kandungan butiran muka surat pengantar i kata alu-aluan sub

56
KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB (PL) ii BAHAGIAN A TAFSIRAN DAN PEMATUHAN PERATURAN Perkara 1 : Tafsiran 1 Perkara 2 : Pematuhan peraturan 6 BAHAGIAN B PANDUAN PENDAFTARAN PELATIH Perkara 3 : Pendaftaran pelatih 8 BAHAGIAN C KELAKUAN DAN TATATERTIB Perkara 4 : Peraturan am 10 Perkara 5 : Peraturan khusus 11 Perkara 6 : Berkahwin dan mengandung semasa latihan 15 Perkara 7 : Penggunaan media cetak dan media elektronik 15 Perkara 8 : Penganjuran dan penglibatan aktiviti oleh pelatih 16 Perkara 9 : Kehadiran kuliah, tutorial, latihan klinikal / amali, kokurikulum dan aktiviti rasmi ILKKM 18 Perkara 10 : Pengecualian kuliah, tutorial, kokurikulum dan aktiviti rasmi ILKKM 19 Perkara 11 : Lawatan ke luar negara 19 Perkara 12 : Peperiksaan 19 Perkara 13 : Penggunaan perpustakaan 19 Perkara 14 : Penampilan diri 20 Perkara 15 : Penggunaan kad pelatih 25 BAHAGIAN D KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN Perkara 16 : Peraturan keluar masuk kawasan ILKKM 27 Perkara 17 : Kawalan keselamatan 27 Perkara 18 : Rawatan perubatan 27 Perkara 19 : Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan 28 Perkara 20 : Lawatan pihak luar 29 Perkara 21 : Lawatan tetamu 29

Upload: nguyenkhanh

Post on 31-Dec-2016

272 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

KANDUNGAN

Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB (PL) ii BAHAGIAN A TAFSIRAN DAN PEMATUHAN PERATURAN Perkara 1 : Tafsiran 1 Perkara 2 : Pematuhan peraturan 6 BAHAGIAN B PANDUAN PENDAFTARAN PELATIH Perkara 3 : Pendaftaran pelatih 8 BAHAGIAN C KELAKUAN DAN TATATERTIB Perkara 4 : Peraturan am 10 Perkara 5 : Peraturan khusus 11 Perkara 6 : Berkahwin dan mengandung semasa latihan 15 Perkara 7 : Penggunaan media cetak dan media elektronik 15 Perkara 8 : Penganjuran dan penglibatan aktiviti oleh

pelatih 16 Perkara 9 : Kehadiran kuliah, tutorial, latihan klinikal /

amali, kokurikulum dan aktiviti rasmi ILKKM 18 Perkara 10 : Pengecualian kuliah, tutorial, kokurikulum dan

aktiviti rasmi ILKKM 19 Perkara 11 : Lawatan ke luar negara 19 Perkara 12 : Peperiksaan 19 Perkara 13 : Penggunaan perpustakaan 19 Perkara 14 : Penampilan diri 20 Perkara 15 : Penggunaan kad pelatih 25 BAHAGIAN D KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN Perkara 16 : Peraturan keluar masuk kawasan ILKKM 27 Perkara 17 : Kawalan keselamatan 27 Perkara 18 : Rawatan perubatan 27 Perkara 19 : Penggunaan bangunan, kawasan dan

peralatan 28 Perkara 20 : Lawatan pihak luar 29 Perkara 21 : Lawatan tetamu 29

Page 2: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

Butiran Muka Surat

BAHAGIAN E PERATURAN PENGGUNAAN KENDERAAN Perkara 22 : Penggunaan kenderaan ILKKM 30 Perkara 23 Permohonan penggunaan kenderaan

persendirian 30 Perkara 24 : Tatatertib lalu lintas jalan 30 BAHAGIAN F PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN Perkara 25 : Peraturan am asrama kediaman 32 Perkara 26 : Inventori bilik asrama kediaman 33 Perkara 27 : Tingkah laku pelatih menetap di asrama 34 Perkara 28 : Kawasan larangan 34 Perkara 29 : Pakaian 34 Perkara 30 : Kemudahan di asrama kediaman 35 Perkara 31 : Barang-barang milik persendirian 35 Perkara 32 : Aktiviti di asrama kediaman 35 Perkara 33 : Urusan bilik kediaman 36 Perkara 34 : Menerima tetamu 37 Perkara 35 : Urusan rawatan pelatih 37 Perkara 36 : Larangan-larangan salah laku 37 Perkara 37 : Kes-kes keselamatan dan kerosakan 38 Perkara 38 : Keluar masuk harian dan menginap di luar

asrama kediaman 38 BAHAGIAN G PERATURAN BAGI PELATIH YANG TINGGAL DI

PREMIS LUAR / PUSAT LATIHAN KLINIKAL / RUMAH SEWA

Perkara 39 : Peraturan am 39 Perkara 40 Tatatertib dan disiplin 39

BAHAGIAN H PERATURAN KAFETERIA / KANTIN Perkara 41 Etika dan pakaian semasa di kafeteria / kantin 41 Perkara 42 Penggunaan kafeteria / kantin untuk sesuatu

aktiviti 41

Page 3: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

Butiran Muka Surat

BAHAGIAN I TINDAKAN TATATERTIB Perkara 43 Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan

Pelatih 42 Perkara 44 Jawatankuasa Rayuan Pengurusan

Tatakelakuan Pelatih

45 Perkara 45 Kesalahan-kesalahan yang boleh

mengakibatkan penggantungan dan penamatan latihan 45

Perkara 46 Am

48

BAHAGIAN J SENARAI JAWATANKUASA PENYEDIAAN BUKU PANDUAN AM 49

Page 4: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB
Page 5: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

PENGANTAR

Selaras dengan hasrat Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) untuk meningkatkan kemenjadian dan kualiti pelatih separa perubatan yang dihasilkan, maka Buku Panduan Am Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dibangunkan bagi tujuan panduan kepada para pelatih yang mengikuti kursus latihan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Inisiatif dan penggubalan buku ini adalah berdasarkan Buku Peraturan Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil kira keperluan semasa dan dibaca bersama dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tawaran kursus seperti surat tawaran latihan dan surat Perjanjian dengan kerajaan Malaysia.

Buku Panduan ini mengandungi beberapa bahagian yang merangkumi peraturan berkaitan antaranya seperti kelakuan dan tatatertib, pendaftaran, kebajikan dan keselamatan, penggunaan kenderaan, asrama kediaman di kawasan ILKKM dan juga di luar kawasan ILKKM (PLK / PLA). Selain itu, buku ini juga menjelaskan tindakan tatatertib yang boleh dikenakan kepada pelatih yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini hendaklah menjadi rujukan dan digunakan sepanjang tempoh pelatih menjalani kursus di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

i

Page 6: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

KATA ALU-ALUAN

SETIAUSAHA BAHAGIAN BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam Sihat 1 Malaysia,

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa yang telah berjaya merealisasikan penggubalan buku Panduan Am Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya juga mengucapkan tahniah atas inisiatif jawatankuasa menerbitkan buku ini sebagai bahan rujukan kepada para pelatih di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Buku Panduan Am Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia ini adalah sebagai garis panduan kepada para pelatih sepanjang berkursus di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melicinkan pengurusan disiplin pelatih ke arah memartabatkan profesion separa perubatan. Dalam usaha ke arah itu, saya berharap panduan berkenaan dapat difahami dan dihayati demi membentuk disiplin, budi pekerti dan akhlak mulia di kalangan pelatih kita. Semoga disiplin yang disemai dan dipupuk akan menjadi sebahagian daripada amalan hidup berterusan yang berkesan dan bermanfaat bagi semua pelatih di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Besarlah harapan saya agar para pelatih akan patuh kepada semua peraturan yang ditetapkan demi mewujudkan persekitaran yang harmonis dan terkawal serta meningkatkan lagi tahap kecemerlangan pelatih di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat maju jaya kepada semua.

ELLAM ENDIN NOM Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

ii

Page 7: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

1

BAHAGIAN A : TAFSIRAN DAN PEMATUHAN PERATURAN

PERKARA 1: TAFSIRAN

1.1 “Bahagian” ertinya Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia;

1.2 “KKM” ertinya Kementerian Kesihatan Malaysia; 1.3 “Institut Latihan” ertinya Institut Latihan KKM atau Institusi Latihan

Swasta; 1.4 “Institut Latihan KKM atau ILKKM” ertinya Institut Latihan KKM yang

melaksanakan latihan pra perkhidmatan, pengkhususan, diploma lanjutan dan kursus-kursus lain yang ditawarkan kepada Anggota Sains Kesihatan Bersekutu;

1.5 “Institusi Latihan Swasta” ertinya institusi latihan bukan milik kerajaan

yang menawarkan perkhidmatan kepada pelatih-pelatih tajaan KKM dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu;

1.6 “Latihan” ertinya kursus pengajian yang dijalankan oleh Institut Latihan

dalam tempoh latihan yang ditetapkan; 1.7 “ditetapkan” ertinya apa-apa yang dinyatakan di dalam dokumen/ surat

menyurat yang dikeluarkan oleh KKM; 1.8 “Tempoh latihan” ertinya jangkamasa kursus sepertimana yang

terkandung dalam surat tawaran latihan yang ditawarkan kepada pelatih dan tempoh pelanjutan kursus latihan yang diluluskan oleh Bahagian;

1.9 “Surat tawaran latihan” ertinya surat yang menawarkan kepada calon-

calon yang telah berjaya dipilih untuk mengikuti kursus di Institut Latihan yang ditetapkan oleh KKM;

1.10 “Biasiswa” ertinya segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar

kepada seseorang pelatih termasuk elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun jahitan;

