1 ogos 2021 hingga 10 september 2021

9

Upload: others

Post on 26-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021
Page 2: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti peserta melalui pertandingan melukis mural. Pertandingan ini terbuka kepada peserta yang berumur 13 tahun hingga 23 tahun.

Pertandingan ini sebagai landasan untuk menyemai rasa cinta kepada negara dan membina semangat patriotik dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama.

Sebanyak 2 kategori melukis mural dipertandingkan. i. Kategori A – berumur 13 hingga 17 tahun ii. Kategori B – berumur 18 hingga 23 tahun

1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

PERTANDINGAN MELUKIS MURAL@MERDEKA

KATEGORI

TARIKH PERTANDINGAN

Page 3: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

PERINCIAN SETIAP KATEGORI

Malaysia PrihatinTEMA

Lukisan mural adalah bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ dengan penambahan elemen Rukun Negara.

Saiz lukisan mural yang disediakan adalah dalam saiz A3.

Medium yang digunakan adalah bebas iaitu pensel warna, pen atau warna air.

Penghantaran lukisan mural adalah melalui google form yang disediakan pada atau sebelum jam 11.59 malam, 10 September 2021.

Sepuluh (10) lukisan mural terbaik akan dipilih sebagai pemenang pertandingan.

1.

2.

3.

4.

5.

Page 4: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

Malaysia Prihatin

Pendaftaran penyertaan adalah melalui laman sesawang www.merdeka360.my atau Jabatan Penerangan Malaysia;

Jumlah penyertaan dihadkan kepada satu (1) penyertaan sahaja sama ada individu atau berkumpulan. Jika berkumpulan hanya dihadkan kepada lima (5) orang sahaja;

Sijil penyertaan disediakan secara digital kepada semua peserta;

Lukisan mural perlu mematuhi tema yang ditetapkan iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dengan penerapan elemen Rukun Negara;

Lukisan mural tidak boleh menyentuh isu politik dan sensitiviti perkauman;

Saiz lukisan adalah bersaiz A3 yang dihasilkan menggunakan tangan dengan penggunaan pensel warna, pen atau warna air;

Penggunaan aplikasi digital, perisian grafik atau lain-lain dalam penyediaan lukisan mural adalah tidak dibenarkan;

Lukisan mural perlu berdasarkan dinding sebenar yang dipilih contohnya seperti dewan orang ramai, bangunan rumah kedai dan sebagainya;

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

TEMA

SYARAT PENYERTAAN

Page 5: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

Gambar dinding tersebut perlu dikepilkan bersama-sama lukisan mural yang dihantar kepada urus setia;

Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar empat (4) keping proses kerja seperti kerja akhir melukis, pertengahan mewarna, kerja akhir mewarna dan hasil karya yang telah siap;

Penyertaan perlu dimuat naik dalam bentuk fail jpeg atau pdf bersaiz kurang daripada 10MB dalam google form yang disediakan;

Sepuluh (10) lukisan terbaik akan dipilih sebagai pemenang oleh juri yang dilantik;

Urus setia berhak menolak penyertaan yang tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

Keputusan panel juri penilai adalah muktamad; dan

Jabatan Penerangan Malaysia berhak menggunakan lukisan yang dihantar untuk tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Page 6: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

Jabatan Penerangan Malaysia selaku penganjur pertandingan berhak untuk menggunakan lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media elektronik dan media sosial tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.

Untuk Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

En. Mohd Shukri bin Abd Razak – 03 8911 7421Pn. Nurul Dahlia binti Yahya – 03 8911 7417

Emel: [email protected]

HAK MILIK DAN PENGGUNAAN

Page 7: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

KRITERIA PENJURIAN

JADUAL PERTANDINGAN

Page 8: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021

HADIAH KATEGORI A13 hingga 17 tahun

HADIAH KATEGORI B18 hingga 23 tahun

Page 9: 1 Ogos 2021 hingga 10 September 2021