katekese@rumah 2021 #29

12
KATEKESE@RUMAH 2021 #29 “TERKEMUKA DI ANTARA KAMU” (Hari Minggu Biasa Ke – 29) Disediakan oleh Pusat Katekatikal Keuskupan Keuskupan Agung Kuala Lumpur PENGENALAN Bahan ini telah disediakan sebagai satu peluang untuk keluarga berkumpul dan meluangkan masa bagi berbincang, membuat refleksi serta melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan Bacaan Injil untuk Hari Minggu Biasa Ke-29. Minggu ini, Yesus mengajar murid-muridNya siapa yang terkemuka di antara mereka. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI Dokumen ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti, yang mana ahli keluarga boleh menyelesaikannya secara persendirian (hanya kanak-kanak sahaja), secara berdua (dengan bantuan ibu/bapa), atau sebagai satu keluarga. Ibubapa disarankan untuk mencetak bahan ini, agar setiap ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan semua aktiviti pada masa yang sama. BILA PERLU MENGGUNAKAN BAHAN INI Pada minggu selepas keluarga telah merayakan Misa Hari Minggu Biasa Ke- 29. DOA PEMBUKAAN Allah Bapa di Syurga, kami mengucap syukur atas anugerah setiap peribadi yang berkumpul di sini dalam hadirat-Mu. Terima kasih Tuhan Yesus, atas karunia kehidupan dan iman. Roh Kudus, Roh Kedamaian, pimpin kami dalam perhimpunan keluarga kami. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.

Upload: others

Post on 25-Jan-2022

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

KATEKESE@RUMAH 2021 #29

“TERKEMUKA DI ANTARA KAMU”

(Hari Minggu Biasa Ke – 29)

Disediakan oleh Pusat Katekatikal Keuskupan Keuskupan Agung Kuala Lumpur

PENGENALAN Bahan ini telah disediakan sebagai satu peluang untuk keluarga berkumpul

dan meluangkan masa bagi berbincang, membuat refleksi serta melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan Bacaan Injil untuk Hari Minggu Biasa Ke-29.

Minggu ini, Yesus mengajar murid-muridNya siapa yang terkemuka di antara mereka.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI

Dokumen ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti, yang mana ahli keluarga

boleh menyelesaikannya secara persendirian (hanya kanak-kanak sahaja), secara berdua (dengan bantuan ibu/bapa), atau sebagai satu keluarga.

Ibubapa disarankan untuk mencetak bahan ini, agar setiap ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan semua aktiviti pada masa yang sama.

BILA PERLU MENGGUNAKAN BAHAN INI

Pada minggu selepas keluarga telah merayakan Misa Hari Minggu Biasa Ke-29.

DOA PEMBUKAAN Allah Bapa di Syurga, kami mengucap syukur

atas anugerah setiap peribadi yang berkumpul di sini dalam hadirat-Mu. Terima kasih Tuhan

Yesus, atas karunia kehidupan dan iman. Roh Kudus, Roh Kedamaian, pimpin kami dalam

perhimpunan keluarga kami. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.

Page 2: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

RENUNGAN SABDA Jemput seseorang untuk membaca Bacaan dari Markus 10: 35 – 45. Kemudian, sebagai satu keluarga, buat refleksi ke atas pertanyaan-pertanyaan yang telah

disediakan, dan kongsikan pendapat anda bersama ahli keluarga. Sekiranya perlu, ibubapa boleh mengubah-suai soalan-soalan tersebut berdasarkan tahap

permahaman anak-anak. MASA UNTUK RENUNGAN DAN RESPONS: Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus, mendekati Yesus dan meminta Yesus

menyediakan tempat yang agung untuk mereka. Yesus bertanya jika mereka bersedia

untuk menerima layanan sebagaimana yang Dia akan terima. Walaupun mereka

mengatakan bahawa mereka telah bersedia, Yesus tidak dapat berjanji untuk memberikan

apa yang mereka kehendaki. Kenapa Yakobus dan Yohanes mencari Yesus? Kenapa saya mencari Yesus? Apa yang saya harapkan daripada Yesus?

Apakah yang akan saya lakukan sekiranya saya tidak menerima apa yang saya harapkan?

Murid-murid lain berasa marah terhadap Yakobus dan Yohanes, dan Yesus berkata kepada

mereka, “Kamu tahu, bahwa mereka yang disebut pemerintah bangsa-bangsa

memerintah rakyatnya dengan tangan besi, dan pembesar-pembesarnya menjalankan

kuasanya dengan keras atas mereka. Tidaklah demikian di antara kamu. Barangsiapa ingin

menjadi besar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu, dan barangsiapa ingin

menjadi yang terkemuka di antara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semuanya.

Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan

untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.”

Mengapa murid-murid lain marah pada Yakobus dan Yohanes? Mengapa Yesus berkata barangsiapa yang ingin menjadi terkemuka, ia terlebih dahulu perlu menjadi hamba?

Apakah yang boleh saya buat untuk menjadi serupa dengan Anak Manusia yang datang untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya?

