karangan upsr

27
Berita: Banjir PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Upload: ashajoy89

Post on 24-Jul-2015

1.840 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: karangan upsr

Berita: Banjir

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Page 2: karangan upsr

BiografiPakcik saya seorang penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari kebun getahnya. Setiap pagi jika tiada urusan penting, selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera pergi menoreh getah dengan menunggang basikalnya.

Semasa di kebun getah, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu di depannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun suasana waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam dari sebatang ke sebatang pokok getah hinggalah semua pokok getahnya selesai ditoreh.

Pakcik saya selesai menoreh kira-kira pada pukul 10.00 pagi atau 3 jam kemudian. Sebelum dia pulang ke rumah, dia akan memestikan keadaan kebunnya dalam keadaan baik seperti tiada lalang yang panjang dan sebagainya. Jika tidak, dia akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kebunnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.

Kira-kira seminggu menoreh, pak cik saya akan menjual hasil kebun getahnya. Dia akan pergi mengutip ketulan-ketulan getah yang dipanggil getah buku di setiap pangkal pokok getah dengan baldi atau guni. Getah buku itu akan dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu pembeli getah tiba.

Hasil daripada jualan getahnya, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaannya sekeluarga. Selain daripada menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya bangga melihat kerajinan pakcik saya.

Page 3: karangan upsr

Surat kiriman rasmi

Pegawai Daerah,

Kompleks Kerajaan, 

27100 Kuala Lipis,

Pahang.                                                                                                                 24 APRIL 2012

Tuan,

Pencemaran di Kampung Merapoh

Saya Wahab bin Ali,  Setiausaha  JKKK  Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa masalah yang dihadapi

oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekas

lombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.

2. Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini mengakibatkan rumah penduduk

kampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asma

dan batuk sejak akhir-akhir ini.

3.      Selain itu, lori-lori  yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju dan membahayakan

keselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang berhampiran dengan Balai Polis Kampung Merapoh

itu telah rosak teruk tanpa dipedulikan sejak 5 bulan lepas. Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanya

laluan ini sahajalah untuk ke kilang simen itu dari jalan besar. 

4.      Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi penduduk kampung kini telah dicemari dengan

bahan-nahan merbahaya meyebabkan ikan-ikan di sungai itu hampir pupus. Airnya yang jernih kini sudah menjadi

keruh kemerah-merahan dan boleh meyebabkan kegatalan atau penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu yang

menjadi tempat penduduk kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi.

5.     Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin pihak tuan mengambil tindakan yang

sewajarnya bagi menyelesaikan masalah kami ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................

(WAHAB BIN ALI)

Setiausaha,

JKKK Kampung Merapoh,

27210, Kuala Lipis,

Pahang.

Page 4: karangan upsr

Cerita:BeraniPada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah. 

Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.

Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.

Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.

Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.

Page 5: karangan upsr

Laporan: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47

Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2004, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Kuantan, Pahang. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 31 Ogos, bersempena hari kemerdekaan negera. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara.

Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa

berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang

menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan

harmoni.   

Pada tahun ini saya amat gembira kerana pertama kali berpeluang menyaksikan sendiri sambutan itu di

Kuantan. Sambutan itu bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur

Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku'

dengan penuh bersemangat. Apatah lagi apabila nyanyian keramat itu disemarakkan dengan alunan

muzik yang dimainkan oleh sebuah pasukan pancaragam. Kemudian, hadirin menyanyikan beberapa

lagu patriotik antaranya ialah lagu 'Malaysia Jaya', 'Malaysia Maju', dan 'Keranamu Malaysia'. Menarik

sekali melihat mereka menyanyikan lagu-lagu tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 9.00 pagi oleh murid-murid sekolah, kaki

tangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara perbarisan ini bertambah menarik dengan

munculnya kenderaan-kenseraan pasukan keselamatan negara kita seperti bomba, polis dan tentera

serta pelbagai kenderaan yang dihias cantik dengan Bendera Jalur Gemilang dan sebagainya. Semua

peserta perbarisan mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi

apabila serentak dengan upacara tersebut, penerbangan lintas hormat oleh beberapa buah helikopter

dan jet pejuang negara kita turut diadakan.

