kandungan - drmuda.gov.my khas ii.pdf · peruntukan akta / surat pekeliling ikhtisas berkaitan vii....

10

Upload: others

Post on 17-Oct-2019

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah
Page 2: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

KANDUNGAN

Kata Aluan Pengarah Bahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia

Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia

Panduan Penggunaan Garis Panduan

Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas

i. Latar Belakangii. Rasionaliii. Matlamativ. Objektifv. Kurikulumvi. Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitanvii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas

Penghargaan

Page 3: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

Kata AluanPengarah Bahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada semua kerana telah berjaya menerbitkan Garis Panduan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas dan seterusnya berjaya membina model baru. Dengan pelaksanaan yang teratur dan berkesan, adalah diharapkan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas ini dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang peka kepada kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Doktor Muda Pendidikan Khas merupakan murid yang terlatih dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan dan mereka memainkan peranan sebagai “Pembimbing Rakan Sebaya” di sekolah.

Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas ini pula memberi panduan kepada Guru PenyelarasPendidikan Khas dalam mengendalikan aktiviti Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas dengan menggunakan Modul Latihan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas dan bahan-bahan bantu mengajar yang sedia ada.

Adalah menjadi harapan saya agar pihak pengurusan sekolah menjadikan Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas.

Selamat Maju Jaya.

HAJI ABDUL JABAR BIN AHMADPengarahBahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia

Page 4: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

Kata AluanPengarah Bahagian Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan usaha bersama atas penerbitan Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Edisi Pertama. Matlamat Kelab Doktor MudaPendidikan Khas ini diperkenalkan di sekolah adalah untuk memperkasa murid berkeperluan pendidikan khas dengan pengetahuan dan kemahiran tentang kesihatan agar mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri di samping dapat membimbing rakan sebaya, komuniti sekolah dan ahli keluarga.

Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini bertujuan sebagai panduan kepada Guru Penyelaras Pendidikan Khas dalammemastikan aktiviti Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas dijalankan secara terancang dan menepati kurikulum yang perlu diajar bagi melahirkan Doktor Muda Pendidikan Khas yang berjaya. Maka adalah wajar Guru Penyelaras Pendidikan Khas menjadikan buku ini sebagai rujukan utama dalam mengendalikan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas di sekolah.

Penggunaan buku ini di sekolah yang mempunyai Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas akan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pemantauan, penilaian, penambahbaikan dan pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas dari semasa ke semasa. Ini adalah penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas di sekolah.

Saya berharap modul ini akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan pengurusan kelab ini berjalan dengansistematik dan melahirkan murid berkeperluan khas seiring dengan murid arus perdana yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

EN. SHAZALI B. AHMAD PengarahBahagian Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia

Page 5: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

PANDUAN PENGGUNAAN GARIS PANDUAN

1. Garis panduan ini merupakan bahan rujukan bagi ahli Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas dalam mengembangkan amalan dalam aktiviti Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas.

2. Garis panduan ini mengandungi sebahagian Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas.

3. Garis Panduan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas menggariskan aktiviti kelab untuk 19 sesi pelaksanaan dalam setahun.

4. Ahli Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas diberi peluang menggunakan garis panduan ini untuk menjadi fasilitator bagi menyebarkan amalan kepimpinan kesihatan dalam Modul Doktor Muda Pendidikan Khas yang ditetapkan.

5. Dokumen sokongan dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas adalah seperti berikut :-

i. Modul Latihan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Edisi Pertama, 2014 ii. Bahan Bantu Mengajar

Page 6: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

KELAB DOKTOR MUDA

LATAR BELAKANG

Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas ialah satu program mempromosikan aspek kesihatan secara menyeluruh kepada murid berkeperluan khas. Semua maklumat asas kesihatan tersebut akan disampaikan melalui modul yang terancang merangkumi kefahaman, kemahiran serta pengalaman murid. Matlamat kelab ini adalah bagi melahirkan murid berkeperluan khas yang mengutamakan kesihatan dan berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan yang baik kepada rakan sebaya,sekolah, ahli keluarga serta masyarakat.

