karya tatabahasa melayu dan pembentukan kata
DESCRIPTION
MINGGU 02. KARYA TATABAHASA MELAYU DAN PEMBENTUKAN KATA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: *menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan *menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu. KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
1
HASIL PEMELAJARAN
Pelajar dapat:
* menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan
* menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu
2
KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU
• Daftar kata telah dihasilkan oleh Pigafetta, Elbinck dan C. Houtman pada abad ke-16
• Bentuk kamus dan huraian tatabahasa oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts (1623), Heumius (1650), dan Gueynier (1677)
• Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736)
• Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899), dan R.O. Winstedt (1913)
• Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888), dan Roorda Van Eysinger (1939)
3
KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU
• Bustanul Katibin (1857)• Pemimpin Johor (1878)• Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd Rahman • Senjuh Suratan (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof • Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj
Talib • Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib • Rencana Melayu (1928) oleh Raja Hj Mohd Tahir bin Mursyid Riau• Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za’ba• Kitab Penanggam Bahasa (1936) oleh Ibrahim bin Hj Salam• Kitab Permulaan Mengarang (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman• Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Hj Muhammad Said bin Sulaiman• Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (1939) oleh Hj Muhammad
Said bin Sulaiman• Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za’ba
4
TATABAHASA RUJUKAN
• Asmah Haji Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
• Hasan Alwi et. al. (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka
• Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden.. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd
• Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
• Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5
Hasan Alwi, et. al. (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka
Daftar Isi
• Bab I Pendahuluan… … … … 01• Bab II Beberapa Pengertian Dasar… … 25• Bab III Bunyi Bahasa dan Tata Bunyi… … 47• Bab IV Verba… … … … … 87• Bab V Adjektiva… … … … 171• Bab VI Adverbia… … … … 197• Bab VII Nomina, Pronomina, dan Numeralia … 213• Bab VIII Kata Tugas… … … … 287• Bab IX Kalimat… … … … 311• Bab X Hubungan Antarklausa… … … 385• Bab XI Wacana… … … … 419
6
7
Hasan Alwi, et. al. (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Daftar Isi• Sejarah Ringkas Bahasa
Melayu• Variasi Bahasa Melayu• Morfologi: Satu Pengenalan• Pembentukan Kata• Golongan Kata• Kata Nama• Kata Kerja• Kata Adjektif• Kata Tugas• Pembentukan Kata Baharu
• Sintaksis: Satu Pengenalan• Frasa Nama• Frasa Kerja• Frasa Adjektif• Frasa Sendi Nama• Ayat• Ayat Tunggal• Ayat Majmuk• Proses Penerbitan Ayat
8
9
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Hj. Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Daftar Isi
• Pendekatan• Morfem dan Penambahan• Kata• Kata Nama• Pembentukan Kata Nama Berlapis• Pembentukan Kata nama Berlapis
dengan Penambah Pinjaman• Kata Ganti Nama• Kata Bilangan• Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal• Kata Kerja bantu• Pembentukan Kata Kerja Berlapis
• Kata Sifat• Pembentukan Kata Sifat Berlapis• Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan
Penambah Pinjaman• Kata Nafi• Kata Supraayat• Kata Adverba• Partikel dan Penghubung• Kata Majmuk• penggandaan• Frasa• Frasa Nama