Pada pukul 11.00 pagi, upacara penutup telah diadakan. Saya berasa amat bertuah kerana pada tahun

ini saya berpeluang menghadiri Sambutan hari Kemerdekaan yang sungguh meriah. Saya berharap agar

sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan. "Saya

berasa bangga menjadi Warga Negara Malaysia

Laporan desediakan oleh,                                                                       6 September 2004

..................................

(NUR SYHIRAH BINTI ABU BAKAR)

Page 6: karangan upsr

Berita: Anugerah Pelajar CemerlangPAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob. 

Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang sukan.  Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.

Di sekolah,  Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.

Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.

Page 7: karangan upsr

Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan SekolahTEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut. 

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah

. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.

Page 8: karangan upsr

Berita: Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh 2011

TEMERLOH, 25 OKTOBER 2011-Nor Fatini binti Adam iaitu murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Seri Tualang tahun 2011 telah terpilih sebagai Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh pada tahun 2011. Beliau terpilih kerana kecemerlangan dalam pelbagai bidang. 

Nor Fatini binti Adam ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2011. Sebelum itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan kelas sejak beliau belajar di Tahun Satu lagi. Keupayaannya mengekalkan kecemerlangan dalam akademik hingga ke Tahun 6 membuktikan beliau seorang pelajar yang berkebolehan tinggi.    

Nor Fatini binti Adam juga sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau dipilih menjadi Ketua Pandu Puteri dan Setiausaha Pesatuan Matematik di sekolah beliau pada tahun 2011. Menurut rakan-rakan, beliau seorang yang mempunyai kesungguhan dan kewibawaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh kelab. Kejayaan terbesar Persatuan Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Tualang adalah apabila terpilih sebagai wakil negeri ke Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. 

Nor Fatini binti Adam juga telah mewakili sekolah dalam kegiatan sukan dan olahraga. Beliau merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola baling, bola jaring dan hoki perempuan. Oleh sebab itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan-pasukan tersebut. Pasukan yang beliau ketuai telah menempa banyak kejayaan seperti johan bola baling peringkat Daerah Temerloh, naib johan bola jaring peringkat Daerah Temerloh dan tempat ke-3 bagi kejohanan hoki peringkat negeri Pahang. 

Selain itu  Nor Fatini binti Adam telah memasuki pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris dan pertandingan syarahan dalam Bahasa Melayu. Beliau bejaya menjadi johan peringkat daerah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan lagi ketokohan beliau dalam pelbagai bidang yang diceburi hingga mengangkat beliau sebagai Tokoh Murid Daerah Temerloh bagi tahun 2011. Menurut  Nor Fatini  kejayaan yang diperolehnya adalah hasil dorongan dan bimbingan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan bimbingan mereka selama ini.

Page 9: karangan upsr

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah

dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja

sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk

mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala,

bendera rumah sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian

depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul

8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang

disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada

pukul 8.10 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang

Satip bin Mat Salleh serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan

lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah

menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang

dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul

10.00 pagi. Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter

menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara

tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan

Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning.

Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua

hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                     16 Mac 2010

..............................................................

(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Page 10: karangan upsr

Surat Kiriman Rasmi: Memesan Buku CeritaSuhaimi bin RamliNo. 7, Jalan TJ 1/8,Taman Temerloh Jaya,28000 Temerloh,Pahang. Darul Makmur

_________________________________________________________________________

Pengurus                                                                                                  Tarikh: 23 April 2012MYKAMS Enterprise (SA0048635-M)No. 5, Kedai Setingkat, Jalan Parit 13 Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.               

Tuan, 

MEMESAN BUKU CERITA .

Berhubung perkara di atas, saya  Suhaimi bin Ramli  ingin memesan beberapa buah buku cerita yang diterbitkan oleh syarikat tuan seperti yang diiklankan di dalam akhbar Berita Harian.

