karangan ringkas.pdf

5
1.Aku Sebuah Kamus Aku sebuah kamus. Badanku kecil dan ringan. Aku dilahirkan di sebuah kilang. Setelah siap dibuat, aku dihantar ke sebuah kedai. Aku dipamerkan di sebuah rak. Pada suatu hari, seorang pemuda memilih lalu membeli aku. Dia membawa aku pulang ke rumah. Tuan menggunakan aku untuk belajar. Tuan akau menjaga aku dengan baik. Aku berasa gembira kerana ada seorang tuan yang baik. 2.Hari Kantin Pada 1 Mei 2013 yang lalu, SJK (C) Tiram telah mengadakan Hari Kantin. Pada awal pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan. Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan Hari Kantin. Kemudian, kami sibuk menyediakan gerai. Kami menjual makanan, minuman dan kraf tangan. Pada pukul 8.00 pagi, ibu bapa dan murid- murid membeli barangan dengan kupon. Suasana pada hari itu meriah. Pada pukul 10.30 pagi, semua barangan telah habis dijual. Kami mengira jumlah kupon yang dikutip. Selepas itu, kami membersihkan gerai. Kami pulang ke rumah dengan gembira. 3.Hari Sukan/ sukan tahunan/ kejohanan sukan Pada 30 Mei 2013 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari sukan. Pada awal pagi, murid-murid telah berkumpul di padang. Kami berbaris mengikut pasukan rumah masing-masing. Pada pukul 8.00 pagi, sukan pun bermula. Acara lumba lari, lompat tinggi dan lompat jauh dijalankan. Ramai ibu bapa dan murid-murid datang menyaksikan Hari Sukan. Suasana di padang meriah. Pada pukul 11.00 pagi, acara sukan pun tamat. Guru Besar menyampaikan pingat kepada para pemenang. Pada pukul 1.00 petang, majlis hari sukan pun bersurai. 4.Hari Kanak-kanak Pada 1 Oktober 2013 yang lalu, SJK (C) Tiram telah mengadakan sambutan Hari Kanak- kanak. Pada awal pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan. Guru Besar memberi ucapan. Kemudian, kami menyaksikan 观看 pelbagai jenis persembahan. Murid-murid menyanyi, menari dan berlakon. Selepas itu, pertandingan meniup belon diadakan. Pasukan dari Kelas 6C menjadi johan. Pada pukul 10.30 pagi, jamuan ringan diadakan di kelas. Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis Hari Kanak-kanak tamat.

Upload: amuthavali-arumugam-amuthavali

Post on 29-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1.Aku Sebuah Kamus

    Aku sebuah kamus.

    Badanku kecil dan ringan. Aku dilahirkan di

    sebuah kilang.

    Setelah siap dibuat, aku dihantar ke sebuah

    kedai. Aku dipamerkan di sebuah rak.

    Pada suatu hari, seorang pemuda memilih

    lalu membeli aku. Dia membawa aku pulang ke

    rumah.

    Tuan menggunakan aku untuk belajar. Tuan

    akau menjaga aku dengan baik.

    Aku berasa gembira kerana ada seorang tuan

    yang baik.

    2.Hari Kantin

    Pada 1 Mei 2013 yang lalu, SJK (C) Tiram

    telah mengadakan Hari Kantin.

    Pada awal pagi, semua murid dan guru

    berkumpul di dewan. Guru Besar memberi

    ucapan dan merasmikan Hari Kantin.

    Kemudian, kami sibuk menyediakan gerai.

    Kami menjual makanan, minuman dan kraf

    tangan.

    Pada pukul 8.00 pagi, ibu bapa dan murid-

    murid membeli barangan dengan kupon. Suasana

    pada hari itu meriah.

    Pada pukul 10.30 pagi, semua barangan telah

    habis dijual. Kami mengira jumlah kupon yang

    dikutip.

    Selepas itu, kami membersihkan gerai. Kami

    pulang ke rumah dengan gembira.

    3.Hari Sukan/ sukan tahunan/ kejohanan sukan

    Pada 30 Mei 2013 yang lalu, sekolah saya

    telah mengadakan hari sukan.