10
• Frasa Bilangan• Frasa Kerja• Frasa Sifat• Frasa Preposisi• Frasa Adverba• Klausa• Ayat• Ayat dan Sistem• Ayat dan Modus
11
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Daftar Isi
• Kata Nama dan Kata Ganti Nama
• Kata Bilangan dan Kata Sifat• Kata Kerja• Kata Keterangan• Kata Tugas• Imbuhan
• Kata Majmuk dan Kata Ganda• Frasa• Bahagian Ayat dan Fungsinya• Ayat dan Ayat Inti• Klausa• Ragam dan Jenis Ayat
12
13
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
14
Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
15
Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
16
• PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL IIIISIPemdahuluanBAB I Bagaimana Hendak mengarang 505BAB II Sedikit Lagi Petua-Petua Mengarang 513BAB III Kesalahan-Kesalahan dalam Ayat Karangan 533BAB IV Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan 576BAB V Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Nama 590BAB VI Cara memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Kata 600BABVII Kecacatan Karangan 618BAB VIII Kecacatan Karangan (sambungan) 640BAB IX Menghiasi Karangan 651BAB X Mengarang Pantun dan Syair 672BAB XI Mengarang Sajak, Gurindam dan Seloka 698BAB XII Mengarang Surat Kiriman yang Senang-Senang 706BAB XIII Lain-lain Jenis Surat Kiriman 730BAB XIV Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula 751BAB XV Beberapa Teladan Karangan 764Hujungan
PEMBENTUKAN KATA
Proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui dua sumber, iaitu:
asal bahasa
pembentukan melalui proses tertentu
17
PEMBENTUKAN KATA
Asal Bahasa
• Keluarga Indonesia
• Keluarga Melanesia
• Keluarga Mikronesia
• Keluarga Polinesia
18
PEMBENTUKAN KATA
Pembentukan kemudian melalui proses tertentu
• pengimbuhan• penambahan• penggabungan• analogi• makna Khusus• penciptaan• akronim
• peleburan fonem• peluasan kata• penyingkatan• pinjam terjemah• peluasan makna• penyempitan makna• perubahan makna
19
PROSES PENGIMBUHAN (affixation)
Proses menambah imbuhan kepada kata akar / dasar, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan (Morfem Terikat Terbahagi Serentak atau Morfem Terikat Terbahagi Bertingkat). Contoh:
serap diserap, menyerap, menyerapi, diserapi, menyerapkan, diserapkan, penyerapan, penyerap, terserap, zat penyerap, kedayaserapan, daya serap
tapa bertapa, mempertapakan, pertapaan, pertapa
mampu kemampuan, memampukan, berkemampuan
20
PROSES PENAMBAHAN
Memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata. Contoh:Penambah bu yang bermaksud sesuatu yang berbentuk bulat atau seumpama dengannya
bu + lat bulat bu + kit bukitbu + jur bujur bu + luh buluhbu + lan bulan bu + sut busutbu + ih buih bu + tir butirbu + sung busung bu + bu bubu
Penambah kit yang bermaksud naik ke atas
bang + kit bangkit ra + kit rakitjung + kit jungkit ung + kit ungkit
21
PROSES PENGGABUNGAN (incorporation / incapsulation)
22
• Peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata akar / kata dasar. Kemudian diberikan makna yang berbeda daripada kata asal
• Terdapat tiga jenis penggabungan, iaitu:
> perangkaian menjadi satu
Contoh: beritahu, jawatankuasa, olahraga, bumiputera, tandatangan…
> penggunaan sempang
Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin- kira…
> penulisan secara terpisah
Contoh: atur acara, rumah tangga, tengah hari, jalan raya, alat tulis, kahwin campur,
bandar raya…
PROSES ANALOGI (analogy)
Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berobah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudahlazim digunakan. Contoh:
jurumudi: jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira, jurumasak, juruselam, jururunding, jurubahasa, jurupusaka…