1.11 “Perjanjian” ertinya perjanjian biasiswa bagi mengikuti Latihan Sains

Kesihatan Bersekutu yang telah ditandatangani oleh pelatih dan pihak Kerajaan dengan menggunakan borang perjanjian yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

Page 8: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

2

1.12 “SUB” ertinya Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengurusan Latihan KKM) seorang yang dilantik oleh Ketua Setiausaha KKM untuk mengetuai Bahagian Pengurusan Latihan dan Institut Latihan KKM yang menguat kuasa peraturan dan tindakan tatatertib seperti yang terkandung di dalam Buku Peraturan Pelatih;

1.13 “TSUB (IL)” ertinya Timbalan Setiausaha Bahagian (Institusi Latihan)

ialah seorang yang dilantik oleh Ketua Setiausaha KKM untuk mengetuai Cawangan Institusi Latihan;

1.14 “KPSU (UP)” ertinya Ketua Penolong Setiausaha yang mengetuai Unit

Pembangunan dan Hal Ehwal Pelatih; 1.15 “Pengarah” ertinya mana-mana pegawai/ pengajar yang mengisi jawatan

pada gred tertinggi yang telah diwujudkan di sesebuah Institut Latihan KKM;

1.16 “TPHEP” ertinya mana-mana pegawai/pengajar yang mengisi jawatan

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih bagi Institut Latihan KKM; 1.17 “Pelatih” ertinya individu yang telah menerima tawaran latihan dan

melapor diri untuk mengikuti latihan di Institut Latihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengikuti latihan sepenuh masa;

1.18 “Pelatih bukan tajaan KKM” ertinya individu dari agensi kerajaan lain

atau swasta yang ditawarkan latihan di Institut Latihan bagi mengikuti latihan sepenuh masa;

1.19 “Aktiviti latihan” ertinya semua latihan berbentuk teori, amali, klinikal,

kokurikulum dan peperiksaan; 1.20 “Tidak hadir” ertinya seseorang pelatih tidak hadir bagi aktiviti

kurikulum dan ko-kurikulum semasa seseorang pelatih itu dikehendaki hadir untuk melaksanakan aktiviti latihannya;

1.21 “Hari bekerja biasa” ertinya hari bekerja mengikut negeri-negeri iaitu dari

hari Ahad hingga Khamis bagi negeri Kumpulan A (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor) dan dari hari Isnin hingga Jumaat bagi negeri Kumpulan B (W.P Kuala Lumpur / Labuan / Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak);

Page 9: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

3

1.22 “Tatakelakuan” ertinya tingkah laku, perangai atau tabiat yang ditunjukkan melalui perbuatan, percakapan, penulisan dan gerak tubuh (body language);

1.23 “Tempat latihan” ertinya kawasan Institut Latihan, asrama dan tempat-

tempat lain yang dijadikan atau dipilih oleh pihak Institut Latihan sebagai tempat untuk pelatih melaksanakan aktiviti kursus, latihan amali dan klinikal;

1.24 “Bilik menetap” ertinya bilik di mana seseorang pelatih ditempatkan

untuk tinggal sepanjang mengikuti aktiviti latihan; 1.25 “Tempat kediaman” ertinya asrama termasuklah apa-apa kediaman,

dengan apa-apa jua nama yang disebut yang disediakan oleh Institut Latihan untuk kediaman pelatih semasa menjalani latihan;

1.26 “Premis luar tempat kediaman” ertinya mana-mana premis, rumah, bilik

atau tempat tinggal yang didiami oleh pelatih berdaftar di Institut Latihan di luar tempat kediaman;

1.27 “Pelatih bukan menetap” ertinya pelatih yang tinggal di premis luar

tempat kediaman Institut Latihan asal (menumpang kediaman Institut Latihan lain semasa latihan klinikal atau amali);

1.28 “Warden” ertinya seorang pegawai yang dilantik oleh Bahagian yang

mengawal selia aktiviti dan kebajikan sesuatu tempat kediaman dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihaknya atau untuk membantunya;

1.29 “Pihak pengurusan tempat kediaman” ertinya Pengarah, TPHEP,

Ketua Warden, Warden, Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, Penyelia Asrama Kanan dan Penyelia Asrama atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa;

1.30 “Peralatan” ertinya semua jenis alat yang dimiliki oleh Institut Latihan di

dalam atau di luar tempat latihan atau tempat kediaman; 1.31 “Lawatan luar Institut Latihan” ertinya lawatan di dalam atau di luar

negara selain untuk memenuhi keperluan kursus anjuran mana-mana Jabatan / Unit, kumpulan pelatih, persatuan, kelab, unit beruniform atau Pertubuhan Kebajikan Pelatih ILKKM;

Page 10: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

4

1.32 “Lawatan luar negara” ertinya lawatan di luar negara selain keperluan kursus dan atas tanggungjawab sendiri;

1.33 “Pihak luar” ertinya individu atau kumpulan bukan pelatih, kakitangan

Bahagian Pengurusan Latihan dan Institut Latihan; 1.34 “Tetamu” ertinya mereka yang datang mengunjungi pelatih di asrama

Institut Latihan atau tempat kediaman termasuklah suami atau isteri, ibu bapa, penjaga atau keluarga terdekat termasuk sahabat handai pelatih dan pelatih yang bukan menetap di tempat kediaman Institut Latihan;

1.35 “Peraturan” ertinya Peraturan-Peraturan Pelatih Institut Latihan

Kementerian Kesihatan Malaysia 2016; 1.36 “Panduan” ertinya Peraturan Am Pelatih Insitut Latihan Kementerian

Kesihatan Malaysia; 1.37 “Rekod Praktis Klinikal atau Amali” ertinya mana-mana buku atau

rekod rasmi, yang diguna pakai oleh pelatih bagi mengukur kemahiran/keterampilan pelatih di penempatan klinikal atau amali;

1.38 “Kenderaan bermotor” ertinya kenderaan daripada apa-apa perihalan,

yang didorongi oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan;

1.39 “Kesalahan berat” ertinya apa-apa kesalahan yang boleh dijatuhkan

hukuman penangguhan latihan, pembatalan tawaran tempat latihan atau penamatan latihan;

1.40 “Dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam

Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; 1.41 “Bahan lucah” ertinya apa-apa bahan seperti filem, video, gambar foto

dan bahan bacaan dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seksual;

1.42 “Disabitkan” atau “Sabitan” berhubung dengan seseorang pelatih,

ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana- mana undang-undang bertulis bahawa pelatih itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah;

Page 11: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

5

1.43 “Mahkamah” ertinya Mahkamah Sivil, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan undang-undang dan jenayah;

1.44 “Tindakan pertuduhan” ertinya kes yang melibatkan surat pertuduhan

atas pelanggaran Peraturan, Perjanjian dan Surat Tawaran Latihan dan hukuman dijatuhkan melalui sidang bicara jawatankuasa;

1.45 “Tindakan pentadbiran” ertinya kes yang tidak melibatkan surat

pertuduhan iaitu dikategorikan sebagai kes sederhana dan hukuman dijatuhkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (Bahagian Pengurusan Latihan);

1.46 “Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (Institut Latihan)”

ertinya Jawatankuasa yang bertanggungjawab menimbang dan membuat keputusan berkaitan dengan tatakelakuan Pelatih di Institut Latihan sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (Bahagian Pengurusan Latihan);

1.47 “Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (Bahagian

Pengurusan Latihan)” ertinya Jawatankuasa yang bertanggungjawab menimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes tatakelakuan pelatih yang dirujuk oleh Institut Latihan;

1.48 “Jawatankuasa Rayuan Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (Bahagian

Pengurusan Latihan)” ertinya Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menimbang kes-kes rayuan Pelatih berikutan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (Bahagian Pengurusan Latihan);

1.49 “Jawatankuasa Pelatih AKSB Yang Mengalami Masalah Kesihatan”

ertinya Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menimbang kes-kes kesihatan yang dialami pelatih dan memiliki panel perubatan seperti berikut:

a) Masalah kesihatan am

b) Masalah neurologi (epilepsy)

c) Masalah kesihatan mental d) Masalah kecacatan

Page 12: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

6

PERKARA 2: PEMATUHAN PERATURAN

2.1 Seseorang pelatih hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Panduan ini.

2.2 Pelanggaran mana-mana peruntukan Panduan ini oleh seseorang pelatih

boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib. Guna pakai Panduan ini merangkumi pelatih:

a) Kursus Pra Perkhidmatan;

b) Kursus-kursus lain yang berkaitan atau ditawarkan di ILKKM.

2.3 Pelatih juga tertakluk kepada perkara-perkara yang tidak ternyata di dalam

Panduan ini termasuklah:

a) Surat Tawaran Latihan; b) Surat Perjanjian Biasiswa; c) Peraturan-peraturan Pelatih Institut Latihan KKM; d) Garis Panduan Penilaian Sistem Kredit ILKKM; e) Garis Panduan Kokurikulum; f) Undang-undang Malaysia yang berkaitan; dan g) Perjanjian-perjanjian lain, surat edaran, dokumen, maklumat

sekiranya ada.

2.4 Tempoh menjalani latihan adalah seperti dinyatakan di dalam surat tawaran latihan iaitu selama tiga (3) tahun bagi kursus diploma atau dua (2) tahun bagi kursus sijil.

2.5 Tempoh lanjutan latihan terhad kepada satu (1) tahun ataupun dua (2)

semester sahaja. 2.6 Pelatih tidak boleh mengulang semester yang sama melebihi dua (2) kali. 2.7 Pelatih boleh ditamatkan sekiranya latihan melebihi tempoh yang

dibenarkan.

