kata aluan menteri pelajaran malaysia

2
Assalamualaikum Warahmatullahi Warabaraktuh dan Salam Sejahtera. Sistem pendidikan negara memainkan peranan penting dalam membantu melahirkan generasi pelajar berilmu, berwawasan dan berdaya saing. Setiap pelajar sememangnya mempunyai potensi sebagai modal insan yang amat berharga kepada negara. Namun, mereka perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk bersaing di dalam dunia tanpa sempadan masa kini. Selaras dengan hasrat tersebut, setiap guru yang diamanahkan untuk mendidik perlu memainkan peranan dengan berkesan dalam membantu menyerlahkan potensi diri pelajar secara optimum. Untuk itu, guru-guru perlu sentiasa bersedia serta melengkapkan diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan perkembangan dan cabaran hebat arus globalisasi. Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu menterjemahkan aspirasi negara dalam usaha melonjakkan bidang pendidikan ke taraf dunia serta berperanan sebagai pemangkin dalam usaha menyempurnakan aspirasi tersebut. Sebarang usaha untuk menambahkan nilai kapada sekolah sebagai institusi yang mampu melahirkan masyarakat yang kukuh dengan nilai, moral dan etika, serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur memerlukan komitmen bersepadu semua pihak. Dalam usaha menrealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada era ini, pembentukan negara bangsa manjadi semakin mencabar, terutamanya untuk memperkukuh minda, budaya dan nilai yang menjadi pegangan rakyat. Sehubungan itu, sehingga kini kerajaan terus meletakkan kepentingan pendidikan sebagai agenda perdana negara. Sebagai wahana yang bertanggungjawab secara langsung terhadap bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha memartabatkan bidang ini dan telah

Upload: esther-chin

Post on 11-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Majalah 2013

TRANSCRIPT

Assalamualaikum Warahmatullahi Warabaraktuh dan Salam Sejahtera.Sistem pendidikan negara memainkan peranan penting dalam membantu melahirkan generasi pelajar berilmu, berwawasan dan berdaya saing. Setiap pelajar sememangnya mempunyai potensi sebagai modal insan yang amat berharga kepada negara. Namun, mereka perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk bersaing di dalam dunia tanpa sempadan masa kini. Selaras dengan hasrat tersebut, setiap guru yang diamanahkan untuk mendidik perlu memainkan peranan dengan berkesan dalam membantu menyerlahkan potensi diri pelajar secara optimum. Untuk itu, guru-guru perlu sentiasa bersedia serta melengkapkan diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan perkembangan dan cabaran hebat arus globalisasi.Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu menterjemahkan aspirasi negara dalam usaha melonjakkan bidang pendidikan ke taraf dunia serta berperanan sebagai pemangkin dalam usaha menyempurnakan aspirasi tersebut. Sebarang usaha untuk menambahkan nilai kapada sekolah sebagai institusi yang mampu melahirkan masyarakat yang kukuh dengan nilai, moral dan etika, serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur memerlukan komitmen bersepadu semua pihak.Dalam usaha menrealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada era ini, pembentukan negara bangsa manjadi semakin mencabar, terutamanya untuk memperkukuh minda, budaya dan nilai yang menjadi pegangan rakyat. Sehubungan itu, sehingga kini kerajaan terus meletakkan kepentingan pendidikan sebagai agenda perdana negara. Sebagai wahana yang bertanggungjawab secara langsung terhadap bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha memartabatkan bidang ini dan telah melaksanakan pelbagai strategi serta penambahbaikan bagi memastikan bidang pendidikan sentiasa relevan.Akhir kata, tahniah dan syabas kerana semua pihak yang telah berusaha untuk menerbitkan majalah sekolah ini. Semoga usaha murni sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN

(TAN SRI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN)Kementerian Pelajaran Malaysia