tatabahasa: tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana, tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup, tataguna, tatausaha,
tatalaksana, tatanegara, tatacara…lelaki: cecair, sesendi, pepenjuru, pepejal, cecincin, gegelang, rerama…tunasusila: tunaaksara (buta huruf), tunabusana (telanjang), tunadaksa (cacat
tubuh), tunaganda (jamak cacat), tunakarya (penganggur)tunalaras (cacat suara dan nada), tunarungu (tuli),tunagrahita (cacat fikiran), tunanetra (buta), tunawicara (bisu), tunawisma (gelandangan)…
prasangka: pralahir, prameswari, prakala, prakarsa, prakonsep, pradesa, pradini, prakata, prakarya, praseminar, prasejarah, prawacana,
prasyarat…
23
PEMBERIAN MAKNA KHUSUS
• Kata umum diberikan makna khusus sehingga menjadi istilah, iaitu kata atau gabungan kata yang mengungkapkan makna konsep, proses, keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu. Contoh:
surih: gores, garis, bekas, jejak atau kesan yang dilalui siputatas daun pisang
surih: menyurih peta (istilah Geografi)rumah: bangunan untuk tempat tinggalrumah: rumah duka, rumah judi, rumah panas, rumah adat, rumah
busana, rumah bicara, rumah panjang… (istilah sosial)morfologi: struktur bahasa yang mencakup kata dan bahagian kata
(istilah Linguistik)morfologi: ilmu tentang bentuk luar dan susunan makhluk hidup
(istilah Biologi)morfologi: struktur luar batu batan dan hubungannya dengan
ciri topografi (istilah Geografi)
24
PROSES PENCIPTAAN (coinage)
• Proses pembentukan kata baharu daripada unsur morfologi yang sedia ada, secara sengaja atau berdasarkan kiasan. Contoh:
kiwi: Burung sebesar ayam jantan yang bersayap kecil, tetapi tidak dapat terbang, berbulu
seperti rambut dan terdapat di Australia
kiwi: Jurupetak dalam perahu; orang yang menyewa ruang perahu
kiwi: Jenama pengilat kasut
Contoh lain: fab, breeze, ajinomoto
25
AKRONIM (acronym)
• Kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa. Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contoh:
ABIM UMNO PASASAS 50 MESTI ASEANBERNAMA INTAN GERAKANIPTAR KEJORA LUTHPROTON GAPENA PORTUGALCHOGM COBOL
26
PELEBURAN FONEM DAN SUKU KATA
• Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama
• Suku kata ialah satu struktur yang terdiri daripada fonem atau urutan fonem. Contoh:
meN + salin menyalinmeN + sasar menyasarmeN + suci menyucimeN + kagum mengagumbeR + rantai berantaibeR + rakit berakitbeR + rentetan berentetan
27
PELUASAN KATA
• Proses meluaskan kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh:
bikini: Nama sebuah pulau di lautan Pasifik Barat
bikini: Pakaian renang wanita yang hanya terdiri daripada celana dalam, dan kain penutup payu dara (menara mutiara)
monokini: Celana renang wanita
28
PENYINGKATAN (abbreviation)
• Istilah umum yang mencakupi akronim, kontraksi, pemendekan dan pemangkasan huruf atau gabungan huruf. Contoh:
bas Prof TV
LLN SMA dsb
dll hlm Dr
UPM UKM USM
RM Drs DPR
29
PINJAM TERJEMAH
• Peminjaman kata atau frasa yang melibatkan penerimaan sepenuhnya pola tatabahasa dan maknanya, tetapi unsurnya digantikan dengan bunyi dan morfem bahasa sasaran dan / atau bahasa pinjaman. Contoh:
bound morpheme morfem terikat
yellow culture budaya kuning
honey moon bulan madu
network jaringan
balanced budget anggaran berimbang
status quo (Latin): keadaan yang sedia ada tanpa perubahan)
esprit de corps (Perancis): semangat setiakawan dalam kumpulan
ceteris paribus (Latin): faktor lain tidak berubah
30
PEMINJAMAN KATA
• Penerimaan unsur daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran melalui pertembungan atau peniruan
• Peminjaman ini dilakukan secara terancang dan tidak terancang. Secara tidak terancang termasuklah hubungan sosial, migrasi, penaklukan, mubaligh dan peminjaman antara dialek