Page 13: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

7

2.8 Pelatih yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut boleh ditamatkan latihan: a) Menerima cuti sakit berpanjangan melebihi tiga (3) bulan

berturut-turut atau sehingga melepasi tempoh latihan selama tiga tahun;

b) Disahkan mengidap sakit jiwa, epilepsy (sawan), penyakit

berjangkit kronik seperti Hepatitis B, Hepatitis C atau HIV / AIDS;

c) Disahkan hilang upaya untuk meneruskan latihan oleh Jawatankuasa Khas Pelatih AKSB Yang Mengalami Masalah Kesihatan.

2.9 Pelatih yang meninggalkan latihan dengan menarik diri daripada latihan a) Dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh mendaftar:

i) Belum mendapat biasiswa; dilepaskan dari sebarang

tuntutan atau denda; ii) Telah mendapat biasiswa; dikenakan tuntutan membayar

kembali jumlah biasiswa yang diterima.

b) Selepas enam (6) bulan dari tarikh mendaftar akan dikenakan tuntutan mengikut peraturan Fasal 7 syarat-syarat Perjanjian antara pelatih dengan Kerajaan Malaysia iaitu RM110,000 (kursus diploma) atau RM50,000 (kursus sijil).

2.10 Sebarang pindaan dan tambahan kepada Panduan ini yang dibuat oleh Bahagian yang diedarkan termasuklah dalam bentuk surat edaran hendaklah menjadi sebahagian daripada dan selaras dengan Panduan ini.

Page 14: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

8

BAHAGIAN B: PANDUAN PENDAFTARAN PELATIH

PERKARA 3: PENDAFTARAN PELATIH

3.1 Pelatih baru

a) Pelatih dikehendaki melapor diri seperti mana yang diarahkan. Kegagalan pelatih mengikuti arahan tersebut adalah merupakan satu kesalahan tatakelakuan.

b) Syarat-syarat pendaftaran pelatih baru adalah:

i) Bawa bersama surat tawaran latihan daripada

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Bahagian Pengurusan Latihan KKM;

ii) Bawa bersama keputusan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) dan pastikan bebas dari penyakit berjangkit seperti AIDS, HIV, Hepatitis B / C atau penyakit kronik;

iii) Bawa bersama Borang Perjanjian Biasiswa yang telah

lengkap seperti diarahkan.

c) Bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara berikut: i) Kad pengenalan; ii) Sijil kelahiran (surat beranak); iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

v) Sijil berhenti sekolah.

3.2 Pelatih lama

a) Syarat pendaftaran pelatih lama: i) Lulus peperiksaan akhir semester dan layak naik

semester berikutnya; atau ii) Mendapat kelulusan mengulang semester tanpa rayuan

(kes gagal peperiksaan); atau

Page 15: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

9

iii) Mendapat kelulusan rayuan mengulang semester (kes gagal peperiksaan); atau

iv) Mendapat surat arahan meneruskan semester /

mengulang semester bagi kes-kes penangguhan kerana perubatan atau tindakan tatatertib.

b) Pelatih akan dimaklumkan tarikh pendaftaran selepas

keputusan peperiksaan akhir semester atau mengikut tarikh seperti takwim akademik yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan.

3.3 Pakaian dan penampilan semasa mendaftar

a) Pelatih hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelatih

Islam digalakkan menutup aurat mengikut syarak. Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti ketat, jarang, pendek, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian tubuh badan.

b) Pelatih perlu menyisir rambut dengan kemas. Pelatih lelaki

berambut pendek dengan paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan hadapan tidak melebihi paras dahi.

c ) Pelatih tidak dibenarkan memakai topi, baju T tanpa kolar,

berseluar jeans atau berseluar pendek.

Page 16: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

10

BAHAGIAN C: KELAKUAN DAN TATATERTIB

PERKARA 4: PERATURAN AM

4.1 Setiap pelatih yang mengikuti semua jenis kursus di Institut Latihan KKM mesti berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar Institut Latihan demi menjaga nama baik Institut Latihan, profesion, kementerian dan maruah diri.

4.2 Setiap pelatih dilarang melakukan perkara-perkara yang berikut:

a) Melanggar undang-undang Pelatih dilarang terlibat dan disabitkan di bawah bahagian mana-mana bahagian undang-undang, akta, enakmen dan peraturan Negara, kerajaan negeri dan pihak-pihak kuasa yang lain termasuk Jabatan / Majlis Agama Islam.

b) Ingkar perintah Pelatih tidak boleh mengingkari atau melanggar mana-mana arahan atau perintah Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa.

c) Menghalang pelaksanaan tugas Pelatih tidak boleh menghalang, merintang, mengganggu atau menahan seseorang pegawai, kakitangan, pekerja atau wakil Institut Latihan dan Bahagian Pengurusan Latihan daripada menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab rasminya.

d) Merosakkan dan memudaratkan diri Pelatih dilarang melakukan apa-apa perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain, mengakibatkan kerosakan harta benda awam / kerajaan dan mencemarkan nama baik Institut Latihan.

Page 17: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

11

PERKARA 5: PERATURAN KHUSUS

5.1 Setiap pelatih dilarang melakukan perkara-perkara yang berikut: a) Dadah, arak dan racun

i) memiliki atau bawah jagaan atau kawalannya apa-apa

jenis dadah, arak atau racun; ii) memiliki atau bawah jagaan atau kawalannya apa-apa

perkakas atau alat untuk digunakan bagi tujuan pengambilan apa-apa jenis dadah, arak atau racun;

iii) membeli, membekal, mengadakan atau menawarkan

apa-apa jenis dadah, arak atau racun kepada mana- mana pihak;

iv) makan atau minum atau menghisap atau menyedut

atau menghidu atau memasukkan ke dalam badannya apa-apa jenis dadah, arak atau racun dengan cara suntikan atau apa-apa cara lain; dan

vi) minum atau ada dalam miliknya atau bawah jagaan atau

kawalannya apa-apa minuman yang memabukkan.

b) Rokok, vape dan shisha i) Pelatih adalah dilarang menghisap atau memiliki bahan

rokok, vape atau shisha sepanjang tempoh latihan samada di dalam atau di luar premis Institut Latihan.

ii) Larangan adalah terpakai untuk semua aktiviti rasmi

termasuk di luar Institut Latihan.

iii) Pelatih yang dibuktikan merokok atau memiliki bahan rokok, vape atau shisha walaupun berada di luar kawasan Institut Latihan / kawasan latihan kinikal akan dikenakan tindakan tatatertib.

Page 18: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

12

c) Berkelakuan sumbang Pada sebarang keadaan atau tempat di dalam atau di luar Institut Latihan: i) pelatih dilarang berkelakuan sumbang antara lelaki

dengan perempuan atau antara sesama jantina, yang boleh menimbulkan anggapan kurang sopan pada nilai moral dan / atau bertentangan dengan agama;

ii) Pelatih dilarang berkelakuan atau menampilkan imej yang bertentangan jantina.

d) Buli, ugut dan dera Pelatih dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh disabitkan dengan membuli, mengugut dan mendera.

e) Penggunaan telefon bimbit

i) Pelatih dilarang daripada mengaktifkan dan menggunakan telefon bimbit semasa aktiviti kuliah dan aktiviti rasmi Institut Latihan.

ii) Sekiranya pelatih mengaktifkan dan menggunakan telefon bimbit semasa aktiviti kuliah dan aktiviti rasmi Institut Latihan tanpa kebenaran, telefon bimbit pelatih akan dirampas sehingga tamat sesi aktiviti latihan berkenaan.

iii) Pelatih dilarang menggunakan telefon bimbit secara

salah yang boleh menjatuhkan maruah / imej Institut Latihan atau Jabatan Kerajaan lain serta memudaratkan diri dan orang lain.

iv) Sekiranya dibuktikan terdapatnya sumber maklumat di telefon bimbit dan digunakan untuk penipuan / peras ugut maka telefon tersebut boleh dirampas oleh petugas untuk pengesahan bahan bukti mengikut tempoh yang ditetapkan.

Page 19: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

13

f) Menjadi ahli pertubuhan Pelatih sesuatu Institut Latihan boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang kecuali mana-mana parti politik, pertubuhan, badan, kumpulan orang yang ditegah dalam Kerajaan Malaysia.

g) Mencuri / merosakkan harta

Pelatih dilarang mencuri, mengambil tanpa kebenaran, mengalih atau menyimpan dengan apa cara pun sesuatu benda, objek atau harta yang bukan miliknya.

h) Bekerja Pelatih dilarang berniaga dan membuat pekerjaan tetap atau

sambilan sepanjang tempoh pengajian termasuk perniagaan secara online kecuali dengan kebenaran Pengarah.

i) Berjudi

Pelatih dilarang terlibat dalam apa-apa juga bentuk perjudian di

dalam atau di luar Institut Latihan.

j) Berhutang Pelatih dilarang berada dalam keadaan keberhutangan yang

serius.

k) Mengutip wang Pelatih dilarang mengutip wang kecuali atas kebenaran dan

pengawasan daripada Pengarah atau TPHEP.

l) Mengguna / membawa pengaruh luar Menggunakan atau cuba membawa pengaruh luar untuk menyokong atau menggunakannya bagi tujuan mendapatkan sokongan dalam tindakannya berhubung dengan aktiviti latihan.

Page 20: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

14

m) Mengeluarkan pernyataan awam

i) Pelatih dibenarkan membuat pernyataan mengenai perkara akademik yang terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya dengan kebenaran Pengarah.

ii) Pelatih dilarang membuat apa-apa pernyataan / ulasan awam yang tiada kaitan dengan pengajiannya kepada mana-mana pihak dengan apa-apa juga cara.

iii) Pelatih dilarang memberi maklumat atau kenyataan

secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan Institut Latihan, kakitangan atau pelatih kepada mana-mana pihak.

n) Senjata

Pelatih dilarang membawa, memiliki, menyimpan dan menggunakan sebarang bentuk senjata berbahaya di dalam dan di luar Institut Latihan / kawasan latihan klinikal atau amali.

o) Kebersihan dalam Institut Latihan Pelatih dilarang melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan kawasan Institut Latihan.

p ) Memalsukan dokumen rasmi Pelatih dilarang memalsukan dokumen rasmi untuk kepentingan peribadi contohnya mengubah tarikh sijil cuti sakit.

