kata alu aluan

3
KETUA PELAJAR SMK SUNGAI PASIR KECHIL Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk mengungkapkan sepatah dua kata dalam majalah SUTERA Smk Sungai Pasir Kechil 2013. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menyiapkan majalah ini. Para guru dan rakan seperjuangan, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir, para guru dan rakan pelajar kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Badan Pengawas bagi tahun 2013. Sepanjang menjalankan tugas, pelbagai pengalaman pahit dan manis telah saya lalui. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pengawas yang sentiasa memberi kerjasama melaksanakan amanah yang diberi .Alhamdulillah, masalah disiplin dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Rakan-rakan yang dikasihi, Marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Saya pasti, berkat kegigihan dan kesabaran kita akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Akir kata, saya mewakili semua pelajar menyusun sepuluh jari memohon maaf andai terdapat kesilapan kata-kata dan tingkah laku yang tidak menyenangkan ketika menjalankan tugas sepanjang tahun ini. KATA ALU ALUAN KETUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SUNGAI PASIR KECHIL

Upload: khairul-afifi

Post on 09-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

untuk majalah sekolah

TRANSCRIPT

KATA ALU ALUANKETUA PELAJARSEKOLAH MENENGAH SUNGAI PASIR KECHILKETUA PELAJAR SMK SUNGAI PASIR KECHIL

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk mengungkapkan sepatah dua kata dalam majalah SUTERA Smk Sungai Pasir Kechil 2013. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menyiapkan majalah ini.Para guru dan rakan seperjuangan,Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir, para guru dan rakan pelajar kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Badan Pengawas bagi tahun 2013. Sepanjang menjalankan tugas, pelbagai pengalaman pahit dan manis telah saya lalui. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pengawas yang sentiasa memberi kerjasama melaksanakan amanah yang diberi .Alhamdulillah, masalah disiplin dapat ditangani dengan sebaik mungkin.Rakan-rakan yang dikasihi, Marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Saya pasti, berkat kegigihan dan kesabaran kita akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Akir kata, saya mewakili semua pelajar menyusun sepuluh jari memohon maaf andai terdapat kesilapan kata-kata dan tingkah laku yang tidak menyenangkan ketika menjalankan tugas sepanjang tahun ini.

Sekian terima kasih.

SYED MUHD NOR BIN ABDULLAH.

KATA ALU ALUAN YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSMK SUNGAI PASIR KECHILYDP PIBG SMK SUNGAI PASIR KECHIL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Sidang Redaksi Majalah SUTERA Smk Sungai Pasir Kechil berjaya julung kalinya menerbitkan majalah sekolah ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan majalah sekolah ini. Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.Saya yakin dan percaya ,bukan mudah untuk menerbitkan sebuah majalah tanpa kerjasama yang jitu, kesabaran dan komitment yang tinggi daripada sidang redaksi majalah serta warga SMK Sungai Pasir Kechil.Sehubungan itu, pihak PIBG berharap agar kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat diteruskan malah dipertingkatkan untuk kecemerlangan pelajar dalam semua bidang termasuk sahsiah diri bagi mencapai visi dan misi sekolah. Hal ini kerana PIBG bertanggungjawab bersama-sama sekolah untuk memastikan kejayaan pelajar yang bakal menjadi pemimpin dan peneraju negara pada masa akan datang.Akhir kata, tahniah sekali lagi saya ucapkan atas kejayaan dalam penerbitan majalah LESTARI sekolah ini. Saya berharap para pelajar akan terus berusaha dengan gigih supaya tidak menghampakan harapan sekolah dan juga ibu bapa.Tidak lupa ucapan penghargaan kepada pihak guru yang tidak jemu mendidik pelajar menjadi modal insan yang cemerlang.

Sekian , terima kasih

(EN.DARUS BIN AHMAD)