katekese@rumah 2021 #30

12
KATEKESE@RUMAH 2021 #30 “PERGILAH, IMANMU TELAH MENYEMBUHKANMU” (Hari Minggu Biasa Ke – 30) Disediakan oleh Pusat Katekatikal Keuskupan Keuskupan Agung Kuala Lumpur PENGENALAN Bahan ini telah disediakan sebagai satu peluang untuk keluarga berkumpul dan meluangkan masa bagi berbincang, membuat refleksi serta melakukan aktiviti- aktiviti berkaitan Bacaan Injil untuk Hari Minggu Biasa Ke-29. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI Dokumen ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti, yang mana ahli keluarga boleh menyelesaikannya secara persendirian (hanya kanak-kanak sahaja), secara berdua (dengan bantuan ibu/bapa), atau sebagai satu keluarga. Ibubapa disarankan untuk mencetak bahan ini, agar setiap ahli keluarga dapat bersama- sama menjalankan semua aktiviti pada masa yang sama. BILA PERLU MENGGUNAKAN BAHAN INI Pada minggu selepas keluarga telah merayakan Misa Hari Minggu Biasa Ke-30. DOA PEMBUKAAN Allah Bapa di Syurga, kami mengucap syukur atas anugerah setiap peribadi yang berkumpul di sini dalam hadirat-Mu. Semoga kami bersedia untuk mendengar suara-Mu dan datang kepada-Mu apabila Engkau memanggil kami. Roh Kudus, Roh Kedamaian dan Kebijaksanaan, pimpin kami dalam perhimpuan keluarga kami. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.

Upload: others

Post on 25-Jan-2022

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

KATEKESE@RUMAH 2021 #30

“PERGILAH, IMANMU TELAH MENYEMBUHKANMU”

(Hari Minggu Biasa Ke – 30)

Disediakan oleh Pusat Katekatikal Keuskupan

Keuskupan Agung Kuala Lumpur

PENGENALAN Bahan ini telah disediakan sebagai satu peluang untuk keluarga berkumpul dan meluangkan masa bagi berbincang, membuat refleksi serta melakukan aktiviti-

aktiviti berkaitan Bacaan Injil untuk Hari Minggu Biasa Ke-29. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI Dokumen ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti, yang mana ahli keluarga boleh

menyelesaikannya secara persendirian (hanya kanak-kanak sahaja), secara berdua (dengan bantuan ibu/bapa), atau sebagai satu keluarga. Ibubapa

disarankan untuk mencetak bahan ini, agar setiap ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan semua aktiviti pada masa yang sama. BILA PERLU MENGGUNAKAN BAHAN INI Pada minggu selepas keluarga telah merayakan Misa Hari Minggu Biasa Ke-30.

DOA PEMBUKAAN

Allah Bapa di Syurga, kami mengucap syukur atas anugerah setiap peribadi yang berkumpul

di sini dalam hadirat-Mu. Semoga kami bersedia untuk mendengar suara-Mu dan

datang kepada-Mu apabila Engkau memanggil kami. Roh Kudus, Roh Kedamaian dan

Kebijaksanaan, pimpin kami dalam perhimpuan keluarga kami. Dalam nama Yesus

kami berdoa, Amin.

Page 2: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

RENUNGAN SABDA Jemput seseorang untuk membaca Bacaan dari Markus 10: 46 – 52. Kemudian,

sebagai satu keluarga, buat refleksi ke atas pertanyaan-pertanyaan yang telah

disediakan, dan kongsikan pendapat anda bersama ahli keluarga. Sekiranya perlu,

ibubapa boleh mengubah-suai soalan-soalan tersebut berdasarkan tahap

permahaman anak-anak.

MASA UNTUK RENUNGAN DAN RESPONS: Apabila Bartimeus mendengar suara orang ramai, timbul perasaan ingin tahu dan dimaklumkan bahawa yang lalu itu ialah Yesus orang Nazaret.

Apabila mendengarkan hal itu, serta-merta Bartimeus menjerit, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!”. Ia merupakan satu seruan daripada

seseorang yang terdesak dan memerlukan sesuatu dari Yesus.

‒ Bila atau kenapa orang ramai yang terdesak berseru kepada Allah?