Page 21: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

15

PERKARA 6 : BERKAHWIN DAN MENGANDUNG SEMASA LATIHAN

6.1 Pertimbangan kelulusan berkahwin hanya diberikan kepada pelatih tahun akhir sahaja.

6.2 Pelatih hendaklah mengemukakan permohonan berkahwin kepada Bahagian melalui Pengarah tiga (3) bulan sebelum tarikh perkahwinan.

6.3 Semua urusan perkahwinan perlu mematuhi undang-undang perkahwinan yang diguna pakai di Malaysia.

6.4 Pelatih yang mengandung semasa pengajian mesti melaporkan kepada pihak ILKKM dengan serta merta.

6.5 Pelatih yang disahkan mengandung akan ditangguhkan latihan.

6.6 Pelatih yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan yang sah boleh dikenakan tindakan penamatan latihan dengan denda.

PERKARA 7: PENGGUNAAN MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK

7.1 Pelatih dilarang menulis, mencetak, merakam, menyimpan, mengedar, mendengar, menonton, menayang, dan memperdengarkan sebarang media cetak / media elektronik / bahan-bahan lain yang:

a) berunsur lucah, hasutan atau fitnah yang boleh mencemarkan

nama baik ILKKM, agensi kerajaan lain atau individu; dan

b) menyalahi arahan Pengarah, peraturan atau undang-undang Malaysia yang masih berkuat kuasa.

7.2 Pelatih yang hendak mengedarkan, mempamerkan, mempertontonkan

ataupun memperdengarkan apa-apa bahan penerbitan media cetak dan media elektronik / digital perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah dan telah ditapis terlebih dahulu.

7.3 Pelatih tidak boleh menggunakan kepala surat rasmi ILKKM bagi

sebarang tujuan surat menyurat. 7.4 Pelatih yang hendak menggunakan nama dan logo ILKKM dalam semua

bentuk media cetak dan media elektronik perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah.

Page 22: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

16

PERKARA 8 : PENGANJURAN DAN PENGLIBATAN AKTIVITI OLEH PELATIH

8.1 Pelatih boleh mengadakan atau menganjurkan apa-apa aktiviti dengan

kebenaran bertulis daripada Pengarah.

8.2 Aktiviti yang dianjurkan mestilah mematuhi garis panduan / prosedur yang ditetapkan oleh ILKKM dan Bahagian Pengurusan Latihan.

8.3 Semua jenis aktiviti yang dikelolakan oleh pelatih pada waktu malam mesti ditamatkan tidak lewat dari pukul 10.30 malam. Aktiviti yang melewati masa tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah.

8.4 Pelatih dibenarkan mengikuti aktiviti yang ada kaitan dengan profesion separa perubatan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah.

8.5 Pelatih dilarang: a) menyertai atau mengambil bahagian dalam sebarang bentuk

aktiviti / pertandingan yang dianjurkan oleh agensi luar kecuali dengan kebenaran Pengarah.

b) menganjur, menyertai atau terlibat dalam apa-apa bentuk

perhimpunan / perarakan kecuali dengan kebenaran Pengarah. c) menganjur, menyertai, menghasut atau terlibat dalam apa-apa

pemulauan aktiviti rasmi Institut Latihan KKM.

8.6 Pelatih yang bercadang mengundang penceramah luar untuk memberi ceramah / syarahan di ILKKM hendaklah mengikut peraturan seperti yang berikut: a) Penceramah yang diundang hendaklah terdiri daripada

individu yang bertauliah atau diiktiraf oleh kerajaan. b) Tajuk dan isi ceramah / syarahan hendaklah:

i) perkara-perkara yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif kurikulum dan kokurikulum;

ii) tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan peraturan ILKKM; dan

Page 23: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

17

iii) tidak menyentuh isu-isu sensitif sesuatu pihak, kaum, budaya dan agama.

c) Kebenaran daripada Pengarah hendaklah diperolehi terlebih

dahulu sebelum penceramah dari luar dijemput memberi ceramah / syarahan di ILKKM;

d) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tidak

lewat dari tempoh satu bulan sebelum tarikh ceramah / syarahan diadakan;

e) Bahan-bahan ceramah / syarahan yang hendak diedarkan

kepada Pelatih perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Pengarah; dan

f) Ceramah / syarahan hendaklah didokumentasikan bagi tujuan

rujukan dan rekod.

Page 24: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

18

PERKARA 9 : KEHADIRAN KULIAH, TUTORIAL, LATIHAN KLINIKAL / AMALI, KOKURIKULUM DAN AKTIVITI RASMI ILKKM

9.1 Pelatih diwajibkan hadir ke kuliah, tutorial, latihan klinikal dan aktiviti rasmi

ILKKM. 9.2 Pelatih wajib menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial,

kokurikulum, praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti rasmi ILKKM.

9.3 Pelatih yang hadir lewat melebihi 15 minit daripada bermulanya sesuatu

kuliah, tutorial dan kokurikulum tanpa alasan yang munasabah, akan dikira tidak hadir dalam jam berkenaan.

9.4 Pelatih yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengemukakan surat

cuti sakit daripada hospital / klinik kerajaan / swasta atau mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah.

9.5 Pelatih yang mengemukakan sijil cuti sakit daripada klinik swasta tiga (3)

hari atau lebih, mesti mendapatkan pengesahan daripada hospital / klinik kerajaan.

9.6 Pelatih bukan menetap wajib menepati masa ketika menghadiri kuliah,

tutorial, kokurikulum, praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti rasmi ILKKM.

Page 25: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

19

PERKARA 10 : PENGECUALIAN KULIAH, TUTORIAL, KOKURIKULUM DAN AKTIVITI RASMI ILKKM

10.1 Pelatih boleh diberi pengecualian kuliah, tutorial, kokurikulum dan aktiviti

rasmi ILKKM sekiranya mendapat arahan rasmi atau kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah.

10.2 Pelatih boleh dipertimbangkan untuk diberikan pengecualian kuliah,

tutorial, kokurikulum dan aktiviti rasmi ILKKM atas sebab-sebab yang berikut: a) Menduduki peperiksaan awam yang dibenarkan; b) Diarahkan oleh pihak mahkamah untuk menghadiri perbicaraan; c) Menziarahi keluarga terdekat yang sakit tenat / meninggal dunia; d) Wabak penyakit, bencana alam atau kebakaran.

PERKARA 11: LAWATAN KE LUAR NEGARA

11.1 Pelatih yang bercadang untuk membuat lawatan ke luar negara

bukan atas urusan rasmi ILKKM hendaklah memohon kelulusan BPL melalui Pengarah Kolej.

11.2 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada BPL tiga (3) bulan sebelum

tarikh lawatan. 11.3 Lawatan hanya boleh diadakan pada cuti semester dan semasa tidak

terlibat dengan aktiviti rasmi ILKKM. 11.4 Sebarang risiko semasa lawatan adalah atas tanggungjawab pelatih

sendiri.

PERKARA 12: PEPERIKSAAN

12.1 Pelatih adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan yang sedang berkuat kuasa.

PERKARA 13: PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

13.1 Pelatih adalah tertakluk kepada peraturan penggunaan perpustakaan

yang sedang berkuat kuasa.

Page 26: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

20

PERKARA 14 : PENAMPILAN DIRI

14.1 Pelatih perlu menunjukkan personaliti dan penampilan diri yang baik dan yang sesuai dengan profesion separa perubatan.

14.2 Pakaian pelatih lelaki

a) Semasa menghadiri kuliah (i) Hendaklah memakai uniform lengkap disiplin masing-

masing. (ii) Bagi pelatih baru (Semester 1) yang belum menerima

bekalan uniform hendaklah memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, bertali leher, berseluar panjang hitam (slack) dan bertali pinggang.

b) Semasa menghadiri aktiviti kokurikulum

i) Kokurikulum unit beruniform Pelatih dikehendaki memakai pakaian seragam atau kemeja-T dan seluar yang ditetapkan.

ii) Kokurikulum kelab dan persatuan Pelatih dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.

iii) Kokurikulum sukan dan permainan Pelatih dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

c) Pakaian semasa menghadiri majlis rasmi / lawatan ke luar ILKKM Pelatih hendaklah berpakaian rasmi sebagaimana semasa menghadiri kuliah atau pakaian yang ditentukan untuk sesuatu majlis yang dihadiri / lawatan yang diikuti.

d) Pakaian khas seperti blazer boleh dipakai pada hari tertentu yang ditetapkan oleh ILKKM.

Page 27: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

21

e) Sebarang pengecualian dan pelepasan terhadap peraturan pakaian ini adalah tertakluk kepada arahan Bahagian Pengurusan Latihan dari semasa ke semasa.

f) Potongan rambut, misai, janggut dan jambang i) Potongan rambut pelatih perlu kemas dan sesuai

dengan profesion separa perubatan. ii) Rambut hendaklah disikat / sisir rapi. iii) Pelatih dilarang mewarnakan rambut. iv) Pelatih lelaki dilarang berfesyen rambut seperti afro,

punk, skin head atau membotakkan sebahagian kepala.

v) Pelatih dilarang bermisai tebal, berjanggut panjang melebihi ukuran 1 inci panjang dan berjambang tebal.

vi) Misai, janggut dan jambang hendaklah sentiasa diurus

dengan kemas dan mematuhi arahan yang diberi.

g) Pelatih lelaki dilarang berambut panjang:

i) melepasi kolar baju;

ii) menutup garisan tengah dahi; dan

iii) menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang melebihi paras anak telinga.

iv) Pelatih yang beragama Sikh boleh berambut panjang

jika mereka memakai turban.

