hutan untuk kesejahteraan masyarakat · hari perhutanan sedunia ke-40 - 4 - kata-kata aluan ketua...

28
HUTAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT HUTAN UNTUK MASYARAKAT HUTAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT HUTAN UNTUK MASYARAKAT (FORESTS FOR COMMUNITY LIVELIHOOD) (FORESTS FOR PEOPLE)

Upload: duongxuyen

Post on 23-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HUTAN UNTUK KESEJAHTERAAN

MASYARAKAT

HUTAN UNTUKMASYARAKAT

HUTAN UNTUK KESEJAHTERAAN

MASYARAKAT

HUTAN UNTUKMASYARAKAT

(FORESTS FOR COMMUNITY LIVELIHOOD)

(FORESTS FOR PEOPLE)

Hari Perhutanan Sedunia Ke-40- 2 -

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khasnya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana memilih Negeri

Johor sebagai tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke 40 yang bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” (Forests For Community Livelihood) serta Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011, Peringkat Kebangsaan “Hutan Untuk Masyarakat” (Forests For People).

Sambutan Hari Perhutanan pada kali ini amatlah bertepatan sekali dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan pelbagai program pengurusan dan pemeliharaan hutan seiring dengan usaha-usaha ke arah pencapaian matlamat pembangunan mapan Negeri Johor, khususnya untuk kesejahteraan masyarakat.

Dalam konteks ini, usaha-usaha penghutanan semula melalui penghijauan kawasan lapang adalah merupakan salah satu agenda penting Kerajaan Negeri pada masa sekarang. Pemilihan Taman Wilayah Nusajaya (Regional Open Space) sebagai tapak Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa pada kali ini juga adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan tahap kehijauan Bandar Nusajaya, khususnya melaksanakan pemeliharaan kawasan hijau Pusat Pentadbiran Negeri Johor ini.

Adalah menjadi harapan saya supaya aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pengurusan kawasan hijau oleh semua pihak dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

Y.A.B. DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN

PerutusanMenteri Besar Johor

- 2 -

Forests For Community Livehood- 3 -

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Jawatankuasa Penganjur Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa

2011 Peringkat Kebangsaan di atas kejayaan mengadakan dua majils sambutan secara serentak yang amat bermakna dan bersejarah dalam kalendar perhutanan di Malaysia.

Malaysia amatlah bertuah kerana masih dapat mengekalkan lebih 50% tanahnya sebagai kawasan berhutan. Pencapaian ini amatlah membanggakan memandangkan Negara Malaysia sedang pesat membangun ke arah status negara maju, sejajar dengan Wawasan 2020.

Dalam hubungan ini, ingin saya menyeru agar usaha-usaha murni ini dapat dikekal dan dipertingkatkan di masa akan datang bagi menjamin penghijauan hutan, fungsi dan peranan penting khazanah hutan negara demi kepentingan kehidupan seluruh rakyat Malaysia selaras dengan tema sambutan pada kali ini iaitu “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” serta memperkasakan lagi komitmen kita kepada semangat “1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Saya amat berharap sambutan pada kali ini akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada seluruh masyarakat yang cintakan kehijauan hutan untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam memastikan warisan hijau Negara ini dapat dikekal dan dinikmati secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

Sekapur SirihMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

- 3 -

Hari Perhutanan Sedunia Ke-40- 4 -

Kata-Kata AluanKetua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bismillahirahmanirahim. Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam Buku Program Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran Tahun Hutan

Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan.

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia yang disambut pada setiap 21 Mac setiap tahun, dan disemarakkan lagi dengan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan adalah tujuan untuk memperingati sumbangan dan peranan penting sumber hutan kepada kesejahteraan manusia sejagat. Pada kali ini Hari Perhutanan Sedunia disambut dengan bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” (Forests For Community Livelihood). Tema ini di perkukuh lagi dengan tema Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 “Hutan Untuk Masyarakat” (Forests For People).

Hutan merupakan khazanah semulajadi yang amat kaya dengan pelbagai sumber asli dan fungsi penting. Khazanah hijau ini akan terus dipastikan untuk terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi Negara dan pengekalan kestabilan alam sekitar serta pemeliharaan sumber genetik. Dalam hubungan ini, sistem pengurusan dan pembangunan hutan yang lebih efektif dan cekap perlu diperkasakan demi menjamin peranan dan sumbangan hutan. Salah satu aktiviti penting pelaksanaan penghijauan adalah melalui aktiviti tanaman pokok-pokok hutan di kawasan lapang/terosot.