• Peminjaman terancang termasuklah peminjaman budaya, peminjaman akrab dan peminjaman rinci
• Bahasa sumber mungkin terdiri daripada bahasa sekeluarga atau bahasa asing
31
BAHASA SEKELUARGA
• bahasa Jawa / Indonesia
gambut nyeri gawailuah ayu langsinglodeh lontong sarapansoto sumber tempe
32
BAHASA ASING
• SANSKRIT: bahasa, cerita, dosa, duka, neraka, raja, suka, syurga, pujangga, penjara, puspa, purbakala…
• INGGERIS: bas, basikal, enjin, kapten, kek, komputer, motokar, profesor, radio, televisyen, tiket…
• ARAB: adil, faham, fikir, hormat, insan, kitab, muzakarah, nikah, rujuk, sopan, ustaz, waris, wasiat…
• BELANDA: fungsi, integrasi, kamar, kontan, lapor, rasionalisasi, resensi, standardisasi, tradisi, variasi…
• CHINA: cawan, cincau, duit, kuaci, laici, pangkin, taucu, tauhu, teh…• PARSI: cokmar, gandum, kelasi, kismis, mohor, nafiri, nobat, pasar,
saudagar, serunai…• PORTUGIS: almari, bangku, baulu, beranda, bomba, kemeja, lampu, meja,
tembakau, tinta…• TAMIL: bagai, helai, mandur, muruku, nilam, kati, kerani, ketumbar,
sari…• THAI: menora, rambong, tomyam, wat…
33
PELUASAN MAKNA
• Proses meluaskan makna kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh:
belayar: - memakai layar- mengharungi lautan dengan kapal / perahu- tidur dengan lena- meninggal dunia
dara: - anak perempuan yang belum kahwin; gadis; perawan, keperawanan- ternakan betina yang berumur lebih daripada satu tahun dan belum pernah beranak atau
bertelur, meskipun telah bunting- burung merpati (columba domestica)- dara laut = burung camar
34
PENYEMPITAN MAKNA
• Proses menyempitkan makna kata atau frasa dengan menyempitkan konteks penggunaannya. Contoh:
tuan: - orang tempat mengabdi- orang yang memberikan pekerjaan; majikan- orang laki-laki yang patut dihormati- wanita bangsawan- kata ganti nama kedua lelaki dan perempuan
puan - tempat sirih emas atau perak- isteri datuk- nyonya (lawan tuan)- kelapa yang enak isinya, dan mudah hancur- cairan susu asli (kambing, sapi)- wanita yang patut dihormati
35
PERUBAHAN MAKNA
• Perubahan makna kata yang boleh berupa peluasan, penyempitan, atau pengalihan, dan positif atau negatif. Contoh:
hamba: - abdi, budak suruhan
- kata ganti pertama (merendah diri)
khalwat - mengasingkan diri di tempat sunyi untuk bertafakur; beribadah
- berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan muhrim di tempat sunyi atau tersembunyi
patik - budak belian, hamba tebusan
- kata ganti diri ketika menghadap raja
- anak anjing
contoh lain: gerombolan, wisma, berahi, mengancam…
36
KESIMPULAN
> Penulisan awal tatabahasa Melayu telah diterokai oleh penulis Belanda dan Inggeris. Karya yang dianggap besar dan berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736), Marsden (1812), Shellabear (1899), dan Winstedt (1913)
> Karya penulis tempatan yang paling awal ialah Bustanul Katibin (1857), dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal tatabahasa Melayu yang terpenting ialah Pelita Bahasa oleh Za’ba
> Karya tatabahasa Melayu moden yang terkemuka ialah Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga (2000), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (2014), dan Nahu Melayu Moden (1994)
> Bidang yang dicakupi dalam kebanyakan buku tatabahasa moden ialah morfologi dan sintaksis
37
KESIMPULAN
> Secara umum, kata dibentuk melalui dua sumber, iaitu asal-usul bahasa itu sendiri, dan proses tertentu
> Asal-usul bahasa: keluarga Indonesia, keluarga Melanesia, keluarga Mikronesia, dan keluarga Polinesia
> Proses tertentu: pengimbuhan, penambahan, penggabungan, analogi, makna khusus, penciptaan, akronim, peleburan fonem, peluasan kata, penyingkatan, pinjam terjemah, peluasan makna, penyempitan makna, dan perubahan makna
38
MADAH PUJANGGA
39