Hari ini, Yesus mengajar kita maksud sebenar untuk menjadi agung. Dia menunjukkan

kepada kita bahawa keagungan bukan suatu kedudukan yang boleh diberikan, tetapi ianya

datang dengan mengikuti jejak Anak Manusia dalam melayani orang lain. Kita berdoa agar

dengan bimbingan Roh Kudus, kita juga boleh mengikuti jejak Langkah Yesus untuk

mengasihi mereka yang di sekeliling kita.

Katakan bersama sebagai satu keluarga: “Tuhan Yesus, Engkau telah turun dari syurga agar kita perolehi hidup dalam nama-Mu.

Engkau meminta kami untuk percaya dan meletakkan pengharapan dalam-Mu. Kami tahu

bahawa Engkau mengasihi kami dan memerhatikan kami selalu. Semoga kami terus

bertumbuh dalam iman kami dan mengikuti-Mu selalu, terutama dalam masa-masa

kesukaran.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AKTIVITI-AKTIVITI BERKAITAN Pada muka surat seterusnnya, terdapat beberapa aktiviti untuk kanak-kanak, yang

berkisarkan tentang Bacaan Injil pada minggu ini. Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda

ingin lakukan bersama anak-anak anda, tetapi jika boleh, buatlah semua aktiviti yang ada!

Page 3: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #1: Cari Perkataan.

MEMENANGI HADIAH

“Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama haruslah menjadi hamba kepada semua. Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan

bagi ramai orang.” Markus 10: 44 – 45 (AVB)

Page 4: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #2: Pecahkan Kod

MEMENANGI HADIAH

“Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama haruslah menjadi hamba kepada semua. Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan

bagi ramai orang.” Markus 10: 44 – 45 (AVB)

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

7 9 26 8 11 24 23 21 2 12 3 5 16 14 20 19 17 22 15 6 25 18 13 4 1 10

Page 5: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #3: Selesaikan Teka Silang Kata

MEMENANGI HADIAH

“Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama haruslah menjadi hamba kepada semua. Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan

bagi ramai orang.” Markus 10: 44 – 45 (AVB)

MELINTANG: 2. Orang yang memimpin, mengepalai 3. Menanggung kesusahan, keseksaan 5. Berlawanan dengan kanan 6. Minta bantuan

MENEGAK: 1. Seseorang yang bekerja dengan orang lain 3. Beristirehat di atas kerusi 4. Singgahsana untuk raja dan permaisuri 5. Berlawanan dengan kiri

PEKERJA KETUA KIRI KANAN

DERITA DUDUK TOLONG TAKHTA

Page 6: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #4: Cari Mesej Yang Tersembunyi.

Page 7: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #5: Bantu Yakobus dan Yohanes Mencari Jalan Ke Yesus.

Page 8: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #6: Cari Perkataan

MENJADI SEPERTI YESUS

“Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang”. Markus 10:45 Teka-teki dibawah berdasarkan Injil Markus 10:35-4

PELAYAN MENDERITA TAKHTA PEMERINTAH KABULKAN

PERMINTAAN HAMBA BESAR KEMULIAAN PEMBESAR

TERKEMUKA DUDUK KANAN KIRI TEMPAT

Page 9: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #7: Selesaikan Teka-Teki ini

MENJADI SEPERTI YESUS Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang”. Markus 10:45

KIRI PEMIMPIN HAMBA PERMINTAAN

KANAN DUDUK MENDERITA TAKHTA

Page 10: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #8: Pecahkan Kod ini.

MENJADI SEPERTI YESUS Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang”. Markus 10:45 Setiap nombor mewakili satu huruf. Gantikan huruf yang betul untuk setiap nombor bagi mendedahkan perkataan yang dikodkan.

1. 5-19-7-13-15-23-18-1-1-23 ________________________________

2. 18-1-16-12-18-1 _____________________________________

3. 16-1-23-1-23 ____________________________________

4. 16-15-7-15 _______________________________________

5. 13-19-23-6-19-7-15-18-1 _____________________________________

6. 5-19-13-19-7-15-23-18-1-12 ___________________________________

7. 6-21-23-15-1 ____________________________

8. 5-19-13-15-13-5-15-23 ____________________________________

9. 5-19-3-1-24-1-23 ____________________________________

10. 18-19-20-21-17-1-23 ___________________________________

PEMIMPIN KANAN KIRI PERMINTAAN DUNIA

TEBUSAN PELAYAN MENDERITA TAKHTA PEMERINTAH

Page 11: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #9: Pecahkan Kod ini

Sesiapa ingin menjadi yang terkemuka di antara kamu, hendaklah dia menjadi hamba untuk

semuanya

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 21 19 21 20 14 26 14 20 25 16 20 25

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 23 19 25 1 14 17 20 8 14 25 16

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 9 19 22 2 19 23 7 2 14 17 20

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 14 25 9 14 22 14 2 14 23 7

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 12 19 25 17 14 12 6 14 12 17 20 14

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 23 19 25 1 14 17 20 12 14 23 4 14

___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 7 25 9 7 2 21 19 23 7 14 25 8 14

TERBESAR ANTARA KAMU

Page 12: KATEKESE@RUMAH 2021 #29

Aktiviti #10: Warnakan Gambar ini.