kata aluan pengarah dan ppd

Upload: amirul-asyraf

Post on 13-Jul-2015

1.425 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN TERENGGANU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahniah kepada anak-anak pelajar generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu pasukan dalam menghasilkan majalah SULAIMANIAN S yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SMK Sultan Sulaiman. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembentukan mana-mana tamadun yang pernah terbina di dunia. Menyedari hakikat pentingnya ilmu pengetahuan sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan, maka kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Generasi muda negara kita pada hari ini perlu berilmu, berfikiran kreatif,berinovatif,bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antara bangsa yang penuh dengan cabaran. Sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia pendidikan.Justeru, para pendidik menggariskan sasaran khusus yang dapat diukur melalui Indeks Prestasi Utama (KPI). Saya percaya para pendidik telah pun bangkit dengan memperkemas segala prosedur, sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI dalam tempoh yang telah ditetapkan. Akhir kata, semoga usaha murni semua pihak dapat merealisasikan hasrat meningkatkan mutu pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya diberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjayakan penerbitan majalah SULAIMANIAN S edisi ke- 15 pada tahun 2011. Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang diusahakan oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru-guru dengan tujuan untuk mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan satu dokumen yang berharga pada masa mendatang untuk melihat dan mengungkap kembali kemajuan-kemajuan serta perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah. Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki semasa perlu diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri pelajar terus unggul bagi menghadapi arus globalisasi perdana yang kian mencabar. Bagi manjayakan matlamat tersebut, semua pihak perlu bekerjasama sebagai satu pasukan bagi merealisasikan visi dan misi kecemerlangan dan keterbilangan. Saya percaya kejayaan sekolah ini bukan hanya bergantung kepada pihak tertentu sahaja sebaliknya kerjasama semua pihak amat penting bagi merealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini cemerlang dan berupaya melahirkan pelajar yang berdaya saing. Akhir kata, saya mendoakan SMK Sultan Sulaiman agar terus berjaya dalam semua lapangan dan mampu meletakkan diri gah di persada pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.