kata alu-aluan yang berhormat menteri kesihatan …moh.gov.bn/speeches/copy final kata alu-aluan yb...

14
KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN DI SESI MUZAKARAH ANTARA KEMENTERIAN KESIHATAN BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI SABTU 20 RABIULAKHIR 1437 BERSAMAAN 30 JANUARI 2015 Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Upload: duongkhuong

Post on 23-Mar-2019

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

KATA ALU-ALUAN

YANG BERHORMAT MENTERI

KESIHATAN

DI SESI MUZAKARAH ANTARA

KEMENTERIAN KESIHATAN

BERSAMA YANG BERHORMAT

AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT

NEGARA

PADA

HARI SABTU

20 RABIULAKHIR 1437

BERSAMAAN

30 JANUARI 2015

Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak,

Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Page 2: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

1

الحمد هلل رب العالمين

والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين

سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

ته وبركا هللا ورحمة عليكم السالم

Salam Sejahtera

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Rakan-Rakan dari Kementerian Kesihatan

Rakan-Rakan Media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang kaola/saya hormati

1. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana dengan limpah rahmat, taufik serta keizinan-Nya jua

Majlis Sesi Muzakarah dapat diungkayahkan antara Kementerian

Kesihatan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat

Negara pada pagi ini.

Page 3: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

2

2. Abis Kaola / Saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat diatas kesudian hadir ke

sesi muzakarah ini. Semoga peluang pencambahan fikiran ini akan

dapat membawa manfaat yang besar kepada kita semua dalam

memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap serta kualiti

perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.

3. Alhamdulillah, Kerajaan di bawah pemerintahan dan kepimpinan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan sifat

keprihatinan, pemedulian serta komitmen Baginda, sentiasa

mengambil perhatian berat akan kesejahteraan rakyat dan

penduduk di negara ini termasuklah perkhidmatan penjagaan

kesihatan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

4. Dalam keadaan negara menghadapi cabaran ekonomi global yang

tidak menentu; dan dihambat lagi oleh kedudukan fiskal yang

mengalami defisit, sektor penjagaan kesihatan sewajarnya jua

mempunyai peranan penting dalam menangani kemelut ini.

Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

saja dari faktor ekonomi (seperti melalui pendapatan per kapita),

bahkan perlu meliputi aspek lain seperti sosial, kebudayaan,

kesihatan dan alam sekitar. Oleh itu, adalah penting bagi kita

Page 4: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

3

menyedari yang sektor penjagaan kesihatan juga mempunyai

peranan signifikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan,

kestabilan dan kedayatahanan sosio-ekonomi negara.

5. Untuk menyahut cabaran ini, Kementerian Kesihatan telah

menilai semula pencapaian yang diperolehi dalam meningkatkan

tahap kesihatan di negara ini. Alhamdulillah, semenjak 20 tahun

kebelakangan, kadar jangkahayat penduduk negara ini telah

meningkat secara purata daripada 74 tahun kepada 78 tahun.

Dalam pada itu, nisbah kematian ibu (maternal mortality ratio) di

Negara Brunei Darussalam pada 2014 adalah yang ke 2 terendah

di ASEAN dan kadar kematian kanak-kanak dibawah 5 tahun

(under 5 mortality rate) bagi setiap 1,000 kelahiran (livebirths)

pada 2014 ialah 9 orang yang mana, Alhamdulillah adalah lebih

baik daripada sasaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United

Nations) melalui inisiatif Matlamat Pembangunan Berdayatahan

(Sustainable Development Goals) iaitu untuk mengurangkan kadar

kematian kanak-kanak dibawah 5 tahun kepada 25 orang bagi

setiap 1,000 kelahiran menjelang 2030.

6. Walau bagaimanapun, pencapaian-pencapaian ini bukanlah

bermakna kita dapat bersikap leka (complacent). Kita mestilah

sentiasa peka dan terus bersedia dan merancang untuk

menangani cabaran-cabaran kesihatan dan apa jua kemungkinan

yang tidak dijangka mulai sekarang. Sudah setentunya

Page 5: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

4

perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai akan

memberikan implikasi dan pengaruh besar kepada halatuju

dasar-dasar kesihatan di masa akan datang.