Doktor Muda adalah sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Murid ini kemudian dilatih daripada segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan berdasarkan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Seterusnya murid ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan.

Penubuhan kelab ini merupakan hasil perkongsian bijak antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

RASIONAL

Penubuhan Kelab Doktor Muda ini menepati konsep healthy setting yang diperkenalkan bagi tujuan mempertingkatpengetahuan dalam aspek kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.

MATLAMAT

Penubuhan Kelab Doktor Muda ini mempunyai matlamat untuk memperkasa murid dengan pengetahuan dan kemahirankesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan mereka.

Page 7: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

OBJEKTIF

1. Melahirkan murid yang berwawasan serta modal insan yang diimpikan oleh negara.

2. Membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.

3. Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah amalan cara hidup sihat.

4. Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

5. Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah dalam usaha meningkatkan kesihatan murid.

6. Menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan murid.

7. Mempertingkat usahasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid.

KURIKULUM

Kurikulum Kelab Doktor Muda berpandukan Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013 yang merangkumi skop seperti berikut :-

1. Pengurusan Diri2. Pemeriksaan Kesihatan3. Amalan Makan Secara Sihat4. Kesihatan Fizikal5. Kebersihan bilik darjah, bilik utiliti dan tandas6. Keselamatan Makanan7. Mari Berkawan8. Rawatan Ringan9. Bahaya Merokok10. Kebersihan Persekitaran

Page 8: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

PERUNTUKAN AKTA / SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 / 1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 / 1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 / 1988 Keselamatan diri pelajar di sekolah.4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 / 1991 Penceramah jemputan untuk majlis dan aktiviti Agama Islam di sekolah.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1997 Program dan aktiviti sekolah yang melibatkan dasar dan atau pungutan wang.6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12 / 2000 Lawatan Pendidikan Murid di hari persekolahan.7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 2000 Lawatan sekolah pada hari persekolahan.8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 Aktiviti Pendidikan Jasmani di Sekolah9. Akta Pendidikan 1996 Peraturan Pendidikan Khas 201310. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2011 Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah

Page 9: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA PENDIDIKAN KHAS

Perjumpaan Tajuk Aktiviti Catatan

1-3 Pengurusan Diri 1. Mencuci tangan 2. Menggosok gigi 3. Penampilan Diri

4-6 Pemeriksaan Kesihatan 1. Rambut 2. Kuku 3. Pakaian

7-9 Amalan Makan Secara Sihat

1. Sarapan pagi 2. Berat Badan Unggul 3. Piramid Makanan

10 Aktiviti Fizikal 1. Senamrobik

11-13 Kebersihan bilik darjah, bilik utiliti dan tandas

1. Bilik Darjah 2. Bilik Tidur 3. Tandas

14-16 Keselamatan Makanan 1. Lihat 2. Hidu 3. Rasa

17 Mari Berkawan 1. Kawan Saya

18 Rawatan Ringan 1. Rawatan Ringan

19 Bahaya Merokok 1. Tak Nak Merokok

Page 10: KANDUNGAN - drmuda.gov.my Khas ii.pdf · Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Penghargaan. Kata Aluan Pengarah

Projek Khas / Inovasi

1. Pelaksanaan projek khas / inovasi bagi aktiviti Kelab Doktor Muda perlu dikendalikan sama ada secara individu atau berkumpulan.

2. Projek khas / inovasi merupakan aktiviti yang dirancang berdasarkan keperluan dan kehendak sekolah.

3. Setiap projek khas / inovasi hendaklah dirancang, dipantau dan dinilai keberkesanannya kepada rakan sebaya.

4. Sekolah dicadang untuk melaksanakan projek khas / inovasi pada setiap tahun dan laporannya didokumenkan.

5. Sekolah bebas untuk memilih topik projek khas / inovasi.