Ke arah ini, JPSM akan terus melaksanakan pelbagai program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan termasuklah penghijauan alam sekitar menerusi pelbagai kempen penanaman pokok-pokok hutan secara besar-besaran.

Sekian. terima kasih.

DATO’ RAZANI UJANG

- 4 -

- 5 -

Seulas PinangCEO UEM Land Holdings Berhad

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam Buku Program Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran

Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”. UEM Land, pemaju induk Nusajaya, amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kerana memilih Regional Open Space (ROS), atau kini dikenali sebagai Taman Wilayah Nusajaya yang berkeluasan 600 ekar untuk majlis sambutan pada tahun ini.

Sebagai warga korporat yang prihatin serta memahami peranan kami terhadap kewujudan bersama (co-existence) yang harmoni diantara pembangunan dan alam sekitar, maka Pelan Hijau Nusajaya telah dihasilkan untuk memiagamkan komitmen kami terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelan Hijau Nusajaya ini menjurus kepada aspek pengurusan air, tenaga, sisa buangan dan pemuliharaan alam sekitar yang strategik yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dikalangan komuniti Nusajaya tentang kepentingan serta tanggungjawab penjagaan alam sekitar.

Maka dengan itu, pemilihan Taman Wilayah Nusajaya sebagai lokasi Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan amat bertepatan kerana ianya membolehkan komuniti Nusajaya bersama-sama masyarakat global menjalankan peranannya untuk menjaga serta memulihara hutan sebagaimana yang diaspirasikan oleh Pelan Hijau Nusajaya untuk menjadikan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” melalui penanaman 1,000 pokok.

Akhir kata saya berharap kita dapat bersama-sama mengembeling tenaga dalam memelihara dan memulihara kepentingan hutan seiring dengan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

Sekian, terima kasih

DATO’ WAN ABDULLAH WAN IBRAHIM

- 5 -

- 6 -

Masa Aturcara Majlis8.00 pagi : Ketibaan dif-dif jemputan

8.30 pagi : Ketibaan Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

8.45 pagi : Ketibaan Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor 9.00 pagi : Persembahan Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Warisan Hijau

: Bacaan doa

: Ucapan oleh Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

: Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor

: Persembahan Multimedia Pelancaran dan Countdown yang Ke 8 Juta Pokok di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok : Persembahan Choral Speaking dan Bacaan Deklarasi oleh Pelajar-Pelajar SK Bandar Baru UDA 2 Johor Bahru

: Penyampaian Deklarasi kepada Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor dan Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

: Penyampaian Cenderahati kepada Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman,Menteri Besar Johor dan Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar oleh YBhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

: Penanaman Pokok yang Ke 8 Juta oleh Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor

: Sidang Akhbar

: Jamuan Makan

12.00 tgh : Bersurai

AturcArA MAjlis PelAncArAn Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke-40 Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

- 7 -

Pengisytiharaan Hari Perhutanan Sedunia telah dipersetujui dan dimulakan oleh Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) pada 21 Mac 1972. Penetapan tarikh 21 Mac sebagai Hari Perhutanan

Sedunia dikaitkan dengan hari pertama Musim Bunga di Hemisfera Utara. Musim Bunga merupakan masa di mana pokok-pokok mulai menghijau semula dan berbunga selepas melalui tempoh Musim Sejuk. Sehubungan dengan ini, tanggal 21 Mac 1972 telah diisytiharkan sebagai Hari Perhutanan Sedunia dan telah disambut buat pertama kalinya oleh 20 buah negara di seluruh dunia pada ketika itu.

Hari Perhutanan Sedunia telah disambut di seluruh dunia pada tarikh 21 Mac setiap tahun sebagai simbol kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran manusia kepada isu-isu berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Di Malaysia sambutan Hari Perhutanan Sedunia telah disambut buat pertama kalinya dalam tahun 1974 di Sarawak. Sementara itu, di Semenanjung Malaysia, Hari Perhutanan Sedunia mula disambut dalam tahun 1977. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan Hari Perhutanan Sedunia seperti aktiviti menanam pokok, kem kesedaran alam sekitar , pendidikan kepelbagaian hayat, pameran perhutanan, perkhemahan pendidikan perhutanan, ekspedisi saintifik dan lain-lain. Manakala pelbagai tema Sambutan Hari Perhutanan telah dilancarkan antaranya “Hutan Untuk Kesejahteraan Hidup”, “Penghijauan Tanah Usang”, “Penghijauan Kawasan Bandar”, “Hutan Kebanggaan Negara”, “Bersama Memelihara Hutan” dan lain-lain lagi dengan tujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya mencintai hutan demi kesejahteraan manusia.