    Pada awal pagi, murid-murid telah

    berkumpul di padang. Kami berbaris mengikut

    pasukan rumah masing-masing.

    Pada pukul 8.00 pagi, sukan pun bermula.

    Acara lumba lari, lompat tinggi dan lompat

    jauh dijalankan.

    Ramai ibu bapa dan murid-murid datang

    menyaksikan Hari Sukan. Suasana di padang

    meriah.

    Pada pukul 11.00 pagi, acara sukan pun

    tamat. Guru Besar menyampaikan pingat

    kepada para pemenang.

    Pada pukul 1.00 petang, majlis hari sukan

    pun bersurai.

    4.Hari Kanak-kanak

    Pada 1 Oktober 2013 yang lalu, SJK (C)

    Tiram telah mengadakan sambutan Hari Kanak-

    kanak.

    Pada awal pagi, semua murid dan guru

    berkumpul di dewan. Guru Besar memberi

    ucapan.

    Kemudian, kami menyaksikan

    pelbagai jenis persembahan. Murid-murid

    menyanyi, menari dan berlakon.

    Selepas itu, pertandingan meniup belon

    diadakan. Pasukan dari Kelas 6C menjadi

    johan.

    Pada pukul 10.30 pagi, jamuan ringan

    diadakan di kelas.

    Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis Hari

    Kanak-kanak tamat.

  • 5.Hari Guru

    Pada 16 Mei 2013 yang lalu, SJK(C) Tiram

    telah mengadakan sambutan Hari Guru.

    Pada awal pagi, semua murid dan guru

    berkumpul di dewan. Guru Besar memberi

    ucapan.

    Kemudian, kami menyaksikan pelbagai

    jenis persembahan. Murid-murid menyanyi,

    menari dan berlakon.

    Selepas itu, pertandingan meniup belon

    antara guru dan murid diadakan. Pasukan guru

    menang.

    Pada pukul 10.30 pagi, jamuan ringan

    diadakan di kelas. Murid-murid mengucapkan

    Selamat Hari Guru dan memberi hadiah kepada

    guru.

    Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis Hari

    Guru tamat.

    6.Pengalaman Menyertai Pertandingan Syarahan

    Saya menyertai pertandingan syarahan pada

    bulan lepas.

    Saya membuat persediaan awal. Cikgu Sia

    telah mengajar saya teknik-teknik bersyarah.

    Setiap hari, saya berlatih bersyarah di rumah.

    Ibu menemani saya berlatih.

    Pada hari pertandingan, saya bersyarah

    dengan bergaya .Persembahan saya

    menarik.

    Saya mendapat johan dalam pertandingan

    syarahan. Saya berasa besar hati.

    Saya berasa bersyukur kerana telah berjaya.

    7. Laporan Pertandingan Bercerita SJK (C) Tiram

    Pada 5 Mei 2013, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Tiram telah mengadakan pertandingan bercerita. Pada awal pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, pertandingan bercerita pun bermula. Para peserta menyampaikan cerita dengan

    bergaya. Persaingan antara peserta hebat sekali.

    Selepas dua jam, juruacara

    mengumumkan keputusan pertandingan

    bercerita. Para penonton memberikan tepukan kepada para peserta. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Para pemenang berasa gembira. Pada pukul 11.00 pagi, pertandingan bercerita telah tamat. Murid-murid beratur pulang ke kelas. Disediakan oleh, 10 MEI 2013.

    SIA CHUN EN (SIA CHUN EN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia.

    8. Hari Keluarga

    Pada 1 Mei 2013 yang lalu, Persatuan Penduduk

    Taman Gaya telah mengadakan Hari Keluarga.

    Pada awal pagi, penduduk sibuk membuat

    persiapan. Mereka menyediakan makanan dan

    minuman.

    Pada pukul 8.00 pagi, pelbagai jenis acara

    dijalankan. Acara-acara tersebut ialah sukaneka,

    pertandingan melukis dan pertandingan nyanyi.

    Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Gaya

    menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Pada pukul 12.00 tengah hari, jamuan ringan

    diadakan di balai raya. Para penduduk makan sambil

    berbual-bual.