2.        Tujuan saya memesan buku-buku tersebut adalah untuk mengisi masa lapang dan juga untuk kegunaan adik-adk saya. Saya memilih syarikat tuan kerana saya mendapati buku-buku yang diterbitkan oleh syarikat tuan bermutu tinggi dan harganya pula berpatutan.

3.        Buku-buku yang ingin saya pesan adalah seperti berikut:

                 

           1. Tiga orang Bidadari                                 : RM 12.30

           2.  Hadiah untuk Ayah                                 : RM 12.50 

           3. Cikgu Amira                                            : RM 12.20

           4. Kembara Seorang Hamba                        : RM 18.00

           5. Tangisan Berdarah                                    : RM 15.80

           6. Mulanya Di sini                                         : RM 15.00 

                Jumlah                                                =  RM 85.80

Page 11: karangan upsr

4.        Bersama-sama ini saya sertakan wang kiriman pos sebanyak RM85.80 bagi bayaran

buku-buku tersebut. Jumlah wang tersebut tidak termasuk perbelanjaan pengiriman atau

penghantaran kerana mengikut iklan yang disiarkan di dada akhbar, semua kos

penghantaran buku ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tuan.

Saya berharap agar syarikat tuan dapat mengirimkan buku-buku tersebut dengan segera.

Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

Yang Benar,  

.......................................

(SUHAIMI BIN RAMLI)

Page 12: karangan upsr

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Lawatan Sambil Belajar ke Kilang PerabotPersatuan Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,28000 Temerloh,Pahang.________________________________________________________________________ 

Tuan Pengurus                                                                              Tarikh:    15 April 2012Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,28000 Temerloh,Pahang..

Tuan, 

Memohon Lawatan Sambil Belajar

Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam Sekitar ingin memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan. 

1.        Tujuan kami mengadakan lawatan sambil belajar ini kerana kami ingin tahu dengan lebih dekat tentang cara-cara untuk membuat perabot serta jenis-jenis kayu yang sesuai atau sering digunakan untuk membuat perabot. Lawatan ini diharap akan dapat menambah ilmu pengetahuan kami tentang pembuatan perabot kayu serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan alam sekitar. Ini akan membantu kami dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. 

2.        Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana syarikat tuan amat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu tinggi, tahan lama dan model yang menarik serta terkini. Selain itu, harganya pula amat berpatutan dengan kualiti barangan yang dihasilkan. 

3.        Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru pengiring. Butir-butir lawatan ini ialah seperti berikut:            Tarikh       : 19 April 2012           Masa         : 9.00 pagi           Kenderaan : Bas 

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

.....................................(SITI AISHAH BT SAHARI)Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh, Pahang

Page 13: karangan upsr

Surat Kiriman Rasmi: Gangguan Bekalan AirKetua KampungKampung Bukit Kelulut,28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur

________________________________________________________________________

Tuan Pengarah 

Jabatan Bekalan Air Temerloh,

28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur.                                                                              20 April 2012

Tuan,

GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP

Berhubung perkara di atas, saya Riduan bin Ramli selaku ketua kampung Kampung Bukit Kelulut ingin

membuat aduan tentang gangguan bekalan air paip yang sering berlaku sejak beberapa minggu

kebelakangan ini.

2.        Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini.

Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian seperti mandi,

membasuh, memasak dan lain-lain lagi.

3.        Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air alternatif yang tidak

dirawat seperti air sungai, air parit atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai kerja yang

lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak terjamin daripada segi kesihatan. Ini

kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan kawasan industri dan bandar boleh menyebabkan

pencemaran air berlaku. 

4.        Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana pelbagai penyakit telah

menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah demam, selsema dan penyakit kulit. Saya bimbang

keadaan ini berpunca akibat penggunaan air yang telah tercemar. 

Saya sebagai wakil penduduk kampung berharap pihak tuan mengambil tindakan segera akan masalah

yang dilaporkan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.  Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

...................................

(RIDUAN BIN RAMLI)

Ketua Kampung Bukit Kelulut,

28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur

Page 14: karangan upsr

Sekolah Kebangsaan Merapoh,

28000 Merapoh,

Kuala Lipis,

Pahang.