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini merupakan kali yang kedua Negeri Johor menjadi tuan rumah. Kali pertama Negeri Johor menjadi tuan rumah pada tahun 1994 yang diadakan di Tapak Perhutanan Bandar, Johor Bahru dengan tema “Hutan Teman Hidup Kita”. Manakala pada tahun ini pula tema sambutan Hari Perhutanan Sedunia ialah “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”. Tema yang disambut pada kali ini melambangkan semangat serta fokus yang tinggi dalam usaha-usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui agensinya untuk memelihara dan memulihara hutan demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

lAtAr belAkAngHari Perhutanan Sedunia

- 8 -

Kita sebagai rakyat Malaysia berasa amat bertuah kerana negara kita dianugerahkan bumi yang subur dan kaya dengan kepelbagaian biologi serta kawasan berhutan asli yang unik.

Hutan adalah merupakan sumber asli yang boleh diperbaharui dan merupakan komponen penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara yang menyumbangkan berbagai keluaran serta perkhidmatan penting yang dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan hidup masyarakat.

Tidak dapat dinafikan peranan hutan amat penting dalam mewujudkan alam sekitar yang berkualiti terutamanya perlindungan sumber air, pencegahan hakisan tanah dan nutrien, penstabilan iklim serta pemeliharaan sumber biologi. Justeru itu, khazanah hutan negara perlu, diurus, dipelihara dan dibangunkan secara profesional, sistematik dan berkesan supaya pelbagai pengeluaran dan perkhidmatan dapat dinikmati secara berterusan.

Pada 21 Mac pada setiap tahun Hari Perhutanan Sedunia disambut dengan pelbagai tema merupakan usaha kerajaan ke arah mewujudkan kesedaran masyarakat untuk mencintai dan menyayangi hutan. Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke 40 Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 yang bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” (Forests for Community Livelihood) amatlah bertepatan kerana kawasan berhutan akan terus mewujudkan alam sekitar yang nyaman dan bersih bagi kesejahteraan masyarakat seiring dengan arus pembangunan negara yang pesat. Oleh itu, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Menyedari keadaan demikian semua pihak bertanggungjawab dan perlu berusaha untuk memastikan langkah-langkah yang perlu untuk menghijaukan semula kawasan bandar dan kawasan yang tertentu agar kehijauan dan keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan.

Justeru itu, “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” tema sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke 40 Peringkat Kebangsaan mengajak kita sama-sama menghijaukan bumi dengan mengekalkan khazanah hutan negara demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

MenghAyAti teMA“Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”

- 9 -

Pada 20hb.Disember 2006, General Assembly, United Nations di dalam resolusi 61/193 telah mengisytiharkan tahun 2011 sebagai Tahun Hutan Antarabangsa (International Year of Forests). Dalam resolusi 61/193, General Assembly telah memohon kepada Sekretariat United Nations Forum on Forests (UNFF) menjemput semua Negara, NGO dan pihak swasta sama ada di peringkat national dan tempatan untuk sama-sama meningkatkan kesedaran dalam pemeliharaan, pembangunan dan pengurusan hutan secara berkekalan bagi semua jenis hutan untuk kepentingan generasi masa kini dan akan datang.

Tahun Hutan Antarabangsa (International Year of Forests 2011) telah dilancarkan semasa segmen peringkat Menteri di sesi Ke 9 Forum Perhutanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (The 9th United Nations Forum on Forests) pada 2 Februari 2011 di New York, Amerika Syarikat dengan tema “Hutan Untuk Masyarakat” (Forests for People).