Page 28: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

22

Gambarajah – Potongan rambut pelatih lelaki

h) Pelatih dilarang menyimpan kuku panjang atau menghiasinya dengan apa-apa jua cara.

14.3 Pakaian pelatih perempuan a) Semasa menghadiri kuliah

i) Hendaklah memakai uniform mengikut disiplin masing-

masing. ii) Bagi pelatih baru (Semester 1) yang belum mendapat

uniform hendaklah memakai baju kurung putih berkain hitam atau blaus putih berlengan dan berkain hitam atau skirt hitam melepasi paras lutut bagi pelatih bukan Islam. Berkasut sarung hitam (court shoes) dengan ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.75 sm).

iii) Pelatih perempuan Islam digalakkan memakai pakaian

yang menutup aurat dan bercirikan wanita muslim; dan iv) Pelatih dilarang memakai penutup muka / purdah.

b) Semasa menghadiri aktiviti kokurikulum

i) Kokurikulum unit beruniform Pelatih dikehendaki memakai pakaian seragam unit beruniform atau pakaian yang ditetapkan.

Page 29: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

23

ii) Kokurikulum kelab dan persatuan Pelatih dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.

iii) Kokurikulum sukan dan permainan Pelatih dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. Pelatih perempuan Islam digalakkan memakai track bottom dan kemeja-T berlengan panjang dan berkolar serta bertudung.

c) Pakaian semasa menghadiri majlis rasmi / lawatan ke luar ILKKM Pelatih hendaklah berpakaian rasmi sebagaimana semasa menghadiri kuliah atau pakaian yang ditentukan untuk sesuatu majlis yang dihadiri / lawatan yang diikuti.

d) Pakaian khas seperti blazer boleh dipakai pada hari tertentu yang ditetapkan oleh ILKKM.

e) Pelatih dikehendaki memakai pakaian lengkap unit beruniform

yang dianggotai pada hari yang ditentukan oleh ILKKM; dan

f) Sebarang pengecualian dan pelepasan terhadap peraturan pakaian ini adalah tertakluk kepada arahan Bahagian Pengurusan Latihan mengenainya dari semasa ke semasa.

g) Potongan rambut

i) Potongan rambut pelatih perlu kemas dan sesuai dengan profesion separa perubatan.

ii) Rambut hendaklah disikat rapi.

iii) Pelatih dilarang mewarnakan rambut.

h) Pelatih perempuan yang berambut panjang dikehendaki mengikat atau menguruskannya supaya kelihatan kemas. Ikatan dandan plait atau pony tail (tanpa menyentuh kolar

uniform) dibenarkan.

Page 30: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

24

14.4 Pelatih dilarang memakai jaket / blazer / T shirt yang menggunakan logo / jata dan tulisan di mana-mana bahagian pakaian yang hanya bertulis KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

14.5 Pakaian semasa menghadiri kuliah bagi pelatih Semester 1 sebelum uniform dibekalkan.

Gambarajah – Pakaian pelatih baru sebelum uniform dibekalkan

Page 31: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

25

PERKARA 15 : PENGGUNAAN KAD PELATIH

15.1 Pelatih dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamer kad pelatih semasa berada di dalam kawasan ILKKM atau menghadiri aktiviti rasmi di luar kawasan ILKKM.

15.2 Pelatih dikehendaki pada setiap masa memakai tanda nama yang

ditetapkan oleh pihak ILKKM semasa menghadiri kuliah dan aktiviti rasmi di dalam atau di luar ILKKM.

15.3 Pelatih dikehendaki membawa atau memakai kad pelatih dan tanda

nama semasa menghadiri aktiviti kokurikulum kecuali semasa di padang atau di gelanggang permainan atau aktiviti air.

15.4 Pelatih boleh menggantikan kad pelatih dengan kad nama yang

disediakan oleh ILKKM semasa menghadiri aktiviti majlis rasmi. 15.5 Pemakaian kad pelatih

a) Kad pelatih mestilah dipakai dengan disematkan di uniform / jaket / blazer pada paras dada sebelah kiri supaya sentiasa boleh dipandang dengan jelas.

b) Kad pelatih mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian

gambarnya di hadapan. c) Kad pelatih TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran / gambar

atau diubahsuai. d) Kad pelatih TIDAK boleh digunakan oleh individu selain yang

empunya diri. e) Pelatih yang kad pelatihnya:

i) hilang; perlu membuat laporan polis, lapor kepada

TPHEP dan Pengajar Penyelaras. Pelatih perlu memohon kad pelatih yang baru dari pihak Institut Latihan dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan.

ii) rosak / tamat tempoh: perlu memohon yang baru dari pihak kolej dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan.

Page 32: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

26

15.6 Pemakaian kad pelatih bagi pelatih baru daftar a) Pelatih akan diberi kad pelatih / tanda nama sementara

sehingga kad pelatih siap. b) Sebaik sahaja menerima kad pelatih sebenar, pelatih perlu

mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di Perkara 15.2 (pemakaian kad pelatih).

Page 33: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

27

BAHAGIAN D : KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

PERKARA 16: PERATURAN KELUAR MASUK KAWASAN ILKKM

16.1 Pelatih mesti mematuhi peraturan keluar masuk kawasan ILKKM. 16.2 Pelatih dikehendaki menggunakan pintu pagar keluar masuk yang

ditentukan oleh pihak ILKKM. 16.3 Pelatih hendaklah berada di asrama sebelum jam 8.00 malam pada hari

bekerja biasa dan sebelum jam 10.00 malam pada hari cuti minggu / cuti am dan mengikut arahan Pengarah dari semasa ke semasa.

16.4 Pelatih tidak dibenarkan keluar masuk atau meninggalkan kawasan ILKKM

sepanjang waktu kuliah dan kokurikulum.

PERKARA 17 : KAWALAN KESELAMATAN

17.1 Pelatih mesti mematuhi arahan mana-mana kakitangan atau pihak yang menguatkuasakan peraturan keselamatan ILKKM.

17.2 Pelatih atau pelawat dikehendaki menunjukkan dokumen pengenalan diri

seperti kad pengenalan, kad pelatih ataupun lesen memandu apabila diminta oleh mana-mana kakitangan yang diberikan kuasa oleh Pengarah.

PERKARA 18 : RAWATAN PERUBATAN

18.1 Pelatih yang memerlukan rawatan perubatan hendaklah ke hospital atau

klinik kerajaan. 18.2 Pelatih yang memerlukan rawatan semasa waktu pejabat hendaklah

melaporkan diri di Unit Hal Ehwal Pelatih dan mendapatkan borang kebenaran berjumpa dengan Pegawai Perubatan.

18.3 Pelatih yang tinggal di asrama yang memerlukan rawatan selepas waktu

pejabat hendaklah melaporkan kepada warden. 18.4 Pelatih perlu mengisi borang rawatan dan menyerahkan keratan slip

akuan rawatan / sijil cuti sakit kepada pegawai di Unit Hal Ehwal Pelatih selepas menerima rawatan.

Page 34: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

28

18.5 Pelatih boleh mendapatkan rawatan di hospital / klinik swasta atas

perbelanjaan sendiri dan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik berkenaan yang melebihi dua (2) hari berturut-turut perlu disahkan oleh doktor kerajaan.

PERKARA 1 9 : PENGGUNAAN BANGUNAN, KAWASAN DAN PERALATAN

19.1 Pelatih adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang dikuatkuasakan

ketika menggunakan kemudahan dan peralatan bilik kuliah, pusat sumber, makmal kemahiran / ketrampilan, gimnasium dan bilik-bilik khas yang lain.

19.2 Pelatih yang hendak menggunakan kemudahan bilik kuliah, pusat

sumber, makmal kemahiran / ketrampilan, gimnasium dan bilik-bilik khas yang lain, kawasan, dan peralatan pada masa dan selepas waktu pejabat, cuti hujung minggu, cuti semester dan cuti am hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah.

19.3 Pelatih dilarang membawa atau membenarkan orang luar menggunakan

bangunan, kawasan dan peralatan di ILKKM kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah.

19.4 Pelatih dilarang untuk memindah, mengubahsuai, mengalih sebarang

bahan, perkakas, alat atau sebagainya dari mana-mana bilik atau kawasan yang digunakan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah.

19.5 Pelatih bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan dan

kekemasan bangunan, kawasan dan peralatan yang digunakan.

Page 35: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

29

PERKARA 20 : LAWATAN PIHAK LUAR

20.1 Pelatih yang mengurus atau menerima lawatan daripada pihak luar mesti merujuk kepada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih dan memohon kebenaran bertulis daripada Pengarah.

PERKARA 21: LAWATAN TETAMU

21.1 Pelatih hendaklah menerima dan melayan tetamu di tempat yang

ditetapkan sahaja. Tetamu tidak dibenarkan memasuki mana-mana kawasan blok asrama kecuali dengan kebenaran Pengarah.

21.2 Pelatih bertanggungjawab memaklumkan kepada tetamu supaya

meletakkan kenderaan di lot parkir yang disediakan. 21.3 Pelatih bertanggungjawab terhadap perlakuan tetamu mereka dan

segala peraturan ILKKM dipatuhi sepenuhnya.

Page 36: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

30

BAHAGIAN E : PERATURAN PENGGUNAAN KENDERAAN

PERKARA 22: PENGGUNAAN KENDERAAN ILKKM

22.1 Pelatih yang hendak menggunakan perkhidmatan kenderaan

ILKKM hendaklah memohon kebenaran bertulis daripada Pengarah melalui TPHEP 14 hari bekerja sebelum program dilaksanakan.

