kata sandang

2
KATA SANDANG Kata sandang ialah kata yang berfungsi untuk menentukan makna/maksud dalam ayat. Kata sandang tidak mempunyai sebarang makna/maksud serta tidak dapat berdiri dengan sendiri. Contoh: Perhatikan penerangan di bawah ini. Kata Sandang Penggunaannya Ayat Contoh nya Digunakan untuk: a) Membentuk frasa nama daripada frasa adjektif. b) Membentuk frasa nama daripada frasa kerja. c) Menegaskan frasa nama. 1 Cantiknya pemandangan di tempat peranginan itu sukar untuk digambarkan. 2 Tingginya bangunan itu kira-kira 60 meter. 3 Tajamnya mata pedang umpama sembilu. sang Digunakan untuk: a) Memberikan gelaran kepada orang, benda dan binatang. b) Memberikan sifat manusia pada binatang dan benda. 1 Sang Harimau itu sukar untuk dijinakkan. 2 Sang Suria muncul lagi. 3 Sang Kancil mengajak Sang Arnab berlumba lari dengannya. si Digunakan untuk: a) Memberikan gelaran seolah-olah manusia kepada haiwan. b) Membentuk frasa nama daripada frasa adjektif. c) Menerangkan tugas seseorang. d) Menerangkan sifat seseorang. 1 Si Buta itu teraba-raba mencari tongkatnya. 2 Si pengail itu memperoleh ikan yang banyak. 3 Si Botak itu dipercayai menjadi ketua perompak yang dicari oleh pihak polis. yang Digunakan untuk: 1 Rumah yang terletak di © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu 1 nya sang si yang

Upload: sazmani

Post on 14-Jun-2015

5.952 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA SANDANG

KATA SANDANG

Kata sandang ialah kata yang berfungsi untuk menentukan makna/maksud dalam ayat. Kata sandang tidak mempunyai sebarang makna/maksud serta tidak dapat berdiri dengan sendiri.Contoh:

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Sandang Penggunaannya Ayat Contoh

nya Digunakan untuk:a) Membentuk frasa nama daripada frasa adjektif.b) Membentuk frasa nama daripada frasa kerja.c) Menegaskan frasa nama.

1 Cantiknya pemandangan di tempat peranginan itu sukar untuk digambarkan.2 Tingginya bangunan itu kira-kira 60 meter.3 Tajamnya mata pedang umpama sembilu.

sang Digunakan untuk:a) Memberikan gelaran kepada orang, benda dan binatang.b) Memberikan sifat manusia pada binatang dan benda.

1 Sang Harimau itu sukar untuk dijinakkan.2 Sang Suria muncul lagi.3 Sang Kancil mengajak Sang Arnab berlumba lari dengannya.

si Digunakan untuk:a) Memberikan gelaran seolah-olah manusia kepada haiwan.b) Membentuk frasa nama daripada frasa adjektif.c) Menerangkan tugas seseorang.d) Menerangkan sifat seseorang.

1 Si Buta itu teraba-raba mencari tongkatnya.2 Si pengail itu memperoleh ikan yang banyak.3 Si Botak itu dipercayai menjadi ketua perompak yang dicari oleh pihak polis.

yang Digunakan untuk:a) Membentuk frasa nama.b) Menunjukkan perbezaan makna.

1 Rumah yang terletak di pinggir jalan itu tidak berpenghuni.2 Halaman rumahnya yang luas itu sesuai dijadikan padang bola.3 Adiknya yang bongsu itu telah selamat melahirkan seorang cahaya mata.

Walaupun kata sandang tidak mempunyai erti dan tidak dapat berdiri dengan sendiri, namun demikian kata sandang mempunyai tugas penting iaitu, untuk menentukan makna dalam ayat.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

nya sang si yang