Tema “Hutan Untuk Masyarakat” (Forests for People) yang dipilih pada kali ini memperkukuhkan hubungan yang dinamik antara hutan dan masyarakat. Hutan memainkan peranan amat penting dalam mewujudkan alam sekitar yang berkualiti terutamanya perlindungan sumber air, pencegahan hakisan tanah dan nutrien, penstabilan iklim serta pemeliharaan sumber biologi. Justeru itu, khazanah hutan negara perlu, diurus, dipelihara dan dibangunkan secara profesional, sistematik dan berkesan supaya pelbagai pengeluaran dan perkhidmatan dapat dinikmati secara berterusan. Justeru itu, “Hutan Untuk Masyarakat” tema Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011, Peringkat Kebangsaan mengajak kita sama-sama menghijaukan bumi dengan mengekalkan khazanah hutan negara demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

lAtAr belAkAngTahun Hutan Antarabangsa

MenghAyAti teMA“Hutan Untuk Masyarakat”

- 10 -

tAPAk PelAncArAnTaman Wilayah Nusajaya, Johor

Lokasi Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan ialah di Taman Wilayah Nusajaya, Johor Bahru yang terletak di bawah Mukim Pulai dan 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Taman Wilayah Nusajaya juga berhampiran dengan pusat membeli belah seperti Jaya Jusco, Tesco dan Giant yang mana jaraknya hanya 2.3 km sahaja.

Ciri-ciri istimewa Tapak PelancaranKawasan ini dipilih kerana ia merupakan green lung bagi kawasan Iskandar Malaysia yang sedang pesat membangun. Keluasan Kawasan ini adalah seluas 600 ekar (242.82 ha) dan merupakan milik UEM Land Holdings Berhad. Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya yang sedia ada dan lain-lain lagi.

Tapak PelancaranSambutan Hari Perhutanan Sedunia

ke 40 & Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011

Peringkat Kebangsaan, Taman Wilayah Nusajaya,

Johor

- 11 -

keterAngAn ringkAs Pokok Yang Akan Ditanam Pada Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan

PULAI

Nama Saintifik : Alstonia angustiloba

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Boleh ditanam di kawasan lapang serta cepat membesar dan mempunyai kulit batang yang berwarna kelabu gelap dengan rekahan-rekahan kecil. Bunganya berwarna putih dan menarik. Pokok ini merupakan sejenis pokok teduhan yang kian digemari sebagai tanaman landskap.

KAPUR

Nama Saintifik : Dryobalanops aromatica

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 70m. Tanaman secara kelompok memberikan corak landskap yang sangat menarik di mana silaranya kelihatan padat dan tidak bertaut sekiranya dilihat dari bawah.

- 12 -

KELADAN

Nama Saintifik : Dryobalanops oblongifolia

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Merupakan sebahagian tanaman utama dalam pemuliharaan hutan selepas pembalakan. Batangnya lurus berwarna coklat dan biasanya mempunyai banir yang tajam dan tinggi. Pokok ini berpotensi untuk dijadikan tanaman hiasan terutama di kawasan taman, padang golf dan kawasan hijau di dalam bandar.

KEMPAS

Nama Saintifik : Koompassia malaccensis

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Batangnya besar serta berbanir, kulitnya kuning. Daunnya berbentuk bulat telur atau mata lembing. Bunganya kecil dan berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya 4 sampai 5 inci panjang, rupanya bujur serta nipis, mengandungi benih sahaja.

- 13 -

JELUTONG

Nama Saintifik : Dyera costulata

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Mempunyai getah yang dikenali sebagai getah jelutong yang diperdagangkan sejak 1920an lagi yang merupakan sumber utama dalam pembuatan gula-gula getah. Tumbesarannya adalah cepat.

TAMPOI

Nama Saintifik : Baccaurea macrocarpa

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Pokok yang tinggi hingga 27 m dan berdiameter batang hingga 64 cm, batang tampoi kerap beralur-alur dalam hingga setinggi 5m.

- 14 -

MERANTI PIPIT

Nama Saintifik : Shorea assamica

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Pokok ini adalah antara spesies yang bermutu tinggi. Penyenggaraan tanaman dengan sungkupan dan pembajaan yang sesuai diperlukan pada peringkat awal penanaman bagi membantu pertumbuhan anak pokok.

KERUING MERAH

Nama Saintifik : Dipterocarpus verrucosus

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan hutan tanah pamah dan hutan bukit di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Penyenggaraan tanaman dengan sungkupan dan pembajaan yang sesuai diperlukan pada peringkat awal penanaman bagi membantu pertumbuhan anak pokok.

- 15 -

MERANTI RAMBAI DAUN

Nama Saintifik : Shorea acuminata

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Biasanya tumbuh pada ketinggian rendah. Mencapai ketinggian 150 hingga 200 kaki.