7. Dalam era globalisasi ini, kita perlulah jua sentiasa bersedia

untuk berubah (evolve) dan tidak semestinya berpaut kepada

cara lama dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat

dinamik lagi kompleks (multi-faceted). Sesungguhnya, kita

perlukan perubahan minda (mindset change) dan tidak dapat lagi

bersikap ‘business as usual’.

8. Ini adalah bertepatan dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali

ke 22 pada 24 November 2015. Baginda telah menekankan

kepada budaya suka berubah – dimana jika budaya ini gagal

diterapkan, maka agensi-agensi kerajaan tidak akan dapat

memperkemas kerja masing-masing kearah yang lebih baik dan

cemerlang.

9. Dalam konteks kesihatan, perubahan adalah mustahak

memandangkan adanya cabaran-cabaran seperti perubahan

demografi penduduk dan peningkatan penyakit-penyakit kronik

tidak berjangkit (non-communicable diseases - NCDs). Peningkatan

NCDs sangat membimbangkan kerana ianya adalah punca utama

kematian di negara ini. Cabaran-cabaran ini ditambah pula

Page 6: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

5

dengan ancaman melalui kemunculan penyakit-penyakit

berjangkit yang baru (Ebola, MERS-CoV, Zika) dan juga yang

lama (saperti TB). Kita mestilah bersikap proaktif dan sentiasa

bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Kesemua ini perlu ditangani dengan lebih efisyen, inovatif dan

berkesan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

10. Sehubungan ini jua, Kementerian Kesihatan kini sedang berusaha

ke arah penyediaan penjagaan kesihatan yang lebih optima

dengan memberikan nilai tambah bagi memastikan pelanggan

akan terus menerima rawatan yang terbaik. Untuk mencapai

hasrat ini, Kementerian Kesihatan telah mengambil pendekatan

“kembali kepada asas” atau back to basics dengan menilai

semula perkara-perkara saperti:

i. Apakah visi, misi dan tujuan Kementerian Kesihatan

dalam konteks masa ini dan akan datang;

ii. Siapakah pelanggan (customer) sebenar;

iii. Apakah ekspektasi pelanggan (customer expectations);

iv. Bagaimanakah prestasi Kementerian Kesihatan sejauh ini;

dan

v. Apakah perancangan dan pelan selanjutnya.

Page 7: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

6

11. Dalam pada itu, bagi mencapai visi “Bersama Kearah Warga

Sihat”, Kementerian Kesihatan juga akan terus memberi

keutamaan kepada sistem penjagaan kesihatan yang berkualiti

tinggi iaitu – selamat (safe), tepat pada masanya (timely),

komprehensif, kos-efektif, responsif, mampu dibiayai (affordable),

saksama (equitable) dan mudah diperolehi (accessible) oleh

semua di negara ini, dengan menerapkan 4 nilai-nilai teras warga

Kementerian Kesihatan iaitu Pelanggan Diutamakan

(pelanggan mendefinasikan kami); Bersepadu (bersatu dengan

satu tujuan yang sama); Cemerlang (mengekalkan tahap

profesionalisme yang tertinggi dimana semua pihak diutamakan

dan perkhidmatan berkualiti tinggi diberikan pada setiap masa);

dan Dinamik (menerima perubahan, membangunkan sumber

tenaga manusia yang ada melalui minda yang sentiasa

berkembang [growth mindset] dan sentiasa mengambil peluang

untuk membuat pembaikan).