    Pada pukul 2.00 petang, Hari Keluarga pun

    tamat. Kami pulang ke rumah dengan gembira.

  • 9. Majlis Hari Jadi Saya / Hari Lahir Saya

    /akhiri certia hari yang paling gembira bagi saya Hari ini hari jadi saya. Keluarga saya

    mengadakan majlis hari jadi untuk saya.

    Pada awal pagi, ibu dan kakak menyediakan

    makanan. Bapa dan abang saya menghiasi ruang

    tamu dengan belon-belon.

    Pada pukul 7.00 malam, majlis hari jadi saya

    pun bermula. Banyak kawan membawa hadiah

    untuk saya.

    Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari

    Jadi. Seterusnya, saya meniup api lilin pada kek.

    Kami makan sambil berbual-bual.

    Selepas itu, kami bermain permainan. Kami

    meniup belon dan merebut kerusi dengan

    gembira.

    Pada pukul 10.00 malam, majlis sambutan

    hari jadi saya tamat. Kawan-kawan saya pulang ke

    rumah. Hari ini merupakan hari yang paling

    gembira bagi saya.

    10. Persediaan / Cara untuk menghadapi

    peperiksaan Saya ialah murid Tahun 6. Saya telah

    membuat persediaan untuk menghadapi

    peperiksaan UPSR.

    Semasa guru mengajar, saya menumpukan

    perhatian. Saya juga membuat nota.

    Saya selalu mengulang kaji pelajaran di

    rumah. Selain itu, saya rajin membuat latihan

    tambahan.

    Saya menghadiri kelas tuisyen . Saya

    boleh bertanya guru semasa saya menghadapi

    masalah.

    Badan sihat, otak cerdas. Saya sentiasa

    bersenam supaya badan sihat. Saya juga makan

    makanan yang seimbang.

    Saya berharap boleh mendapat keputusan

    yang cemerlang dalam peperiksaan.

    11.Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan

    Menjaga kesihatan amat penting kepada

    kita.

    Kita harus bersenam supaya badan sihat

    otak cerdas.

    Setiap hari, kita hendaklah makan makanan

    yang berkhasiat dan seimbang.

    Kita perlu membuat pemeriksaan badan di

    hospital pada setiap tahun.

    Kita harus tahu cara menjaga kebersihan

    diri. Kita perlu mandi setiap hari. Rambut dan

    kuku yang panjang perlu dipotong.

    Kesimpulannya , kita mesti selalu

    menjaga kesihan badan kita.

    12.Kegunaan Pokok Buluh

    Pokok buluh mempunyai banyak kegunaan.

    Kita boleh menggunakan batang buluh

    untuk membina rumah dan perabot yang

    bermutu.

    Batang buluh juga boleh digunakan untuk

    membuat tabung.

    Batang-batang buluh yang disusun dan

    diikat boleh dijadikan rakit.

    Selain itu, batang buluh boleh dijadikan lidi

    untuk mencucuk sate.

    Pokok buluh amat berharga. Oleh itu, kita

    hendaklah menghargai pokok buluh.

  • 13.Catatan perkhemahan dua hari satu malam Sabtu, 4 April 2013 Pasukan pengakap SJK (C) Tiram telah mengadakan perkhemahan di Hutan Rekreasi Melaka. Selepas tiba di sana, Cikgu Sia membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Kami bekerjasama membersihkan tapak perkhemahan, mendirikan khemah, mencari kayu api dan sebagainya. Selepas tiga jam, kami belajar cara membina khemah. Kami juga membuat rak kasut. Pada waktu malam, kami mengadakan unggun api. Kami menyanyi sambil menari. Ahad, 5 April 2013 Kami menghadiri ceramah pertolongan cemas. Selain itu, pertandingan khemah terbersih juga diadakan. Pada pukul 2.00 petang, kami berkemas untuk pulang. Kami berharap agar berpeluang untuk berkhemah lagi.