22.2 Pengarah berhak membatalkan kelulusan penggunaan perkhidmatan

kenderaan.

PERKARA 23: PERMOHONAN PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

23.1 Pelatih yang hendak membawa, mengguna atau menyimpan apa-apa

kenderaan bermotor persendirian di premis ILKKM hendaklah:

a) Memiliki lesen memandu, kad pendaftaran dan polisi insurans kenderaan yang sah;

b) Mengemukakan surat kebenaran menggunakan kenderaan

daripada pemilik sah jika kenderaan bukan milik sendiri; c) Memohon dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada

Pengarah; dan d) Melekatkan pelekat rasmi ILKKM yang sah untuk tahun

berkenaan.

PERKARA 24: TATATERTIB LALU LINTAS JALAN

24.1 Semasa di kawasan premis ILKKM, pelatih tertakluk kepada peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua perundangan kecil yang dibuat di bawahnya serta peraturan yang terdapat dalam Jadual Kedua, Bahagian IV, Kaedah 35 - 47, Akta 174 Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

24.2 Pelatih hendaklah mematuhi peraturan had laju kenderaan bermotor

yang ditetapkan di dalam kawasan ILKKM. 24.3 Pelatih mesti memandu kenderaan bermotor di atas laluan / jalan

kenderaan bermotor sahaja.

Page 37: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

31

24.4 Pelatih dilarang melakukan sebarang pengubahsuaian pada kenderaan

mereka yang boleh menghasilkan bunyi atau sebagainya yang mengganggu ketenteraman di dalam kawasan ILKKM.

24.5 Pelatih tidak boleh meletakkan sebarang kenderaan bermotor di mana-

mana tempat atau apa-apa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada laluan pihak lain.

24.6 Pelatih hanya dibenarkan memarkir kenderaan di tempat yang telah

ditetapkan. Kenderaan hendaklah disusun atur dengan baik dan kemas. 24.7 Pelatih yang menunggang sesebuah motosikal beroda dua tidak boleh

membawa lebih daripada seorang pembonceng. 24.8 Pelatih tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa juga cara atau

melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menghalang atau mengganggu kelancaran lalu lintas atau boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain di dalam kawasan ILKKM.

24.9 Pelatih yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di

dalam kawasan ILKKM hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pengarah.

24.10 Pelatih yang menggunakan kenderaan tidak bermotor (basikal) adalah

tertakluk kepada Perkara 24.3, 24.5, 24.6, 24.8 dan 24.9. 24.11 Pengarah berhak membatalkan kelulusan kebenaran membawa

kenderaan di dalam kawasan ILKKM.

Page 38: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

32

BAHAGIAN F: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

PERKARA 25: PERATURAN AM ASRAMA KEDIAMAN

25.1 Semua Pelatih yang mendaftar di ILKKM diwajibkan tinggal menetap di

asrama kediaman seperti yang diarahkan oleh Pengarah. 25.2 Tiada sesiapa pun boleh memasuki atau berada di dalam bilik yang

diduduki oleh pelatih menetap kecuali:

a) Pelatih menetap itu sendiri; b) Kakitangan atau mana-mana pihak yang diberi kuasa untuk

menjalankan tugas; dan c) pelatih menetap lain daripada jantina yang sama untuk tujuan

sosial yang biasa.

25.3 Pelatih menetap bertanggungjawab untuk memastikan supaya sekatan- sekatan dalam Perkara 25.2 dipatuhi.

25.4 Pelatih menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang,

merintang atau menahan seseorang pegawai, kakitangan, pekerja atau wakil ILKKM memasuki bilik pelatih menetap untuk menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di bilik itu.

25.5 Pelatih menetap tidak boleh berada di luar blok kediaman selepas

pukul 10.00 malam kecuali dengan kebenaran Ketua Warden. 25.6 Pelatih bukan menetap tidak boleh berada di kolej kediaman selepas

pukul 8.00 malam kecuali dengan kebenaran Ketua Warden. 25.7 Pelatih menetap hendaklah menggunakan premis kediaman dengan

cermat dan tidak boleh melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian taman, landskap, bangunan atau kelengkapan di dalamnya.

25.8 Pelatih menetap hendaklah menggunakan premis kediaman dan

kemudahan lain dengan berhemah agar tidak membawa apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau gangguan kepada orang lain.

Page 39: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

33

25.9 Pelatih menetap dibenarkan tinggal di sesuatu kediaman mengikut budi bicara dan kuasa mutlak pihak ILKKM. Pihak ILKKM boleh mengarahkan pelatih menetap mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat lain pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.

25.10 Pelatih menetap yang dikehendaki mengosongkan atau berpindah

dari tempat tinggalnya, hendaklah berbuat demikian dan dalam tempoh itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya serta membersihkan bilik dan memastikan kemudahan asas dalam keadaan baik.

25.11 Pelatih menetap mestilah bertanggungjawab menjaga keselamatan diri

dan barang kepunyaannya sepanjang masa di kolej kediaman. 25.12 Pengarah atau Ketua Warden atau mana-mana pegawai yang diberi

kuasa boleh dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau secara bertulis apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di asrama kediaman.

25.13 Pengawal keselamatan yang menjalankan tugas di ILKKM

bertanggungjawab membantu menguatkuasakan hal-hal keselamatan dan peraturan asrama kediaman.

PERKARA 26: INVENTORI BILIK ASRAMA KEDIAMAN

26.1 Pelatih menetap dikehendaki melengkapkan borang pengesahan inventori bilik kediaman dan menyerahkan kepada pihak pengurusan asrama kediaman pada hari pendaftaran.

26.2 Pelatih menetap dikehendaki memastikan dan mengesahkan bilangan

semua alatan sama seperti yang tercatat dalam borang inventori bilik. Jika terdapat kerosakan atau kekurangan atau ketiadaan alat hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan asrama kediaman.

26.3 Pelatih menetap yang akan mengosongkan bilik asrama kediaman

bertanggungjawab memastikan inventori yang disediakan dalam keadaan bersih dan sempurna sebelum menyerahkan kunci bilik kepada pihak pengurusan asrama kediaman.

26.4 Pelatih menetap dikehendaki memberi kerjasama terhadap pemeriksaan

inventori yang diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan ILKKM.

Page 40: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

34

26.5 Pelatih menetap dilarang mengubah atau mengalih perabot dan peralatan bilik kediaman dari satu tempat ke satu tempat yang lain kecuali diarahkan berbuat demikian oleh pihak pengurusan asrama kediaman.

PERKARA 27: TINGKAH LAKU PELATIH MENETAP DI ASRAMA

27.1 Pelatih menetap di asrama perlu menjalin hubungan baik, bekerjasama,

hormat- menghormati dan bertimbang rasa terhadap seluruh warga ILKKM. 27.2 Pelatih menetap perlu menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan

di asrama kediaman. 27.3 Pelatih menetap dilarang membuat bising dan perkara-perkara yang

boleh mengganggu ketenteraman penetap lain asrama kediaman. 27.4 Pelatih menetap perlu mengamalkan tingkah laku dan menghayati

Budaya Korporat yang bersesuaian dengan profesion dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

PERKARA 28 : KAWASAN LARANGAN

28.1 Pelatih lelaki dilarang memasuki mana-mana kawasan kediaman pelatih

perempuan dan pelatih perempuan dilarang memasuki mana-mana kawasan kediaman pelatih lelaki.

28.2 Pelatih dilarang memasuki bilik atau kawasan larangan yang diwartakan

oleh pihak ILKKM.

PERKARA 29 : PAKAIAN

29.1 Pelatih menetap hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan sama ada di dalam atau di luar asrama kediaman selaras dengan etika pakaian pelatih ILKKM.

PERKARA 30 : KEMUDAHAN DI ASRAMA KEDIAMAN

30.1 Elektrik dan air

a) Pelatih menetap hendaklah memadamkan lampu bilik selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah malam kecuali mendapat kebenaran Ketua Warden / warden.

Page 41: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

35

b) Pelatih menetap hendaklah mematikan suis lampu, suis kipas dan suis-suis lain setiap kali meninggalkan bilik kediaman dan mana-mana bilik kemudahan di asrama kediaman.

c) Pelatih menetap hanya boleh menggunakan peralatan elektrik

dalam bilik kediaman seperti yang berikut:

i) komputer dan aksesori asas;

ii) pengecas bateri telefon dan kamera.

d) Pelatih menetap hanya dibenarkan menggunakan cerek dan seterika elektrik yang disediakan di bilik khas di asrama kediaman.

e) Pelatih menetap hanya dibenarkan menonton televisyen yang

disediakan di bilik rehat. f) Pelatih menetap ditegah sama sekali membuat sambungan

elektrik di dalam bilik kediaman masing-masing dan di mana-mana bahagian asrama.

g) Pelatih menetap tidak boleh membazirkan air dan elektrik.

PERKARA 31 : BARANG-BARANG MILIK PERSENDIRIAN

31.1 Pelatih menetap hendaklah bertanggungjawab atas keselamatan barang-

barang persendirian. 31.2 Pelatih hendaklah menyidai atau menjemur segala pakaian yang basah

di tempat yang ditetapkan.

PERKARA 32 : AKTIVITI DI ASRAMA KEDIAMAN

32.1 Pelatih menetap yang menganjurkan atau mengendalikan sebarang aktiviti di asrama kediaman termasuk mesyuarat hendaklah mendapat kebenaran daripada warden blok atau warden bertugas.

32.2 Pelatih menetap dimestikan mengambil bahagian dalam semua aktiviti

asrama kediaman yang telah ditetapkan. 32.3 Pelatih menetap yang beragama Islam dikehendaki ke masjid atau surau

untuk solat berjemaah, program usrah, majlis-majlis ilmu dan majlis-

Page 42: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

36

majlis khas keagamaan, manakala pelatih menetap bukan beragama Islam dikehendaki hadir untuk aktiviti moral.