12. Dengan ini, fokus utama Kementerian Kesihatan dalam masa

yang terdekat ialah peningkatan tahap pengalaman pelanggan

(enhancing customer experience). Usaha ini akan meliputi

beberapa aspek saperti:

i. Memperbaiki lagi ihsan asas (basic courtesy);

ii. Mengurangkan masa menunggu;

Page 8: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

7

iii. Memastikan bekalan ubat-ubatan dan khidmat asas tersedia;

iv. Meningkatkan kualiti dan reputasi para warga Kementerian

Kesihatan; dan

v. Memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui

penyatuan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur

(consolidation of services, facilties and infrastructure) yang

sedia ada.

13. Kearah ini jua, Kementerian Kesihatan sedang meneliti dan

menilai beberapa langkah alternatif untuk menyediakan kualiti

perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih tinggi lagi inovatif

mengikut piawaian dan amalan-amalan terbaik di peringkat

antarabangsa termasuklah melalui pemberian perkhidmatan yang

lebih bersepadu (integrated) melalui koloborasi dengan pihak-

pihak tertentu termasuklah pembekal penjagaan kesihatan

swasta.

14. Perkara ini bukanlah perkara baru, malahan ianya telah mula

dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu dimana Kementerian

Kesihatan telah bekerjasama rapat dengan pihak swasta seperti

Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (GJPMC) dan juga

pusat kecemerlangan kesihatan Kerajaan yang bukan di bawah

Kementerian Kesihatan seperti The Brunei Cancer Centre

(TBCC), dan Brunei Neuroscience and Stroke Rehabilitation

Page 9: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

8

Centre (BNSRC). Usaha ini adalah penting dalam melahirkan

pusat-pusat kecemerlangan (centres of excellence) kesihatan di

negara ini yang mana telah membuahkan nilai tambah dan hasil

yang sangat positif dari segi klinikal (clinical outcomes) dan

kepuasan pelanggan.

15. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari

Musim Permesyuaratan ke-11 Bagi Majlis Mesyuarat

Negara 2015 telah bertitah bagi semua pihak menitikberatkan

perbelanjaan berhemah dan value for money.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

16. Kementerian Kesihatan menjunjung tinggi titah KDYMM ini

apatah lagi memandangkan tren kos rawatan perubatan yang

semakin meningkat dari tahun ke setahun terutamanya bagi

merawat penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit (NCDs).

Sudah setentunya perkara ini perlu ditangani lebih awal melalui

langkah-langkah pencegahan penyakit serta promosi kesihatan

secara holistic dan kos-efektif. Sehubungan dengan ini, Abis

Kaola / Saya ingin menyeru pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat

untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan memainkan

Page 10: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

9

peranan masing-masing dalam meningkatkan kesedaran awam

(public awareness) tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan

dan menekankan bahawa kesihatan adalah peranan semua (health

is everyone’s business). Disamping itu juga, Kementerian ini akan

terus giat berusaha bagi meningkatkan penglibatan dan

kerjasama pelbagai stakeholder dari agensi-agensi kerajaan dan

bukan kerajaan, sektor swasta, masyarakat serta orang awam

untuk sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan

dan mempastikan kesihatan diberi perhatian dalam semua dasar

(health in all policies).

17. Ini adalah juga pada menjunjung tinggi Titah Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam sempena Rombakan Keahlian

Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet pada 22

Oktober 2015 yang mana Baginda menekankan akan perlunya

kita berperanan sebagai satu pasukan yang mempunyai matlamat

yang sama iaitu untuk memakmurkan negara.

18. Kemakmuran dan pembangunan negara memerlukan kita

menjaga dan memelihara aset yang paling penting iaitu warga

yang sihat dari segi fizikal dan mental. Memanglah tidak

dapat disangkalkan bahawa mengubah cara hidup seseorang

kepada yang mengutamakan kesihatan adalah sesuatu yang

Page 11: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

10

mencabar dan sukar dibuat. Akan tetapi Abis Kaola / Saya

percaya dengan adanya persepaduan diantara kesemua pihak

yang berkepentingan, segala cabaran ini akan dapat kita tempuhi

dan tangani dengan jaya, In sha Allah. Apa yang perlu ialah

kesediaan kita untuk sama-sama menanai dan memikul

tanggungjawab untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai

kebiasaan (norm) kepada setiap lapisan masyarakat.