‒ Kongsikan satu pengalaman di mana anda berseru kepada Allah dalam waktu terdesak?

Apabila orang ramai mendengar Bartimeus berseru kepada Yesus, mereka

memarahinya dan menyuruh dia diam, tetapi seruan Bartimeus menjadi lebih kuat. Ini bermakna, Bartimeus tidak berasa tawar hati atau berputus

asa. Dia tabah dalam memanggil Yesus.

‒ Pada pandangan anda, kenapakah orang ramai cuba menghalang Bartimeus untuk memanggil Yesus?

‒ Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda berterusan berseru kepada Tuhan dan menjadi putus asa. Apakah perasaan anda? Apakah

yang anda buat? ‒ Apakah yang anda boleh pelajari dari Bartimeus?

Apabila Yesus memanggil Bartimeus kepada-Nya, Bartimeus mencampakkan jubahnya, lalu bangkit dan pergi kepada Yesus.

‒ Pada pandangan anda, kenapa Bartimeus mencampak jubahnya?

Kenapakah penulis Injil merasakan penting untuk mengetengahkan perkara ini?

Yesus bertanya kepada Bartimeus, “Apakah yang kamu mahu Kubuat

untukmu?”

‒ Jika Yesus bertanya pada anda hari ini, “Apakah yang kamu mahu Kubuat untukmu?”, apa yang akan anda minta pada-Nya, Kenapa?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AKTIVITI-AKTIVITI BERKAITAN Pada muka surat seterusnnya, terdapat beberapa aktiviti untuk kanak-kanak, yang

berkisarkan tentang Bacaan Injil pada minggu ini. Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda

ingin lakukan bersama anak-anak anda, tetapi jika boleh, buatlah semua aktiviti yang ada!

Page 3: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktivity #1: Cari Perkataan

BARTIMEUS YANG BUTA

“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB)

Page 4: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #2: Pilih Perkataan Yang Betul

BARTIMEUS YANG BUTA

“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB)

1. Tidak dapat melihat A. Belas kasih B. Sembuh C. Buta D. Bersorak 2. Membuat permohonan dengan cemas, meminta belas ikhsan A. Buta B. Penglihatan C. Diam D. Mengemis 3. Suatu tindakan yang baik hati atau penuh kasih sayang A. Iman B. Penglihatan C. Belas kasih D. Diam 4. Senyap, tiada bunyi A. Diam B. Belas kasih C. Bersorak D. Buta 5. Menjadikan suasana lebih riang-ria, suatu jeritan untuk memberi

galakan A. Mengemis B. Bersorak C. Penglihatan D. Iman 6. Berkeyakinan dan percaya dalam kebenaran A. Bersorak B. Mengemis C. Iman D. Diam 7. Dipulihkan dari kesakitan, penyakit A. Sembuh B. Buta C. Diam D. Belas kasih 8. Kebolehan untuk melihat A. Iman B. Mengemis C. Penglihatan D. Buta

Page 5: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #3: Selesaikan Teka Silang Kata

BARTIMEUS YANG BUTA

“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB)

MELINTANG: 2. Berkeyakinan dan percaya dalam kebenaran 5. Membuat permohonan dengan cemas, meminta belas ikhsan 6. Senyap, tiada bunyi 7. Tidak dapat melihat 8. Suatu tindakan yang baik hati atau penuh kasih sayang

MENEGAK: 1. Kebolehan untuk melihat 3. Menjadikan suasana lebih riang-ria, suatu jeritan untuk memberi galakan 4. Dipulihkan dari kesakitan, penyaki

BUTA MENGEMIS BELASKASIH IMAN SEMBUH DIAM BERSORAK PENGLIHATAN

Page 6: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #4: Isi Tempat Kosong

BARTIMEUS YANG BUTA

“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB) Lengkapkan peranggan dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul daripada kotak perkataan dibawah.

MENGGEMIS IMAN DIA DIAM BERSERU BUTA MENYEMBUHKAN KASIHANILAH MELIHAT DAPAT

Setelah itu, mereka tiba di Yerikho. Kemudian, ketika ____ keluar dari situ dengan murid-murid-Nya dan orang ramai itu, seorang _____ bernama Bartimeus anak Timeus, sedang duduk ________ di tepi jalan. Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia _______, "Yesus, Anak Daud, _________ aku!" Ramai orang memarahinya dan menyuruhnya ______, tetapi dia semakin kuat berseru, "Anak Daud, kasihanilah aku!" Oleh itu, Yesus berhenti dan memberikan perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, "Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu." 50Orang buta itu mencampakkan jubahnya ke tepi lalu bangkit dan pergi kepada Yesus. Kata Yesus kepadanya, "Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?" Jawab orang itu, "Rabbi, aku ingin _______." Yesus menjawab, "Pergilah, ______ mu telah _____________

mu." Serta-merta orang itu _______ melihat, lalu mengikut Yesus

dalam perjalanan-Nya.

Page 7: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #5: Isi Tempat Kosong dengan Huruf yang betul

BARTIMEUS YANG BUTA “Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB) Setiap baris teka-teki mempunyai satu huruf yang tersembunyi. Tempat yang kosong adalah huruf yang tersembunyi itu untuk melengkapkan perkataan tersebut. Isikan huruf yang tersembunyi itu.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10

Aktiviti #6: Cari Perkataan

MENGGEMIS IMAN DIA DIAM BERSERU BUTA MENYEMBUHKAN KASIHANILAH MELIHAT DAPAT

YERIKHO BUTA PENGEMIS JALAN

BARTIMEUS DIAM KASIHAN BERANI

MELOMPAK RABBI TUAN IMAN

Page 8: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #7: Bantu Orang Buta mencari Yesus

BANTU ORANG BUTA MENCARI YESUS

Untuk menyelesaikan teka-teki ini, anda mesti menutup mata anda dan biarkan seseorang untuk

memberitahu ditempat harus anda buat garisan, sambil anda melalui maze ini

Page 9: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #8: Cari Perkataan

BARTIMEUS YANG BUTA Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia berseru, "Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!" Markus 10: 47 (AVB) Berdasarkan Injil Markus 10:46-52

BUTA BARTIMEUS TEPI JALAN IMAN BERGEMBIRA MENYEMBUHKAN YERIKHO KASIHANILAH KAKI YESUS MELIHAT MENGIKUT ORANG RAMAI MURID-MURID KOTA MENGGEMIS MELOMPAT DIAM RABBI BERSERU

Page 10: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #9: Warnakan Gambar ini

Page 11: KATEKESE@RUMAH 2021 #30

Aktiviti #10: Kraftangan tentang Orang Buta yang sembuh

Kraftangan ini akan membantu anda mengingati kisah Yesus menyembuh seorang

buta. Di muka sebelah topeng, anda mempunyai wajah yang sedih dengan

balutan pada mata. Ini sebagai symbol orang buta itu sebelum disembuhkan.

Pada sebelah lagi, anda mempunyai wajah gembira dengan senyuman seorang

yang telah disembuhkan oleh kuasa mujizat Kristus.

APA YANG HARUS DILAKUKAN:

1. Cetak dan warnakan templet. (lihat dibawah)

2. Potong kedua-dua wajah dan juga balutan. Anda

memerlukan 2 balutan.

3. Lekatkan setiap wajah pada kertas A4 tadi. Kedua-kedua

keping kertas harus sama warna.

4. Kemudian Potong wajah-wajah mengikut bentuknya dan

meninggalkan sempadan kertas yang kecil

5. Ambil wajah gembira dan letakkan untuk menghadap ke

bawah. Lekatkan pada batang ais krim sebagai pemegang

6. Sementara gam menggering, lekatkan balutan itu pada mata

di wajah yang sedih.

7. Akhir sekali, lekatkan wajah sedih itu dibahagian belakang

wajah gembira tadi agar batang ais krim tadi tersepit antara

wajah-wajah itu.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. 2 Templet (wajah gembira dan wajah sedih” dan 2

balutan(lihat dibawah)

2. Pensil atau krayon warna.

3. Dua keping kertas (berwarna yang sama)-saiz A4

4. Gunting.

5. Gam

6. Batang ais krim: ataupun mana-mana batang yang sesuai.

Page 12: KATEKESE@RUMAH 2021 #30