PERKARA 33: URUSAN BILIK KEDIAMAN

33.1 Penjagaan kebersihan:

a) Pelatih menetap dikehendaki menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik kediaman serta bilik-bilik kemudahan yang lain.

b) Pelatih menetap hendaklah membuang sampah di tempat

khas yang disediakan. c) Pelatih menetap dikehendaki menyusun semua kasut dan

selipar di tempat yang disediakan. d) Pelatih menetap dikehendaki membawa dan memasang kain

cadar dan sarung bantal masing-masing.

33.2 Pelatih menetap dikehendaki menggunakan perabot dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan dengan baik dan cermat.

33.3 Pelatih menetap tidak dibenarkan menconteng, mengecat, memaku atau

menampal kertas atau gambar pada mana-mana bahagian bilik. 33.4 Pelatih menetap hendaklah menginap di bilik yang telah ditetapkan oleh

pihak pengurusan asrama kediaman. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Ketua Warden / Penolong Pengurus Asrama.

33.5 Pelatih menetap tidak dibenarkan menumpang tidur di bilik kediaman lain

atau memberi pelatih lain menumpang tidur di bilik kediamannya. 33.6 Pelatih menetap tidak dibenarkan menggunakan lampu minyak, lilin,

lingkaran ubat nyamuk, setanggi, kemenyan, colok atau alat / benda yang boleh menimbulkan bau, menyebabkan kekotoran dan kebakaran. Pelatih hanya boleh menggunakan lampu suluh atau lampu kecemasan sahaja.

33.7 Pelatih menetap tidak dibenarkan memasak dengan menggunakan apa-

apa jua kaedah di dalam bilik kediaman.

Page 43: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

37

PERKARA 34: MENERIMA TETAMU

34.1 Pelatih menetap yang menerima tetamu hendaklah menemui mereka di tempat yang dikhaskan. Tetamu tidak dibenarkan memasuki mana-mana bahagian lain di asrama kediaman dan hendaklah meninggalkan kawasan asrama kediaman sebelum pukul 6.00 petang.

34.2 Pelatih menetap bertanggungjawab memastikan tetamu mereka

mematuhi peraturan kolej kediaman dan bertatasusila dari segi kelakuan, pakaian dan tutur kata semasa berada di dalam kawasan asrama kediaman.

34.3 Pelatih menetap hanya dibenarkan menerima tetamu pada cuti hujung

minggu dan cuti umum dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang.

PERKARA 35 : URUSAN RAWATAN PELATIH

35.1 Pelatih menetap yang sakit dan memerlukan rawatan pada luar waktu

pejabat atau waktu cuti hendaklah melaporkan kepada warden bertugas. 35.2 Pelatih menetap perlu membawa Surat Akuan Rawatan dan hendaklah

menyerahkan kembali keratan surat yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kepada Pengajar Penyelaras.

PERKARA 36: LARANGAN-LARANGAN SALAH LAKU

36.1 Semua jenis objek penyembahan atau pemujaan sama ada dalam bentuk patung atau gambar dilarang sama sekali diletakkan atau dilekatkan atau digantungkan di dalam atau di luar bilik kediaman bagi apa-apa jua tujuan.

36.2 Pelatih menetap dilarang merokok di mana-mana bahagian atau

kawasan asrama kediaman. 36.3 Pelatih menetap dilarang memelihara apa-apa jenis haiwan di dalam bilik

atau di mana-mana bahagian atau kawasan asrama kediaman. 36.4 Pelatih menetap yang tidak berpuas hati terhadap penghuni lain, tidak

boleh bertindak bersendirian sebaliknya hendaklah melaporkan kepada warden.

Page 44: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

38

36.5 Pelatih menetap tidak dibenarkan membuat kunci pendua dan memasang kunci tambahan pada pintu bilik, laci dan almari.

36.6 Pelatih menetap dilarang menyimpan atau membawa atau memiliki

bahan- bahan yang mudah terbakar seperti petrol, bahan kimia, mercun, bunga api, bahan peledak dan bahan-bahan lain di dalam bilik atau di mana-mana bahagian atau kawasan asrama kediaman.

36.7 Pelatih menetap dilarang memiliki, membawa, menyimpan atau

memakan makanan yang mengandungi daging babi di dalam bilik kediaman atau di mana-mana bahagian atau kawasan asrama kediaman.

36.8 Pelatih menetap dilarang membawa atau memakan sebarang jenis

buah- buahan yang mengeluarkan getah atau bau yang boleh menjejaskan kebersihan dan mengganggu keselesaan penghuni asrama kediaman yang lain.

PERKARA 37: KES-KES KESELAMATAN DAN KEROSAKAN

37.1 Pelatih menetap hendaklah melaporkan dengan segera sebarang

kejadian seperti kecurian, pergaduhan, pencerobohan, aktiviti yang tidak sihat dan lain-lain kepada pihak pengurusan kolej kediaman.

37.2 Pelatih menetap hendaklah melaporkan dengan segera sebarang

kerosakan kemudahan di kolej kediaman kepada pihak pengurusan kolej kediaman.

PERKARA 38 : KELUAR MASUK HARIAN DAN MENGINAP DI LUAR

ASRAMA KEDIAMAN

38.1 Pelatih menetap dikehendaki mematuhi peraturan keluar masuk asrama. 38.2 Pelatih menetap hendaklah memaklumkan kepada warden dengan

segera sekiranya tidak dapat balik ke asrama kediaman pada waktu yang ditetapkan.

38.3 Pelatih menetap yang hendak bermalam di luar asrama kediaman

hendaklah mendapatkan kebenaran daripada TPHEP / Pengarah.

Page 45: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

39

BAHAGIAN G : PERATURAN BAGI PELATIH YANG TINGGAL DI PREMIS LUAR / PUSAT LATIHAN KLINIKAL /

RUMAH SEWA

PERKARA 39 : PERATURAN AM

39.1 Pelatih dilarang tinggal atau berkongsi satu unit rumah atau bilik dengan pelatih yang berlainan jantina.

39.2 Pelatih dilarang menggunakan kemudahan-kemudahan di premis

kediaman ILKKM kecuali dengan kebenaran Pengarah. 39.3 Pelatih yang tinggal di premis selain yang disediakan oleh ILKKM

semasa tempoh latihan amali / klinikal dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada pihak ILKKM alamat tempat tinggal yang lengkap, nama pemilik premis dan nombor telefon untuk tujuan pemantauan.

39.4 Pelatih dikehendaki memberitahu maklumat seperti Perkara 39.3

kepada pihak ILKKM secara bertulis setiap kali berpindah premis.

PERKARA 40 : TATATERTIB DAN DISIPLIN

40.1 Pelatih dikehendaki sentiasa berkelakuan baik untuk menjaga maruah dan nama baik pelatih sendiri serta nama baik ILKKM.

40.2 Pelatih hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa,

bekerjasama, hormat-menghormati dan menjalinkan semangat kejiranan dengan komuniti setempat.

40.3 Pelatih hendaklah memastikan bahagian luar dan dalam premis kediaman

sentiasa dalam keadaan bersih dan sempurna pada setiap masa. 40.4 Pelatih dilarang berjudi, memiliki, menyimpan atau mengedar minuman

yang memabukkan. 40.5 Pelatih dilarang menyalahgunakan, memiliki, menyimpan atau

mengedarkan dadah atau menghidu gam dan yang seumpamanya yang menyalahi undang-undang di Malaysia.

40.6 Pelatih dilarang membawa masuk atau menerima tetamu berlainan

jantina ke dalam premis kediaman yang dihuni.

Page 46: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

40

40.7 Pelatih mesti menjelaskan bayaran sewa rumah / bilik kediaman dan bil-bil lain yang berkaitan jika tidak tinggal di premis yang disediakan. Pihak ILKKM tidak akan bertanggungjawab atas keberhutangan pelatih.

40.8 Pelatih bukan menetap dilarang mengunjungi pusat hiburan / tempat-

tempat yang boleh menjejaskan imej dan nama baik ILKKM dan profesion.

40.9 Pelatih hendaklah mematuhi arahan Pengarah dari semasa ke semasa.

Page 47: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

41

BAHAGIAN H: PERATURAN KAFETERIA / KANTIN

PERKARA 41 : ETIKA DAN PAKAIAN SEMASA DI KAFETERIA / KANTIN

41.1 Pelatih hendaklah berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat

di kafeteria / kantin. 41.2 Pelatih tidak boleh menunjukkan perlakuan tidak sopan.

PERKARA 42 : PENGGUNAAN KAFETERIA / KANTIN UNTUK SESUATU AKTIVITI

42.1 Mana-mana persatuan, kelab, kumpulan dan pihak-pihak lain di dalam

atau di luar ILKKM yang hendak menggunakan kafeteria / kantin sebagai tempat untuk menjalankan sesuatu aktiviti hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah.

42.2 Pelatih yang telah menggunakan kafeteria / kantin hendaklah

membersihkan dewan dan menyusun semula semua perabot seperti kedudukan asalnya.

Page 48: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

42

BAHAGIAN I : TINDAKAN TATATERTIB

PERKARA 43: JAWATANKUASA PENGURUSAN TATAKELAKUAN

PELATIH

43.1 Pelatih yang didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelatih (Kelakuan dan Tatatertib) Institut Latihan KKM dan peraturan-peraturan lain yang dibaca bersama akan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih di Peringkat ILKKM dan Bahagian Pengurusan Latihan.