_________________________________________________________________________

Ibu bapa dan Penjaga Murid,

Sekolah Kebangsaan Merapoh,

28000 Merapoh,

Kuala Lipis,

Pahang.                                                                                                                         1 OKTOBER 2010

Tuan,

Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Merujuki perkara di atas, pihak sekolah ini akan menganjurkan Kempen kebersihan dan Keceriaan

Sekolah sepanjang bulan ini.

2.    Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan murid

tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, pihak sekolah berharap agar kempen

ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa atau penjaga melalui

pelbagai kegiatan sepanjang kempen ini dijalankan.

3.    Antara kegiatan yang akan dijalankan bersempena dengan kempen ini termasuklah aktiviti gotong-

royong, pertandingan mewarna, pertandingan kelas terbersih, ceramah kesihatan, pertandingan

mengarang dan program kitar semula.

4.    Kegiatan gotong-royong dan kitar semula akan turut disertai oleh Pegawai Pelajaran Daerah.

Kegiatan ini diharapkan dapat memastikan kawasan sekolah tidak dicemari oleh sampah dan kawasan

pembiakan nyamukdapat dihapuskan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

............................................

(ABDUL MALEK BIN IBRAHIM)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Merapoh,

27210 Merapoh,

Kuala Lipis, Pahang.

Page 15: karangan upsr

CERITA: Ibu bapaku Hilang

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke bandar Temerloh untuk menyertai Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang. Keadaan di situ sangat sesak dengan orang ramai. Ketika saya sedang asyik memerhati keadaan sekililing, tiba-tiba saya dapati ibu bapa saya sudah tiada di sisi saya. Saya berasa amat bimbang dan takut.

Saya berusaha untuk mencari mereka tetapi masih gagal ditemui. Kemudian saya mencari pondok telefon untuk menghubungi ayah saya. Saya terlihat sebuah pondok telefon lalu terus berjalan ke situ. Malang sekali, apabila saya dapati telefon di situ telah rosak.

Saya berasa semakin bimbang dan hampir menangis. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang. Apabila saya menoleh ke arah suara itu, saya lihat seorang makcik sedang tersenyum. Katanya dia sudah lama memerhatikan saya yang tampak gelisah seperti mempunyai masalah besar. Saya terus menceritakan keadaan yang menimpa diri saya. Selepas itu, dia membawa saya ke sebuah pondok pengawal keselamatan yang tidak jauh dari situ.

Setibanya kami di situ, saya terus menemui seorang pengawal keselamatan untuk mengadu akan masalah saya. Kemudian, pengawal keselamatan itupun membuat pengumuman menggunakan alat pembesar suara di pondok keselamatan itu. Tidak lama kemudian, ibu bapa saya kelihatan berlari anak ke arah kami. Saya berasa sungguh lega dan gembira. Sebaik sahaja bertemu, ibu terus memeluk dan mencium saya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mak cik dan pegawai keselamatan yang telah menolong saya. Pegawai keselamatan itu pula menasihatkan ibu bapa saya supaya lebih berhati-hati apabila membawa anak-anak ke tempat yang sesak seperti ini.

Page 16: karangan upsr

Cerita: Perlawanan Bola Sepak

Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang ini digunakan untuk aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau kegiatan ko-kurikulum pada waktu petang. Suasana padang itu berubah apabila sekolah saya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia pada petang 14 Julai 2009 yang lalu.

Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada penduduk kampung mula berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka masing-masing kelihatan amat teruja untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Ada juga murid-murid dan beberapa orang penduduk kampung yang mengunyah makanan dan menikmati aiskrim sementara menunggu pasukan bola sepak masuk ke padang. Di penjuru padang kelihatan seorang penjual aiskrim bermotosikal sedang sibuk melayan kanak-kanak yang ingin membeli aiskrimnya.

Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat kedua-dua pasukan bola sepak masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan sungguh bersemangat untuk memenangi perlawanan itu. Saya juga berasa amat gementar dan berharap pasukan bola sepak sekolah saya akan memenangi perlawanan tersebut.

Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh. Tepukan dan sorakan kedengaran di sekeliling padang. Para pemain menunjukkan aksi yang sungguh hebat kerana kedua-dua pasukan bola sepak ini adalah juara dan naik juara bagi pertandingan bola sepak sekolah rendah daerah Temerloh pada tahun lepas.

Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya bersyukur kerana perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah saya. Para pemain bersalam-salaman dengan pasukan lawan dan para pengadil sebelum keluar padang. Saya berharap pada tahun hadapan, saya pula akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.

Page 17: karangan upsr

Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar

Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah Pak Abu. Rupa-rupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran.

Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali.

Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada kebocoran paip dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah dan tong gas di situ pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka.

Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya.

Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.

Page 18: karangan upsr

Cerita: Lembaga itu, Hantu?

Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya untuk pulang ke rumah.

Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu berjalan kaki. Aku berjalan seorang diri dalam hujan renyai-renyai yang mulai turun. Hatiku ingin mengikut jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa takut. Bagaimanapun aku terus memberanikan diri untuk melalui jalan pintas itu walaupun aku tahu laluan itu amat sunyi dan gelap. Di kiri dan kanan jalan pintas itu terdapat pokok-pokok getah. Kedengaran pelbagai bunyi seranggan dan suara burung hantu yang menakutkan aku.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu adalah khayalan sahaja. Aku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila terlihat satu lembaga melambai-lambai ke arahku. Aku membuka langkah seribu. Aku berlari dengan sekuat-kuat hatiku. Setelah berasa selamat, aku bersandar pada sebatang pokok dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat terkejut lalu cuba berlari meyelamatkan diri. Malangnya lelaki itu telah memegangku dengan kuat hingga aku tidak terdaya untuk melepaskan diri. Lelaki itu menyuruhku bertenang. Dalam cahaya samar, aku melihat wajah lelaki itu. Alangkah terkejutnya aku kerana rupa-rupanya lelaki itu ialah abangku. Dia memberitahuku bahawa dia datang untuk mencari aku setelah aku lewat pulang ke rumah.

Kemudian, aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu. Setelah tamat kelas tambahan, aku mendapati basikalku hilang. Oleh sebab itulah aku terpaksa pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Setibanya di halaman rumahku, aku memberitahu ayahku tentang peristiwa yang menimpa diriku. Peristiwa itu telah memberi pengajaran kepadaku supaya tidak terlalu takut kepada hantu.

Page 19: karangan upsr

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.                    Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

              Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                               25 Januari 2010

                                                                                           ..................................................(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)Setiausaha,Persatuan kemahiran Hidup

Page 20: karangan upsr

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah

dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja

sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk

mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala,

bendera rumah sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian

depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul

8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang

disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada

pukul 8.10 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang

Satip bin Mat Salleh serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan

lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah

menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang

dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul

10.00 pagi. Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter

menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara

tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan

Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning.

Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua

hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                     16 Mac 2010

..............................................................

(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Page 21: karangan upsr

Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010

Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Sehingga hari ini seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada murid-murid Tahap Dua. Sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Kawasan yang terlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah.

Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen ini bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin barang-barang terpakai seperti botol-botol kaca, barang-barang plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, aktiviti ini juga telah menambahkan tabungan kelab hasil jualan barang-barang terpakai tersebut kepada kedai kitar semula. Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar

semula di Shah Alam. tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang

bagaimana menguruskan barang terpakai untuk dikitar semula. 

Manakala pada 18 Ogos 2010, kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta dengan

mengunakan bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat

kreativiti murid-murid dalam menghasilkan sesuatu ciptaan daripada barang-barang

tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli kelab serta

para pelajar.

Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya

ahli-ahli kelab menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan

masalah itu untuk dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat

dan ahli jawatan kuasa Kelab Alam Sekitar.

Laporan disediakan oleh,                                                                         15 Disember 2010

.................................................

(Ahmad Naim Safwan bin Sufian)

Setiasaha,

Kelab Alam Sekitar.

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang