kata aluan pengarah jpnj

2
Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Johor Jabatan Pelajaran Johor, Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru, Johor. Syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan kata alu-aluan di dalam majalah sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent Kluang bagi tahun 2013. Syabas dan tahniah kerana semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses perubahan yang pesat dalam segala aspek. Walau bagaimanapun perubahan tidak dapat memberi kesan yang positif andainya sikap kita tidak selaras dengan agenda perubahan, Oleh itu, pemimpin sekolah, guru-guru dan para pelajar bertanggungjawab memahami dan menghayati semua program perubahan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Para pelajar merupakan modal insan yang bakal menerajui dan meneruskan agenda pembangunan negara. Hasrat kerajaan ialah membangunkan modal insan bertaraf dunia yang dapat menjadi pemain di peringkat global. Oleh itu, semua pelajar dikehendaki memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai dengan perubahan semasa. Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan pembangunan pendidikan di sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan. Sekian, terima kasih.

Upload: esther-chin

Post on 18-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Majalah 2013

TRANSCRIPT

Kata Alu-aluanPengarah Pendidikan JohorJabatan Pelajaran Johor,Jalan Tun Abdul Razak,80604 Johor Bahru,Johor.

Syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan kata alu-aluan di dalam majalah sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent Kluang bagi tahun 2013. Syabas dan tahniah kerana semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini.Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses perubahan yang pesat dalam segala aspek. Walau bagaimanapun perubahan tidak dapat memberi kesan yang positif andainya sikap kita tidak selaras dengan agenda perubahan, Oleh itu, pemimpin sekolah, guru-guru dan para pelajar bertanggungjawab memahami dan menghayati semua program perubahan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.Para pelajar merupakan modal insan yang bakal menerajui dan meneruskan agenda pembangunan negara. Hasrat kerajaan ialah membangunkan modal insan bertaraf dunia yang dapat menjadi pemain di peringkat global. Oleh itu, semua pelajar dikehendaki memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai dengan perubahan semasa.Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan pembangunan pendidikan di sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan.Sekian, terima kasih.

MOHD NOR BIN A GHANIPengarah Pendidikan Johor