PENAGA LILIN

Nama Saintifik : Mesua ferrea

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Mempunyai pucuk daun yang berwarna kemerahan dan bunga yang berwarna keputihan. dan belakang daun berwarna keputihan. Bentuknya yang cantik sering ditanam menghiasi pinggir jalan tetapi memerlukan ruang yang luas serta yang subur.

- 16 -

MERAwAN SIPUT JANTAN

Nama Saintifik : Hopea odorata

CIRI-CIRI UTAMA SPESIES TANAMAN

Sesuai ditanam secara kelompok untuk dijadikan kawasan berhutan dan sesuai tumbuh di kawasan pamah serta bersaliran baik. Jarak tanaman antara pokok perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 3m.

- 17 -

Aspek-aspek penting yang perlu diambil kira dalam penanaman pokok landskap adalah seperti berikut:

Pemilihan Jenis Pokok(a)

Penanaman Anak Pokok(b)

Penyelenggaraan Anak Pokok(c)

Pemilihan Jenis Pokok(a)

Pemilihan jenis pokok yang sesuai untuk ditanam bagi tujuan landskap di kawasan tertentu adalah penting. Pemilihan jenis pokok hendaklah sesuai dengan tujuan dan tempat pokok ditanam. Antara perkara yang diambil kira bagi pemilihan spesies pokok ialah ketinggian pokok, bentuk silara, penyebaran akar dan bentuk, warna serta saiz daun, bunga dan buah.

Pokok Penghadang(i)

Pokok penghadang ditanam secara berbaris atau - berkelompok pada jarak yang rapat bertujuan untuk melindungi tempat tertentu daripada pandangan umum atau untuk mengelak daripada tiupan angin kuat terutama di kawasan lapang. Pemilihan spesies pokok adalah daripada jenis yang mempunyai silara berbentuk bulat atau kon, berdaun lebat dan daunnya tidak gugur secara bermusim atau berkala.

Pokok Naungan atau Teduhan(ii)

Pokok naungan dipilih daripada jenis pokok yang - mempunyai silara rending, lebar dan berbentuk seperti payung. Di samping itu, pokok tersebut juga hendaklah tahan, kuat dan tidak mudah patah apabila ditiup angin. Tempat yang sesuai untuk ditanam ialah seperti di kawasan rekreasi, perumahan dan tempat istirahat awam.

PAnDuAn AMPenanaman Pokok Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

- 18 -

Pokok Hiasan(iii)

Pokok hiasan adalah jenis pokok yang mempunyai - daya penarik terutamanya daripada segi bentuk atau warna bunga, daun dan silaranya. Pokok jenis ini paling sesuai ditanam di kawasan taman rekreasi, perkarangan perumahan, bangunan dan di tempat peranginan.

Pokok Lebuh (Avenue)(iv)

Pokok lebuh ialah pokok yang ditanam di sepanjang - jalanraya dan jalan kecil dalam kawasan bandar dan kawasan perumahan. Pokok yang sesuai bagi tujuan ini hendaklah mempunyai silara yang cantik dan rending untuk member teduhan kepada kenderaan, keselesaan kepada orang yang berjalan kaki dan dapat mengurangkan bahang kepanasan di sepanjang laluan jalan tersebut.

Pokok Yang Tidak Sesuai Ditanam(v)

Pokok yang mempunyai ciri-ciri seperti buah yang - beracun, gatal, menjadi tempat pembiakan ulat, mudah tumbang, dahan mudah patah, akar yang boleh merosakkan jalan dan bangunan serta menggugurkan daun yang terlalu banyak adalah tidak sesuai dipilih.

Penanaman Anak Pokok(b)

Penanaman pokok landskap di kawasan perbandaran dan pembangunan perlu menepati spesifikasi tertentu bagi memastikan pembangunan landskap yang memberi impak baik dari segi fungsi dan nilai estetiknya.

- 19 -

Jarak Tanaman(i)

Jarak tanaman adalah bergantung kepada beberapa - faktor termasuk jenis pokok yang ditanam, diameter silara sewaktu matang dan tujuan menanam.Sekiranya pokok ditanam secara berbaris, contohnya - di sepanjang jalanraya, jarak tanaman adalah sama dengan diameter silara pokok tersebut setelah matang.Jika pokok ditanam untuk tujuan penghadang, jarak - tanaman adalah separuh daripada diameter silara pokok tersebut setelah matang.Pokok boleh ditanam dengan jarak yang lebih dekat, - tetapi perlu dibuat penjarangan selepas meningkat besar. Penanaman di kawasan rumah kediaman atau bangunan perlu dipastikan supaya jarak tanaman dari bangunan tersebut melebihi daripada 4m.

Lubang Tanaman(ii)

Saiz lubang tanaman bergantung kepada keadaan - kesuburan tanah serta spesies, ketinggian dan ukuran anak pokok. Secara umumnya, lubang yang berukuran 1m x 1m x 1m adalah memadai.Bagi kawasan perumahan, kawasan bangunan baru - dan jalanraya, lubang yang berukuran lebih besar perlu disediakan.

-

- 20 -

Tanah Campuran(iii)

Tanah campuran bagi media lubang tanaman perlu - disediakan. Nisbah tanah campuran yang disyorkan adalah 3:2:1 iaitu 3 bahagian tanah permukaan (top soil); 2 bahagian tanah organik; dan 1 bahagian pasir sungai.

Kaedah Penanaman(iv)

Anak-anak pokok hendaklah ditanam dengan segera - sebaik sahaja tiba di tapak penanaman.Elakkan dari menanam pada masa cuaca kering dan - panas terik untuk mengelakkan sistem akar mengering dan daun melecur.Kaedah penanaman yang disyorkan adalah seperti - berikut:

Pastikan lubang tanaman telah disediakan a. mengikut spesifikasi yang betul.Masukkan lubang tanaman dengan tanah b. campuran dan baja pengakaran. Campuran yang dimasukkan ke dalam lubang tanaman hendaklah ditimbun supaya lebih tinggi daripada permukaan tanah untuk mengelakkan air bertakung.

Satu lubang (mengikut saiz beg tabung anak c. pokok) hendaklah digali di tengah timbunan campuran tanah sebelum anak pokok ditanam.Masukkan anak pokok ke dalam lubang d. penanaman dan pastikan kedudukan anak pokok tegak dan lurus. Penanaman hendaklah dilakukan secara berhati-hati supaya akar tunjang lurus ke bawah dan akar-akar cabang terletak dengan kukuh. Perhatian hendaklah diberi supaya anak pokok tidak ditanam terlalu dalam.

- 21 -

Penyelenggaran Anak Pokok(c)

Penyiraman dan Sungkupan (i)

Setelah ditanam, penyiraman hendaklah dilakukan - untuk menyegarkan anak pokok yang baru ditanam.Di samping itu, sungkupan perlu dibuat di sekeliling - anak pokok tersebut dengan menggunakan rumput atau daun kering untuk melembabkan permukaan tanah terutama di sekeliling anak pokok tersebut.

Kayu Pancang(ii)

Kayu pancang adalah perlu untuk anak pokok yang - baru ditanam bagi menegakkan anak pokok tersebut. Ketinggian kayu pancang hendaklah sama tinggi atau melebihi ukuran anak pokok tersebut. Saiz kayu pancang disyorkan adalah 5cm x 5cm x 2m.

- 22 -

Kayu pancang hendaklah dicacakkan berdekatan - dengan batang anak pokok semasa anak pokok ditanam. Batang anak pokok hendaklah diikat pada kayu tersebut di satu (1) atau dua (2) tempat bergantung kepada ketinggian anak pokok. Ikatan pada anak pokok perlulah selalu diperiksa supaya sentiasa longgar dan diganti baru jika perlu.

Pembajaan(iii)

Pembajaan perlu dilakukan setiap 5 – 6 bulan sekali.- Kuantiti baja perlu adalah bergantung kepada saiz anak - pokok dan jenis baja yang digunakan. Rejim pembajaan yang betul hendaklah dipastikan terutama untuk anak pokok yang kecil kerana baja yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan pokok tersebut mati.Sebagai panduan umum, bagi pokok yang mempunyai - diameter batang kurang daripada 15cm, kuantiti baja daripada jenis NPK hijau yang boleh diberi adalah lebih kurang 700g setahun. Untuk pokok-pokok matang yang mempunyai silara yang besar, baja yang digunakan hendaklah di antara 1-1½kg setahun.Pembajaan hendaklah mengikut panduan dan - peraturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar baja berkenaan dan setelah mengambil kira ciri-ciri tanah di kawasan tersebut.

- 23 -

Pemangkasan Dahan(iv)

Pemangkasan dahan adalah penting bagi pokok yang - ditanam di kawasan bandar, perumahan dan jalanraya. Pemangkasan dilakukan untuk tujuan:

Membuang bahagian pokok yang tidak dikehendaki a. dan merbahaya kepada orang awam seperti dahan mati dan berpenyakit;Membuang dahan yang menutupi atau melindungi b. papan tanda yang terletak di sepanjang jalan;Membuang dahan yang terkena talian elektrik dan c. tiang lampu di sepanjang jalan; danMendapatkan bentuk batang dan silara seperti d. yang diinginkan.

Pemangkasan hendaklah dilakukan secara teratur dan - berperingkat supaya tidak menggangu pertumbuhan pokok tersebut. Keratan yang dibuat semasa pemangkasan hendaklah condong supaya air hujan tidak menakung di atasnya.Ubat (- tree dressing) atau cat hendaklah disapu di muka keratan.

- 24 -

jAWAtAnkuAsA inDuk PenyelArAsAn Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan

Pengerusi Bersama Y.B. Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PISPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor

Y.Bhg. Dato’ Razani Ujang Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Ahli-Ahli Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)Setiausaha Kerajaan Negeri JohorPengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Pegawai Kewangan Negeri JohorKetua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar & Perancangan)Pengarah Perhutanan Negeri JohorPengarah Urusan UEM Land Holdings BerhadPengarah Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar Ketua Polis Negeri JohorPengarah Jabatan Landskap JohorPengarah Jabatan Kerja Raya JohorPengarah Jabatan Kesihatan JohorPengarah Jabatan Penerangan JohorPengarah Jabatan Pengairan dan Saliran JohorPengarah Jabatan Alam Sekitar JohorPengarah Jabatan Agama Islam JohorPengurus Tenaga Nasional Berhad JohorKetua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor HoldingsYang DiPertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah UrusetiaJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jabatan Perhutanan Negeri Johor

- 25 -

jAWAtAnkuAsA kerjAMajlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 40 dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat Kebangsaan

Penasihat Y. Bhg. Dato’ Zoal Azha bin YusofKetua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Y.Bhg. Dato’ Razani Ujang Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Pengerusi BersamaY. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abd. Rahim Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar & Perancangan)

Puan Zurinah Bt Pawanteh Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRE

Tuan Hj. Yahaya bin MohamoodPengarah Perhutanan Negeri Johor

Urusetia Pengarah Ladang Hutan & Perlindungan Hutan Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Johor Ahli-Ahli Pegawai Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NREPengarah Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan Pengarah Bahagian Pengurusan Hutan Pengarah Bahagian Latihan PerhutananPengarah Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan Pengarah Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan Pengarah Bahagian Forest Eco-Park & Taman NegeriPengarah Bahagian Hal Ehwal Perhutanan AntarabangsaPengarah Bahagian Kejuruteraan HutanPengarah Bahagian Pengurusan MaklumatPengarah Bahagian Khidmat PengurusanPengarah Bahagian Penguatkuasaan HutanPengarah Bahagian Teknikal & Industri kayu Pengarah Bahagian Perundangan & PendakwaanKetua Unit Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad

- 26 -

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan

‘Nugerahkan dia Segala kehormatan Sihat dan ria kekal dan makmur luaskan kuasa Naungkan kami rakyat dipimpini berzaman lagi dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.

Lagu Negaraku

NegarakuTanah Tumpahnya darahkurakyat Hidupbersatu dan Maju

rahmat bahagiaTuhan kurniakanraja kita Selamat bertakhta

(Ulang 2 kali rangkap kedua)

- 27 -

Lagu Warisan Hijau

kau tumbuh menghijauMelindungi gunung dan danauWarisan tanah airkuberbangga segala jasamu

Sejuknya terasaHembusan bayu yang nyamanGagah tegak berdiriTerunggul sekitar alam

bersama selamatkan hutanbersama menjaga indahnyaWarisan hijau masa hadapankekal selamanya

Inilah wawasanMeresap ke sanubariUsaha terus membaraHutan nikmat ilahi (3x)

- 28 -

PenghargaanPengerusi Jawatankuasa

mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua jabatan atau agensi dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di

dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke 40 dan

Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 Peringkat kebangsaan di

Negeri Johor.