19. Alhamdulillah, dengan berkat Daulat, kepimpinan bijaksana dan

kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

yang berwawasan lagi berpandangan jauh kehadapan, serta

dengan wujudnya strategi-strategi kesihatan negara, kita telah

dapat memenuhi sasaran MDGs atau Millennium Development

Goals yang mana adalah satu inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (United Nations). Ini juga selanjutnya akan menambahbaik

dan mempertingkatkan pencapaian negara ke arah Matlamat

Pembangunan Berdayatahan (Sustainable Development Goals)

terhadap kesihatan yang bertemakan “Memastikan Kehidupan

Yang Sihat dan Mempromosi Kesejahteraan Bagi Semua

Peringkat Umur” (Ensure Healthy Lives And Promote Well-Being

For All At All Ages).

Page 12: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

11

Ahli-Ahli Yang Berhormat

20. Sebagai kesimpulan, Kementerian Kesihatan akan terus berusaha

dalam memberikan khidmat dan kualiti perkhidmatan kesihatan

yang tinggi, efektif dan inovatif sesuai dengan keperluan pada

masa ini dan akan datang. Dalam tempoh 5 tahun ini,

Kementerian Kesihatan akan memberikan fokus kepada tiga

strategic priorities:

i. Pengawalan penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit

(NCDs). Kita perlulah berusaha dengan amat gigih

bersama-sama untuk mencegah permulaan NCDs

terutamanya NCDs yang pra-matang. Berbanding dengan

intervensi penyembuhan ataupun terapeutik, pencegahan

adalah lebih penting kerana ianya akan memastikan rakyat

dan penduduk Brunei Darussalam akan menikmati kualiti

hidup yang tinggi dan produktif yang akan menjana kepada

kesejahteraan sosio-ekonomi negara disamping

meringankan beban kewangan bagi membiayai kos

rawatan.

ii. Penyepaduan dan pensejajaran (consolidation and

alignment) khidmat kesihatan demi memberikan nilai

tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan

mengurangkan pembaziran (wastages);

Page 13: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

12

iii. Memperkukuhkan lagi usaha penjagaan kesihatan di

Negara ini bersama semua pihak berkepentingan

(stakeholders) dari semua peringkat Kerajaan, swasta, dan

lapisan masyarakat khususnya setiap individu agar sama-

sama bertanggungjawab (shared responsibility) dan komited

sepenuhnya dalam menjaga dan memelihara kesihatan

masing-masing. Kementerian Kesihatan dalam hal ini akan

terus mengamalkan pendekatan secara terbuka dan

mendengar apa jua pandangan penduduk dan rakyat di

negara ini. Dalam pada itu, kerjasama erat Ahli-Ahli Yang

Berhormat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi

(grassroot leaders) adalah kunci dalam sama-sama

menangani apa jua isu-isu yang timbul dan mencari

penyelesaian secara penuh terbuka dan kolektif.

Pendekatan bersepadu dari semua pihak ini ataupun whole

of nation approach adalah sesuai dengan visi Kementerian

Kesihatan iaitu ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat’.

21. Akhir kata, bagi pihak Kementerian Kesihatan, Abis Kaola / Saya

sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian

Ahli-Ahli Yang Berhormat hadir pada Sesi Muzakarah ini. Apa jua

pandangan dan nasihat yang berkaitan dengan kesihatan adalah

amat dialu-alukan dan sokongan padu ini sudah setentunya akan

menyuntik dan menyemarakkan lagi semangat warga

Page 14: KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN …moh.gov.bn/Speeches/Copy Final Kata Alu-Aluan YB Dato MoH for... · Kemajuan sesebuah negara itu sebenarnya perlu diukur bukan

13

Kementerian Kesihatan untuk terus berjuang dalam memajukan

bidang kesihatan di negara ini.

Sekian

والهداية التوفيق وباهلل

والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته