kata aluan ppd

Upload: zalini

Post on 07-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

majalah sekolah

TRANSCRIPT

KATA ALUALUANPegawai Pendidikan Daerah Batang PadangAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah hidayah-Nya, majalah SINAR ini dapat diterbitkan untuk kali yang ke 4. Terima kasih saya ucapkan kerana pihak kami telah diberikan peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam majalah ini sebagai satu cetusan anjakan paradigma buat semua warga SMJK Katholik Tanjung Malim Perak.

Kemunculan majalah ini amat dinantikan dan merupakan satu catatan dan memori sekolah ini sepanjang tahun 2015. Di samping itu, majalah ini juga merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar untuk memaparkan idea-idea yang bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar ialah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah bagi menghasilkan majalah sekolah pada kali ini.

Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan selaras dengan PPPM 2013 - 2025, setiap pendidik tidakdapat laridari menghadapi pelbagaikemelut dan cabaran perubahan dalamdunia pendidikan. Justeru, semua guru hendaklah melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan pada masa kini yang berfokuskan aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa dan etika sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar setiap mereka berupaya untuk bersaing di peringkat global.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah ini akan menjadi perangsang kepada pelajar untuk terus mempamerkan bakat dan keterampilan diri masingmasing. Saya berharap agar warga SMJK katholik akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global.

Sekian, terima kasihOSMAN BIN MOHAMED BAHARI A.M.P.PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANGKATA ALUALUAN

Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Salam Sejahtera dan salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya, saya diberikan ruang dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah yang telah berusaha dengan gigih untuk merealisasikan penerbitan majalah sekolah bagi tahun 2015 ini.

Transformasi pendidikan yang telah dimulakan pada tahun 2013 melalui pelancaran PPPM 2013-2025 akan terus diperkukuh pada tahun ini. Saya yakin dengan perancangan dan pemantauan yang rapi semua inisiatif penting dalam Gelombang Pertama PPPM 2013-2025 dapat dicapai pada penghujung tahun ini. Ini termasuk memperkasakan guru dan pemimpin sekolah, menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Di samping itu, usaha untuk mengukuhkan aspek nilai, adab, perpaduan nasional dan semangat patriotism akan terus diberikan tumpuan utama selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Saya yakin bahawa transformasi pendidikan yang telah kita garap akan berjaya sekiranya kita berusaha tanpa mengenal erti putus asa, bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan berkhidmat dengan komitmen yang tinggi lagi berintegeriti. Kita perlu berusaha dan berubah daripada amalan biasa untuk melaksanakan transformasi pendidikan.

Akhir kata kepada guru-guru, hayatilah Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Sentiasalah ingatkan diri kita bahawa tugas sebagai pendidik adalah satu tugas yang amat mulia. Menjadi pendidik bukanlah semata-mata suatu profesion, tetapi suatu perjuangan untuk mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang. Kepada para pelajar, berikanlah tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya.

Sekian, terima kasih.