43.2 Jenis kesalahan dan hukuman yang boleh diambil oleh Jawatankuasa

Pengurusan Tatakelakuan Pelatih di Peringkat ILKKM adalah seperti berikut:

a) Jenis kesalahan

i) Tidak hadir latihan selama tidak lebih tujuh (7) hari bagi

satu semester atau tidak melebihi empat belas (14) hari setahun.

ii) Melanggar peraturan Institut Latihan KKM termasuk

asrama.

iii) Pelanggaran peraturan yang tidak membawa kepada penamatan.

b) Hukuman

i) Amaran.

ii) Perkhidmatan wajib kemasyarakatan.

iii) Dilucutkan kelayakan cuti / cuti semester tidak melebihi tujuh (7) hari.

43.3 Arahan pulang ke rumah

Pihak JPTP ILKKM boleh mengarahkan pelatih pulang ke rumah bagi kes prima facie dengan bukti kukuh seperti di bawah setelah memaklumkan kes berkenaan kepada pihak urus setia JPTP BPL:

Page 49: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

43

a) Positif ujian pengesanan dadah oleh pihak polis atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);

b) Positif ujian pengesahan mengandung;

c) Didapati menghisap rokok, vape, shisha atau meminum arak;

d) Didapati memiliki bahan atau alatan rokok, vape, shisha, dadah, atau arak;

e) Ditahan oleh pihak berkuasa atas pertuduhan kes jenayah;

f) Tidak layak menduduki peperiksaan oleh Jawatankuasa Kelayakan Menduduki Peperiksaan.

43.4 Jenis kesalahan dan hukuman yang boleh diambil oleh Jawatankuasa

Pengurusan Tatakelakuan Pelatih di Peringkat Bahagian Pengurusan Latihan adalah seperti berikut:

a) Jenis kesalahan

i) Melanggar mana-mana syarat Perjanjian.

ii) Disabitkan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, akta, enakmen dan peraturan negara, kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa lain termasuk Jabatan / Majlis Agama Islam.

iii) Melakukan kesalahan berat iaitu pelanggaran yang

menyebabkan Perjanjian latihan ditamatkan. b) Hukuman

i) Amaran. ii) Denda. iii) Dilucutkan kelayakan cuti tidak melebihi tujuh (7) hari. iv) Dilucutkan kelayakan biasiswa atas kadar tidak melebihi

jumlah satu (1) semester. v) Ditangguhkan latihan.

Page 50: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

44

vi) Pembatalan tawaran tempat latihan.

c) Penamatan latihan.

d) Mana-mana hukuman yang bersesuaian berdasarkan

jenis kes.

43.5 Kesalahan lalu lintas

Pelatih yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh dikenakan hukuman tatatertib oleh Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih ILKKM berdasarkan kesalahan yang dilakukan dan peraturan lalu lintas di Malaysia.

Page 51: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

45

PERKARA 44 : JAWATANKUASA RAYUAN PENGURUSAN TATAKELAKUAN PELATIH

44.1 Pelatih yang dijatuhkan hukuman boleh membuat rayuan kepada

Jawatankuasa ini dalam tempoh 21 hari dari surat keputusan oleh JPTP BPL diterima.

44.2 Jawatankuasa Rayuan Pengurusan Tatakelakuan Pelatih (JRPTP) berhak

untuk:

a) Meminda / meringankan hukuman; b) Mengurangkan denda dan menentukan cara bayaran denda; c) Membebaskan dari hukuman pelanggaran tatakelakuan; d) Menolak rayuan, mengesah dan mengekalkan keputusan

hukuman.

PERKARA 45 : KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN LATIHAN

45.1 Pelanggaran kontrak

a) Berkahwin dan mengandung

i) Bernikah / Berkahwin sebelum latihan dan tidak membuat pengakuan semasa menerima tawaran latihan.

ii) Mengandung sebelum bernikah / berkahwin.

iii) Berkahwin tanpa kebenaran dan didapati mengandung.

iv) Menggugurkan kandungan dengan bukti ‘prima facie’. b) Meninggalkan latihan tanpa kebenaran. c) Mengadakan hubungan dan menggunakan pengaruh luar yang

boleh mewujudkan keadaan serba salah, menjejaskan nama baik atau moral atau reputasi Institut Latihan / kerajaan atau menjejaskan kelicinan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kursus.

Page 52: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

46

d) Menanggung hutang yang tidak tercagar daripada orang perseorangan atau institusi kewangan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan yang melebihi daripada RM 1,500.00 atau berada dalam kesusahan berat kerana hutang (tuntutan-tuntutan hutang yang menyulitkan pelatih untuk membayarnya) atau terlibat dalam prosiding kebangkrapan.

45.2 Pelanggaran peraturan peperiksaan

a) Tidak hadir peperiksaan tanpa sebab yang munasabah. b) Tidak menghadiri peperiksaan ulangan yang ditetapkan tanpa

sebab yang munasabah. c) Meniru dengan bukti ‘prima facie’ semasa peperiksaan. d) Cubaan untuk meniru semasa peperiksaan dengan membawa

masuk bahan bukti ke dalam dewan peperiksaan. e) Disyaki meniru dalam peperiksaan dengan apa jua cara /

tindakan seperti;

i) Bercakap semasa peperiksaan sedang berlangsung.

ii) Pergerakan tubuh badan yang mencurigakan.

iii) Menulis apa-apa maklumat berkaitan peperiksaan di mana-mana bahagian tubuh badan atau pakaian.

45.3 Kuliah / Klinikal / Kokurikulum

a) Meniru / memalsukan tandatangan pengesahan di buku rekod keterampilan / buku log / dokumen / surat rasmi.

b) Menipu dalam kehadiran dengan:

i) Merakamkan kad perakam waktu pelatih lain;

ii) Meniru tandatangan pelatih lain;

iii) Menggunakan kad perakam waktu pelatih lain.

c) Menukar syif bertugas tanpa mendapat kebenaran.

Page 53: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

47

d) Meniru tandatangan ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan

kebenaran bermalam di luar. e) Meniru / memalsukan tandatangan Pengajar / Jururawat Klinikal

/ Local Preceptor atau mana-mana pegawai yang bertugas untuk tujuan peribadi.

f) Mencuri buku log pelatih lain dengan ‘prima facie’. g) Menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran samada di dalam

bilik kuliah, di kawasan klinikal atau semasa aktiviti kokurikulum.

45.4 Tidak hadir

a) Ponteng aktiviti latihan tanpa alasan munasabah.

b) Tidak memaklumkan kepada Pengajar Penyelaras Institut Latihan tentang cuti sakit dan lewat mengemukakan sijil cuti sakit.

45.5 Jenayah a) Mencuri, mengambil barang tanpa izin.

b) Mengambil ubat-ubatan dalam kuantiti yang mencurigakan dan

boleh mengkhayalkan tanpa preskripsi atau kebenaran dari klinik / hospital.

c) Terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

d) Terlibat dengan pergaduhan dan disabitkan kesalahan.

e) Terlibat dengan pergaduhan dan tidak disabitan kesalahan.

f) Memalsukan dokumen rasmi seperti sijil cuti sakit.

45.6 Rokok, vape dan shisha

a) Didapati menghisap rokok, vape dan shisha. b) Memiliki bahan rokok, vape dan shisha.

Page 54: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

48

45.7 Sosial / moral / agama a) Mempamerkan perlakuan sumbang / biadab sama ada secara

perbuatan, percakapan atau penampilan. b) Berkelakuan sumbang (lesbian / gay). c) Berkhalwat di dalam atau di luar kawasan Kolej. d) Memeras ugut dan mengancam mana-mana individu dengan

bukti.

PERKARA 46: AM

46.1 Sebarang pindaan atau tambahan terhadap peraturan ini yang diedarkan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.

Page 55: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

49

BAHAGIAN J : SENARAI JAWATANKUASA PENYEDIAAN BUKU

PANDUAN AM

PENGERUSI

Tn. Ellam Endin Nom Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Latihan KKM

SETIAUSAHA

Pn. Zahariah binti Mohd Sarif Timbalan Setiausaha Bahagian (Institusi Latihan) Bahagian Pengurusan Latihan KKM

AHLI JAWATANKUASA

En. Abd. Ghafar bin Dolah Timbalan Setiausaha Bahagian (Operasi Latihan) Bahagian Pengurusan Latihan KKM

En. Mohamad Yatim bin Nawawi Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar Latihan) Bahagian Pengurusan Latihan KKM

En. Mohd. Badrie bin Abd. Rahim Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Latihan KKM

Pn. Masnah binti Martu Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan KKM

Pn. Jamaliah binti Salleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan KKM

En. Heizrul bin Ali Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan KKM

Pn Zaleha binti Abu Bakar Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

Page 56: KANDUNGAN Butiran Muka Surat Pengantar i Kata Alu-Aluan SUB

50

Pn. Bangajam Narayanan Pengarah Kolej Kejururawatan Kuantan

En. Adnan bin Yaakob Pengarah Kolej Pembantu Perubatan Seremban

En. Syed Hashim bin Syed Endut Pengarah Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit

Pn. Hawa binti Ragi Pengarah Kolej Jururawat Masyarakat Serian

Pn. Fariz Sakina binti Abdullah Kaunselor Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh

Pn. Haji Bon Nissa binti Md Abdul Kadir Kaunselor Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru

URUS SETIA BPL

Pn. Aniza binti Mohd Zazuli Penolong Setiausaha Kanan Unit Pembangunan & Hal Ehwal Pelatih

En. Mohd Zanizam bin Mohd Daud Penolong Setiausaha Unit Pembangunan & Hal Ehwal Pelatih

En. Afihan bin Abdul Rahman Penolong Setiausaha Unit Pembangunan & Hal Ehwal Pelatih

Cik Hemi Zainajwa binti Mamat Penolong Setiausaha Unit Pembangunan & Hal Ehwal Pelatih

Pn. Salmiah binti Haji Badri Penolong Pembantu Tadbir Unit Pembangunan & Hal Ehwal Pelatih