbeli bukan hanya
sekadar untuk memburu dan mengaut keuntungan komersial semata-mata. Tetapi lebih
menitik-beratkan kepada kebajikan dan kepentingan para pengguna. Malahan Islam
mengkategorikan urus niaga dan jual beli sebagai fardu Kifayah iaitu tanggungjawab
bersama masyarakat Islam. Kadang-kadang fardu Ain iaitu tanggungjawab individu
seandainya urusan berjual-beli itu sebagai nafkah hidup diri sendiri dan keluarga
Dalam bab terakhir ini penulis akan cuba membuat rumusan berkenaan isu strategi
pemasaran MLM dalam perspektif Islam secara menyeluruh. Rumusan ini penulis akan
kembangkan kepada bagaimana pula untuk membetulkan persepsi masyarakat kepada
MLM dan apakah tindakan dan peranan umat Islam dalam menghadapi isu ini supaya
manfaat daripada urusniaga ini dapat digunakan sebaik mungkin.
111
5.1 Cadangan
Ramai di kalangan masyarakat Islam mempunyai persepsi negatif pada MLM dan
kebanyakkan mereka adalah dari golongan yang tidak minat dengan bidang perniagaan
ataupun mereka yang mindanya terkongkong dengan hukum Islam tetapi tidak cuba
mencari ilmu berkenaan urusniaga Islam yang sebenarnya. Tidak dinafikan juga, ramai
yang terkena malah fobia disebabkan segelintir golongan yang menjadikan MLM sebagai
tipu helah untuk mengaut keuntungan.
Ramai yang memandang rendah sekiranya seseorang itu berjaya dan memperolehi lebih
harta dengan menjalankan aktiviti MLM kerana kerjaya ini dipandang remeh. Situasi
sebegini sangat merugikan umat Islam sedangkan empayar perniagaan boleh menjanjikan
pendapatan lumayan seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam itu
sendiri. Penulis merasakan tidak semua syarikat MLM di Malaysia tergolong dalam
kategori yang meragukan, contohnya syarikat Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.137 dan
DCL (De Classic Life (M) Sdn. Bhd.) 138merupakan syarikat bumiputera Islam yang
berjaya dalam empayar perniagaan dan strategi mereka sangat perpandukan Islam dan
mempunyai visi Islamik yang cukup terang. Penulis mencadangkan sekiranya lebih ramai
137 http:www.hpa.com.my/ 20 Oktober 2009, 2:07 AM.138 http://www.dcl.com.my/ 20 Oktober 2009, 2:07 AM.
112
syarikat sebegini dapat dibangunkan yang berteraskan dasar Islamik, pasti umat Islam
tidak akan ketinggalan dalam empayar perniagaan kerana perniagaan yang berteraskan
Islam pasti mendapat bantuan daripada Allah.
Masyarakat pertamanya, perlu membetulkan persepsi atau pandangan dan sentiasa
memberi peluang kepada diri mereka memcuba perniagaan ini, selepas dikaji dengan
teliti. MLM bukan sekadar lubuk untuk membuat duit tetapi juga arena bagi membentuk
dan membina personaliti diri. Ramai yang setuju MLM berjaya mengubah diri mereka
daripada negatif kepada positif, pasif kepada aktif, mudah patah semangat kepada kuat
berusaha dan daripada yang tidak yakin kepada yang berimpian. Walaupun MLM sering
dianggap sebagai mata pencarian sepenuh masa ataupun sambilan kerana ia umpama
lubuk emas, ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan sebelum menjejakkan kaki ke
dalam MLM:139
1. MLM memang menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas bagi cepat kaya.
Ia bukannya sebagai jalan pintas mengecap kejayaan. Persepsi yang mengatakan
MLM memberi peluang menjadi senang dan kaya dengan mudah adalah tidak
benar. Tiada kejayaan tanpa usaha. Mustahil seseorang menjadi senang dengan
hanya bergoyang kaki.