    14.Peristiwa /pengajaran yang tidak dapat saya lupakan

    Aku seorang budak yang degil. Aku suka

    berlumba basikal dengan rakan-rakan di jalan raya. Ibu bapa sentiasa menasihati aku agar jangan bermain di jalan raya. Namun, aku tidak mendengar nasihat mereka. Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan aku berlumba basikal di jalan raya. Tiba-tiba, aku

    terlanggar seketul bata yang besar. Aku pun

    terjatuh ke dalam longkang. Kaki aku berdarah. Aku berasa sakit. Rakan-

    rakan aku menjerit meminta tolong daripada orang ramai. Aku dihantar ke klinik oleh seorang wanita.

    Kakiku menerima sepuluh jahitan . Aku terpaksa masuk ke wad.

    Aku sungguh menyesal . Aku berjanji

    tidak akan berlumba basikal lagi. Inilah peristiwa

    yang tidak dapat saya lupakan.

    15.Cara-cara Mengisi Masa Lapang Masa itu emas. Terdapat banyak cara boleh

    mengisi masa lapang dengan berfaedeah

    . Kita boleh membaca pelbagai jenis buku pada masa lapang. Membaca buku boleh menambah ilmu pengetahuan kita. Selain itu, kita boleh bersukan pada masa lapang. Bersukan boleh menyihatkan badan. Kita juga boleh membantu ibu bapa untuk membuat kerja-kerja rumah pada masa lapang.

    Ini akan meringankan beban ibu bapa.

    Kita boleh memenuhi masa dengan melakukan hobi yang berfaedah. Contohnya, melukis, melancong, mengumpul setem dan sebagainya.

    Kesimpulannya, kita harus bijak

    mengurus masa supaya tidak membazir

    begitu sahaja.

    16.Pengalaman mengunjungi pameran buku Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikut kakak saya mengunjungi pameran buku. Selepas tiba di destinasi, kami melihat

    pameran buku penuh sesak dengan orang ramai. Suasana di pameran buku meriah. Pelbagai jenis bahan bacaan dijual di sana seperti buku cerita, buku rujukan dan novel. Buku-buku itu tersusun kemas. Saya membeli tiga buah buku rujukan bagi membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

    Novel diberikan potongan harga . Oleh itu, kakak membeli lima buah novel. Selepas membayar harga buku, kami pun pulang. Saya berharap dapat mengunjungi pameran buku lagi.

  • 17.Pengalaman mengunjungi pasar malam Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikut ibu saya mengunjungi pasar malam. Selepas tiba di destinasi, kami melihat pasar

    malam penuh sesak dengan orang ramai. Suasana di pasar malam riuh rendah. Pelbagai jenis barangan dijual di sana seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan lain-lain. Barangan dijual di sana murah. Saya membeli tiga cucuk bebola ikan manakala ibu membeli sayur sawi dan daging. Selepas membayar harga, kami pun pulang. Saya berharap dapat mengunjungi pasar malam lagi.

    18.Keluarga Saya Namaku Tan Li Meng. Saya berlahir di sebuah keluarga yang bahagia. Nama bapa saya ialah Tan Tian Lai. Bapa saya ialah seorang pekerja kilang. Bapa rajin mencari

    rezeki untuk menyara keluarga saya. Ibu saya ialah seorang suri rumah. Beliau

    mengambil berat saya dan prihatin terhadap

    pelajaran saya. Abang saya sayang akan saya. Kami sentiasa bermain badminton bersama-sama. Kami sekeluarga sentiasa bercuti pada cuti

    sekolah. Ibu bapa akan membeli cenderamata

    untuk saya dan abang. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

    19.Hadiah istimewa yang saya terima / sukai

    Pada hari Ahad yang lalu, ibu bapa saya telah menghadiahi saya sepasang kasat sebagai hadiah hari jadi. Saya berasa gembira. Kasut ini berjenama Nike. Reka bentuknya

    cantik. Kasut Nike ini ialah hadiah

    idaman saya.

    Kasut ini diperbuat daripada kanvas. Warna kasut ini ialah hitam dan biru.

    Kasut baharu ini menemani saya ke mana-mana tempat. Oleh itu, saya sayang akan kasut baharu saya. Saya menjaga kasut ini dengan baik. Selepas dipakai, saya akan mencucinya dan menyimpan kasut ini di dalam rak kasut.

    Kasut baharu ini amat bermakna

    kepada saya. Saya akan menghargai

    pemberian ibu bapa saya.