kata aluan pibg 2016

Upload: thayal-rau

Post on 07-Jul-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Kata Aluan Pibg 2016

    1/2

    PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEMEREHKM 5, JALAN MUAR, GEMEREH

    85000, SEGAMAT, JOHOR

    KATA ALU-ALUANYang Dipertua PIBG

    SMK Gemereh, Segamat  

     Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera… 

     Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini dapat kita bersua muka, hadir dalam Majlis

     Anugerah Kecemerlangan Akademik  dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Gemereh kali ke-18. Tahniahdan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja khususnya guru-guru SM !emereh kerana telahbertungkus-lumus bagi memastikan pr"gram yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    #ermua$akatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting dalam menjanjikankejayaan anak-anak. Semangat bekerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasanyang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum melakar kejayaan. ejayaan dank"mitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang "ptimum dalam pembentukankecemerlangan mereka. 

    %usteru itu saya menyeru para ibu bapa agar sentiasa memberi s"k"ngan m"ral dan materialkepada pihak sek"lah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dan sahsiahterpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan k"kurikulum. #ermua$akatan, sikap saling membantu dan

    kerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan anak-anakkita.

    Marilah kita bersama-sama, sebulat suara, seia sekata menghimpun seluruh tenaga dan ideadalam merealisasikan hasrat serta impian sek"lah anak-anak kita ini agar sentiasa berada di hadapandan cemerlang di mata masyarakat. Sem"ga kejayaan SM !emereh sebagai sek"lah Trans$"rmasiakan menjadi titik t"lak kepada kecemerlangan dan kegemilangan prestasi akademik serta k"kurikulum.

     Akhir kata, sekali lagi sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan

    tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung #&'! ali e-18 ini.

    Sekian, terima kai!

    ()*+& * )A* '&* MA/0# #&'!SM !)M))2

  • 8/18/2019 Kata Aluan Pibg 2016

    2/2

    KATA ALU-ALUANPENGETUA

    'ismillahirrahmaanirrahim….. Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

     Alhamdulillah puji bagi Allah S.3.T, selawat dan salam kepada junjungan *abi Muhammad

    S.A.3 dengan limpah dan kurnia serta petunjuk dari-*ya, dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di

    dalam buku pr"gram bersempena Majlis ecemerlangan Akademik dan Mesyuarat Agung #&'! tahun

    4516 ini.

    %utaan terima kasih kepada pihak sek"lah dan #&'! kerana sekali lagi berjaya menganjurkan

    majlis kecemerlangan dan juga mengadakan mesyuarat #&'! untuk sama-sama membincangkan dan

    melaksanakan rancangan-rancangan yang bakal dipersetujui bersama-sama demi kebaikan dan

    kecemerlangan berterusan pelajar-pelajar di sek"lah ini. iharapkan agar perjumpaan para guru dan ibu

    bapa dalam mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan semua agenda dapat dibincangkan dan

    diselesaikan dengan sempurna.

    Sesungguhnya pihak sek"lah memainkan peranan penting dalam mendidik, mengasuh dan

    memperlengkapkan diri para pelajar dengan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran bagi memb"lehkan

    mereka berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini sekali gus menjadi aset berharga untuk

    memacu kemajuan dan pembangunan negara pada masa hadapan. #embangunan diri pelajar yang

    seimbang daripada aspek em"si, r"hani, jasmani dan intelek perlu ditekankan supaya selari dengan

    hasrat yang terkandung dan 7alsa$ah #endidikan ebangsaan.

    Tahniah kepada penerima-penerima anugerah kecemerlangan pada hari ini. id"akan

    agar kejayaan tersebut kekal dalam genggaman anak-anak untuk terus melangkah gagah ke alam ilmu

    dan akal $ikir, budaya serta peradaban, lantas membentuk kesusilaan dan rasa h"rmat kepada para

    pendidik yang telah banyak berjasa menjadikan anak-anak insan yang berjaya. iharapkan agar anak-

    anak kita tidak lupa pada jasa para guru.

     Akhirkalam, iinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima

    kasih kepada semua warga #&'! atas sumbangan tenaga dan k"mitmen bagi memastikan  Majlis

    Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kecemerlangan Akademik Tahun !"#  dapat dilaksanakan

    dengan sempurna.

     Terima Kasih….

    Sahsiah Unggul Kecemerlangan Terbilang

    ()*+& M2 A& '&* 0AA+'/#)*!)T9A,SM !)M))2