2. Jangan terlalu taksub dengan MLM. Lihat juga perniagaan lain kerana ada tip
ataupun rahsia yang ada dan mampu dipraktikkan. Contohnya pengurusan
kumpulan, pentadbiran kewangan, pengurusan kewangan, pengurusan stok dan
sebagainya.
139 Norziati Mohd Rosman. (2008). Buat Duit Dengan MLM. Kuala Lumpur: PTS Distributors Sdn Bhd, h. 111.
113
3. Oleh kerana MLM tidak mempunyai premis, modal asas yang minimum dan
kecil, dan tiada stok yang banyak, seseorang itu bertangungjawab sepenuhnya ke
atas perniagaan ini. Dia adalah majikan dan dia adalah ketua.
4. Ada yang mengatakan perniagaan ini tidak memerlukan kita untuk menjual
barang, sekadar membuat pelaburan awal dan menaja sahaja. Pendapat ini adalah
salah kerana perniagaan ini melibatkan urusan jual dan beli antara peniaga dan
pembeli. Berniaga tanpa barang tidak dikatakan sebagai berniaga. Ia juga adalah
prinsip asas perniagaan dalam Islam.
5.2 Saranan
Seperti yang sudah dibincangkan dalam bab sebelum ini, untuk menentukan hukum
sesuatu muamalat itu, Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan
sekiranya tiada unsur haram maka ia adalah halal. Sehinggakan ada ulama (terdahulu)
hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara, iaitu riba, gharar dan zalim.
Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini, maka hukumnya halal.
Sesetengah masyarakat boleh menerima strategi pemasaran MLM tetapi masih ada yang
ragu-ragu akan sistem insentifnya adakah boleh diterima oleh Islam ataupun tidak
disebabkan kewujudan sistem rakan niaga atasan (upline) dan rakan niaga bawahan
(downline).
Justeru, alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara
serius dan bersama. Contohnya, jika 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran
'downline' kerana ia termasuk dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil'
114
seperti bentuk yang diterangkan, pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu
sebagai kos pemasaran untuk diberikan kepada 'upline' yang berjaya mencari 'downline'
atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu.
Berdasarkan konsep Islam, upline boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari
pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya, tetapi disyaratkan perolehannya
tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain.
Justeru, apabila disebut 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran downline maka kita
memahami bahawa 'upline' tidak berhak mendapat apa-apa. Ini menatijahkan 'upline'
yang bertindak sebagai pekerja pemasaran atau pengedar tidak akan melakukan kerja
promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati
begitu sahaja. Ini kerana, sudah menjadi lumrah dalam mana-mana syarikat MLM yang
berkembang adalah dari hasil hubungan kemanusian (touch) iaitu mencari rakan niaga
bawahan secara berjumpa dan sebagai ahli baru (close up).
Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan
sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi
kita sekarang.
Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya
disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. Mereka mestilah meningkatkan usaha
dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di
lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara-
perkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram. Begitu juga dengan mereka
115
yang ingin menjadi ahli atau berkecimpung dalam dunia MLM ini haruslah berniat tulus
dan tidak hanya memikirkan sisi negatif persepsi pelbagai pihak tetapi berniat untuk
membantu sesama Muslim di samping mempertingkatkan produk Islam, dalam istilah
lain, menang dunia, menang akhirat.
5.3 Penutup
Penulis mengakhiri rumusan ini dengan mengambil kira MLM dari sudut positif di mana
sistem MLM ini ternyata boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli
pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Justeru,
pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan
dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam.
Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran
produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin
membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan
tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan
ekonomi umat Islam. Antara mereka yang cerdik pandai tidak perlu bertelagah untuk
menunjukkan kepakaran masing-masing dalam bidang ilmu akan tetapi perlu lebih
melihat ia dalam konsep yang lebih meluas dengan sumbangan yang dapat diberikan
kepada orang Melayu dan umat Islam khususnya. Ini kerana pandangan mereka sangat
diperlukan oleh masyarakat yang mencari-cari konsep MLM yang halal dan Islamik.
Masyarakat yang berminat pula perlu berusaha untuk membantu memperkembangkan
bidang perniagaan untuk kepentingan bersama.
116
117