kata aluan

Upload: saliza-shamsudin

Post on 15-Jul-2015

492 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KATA ALU-ALUAN Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah sulung UNGGUL-Q 2011. Saya yakin penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2. Majalah UNGGUL-Q ini adalah cerminan sekolah khasnya rakaman aktiviti dan pencapaian sepanjang tahun. Bidang pendidikan negara sedang dan akan terus mengalami perubahan secara dinamis menjelang abad ke-21. Untuk tujuan itu, sistem pendidikan perlu melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing secara aktif di peringkat global. sistem pendidikan negara perlu diangkat ke satu standard yang lebih tinggi dan bertaraf dunia, yang turut melibatkan peningkatan dari segi kecemerlangan, imej dan kualiti pendidikan. Hal ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk melakukan transformasi agar Malaysia menjadi sebuah negara berteraskan pengetahuan dan inovasi seterusnya menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam usaha untuk mencapai cita-cita sebagai sebuah negara maju, ianya juga amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik dalam menyediakan dan menyampaikan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda. Keikhlasan, dedikasi dan kesanggupan guru untuk menggilap potensi setiap murid sehingga mereka menjadi insan yang berjaya merupakan kunci ke arah sebuah negara maju. Para pelajar sebagai pewaris negara seharusnya berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang pencapaian akademiknya, molek keperibadian serta teguh pegangan agama dan nilai-nilai moralnya. Pelajar juga perlu menguatkan tekad untuk bersamasama melonjakkan bidang pendidikan negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Selamat Maju Jaya BERKHDIMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

KATA ALU-ALUAN Pengawai Pelajaran Daerah Kota SetarAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi kerana kesungguhan dan daya usaha menerbitkan majalah UNGGUL-Q tahun 2011sebagai majalah sulung sekolah. Majalah sekolah adalah cerminan budaya sekolah yang merakamkan rentetan peristiwa, daya kreativiti, disiplin serta semangat kerjasama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2. Majalah sulung ini amat bernilai pada masa akan datang sebagai sumber rujukan untuk melihat serta mengungkap kembali kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah. Seterusnya, berperanan menarik minat pelbagai pihak untuk menghayati budaya cemerlang yang diamalkan di sekolah ini. Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang tinggi pencapaian inteleknya dan berketrampilan dalam semua bidang maka, saya menyeru semua warga sekolah agar terus berusaha ke arah kecemerlangan walaupun keadaan sekarang lebih mencabar kerana berhadapan masalah disiplin dan gejala sosial yang merunsingkan semua pihak amnya dan guru-guru khasnya. Para pendidik mestilah sentiasa berfikiran rasional menerima setiap pembaharuan dalam bidang pendidikan agar dapat melahirkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi UNGGUL-Q, 2011 yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah ini. Sekian, terima kasih.

Kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku dan pengaruh kuasa luar amat mencabar. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global. Guru memainkan peranan yang utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan. Guru perlu menjadi pemain utama dalam menjana Model Baru Ekonomi bagi melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi Bidang pendidikan negara sedang dan akan terus mengalami perubahan secara dinamis menjelang abad ke-21. Ianya juga menjadi kunci utama untuk Malaysia mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020. Untuk tujuan itu, sistem pendidikan negara perlu diangkat ke satu standard yang lebih tinggi dan bertaraf dunia, yang turut melibatkan peningkatan dari segi kecemerlangan, imej dan kualiti pendidikan. Perubahan dan pembaharuan yang sesuai dengan tuntutan semasa adalah amat kritikal bagi memastikan impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dapat dicapai. Perubahan secara berstruktur, sistematik dan komprehensif mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas, meliputi peningkatan kualiti pengurusan dan kepimpinan, sistem penyampaian, pengajaran dan pembelajaran, serta persekitaran budaya pelajar dan organisasi. Ianya juga amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik dalam menyediakan dan menyampaikan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda. Dengan sokongan daripada semua pihak yang berkepentingan, warga pendidik

sebagai agen pelaksana dan agen perubahan d diharap akan dapat memainkan peranan dengan jujur dan ikhlas di semua peringkat demi memastikan keperibadian generasi muda yang merupakan aset penting bagi negara dapat dibentuk mengikut acuan pendidikan negara. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah sekolah yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah ini. Saya mendoakan agar semua warga pendidik dan para pelajar dapat menguatkan tekad untuk bersama-sama melonjakkan bidang pendidikan negara ke satu tahap yang lebih tinggi.